Wednesday, November 12, 2008

Pergilah Air Mata 15


Sabrina bangkit dari baringnya. Berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Bosannya hanya Tuhan saja yang tahu. Badrul pula, sejak malam tadi tidak balik ke bilik. Tidak tahu ke mana. Pulang sahaja dari makan malam, lelaki itu terus berlalu tanpa sepatah kata. Meninggalkan dia sendirian di dalam bilik yang cukup besar itu. Membuat tidurnya malam tadi pun menjadi tidak begitu lena. Sering terganggu dek rasa takut yang mengganggu. Tidur sendirian di tempat yang masih asing padanya memang bukanlah satu situasi yang dia suka. Sudahnya, entah berapa jam sahaja matanya terpejam lena. Selebihnya dia terkebil-kebil di dalam comforter yang membalut seluruh tubuhnya. Menutup kaki dan kepalanya. Kalaulah malam ini, Badrul tidak pulang juga, pasti dia terpaksa bersengkang mata sekali lagi. Ada Badrul sekurang-kurangnya membuat dia sedikit lega kerana dia tidak sendirian di situ.
Dia memandang jam di dinding. Hampir pukul enam petang. Ke manalah Badrul pergi. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia keluar dari bilik itu. Mencari sedikit ketenangan di luar sana. Menghirup udara segar. Namun, larangan Badrul terpaksa dia patuh. Dia tidak mepunyai pilihan. Walau bagaimana pun situasi antara dia dengan Badrul, dia tidak boleh ingkar pada larangan seorang suami.
Satu keluhan keluar dari bibirnya. Tidak tahu apa aktiviti yang hendak dibuat. Sudahnya dia menjenguk selonggok CD yang tidak dia sentuh sejak Badrul berikan padanya tempoh hari. Semuanya cerita seram. Sengaja mahu kenakan dia. Perlahan dia mencapai longgokan CD itu lalu dibawa ke riba. Berkerut keningnya melihat imej-imej yang langsung tidak Nampak cantik di matanya itu. Satu persatu dicampak ke meja semula. Sehinggalah dia terpandang satu CD yang menggamit memori. Sekuntum senyum terukir tiba-tiba.
“Abang! Kita nak tengok cerita apa ni?,”
Ikmal tersenyum nakal. Sedang Maria yang duduk di sebelah Ikmal di dalam panggung yang sudah mula gelap itu, tersenyum lucu. Sabrina merenung tajam wajah dua insan di hadapannya itu. Senyuman itu bagai sembunyikan sesuatu.
“Cerita apa ni, bang?,”
“Jangan Pandang Belakangggg….,”Maria menjawab dengan nada menyeramkan membuat Sabrina terjerit kecil. Ikmal tergelak. Maria tersengih.
“Abang…,”
Ikmal merenungnya bersama senyum manis.
“What?,”soalnya lembut.
“Tak naklah. Nak keluar. Tak baik tipu Ina tau,”
“Mana ada abang tipu? Abang Cuma ajak tengok wayang aje. Tak cakap pun nak tengok cerita apa,”
“Jahatlah abang buat Ina macam ni. Ina nak keluar,”bebel Sabrina sambil mengangkat punggung. Pantas Ikmal mencapai jemarinya.
“Duduklah sayang. Abang memang nak tengok sangat cerita ni. Temankan abang ya?,”
“Ina tak suka tengok cerita macam nilah. Bukan abang tak tahu,”
“Memang abang tahu. Sebab tu abang tak nak cakap kita tengok cerita apa,”balas Ikmal masih dengan senyum nakalnya. Sabrina membuang pandang.
“Temankan abang, ya? Kalau rasa takut sangat tu, peluk aje abang. Abang tak kisah,”tambah lelaki itu separuh bergurau.
Sabrina tersenyum kelat. Manisnya kenangan itu. tiba-tiba dia menjadi terlalu rindu pad Ikmal. Bagaimanalah keadaan lelaki itu sekarang? Tiba-tiba juga dia teringatkan tarikh pertunangan antara dia dan Ikmal yang sudah tidak begitu lama. Nampaknya majlis itu terpaksa dibatalkan. Timbul rasa bersalah di hatinya. Bersalah pada ibu Ikmal yang terlalu sayang padanya. Bersalah pada Ikmal yang terlalu mencintainya. Tanpa sedar, tangannya pantas mengeluarkan CD dari kotak. Membuka televisyen. Sekelip mata filem Jangan Pandang Belakang sudah pun muncul di screen televisyen. Filem itu membuat dia teringatkan Ikmal. Dia ingin terus mengingati Ikmal.
Dalam keasyikan melayan kenangan dia tersentak mendengar jeritan yang menyeramkan di kaca televisyen. Pantas dia mencapai alat kawalan jauh. Menekan ikon ‘mute’. Filem berlangsung tanpa bunyi. Dia bergerak ke arah katil. Mengambil comforter kemudian bergerak semula ke sofa. Bersila di atas sofa sambil menarik comforter menutup tubuhnya. Menonton filem bisu sambil menutup muka. Hanya sesekali dia melihat. Selebihnya dia diam sambil menghitung detik CD itu habis diputarkan.
“Hoi! Apa ni?,”
Sabrina terperanjat. Menjerit kuat. Hampir menitis air matanya. Cepat-cepat dia menyelak comforter. Melihat muka Badrul yang kelihatan terkejut.
“Apa ni? Berbungkus macam ni?,”
Sabrina menelan liur. Perlahan dia mengurut dada. Sungguh-sungguh dia terkejut. Melihat wajah terkejutnya, barangkali , Badrul tersenyum kecil.
“Tengok cerita hantu ya? Tak takut ke? Kenapa bisukan pula volumenya?,”soalnya sambil melabuhkan punggung ke sofa. Alat kawalan jauh di tangan Sabrina, dicapai. Batalkan ikon ‘mute’. Sabrina Cuma memandang. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Nak ke mana tu?,”
“Saya tak nak tengoklah,”
“Kan kau yang pasang. Duduklah,”Badrul bersuara sambil menarik tangan Sabrina. Memaksa Sabrina duduk di sebelahnya. Sabrina akur dalam terpaksa. Terkebil-kebil melihat Badrul menarik comforter di ribanya. Badrul tersengih.
“Orang tengok tak payah tutup muka dengan kain,”
Sabrina diam. Tunduk memandang tangannya. Siapa yang mahu menonton filem itu? dia Cuma teringatkan Ikmal. Dan, tanpa sedar, ingatan itu membuat dia mainkan CD itu.
“Tengoklah…,”
“Awak ke mana malam tadi?,”soal Sabrina berusaha mengabaikan segala bunyi yang singgah di telinganya.
“Bukan urusan kau,”
“Saja Tanya,”
“Diamlah. Aku nak tengok cerita ni,”
“Saya keluar kejap, boleh?,”pinta Sabrina sambil memandang wajah Badrul. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi menghadap cerita seram itu.
“Tak boleh,”
Sabrina mengeluh hampa.
“Best juga cerita ni ya?,”Badrul bersuara sambil matanya terus melekat di screen TV.
“Agak-agak kat sini, ada tak benda ni ya?,”
Sabrina ternganga. Janganlah buat andaian macam tu.
“Mungkin ada kot. Yang rambut panjang ni la banyak kat sini kot,”tambah Badrul sambil jari telunjuknya ditunding ke kaca televisyen. Sabrina turut memandang. Cuma seketika. Cepat-cepat dia pejamkan mata dan palingkan muka. Ngeri melihat hantu di dalam filem. Sungguh dia menyesal mainkan filem itu sebentar tadi. Sekali lagi dia mengangkat punggung. Tidak mahu menonton lagi. Sekali lagi juga, tangannya ditarik oleh Badrul. Memang lelaki ini sengaja mahu membuat dia ketakutan.
“Saya tak nak tengoklah awak. Janganlah paksa saya,”
“Kenapa pula?,”
“Nanti saya tak boleh tidur,”
“Apa kena mengena cerita hantu dengan kau tak boleh tidur?,”soal Badrul buat-buat bodoh. Sabrina membuang pandang.
“Tengok TV tu,”
Sabrina menggeleng.
Lebar senyum yang terukir di bibir Badrul. Penakut sungguh perempuan ini. Dia berpaling. Sedikit hairan dengan tindakan Sabrina. Sudah bersila menghadap bahunya. Kena sampuk ke? Biar betul perempuan ni. Hatinya mula berteka-teki sendiri.
“Kau ni kenapa?,”
Sabrina menggeleng. Cuma memandang wajah Badrul.
“Janganlah pandang aku. Aku nak tengok TV. Pandang TV tu,”
“Tak naklah. Kalau awak tak nak bagi saya tengok muka awak, bagilah saya pergi kat tempat lain. Jangan paksa saya tengok cerita ni,”
“Tak apa. Aku bagi kau tengok muka aku. Tengoklah. Aku tahu, kau memang dah lama pun nak telek muka aku kan? Aku bagi kau peluang tu. Sebab aku faham. Orang lawa macam aku ni, memang ramai yang nak memandang. Lebih-lebih lagi perempuan macam kau,”
Sabrina mencebik dalam diam. Perasannya suami aku!
“Betul kan?,”
“Entah,”
“Entah? Kalau entah, kenapa pandang aku?,”
“Sebab muka awak lawa sikit dari muka hantu tu,”selamba jawapan itu meniti di bibir Sabrina. Membuat dia terpempan. Sebenarnya ayat itu Cuma untuk dia luahkan di dalam hati. Tidak sangka pula boleh meniti di bibirnya juga.
“Apa?,”tinggi suara Badrul bertanya.
“Sorry,”cepat-cepar Sabrina bersuara. Badrul memandang wajah itu seketika. Seketika Cuma. Cepat-cepat matanya dialihkan semula ke kaca televisyen. Bimbang gelora rasanya semalam bertandang lagi. Cuba sedaya- upaya memberi focus kepada cerita yang di TV. Namun, dari ekor matanya, dia Nampak mata Sabrina yang bagai melekat di pipinya. Sangkanya Sabrina tidak serius dengan kata-katanya. Rupa-rupanya gadis itu memang nekad merenung wajahnya daripada menonton filem di kaca televisyen. Mematung bersila menghadapnya. Membuat dia sedikit gelisah. Dia ingin beredar dari situ, namun, entah kenapa, kakinya terasa berat untuk melangkah. Tidak seperti malam tadi, dengan cepat dia mampu menghayun langkah meninggalkan Sabrina semdirian di dalam bilik. Dia menyewa bilik lain. Dia ingin memenuhi permintaan Sabrina agar benarkan dia pergi dari sofa itu. Namun, dia tidak mahu mengalah. Dia ingin terus melihat wajah Sabrina yang ketakutan.
Dia mengerling dengan ekor matanya. Sabrina masih termenung sambil menatap pipinya.
“Hah!!,”jeritnya tiba-tiba. Sengaja ingin membuat gadis itu terkejut. Memang Sabrina terkejut. Terjerit kuat. Malah, terkejut Sabrina membuat dia pula yang terkejut besar. Kaku seketika. Apabila sepantas kilat gadis itu melompat ke ribanya. Memaut tengkuknya sambil kemas memeluk tubuhnya. Memang dia terkejut. Terkejut yang teramat sangat. Sabrina sudah meraung di bahunya. Dapat dia rasakan degupan jantung Sabrina yang laju di dadanya. Memang Sabrina ketakutan.
“Okay…Okay…Sorry. Aku tak sengaja. Sorry, okay?,”Badrul bersuara sambil memegang bahu Sabrina. Cuba menolak Sabrina lebih jauh darinya. Tubuh itu menggigil.
“Janganlah macam ni. Aku minta maaf. Lepas ni, aku tak usik kau lagi,”
Tubuh Sabrina sedikit mengendur. Baru tersedar dia sudah berada di atas riba Badrul. Air mata ketakutan yang membasahi pipi, dikesat segera.
“Sorry…,”dia bersuara perlahan sambil bergerak ke sofa. Tidak berani memandang wajah Badrul, kerana dia tahu saat itu, mata Badrul tidak berkelip merenungnya. Barangkali lelaki itu marah. Tetapi, dia betul-betul tidak sengaja.
“Saya tak nak tengok lagi. Please…,”
“Okay. Aku tutup,”pantas Badrul mematikan televisyen. Sabrina tersandar ke sofa sambil terus menyapu air matanya.
“Kenapa kau ni, penakut sangat?,”
Sabrina menjeling seketika. Bodohnya soalan. Debar di dadanya masih bersisa. Kepalanya seakan-akan berpusing dek kerana terkejut disergah begitu. Nasib baik tidak pengsan.
“Awak paksa saya tengok tu, kenapa?,”
“Kau yang pasang kan?,”
“Saya pasang, tak ada suara. Lagipun, saya tak tengok pun,”
Badrul tersenyum kecil. Melihat wajah itu seketika sambil cuba melenyapkan debar yang bergelora di jiwanya. Dia menarik nafas panjang. Melarikan pandangan ke arah lain.
“Aku dah sewa bilik lain,”tiba-tiba Badrul bersuara.
“Hah?,” Badrul memandang wajah terkejut Sabrina.
“Kenapa terkejut?,”
“Kenapa?.”soal Sabrina hairan. Debar yang baru sahaja ingin menjauh, sekali lagi betenggek di ranting hati.
“Suka hati akulah,”balas Badrul sambil mengangkat punggung. Ingin menjarakkan kedudukan antara dia dan Sabrina.
“Mana boleh macam tu?,”Sabrina bersuara tidak puas hati. Takkan dia akan tidur sendirian malam nanti? Selepas menakutkan dia, senang sahaja lelaki ini mengangkat kaki. Dia bangkit dari sofa. Bergerak mengekori Badrul.
“Kenapa tak boleh?,”soal Badrul sambil bersandar pada balkoni. Sabrina diam. Kenapa tidak boleh? Betul juga soalan Badrul. Apa hak dia untuk menghalang lelaki itu?
“Malam ni?,”soal Sabrina sambil mengangkat muka. Memandang wajah Badrul meminta simpati. Badrul membuang pandang. Pandangan itu tidak mampu dia lawan saat ini.
“Aku Cuma nak balik mandi and tukar baju. Lepas ni aku keluar,”laju bersuara tanpa memandang wajah Sabrina.
Sabrina mengeluh lemah.
“Mana boleh macam tu. Awak dah cakap macam-macam benda mengarut tadi, lepas tu, awak nak biarkan saya tidur sorang-sorang? Mana boleh?,”bulat mata Sabrina memandang wajah Badrul. Badrul diam tidak bersuara. Seboleh mungkin dia cuba lari, seboleh mungkin gadis ini datang menghampiri.
“Kenapa tak boleh?,”
“Sebab saya takutlah…,”perlahan sahaja suara itu merintih. Rintihan yang membuat dia semakin tidak tenteram. Tidak. Dia tidak boleh mengikut perasaan.
“Kau takut hantu ke… kau takut aku?,”
“Ha?,”
Badrul merenung wajah yang terpinga-pinga itu.
“Kenapa pula saya nak takut kat awak?,”
Mendengar soalan itu, Badrul melangkah rapat pada Sabrina.
“Sebab… aku rasa macam nak belai rambut kau,”bisiknya sambil membelai rambut Sabrina. Membuat gadis itu sedikit tersentak.
“Aku rasa macam nak sentuh bibir kau…,”
“Aku rasa macam nak belai tubuh kau…,”
“Aku rasa macam… nak bersama kau…,”
“Boleh? Kalau boleh, I’ll stay…,”
Gulp! Kalau tak boleh, maknanya dia kena tidur sendirian? Sabrina menelan liur. Perlahan dia bergerak ke belakang. Berat permintaan Badrul. Badrul tersenyum kecil.
“Boleh?,”sekali lagi dia bertanya.
“Err…,”
Badrul tersenyum sambil bergerak mencapai tuala.
“Lepas mandi, aku pergi. Make sure kunci pintu,”
“Haa?,”
“Ya. Aku pergi. Aku tak boleh tinggal dengan kau kat sini,”
Sabrina diam. Rasa seperti mahu menangis. Pilihan yang Badrul berikan memang berat. Melihat wajah itu, Badrul mengeluh perlahan.
“Tak ada apa yang hendak ditakutkanlah,”pujuknya lembut.
Sabrina kelu.
“Apa-apa berlaku, aku kat sebelah saja. Pergi saja ketuk pintu,”
Sabrina terus melongo. Terkebil-kebil memikirkan dia harus tinggal sendirian lagi malam nanti.

****

16 comments:

LeaQistina said...

waaaa.. bestnya.. har3x33 [gelak jahat].. badrul sampai terpaksa pindah bilik semata2 takut tak dapat kawal diri.. wahahaa...

skrang ni boleh la.. nanti bila balik umah semula.. wahaahahaha.. padan muka.. heheh.. but atleast badrul baru nak rasa yang dia mula suka sabrina..

hmm.. yg hisham tu plak bengong sangat. huhu.. geramm kat hisham tak habis lag.. hehe..

Anonymous said...

wahhh.. makin best ceta ni ...nampaknya badrul terpaksa menahan gelora di hatinya ...kak hanni pastikan badrul tidak akan sampai hati utk tinggalkan sabrina sendirian ....

:) atie md

yatt said...

Jangan pandang akulah... Pandang Tvlah....hahahaha tiba-tiba tergelak baca part ni...kelakar...

Hanni saya dah tak dak kerja lain asyik nak refresh aja menantikan N3 baru. Thanks hanni.

Anonymous said...

best23 na sambungannya lagi....
akak cepat la wat sambungannya cepat la

atashinci said...

best tul....buatlh badrul xtgglkn sabrina sorg2 atau...sabrina takut sgt dia yg ketuk bilik badrul
wawawawaw.....
cepat2 sambung hanni

misz nana said...

apa agaknya pilihan yg akan sabrina buat? nak terima permintaan badrul or nak tinggal sorang? hehehe.. kak hanni, nak lagi.. x sabar nak tau ni..

Anonymous said...

bestnyer!!best gle!! makin lama makin best plak..kak hanni..cepat2 la sambung yer..tak sabar dah ni..

rosdiana said...

makin best.....hlg tensen jap baca pam ni...thanks...

ika said...

sukenye...sukenye....
hahah....
best la kak hani ni....
congrat........
and...
good luck...

teruskan nenulis...
tahniah skali lg coz bymyb nak di bukukan....
x saba nak beli..
harap PAM ni pon dibukukan...

aqilah said...

bestlah hanni. part sabrina terperanjat tu mmg dah disangka2 kan! kah...kah... mmg best! can't wait for next update!

Nurul said...

hanni ! n3 ni best la !
tqqqq ! syg hanni :D hehe

yun said...

huaaa!!! cepat la entri baru~!

Anonymous said...

kak hanni..
buatla maria kantoi cpt2 sket..
hehe..tak sabo dah ni

rainz0707 said...

HIHIH kak hanni nnt kalo bymyb da kuar inform cpt.xsbar.lg 1 nt cpt2 tau n3 pam ni xsbar.tiap2 jam sy dok msk blog akak ni.cute plak tgk sbrina hahahaha

by.rha said...

aku nangis bile bace part ni.. xtau la nape. may be sbb igtan aku melayang pd x-bf aku. same. cume beza watak ni da kawen n tmpt situasi ni. em.. i miss him so much..

Anis said...

bagus

[11:35:50 PM] hos.getah: