Tuesday, November 18, 2008

Gemersik Rindu

“Sepuluh tahun. Sudah sepuluh tahun arwah Mastura pergi tinggalkan kita. Selama sepuluh tahun jugalah mak perhatikan kamu berdua. Kamu…Haikal, dengan dendam yang tak tahu apa puncanya. Dan, kamu Mazlin…tak habis-habis dengan janji kamu. Kesudahannya selama sepuluh tahun itu jugalah, kamu saling bermasam muka. Saling salah menyalahkan. Sampai bila kamu berdua mahu keadaan berterusan begini? Mak dah tak sanggup nak tengok semua ni. mak takut tengok kebencian kamu pada Mazlin, haikal,”
Haikal membuang pandang. Sedang Mazlin tunduk menatap kakinya sendiri. Soalan Khadijah tiada jawapannya.
“Kenapa diam? Kamu sendiri tak ada jawapnnya kan? Hari ni mak nak tahu kenapa kamu benci sangat pada Mazlin? Kenapa?,”
Haikal gelisah dalam duduknya. Tidak suka diperlakukan begitu. Terasa seperti dia seorang pesalah di mata ibunya itu. sungguh dia tidak menduga sejauh ini tindakan ibunya. Egonya sebagai lelaki tiba-tiba terasa dicabar. Namun, apa yang mampu dia lakukan? Yang mencabar, bukan orang lain. ibunya sendiri. Dalam diam dia menjeling tajam ke arah Mazlin. Sekali lagi Mazlin berjaya mencetus krisis antara dia dan ibunya. Wajah gadis itu, diratah dengan renungan yang amat kejam.
“Kalau kamu fikir, mak aturkan pertemuan kerana Mazlin, kamu silap. Mak tak buat semua ni kerana Mazlin seorang. Mak buat semua ni, sebab kamu berdua. Mak tak mahu kamu terus sia-siakan hidup kamu berdua. Kerana kenangan yang dah lama pergi, kamu berdua lupa untuk pandang ke depan. Lupa perjalanan hidup kamu masih panjang. Mak nak kamu teruskan hidup kamu dengan cerita baru. Bukan dengan kisah sedih yang dah jadi sejarah,”Khadijah bersuara tenang apabila dia sedar akan renungan tajam Haikal yang menikam wajah Mazlin.
Haikal segera memalingkan wajah ke arah lain. begitu mudah ibunya membaca apa yang sedang bermain di fikirannya.
“Cakap Haikal. Apa sebabnya? Kenapa kamu benci sangat pada Mazlin ni?,”
“Dia sendiri tahu apa sebabnya, mak,”Haikal menjawab dengan nada suara yang sedikit bergetar. Geram memikirkan apa yang telah Mazlin lakukan. Mazlin mengangkat muka. Memandang wajah Haikal dengan renungan yang cukup keliru.
“Betul kamu tahu apa sebabnya, Lin?,”soal Khadijah sambil memandang wajah Mazlin. Mazlin kelu. Tahukah dia punca kebencian Haikal? Dia tahu Haikal membencinya. Tapi, benarkah dia tahu puncanya? Yang dia tahu, Haikal membencinya kerana rasa cinta yang tumbuh di hatinya untuk lelaki itu. namun, hatinya bagai berkata, kebencian yang meluap-luap itu bukan hanya kerana cintanya. Ada sebab lain yang membangkitkan benci Haikal. Dan, dia tidak tahu apakah sebab itu.
“Lin, jawab soalan Mak Jah,”
“Err.. saya… entahlah. Saya tak pasti. Saya tahu. Sepuluh tahu saya binggung memikirkan punca Haikal benci sangat pada saya, Mak Jah,”
“Sudahlah Lin. Kau tahu apa sebabnya,”Haikal menyampuk tanpa memandang wajah Mazlin. Mazlin pula, tiba-tiba mendapat keberanian untuk merenung wajah itu.
“Tak. Aku tak tahu, Haikal. Aku tak tahu kenapa kau bencikan aku sampai macam ni sekali. Sebab aku cintakan kau? Atau… sebab aku tak beritahu Mas sakit? Atau sebab aku tak beritahu kau, Mas meninggal? Atau… sebab aku rahsiakan penyakit Mas? Yang mana satu jadi punca kebencian kau?,”soal Mazlin bertubi-tubi. Sudah lama dia ingin luahkan semua persoalan ini pada Haikal. Dalam diam, dia berterima kasih pada Khadijah. Wanita itu member dia peluang untuk dia mencari kepastian tentang sikap Haikal padanya.
“Tengok, Haikal. Jelas kan? ada salah faham antara kamu berdua kan?,”

…. Baiklah. Kalau kau nak tahu, aku akan beritahu. Memang aku marah bila kau jatuh cinta pada aku. Pada kekasih sahabat karib kau sendiri. Aku juga marah bila kau sembunyikan penderitaan Mas. Tapi, aku paling marah bila kau jadi manusia kejam yang sanggup mengambil kesempatan pada Mas. Di saat kawan baik kau tu, menderita sakit! ! Itu yang buat aku benci sangat pada kau Lin! Benci sangat. Sepuluh tahun masa berlalu, tak akan kurangkan sedikit pun benci aku pada kau!

….Cukup Haikal! Cukup kau menuduh aku yang bukan-bukan. Cukup kau menghina aku selama ini. Aku tak tahu apa-apa pasal surat ni. dan…aku pernah berjanji pada kau, sampai aku mati pun, hanya aku sahaja yang tahu perasaan aku pada kau. Mas tak akan tahu. Aku tak pernah mungkir janji itu. Sehingga ke nafas terakhir Mas, dia tidak pernah tahu pasal perasaan aku pada kau. Aku tak pernah mungkir janji. Dia tak pernah tahu. Tak pernah. Sampai hati kau tuduh aku dengan tuduhan sekejam itu. Aku tak akan sekejam itu pada kawan baik aku sendiri. Aku bersumpah atas nama persahabatan aku dengan Mastura, aku tidak pernah beritahu rahsia hati aku pada dia. Aku tahu, perasaan aku pada kau tu, adalah kesilapan aku. Aku tahu Mas terlalu mencintai kau. Dan kau hanya mencintai Mas…

9 comments:

LeaQistina said...

wah kak mas.. ada novel baru.. best2.. lea suka.. menarik kisah ni.. dendam.. huhu.. best..

hartini said...

mmmm, blh tahan.

Anonymous said...

akak nak PAM..

Anonymous said...

hurmm...nmpak mcm best citer ni...

Anonymous said...

hmmm... ade ceta baru ... nampak suspen ckit kisah ni ... tp kak hanni naklah PAM...sbglh lg, xsbr ni

:) atie md

atashinci said...

betul2....
walau de cite baru tetap nak PAM

misz nana said...

ingatkan cerpen tadi.. rupa2nya novel.. baca permulaan pun dah best..
teruskan berkarya kak hanni.. err, nak pam 21.. hehehe..

norul'ainmatsom said...

uiks,,citer baru ni..
huhuhuhu,,permulaan jer dah wat sy tertarik,,

lyno sensei said...

wah..syok nye..nak n3 yg ni n nak PAM gak..
ape2 pun...PAM gak yg paling best....sayang kak hanni sgt2...

[11:35:50 PM] hos.getah: