Thursday, April 14, 2011

Mungkinkah? 9


            “Kak Long…,”
            “Apa lagi? Kan Kak Long dah cakap jangan cakap dengan kak long. Kak Long tak nak cakap dengan kau orang. Tau!,”Arisa bersuara keras. Pintu biliknya yang diketuk tidak langsung dipedulikan. Hatinya masih membara dengan gelagat adik-adiknya. Cukup senang diumpan oleh kemewahan Zariff. Marahnya pada Zariff juga belum hilang.
            “Masalahnya Dafi dah malas nak layan abang Radhi ni. Dia ada kat luar tu…,”
            Radhi? Bantal yang dipeluk ke ribanya dilempar ke katil. Segera bangkit menuju ke pintu. Daun pintu ditarik laju. Merenung wajah Dafi yang tercegat di hadapannya.
            “Bila dia datang?,”
            “Dah dekat sepuluh minit duduk sibuk nak jumpa Kak Long. Kak Ati suruh pergi pun dia tak nak dengar tu,”
            Arisa mengeluh perlahan. Gangguan hari minggu ini seakan tidak boleh hilang.
            “Biar Kak Long pergi tengok,”Arisa bersuara sambil melangkah menuju ke ruang tamu. Jelas di matanya Rianti sedang marah-marah pada Radhi. Melihat keadaan itu, tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Zariff. Membuat hatinya berasa tidak tenang. Segera dia lajukan langkah mendekati Rianti. Memandang kosong ke arah Radhi yang sudah mengukir senyum buatnya.
            “Ati, pergi masuk,”dia bersuara tegas. Rianti menoleh. Kemudian terus berlalu tanpa banyak bicara. Meninggalkan Arisa berpeluk tubuh di pagar rumah. Memandang Radhi dengan pandangan menyampah. Sikap tidak faham bahasa lelaki ini, benar-benar menyakitkan hati.
            “Bagi abang masuk, Rissa?,”
            Arissa menghela nafas panjang.
            “Awak siapa? Senang-senang nak masuk rumah saya?,”
            “Alaa…apa salahnya?,”
            “Kalau awak tak kisah dengan maruah awak, saya mohon awak jaga maruah saya dan keluarga saya. Apa kata jiran-jiran tengok perangai awak macam ni.  Tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi. Apa pun yang awak buat, tak akan ada makna pun pada saya ,”
            Radhi tersenyum kecil. Merenung wajah Arisa yang langsung tidak memandangnya.
            “Abang tahu, Rissa cintakan abang. Cinta Rissa pada abang tak pernah hilang kan? Walau mulut Rissa kata tidak, tapi, abang yakin Rissa tidak pernah lupakan abang. Abang tahu Rissa. Tidak ada lelaki lain dalam hidup Rissa selain abang. Rissa cuma marahkan abang dan marah itu perlahan-lahan akan hilang. Abang tahu…,”
            Arisa tergelak sinis. Yakin benar lelaki ini dengan perasaan sendiri.
            “Abang datang cuma nak jumpa Rissa. Abang nak tahu siapa lelaki hari tu? Abang tengok selalu dia datang ke sini. Kadang-kadang bermalam di sini. Rissa tak malu dengan jiran-jiran ke? Dengan abang, Rissa cakap soal maruah. Tapi, kenapa Rissa benarkan lelaki tu keluar masuk sesuka hati? Kenapa?,”
            “Saya ada sebab saya sendiri. Dan, tolong ya. Saya tak perlukan pandangan awak. Saya Cuma nak awak pergi dari sini dan jangan muncul depan saya lagi. Saya sungguh-sunguh bencikan awak. Jadi, tolonglah pergi dari rumah saya,”
            “Abang tak akan mengalah macam tu saja..,”kata-katanya terhenti apabila bunyi hon cukup nyaring menyakitkan telinganya. Pandangan Arissa teralih pada BMW mewah milik Zariff yang berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya. Sekejap sahaja pintu kereta itu terbuka. Zariff melangkah keluar dari kereta. Kaca mata hitam yang bertenggek di wajahnya di tanggalkan perlahan.
            “Kau lagi. Tak penat ke berdiri kat pagar rumah orang?,”sapa Zariff sinis. Kaca mata digantung pada leher kolar kemeja T yang dipakai.
            “And…. Kau lagi…apa kau buat kat sini?,”
            Zariff tersenyum sinis. Memandang wajah Arisa yang mencuka.
            “Kalau tak suka, jangan dilayan. Lain kali bagi kata dua saja. Pergi call polis sekarang,”dia bersuara sambil terus mengamati wajah Arisa. Arisa membalas pandangannya. Mahu memastikan kata-kata Zariff sekadar ugutan atau sebenarnya serius.
            “Now…,”
            “Hah?,”Arisa bersuara dengan sedikit terpinga-pinga.
            “Lelaki ni dah mengganggu privacy you. Pernah cederakan you. And, sering mengganggu you. You patut buat police report. You masuk and call police sekarang,”
            Terkebil-kebil Arisa menerima arahan itu. Seketika kemudian dia mengangguk perlahan. Berlalu masuk tanpa mempedulikan pandangan Radhi.
            “So, kau nak pergi sekarang atau kau nak polis iringi kau?,”Zariff bersuara menyindir sambil mengeluarkan segugus kunci. Mangga pagar dibuka perlahan.
            “Kau ni siapa sebenarnya? Siap simpan kunci pendua rumah ni?,”
            Zariff mengangkat muka.
            “Kau siapa? Sampai aku nak kena bercerita panjang lebar?,”
            “Kau bela Rissa ya? Kau ingat tempat ini apa? Berani kau buat kerja terkutuk tu kat kawasan perumahan macam ni?,”
            “Sekurang-kurangnya aku diterima masuk. Kau cuma mampu berdiri di luar pagar saja,”balas Zariff bersama senyum penuh sindiran. Pintu pagar ditolak perlahan sebelum kolar bajunya direntap kuat.
            “Wey..wey… apa ni? Tak mainlah gaduh sebab perempuan bro…,”Zariff bersuara bersama gelak. Radhi merengus marah
            “Tunggu kau! Aku malukan kau cukup-cukup nanti,”
            Zariff menjongket bahu.
            “Apa saja. Asal kau cepat berambus. Now!Atau aku akan pastikan kau akan tidur dalam lokap,”
            Radhi menahan nafas. Cukup tercabar dengan lelaki ini. Lelaki ini telah berjaya membuat dia kalah. Dalam segala aspek, lelaki ini jauh meninggalkannya. Mungkinkah lelaki ini kekasih Arisa? Dengan keras pengangan kolar baju Zariff ditarik.
            “Kau tunggu!,”
            “Kalau kau nak aku tunggu…aku tunggu. So, dipersilakan berambus,”
            Bersama rengusan kemarahan Radhi berlalu ke arah keretanya. Zariff memandang sehingga kereta itu berlalu kemudian melangkah masuk. Sebaik tiba di ruang tamu yang tidak begitu luas itu, dia mencari wajah Arisa. Arisa sedang duduk di sofa.
            “Dah call polis?,”
            Arisa mengangkat muka kemudian menggeleng perlahan. Zariff mengeluh perlahan sambil terus mengambil tempat di sisi Arisa.
            “Kita laporkan pada polis. Orang macam tu tak boleh dibiarkan. Dia tak akan kisah dengan marah-marah you,”
            “Perlu ke nak report pada polis? Rasanya macam tak perlu,”
            “You suka ke dia kacau you? Seronok tengok dia tercegat kat luar sana, waiting for you?,”
            Arisa mengeluh perlahan.
            “Bukan macam tu. Tapi, kalau sampai report polis, rasanya hal ni terlalu kecil untuk itu,”
            “Dahi you berjahit. Kecil ke halnya?,”
            Arisa diam. Spontan jemarinya menyentuh kesan jahitan yang sudah mula menjadi parut kecil di sudut dahinya. Pandangan Zariff turut terarah pada parut itu sambil menyentuh dahi Arisa. Membuat jemari mereka bersentuhan.
            “Lelaki tu dah buat ada cela di wajah isteri I,”ujarnya perlahan. Arisa mengerling. Zariff tersenyum. Segera jemari Arisa yang tergenggam di tangannya dibawa ke bibir.
            “So, I dah dimaafkan, kan? Rajuk you dah hilang kan?,”
            “Hah?,”
            Zariff tergelak halus.
            “Ya. Rajuk malam tadi. Sampai hati you kunci husband you kat luar,”
            Arisa mengerling tajam. Penjelasan itu membuat dia sedar dia sedang dalam keadaan marah pada Zariff dan adik-adiknya. Dan marahnya belum hilang sehinggalah dia diganggu dengan kehadiran Radhi. Sedar akan hal itu, dia bergerak beralih ke tempat lain.
            “Sebab tu ke awak datang ni?,”
            Zariff menggeleng.
            “Itu pun satu sebab. Tapi, ada sebab yang lain juga…,”
            Arisa mengerutkan kening. Merenung wajah Zariff dengan seribu tanda-tanya.
            “Abang Zariff… jom. Ati dah siap,”
            Arisa berpaling. Hairan melihat Rianti yang bersuara riang. Adiknya itu juga sudah berdandan cantik. Sudah bersedia untuk keluar.
            “Ati nak ke mana ni? Awak? Apa ni?,”
            “Nak keluar dengan adik ipar. Kenapa? Salah ke?,”
            Arisa jegilkan mata. Tajam matanya merenung wajah selamba Zariff.
            “We need to talk…,”ujarnya laju sambil menarik tangan Zariff menuju ke bilik. Meninggalkan Rianti terkebil-kebil.
Pintu bilik ditutup keras sambil terus dikunci. Zariff tergelak melihat reaksi Arisa yang kelihatan cukup resah.
“You rindu I ke? Kita tunggu malam ni, ya? Sekarang tak boleh. I have to go,”usik Zariff melihat Arisa yang sudah mundar-mandir di hadapannya. Langkah Arisa terhenti. Merenung tajam wajahnya.
“Not funny!,”Arisa bersuara keras. Zariff tersenyum. Berpeluk tubuh menanti Arisa membuka mulut. Sedikit pelik juga dengan perubahan sikap Arisa yang tiba-tiba melenting. Membuat dia terfikir, selain daripada bersengkongkol dengan adik-adik iparnya tentang hal pindah rumah, mungkinkah ada lagi kesilapan yang telah dia lakukan?
“Awak jangan melampau. Saya tak nak awak keluar dengan Rianti,”Arisa bersuara perlahan. Tidak mahu suaranya sampai ke luar bilik. Tidak mahu pertengkaran itu sampai ke telinga Rianti dan adik-adiknya yang lain. Zariff memandang hairan. Amaran itu benar-benar membuat dia hairan.
“Why? Takkan you jeleous dengan Ati?,”
Arisa membuang pandang.
“Dia budak lagi. Dia tu, masih bersekolah, tahu tak? And… dia tu adik saya. Jangan berani-berani nak dekati dia pula,”bisiknya keras.
Zariff tergelak sumbang. Sebentar tadi dia hairan, dan saat ini, dia terkesima dengan imaginasi Arisa.
            “Rissa… apa yang ada dalam kepala you ni?,”
            “I know you, Encik Zariff. Jangan cuba nak rosakkan adik saya. Ya, mungkin awak kaya. Mungkin awak ada rupa. Dan, mungkin mudah sangat sangat  nak memikat budak-budak macam Rianti dengan semua kelebihan yang awak ada. Tapi, saya tak akan benarkan. Kalau awak rasa dah bosan dengan saya, awak cari perempuan lain. Jangan usik adik saya. Saya tak akan benarkan,”
            Zariff terlopong. Terlalu keras tuduhan itu.
            “Shut up Arisa!,”
            “Jangan nak membentak kat sini. Saya tak nak adik-adik saya dengar kita bertengkar,”
            “Whatever. Tapi, you are too much. You ingat I apa? Sampai adik ipar sendiri pun I nak try? Tak sangka seburuk tu pandangan you pada I,”
            Arisa berpaling pandang.
            “Arisa pandang I,”
            Arisa terus berpaling tanpa mengancuhkan arahan itu. Memaksa Zariff mendekat. Menyentuh bahu Arisa sambil memalingkan wajah itu menghadapnya.
            “You tak patut cakap macam tu dengan I, tau,”
            “Tak kisahlah. Tapi, tak ada sebab kenapa awak perlu keluar dengan Ati. Keluar berdua pula tu. Awak ingat sebagai kakak, hati saya senang ke nak lepaskan adik saya keluar dengan playboy macam awak?,
            “Playboy macam I? Memang you ni tak sayang mulut,”
            Arisa membuang pandang.
            “I suami you. Bukan playboy…,”
            “Bukan sebab playboy tu juga yang memaksa awak kahwin dengan saya?,”
            Zariff terdiam. Terkena dengan hujah dari mulut Arisa. Benar-benar tidak faham dengan sikap Arisa.
            “Lepas kita nikah, I dah tak aktif lagi jadi playboy,”Zariff bersuara dengan nada sedikit bergurau. Mahu meredakan sedikit ketegangan yang tercipta.
            “Suka hatilah. Apa yang saya tahu, awak nak bertunang dah. And, hubungan kita pun dah nak berakhir. So, jangan mengada- ngada nak dekat dengan adik saya. Langkah mayat saya dulu,”
            “Uishh…garangnya. I suka you sangat-sangat melindungi adik-adik you. Tapi, kalau sampai nak keluar dengan abang ipar pun tak boleh, itu dah melampau…,”
            “Sebab saya kenal abang ipar dia ni, macam-mana,”
            Zariff tersenyum. Geram? Memang dia geram dengan mulut Arisa yang cukup lantang. Namun, entah ke mana rasa marahnya. Tidak terhambur marahnya apabila menatap wajah itu.
            “Kita tamatkan dulu perbincangan hangat kita ni. Ati dah lama tunggu I tu. Perbincangan manja ni, kita sambung malam nanti. Okay?,”Zariff bersuara sambil mencapai tombol pintu. Arisa bergerak pantas berdiri menghalang pintu. Membuat Zariff tergelak lucu. Begitu sekali Arisa takut dia akan menghancurkan Rianti. Namun, dengan persembahan buruknya di mata Arisa, mustahil dia mampu membela diri.
            “Rissa. Jangan jadi macam budak-budaklah,”
            “No. Awak tak akan keluar dari bilik ni, kalau awak teruskan niat awak nak keluar dengan Ati,”
            “Kalau you halang I ni sebab you jeleous, I sanggup berkurung di sini sampai esok. Tapi, you halang I sebab you ingat I nak goda adik ipar I sendiri? I tak boleh terima tuduhan macam tu. I dah anggap adik-adik you tu, macam adik-adik I,”
            “Kenapa you nak keluar dengan dia? Kalau nak bersembang, di sini pun boleh. Tak perlu bawa dia keluar. Berdua-duaan pula tu,”
            “Adalah sebabnya. Kalau tak ada sebab, I takkan ajak dia keluar,”
            “Then, tell me first. Apa sebabnya? Kalau sebabnya munasabah, I izinkan,”
            Zariff tersenyum panjang. Menyentuh perlahan pipi Arisa yang tegak berdiri menghalang laluannya.
            “You jangan macam ni. Sikap menentang you ni, sangat-sangat menggoda I. But, I have to go. I dah janji dengan Ati. Tak baik mungkir janji kan?,”
            “Cakap dulu kenapa awak kena bawa dia keluar?,”
            “Adalah. And, you jangan risau. I tak ada niat jahat langsung. I ni, abang ipar paling baik in the world. You don’t have to worry. Okay?,”
            Arisa merenung tajam. Memandang jemari Zariff yang sekali lagi menyentuh tombol pintu.
            “Saya ikut…,”
            “No…no….,’
            ‘See… kalau tak ada niat jahat, kenapa saya tak boleh ikut?,”
            Zariff tersenyum.
            “Sebab I cuma nak jumpa Rianti. Sekejap saja. And, apa  I nak buat pun siang-siang macam ni?,”
            “Hotel banyak…,”spontan Arisa membuat tuduhan.
            Zariff meraup wajah. Menatap wajah Arisa yang cukup serius.
            “Percayalah I, sayang…,”
            “Macam –mana saya nak percaya lelaki macam awak ni?,”
            “Okay… I ajak Dafi sekali. Setuju?,”
            Arisa terdiam. Memandang wajah Zariff sambil memikirkan cadangan itu.
            “Tak cukup? I ajak Ikin juga. Boleh?,”
            “Okay. Bawa mereka sekali,”
            Zariff tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan. Begitu sekali Arisa tidak yakin padanya. Tetapi, itu bukanlah masalah besar. Dia memang mahu berjumpa Rianti secara empat mata. Rianti adik Arisa yang paling tua. Barangkali dia boleh mengenali Arisa daripada adik iparnya itu.
            “So, ke tepi sikit. I nak keluar ni,”
            Arisa bergerak ke tepi. Membenarkan Zariff membuka pintu bilik. Dia terus diam di bilik dan telinganya mendengar suara Zariff meminta adik-adiknya yang lain juga bersiap untuk mengikut dia keluar. Sambil mengeluh perlahan, dia bergerak keluar dari bilik.
******

16 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

isk isk isk.
sampai macam tu sekali arisa tuduh zariff.
lawak pun ada, kesian pun ada.

next2.

mim said...

bessttttttt tahap gaban..tahap cipan pon ada..he henak lagi nak lagi...nak lagii

fatim fatimah said...

lawak arisa tuh,,tuduh suami mcm tuh

Anonymous said...

haha..ksian kat zariff kna tuduh smpai cmtu skali...smpai begitu skali arisa melindungi adik2 dia..bgos2...next entry,hope cpt ckit...hehe

aqilah said...

cian Zariff tau.....tapi ialah, Arisa mengambil langkah berjag-jaga....kan!!!!!!!!! apapun, best!!!!!!!!!!!!!!!!

miznza84 said...

apa la plan si Zariff sbnarnya..
tak sabar nk tau..
...lagi kak...

liana said...

bila lah hati arisa ni nak lembut ni.. cian zariff.. tapi biasalah kan... benci dulu baru sayang... hehehe

Anonymous said...

best sesgt...camtu skali arissa pk...sungguh2 berhati2 ngan lelaki..sgt liat arissa nih..bg zariff usha extra gigih...


p/s:kak hani jgn lmbt2 post next n3 tau.. :)

-is-

Anonymous said...

kenapa arisa tak declare zariff tu hubby dia....tak faham la...kalau dia declare dan zariff sendiri mengaku depan radhi yg dia suami arisa mesti radhi takkan ganggu. tak sabar menunggu bila la cinta akn berputik di hati arisa...

Anonymous said...

isk, suh jek la polis tgkap radhi tu..asik menyibuk jek kaco arissa..biler la dorg ni nk ngaku kat public yg dorg ni da kawen sbnrnya ek....
apepun2 ttp kene gak follow citer ni tuk taw endingnya

cikdidasyuhada said...

huuuuuu~ saspen sgguh..zarif nk kuor dgn ati sbb nk korek rhsia psl arisa ke? haih! x sabo tggu next n3..huhuhu

Anonymous said...

hahahahaha...msti radhi nk pgl pencegah maksiat..supaya rissa n zarif malu....hehehehe

ekinfariz said...

hehehe...kelako pun ade...teruja nak tahu kisah seterusnye.....best2

just KD said...

suker ngan arisa.keras n brhati2..

faiicie said...

kesian pulak ngn Zarif kena tuduh mcm tu..hehe

Dr.LoVe said...

Sukalah ngan perangai Zarif ni...very cool man

[11:35:50 PM] hos.getah: