Monday, April 12, 2010

Sekadar Di hati...7

“Barangkali itu petunjuk. Barangkali kamu boleh tolong dia,”

“Tolong macam mana?,”

“Pertolongan yang bagaimana, mungkin cuma kamu yang boleh pastikan. Cubalah mencari kepastian itu,”

“Man! Mama bercakap dengan Man ni,”

Luqman tersentak. Kata-kata imam surau kampung Najwa seminggu yang lalu, berlalu begitu sahaja. Matanya mula mencari wajah ibunya.

“Apa dia, mama?,”

Puan Juwita menggeleng perlahan.

“Kamu ni, kenapa? Macam angau saja?,”

“Tak ada apalah. Ada apa mama?,”

“Darween ada telefon mama. Dah nak balik dia ya? Katanya bulan depan,”

“Ha ah,”

“Kamu tak beritahu mama pun,”

“Lupa,”

Puan Juwita mengerling.

“Elok juga dia dah balik. Cepat-cepat langsungkan pertunangan. Cepat-cepat kahwin. Nanti mama siapkan semua,”

Luqman diam. Fikirannya lebih terarah pada kata-kata imam dan juga pada wajah Najwa yang berkali-kali muncul di mimpinya. Barangkali benar kata imam itu. mungkin dia boleh membantu Najwa. Tetapi, bagaimana caranya? Bagaimana cara untuk dia membantu Najwa. Membantu keluarga Najwa. Sekilas, dia teringatkan ibu Najwa yang cukup sederhana sifatnya.

“Mak sakit jantung. Ada darah tinggi lagi. Saya takut nak buat mak terkejut,”

Kata-kata itu melintas di fikiran. Bergerak bersama-sama wajah-wajah yang masih perlukan perhatian dan perlindungan. Wajah Najihah. Wajah Hafizul dan Hafizi. Kalau sampai semuanya terbongkar, apa akan terjadi pada ibu Najwa. Apa akan terjadi pada adik-adik Najwa yang masih bersekolah. Kuatkah mereka untuk berdepan dengan tohmahan masyarakat? Kuatkah Najwa untuk melindungi keluarganya itu? Kalau sampai sesuatu yang buruk menimpa ibu Najwa apa akan terjadi pada Najwa? Sudahnya dia mengeluh panjang.

“Nanti mama bincang dengan Darween pasal persiapannya,”

Luqman mengangkat muka.

“Persiapan apa?,”soalnya hairan. Membuat bulat Puan Juwita jegilkan mata.

“Pertunangan kamulah… lepas tu, kahwin. Lepas tu, tolong Pak Long dekat syarikat. Tak payah jadi pensyarah lagi,”

“Orang yang patut berkahwin sekarang, Zarith. Bukan saya, mama,”

“Jangan ulang lagi benda tu. Zarith pun dah ke Jepun dah. Tak ada kahwin-kahwin nya,”

“Cepat sangat nak lari dari tanggungjawab,”Luqman merungut perlahan.

“Man… mama cakap pasal kamu. Bukan pasal Zarith. Darween balik saja dari Ireland, kamu bertunang. Lepas tu, kahwin,”

Luqman mengangkat punggung. Bergerak ke arah jendela. Langsir labuh dikuak seketika. Menikmati halaman rumahnya yang hijau. Berkahwin? Mungkinkah sepatutnya dia mengahwini Najwa? Barangkali dengan mengahwini gadis itu, dia mampu membantu menutup rahsia gadis itu. Bukan untuk selamanya. Tapi, mungkin ada waktu untuk dia dan Najwa fikirkan cara lain, selepas mereka berkahwin. Dan, dia akan menjadi kambing hitam untuk perbuatan adiknya sendiri? Mahukah dia? Luqman meraup wajah.

“Saya tak nak bertunang dengan Darween, mama,”kata-kata itu laju meluncur. Membuat dia sendiri sedikit terkejut. Benarkah apa yang meniti di lidahnya itu?

“Apa?!,”

Jeritan itu membuat dia kelu seketika. Diam dan berfikir. Rasional jawapan terburu-buru itu perlahan-lahan membekas di fikirannya. Dia yakin keputusannya tepat.

“Apa kamu cakap ni? Kamu bergaduh ke? Biasalah tu. Kalau gaduh sikit-sikit tu,”

Luqman berpaling. Rasanya kali ini, dia yakin dengan keputusannya. Dia tidak boleh terus berfikir kenapa dan mengapa. Dia perlu bertindak. Dan dia perlu nekad.

“Saya tak nak kahwin dengan Darween,”

“Hah? Kamu kena rasuk ya? Sebelum Darween pergi belajar, kamu yang beria-ia ajak dia kahwin. Sekarang dia dah nak jadi doktor, kamu pula yang tak nak?,”

“Saya nak kahwin dengan Najwa,”

“Hah?! Kamu dah gila? Budak macam tu kamu nak buat isteri?,”

“Mama pinangkan dia. Saya nak nikah dalam masa terdekat ni,”

“Mama tak setuju!,”separuh menjerit ibunya memprotes. Dia berpaling. Memandang wajah ibunya yang sudah mencuka.

“Mama… mama tak boleh kejam macam ni,”

“Mama tak nak perempuan macam tu jadi menantu mama. Memang kamu ni dah kena rasuk. Kena guna-guna agaknya. Tak dapat Zarith, kamu dia bomohkan. Jangan nak mengada. Jangan nak buat mama malu,”

“Apa yang Zarith buat pada Najwa, mama tak rasa malu. Tapi, nak ambil tanggungjawab atas perbuatan Zarith, mama malu?,”

Puan Juwita terdiam. Wajah tenang Luqman direnung tajam. Tidak sampai dek akalnya, Luqman akan membuat keputusan sebegitu. Sanggup meninggalkan Darween demi Najwa? Gilakah Luqman.

“Mana boleh kamu singkirkan Darween macam tu saja?,”

“Darween muda lagi. Masa depan dia panjang lagi. Tapi, masa depan Najwa dah hancur. Saya tak nak nanti, masa depan keluarganya turut hancur,”

“Masa depan kita macam mana?,”

“Kenapa dengan masa depan kita?,”

“Man! Sebab kamu tak nak mewarisi business arwah papa, Pak Long yang ambil alih. Mama nak kamu kahwin dengan Darween dan uruskan business tu,”

“Saya tak minat. Zarith kan ada. Dia dah janji akan ambil alih bila dia habis belajar nanti kan?,”

“Tapi, Pak Long macam mana?,”

“Apa pula yang tak kena dengan Pak Long?,”

“Kalau kamu kahwin dengan Darween, nanti saham Pak Long pun, boleh jadi milik kamu,”

“Mama..mama… saya tak minat semua tu. Saya suka dengan apa yang saya buat sekarang. Kita pun dah cukup senang. Buat apa nakkan hak orang lain pula?,”

Puan Juwita membuang pandang.

“Mama tetap tak setuju kalau kamu nak kahwin dengan budak tak tahu malu tu! Tak setuju!,”

Luqman diam seketika. Membiarkan ibunya larut dalam marah. Tidak mahu terus menjawab.

“Mama tak setuju. Faham!,”

“Mama sangggup tengok Najwa macam tu?,”

“Budak tu tak ada kena mengena dengan mama la,”

“Kalau sampai dia buat laporan polis pasal hal ni?,”

Puan Juwita terdiam. Perkataan polis membuat jantungnya seakan terhenti seketika. Membuat dia terfikir akan akibatnya pada Zarith.

“Berani ke dia? Buatlah. Dia yang malu. Bukan mama,”

“Mama…Zarith memperkosa dia. Masukkan ubat dalam minuman dia. Tidur dengan dia tanpa relanya. Dia tak sedar apa yang berlaku. Dia boleh buat laporan polis. Mama, saya sayangkan masa depan Zarith. Saya fikirkan masa depan Najwa. Jadi, mungkin ini saja cara yang dapat membantu. Tapi, kalau mama berkeras juga, saya tak akan halang Najwa buat laporan polis. Dan, saya akan bantu dia tegakkan kebenaran. Kebenaran terlalu mudah dicari, mama. Keputusan ada pada mama. Mama nak terima Najwa atau mama nak masa depan Zarith pula yang hancur,”

“Kamu sanggup jadi pak sanggup?,”

Luqman mengeluh. Memandang wajah ibunya yang semakin kelat.

“Saya rasa bertanggungjawab pada Najwa, mama. Saya tak fikir pasal benda-benda tu. Saya mahu dia terbela. Dia hilang punca sekarang mama. Dia muda. Dia putus asa. Saya tak nak dia tambah kesilapan yang dia dah buat. Macam-macam berlaku sekarang. Kalaulah dia gugurkan kandungannya. Salahnya dari kita juga, mama. Kalau dia buang anaknya? Mama dapat bayangkan zuriat dari keturunan mama tak bernyawa di tepi longkang? Dalam tong sampah? Siapa yang berdosa? Mama tak rasa ke, kita pun terseret dalam dosa tu?,”

“Dia sanggup ke buat macam tu?,”

“Mama… siapa pun tak sanggup. Mama tanyalah semua manusia yang buang bayi mereka bersepah-sepah. Itu ke yang mereka mahu? Pasti mereka akan cakap bukan, mama. Bukan itu yang mereka mahu. Tapi, kalau tekanan dah tak bagi ruang untuk berfikir, apa-apa pun boleh jadi,”

Puan Juwita diam seketika.

“ Najwa tak macam tu. Saya yakin. Tapi, dia tak kuat. Tak kuat nak lalui semua ni sendirian. Kalau perutnya makin besar. Kuat ke dia nak dengar cemuhan orang? Kalau sampai keluarga dia tahu. Kuat ke dia nak berdepan dengan keluarganya? Sampai jadi apa-apa pada keluarga dia, kuat ke dia nak buang rasa bersalah. Mama tak rasa ke tekanan-tekanan begitu boleh buat dia hilang pertimbangan?,”

“Dia yang cari masalah,”

“Zarith yang perangkap dia, mama. Bukan salah dia sepenuhnya,”

“Mama tetap tak setuju,”

“Dua saja pilihannya, mama. Najwa atau balasan untuk Zarith. Saya tak nak tengok Najwa musnah tapi, Zarith bebas tanpa rasa bersalah,”perlahan-lahan Luqman bersuara. Dia tahu dia sedang mengugut ibunya sendiri. Namun, dia terpaksa.

“Mama fikirlah. Saya nak pernikahan dilangsungkan secepat mungkin,”

“Kesian Darween,”

“Darween pasti faham. Saya akan cakap dengan dia,”

“Tak faham mama dengan kamu ni. Beria-ia sangat nak tolong budak tu. Kalau budak tu tipu, macam mana?,”

“Saya yakin Najwa tak tipu saya. Saya nak bantu Najwa,”

“Baiklah. Kalau dah itu yang kamu nak sangat. Tapi, ada syaratnya,”

Luqman diam sambil terus memadang wajah ibunya. Menanti syarat yang bakal meniti di bibir ibunya.

“Jangan bawa dia ke sini. Mama tak benarkan dia jejak kaki dalam rumah mama. Mama tak nak budak tak tahu malu tu berkongsi rumah dengan mama,”

“Saya tak kisah. Asalkan Najwa akan jadi isteri saya,”

“Kamu dah bincang denga budak tu lah ni. Ya?,”

Luqman menggeleng.

“Dia belum tahu. Tapi, saya yakin, dia tak akan mampu nak tolak. Ini semua untuk kebaikan dia. Untuk masa depan dia. And, thanks mama. InsyaALLAH mungkin ada balasan baik untuk kita nanti,”

Puan Juwita mengerling. Mengangkat punggung sambil berlalu tanpa senyum. Luqman sendirian menyambung menungannya. Dia yakin inilah jalan terbaik.





***

13 comments:

cik azieta said...

akak..
x sabor nak tggu cter berikunyer

farwisy said...

bestnye..nak lagi..

Anonymous said...

terlalu besar pengorbanan tu....bagus...

me said...

smoga nasib najwa tbela..

aqilah said...

besarnya........pergorbanan luqman..........terharu...........

Hana_aniz said...

betul tindakan luqman. bukan sebab dia jadi pak sanggup. tapi sebab-sebab yang berkaitan dgn apa yg dia alami. mimpi. pas tu tye ustaz lg. n dia ambil kira pe yg akan terjadi kt najwa kalo x de sape bantu. fuhhh!! bez2!!

lynodehearty said...

kak..terus buku kan..best cite ni..

Nia_dEeyA said...

salam kak

best la cite ni...baik betul hati luqman tu..tapi darween xsalah apape..kesian dia xpasal2 tpaksa bkorban sbb dpt bf yg baik sgt..agak x adil utk dia..

iErA SyAmIeRa said...

salam kak hani,..
sy sgt setuju ngn tindakan luqman...mungkin terlalu sukar mencari lelaki seperti luqman tetapi sekurang-kurangnya masih ada tetapi jarang ditemui..
sekurang-kurangnya novel sekadar di hati ini akan menjadi iktibar kepada semua lapisan masyarakat..
sesuai jugak dengan gejala pembuangan bayi yg makin menjadi-jadi sekarang ni...
sy pun terasa sungguh sedih,
kelahiran bayi yang dulunya akan ditatang bagai permata, yang akan dijaga kerana itu adalah pemberian Allah tetapi sekarang kelahiran bayi hanyalah akan menjadi bangkai yang akan dibuang di merata-rata,
dalam tong sampah, dlm longkang,..
mungkin juga mereka tidak tahu dimana untuk mereka mengadu, seperti najwa dlm cerita ini...
sy pun harap novel sekadar di hati ini akan menjadi iktibar dan semoga masyarakat prihatin dengan keadaan ini..

Anonymous said...

hehehe..ireland tue syok baca skdr di hati ..



myeha ireland:))

...CiKdiDa... said...

bek n bgsnye luqman 2...snggup berkorban demi najwa yg lasum x de kene mngena dgn die..yg mama die plak 2..hampeh! geram tol!!

k.hanni...nnt buat zarith 2 nk blk kt najwa tp najwa x nk..pdn muke die! geram nih! huhuhu

cutey_cat said...

slm..
sy nak b'kongsi ckit ilmu..
setahu sy, seorg wanita yg mengandung tnpa iktn yg sah x bleh b'kahwin selagi kandungnnye x lahir..
apath lg kalo yg itu bkn zuriat lelaki yg akn b'khwn dgnnye..

hanni said...

Salam.
tima kasih atas prihatin pembaca semua.
sebenarnya, masalah ini, banyak mazhab yang berbeza pendapat.
Banyak pendapat yang boleh mengelirukan.
Apa pun, Saya sedang mencari sumber sahih yang betul2 boleh dipakai dan diiktiraf di negara kita dan cuba elakkan kekeliruan untuk perkara seserius ini.
Teruskan menegur dan saling memberi pendapat ya.

salam manis,
hanni

[11:35:50 PM] hos.getah: