Saturday, January 22, 2011

Kuseru Rindu Itu... 32 & 33



 BAB 32

            Deru ombak bagai irama damai yang membuat dia tenang. Dia bersandar senang pada pangkin yang memang tersedia di Pantai Batu Buruk. Menghabiskan satu lagi petang di sini. Melayan kenangan demi kenangan yang dia semai bersama Idayu. Tidak pernah jemu dia menjadi pengunjung pantai itu. Melihat senyum Idayu di situ. Melihat rajuk Idayu di situ.
            “Jom,”
            Gelengan perlahan membuat dia tersenyum.
            “Dah lewat ni, sayang. Jom Han hantar balik,”
            “Kejap lagi,”
            Hatinya sejuk melihat wajah separuh merayu itu. Mendongak sambil memberikan senyum manja yang cukup memikat hatinya.
            “Tak boleh. Han hantar balik sekarang. Dah petang ni,”
            Dan, dia tergelak kecil apabila seulas bibir kecil itu sudah memuncung.
            “Dah bosan tengok muka Ayu, ya?,”
            Gelaknya bertukar menjadi tawa besar. Kedua tangannya dihulurkan ke arah Idayu yang bersila di atas pasir pantai. Merenung jauh ke tengah lautan yang maha luas.
            “Alaa…. Ayu belum puas tengok laut ni,”
            “Esok boleh datang lagi. Tak pun, tengok laut kat rumah Ayu pula,”
            “Kat sana tak ada Han,”
            Dia tersenyum lagi.
            “Come,”
            Dengan sedikit lemah, jemari Idayu bertaut pada sentuhan. Perlahan dia  menarik Idayu. Idayu bangkit dengan wajah sedikit mencuka.
            “Janganlah buat muka macam ni. Manislah sikit mukanya. Buat peneman tidur Han malam ni,”dia terus mengusik. Usikan yang akhirnya mengembalikan semula senyum manja Idayu.
            Dia turut tersenyum. Indahnya sejalur kenangan itu. Kalaulah dia mampu mengembalikan semula kenangan-kenangan itu. Namun, siapalah dia untuk mengubah aturan takdir. Takdir telah memutuskan Idayu tidak pernah menjadi miliknya. Takdir juga telah memituskan kenangan di daerah ini menjadi tunjang yang menguatkan semula semangatnya yang telah hilang beberapa kebelakangan ini.
            “Salah ke, kalau aku mahu membahagiakan kau, di saat hati kau terluka, Ayu?,”dia berbisik perlahan seiring dengan hembusan angin pantai yang menyapa lembut pipinya. Sehingga ke saat ini, dia gagal menjejaki Idayu. Hasmieza terus-terusan menolak untuk memberi bantuan. Dia buntu sendiri. Sememangnya selepas peristiwa tujuh tahun lalu, dia tidak lagi berhubungan dengan Idayu. Usahanya menjadi lebih sukar, apabila Idayu tidak lagi menetap di bumi Terengganu.  Cuma Hasmieza tempat untuk dia mencari maklumat. Namun, Hasmieza pula seorang teman yang terlalu setia. Sedikit pun maklumat tentang Idayu tidak mahu Hasmiza kongsikan dengannya. Sudahnya dia terdampar di sini. Terus menagih pada sisa kenangan. Berharap satu hari ada kebetulan yang akan menemukan dia dengan Idayu.
            “Mak beritahu Abang dah semakin pulih. Alhamdulillah. Abang kena kuatkan semangat. Jangan cepat mengalah pada takdir. Semua ni, kehendak Tuhan. Pasti ada hikmah yang menanti kita,”
            Dia tersenyum pahit. Kata-kata semangat itu tenang menyapu telingannya beberapa hari lalu. Jelas cukup ceria suara gadis itu di corong telefon. Berkali-kali menyuarakan hasrat untuk bertemu dengannya. Perlahan tangannya mencari telefon bimbit di dalam poket seluar. Tergerak hatinya untuk bersembang dengan gadis manis yang tidak jemu-jemu memberi dia semangat agar dia meneruskan hidup ini dengan semangat baru. Gadis manis yang hampir berputus – asa dengan sikap pasifnya dulu. Sambil mencari-cari nombor untuk membuat panggilan, dia mengangkat punggung. Melangkah malas mendekati pantai. Terus menyusuri pantai yang kelihatan tidak berpenghujung. Membiarkan sandalnya basah disapu buih-buih ombak. Membiarkan nostalgia kembali bertenggek di ranting rasa. Sekali lagi dia larut dalam kenangan. Jemarinya mati pada keypad telefon bimbit. Niat untuk membuat panggilan, dibatalkan. Dia mahu kembali dekat dengan Idayu. Kembali melayan kenangan lalu.
            “Satu hari, muncullah di sini Ayu. Di daerah kenangan kita…,”bisikan terlontar sebagai satu harapan.

*****




























 BAB 33




            “Mama…,”
            Idayu mengangkat muka. Majalah di tangan, diletak ke sisi.
            “Kenapa Afiq?,”
            “Papa cakap dia rindu mama,”
            Idayu tersenyum tawar. Syafiq yang tercegat di hadapannya bersama lori mainan begitu mencuit hatinya. Lebih-lebih lagi wajah itu begitu polos menyampaikan pesanan bapanya. Pandangannya ditebarkan ke arah Hisyam di serambi rumah. Renungan Hisyam menikam wajahnya. Tiada ceria di wajah itu. Sebagaimana wajahnya yang juga sudah hilang serinya.
            “Beritahu papa, mama pun rindu dia,”dia bersuara bersama senyum. Tidak mahu konflik yang tercipta ini membuat Syafiq keliru. Biarlah anak kecil itu terus melihat ibu dan ayahnya yang ceria dan bahagia.
            Syafiq mengangguk sambil berlari laju mendapatkan bapanya. Idayu pula, kembali mencapai majalah di tangan. Tidak lama matanya meniti susunan huruf di dada majalah itu, Syafiq kini tercungap-cungap di hadapannya.
            “Papa cakap, kalau rindu nape mama duduk jauh-jauh,”
            Kini dengan dada majalah masih terbuka luas, pandangannya sekali lagi jatuh ke wajah comel anak tunggalnya.
            “Tanya papa, kenapa dia tak datang dekat mama?,”
            “Ok…,”berlagu Syafiq menjawab sambil bergerak semula mendapatkan Hisyam.
            Idayu terus menutup majalah di tangan. Memandang Syafiq yang sedang berkata sesuatu pada bapanya itu. Kemudian matanya terarah pula pada Hisyam. Walau tiada lagu rajuk di hati, tetapi hubungannya dengan Hisyam terasa sedikit hambar. Dia gagal mencari kemesraan dulu. Tidak tahu bagaimana dia mahu berlagak seolah-olah semuanya baik, sedangkan hati terus mengingatkan dirinya, hati Hisyam kini milik orang lain.
            “Mama!,”
            Idayu mengangkat kening. Bersedia mendengar pesanan seterusnya yang dibawa oleh posmen kecil itu.
            “Papa cakap…papa cakap… nak ajak mama kuar. Afiq ikut boleh?,”
            Idayu tergelak. Penawar inilah yang membuat dia kuat. Segera tubuh kecil itu dibawa ke pelukannya. Sejuta kekuatan singgah di hati apabila mata bening tanpa dosa itu menikam wajahnya.
            “Pergilah tanya papa,”
            Syafiq mengeluh seketika. Bersandar di dadanya sambil menarik nafas dalam-dalam.
            “Afiq jadi posmen ya. Papa dengan mama kasi gaji ke tak ni?,”
            Idayu tersenyum sebaik suara Mak Teh sampai ke telinganya. Melihat saja Mak Teh meletakkan segelas milo di atas meja.
            “Penatlah. Nek Teh boleh tolong tanya papa tak? Tanya papa, boleh tak Afiq ikut papa dengan mama keluar,”
            Serentak tawa pecah di bibir Mak Teh dan Idayu.
            “Dah… Nek Teh pun kena jadi posmen juga?,”
            “Posmen tu apa, mama?,”
            “Posmen tu, orang yang hantar surat,”
            Syafiq mengerutkan kening.
            “Mana ada Afiq hantar surat?,”soal anak kecil itu kehairanan. Riak hairan yang menambahkan gelak tawa Idayu dan Mak Teh.
            “Kejap. Afiq tanya papa,”tingkah Syafiq sambil sekali lagi berlari mendapatkan Hisyam.
            Idayu tersenyum kecil. Mak Teh turut mengukir senyum. Kemudian tunduk merenung wajah Idayu.
            “Apa pun keputusan, fikirlah tentang Afiq,”
            Idayu diam seketika. Kemudian tersenyum kecil.
            “Saya akan cuba jalan terakhir untuk selamatkan perkahwinan ni. Untuk cuba jadi milik Abang Hisyam. Kalau kali ni, saya gagal juga, mungkin sudah nasib saya. Terpaksa berkongsi kasih kalau Abang Hisyam masih nak kan saya. Terpaksa pergi kalau Abang Hisyam mahu saya pergi,”
            Mak Teh diam. Tersentuh dengan pengakuan itu. Tiada jawapan yang mampu diucap, cuma pandangan sayu yang mampu dia lontarkan pada wajah tenang itu. Membiarkan suasana membeku seketika.
            “Nak makan apa malam ni?,”akhirnya dia mengubah topik perbualan.
            “Masaklah apa pun, Mak Teh,”
            Sambil mengusap perlahan lengan Idayu, dia berlalu ke ruang dapur. Idayu mengekori dengan ekor mata. Bersandar ke kerusi sambil cuba terus menenangkan perasaannya. Syukur pada Tuhan, perasaannya kini tidak segundah dulu. Saban malam dia sujud mengadu dalam setiap solat sunat diniharinya, ternyata kini dia menjadi lebih tenang. Hanya padaNya tempat dia meluahkan rasa, memohon doa. Dan, itulah yang dia lakukan sejak kebelakangan ini.  
Ekor matanya menangkap Hisyam yang bergerak dari kerusinya. Memimpin tangan Syafiq sambil menapak menghampirinya. Senyum nipis dilemparkan buat Hisyam sambil jemarinya mengusap perlahan pipi Syafiq yang gebu.
            “Afiq main sana ya. Papa nak cakap dengan mama,”
            Syafiq mengangguk. Memeluk erat lori mainan sambil bergerak ke arah longgokan mainan di ruangan untuk dia bermain. Hening seketika suasana. Sepi tanpa bicara. Perlahan Hisyam melabuhkan punggung ke kerusi. Rasa bersalah bagai membina satu tembok untuk dia berdepan dengan Idayu. Dia sedar, orang yang sepatutnya mengambil langkah pertama adalah dirinya. Walaupun tidak berkrisis, kemesraan bagai sedikit menghilang. Itu yang membuat hatinya menjadi walang.
            “Kita keluar malam ni?,”
            Renungan Idayu bagai memberi dia semangat. Lamanya dia tidak menerima renungan sesejuk itu daripada Idayu. Perlahan Idayu mengangguk. Dan, anggukan itu bagai curahan embun dingin yang menyamankan jiwanya.
            “Dinner?,”usulnya sepatah.
            “Lunch,”usik Idayu tersenyum kecil.
Hisyam terus tergelak halus. Terharu. Idayu masih mahu bergurau dengannya. Gurauan yang membuat tubir matanya terasa panas. Hati lelakinya benar-benar tersentuh.
            “Ada perkara yang Ayu nak cakapkan,”suara Idayu bertukar serius. Memandang tepat ke wajah Hisyam. Membuat degupan jantung Hisyam kembali tidak sekata. Seketika renungan mereka bertaut. Hisyam cuba meneka. Namun, gagal.
            “Apa dia, Ayu?,”
            “Bukan sekarang. Malam nanti, ya,”
            Hisyam mula dijentik rasa gelisah. Apa yang ingin Idayu katakan? Adakah sesuatu yang bakal membuat jiwanya mati?
            “Abang nak makan apa malam ni? Atau nak makan kat luar aje?,”
            “Kita makan kat luar ajelah,”
            “Kalau macam tu, Ayu beritahu Mak Teh tak payah masak banyak sangat,”
            Hisyam mengangguk. Idayu mengangkat punggung. Berlalu dari situ. Gelas milo milik Idayu yang belum berusik, dicapai. Perlahan meneguk milo panas kurang manis kesukaan Idayu sambil hatinya mula sarat dengan tanda tanya.


****

            Untuk kesekian kalinya dia terus terpesona dengan kesederhanaan isterinya itu. Kebaya ungu bersama tudung warna sedondong, terus memukau pandangannya. Lupa seketika dia pada Maisara. Terus leka meneliti wajah  Idayu yang sopan mengunyah makanan. Lamanya dia tidak menikmati pemandangan sebegini. Hampir dua minggu dia dan Idayu bagai sesat di dalam terang. Cahaya suram di restoran itu bagai membangkitkan satu suasana yang begitu indah. Tatkala Idayu mengangkat muka, pandangan mereka berlaga. Bibir Idayu yang teroles gincu merah jambu, mengukir senyum. Cukup ikhlas senyuman itu. Cukup menusuk ke kalbunya.
            “Kenapa tak makan?,”
            Hisyam tersengih.
            “Ayu cantik malam ni,”
            Idayu tersenyum lagi. Cantikkah dia di mata Hisyam? Kalau dia cantik, kenapa Hisyam tidak mampu untuk jatuh cinta padanya? Atau barangkali cinta itu tidak memandang pada paras rupa? Kalau bukan paras rupa, barangkali pada hati yang ikhlas? Lalu, tidak ikhlaskah setiap layanan yang dia berikan pada Hisyam selama ini, sehingga tidak mampu menerbitkan bibit – bibit cinta di hati lelaki itu? Rasanya dia telah mencuba sedaya – upaya untuk menjadi isteri yang sempurna pada Hisyam. Mungkinkah masih ada kekurangan yang tidak dia sedari? Matanya kembali ke wajah Hisyam. Ternyata lelaki itu tetap leka merenungnya.
            “Abang, makanlah. Malu orang tengok abang pandang Ayu macam tu,”dia bersuara perlahan.
            “Kenapa perlu malu?,”
            “Kita bukan anak remaja yang dilamun cinta, bang. Makanlah. Kat rumah tadi kan tak makan,”
            Hisyam tersenyum. Memang dia bukan lagi anak remaja. Fasa itu sudah lama dia tinggalkan. Namun, jiwanya saat ini barangkali seriang jiwa remaja. Perlahan-lahan dia mula menjamah makanan yang dipesan. Menikmati hidangan makan malam dalam suasana harmoni dengan iringan irama instrumental yang dimainkan oleh pihak restoran.



Pinggan di hadapannya ditolak perlahan. Gilirannya pula mengamati Hisyam yang sedang menghabiskan suapan-suapan terakhirnya. Bersedia membuka cerita. Dia perlu berbincang dengan Hisyam. Dia tahu itu. Cuma, sebelum ini, belum cukup kuat hatinya untuk bercakap tentang hubungan cinta suaminya itu. Malam ini, dia yakin, dia sudah bersedia. Dia mesti mengambil langkah pertama. Terus larut dalam hubungan yang serba-salah seperti saat ini, bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik.  Matanya merenung wajah Hisyam yang seperti tidak dimakan usia. Dalam usia tiga puluh tujuh tahun, Hisyam masih begitu segak. Masih begitu memikat. Barangkali kelebihan itu yang membuat ada gadis terpaut hati pada suaminya itu.
“Abang tetap kacak macam dulu,”
Hisyam mengangkat muka. Pertama kali pujian itu singgah di telinganya. Tidak pernah Idayu secara terang-terangan memberi pujian sebegitu.
“Kacak ke abang ni?,”soalnya berseloroh. Pinggan yang kosong turut ditolak ke tepi. Idayu tersenyum.
“Patutlah susah sungguh nak tawan hati abang ni,”lanjutnya lembut.
Senyum Hisyam hilang perlahan-lahan.
“Ayu…,”
Idayu tersenyum kecil. Pahit. Tetapi dia harus lalui semua ini. Dia perlu redha dengan semua ini. Redha itu yang membuat dia kuat.
“Dah sampai masanya kita bincang pasal ni. Sekarang Ayu dah bersedia,”
Bibir Hisyam bagai terkunci. Membincangkan sesuatu yang melukakan perasaan Idayu? Rasanya dia tidak rela.
“Abang jawab ikhlas soalan Ayu. Ayu tak nak abang bohong,”
Hisyam terus membeku. Cuma merenung wajah tenang Idayu. Tertanya-tanya di manakah Idayu sembunyikan kesedihan hatinya kerana di wajah itu langsung tiada riak sedih.
“Sampai saat ini, abang masih mengharapkan perempuan tu? Masih cintakan perempuan tu?,”
Mendengar soalan Idayu, pantas jemarinya menyentuh jemari runcing milik Idayu. Hatinya bagai mendengar jiwa Idayu merintih pilu apabila soalan sebegitu teralun di bibirnya. Tidak sanggup dia menjawab soalan itu.
“Abang jawab dengan ikhlas. Ayu mahukan kepastian,”
“Abang takut, abang akan sakiti Ayu,”
“Ayu akan lebih sakit kalau abang tak jujur dengan Ayu,”
Hisyam menghela nafas panjang. Sekali lagi matanya menyapu wajah bersih Idayu.
“Abang pernah cuba melupakan hubungan tu. Tapi, tak berjaya,”
“Ayu ada satu permintaan. Satu permintaan sebelum abang teruskan semua ni…,”lambat-lambat Idayu bersuara.
Hisyam terpempan.
“Tak. Jangan minta perpisahan. Abang tak sanggup,”laju Hisyam mencantas bicara Idayu. Tidak sanggup dia mendengar Idayu meminta dirinya dilepaskan.
“Nauzubillah. Ayu tak akan minta sesuatu yang ALLAH benci,”
Hisyam menarik nafas lega. Sungguh-sungguh Idayu berjaya menakutkannya.
“Kalau bukan itu, apa yang Ayu nak minta dari abang?,”
Idayu diam seketika. Merenung wajah Hisyam lama.
“Kita pergi bercuti? Honeymoon?,”
Sekali lagi Hisyam terpempam.
“Honeymoon?,”
Idayu mengangguk perlahan. Bibir Hisyam mula terukir senyum. Hakikatnya dia gagal menebak apa sebenarnya yang cuba Idayu lakukan. Tetapi, saranan Idayu kedengaran indah di telinganya.
“Cuma Ayu dan abang,”
“Cakaplah ke mana Ayu nak pergi. Abang akan tunaikan. Yang penting abang dapat lihat senyum Ayu semula,”
“Ayu yang tentukan. Ayu yang uruskan. Tapi, ada syarat,”
Hisyam semakin keliru.
“Syarat?,”
Idayu mengangguk.
“Syarat apa?,”
“Selama kita bercuti, abang tak boleh contact perempuan tu. Perempuan tu pun tak boleh hubungi abang. Boleh?,”
Hisyam diam. Mula dilanda teka-teki. Kata-kata Idayu dan rancangan Idayu tiba-tiba membuat dia teruja.
“Tak boleh?,”soal Idayu melihat Hisyam membisu.
“InsyaALLAH,”
Idayu diam. Inilah usahanya yang terakhir untuk memiliki Hisyam sepenuhnya. Kalau dia gagal, dia perlu benar-benar redha meniti jalan hidup bersama wanita yang Hisyam cintai. Kuatkah dia?


****

25 comments:

mim said...

suka suka....moga ini jalan yg terbaik..moga hisyam mengong tu sedar yg dia sebenarnya cintakan ayu..isteri yang layak dicintai..bukan maisara..pompuan gediks!!

ZiErWa zAiNaL said...

suka3...bglah ayu dgn hisyam bahagia..huhu

MaY_LiN said...

yeah..
g hanimun

hani said...

mudah2an impian ayu tercapai, jgn hampakan ye...biarlah cinta suami pada yg hak bukan pat pompuan lain...nak lg...!!!

aqilah said...

touching........but this honeymoon will help Hisyam overwrite his feeling kat Maisara......
hentamlah labu...................
apapun, mmg best!!!!!!!!!!!!

pipvz devil said...

hnymon kt kwsn pntai ps2 jupe han..bgus..bgus..tinggalkn je chisyam.layan je c'han..aduh9999..xsabo nyer nk tnggu cite ni dbukukn..

sya said...

mesti nnt jmpa han hisyam salah anggap ni.... huhu.. honeymoon la kat luar negara...jgn honeymoon tempat yg sama ngan han dl.. nnt teruk ni, hisyam jatuh talak terus huhu..

faiicie said...

kalaulah diriku setabah ayu...
luv ur story giler2 kak hanni...hehe

Anonymous said...

semakin interesting.... hhmmm ... start wondering what will happen next???? adehhhh...
cam kat atas tulis, dorang g honeymoon kat tempat borhan & mereka jumpa... maka bermula episod hisyam cemburu sakan kat ayu... ok tak telahan akak ni?

Anonymous said...

hatiku makin berdebar-debar ...

Anonymous said...

owh..mesti ayu ajak hisyam honeymoon kt terengganu..syoknye..x sabar nk tnggu cerita ni dibukukan.. nak taw endingnye. mesti sedih kn..

Aya Ariel said...

aku sendiri xpenah terfikir..ayu akan buat keputusan utk g honeymoon..betul2 kuat lah.. gud job kak hani :)

miznza84 said...

sampai hati hisyam... dah mcm ni teruk pun masih tak nk lepaskan si maisarah tu..

kak hani.. taknk la biar hisyam kawin ngn sara... buar la sesuatu masa time honeymoon tu utk sedarkan hisyam yg dia tak bileh kehilangan ayu..

taknk ayu kena madu..tak sanggup.. jgnla biarkan ayu iku jejak sabrina hidup bermadu...

hisyam terasa selalu selamat sbb rasa dia takde pesaing tupasal dia taknk hargai ayu... plzz kak hani ..tlg sedarkan hisyam...

Anonymous said...

saya suka kat watak borhan...
klu ayu ngan borhan pun ok...suke2

Anonymous said...

hisyam ni tamak....dua2 dia nak apa kata kalau ayu pula buat hal...hehe....

Law of Attraction said...

huhu..harap2 lps g honeymoon, hisham xingat kat pompuan tu lg.. moga Allah bukakan hati hisham utk idayu.. thumbs up!!

Ju'A said...

harap2 hisyam sedar bahawa selama ini dia lebih memerlukan ayu dalam hidupnya berbanding dengan gf dia..
semoga hisyam dan ayu bahagia hidup bersama

korro suffian said...

OMG!!! hati ini semakin berdebar-debar!!!! mudah-mudahan borhan terserempak ngan idayu dan hisyam time honeymoon tu nanti.. insya-allah!!!! i like! i like!!!

biar hisyam tau apa itu erti cemburu...

ishh....

geram betul kat hisyam...

tapi bukan salah hisyam pun

cinta tak boleh dipaksa-paksa!!!

korro suffian said...

seelok-eloknya... Selepas mereka honeymoon nanti, ayu hamil dan apabila maisara dapat tahu berita itu, dia bertemu ngan idayu dan menabur fitnah konon-konon hisyam akan mengahwininya sebaik sahaja idayu melahirkan..

dan...

idayu pula patah hati dgn berita itu.

lantas...

idayu membawa diri...

disaat itulah Hisyam mula jadi nanar akan kehilangan idayu..

eiii....

best sgt2 citer mcm tue...

i like2!!!!!


anyway, good luck kak hanni...

cepat2 bukukan yer!!!!

tak sabar dah ni nak tahu life idayu yg sgt2 menyedihkan..

hidup disamping suami yang mahukannya atas dasar simpati semata-mata...

pedih nya hati....pilu yang teramat

Anonymous said...

k.hani..cpt2 terbitkan novel ni ke dlm versi cetal...x sbar dah ni...sy confirm akan beli klu ia di bukukan.....huhu

Anonymous said...

K.hani cepatlah terbitkan dlm versi cetak ...x sabar dah ni

Lieza mz said...

hanni.....bagi pengajaran sikit kat hisyam tu.....dapat isteri mithali xreti bersyukur...

Dilla_14 said...

susunan yg sangat bagus!!! xsabar menanti kesudahannya!! kak hanni, please make it fast!!!this really triggers my emo..can't wait for it!!!

Anonymous said...

suka2 watak idayu ni utk rita rudaini & watak hisham ialah aaron aziz.suka tgk gandingan aaron dan rita dlm rahsia hati.(imaginasi i aje supaya lebih feel bila baca).

Nurul QisDhira said...

berjayakah ayu?? hhmm..... kalau x berjya, tinggalkan je hisyam tu.... b;k kpd borhan ;)i'll wait kemunculan novel ni.. x sabarya..
kak hanni, mmg best la citer ni...
GOOD JOB !

[11:35:50 PM] hos.getah: