Wednesday, November 12, 2008

Kuseru Rindu Itu... 16

Shahrul tergelak besar. Lucu! Hisyam di sebelahnya sekadar membuang pandang. Tiba-tiba timbul rasa menyesal kerana membuka cerita kepada Sahhrul. Kalaulah dia tahu begini penerimaan Shahrul apabila medengar ceritanya, sumpah! Sumpah dia tidak akan membuka mulut langsung. Melihat Shahrul masih seronok melayan tawanya, Hisyam bergerak menjauh daripada batu besar yang didudukinya sebentar tadi. Matanya jauh memerhati kegelapan lautan. Walau dalam kegelapan, ternyata deruan ombak tidak pernah reda. Bising, namun mendamaikan.
“Saya suka pandang laut. Saya suka dengar ombak,”
Selintas bicara Idayu satu ketika dulu melintas di fikiran.
“Ya ke?,”dia bertanya kaku. Tiada perasaan. Dia memandang wajah Idayu. Sambil membetulkan rambutnya yang ditiup bayu pantai, Idayu mengangguk.
“Bila sedih, saya akan pandang laut. Bila gembira, saya akan pandang laut. Bila sunyi… pun saya akan pandang laut,”
Hisyam tersenyum sumbing. Wajah Idayu yang kelihatan tenang dipandang sekali lagi. Hatinya tertanya-tanya dari mana datangnya ketenangan itu? Bagaimana gadis ini boleh menjadi sebegitu tenang, sedang dia? Dia berperang hebat dengan perasaannya sendiri.
“Sekarang…awak pandang laut…dengar ombak…kenapa ya? Sebab awak sedih? Atau sebab awak gembira? Atau mungkin sebab awak sunyi?,”
Idayu memandang wajahnya. Sambil tersenyum kecil, gadis itu mengangkat bahu.
“Mungkin sebab saya keliru…,”
“Kalau keliru, kenapa mahu teruskan?,”
“Tanya soalan yang sama pada diri awak,”
Hisyam mengeluh perlahan. Tidak perlu bertanya, kerana dia sudah pun ada jawapannya. Sebab mak dan ayah. Itulah sebabnya. Melihat Idayu terus merenung laut yang maha luas, dia turut melakukan hal sama. Bersama gadis ini, tidak banyak yang boleh dibualkan. Tidak ada apa yang hendak dibualkan sebenarnya.
“Kalau boleh saya tahu… kenapa awak tak nak teruskan perkahwinan kita sebenarnya?,”soalan Idayu singgah di telinganya tiba-tiba.
“Soalan itu dah tak ada ertinya saya rasa. Tak nak teruskan pun, kita pasti akan kahwin juga dalam masa tiga hari lagi,”
“Sebab awak dah ada kekasih ke?,”Idayu terus bertanya tanpa menghiraukan jawapannya.
“Sebab awak bukan gadis yang saya cinta. Saya tak yakin saya boleh bahagiakan orang yang saya tak cinta. Tak yakin awak boleh bahagia nanti. Itu yang menakutkan saya. Itu sebabnya saya tak nak terima semua ni. Tapi, nak buat macam mana? Awak seperti tak kisah dengan itu semua…,”
“Siapa orang yang awak cinta tu,”
“Belum ada sesiapa. Tapi, satu hari pasti akan ada seseorang yang akan muncul dalam hidup saya. Saya bimbang kalau orang tu, bukan awak. Apa akan jadi pada awak nanti? Saya tak nak jadi kejam. Saya tak boleh janji apa-apa pun pada awak,”
“Saya faham. Saya faham semuanya. Saya tak salahkan awak. Anggaplah ini takdir saya. Kalau satu hari nanti, awak dah jumpa orang yang awak cintai, beritahulah saya. Fahamlah saya, sudah tiba masa untuk saya berundur. Saya tahu awak sebenarnya baik. Saya tak akan menyusahkan awak. Bila masa dah tiba, beritahu saja. Saya akan pergi dari hidup awak…,”
“Saya akan pergi dari hidup awak…,”
Perlahan Hisyam pejamkan matanya. Tiba-tiba teringat kata-kata itu. Tiba-tiba juga jantungnya berdegup kencang. Bagaimana kalau dia ceritakan tentang Maisara, dan Idayu mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari hidupnya? Itulah janji Idayu lebih tujuh tahun yang lalu. Tidak. Dia tidak boleh membiarkan Idayu tahu tentang Maisara. Dia tidak mahu Idayu pergi dari sisinya.
Dia mengeluh perlahan. Menoleh ke arah Sharul. Ternyata lelaki itu masih lagi senang melayan tawanya.
“Kelakar sangat ke?,”soal Hisyam sambil memasukkan tangan ke dalam poket tracksuit yang dipakainya. Matanya tajam memerhati Sharul. Geram.
“Not so funny. But… still it quite funny to me, honestly. I’m sorry. Tapi, memang aku kena gelak lagi,”jawab Shahrul sambil menyambung semula gelaknya yang terhenti. Menambah rasa geram di hati Hisyam.
Hisyam mengeluh keras. Petang tadi, dia menjadi bahan ketawa Idayu. Kini, dia menjadi badut kepada Shahrul pula. Sungguh dia menyesal membuka cerita pada Shahrul.
“Please Shah. Not the right time, okay?,”
Shahrul mengangkat kedua-dua tangannya. Dia cuba mengawal tawanya, namun gagal. Kelakar mendengar cerita Hisyam. Tidak cinta konon. Tidak cinta, tetapi tiba-tiba boleh naik angin bila ada mata nakal menikam wajah isteri yang tidak dia cintai itu. kelakar sungguh penafian Hisyam. Jauh sungguh lelaki itu sesat di dalam perasaanya sendiri.
“Kalau kau nak terus ketawa, aku rasa, baik aku balik tidur,”Hisyam bersuara sambil mula mengatur langkah meninggalkan Shahrul. Shahrul bergerak mengejar langkah Hisyam yang agak laju.
“Alaa… merajuklah pulak. Dah macam perempuanlah kau ni, Syam,”
Hisyam mematikan langkah. Shahrul tersenyum lucu sambil menggelengkan kepala.
“Aku pun tak tahu macam mana aku boleh buka cerita bodoh ni pada kau. Menyesal aku,”rungut Hisyam sambil berpeluk tubuh memandang Shahrul. Shahrul mengangkat bahu. Namun, masih bersama dengan senyumnya yang panjang.
“So, by telling me all of this story, what do you expect from me?,”soal Sharul sambil bergerak perlahan ke batu besar yang dia tinggalkan sebentar tadi. Hisyam mengekorinya tanpa suara. Sebaik melabuhkan punggung di situ matanya memandang wajah Hisyam yang bersahaja. Menanti jawapan daripada lelaki itu.
“I don’t know. Ada sesuatu yang terbuku di hati aku, dan aku Cuma luahkannya. That’s all,”
“That’s all?,”soal Shahrul meminta kepastian. Hisyam mencebik bibir tanpa menjawab.
“Kau nak dengar pendapat aku?,”
Hisyam memandang wajah Sharul yang sudah mula serius. Dia tersenyum kecil melihat wajah Shahrul. Bagai sudah dapat diteka apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu.
“No. Aku rasa aku tahu apa pendapat kau. And, once again… you are wrong my friend,”
Shahrul mengeluh perlahan. sukar untuk berkomunikasi dengan Hisyam apabila lelaki itu sudah menutup segala kemungkinan yang ada. Lebih sukar untuk memanipulasi Hisyam agar mindanya boleh bergerak ke sudut pandangan yang berbeza-beza. Tidak Cuma tertumpu pada perasaan cinta yang telah membutakan pandangan hati dan fikiran lelaki itu. itu semua Nampak mustahil bagi seorang lelaki yang keras kepala seperti Hisyam. Dia bimbang Hisyam akan kehilangan segala-galanya hanya disebabkan oleh sikapnya itu.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?,”soal Hisyam menyedari pandangan mata Shahrul yang sukar ditebak akan maksudnya itu. shahrul menggosok-gosok dahinya yang berkerut.
“You know , Syam? You are in a big trouble,”
“Maksud kau?,”
“Kau cemburu. Kau sayang. Kau take care of her. Kau tak sanggup nak lukakan hati dia. Kau sanggup buat apa saja untuk lihat senyuman di bibir dia. Kau tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Tapi, kau masih nafikan yang kau cintakan dia. Sedarlah Syam. Idayulah orangnya. Bukan perempuan tu. Ini bukan perkara main-main Syam. Ini melibatkan hati dan perasaan kau. Hati dan perasaan Idayu. Melibatkan kebahagiaan kamu berdua. Rumahtangga kau, Syam. Lebih-lebih lagi, kau dah ada Syafiq. Jangan terlalu ikutkan hati. Fikir masak-masak,”
Hisyam tersenyum sinis. Kata-kata Shahrul kedengaran berat sebelah di telinganya. Shahrul menghukum tanpa mengadilinya dengan saksama.
“Kau ingat aku tak fikirkan semua tu? Kau ingat, aku Cuma mengikut perasaan aku semata-mata? Kau silap Shah. Aku dah cuba sedaya upaya aku. Tapi, aku tak boleh. Aku tak boleh lupakan Maisara. Aku tak boleh ketepikan apa yang aku rasa bila aku bersama Maisara. Satu perasaan yang tak mungkin dapat aku rasa bila aku bersama Idayu. Aku akui aku bahagia dengan Idayu. Tapi, aku yakin, aku Cuma cintakan Maisara. Cuma dia,”
Shahrul mengeluh panjang.
“Aku Cuma takut kau akan kehilangan segala-galanya nanti,”Shahrul bersuara sambil menepuk perlahan bahu Hisyam.
“Apa maksud kau?,”
“Ya la. Idayu…Syafiq…perkahwinan kau,”
“I told you, aku tak akan ketepikan Idayu.
Shahrul tersenyum kecil.
“Kau ingat semudah itu ke perempuan nak berkongsi suami? Macam kongsi tandas awam? Fikir sikit tentang tu, Syam,”
Hisyam terdiam. Kata-kata Shahrul ada benarnya. Lantaran kerana kebenaran itulah, sehingga ke saat ini dia tidak mempunyai kekuatan untuk berterus-terang dengan Idayu.
“So, berbalik pada cerita kau tadi. Kalau bukan cemburu, apa pula definisi kau pada perasaan kau tu?,”Sharul bersuara semula setelah membiarkan siasana sepi seketika.
“Uncomfortable,”jawab Hisyam sepatah.
“Kenapa boleh rasa macam tu?,”
“Aku tak tahu. Mungkin sebab aku suami Idayu dan perbuatan lelaki itu terlalu ketara. Dia pandang Ayu seolah-olah masa tu, Cuma dia dan Ayu saja yang ada di situ. Kalau kau di tempat aku pun, aku pasti kau pun akan rasa benda yang sama,”
“Of course. Dan sebabnya sangat jelas. Sebab aku cemburu. Cemburu sebab aku cintakan isteri aku. Tapi, kau… situasi kau berbeza, kan? kau tak cemburu. Dan kau tak cintakan Ayu,”Shahrul bersuara separuh menyindir. Berharap sindiran itu akan membuat otak Hisyam berfungsi sejenak. Membuat Hisyam berfikir semula apa sebenarnya yang dia rasa.
“Aku rasa tercabar. Aku suaminya dan ada orang yang bermain mata dengan isteri aku.
Di hadapan aku pula tu. That’s all. Cuma rasa tercabar. Bukan rasa cemburu,”
Shahrul buntu. Setiap hujahnya, pasti dapat dipatahkan oleh Hisyam dengan seribu alasan.
“Kau kenal lelaki tu?,”soal Shahrul lagi.
“Tak. Namanya Borhan,”
“Borhan?,”soal Shahrul meminta kepastian. Hisyam mengangguk perlahan. shahrul tersenyum pendek.
“Kau tak Tanya Ayu siapa Borhan tu?,”
Hisyam menggeleng.
“Kau patut Tanya dia siapa Borhan tu,”
“No. Petang tadi, dia gelakkan aku. Sekarangg kau ketawakan aku. Aku rasa cukuplah. Aku tak nak jadi badut depan dia lagi,”
“Rasa cemburu tu, normal. Kau tak perlu malu. Tanya sajalah. Mungkin ada sesuatu yang kau nak tahu. Yang kau perlu tahu, mungkin?,”
“Kawan, aku tak cemburu. Aku tercabar. Guna perkataan yang tepat, okay?,’
Shahrul tergelak kecil. Kalaulah Hisyam tahu siapa Borhan sebenarnya, adakah dia akan terus mengekalkan istilah tercabarnya itu? perlukah dia berterus-terang dengan Hisyam? Shahrul menarik nafas sedalam mungkin. Dia tidak akan membuka cerita itu. Biarlah Hisyam tahu daripada Idayu.
“Kau tanyalah Idayu, siapa Borhan tu,”pinta Shahrul sekali lagi.
“No. Nanti dia ingat aku cemburu pula,”
Shahrul menggeleng perlahan.
“Kau dah buta sekarang, Syam. Buta hati untuk menilai perasaan kau sendiri. Yes, you are! Kau cemburulah Syam. Bukan tercabar. Bukan tak selesa. Tapi, hakikatnya kau cemburu. Kau faham tak?,”
Hisyam merenung wajah Shahrul yang sedikit emosi.
“Shah, aku rasa baik kita balik sekarang. Or, maybe we should change the topic. Or else, we are jumping into a damn argument ,”ujar Hisyam apabila merasakan ada ketegangan yang wujud di antara mereka. Dia tidak mahu bertengkar dengan Shahrul. Tetapi, dia juga tidak boleh membiarakan Shahrul terus membuat spekulasi tentang dirinya. Lelaki itu bercakap seolah-olah dia lebih mengenali dirinya. Hatinya. perasaannya. Pendek kata segala-gala tentang dirinya.
“Okay. Aku pun tak mahu bertengkar dengan kau,”balas Shahrul sambil tersenyum kecil. Dia bersetuju dengan kata-kata Hisyam. Buat seketika, masing-masing diam melayan perasaan masing-masing.
“Bila kau balik Shah Alam?,”soal Shahrul setelah agak lama membisu.
“Hai… menghalau Nampak? Aku kat sini, belum pun sampai dua hari, kau dah nak halau aku balik?,”
Shahrul tergelak besar mendengar jawapan Hisyam.
“Ya ALLAH. Tak ada niat langsung aku nak menghalau. Aku Tanya saja,”
Hisyam tersenyum kecil menagggapi gelak Shahrul yang masih bersisa.
“Bila dah sampai sini, seronok pula. Tengoklah dalam tiga empat hari lagi. Lagipun aku dengan Ayu dah lama tak bercuti bersama. Bercuti tepi pantai macam ni, best juga,”
“Suka hati kaulah, Syam,”
“Eh, kalau tak silap aku, ada satu chalet fovourite Ayu kan?,”soal Hisyam tiba-tiba.
“Chalet favourite?,”Shahrul termangu seketika. Kurang mengerti dengan soalan Hisyam.
“Alaa… chalet tu, memang tempat private dia, masa dia jaga rumah rehat ni dulu,”
“Oh… Itu. Kenapa kau Tanya?,”
“Ada tempahan untuk chalet tu?,”soal Hisyam tanpa menjawab soalan Shahrul.
“Tak ada. Memang aku tak sewakan pada pengunjung. Juita tak benarkan. Katanya chalet tu, memang untuk Idayu. Idayu suka sangat tempat tu. Ada privacy katanya. Kenapa kau Tanya?,”
Hisyam tersenyum kecil.
“Kalau kosong, aku bercadang nak pindah ke sanalah,”ujarnya ringkas. Shahrul merenung wajah Hisyam buat seketika.
“Kenapa? Kau tak selesa tinggal dengan kami? Atau .. aku or Juita ada menyinggung perasaan kau ke?,”
Hisyam tergelak sambil menggeleng perlahan.
“Privacy. I want privacy. Faham?,”
Shahrul tersenyum lega. Sangkanya Hisyam ada terguris hati dengannya.
“Privacy? Kau nak privacy? Kira-kira macam tak nak diganggulah ni, ya? Nak honeymoon sekali lagi ke? Dalam tak cinta pun… ada mood nak honeymoon ya?,”
“Bukanlah macam tu. Tapi, kalau aku nak honeymoon pun, apa salahnya kan?,”
Shahrul menggeleng perlahan.
“Syam..Syam.. kalau aku cakap, kau tak percaya. Tak cakap, kan… takut nanti kau menyesal. Lupakanlah hasrat kau nak kahwin lagi tu. Kau dah cukup bahagia dengan Ayu sekarang ni. Jangan tamak sangat. Nanti kau juga yang rugi,”
“Shah…please, aku tak nak cakap pasal ni lagi,”
Shahrul sekadar mengangkat tangan tanda akur dengan permintaan Hisyam.
“Sebenarnya saja nak ambil feel bercuti. Kalau tinggal di chalet.. feel cutinya tu, lebih terasa. Itu saja sebabnya,”terang Hisyam tanpa diminta. Shahrul Cuma mengangkat kedua-dua belah bahunya sambil tersenyum kecil.
“Jomlah balik. Dah lama kita kat sini,”Shahrul bersuara sambil mengangkat punggung. Hisyam mengangguk setuju tanpa banyak bicara.

****

20 comments:

atashinci said...

pening2 dgn hisyam ni....
klu xcinte pe namenye yer.....
cpt2 sambung hanni.....

Anonymous said...

aduhai.... degil bangat si hisyam nie..... cayok hanni....

fara said...

isk3...syam ni x sedar ke dia cinta kat ayu...
klu mcm 2, kak hanni biar ayu pergi dr hidup syam nnt..
biar syam tau apa kata hatinya...

Anonymous said...

ape la syam tu..ego bukan main lg...x mo naku gak tu perasaan die...
ape bukan namenya cinta klu dah mcm tu?huhuhuhu..caiyok2 kak hani..next n3..:)

huda said...

kak hanni..
cite ni bez..
huda suke..
seday la..
bt huda lgi tkut nk kawen,.
ape lg yg lelaki nk??
kebahagiaan dah ada..
tp still xckup..

Hanie_Dew said...

ka hanni...next n3...
tu la lelaki ni xfaham la..
syam ni slow tol la dah kene tinggal ngan ayu tu baru padan muke..
emo tol cite ni la..hihihihi..
syam tu romantik bangat...
sara tu kejam+xde perasan+tamak+selfish=xguna..
kak hani...nice story n y..
love it so much..all ur story..
saya akan beli sume koleksi novel kak hanni nanti...insyaallah..amiinnn...

Anonymous said...

ade seorg kenalan sy mcm syam ni...keliru ngan prasaan sendiri n ego nye tu melambung2..hmmm...bile yg dikejar xdpt,yg dikendong berciciran..baru mata tu nk terbuka dgn kilauan permatadpn mata...ish3...hrpla x jumpa org mcm ni..kesiannye idayu tu...hmmmm...=I

Anonymous said...

segala benda yg hisyam wat kat ayu tu apa maknanya klau bukan cinta namanya. hisyam ni mmg x faham jiwa sendiri.... bila k. hani nk wat hisyam sedar diri ni.. x sabarla nk tgk hisyam camne dia akan jd lpas tu...

Anonymous said...

pasni kene wat hisyam merana plak.. hehe.. geram betul, ego tinggi melangit petala 7..
biar ayu pegi dari hidup dia.. biar terbuka sket mata dia tu..
yg pasti.. kesiannya ayu. :(

nana_yoong said...

eem, shahrul ni mmg kawan yg baik, xbosan dengar masalah org wlupun kadang2 myakitkan hati sebb semua pendapatnya x diendahkan...

hisyam, terlalu keliru, mungkin juga tamak, semua yg patut dia ada telah die perolehi daripada isterinya ayu, wanita itu terlalu taat padanya..

manusia, bila da kehilangan baru nak menghargai apa yg dia pernah ada.

LeaQistina said...

hisham.. hisham..kelirulah engkau sampai puas.. lepas tu.. mulut tu jangan melopong bila ayu akhirnya pergi melangkah pergi.. but.. lea rasa mcm stuju plak andai diorang berpisah seketika.. n then rujuk balik la.. bkn pe.. ajar sikit si hisham tu erti kehilangan.. bila dia kehilangan ayu.. baru dia leh tau mana satu cinta.. mana satu rindu.. n mana satu tanggungjawab.. slagi ayu ada dpn mata dia.. dia xkan mampu nak wat keputusan apa rasa hatinya..

but.. ish.. geram tol lea dengan si hisham nih.. grr...

Anonymous said...

mmg best..
gud job...kadang realiti kehidupan i susah nak dijangka n the most impotant thing is lelaki mmg susah nak paham terutama ttg hati die..
per yang dier nak n aper yang xnak..
dorang xreti nak cakap macam yang kiter cakap...
n harap sangat novel ni dapat diterbitkan dipasaran..

misz nana said...

adoii.. makin geram kat hisham! sampai bila nak camtu? apa lagi yang dia nak cari sebenarnya? ayu tu dah cukup baik dah.. xnak ayu tau konon.. ayu dah tau la hisham oii.. eiii! nak sangat ngan maisara tu, hah pergi pergi.. bila ayu dah pergi dalam hidup dia, baru nak terhegeh-hegeh nak kat ayu balik.. arghh! daku semakin gerammmm!

anarif said...

argh!!! i have fallen in love with u hanni!!! ops! not u! ur stories!!!!!!!!!! mmmuuaahh!!! @)-
keep ur spirit up!

anarif-author of KAU PENAWARKU @ PENULISAN2U

Anonymous said...

erm..rasenyer nak marah kat hisyam pon x bleh kot..
sbb antara sayang dan cinta mmg ade bezanye...
rasenyer kak hanni pon dapat rase perbezaannye..
tu sbb kak hanni buat citer pasal nih..btol ker kak hanni?hehe
neway..dalam hal nih utk hisyam rasenyer ade la lebih baik kalu die tinggalkan sekejap sara ngan idayu..
n within that period of time..
tgk sape yg die paling ingat skalik..that should be the best choice..hehe

nin said...

apa jenis makhluk la hisyam ni... buta segalanya.. egonya lak makin melambung2..

eloknya shah cite je sapa borhan yang sebenarnya. x selesa konon..ngaku je la wahai hisyam.

BewoK said...

kadang2 kite xtaw ape yang kite miliki lebih berharga dr ape yang kite impikan..hope hisham sedar..

ayu said...

aduhh...xbentilaa aku nangis...rse cm berada kat tmpt ayu je...tmbh2 lg ayu tu name aku...uuuwaahhh..

ikan goreng said...

hahhahahaha...
suma org bg komen time emo

a prove that you're a good writer

Anonymous said...

alah...ego lelaki kan menggunung...
klu cinta pun dikatakan tidak...

teruskan hanni...citer u ni..
membelai jiwa hehehe...

[11:35:50 PM] hos.getah: