Saturday, December 13, 2008

Pergilah Air Mata 28

“Apa? Abah dah hilang akal?,”
Datuk Hamidi merenung wajah isterinya. Sedikit mencerlung. Kurang senang dengan bahasa isterinya yang sedikit kasar. Datin Hamidah berdehem perlahan. faham akan rasa kurang senang suaminya itu. Namun, rasa geram dek sikap suaminya, membuat hatinya berat untuk memohon maaf.
“Apa salahnya?,”Datuk Hamidi akhirnya bersuara tenang.
“Apa salahnya? Sudah tentu ada salahnya, abah. Kenapa abah buat keputusan tak nak bincang dengan mama dulu? Abah dah mula nak campak mama ke tepi ya?,”
“Tak larat abah nak campak mama sekarang ni. tubuh mama bukan kecil macam dulu,”Datuk Hamidi cuba berlucu. Membuat muncung Datin Hamidah bertambah panjang.
“Tak ada masa mama nak dengar lawak abah tu. Mama tak setuju langsung dengan cadangan abah tu. Abah saja nak cari penyakit,”
“Cari penyakit apa pula?,”
“Sukalah budak tu, kan? Itulah agaknya yang dia tunggu-tunggu. Cari masa yang sesuai saja nak masuk dalam syarikat kita. Abah kena ingat. Kita tak tahu apa-apa pun, pasal dia. Agenda dia. Rancangan dia. Kita tak kenal pun siapa dia…,”
“Mama. Cuba jangan prasangka buruk sangat. Dah lama pun Sabrina tu tinggal dengan kita. Abah tengok, budak tu, bukanlah seburuk yang kita sangka. Yang dah jadi tu, biarlah. Kita lupakan semua tu. Barangkali dia pun dah menyesal dengan apa yang dia buat dulu”
“Tapi, mama tetap tak setuju dia kerja kat syarikat kita. Kenapa abah sibuk nak dia kerja kat sana?,”
Datuk Hamidi mengeluh perlahan.
“Abah kasihan tengok Sabrina tu. Tak patut Bad buat dia macam tu,”
“Dah tu, apa kena-mengena dengan dia nak kena kerja kat syarikat kita?,”
“Sekurang-kurangnya kalau Sabrina kerja di situ, boleh rapat sikit dengan suami dia tu. Boleh ada dekat dengan Badrul. Dalam rumah ni, mama sendiri pun Nampak kan? Sabrina tu, macam tak wujud saja. Bad tak patut buat macam tu,”
“Alaa .. Biar sajalah. Dah Bad tu tak suka kat dia. Biarlah. Lagipun, dia kan tak kisah Bad kahwin dengan Dayana tu,”
“Betul ke dia tak kisah?,”
Datin Hamidah membuang pandang. Tiada jawapan untuk soalan suaminya itu. memikirkan jawapan untuk soalan itu pun, dia tidak mahu sebenarnya. Tidak penting padanya apa juga yang dirasai oleh Sabrina.
“Kenapa mama diam?,”
“Saja. Tak ada apa-apa. Abah, mama tak kisahlah apa yang budak Sabrina tu rasa. Tak penting pun pada mama. Kalau ada pun hal dia yang penting pada mama, Cuma satu saja. Bila dia cakap dia nak keluar dari rumah ni, barulah hal tu jadi penting pada mama. Tak sabar mama nak tunggu hari tu,”
“Mama. Abah tak suka mama cakap macam tu. Faham?,”
Dan Hamidah menjeling kecil. Dia sedar, perhatian suaminya pada Sabrina semakin hari semakin bertambah.
“So, dah tak sabarlah ya menantu kesayangan abah tu nak mula kerja ya? Bila? Esok? Lusa?,”Datin Hamidah mengubah topik perbualan. Tidak mahu mendengar leteran suaminya setelah mulutnya terlajak mengungkapkan kata-kata yang tidak menyenangkan telinga lelaki itu. datuk Hamidi menggeleng perlahan.
“Mama..mama… cepat sangat menuduh,”
“Aik! Cakap kita menuduh pula? Tuduh apanya? Betullah soalan mama tu. Bila menantu abah nak mula kerja. Ish… tak tahulah mama. Asal cakap saja pasal budak ni, tiba-tiba dada mama jadi sendat tahu tak? Rasa macam ada benda terbuku saja kat sini. Geram! Tak mahulah cakap pasal dia lagi,”Datin Hamidah melepaskan geram yang bersarang di hati. Kuat jari telunjuknya ditunjal ke dada. Geramnya pada Sabrina seolah tidak pernah surut. Datuk Hamidi tersenyum kecil. Sedikit lucu melihat wajah isterinya yang sudah masam mencuka.
“Mama yang Tanya tadi kan? Bukan abah yang nak cerita. Mama yang Tanya kenapa Sabrina jumpa abah…,”
“Yalah. Memanglah mama yang Tanya. Tapi, apa abah cakap tu, buat mama sakit hatilah. Mama tak suka. Kalau abah memang masih nak anggap mama ni isteri abah, tolonglah abah. Jangan bagi Sabrina tu kerja dengan kita. Mama takut dia tu kaki kikis abah. Sudah kita nak kenal orang baik sekarang ni. abah kena ingat tu,”
“Mama tak payah risaulah,”
“Apa pula mama tak risau? Mestilah mama risau. Berpuluh tahun kita berusaha untuk kita berjaya sampai ke tahap ni. Tiba-tiba abah nak cari masalah pula,”
“Sabrina tak nak kerja pun dengan abah,”
“Memanglah dia nak…,”
Datin Hamidah ternganga seketika. Mengambil sedikit masa, memproses semula kata-kata yang baru keluar dari bibir Datuk Hamidi. Datuk Hamidi senyum lagi sambil menyambung gelengannya. Terasa banyak benar sifat dan sikap isterinya itu tertumpah pada Badrul. Seperti mana kerasnya hati Badrul untuk menerima sebarang kemungkinan yang positif tentang Sabrina, sekeras itu jugalah hati isterinya ini.
“Apa? Apa abah cakap?,”
“Sabrina tak nak kerja dengan abah,”Datuk Hamidi mengulang semula bicaranya. Datin Hamidah diam seketika sebelum mencebik.
“Kenapa? Jawatan yang abah tawarkan tak cukup tinggi ke? Ke, nak gaji besar?,”
“Mama… sudahlah tu. Malas saya nak cakap dengan awak lagi,”
Datin Hamidah memandang wajah suaminya itu. mengharapkan jawapan sebenarnya. Kali ini, hatinya melonjak ingin tahu apa alasan Sabrina menolak tawaran suaminya itu. tekaannya hanyalah sekadar andaian rambang melampiaskan rasa geramnya pada Sabrina.
“Saya nak masuk tidurlah,”
“Abah. Cakaplah. Kenapa pula dia tolak,”
“Dia tolak bukan sebab dia nak keluar dari rumah ni…,”
Datin Hamidah kerutkan kening. Sedikit gelisah apabila Datuk Hamidi sudag mula mengangkat punggung. Dia mahukan jawapan.
“Dah tu kenapa?,”soalnya laju. Datuk Hamidi merenung wajah isterinya. Menghadiahkan sekuntum senyuman. Wajah itu jelas kelihatan tidak keruan. Penuh dengan tanda Tanya.
“Haii… mama kata, Cuma satu saja hal penting pada mama kalau pasal Sabrina tu. Kan? Apa dia mama cakap tadi? Kalau dia cakap… dia nak keluar dari rumah ni? ya? Betul kan? Abah rasa, abah dah cakap kan, dia tolak bukan sebab dia nak keluar dari rumah ni. so, tak adalah jadi hal penting pada mama kan?,”
Datin Hamidah mengetap bibir. Terkena. Datuk Hamidi tergelak kecil.
“Abah masuk bilik dulu, ya?,”
“Abah! Abah janganlah mengada-ngada nak peril mama pula. Cakap sajalah dengan mama apa sebanya?,”cepat-ceapt Datin Hamidah mengangkat punggung. Melangkah laju mengekori suaminya yang sudah mula melangkah meninggalkannya.
“Kenapa dia tolak?,”Datin Hamidah bertanya lagi. Melangkah seiring dengan suaminya itu.
“Betul mama nak tahu?,”
“Yalah. Kalau tak, takkan mama Tanya,”
“Sebab dia tak nak berada dekat dengan anak tunggal mama tu. Sebab dia tak nak nanti Dayana fikir yang bukan-bukan pula. Sebab dia tak nak ada apa-apa kaitan dengan keluarga kita, kalau sekiranya satu hari nanti, Badrul akan lepaskan dia…,”
Datin Hamidah terdiam sejenak. Datuk Hamidi meniti anak tangga sambil memandang wajah isterinya itu.
“Kenapa mama diam? Tak sangka Sabrina macam tu orangnya? Itulah abah cakap. Jangan suka menghukum orang terlalu cepat,”
Datin Hamidah mencebik lagi sambil mengeluh pendek.
“Mama tak hairanlah. Entah-entah tu semua trick saja. Saja nak buat kita fikir dia baik. Lagipun, bagus juga kalau dia fikir macam tu. Tak payahlah nanti kita nak susah-susah ingatkan dia,”
“Mama ni…,”
Datin Hamidah melangkah meninggalkan Datuk Hamidi yang terhenti di tengah tangga. Sedikit terkejut dengan kelancangan mulut isterinya itu. Matanya melilau. Mencari bayang Sabrina. Bimbang kalau-kalau Sabrina terdengar kata-kata itu. Dia tidak mahu Sabrina tersinggung. Entah kenapa, hari demi hari, dia jadi jatuh sayang pada Sabrina. Dia senang dengan cara gadis itu membawa diri. Dia senang melihat cara Sabrina mengalah pada setiap tingkah Badrul padanya. Pendek kata, segala tingkah Sabrina membuat hatinya menjadi sejuk. Hilang marahnya pada perbuatan Sabrina dulu. Dia tidak mahu Sabrina pergi dari rumah ini.
“Abah… Kenapa ni?,”
Datuk Hamidi tersentap. Badrul tercegat di hadapannya. Menyinsing t-shirt lengan panjang yang dipakainya.
“Hmmm…. Kamu nak ke mana?,”
Badrul tersengih.
“Ke mana apa pula abah? Turun bawah kejap. Dahaga. Nak minum air,”
Datuk Hamidi diam. Tersilap mengajukan soalan sebenarnya.
“Are you okay?,”Badrul bertanya lagi. Sedikit hairan melihat reaksi bapanya itu.
“Okay. Apa pula tak okaynya? Isteri kamu mana?,”
“Isteri? Err…dalam bilik kot…,”Badrul menjawab sambil tersengih. Isteri mana yang bapanya maksudkan, dia sendiri kurang pasti.
“Abah bukan Tanya Sabrina. Abah tahu Sabrina kat bilik dia. Dayana mana?,”
Badrul menggaru kepala perlahan.
“Kejap lagi sampai kot,”balasnya lambat-lambat.
“Kejap lagi sampai? Mana dia pergi?,”
“Kerja abah. Ada kerja yang belum selesai katanya,”
“Tuhan bagi masa pada kita dua puluh empat jam. Dalam masa dua puluh empat jam tu, macam-macam tujuan yang ditetapkan untuk kita. Bukan Cuma untuk kerja saja,”
Badrul mengeluh sambil membuang pandang. Kurang enak mendengar ceramah di atas tangga. Lebih-lebih penceramahnya, Datuk Hamidi bin Kasim.
“Dah pukul berapa ni? Macam ni ke cara kamu jaga isteri? Masa baru kahwin ni, kamu kena disiplinkan dia. Kena tegas. Biar dia tahu tanggungjawab. Sebelum jadi isteri, dengan selepas jadi isteri, tanggungjawab yang perlu digalas, totally different. Kalau sekarang kamu beralah, susahlah kamu nanti,”
“Saya faham, abah. Nanti saya cakap dengan Dayana,”
“Abah perhatikan, dah banyak kali dia pulang lewat…,”
Badrul mengeluh sambil menggosok belakang tengkok. Memandang wajah serius bapanya.
“Ya abah. Saya faham. Saya janji, saya akan bincang hal ni, dengan Dayana, okay?,”
Datuk Hamidi merenung wajah anaknya itu. jelas, muka Badrul kelihatan tidak selesa dengan kata-katanya.
“Dengan Sabrina, boleh pula kamu bertegas. Kenapa tidak dengan Dayana?,”
“Saya dahagalah, abah. Saya nak ke dapur kejap,”laju Badrul mengatur langkah. Betul-betul tidak mahu dengar apa-apa lagi dari mulut bapanya. Kata-kata bapanya membuat dia jadi panas telinga.
“Sekejap. Abah belum habis,”
Badrul berhenti melangkah. Menoleh ke arah Datuk Hamidi.
“Apa lagi abah? Abah boleh tak jangan layan saya macma budak-budak?,”
“Kereta kamu, Rahman yang bawa balik. Kamu ke mana? Sampai senja tak Nampak pun bayang kamu,”
Badrul kaku seketika. Segera dia tetingatkan Sabrina. Teringatkan keindahan suasana di atas bukit. Dan kehangatan tubuh Sabrina di dalam pelukannya.
“Saya… saya dengan Sabrina,”
“Kamu ke mana?,”
“Tak.. tak ke mana. Tak ada ke mana-mana. Just keluar makan. Tu saja. Kami tak ke mana-mana. Keluar makan saja,”
Datuk Hamidi mengalihkan pandangan. Menyembunyikan senyum yang hampir terukir di bibir. Melihat wajah Badrul yang cemas semacam hatinya digeletek rasa lucu. Hilang lucu di hati, dia kembali mencari wajah Badrul.
“Yang kamu cemas sangat kenapa? Bukan abah marah pun. Suka hati kamulah nak bawa dia ke mana. Bukan kamu bawa keluar anak dara orang. Kamu bawa keluar isteri kamu. Yang penting bawa kad nikah sekali. Tak adalah sekali lagi abah kena pergi balai polis,”
Badrul ternganga. Datuk Hamidi berlalu dengan muka selamba. Dalam sungguh kiasan bapanya. Tekaknya yang kering kini basah dengan air liur. Sudah hilang keinginan untuk mencari seteguk air sejuk. Sudah hilang juga focus di mindanya untuk dia menghayun langkah.
“Bodoh!,”mulutnya membebel perlahan sambil meniti semula anak tangga. Tidak jadi ke dapur. Tidah tahu mengapa tia-tiba dia menjadi cemas mendengar soalan bapanya. Betul kata bapanya itu. Sabrina isterinya. Jadi, kenapa dia perlu rasa takut pada bapanya, seandainya bapanya tahu dia membawa Sabrina keluar. Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik Sabrina yang tertutup rapat. Tergerak di hatinya untuk menatap wajah itu. tanpa sempat isyarat minda sampai ke hati, tangannya lebih laju mengetuk pintu. Bertalu-talu. Beberapa kali sebelum dia mendengar tombol pintu dipulas dari dalam. Pintu terbuka. Dia ternganga. Memandang wajah Sabrina yang sedikit mamai.
“Awak. Kenapa?,”
Kenapa? Badrul termangu. Dia sendiri tidak tahu kenapa pintu bilik itu diketuk.
“Er…Kau buat apa?,”
Sabrina cuba membuka mata seluas-luasnya. Sedikit pedih. Wajah Badrul direnung agak lama.
“Saya tertidur tadi. Kenapa? Awak nak jumpa saya ke?,”
“Tak. Aku nak minum,”
“Okay,”sepatah dia membalas, sambil bersedia menutup pintu. Cepat-cepat Badrul menghalang pintu daripada tertutup. Sabrina memandang hairan.
“Kenapa?,”
“Aku nak minum,”
“So? Dapur kat bawah. Bukan kat bilik saya,”dalam separuh mengantuk Sabrina menjawab selamba. Membuat wajah Badrul sedikit berubah.
“Aku nak milo. Kau tolong buatkan,”
Bibir Sabrina bergerak mahu menjawab. Namun, tidak jadi. Dia melangkah keluar dari bilik. Menutup pintu bilik rapat-rapat.
“Aku nak milo panas. Milo lebih, kurang manis. Guna susu. Tak mahu gula. And, campur serbuk koko. Jangan banyak sangat. Nanti pahit. Jangan lupa shake sikit ya,”
Sabrina mematikan langkah. Berpaling memandang wajah Badrul yang tersenyum manis. Cerewetnya!
“Lagi?,”soalnya sedikit geram.
“Boleh ke?,”
“Boleh…,”panjang jawapan Sabrina.
“Hmm… aku laparlah. Buatkan aku maggi goreng. Letak udang banyak sikit. Kulit udang tu, buang. Sayur jangan banyak sangat. Jangan pedas sangat,”
“Mana nak cari meggi malam-malam macam ni? Awak ni…,”
“Kak Milah banyak stok meggi. Minta saja dengan dia,”
Sabrina menjeling sekilas.
“Tu saja?,”
“Lagi satu. Last. Telur goreng. Mata kerbau. Tabur lada sulah kat atas ya,”
Sabrina mengeluh kecil. Menyambung langkahnya yang terhenti.
“Sorry. Lagi satu ya,”
Sabrina menoleh semula. Badrul tersengih.
“Air suam satu. And, jangan masin sangat ya. lepas tu, bawa ke bilik bacaan. Aku kat sana,”
“Okay,”
“Thank you,”Badrul bersuara riang. Senang hati melihat Sabrina tidak banyak kerenah dan tidak banyak membantah.

****

21 comments:

Anonymous said...

best!!!

kak hanni, bila pandangan datin terhadap sabrina nak berubah 2???

nak dia nyesal ckit la klu betul bad ceraikan ina masa dia da syg ina..

cepat2la abiskan novel ni ey...hehe..byk lg novel yg tgh menunggu 2..

kah3..

nana_yoong said...

kak hanni..suke post ni..wlupun babak ina n bad x byk.. babak datin n datuk tadi pun da wat sy teruja bace.. best la akak.. part bad order milo n meggi tuh...seronok dengar..die bole order mcm tu kat ina je, dayana jgn mimpila nak buat...esok2 ina da xde... mest badrul rindu nak minum milo kurang manis tanpa guna ber'shake' n meggi goreng udang ina, hahahhahah

Anonymous said...

btul2....

Anonymous said...

akak bagus lew...betul kate nana_yoong tu..bile datin nk ubah sikap yew..saye rase macm dilema la datin tu..hehehe...

Anonymous said...

best la...tapi lagi best kalau bad terdengar sebab-sebab sabrina tolak jawatan tu....mesti dia rasa tak senang duduk...hehehe..

Anonymous said...

a'ah sy pn xsabo tunggu time datin tue sedar sape sbnrnye permata...
besh2 n3 nie..
terubat windu kat PAM...

*swit hanna*

Wans said...

k'hanni...thanks 4 dis new n3...mjur laa x prlu tggu lame2..huhu
urm..btw,teruskn prjuangan k'hanni!! kita org ttap setia menunggu n3 bru dri k'hanni..(^O^)/

Anonymous said...

teruja sngt!
x sabar nk tunggu next n3...
hehe..@-.-

Anonymous said...

Betul tu betul....setuju ngan pendapat sume...best PAM nie...kalau boleh next n3 jgn la lama sangat yer.....

Ann said...

mcm2 ragam bad ni...nsb dpt isteri cm ina tu...ade jgk org nk tlg watkan...nk hrpkan dayana...erm ntahla bile..

LeaQistina said...

mak aih.. banyak tol dia punya order.. ingat sabrina tu keje kat kedai mamak ke? adoi2x..

xpe2x.. sabrina.. semoga dengan cara ini hati dan perut badrul lebih terpikat padanya.. hehe..

cayalah.. !!

thanx kak hanni..

-Ain-Dak In- said...

bad tu dah syok menyakat ina tu..
bukan stkat syok menyakat,tp syok dgn tuan bdan y disakat tu..
wakakakaka...

Anonymous said...

ish..mengada2nya badrul tu ..kalah order kat kedai mamak tu..
sabarlah ina..mana tahu terbuka jg hati badrul akhirnya..hahaha

misz nana said...

"Terasa banyak benar sifat dan sikap isterinya itu tertumpah pada Badrul..."
setuju yang amat.. lagi2 tang suka tuduh tanpa usul periksa tu..

"Abah perhatikan, dah banyak kali dia pulang lewat..."
terbukti dayana x bersedia nak kawen lagi.. tapi xpe.. pulang la lewat2 lagi ye dayana.. so, banyak masa yang badrul boleh abiskan ngan sabrina.. cam kat atas bukit tu.. alolorhh.. sweetnye!

atashinci said...

betol(2x) sye stuju.......sgt2
nnti datin msti jtuh syg pde sabrina......
betul hanni....patutnye bad dgr datuk ckp knape ina xnk keja kt dgn datuk.....
dera sikit perasaan bad tu....
ape2 pon....
chaiyok2 hanni.....

Anonymous said...

makin best.. tak sabar nak tgk datin hamidah jatuh syang kt sabrina..

rasanya bad dh sedar sikit2 cma saje x nak tunjuk yang dia suka dkat sabrina..

Anonymous said...

badrul kalau gan sabrina bukan main lagi dijaganya.. keje x bleh. kuar umah suka2 hati xbleh.. takut sabrina ada agenda tersembunyi ke.. atau takut terhilang ina... gan dayana ok plak blk keje lewat.. xde nk marah2... hikhik..mujur la si ina ni jenis x reti nk lawan.. sabar je... tu yg badrul x tahan tu .. agak2 sedap x badrul mkn maggi goreng n minum milo yg ina wat..huhuhu

Unknown said...

alalala...beshnye n3 ni..ske sht..ske dgn part datin hamidah x sabo nk tau n ske part bad order mkn n mnum dgn ina..hehehe..lg satu..kalu bad dgr sbb2 ina x nk keje kt opis die 2..mst haru biru die..x snang duduk la..hahaha..hai bad2..x nk ngaku lg ke ati 2 dh t'sngkut kt ina? ego tol la si bad ni..hehehe

*thnx k.hanni sbb upload n3 ni..x sabo tggu n3 baru..hihihi*

Anonymous said...

kak hanni!! bestnye.. =)

Anonymous said...

best.. nak tau jugak apa jadi pada maria. Dah kawin ke? bila sabrina nak sedar maria tu musuh dalam selimut.

Anonymous said...

datin tua tu rasenye cm x sdr terus je... agaknya ble dah sakit... and mase 2 x de org jage die kcuali ina baru die nak sdr ke?

jangan biar ikmal kawen ngn mar... dia tak layak bersame ikmal...

[11:35:50 PM] hos.getah: