Saturday, January 15, 2011

Kuseru Rindu Itu... 31

“Ayu…,”
            Idayu berpaling. Mengukir senyum buat pembantu rumahnya. Walaupun senyum itu tidak semanis mana.
            “Dah petang ni. Masuklah. Dari tadi termenung di situ,”
            Senyum di bibir sedikit melebar. Dia memandang sekeliling. Benar. Alam sudah menjamah senja dan dia masih leka di luar.
            “Afiq dah mandi, Mak Teh?,”soalnya lembut.
            “Dah. Tengah makan kat dapur,”
            Idayu mengangguk perlahan. Perlahan mengangkat punggung dari kerusi di halaman. Mak Teh memerhati dalam diam. Sudah dua hari Idayu tidak ke pejabat. Sudah dua hari juga matanya tidak melihat kemesraan antara Hisyam dan Idayu. Masing-masing seakan mengelak antara satu sama lain.
            “Kenapa ni, Ayu? Ayu ada masalah apa dengan Hisyam? Tak pernah Mak Teh tengok kamu berdua macam ni,”
            Idayu merenung wajah pembantu rumahnya dengan pandangan sayu. Langkahnya terhenti.
            “Entahlah Mak Teh. Saya tak tahu nak cakap macam mana,”
            “Apa yang berlaku?,”
            “Hanya Mak Teh saja yang tahu apa yang berlaku antara saya dengan Abang Hisyam kan? Bagaimana Abang Hisyam dulu…Bagaimana kami dulu…,”
            “Itu kan dulu. Itu cerita lama. Mak Teh rasa kamu berdua pun dah lupa kisah lama tu. Kahwin ditentukan keluarga, mestilah kekok pada mulanya. Kan?,”
            Idayu tersenyum pahit. Memandang wajah Mak Teh sambil bersandar pada tiang. Kalaulah semua itu sudah menjadi kisah lama.
            “Cerita tu tak pernah tamat, Mak Teh. Saya tetap cuma isteri yang dipilih oleh ibu dan ayah Abang Hisyam. Tak pernah jadi wanita istimewa di hati Abang Hisyam,”
            Perlahan-lahan wanita separuh umur untuk bergerak mendekati Idayu. Terkesan dengan sayu suara Idayu.
            “Apa Ayu cakap ni?,”
            “Abang Hisyam dah jumpa perempuan yang dia cintai, Mak Teh. Saya selalu berharap, satu hari Abang Hisyam akan jatuh cinta pada saya. Tapi, harapan tu cuma tinggal harapan saja. Saya gagal.,”
            “Maksud Ayu? Hisyam ada perempuan lain ke?,”
            Soalan itu membawa sekali rasa sebak yang sering menemaninya sejak akhir-akhir ini. Perlahan dia mengangguk. Tidak berdaya menanggung rasa pedih ini sendirian, akhirnya segalanya terluah pada Mak Teh.
            “MasyaALLAH. Kenapa sampai macam tu? Ayu salah sangka, tak?,”
            Idayu menggeleng perlahan. Mak Teh kelu seribu bahasa. Sungguh berita ini di luar jangkau fikirnya. Sangkanya barangkali cuma ada selisih faham antara Idayu dan Hisyam. Tetapi, kalau angkara orang ketiga yang menjadi punca, perkara ini bukan perkara main-main. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
            “Mak Teh jangan cakap dengan Abang Hisyam ya. Nanti dia rasa serba-salah dengan Mak Teh pula. Biarlah dia sendiri yang cerita, ya,”
            Permintaan itu masih belum bias membuka mulut Mak Teh. Sudahnya satu keluhan panjang menjamah telinga Idayu. Sepasang mata tuanya menyapu mulus wajah Idayu. Tulus permintaan Idayu. Dalam keadaan hati yang terluka, Idayu masih mahu menjaga air muka Hisyam.
            “Apa Ayu nak buat sekarang?,”
            “Cari kekuatan, Mak Teh. Ayu perlu kuat nak berdepan dengan semua ni,”
            “Doa banyak-banyak. Bincang elok-elok dengan Hisyam. Mungkin benda ni cuma sementara. Mungkin itu usikan dari luar. Lelaki ni, biasalah. Mudah terpaut. Sedarkan dia. Beri peluang pada dia,”
            “Dia nak kahwin dengan perempuan tu, Mak Teh. Dah lama saya tahu. Saya cuma mahu Abang Hisyam berterus-terang dengan saya. Saya rasa saya dah kuat nak terima kenyataan ni. Tapi, tempoh hari, bila perempuan tu muncul depan saya. Saya jadi goyah. Bila perempuan tu beritahu tentang hubungan mereka, kekuatan saya terus hilang. Saya jadi sedih. Jadi marah…,”
            “Hisyam tu suami Ayu. Wajarlah Ayu rasa macam tu,”
            Idayu tunduk. Punggung dilabuhkan pada kerusi rotan di anjung rumah.
            “Abang Hisyam pernah cakap. Dia tak pernah menjanjikan kebahagiaan pada saya. Berulang-ulang dia cakap, dia tak mungkin dapat bahagiakan saya. Tapi, sejak mama dengan abah kemalangan, layanan Abang Hisyam berubah sama sekali. Saya sedar, itu semua  sebab simpati Abang Hisyam pada saya. Kerana simpati tu, Abang Hisyam bahagiakan saya sampai saat ini. Sekarang, bila dia dah jumpa perempuan yang dia suka…,”kata-katanya terhenti di situ. Tidak kuat untuk meneruskan bicara. Cuma air mata menitis perlahan.
            “Saya… Saya.. rasa bersalah pada Abang Hisyam. Saya sepatutnya beri peluang untuk Abang Hisyam pula merasa bahagia tu. Tapi, saya tak mampu, Mak Teh. Hati saya tak merelakan Abang Hisyam dengan orang lain…,”
            “Ayu tak marahkan Hisyam?,”
            Sambil menyeka air mata, Idayu menggeleng perlahan.
            “Ayu nak relakan Hisyam dengan perempuan lain?,”
            Idayu diam. Itulah persoalan yang membelenggu hari-harinya. Yang membuat dia tidak berdaya untuk memandang wajah Hisyam.
            “Hati saya tak rela. Akal saya merelakan,”lambat-lambat patah bicara itu meniti di bibir Idayu. Dalam keadaan serba –salah, Mak Teh mengambil tempat di sisi Idayu. Menyentuh lembut jemari Idayu. Dia sayangkan Idayu. Dia juga sayangkan Hisyam.
            “Sabar ya, nak. Anggap ini ujian dari ALLAH. Ayu kuatkan semangat. Berdoa banyak-banyak. InsyaALLAH nanti pasti nampak jalannya,”
            Renungan Idayu jatuh pada wajah tua milik Mak Teh.
            “Saya tak tahu nak mengadu pada siapa, Mak Teh. Cuma pada Mak Teh tempat saya mengadu,”
            “Mak Teh selalu ada di sini. Sudahlah. Jangan ikut perasaan. Pergi masuk. Mandi. Dah nak masuk Maghrib ni,”
            Idayu menggangguk perlahan. Mengangkat punggung sambil berlalu masuk. Meninggalkan Mak Teh yang masih melayan menung. Sungguh berat kepalanya memikirkan masalah majikannya itu.

****
            “Abang Hisyam dah makan ke, Mak Teh?,”
            Mak Teh menoleh. Tersenyum pada Idayu yang muncul di dapur. Beruntung Hisyam memiliki Idayu. Dalam rajuk, semua hal Hisyam tetap diteliti.
            “Tak. Sikit sangat dia jamah nasi tadi. Tak ada selera katanya. Muka pun macam tak bermaya saja. Nak demam katanya,”
            “Demam?,”
            “Demam rindukan Ayu agaknya. Dah berapa hari tak tengok Ayu, kan?,”
            Idayu diam. Termenung di meja. Hisyam demam? Terukkah? Memang pintanya dua hari lalu, dia mahu bersendirian tanpa gangguan. Dia mahukan ketenangan untuk mencari jalan penyelesaian.
            “Dia dah makan ubat?,”Idayu bertanya lagi.
            Mak Teh menggeleng. Idayu mengeluh kecil. Tidak sampai hati membiarkan Hisyam sakit sendirian. Segera dia bergerak ke kabinet. Mencari kota First-Aid. Sepapan panadol diambil.
            “Mak Teh siapkan nasi sikit ya. Air suam sekali. Saya bawa ke bilik,”
            Melihat tingkah Idayu, tubir mata Mak Teh panas tiba-tiba. Sungguh dia tersentuh dengan apa yang sedang Idayu lakukan. Membuat dia berasa hairan dengan Hisyam yang boleh berubah hati. Entah di mana kurangnya Idayu di mata Hisyam.
            “Mak Teh, sediakan nasi ya,”melihat Mak Teh yang terus mematung, sekali lagi Idayu bersuara.
            “Hah? Yalah…yalah,”laju disediakan nasi dan lauk di dalam dulang.
            “Ayu tak makan sekali?,”
            Idayu menggeleng. Melihat dulang sudah tersedia di meja, pantas dia menghampiri meja. Memegang dulang lalu dibawa ke bilik utama. Perlahan diketuk pintu sambil menolak daun pintu. Tidak berkunci. Pintu terkuak. Perlahan dia melangkah masuk ke bilik yang suram disimbah cahaya daripada lampu tidur. Hisyam terbaring di katil. Dalam langkah berhati-hati, dia menghampiri tubuh itu. Meletakkan dulang ke atas meja sisi. Seketika dia merenung wajah Hisyam yang lena kemudian melabuhkan punggung di birai katil. Jemarinya perlahan diletakkan ke dahi Hisyam. Betul kata Mak Teh. Hisyam demam. Panas betul dahinya.
            “Bang…. Bang….,”
            Mata Hisyam terus terpejam. Membuat Idayu mula dihambat rasa bersalah. Tidak sepatutnya dia membiarkan Hisyam sakit sebegini. Perlahan wajah Hisyam diusap lembut. Tunduk hampir ke telinga lelaki itu sambil sekali lagi menyeru lembut di telinga Hisyam. Lelaki itu sedikit menggeliat.
            “Abang…,”sekali lagi dia bersuara, dan mata Hisyam perlahan-lahan terbuka. Idayu mengukir senyum. Hisyam pula pantas bangkit bersandar ke katil. Tidak percaya saat ini, Idayu berada di depannya.
            “Abang demam. Makan ubat, ya,”
            Sepasang mata Hisyam disapa hangat serta-merta.
            “Ayu. Abang rindukan Ayu,”
Sekelip mata, dia sudah berada di dalam pelukan Hisyam. Erat sehingga membuat dia sedikit lemas.
            “Abang… Ayu lemas…,”
            Segera pelukan Hisyam mengendur.
            “Sorry…,”
            Idayu tersenyum kecil sambil perlahan menolak dada Hisyam. Jarinya pantas mencapai panadol.
            “Makan ubat ya. Abang demam ni,”
            Hisyam diam. Cuma merenung wajah yang sudah dua hari hilang dari pandangannya. Yang membuat separuh semangatnya bagai hilang. Membuat dia hilang fokus. Membuat dia menjadi lemah.
            “Tapi, abang makan dulu ya. Mak Teh cakap abang tak makan tadi,”Idayu bersuara lagi. Merenung lembut wajah Hisyam yang tidak berseri.
            “Macam mana boleh demam ni?,”dia bersuara lagi. Hisyam masih membisu. Cuma memerhati tingkah Idayu. Sudah hilangkah marah isterinya ini?
            “Abang okay,”akhirnya dia bersuara perlahan. Melihat Idayu di hadapannya, terasa sakitnya terus hilang.
            Idayu tersenyum kecil. Sepapan panadol, diletak semula ke meja. Pinggan nasi dicapai.
            “Makan ya,”
            Hisyam terus membeku. Layanan Idayu tetap sama. Terus memanjakan dia walau hati wanita ini sedang terguris.
            “Ayu suapkan. Lepas makan, abang makan ubat. Then, rehat,”tenang Idayu bersuara sambil menyuakan sesudu nasi ke mulut Hisyam. Tersenyum sambil mengangkat kening. Isyarat agar Hisyam membuka mulut.
            Tangan Idayu disentuh perlahan. Menolak suapan itu.
            “Ayu ada kat sini, abang dah kenyang. Ayu masih marahkan abang ke?,”
            Idayu mengeluh perlahan. Marah? Dia sendiri tidak pasti. Kecewa? Untuk apa, sedangkan keinginan Hisyam itu sudah lama dia tahu. Merajuk? Dia bukan orangnya untuk merajuk dengan Hisyam. Dia tidak layak. Kalau bukan semua itu yang dia rasa, apa sebenarnya yang dia rasa kini? Keliru mungkin. Pandangannya dilemparkan ke wajah Hisyam yang jelas sugul.
            “Kita jangan cakap dulu pasal ni. Abang makan. Makan ubat, kemudian rehat,”akhirnya Idayu bersuara. Kemudian sekali lagi sesudu nasi disuakan ke mulut Hisyam. Kali ini Hisyam tidak lagi menolak. Terus mengunyah suapan demi suapan.
            “Ayu dah makan?,”
            “Nanti Ayu makan,”
            Mendengar jawapan Idayu, perlahan dia menolak suapan Idayu. Sudu di tangan Idayu dicapai bersama dengan pinggan yang masih berbaki separuh. Tindakan yang menghantar sedikit rasa pelik di hati Idayu. Namun, dia tersenyum kecil apabila giliran Hisyam pula mahu suapkan dia nasi.
            “Ayu sihat. Tak payah bersuap,”ujarnya sedikit bergurau. Melihat keadaan Hisyam, tidak sampai hati untuk dia terus membeku seperti hari-hari yang lalu. Hisyam tersenyum kecil sambil terus suakan sesudu nasi bersama sedikit lauk ke mulut Idayu. Perlahan Idayu membuka mulut. Gilirannya pula makan bersuap.
            “Cukuplah tu. Dah kenyang,”tolak Idayu lembut. Pinggan di tangan Hisyam, diletakkan semula ke dalam dulang.
            “Makan ubat,”arahan lembut menyapu telinga Hisyam. Dua biji panadol dihulurkan pada Hisyam bersama segelas air suam. Hisyam akur.
            “Abang rehatlah. Ayu turun dulu,”
            Belum sempat Idayu mengangkat punggung jemari Hisyam erat menggenggam tangannya.
            “Ayu maafkan, abang?,”
            Idayu tersenyum lagi.
            “Abang rehatlah. Esok-esok kita sambung,”
            “Ayu masih nak tidur di bilik Afiq?,”
            “Ayu temankan abang malam ni. Ayu jaga abang,”tingkah Idayu tenang. Genggaman tangan Hisyam ditolak perlahan sambil mengangkat punggung.
            “Ayu hantar pinggan ni ke bawah dulu,”
            Hisyam cuma mampu memandang. Kecilnya dirinya di sisi Idayu. Ternyata Idayu sepuluh kali lebih kuat berbanding dirinya.


****

APA SUDAHNYA RUMAHTANGGA HISYAM DAN IDAYU? DI MANA DESTINASI CINTA MAISARA?
NANTIKAN  DI VERSI CETAK...

29 comments:

hajar said...

i luv u lah hanni!! tapi lambatnya nak tgu versi cetak.... huhu... ape pun thanks a lot....

NukSe said...

laa.. dh xde entry br lg ke lps ni??aloo.. lmbt la nk tunggu versi cetak.. xsabar nk tahu.. huhu hisham ni buta betul!!!!

Anonymous said...

;] alahai kena tgu versi cetak walopapepon semoge berjaye~~

biruselendang said...

air mata sudah keluar... baru bc sampai sini...huhuhuhuhuhu

Anonymous said...

xsabar nak bace.....
idayu sangat baik...

srikandi said...

harap hisyam sedar.
jumpa di printed version ;)

IVORYGINGER said...

alahai kak hanni xkan dah stop post kat cn. lama la tggu nk bc. huhuhu...

aduhai hisham ni br 2 hr xnmpk ayu dah demam. cuba klau ayu ilang trs mau nangis xblagu. ms tu br angau nk mampus. cari ayu bagai nk gila la.

ayu u should fight for ur love.
dont give up to mai.


kak hanni plz make sure this story x mcm pergilah air mata ya. xnak ayu dimadukan lgsg. hope hisham sedar diri mn satu kaca mn satu permata. yg mn satu cinta sejati yg mn satu cinta blandaskan nafsu n ego.

Anonymous said...

kak hanni,

lama lg ke nak tggu yg printed version? seriously, I couldn't wait any longer..... make it fast, pls?

and tlg la beri kebahagiaan pd hisyam & idayu.... idayu deserves more than maisara.... and tlg la buat hisyam tu btl2 hargai idayu...

biarlah idayu tu jodoh dunia akhirat hisyam....

Unknown said...

kak...
agak2 bila boleh keluar kat pasaran ni?

hana_aniz said...

adehhh... penat2.

MaY_LiN said...

hihihi..
tahniah kak..
xsabar nak tunggu edisi cetak

yAyA said...

waahh..nk ke versi cetak dh??
x sbrnya nk tggu dy kluar..
msti bli pnya r..hehe
crita ni mmg best sgt..
tipu la klu x nangis..
hrp2 cnta hisyam hnya utk ayu..

Anonymous said...

bila vesi cetak u keluar inform ya! tak sabar nak rasanya, hopefully versi cetak u berpihak pd ayu

Anonymous said...

hanni, brp bulan nak tunggu versi cetak? jgn la lama sgt...
hopefully ending jgn la buat kitorang nangis.... whatever conflicts dlm versi cetak nnt, endingnya happy ever after ye!!! tak sanggup nak tgk ayu hilang her true love.

Anonymous said...

hai... dah demam pun masih bukan cinta ke tu? hisyam...hisyam... tak abis2 keliru..

miznza84 said...

hisyam2...baru 2 ari x nmpk muka ayu dah demam panas..
mcm ni nk kawin len...??
pk elok2 syam...

kak hani
versi cetak bile kuar.. tak sabar ni..nk booking awal2...

Zass said...

salam kak hani!

kak hani! pliz make sure hisyam x kahwin ngan maisara or cerai idayu ye! x sanggup hati ni menanggungnya... ibarat diri ini turut sama menanggung sengsara... x nak lah mcm kisah sabrina dlm pergilah air mata yg dimadukan... buatlah part2 bilaman idayu meminta mereka berpisah untuk sementara waktu dan hisyam pada waktu itu akan merana pula.. rasakan dia... curang pada idayu walaupun hakikatnya dia sekadar mencari cinta yang dia sendiri tidak pasti... plis sangat2 ye kak hanni....dan bila hisyam sudah x mampu menanggung rindu dendam selam beberapa waktu terpisah dengan isteri... buatlah part bilamana hisyam seperti orang gila talak walaupun mereka tidak bercrai.. dan satu lagi ... buatlah part2 yg boleh mencumburukan hisyam...biarlah bekas kekasih idayu tu selalu mengganggu idayu dan secara tidak langsung mengancam kedudukan hisyam di hati idayu buatkan hisyam x jadi duduk diam... tolonglah kak hanni!!! tolong sangat2 ye kak!!!! jangan buat kami peminat setia akak kecewa sekali lagi... plisssss!!!!!!

madame iu said...

alahai hanni...akak nangis lagi....bila nak keluar versi cetak...

Anonymous said...

wah syan suffian korro siap merayu lagi..hehehehe.... hanni, besar sungguh hrpan peminat2 novel ni.. apa2 pun akak mmg tak sabar nak tunggu versi cetak. buat yg terbaeekkk ye hanni.... ;-)

Anonymous said...

aduuusss... kak hanni..letih rasanya jd idayu..

jgn lambat2 tau versi cetaknya...enggak sabar mau tau kesudahannya..leebbb u..

Anonymous said...

k.hani,
lambatnye nk tgu printed material...hopefully happy ending la...sob sob..dah nangis dah ni....

royalicing said...

huhuhu....sedihnye....apapun semoga berjaya hani!

LiNa said...

xsabar nye nak tggu versi cetk pnya..kak, dh kuar nnti inform yer..

faiicie said...

bila nak kuar pasaran kak hanni?? sguh2 x sabar dah...

Rozieamiesafrin said...

Kak hanni kalu kuar nanti bg tahu yeeee x sabar nak habiskan

Anonymous said...

knplah hisyam ni buta sgt?
baiknyer idayu...
anyway, x sabar nk tunggu versi cetak...
sume karya kak hanni, sume bes2...

Anonymous said...

k.hani,cpt2 la kluar kan versi cetak pnyer...x sbr da ni nk tggu cerita slanjutnye......best banget!!!!!!hihi

Anonymous said...

best sangat cerita ni.. all the best for the up coming novel.. saya akan beli senaskhah for sure

atie-ieqa said...

idayu pahal la ko ni Baek sgt hah..I tau la syurga isteri kt suami kn..Tpi dh die nk buat hal..lu lyn syafiq er LAKI LU XYAH LYN biarla die dmm ke ape ke "AQ PDULI APE SURO LA KEKASIH GLAP DIE 2 AMBEK PDULI" Hahahaha biar die jtuh tduduk trus..2 la nk uji sgt kstiaan seorg istri kn..HAMBEK KO!!!miang xsdr dri 2 da tue!!Ptutnye ko pkey psal nk gi buat umrah tau x..Bknnye pker nk cri bni len!!Hish gram btol la aq..

[11:35:50 PM] hos.getah: