Wednesday, December 8, 2010

Kuseru Rindu Itu... 26


Maisara membuang pandang. Rasa geram menghimpit perasaan. Dia cuba sedaya upaya untuk cuba bertoleransi tapi nampaknya situasi tetap membuat dia hilang sabar. Perlahan dia mengangkat punggung. Memandang kehijauan lanskap di hadapannya. Agak lama dia berdiri membelakangi Hisyam. Cuba mencari sisa-sisa kesabaran yang mungkin masih ada di hatinya. Kalau bukan kerana cinta, sudah lama dia tinggalkan Hisyam. Namun, apa dayanya? Cinta telah mengikatnya. Dia terjerat di hati lelaki bernama Hisyam. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang. Sedikit kesal dengan perasaannya sendiri. Wajah Hisyam ditatap dalam-dalam.
            “Kali ni, apa pula alasannya, abang?,”
            “Sara…janganlah macam ni. Abang berharap sangat , Sara faham abang. Abang bukan mengelak,”
            Maisara tergelak sinis.
            “Sudahlah bang. Tak sabar Sara nak tahu alasan abang kali ni. Cepatlah beritahu Sara. Kali ni, kenapa pula? Apa pula yang halang abang?,”
            “Kalau nak bercakap dengan abang, pandang abang. Jangan berpaling muka macam tu. Abang tak suka,”
            Mendengar rungutan itu, Maisara berpaling. Menghadiahkan sekuntum senyum sinis buat Hisyam.
            “Ohh… abang tak suka? Sebab abang tak suka, so, Sara tak boleh buat macam tu? Bagaimana pula dengan perkara yang Sara tak suka?,”
            “Apa yang Sara tak suka?,”Hisyam bersuara lemah. Mulai kurang selesa dengan pertemuan yang sudah tercemar dek bunga-bunga pertengkaran.
            “Sara tak suka sikap abang. Sara tak suka sikap abang yang suka mengelak. Sara tak suka bila abang tak pernah nak serius dengan Sara. Sara tak suka bila abang tak adil pada Sara. Abang ketepikan semua permintaan Sara,”
            “Sara… kan abang dah cakap. Abang bukan mengelak. Abang memang tak boleh pergi. Bila dah sampai masanya, abang akan jumpa keluarga Sara. Okay?,”
            “Tak boleh nak pergi? Kenapa? Ini bukan kali pertama abang buat macam ni, tau. Kalau abang tak nak jumpa emak Sara, cakap aje terus terang. Tak payah nak berdolak- dalih. Tak payah nak reka seribu alasan yang buat Sara sakit hati,”
            “Bukan abang tak nak, sayang. Cuma masanya belum sesuai. Sabarlah dulu,”
            Maisara merengus geram.
            “Bila masanya nak jadi sesuai bang?,”
            “Sabarlah sayang,”
            Maisara kembali ke bangku yang diduduki Hisyam. Merenung wajah Hisyam yang tenang. Sudahnya dia mengeluh perlahan.
            “Sara nak jadi isteri abang. Sara dah cuba buang abang dari hidup Sara dulu. Tapi, hati Sara tetap teringatkan abang. Sara tak mampu nak lupakan abang. Sara cuma nak hidup dengan abang saja,”akhirnya dia cuma mampu berbisik perlahan.
Namun cukup untuk bisikannya itu sampai ke telinga  Hisyam. Membuat lelaki itu dijentik rasa terharu. Membuat dia teringat pada usahanya untuk menyingkir cinta yang hadir. Hampir setahun dia mencuba untuk meluputkan nama Maisara dari fikirannya. Dia cuma mahu memiliki Idayu seorang. Tidak tega untuk melukakan hati wanita itu. Namun, ternyata baik dia mahupun Maisara, mereka gagal. Gagal membuang rasa cinta yang merantai hati mereka. Sudahnya cinta itu kini bertaut kembali.
“Abang pun sama, Sara,”akhirnya dia bergumam perlahan sambil menyentuh jemari Maisara. Membawa jemari itu ke dalam genggaman eratnya.
“Dah tu apa lagi yang kita tunggu? Itu yang Sara tak faham pasal abang,”
Hisyam diam. Sejujurnya dia sendiri kurang pasti kenapa dia seperti melengahkan hal itu sedang perasaannya pada Maisara memang bukan main-main. Begitu kuatkah pengaruh Idayu dalam usaha untuk dia berterus-terang tentang hubungan cintanya ini?
“Kenapa diam? Kenapa soalan Sara yang satu ini cuma akan buat abang jadi bisu ya?,”
“Sara… selalu ke kita boleh jumpa macam ni?,”Hisyam bersuara. Menatap wajah Maisara yang sedikit terkebil-kebil. Barangkali gadis itu pelik mendengar soalannya yang menyimpang jauh dari topik perbincangan.
“Jawab soalan abang,”
Maisara menggeleng perlahan.
“Jadi kenapa setiap kali kita ada peluang untuk berjumpa macam ni, kita mesti selalu bertengkar?,”
Maisara tertunduk. Mula memahami maksud soalan Hisyam. Juga perlahan-lahan mengakui kebenaran kata-kata Hisyam. Tetapi bukan maksudnya mahu mencari perbalahan di setiap pertemuan. Dia juga tidak suka bertengkar setiap kali berdepan dengan Hisyam. Melihat Maisara yang membisu, Hisyam mengukir senyum nipis.
“Abang jumpa Sara bukan sebab abang nak bertengkar dengan Sara. Abang jumpa Sara sebab abang rindukan Sara,”tokoknya perlahan.
Maisara mengangkat muka. Membalas renungan redup Hisyam. Membuat jiwanya mula bergetar dengan rasa bahagia.
“Abang ingat Sara suka bertengkar? Sara pun tak suka. Tapi,Sara geram dengan sikap abang. Abang langsung tak ambil serius pasal hubungan kita. Macam tak bersungguh-sungguh nak kahwin dengan Sara,”
Hisyam tergelak kecil. Membuat bibir Maisara sedikit memuncung.
“Abang dah beritahu isteri abang?,”soalan itu meluncur santai di bibir Maisara. Lama dia merenung wajah Hisyam. Sudah agak lama dia tidak timbulkan soalan itu.
Mendengar soalan itu, giliran Hisyam pula menundukkan kepala. Melihat reaksi Hisyam,, Maisara seakan sudah sedia maklum akan jawapannya. Dia mengeluh keras sambil membuang pandang. Geram memikirkan sikap Hisyam. Semakin lama, terasa semakin sukar untuk dia memahami diri lelaki ini.
“Bila?,”sepatah soalan itu dijatuhkan ke telinga Hisyam. Dengan nada yang cukup tegas. Dengan wajah yang cukup geram. Terasa sisa-sisa kesabarannya semakin menipis.
“Tunggulah. Bagi abang masa. Okay?,”
“Dah lebih lima bulan bang. Dah lebih lima bulan sejak  kita mula bincang pasal kahwin ni secara serius. Tapi, abang tetap belum berterus-terang dengan isteri abang. Abang nak tunggu sampai bila? Sampai Sara bosan? Sampai Sara hilang sabar? Abang jangan buat Sara macam ni. Abang jangan main-mainkan perasaan Sara,”
Hisyam menghela nafas panjang. Tiada kata-kata yang mampu dia luahkan. Memang dia yang salah. Memang sepatutnya sudah lama dia berterus-terang dengan Idayu. Dia tidak seharusnya menggantung harapan yang tidak pasti pada Maisara.
“Abang…say something. Jangan diam macam ni. Abang buat Sara makin sakit hati. Tahu tak?,”Maisara bersuara keras. Lembut pujukan Hisyam sebentar tadi, hilang perlahan-lahan.
“Jangan tuduh abang macam tu, Sara. Sara sendiri tahu abang tak pernah permainkan perasaan Sara, kan? Cuma abang belum jumpa masa yang sesuai untuk berterus-terang,”
“Tak jumpa masa yang sesuai ke, abang takut isteri?,”sinis soalan Maisara menyentap perasaan Hisyam. Lantang mulut itu membangkitkan sedikit amarahnya. Barangkali hati lelakinya sedikit tercabar dengan kata-kata yang agak sinis itu. Namun marahnya dikawal sebaik mungkin. Dia tidak boleh menyalahkan Maisara. Sikapnya sendiri yang mencabar sabar Maisara.
“Lain kali kalau takut isteri, jangan main kayu tiga,”sekali lagi kata-kata sinis singgah di telinganya. Dia menghela nafas panjang. Maisara pula, sudah memanjangkan muncung. Geram apabila setiap kata-katanya cuma dipandang sepi oleh Hisyam. Hatinya yang marah seperti semakin membengkak melihat kebisuan itu. Sudahnya dia merengus keras.
“Sara nak baliklah. Cakap dengan tiang kat rumah lagi baik dari cakap dengan abang ni. Buat sakit hati aje,”ujar Maisara geram sambil mengangkat punggung. Beg tangan di atas pangkin ditarik kasar.
“Kat sini kan banyak tiang. Cakaplah dengan tiang kat sini. Tak payahlah susah-susah cari tiang kat rumah,”Hisyam cuba berlucu. Ingin menyejukkan bahang kemarahan Maisara. Pantas Maisara menoleh merenung wajahnya.
“Abang ni! Sara serius tau. Sara tak ada masa nak layan loyar buruk abang ni,”
Hisyam mengukir senyum.
“Betul?,”soal Hisyam lembut bersama senyumnya yang mendamaikan. Sekali lagi membuat Maisara terbuai seketika. Hatinya perlahan-lahan sejuk. Marahnya juga pergi perlahan-lahan.
“Marah lagi ke?,”
Maisara menjeling”
Memikirkan sikap Hisyam, hatinya terasa pedih. Ada rajuk yang bertenggek di situ. Hisyam mampu membuat dia bahagia. Hisyam juga mampu membuat dia tidak keruan dek rasa geram dan marah.
Melihat Maisara yang mematung di hadapannya, Hisyam bangkit dari duduk. Melangkah menghampiri gadis itu.
“Janganlah marah-marah. Asyik marah-marah nanti sayang stress. Just be calm. Jangan fikir yang bukan-bukan,”pujuk Hisyam lembut. Maisara mengerling sekilas sebelum melayangkan pandangan ke arah lain.
“Sudahlah tu…,”
“Senanglah abang cakap. Bukan abang yang sakit hati. Abang tak faham perasaan Sara. Hati Sara ni, rasa macam nak pecah. Tahu?,”
Hisyam tersenyum.
“Takkan sampai nak pecah kot,”usik Hisyam sambil mencari wajah Maisara. Maisara mengukir senyum sambil sembunyi wajah.
“I can see that smile…,”Hisyam bersuara lagi membuat Maisara tergelak kecil.
“Haa… macam tu lah,”
“Abang ni. Sara betul-betul marah ni, tau,”Maisara mengomel perlahan sambil menjeling manja. Tidak menjadi lagi marahnya pada Hisyam.
“Abang tahu. Abang minta maaf. Memang salah abang,”
Maisara merenung wajah Hisyam.
“Sara pun minta maaf. Sara tak patut cakap macam tu, kat abang. Kan?,”
“Tahu pun,”
Maisara tersenyum.
“Kata tadi nak balik…,”usik Hisyam bersama senyum nakal.
“Abang ni…,”
Hisyam tergelak kecil.
“Gurau je sayang,”ujar  Hisyam sambil menarik semula Maisara duduk di sisinya. Maisara akur bersama wajah yang sudah sedikit manis.
“Abang…,”
Hisyam menatap wajah  Maisara tanpa menjawab panggilan itu.
“Abang kena lakukan sesuatu. Sara tak mahu selamanya kita macam ni,”
“Abang tahu,”
“Abang mesti beritahu isteri abang,”
“Abang tahu…,”
Maisara mengeluh perlahan.
“Abang tahu… abang tahu… tapi bila?,”
“Berilah bang sedikit masa lagi,”
Maisara menarik nafas perlahan-lahan. Cuba mententeramkan perasaannya sendiri.
“Okay… pasal mak Sara pula?,”soalnya lagi.
“Kan abang dah cakap, belum masanya,”
“Sara tak boleh terima jawapan tu,”
“Dah tu Sara nak jawapan yang macam mana?,”
“Abang asyik cakap abang serius dengan Sara. Abang tak pernah permainkan perasaan Sara. Tapi, tengoklah apa abang buat sekarang? Kalau betul abang serius… kalau betul abang tak main-main, buktikan pada Sara,”
“Nak bukti yang macam mana?,”
“Jumpa mak Sara. Senang aje kan?,”
“I will. I will… Cuma bukan sekarang,”
“I told you. Sara tak nak dengar jawapan tu dan Sara dah tak mahu mengalah lagi,”
Hisyam tersenyum bersama keluhan kecil.
“Tak nak dengar jawapan abang? Okay, Sara saja yang bagi jawapannya,”
Maisara tersengih. Senang melihat Hisyam sedikit mengalah.
“This Sunday, ikut Sara jumpa mak,”
Hisyam menggeleng perlahan. Gelengan yang membuat Maisara mengeluh lagi.
“Ahad ni, tak boleh. Abang ada hal. Hal keluarga,”
“Ada aje alasan abang kan?,”
“Abang ada buat majlis hari jadi kat rumah. Tak boleh nak elak,”
Maisara mencemik sambil membuang pandang. Hatinya pantas disapa hangat api cemburu.
“Majlis hari jadi isteri ke?,”sinis dia ajukan soalan. Membuat Hisyam tersenyum panjang.
“Anak abang,”
“Oh.. anak. Ingatkah isteri kesayangan…,”
Hisyam menggeleng perlahan melihat reaksi Maisara.
“Tak nak jemput Sara sekali ke?,”
“Bukan tak nak. Tapi, macam tak sesuai. Harap Sara faham situasi abang, ya?,”
“Alaa… cakaplah Sara ni kawan abang,”saran Maisara sambil menongkat dagu memandang wajah Hisyam.
“Abang tak rasa itu tindakan yang bijak. Lagipun Idayu pernah melihat kita keluar berdua. Abang tak nak ambil risiko,”
Maisara memandang wajah Hisyam agak lama.
“Sara. Please. Jangan merajuk lagi,”
“No. Cuma, abang cakap isteri abang pernah nampak kita?,”
Hisyam mengangguk perlahan.
“That’s mean, dia dah tahulah?,”
“Abang tak pasti,”
“Takkan dia tak tanya apa-apa kat abang? Atau… ada sesuatu yang abang nak sembunyikan dari Sara?,”
“Dia tak pernah tanya,” balas Hisyam dengan nada yang cukup tenang. Maisara diam. Agak pelik mendengar cerita Hisyam. Kalaulah Idayu pernah melihat dia bersama Hisyam, tidak mungkin Idayu akan berdiam diri.
“Kenapa ni?,”soal Hisyam hairan melihat Maisara yang tiba-tiba membisu.
Soalan Hisyam cuma dipandang sepi. Leka memikirkan cerita Hisyam.
“Baguslah kalau isteri abang dah tahu. Senanglah abang nak berterus-terang dengan dia. Jadi, apa masalah abang sekarang ni? Apa yang susah sangat sampai abang asyik bertangguh pasal kita?,”akhirnya Maisara bersuara.
“Sabarlah sayang,”
“Sabar tu memanglah boleh bang. Tapi, ada hadnya. Tak pun, biar Sara saja yang jumpa isteri abang tu. Sara sanggup jumpa dia,”
Hisyam diam. Sedikit bosan dengan topik perbincangan yang berulang-ulang. Melihat kebisuan itu, Maisara maklum akan jawapan Hisyam. Pasti Hisyam tidak bersetuju dengan cadangannya.
“You know something? Abang laparlah. Jom pergi makan,”Hisyam tiba-tiba mengubah tajuk perbualan. Tajam mata Maisara menikam sepasang mata milik Hisyam. Dia tahu Hisyam tidak mahu bercakap tentang masalah mereka lagi. Itu yang membangkitkan rasa kurang senang di hati. Hisyam tidak boleh terus mengelak.
“And, you know something? Apa yang Sara cakap sebentar tadi, it’s not a suggestion. Itu keputusan muktamad Sara. Sara rasa abang faham maksudnya, kan? Lepas ni, Sara tak akan tanya lagi soalan tu. Sara hanya akan tunggu jawapan dari abang. Berapa lama? Bergantung pada kesabaran Sara. Kalau kesabaran Sara dah habis, Sara sendiri yang akan berterus-terang dengan isteri abang. So, kalau sampai itu terjadi, jangan salahkan Sara. Sara dah beri abang peluang. Sara dah beri abang masa yang cukup panjang. Lagipun Sara tak boleh terus fikir pasal orang lain. Ada ketikanya, Sara kena fikirkan untuk diri Sara pula. Apa yang terbaik untuk Sara. Sara harap abang faham, ya. Takkan Sara saja yang kena faham abang. Abang pun kenalah belajar faham Sara juga kan?,”Maisara bersuara dengan nada yang cukup lembut. Juga bersama senyum yang amat manis. Alunan suara manja dan senyum manis yang membuat Hisyam menjadi gundah. Itu ugutan paling halus daripada Maisara.
“Sara ugut abang?,”
Maisara tergelak kecil. Mengangkat punggung sambil berdiri di hadapan Hisyam. Perlahan dihulur kedua tangannya pada Hisyam. Hisyam kaku di situ.
“Sara tak ugut. Lagipun, Sara masih juga beri abang masa, kan? Cuma, Sara rasa, Sara kena tegas sikit. Untuk kebaikan kita juga,”
“Sara pun dah lapar ni. Jomlah makan,”rengek Maisara manja sambil mencapai tangan Hisyam. Menarik perlahan tangan itu. Dengan malas Hisyam menurut. Maisara tersenyum senang.
“Janganlah macam ni. Kalau abang sayang Sara, senyumlah sikit,”
Hisyam tersenyum kecil mendengar kata-kata itu. Senyum dalam gundah yang bukan sedikit. Tiba-tiba senyum Idayu yang selalu membuat dia tenang muncul menambahkan celaru di mindanya.                                                                                                                                                       

****    


18 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
hisyam hisyam..
pansai nye kamu ni ya

srikandi said...

aduhai hati, tak cukup ke idayu tu.
emmmmm...

hana_aniz said...

sakit hati!!

sy nk tgk cm ne bila idayu jauh atau hilang skejap dr hisyam. kalo dia mcm ayam hilang anak, rasa rindu n syg membuak2 n tercari2 idayu, mesti hisyam plih idayu. tp kalo dia terdetik masih syg kt sara time idayu hilang tu.. huhu... tolong bg hero bru utk idayu. kesian dia. :(


thanks kak hanni for this entri.. :) sambung la lg cepat2. huhu

fard_kay said...

buat si borhan tu cari ayu lagi
biar padan muka hisyam tu

nabila said...

~kak hanni terima kasih ats n3 baru..
saat nk baca tu dh berdebar ape kata si hisham nih..
sy sokong komen di atas.. x sabar nk tau reaksi Idayu bila sarah cakap dapan hisyam...mgkin dia p majlis tu...
kak hanni,. klu kuar novel terus pun xpa, sy snggup tuggu..huk3~~

Anonymous said...

;]xsbr nk bace y da dibukukn
hihi xsuka sara

Lotus said...

benci nya kat hisyam dgn sara... menyampahlha..sakit rasa hati..... huhu

aqilah said...

benci dgn lelaki seperti hisyam.........hisssssss bengang tahap gaban ni!!!!!!!!!!apalagilah si suami ni nak????????????????????

ekinfariz said...

bencinye...dng lelaki2...cam hashim...cepat la..borhan...dtg kat ayu..baru padan muka hashim tu...(tapi sara juga yg tersenyum)..kak hani buatlah jalan yg sara tu dpt balasan diatas perbuatannya yg merampas!!!! eee geram nih!!!..

IVORYGINGER said...

eee... gediknya maisara.
nk suami org xmalu betul. siap ugut2 lak.
ish2 hisham ni xkan xperasan betapa maisara adalah manusia yg tlalu pentingkan diri sndr. xpernah fikir hati org. camni layak ke nk jd isteri. xsesuai lgsg. dia sesuai ngan borhan sm2 suka kat hak org. hehehe... ;D
hisham ni bengong la. kahwin tanpa cinta xsemestinya cinta xleh hadir. rsnya cinta dia pd ayu dah lama muncul cuma dia xperasan dsbbkan ke hadiran maisara.
sy setuju statement hana-aniz:
biar ayu ilang br hisham tau rs hati dia yg sbenar. xpun wujudkan borhan supaya hisham jealous br la dia sedar. bengon nya laki ni. cinta dah depan mata dah. nk cari lain watpa. huhuhu...;D

Aya Ariel said...

haa..padan muka hisham..
lelaki xpenah cukup ngan ape yg ade..

pipvz devil said...

aduhhh xsngup rse nk bce cite ni ckit2..agak2 bile ada dpsran ek xsabo lah..kalu bleh nk jam ni gak bce smpi ending..hatiku meronte2,jntungku bgi dtarik keluo,jiwaku kaco bilau..entah knape..mare,benci,kecewa,sedih,pedih,resah,bengang,keliru,nympah bgaul rata mjd doh dhatiku..emosi kah aku?aaarrrrgggghhhhhhh katakn TIDAK pd lelaki mcm hisham..fire!!!zzzzzzz~ mcm ultrmen taro lah plak..hahahahahahahahaha...

yanadi said...

cian idayu...xpatut hisyam wat mcm2...tp biar nti hisyam dpt pengajaran wat isteri baik mcm2...pdn mke

Nurul Asyikin Mohamad Ghazali said...

huhh selama ni idayu senyap jer...tgk la nanti kalo sabar idayu dh meletup, haa br pdn muka si hisham tuh...eee geram!!!

hajar said...

waaaa ..... kesiannye idayu.... benci dengan hisyam..... hanni tlg jgn matikan watak idayu.... plsssssssssssss.....

sa'fri said...

btl2 benci n sakit hati gan hisyam n sara. si hisyam tu pun satu dah ada isteri yang baik khawin dah 7 thn takanlah langsung xda perasaan cinta impossible bagi saya perasaan sayang tu dah cukup kdang2 rumahtangga yg dibina atas rasa cinta blm tentu dpt menjaminkan kebahagian rmahtangga dah 7 thn takan x syg gan rmahtangga si sara tu muka x malu mcam lah lelaki bujang dah x da nak juga laki org kalau blh saya x nak hisyam kawin gan sara d bercerai ngan idayu kasih sikit hisyam tu jeoulous bila dia tahu bahawa borhan tu bekas bf idayu n masih mengharapkan idayu baru tahu langit tinggi atau rendah he.he... melepas geram

Anonymous said...

jangan biarkan hisham berkahwin dengan maisara....kesian pada idayu

Nurul QisDhira said...

kan best kalau ad hero baru yg muncul dlm hdp idayu.. yg seribu kali baik+setia dpd hisyam yg curang tuuuu!!!

[11:35:50 PM] hos.getah: