Wednesday, November 19, 2008

Pergilah Air Mata 21

Sabrina termenung di celah-celah baju yang bergantungan. Memandang kosong Badrul yang asyik membelek kemeja. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik. Sebelum keluar kata lelaki itu ingin membeli barang-barang persiapan kahwin. Tetapi, dari tadi lelaki itu Cuma merayau-rayau tanpa tujuan di sini. Matanya terkebil-kebil melihat seorang lelaki datang menepuk bahu Badrul dari belakang. Membuat lelaki itu sedikit tersentak.
“Apa ni? Macam perempuan… keluar shopping,”
Sabrina tersenyum. Betul. Dia sokong kata-kata lelaki yang tidak dia kenali itu.
“Dar! Apa kau buat kat sini?,”
Lelaki itu tersenyum.
“Aku baru lepas lunch. Kau shopping sorang saja ke? Sejak bila ada hobi shopping ni?,”
“Taklah. Aku dengan…,”
Sabrina terus tercegat melihat Badrul menoleh ke kiri dan kanan. Pasti lelaki itu mencarinya.
“Mana pula perginya…Sekelip mata hilang,”
Lelaki bersama suaminya itu tergelak.
“Teruklah kau Bad. Kalau budak kecil yang kau bawa, sah-sah dah lama budak tu kena culik,”
Badrul diam. Cuma matanya meliar mencari susuk Sabrina. Terpandang Sabrina yang terselit di celah-celah baju.
“Apa kau buat kat situ?,”
Sabrina sedikit terkesima. Tersenyum kecil apabila dua pasang mata kini terarah padanya. Perlahan dia melangkah keluar dari celahan kemeja.
“Aku dengan dia ni. Sabrina,”
“Oh… Inilah Sabrina. Hai. Saya Darius,”
Sabrina tersenyum. Lelaki ini mengenalinya? Perlahan dia menganggukkan kepala tanda menyapa. Darius senyum.
“So, apa kau cari ni?,”
“Saja. Tak tahu nak beli apa pun,”balas Badrul sambil menyambung membelek helaian kemeja di hadapannya. Darius mencebik. Kembali membari perhatian gadis manis di hadapannya.
“So, Sabrina. Apa khabar? Banyak yang Badrul cerita pasal awak,”
Sabrina memandang Badrul yang sedang membelakanginya.
“Mesti semua yang buruk-buruk, kan?,”
“Don’t worry, saya ni jenis yang susah nak percaya pada cerita-cerita mulut ni. Saya lebih suka nilai sendiri dengan pandangan mata saya sendiri,”
Sabrina tersenyum kelat.
“Betullah tu,”gumamnya perlahan. Darius tergelak.
“Tak adalah. Bad bukan jenis yang suka memburukkan orang lain. Mungkin dia ada tanggapan tertentu pada awak. Tapi, Cuma dia saja yang tahu. Dia tak akan kongsi cerita buruk seseorang. So, saya dapat tahu, minggu depan dia akan kahwin dengan Dayana. Awak yang bagi persetujuan?,”
Sabrina tersenyum.
“Dah lama saya nak jumpa dengan awak sebenarnya. Tapi, Badrul tak pernah nak kenalkan awak kat saya,”
“Awak ni… kawan baik dia ke?,”
Darius tersenyum.
“Jom, ke sana,”dia bersuara sambil member isyarat agar Sabrina mengikutnya. Sabrina memandang dengan wajah teragak-agak.
“Alaa.. bukan jauh pun. Bad boleh Nampak kita,”
Sabrina menoleh sekali lagi pada Badrul yang leka memilih kemeja. Kemudian memandang wajah Darius. Perlahan dia mengangguk. Melangkah mengekori Darius ke sebuah kerusi kayu yang tersedia di situ.
“So, memang awak izinkan Bad kahwin dengan Dayana?,”Soal Darius sebaik melabuhkan punggung di situ. Sabrina mengangguk sambil mengambil tempat di sebelah Darius.
“Kenapa?,”
Sabrina memandang wajah Darius. Hairan mendengar soalan lelaki itu.
“Awak kawan Badrul kan? Takkan awak tak tahu Dayana tu kekasih Badrul?,”
Darius tergelak kecil.
“Bukan itu maksud saya. Saya tahu hubungan Bad dengan Yana. Cuma, saya hairan dengan apa yang berlaku ni. awak tak patut izinkan,”
“Kenapa pula?,”
Darius mengeluh perlahan. Dia pandang ke arah Badrul.
“Saya rasa dia terlalu terburu-buru…,”
“Maksud awak?,”
Darius berpaling. Memandang wajah Sabrina.
“Awak tahu kenapa Badrul ke Cherating hari tu?,”
Sabrina mengangkat bahu. Manalah dia tahu.
“Sebab kecewa dengan Dayana,”
“Kecewa dengan Dayana? Kenapa?,”
“Lamaran dia ditolak. Dayana belum bersedia nak berkahwin. Awak tak pelik ke, dalam masa sesingkat ini, dia boleh ubah fikiran? Dan, Badrul pula… terus setuju,”
“Mungkin dia rasa masanya dah tiba. Dan, tentulah Badrul setuju. Sebab itu yang dia nak. Kan?,”
“Berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa macam ni, satu hari mereka pasti menyesal. Percayalah cakap saya,”
“Tak kot. Mereka kan saling mencintai…,”
“Cinta dengan tanggungjawab, tak sama Sabrina. Saya kenal Dayana. Dia memang very independent lady. Pentingkan kerjaya. List utama dia, kerjaya. Saya yakin sangat paling kurang pun dalam tiga empat tahun ni, keutamaan dia memang pada kerja. Sebab tu dia tolak lamaran Badrul. Bila Badrul beritahu dia akan kahwin dengan Dayana minggu depan, memang saya tak percaya. Saya yakin Dayana belum bersedia mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia sedang melakukan satu kesilapan apabila dia bersetuju berkahwin dengan Badrul. Badrul pula, sedang melakukan kesilapan apabila menerima perkahwinan tanpa fikirkan apa akan jadi lepas dia kahwin nanti,”
Sabrina mendengar tanpa bicara.
“Awak pula. Silap bila awak setuju dia kahwin lain,”
Sabrina sedikit tersentak.
“Apa pula saya? Pandai-pandai Encik Darius ni. Saya tak ada kena – mengena langsung,”
“Apa pulak? Memang awak silap. Sepatutnya awak jangan setuju dulu. Awak kan dah kahwin dengan Badrul tu. Saya yakin, lama-lama Badrul boleh terima perkahwinan dia dengan awak ni,”
Sabrina diam.
“Betul tak?,”
Mendengar soalan Darius, Sabrina tergelak kecil.
“Tak betul kot. Ada sesetengah perkara memang tak boleh paksa. InsyaALLAH, dia dengan Dayana tak akan ada masalah kot. Janganlah doakan yang bukan-bukan,”
“Kalau mereka berdua tak ada masalah, awak nanti macam mana?,”
“Saya? Kenapa dengan saya?,”
“Buat-buat Tanya pula. Takkan selamanya awak nak bermadu?,”
Sabrina tersenyum kelat. Dia memandang wajah Darius. Sedikit pelik. Kenapa dia boleh berbual perkara-perkara sebegini dengan lelaki ini? Barangkali kerana keramahan Darius? Berbicara dengan Darius seolah-olah dia sudah mengenali lelaki ini sudah terlalu lama. Satu lagi perkara yang menyenangkan tentang Darius. Lelaki ini tidak memandangnya dengan pandangan pelik sebagaimana Badrul dan keluarga. Lelaki ini Nampak ihklas.
“Dengar tak saya Tanya?,”
Sabrina Cuma menjawab dengan sekuntum senyum yang tidak begitu menjadi. Dia sendiri kurang pasti dengan perasaannya. Darius tersenyum sambil menjungkit bahu. Faham, Sabrina tidak mahu menjawab soalannya.
“Satu lagi… Dayana mana? Kenapa Badrul keluar dengan awak? Kata tak boleh tengok muka awak. Geram. Sakit hati,”
Sabrina menelan liur. Itukah yang Badrul beritahu Darius? Geram? Sakit hati?
“Dia cakap, Dayana pergi Beijing,”lambat-lambat Sabrina menjawab. Entah kenapa, perasaannya tiba-tiba menjadi sensitif. Kata-kata Badrul yang ligat diproses mindanya. Membuat dia berasa hiba tiba-tiba.
“Hah?!,”
Sabrina tersentak. Perlahan dia mengurut dada. Wajah terkejut Darius dipandang tidak berkelip.
“Beijing? See. Betul tak cakap saya?,”
Sabrina tersenyum kecil. Emosional sungguh Darius.
“Urgent kot,”
Darius menggeleng perlahan. Menatap wajah Sabrina. Bukan tidak cantik gadis di hadapannya ini. Kalau dia menjadi Badrul, mungkin dia akan pasrah sahaja dengan takdir ini. Sabrina tidak kelihatan seperti seorang gadis yang tidak baik. Tidak ada cacat-cela langsung di matanya.
“Pelik saya dengan Badrul. Pelik dengan Dayana. Pelik juga dengan awak,”
Sabrina tersengih kecil. Apalah yang pelik sangat?
“Awak dah ada kekasih?,”
Sabrina terkesima. Terkejut sungguh mendengar soalan yang terlalu jauh tersasar dari persoalan yang sedang mereka bualkan.
“Kenapa tiba-tiba awak Tanya soalan macam tu?,”
“Yalah. Kalau tak ada, saya nak cuba nasiblah. Saya ni baik orangnya. Tak banyak kerenah. Boleh jadi macam-macam…,”
Sabrina tergelak.
“Macam-macam?,”soalnya sambil menutup mulut dengan jemarinya. Menyembunyikan gelak lucunya.
“Yalah. Macam-macam. Saya boleh jadi penghibur, kalau awak sedang berduka. Boleh jadi kelakar kalau awak ingin ketawa. Boleh jadi romantik, kalau awak mahu romantik. Boleh jadi penyelamat kalau awak dalam kesusahan. Boleh jadi teman, kalau awak kesepian…,”
Sabrina menyambung gelaknya. Darius turut ketawa.
“Nak tahu lagi?,”
Sabrina menggeleng sambil berusaha membuang tawanya.
“Awak patut lebih banyak ketawa. Cantik sangat,”
Sabrina terus menahan tawa sambil menggeleng ketawa. Sungguh dia senang dengan lelaki ini. Darius bijak membuang laranya buat seketika. Bijak membuat dia terlupa sejak kebelakangan ini dia hidup dengan air mata.
“Awak pandai buat lawak,”
Darius tersenyum kecil. Senang melihat wajah itu sudah sedikit ceria. Tidak seperti sebentar tadi. Wajah itu Nampak muram tanpa seri.
“Saya tak suka tengok gadis cantik bermuram. Kurang asset dari ILAHI,”
“Kurang asset?,”
“Yalah. Kan elok kalau wajah cantik ni, ceria selalu,”
“Oh…yang cantik sajalah? Yang tak cantik, macam mana?,”
“Errr…samalah. Yang tak cantik, pun samalah. Tak elok bermuram,”Darius menjawab sambil tergelak. Terkena dengan kata-kata Sabrina. Sabrina turut tersenyum sambil menggeleng.
“Awak memang bermulut manis,”
Darius tersenyum sambil menjungkit bahu.
“So, soalan saya tadi? Awak dah ada kekasih ke semasa awak kena tangkap dengan Badrul?,”
Sabrina diam. Selintas dia teringatkan Ikmal. Senyumnya hilang serta merta.
“Semua dah jadi sejarah kot. Sekarang ni, saya Cuma seorang isteri,”
Darius diam seketika. Melihat wajah muram itu juga buat seketika.
“Saya harap Badrul tak akan sia-siakan awak. Saya yakin, awak orang baik-baik,”
Sabrina tersenyum tawar.
“Amboi! Siap boleh dating ke? Melampau betul. Aku ajak kau keluar, sebab nak suruh kau temankan aku shopping. Bukan nak suruh kau berdating dengan kawan aku,”
Sabrina mengangkat muka. Darius turut mendongak memandang wajah Badrul yang tidak begitu manis.
“Hai…takkan jeleous kot,”selamba Darius bersuara sambil mengangkat punggung. Badrul Cuma membuang pandang mendengar usikan itu.
“Okaylah. Taknak kacaulah kalau ada yang jeleous. Aku pergi dululah. Sabrina, seronok bersembang dengan awak,”Darius bersuara lagi. Sabrina tersenyum kecil sambil mengangguk.
“Aku pergi dulu Bad. Lawa isteri kau,”
“Bagus. Pergi cepat-cepat,”sampuk Badrul sambil menolak tubuh sasa Darius. Darius tergelak sambil berlalu. Sempat mengangkat tangan pada Sabrina tanda meminta diri. Sabrina tersenyum.
“Amboi, lebar senyum. Kau ni, pantang tengok lelaki ya? Gatal,”
Senyum Sabrina mati tiba-tiba. Tajam sungguh kata-kata Badrul. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Dah beli ke barang yang awak nak tu?,”soalnya cuba mengubak topik.
“Belum. Aku tak tahu nak pilih. Kau tolong pilihkan,”
“Saya mana tahu apa yang awak suka. Awak nak beli apa sebenarnya?,”
“Kemeja and T-shirt,”
“Laa.. itu saja? Kata nak beli barang hantaran,”
“Itu semua mama dah siapkan. Cepatlah. Kau pilih,”
Laju Badrul menarik tangannya.
“Tunggulah Dayana balik. Beli dengan dia,”
Badrul diam. Tidak menjawab. Cuma renungannya sahaja cukup untuk memberitahu Sabrina bahawa itu amaran supaya dia menutup mulut. Sabrina diam sambil membelek kemeja di hadapannya. Sehelai kemeja merah jambu dihulurkan kepada Badrul.
“Pink? Kau ingat aku ni perempuan ke?,”
Sabrina kerutkan kening.
“Biru?,”
“Dah banyak,”
“Merah?,”
“Macam Indian,”
Sabrina mencebik.
“Orange?,”
“Kau ingat aku pakai kemeja nak pergi buat show sarkas ke?,”
“Okaylah warna orange. Sesekali pakai warna ceria…,”
“Aku tak suka color orange,”
“Hijau?,”
“Macam katak,”
Jawapab itu ternyata membuat Sabrina tergelak besar.
“Hitam?,”
“Pun sama. Dah banyak,”
“Awak pilihlah sendiri. Cerewat sangat,”
“Kalau aku boleh pilih, aku tak minta kau tolong,”
“Last. Lepas ni, awak pilih sendiri,”
Badrul mendengar tanpa sebarang reaksi. Sabrina mencapai sehelai kemeja berwarna ungu gelap berjalur hitam. Jalur halus yang Nampak cukup cantik di mata Sabrina.
“Yang ini?,”
Badrul diam seketika. Meneliti kemeja yang Sabrina hulurkan. Agak menarik.
“Okay,”jawabnya sepatah. Sabrina tersenyum lega. Cuma seketika. Senyumnya mati tiba-tiba.
“Kenapa?,”
Sabrina memandang wajah Badrul. Perlahan dia menggeleng sambil sekali lagi mencuri pandang kea rah susuk yang sangat dia rindui. Ikmal bersama Maria. Sedang berjalan bersama sambil membelek baju wanita. Dia mengeluh perlahan. Hati, janganlah merintih…
Melihat wajah Sabrina yang berubah muram, Badrul memandang ke arah yang sama.
“Dia lagi? Aku tak tahulah sama ada dunia ni terlalu kecil, atau dia tu memang dah jadi baying-bayang kau. Atau… kau ada cakap dengan dia, yang kau nak ke sini?,”
Sabrina menggeleng.
“Siapa tu? Cepat betul dia lupakan kau ya?,”
“Pergilah bayar,”Sabrina mengubah topik. Badrul tersenyum kecil.
“Aku kasihan tengok kau ni. Agaknya itu kekasih dia atau mangsa baru dia? Yang dia nak kahwinkan dengan lelaki kaya lain pula,”
“Awak… tolonglah…,”
“Kenapa? Sakit? Itulah, lain kali jangan bodoh sangat. Percaya sangat pada lelaki. Dah jadi macam kau ni, baru padan muka. Lelaki macam tu memang banyak kat dalam dunia ni. hidup senang atas duit perempuan. Perempuan bodoh macam…,”
Pang! Badrul ternganga. Sabrina memuncung. Perlahan dia menyapu pipinya yang sedikit pedih. Nasib baik tidak kuat jemari Sabrina melayang ke pipinya. Nasib baik juga mereka berada di tempat yang tersorok.
“Kau! Berani kau tampar aku,”
“Jangan burukkan dia. Dia baik. Dia lelaki baik,”
“Memang baik. Sebab baiklah dia hantar kau ke bilik aku,”
Sekali lagi Sabrina mengangkat tangan. Namun kali ini, sempat Badrul pegang.
“Awak tak kenal dia, awak jangan tuduh dia yang bukan-bukan,”Sabrina bersuara geram sambil merentap tangannya. Geram mendengar tuduhan-tuduhan Badrul yang tidak berasas.
“Ada sebab kenapa aku tuduh dia. Dan, kau.. jangan suka-suka angkat tangan lagi. Kalau kau buat lagi, siap kau,”
Sabrina membuang pandang.
“Sorry. Saya tak sengaja,”dengan separuh hati Sabrina meminta maaf. Mendengar ungkapan maaf itu mulut Badrul bagai terkunci. Amarah yang ingin dia hamburkan, hilang begitu sahaja.
“Saya nak balik,”
“Tak nak jumpa buah hati kau dulu ke?,”
Sabrina menjeling tajam. Badrul tersenyum sinis. Pantas tangannya memaut bahu Sabrina.
“Aku rasa aku nak jumpa kekasih kau kejap,”
“Tak naklah. Saya nak balik,”
“Kenapa? Kau tak nak tunjukkan kebahagiaan kau depan dia yang aku tengok tengah bahagia sangat tu? Tak nak?,”
“Tak naklah. Saya nak balik,”
“Kita ke sana. Aku memang geram sangat tengok muka lelaki tu,”Badrul berkeras sambil menarik Sabrina.
“Please…,”
Hibanya suara itu. Badrul berhenti melangkah. Memandang wajah Sabrina.
“Please…saya tak ke sana. Saya tak nak mereka Nampak saya. Saya tak nak tengok mereka…Please awak..,”
Badrul mengeluh perlahan. menatap seketika muka Sabrina yang sudah merah menahan tangis.
“Dah buat muka seposen. Malas betul aku nak layan kau ni. Yalah…yalah… Aku bayar dulu, lepas tu kita balik,”
Sabrina mengeluh lega. Sungguh dia tidak mahu berhadapan dengan Ikmal dan Maria saat ini. Sukarnya untuk dia menerima kenyataan yang Ikmal sekarang sudah menjadi tunang Maria.
“Terima kasih, awak…,”
Badrul merengus tanpa menjawab. Cuma menarik tangan Sabrina menuju ke kaunter bayaran.

****

19 comments:

fara88 said...

nape bad 2 x dgr penjelasan ina...ish, geram btul ngan dia ni...

baiknya darius 2...suka plak ngan darius..

Anonymous said...

thanks kak hani... ade gak n3 br..

atashinci said...

dah agk dah msti trjumpe ikmal n maria.....
xpe....pas ni ina citelh kat bad prtunangan ikmal n maria....
darius msti ske kt ina.....
wat bad jeles tau hanni....

Anonymous said...

apalah bad 2...kata xsuke kat ina tp jelous tgk darius bsembang ngan ina .... itu tandanya bad syg kat ina ... cuma xmngaku

:) atie md

Anonymous said...

sbr nak tunggu bad n ikmal tau perkara snrnye..
kak hanni..cpt2 la kantoikan si maria tu..

nana_yoong said...

yeeehaa.. muncul pulak watak baru yg bole mggugat bad, DARIUS...erm, menarik...kan da agak, yana mest ade problem..igtkan die baik sgt... xpela, die pun mest x sggup merampas kebahagiaan org sebaik ina....

ieda said...

kiranya tak jadilah bad gan yana kahwin nie...mesti yana nak batalkan perkahwinan dia gan bad sebab tu dia ke beijing and si badrul pulak tension and sebab tu juga dia ajak si ina nie keluar...bertambah best dia jumpa si ikmal tu...hi minta2la si bad nie ingat siapa maria tu...kan dia pernak tgk gambar dlm dompet ina..

Anonymous said...

thanx k.hanni...
x sbar nk tnggu ending citer nie...huhuhu
nnt cpt2 smbg cter nie tau!!!

leeya said...

bestnye ...ada gula dlm asam...

Nurul said...

darius tu baik la !
msti darius tu jatuh cinta kt sabrina jugak ! hehe
eiii bencinye kt maria tuuu !

norhasfalina said...

bad mesti suke bila sabrina ada di sisi dia..sbb tu dia nak spend masa dengan sabrina
bad dah pandai jeles ..hehehe..bagus jugak ada darius.. ingatkan iskanDAR tadi :)
-missnina

Nafisya said...

ntah² nnt sabrina tersuke sket kat darius pastu bad plak jeles² sbb yana pun asyik bz je ngan keje.. hehe.. memandai je.. esok n3 baru ek kak hanni.. =)

noor said...

geram ngan maria tu busuk hati,
kesian sabrina.... suami dia tu tak de perasaanlah.... ape2 pun kak best tau cite ni.....

rosdiana said...

suka2 n3 ni...tak sbr tggu n3 strusnye...

nin said...

ni yg sy nak..kehadiran watak yg bleh mbantu mjernihkan keadaan. moga2 dgn kehadiran darius sbg teman rapat badrul dpt memperbetulkan keadaan.. dan badrul x jadi kawin ngan dayana..

harap2 badrul akan sedar dan sudi mendengar penjelasan sabrina..

Hanie_Dew said...

ha..tu la pasal..sekurang2 nya watak darius akan berjaya wat bad tu jeleou then bole jatuh cinta kat sabrina..
thank kak hanni

norul'ainmatsom said...

ehhh...
apesal bad tu spisis hitler..
eeeiii,,
sian tol kat sabrina...
cian sgt2,,

Anonymous said...

cite yg sgt33 beshh..post la ari2.. xsaba nih..

Anonymous said...

biar ina dgn kawan bad jela, darius... die tu sweet... tak macam bad... htler thp gaban

[11:35:50 PM] hos.getah: