Wednesday, March 9, 2011

Mungkinkah? 2


Kerjanya terhenti apabila terasa ada sentuhan lembut di bahunya. Segera dia berpaling. Senyum Zariff membuat dia sebal. Perlahan tangan itu ditepis. Zariff bergerak mendekatinya. Bertenggek di meja sambil berpeluk tubuh. Merenung lama wajahnya bersama senyum yang mekar indah di bibir.
            “Kita keluar malam ni, ya?,”
            Dia sekadar memandang kosong. Sudah lali dengan ajakan sebegitu. Juga sudah maklum benar dengan perangai majikannya itu.
            “Saya ada hal,”
            “Kenapa sombong sangat ni?,”suara Zariff terdengar cukup lembut di telinganya. Jemari Zariff juga sekali lagi bergerak perlahan. Kali ini mencari jemarinya. Mengelus lembut tangannya membuat dia semakin rimas. Pantas dia menarik tangannya namun, pegangan Zariff semakin kuat.
            “Encik Zariff, jangan buat saya hilang hormat pada Encik, ya,”
            Zariff tergelak halus. Cukup menyakitkan telinganya.
            “Kita keluar, ya,”
            Dia mengangkat punggung. Sudah tidak betah untuk membuat kerja yang diberi. Memang lelaki ini sengaja mahu dia berada di dalam bilik ini. Memang Zariff mahu menggodanya.
            “Jangan paksa saya. Nanti saya report Encik nak cabul saya. Nak begitu?,”
            Zariff tergelak besar membuat dia semakin mencuka.
            “Berani ke?,”
            “Jangan cabar saya pula,”
            “Oklah. I pun tak nak masuk paper sebab cabul my staff. So, I ajak elok-elok ni, jom kita keluar malam ni”
            Arisa mengeluh keras. Sungguh sakit hati dengan sikap tidak faham bahasa majikannya itu.
            “Encik Zariff, saya rasa, berderet perempuan kat luar sana tu nak ikut Encik Zariff kalau Encik Zariff pelawa diaorang. So, apa kata, Encik Zariff jangan kacau orang macam saya ni, and cari pasangan yang lebih sesuai dengan Encik Zariff,”
            “I want you. Bukan orang lain…,”
            Arisa merengus marah. Mencapai beberapa fail lalu memeluk kemas ke dada.
            “Saya sambung kerja ni kat my desk. Kat sini banyak nyamuk,”
            Tawa Zariff melantun lagi.
            “I ajak you beli ridsect buat hilangkan nyamuk tu, you tak nak,”
            Arisa memandang wajah Zariff dengan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Menyampah dan sakit hati bersatu membuat dia semakin hilang hormat kepada ketuanya itu.
            “Saya keluar dululah,”
            Dia mengatur langkah dan Zariff menyentuh bahunya. Langkah terhenti dan Zariff kini berdiri di hadapannya.
            “I boleh buat hidup you senang. You cuma perlu ikut kehendak I. Itu saja,”
            “Saya tak sesuai,”
            “I boleh janji itu pada you. You tak akan  menyesal,”
            “Tolonglah Encik Zariff. Janganlah paksa saya lagi,”
            Dia memandang Zariff yang tenang berdiri menghalang langkahnya. Kemudian lelaki itu bergerak ke kerusinya.
            “Cuba baca schedule saya hari ni,”
            Arisa mengerutkan kening. Dengan malas dia mencapai planner milik Zariff di atas meja. Membuka dengan separuh ikhlas. Meneliti agenda yang sudah tersedia untuk Zariff.
            “Petang ni, Encik tak ada apa-apa appointment. Tapi, malam ni ada dinner dengan pelabur dari Indonesia tu. Pukul 8.00,”
            “Okay. You pergi dengan I. Full stop,”
            Arisa melopong. Zariff tersenyum kemenangan sambil mengangkat tangan memberi isyarat untuk dia berlalu keluar.
            Dan, begitulah Zariff akan selalu memenangi situasi. Itulah yang harus dia lalui saban hari untuk enam bulan yang lalu.
            “Kak Long!,”
            Dia tersentak.
            “Berangan ke? Depan makanan pun, sempat Kak Long berangan ya?,”tegur Rianti sambil menghulurkan piring sayur. Dia menggeleng perlahan. Tidak berselera untuk makan.
            “Banyak betul Kak Long masak ni. Tapi, tak nak makan?,”
            Arisa tersenyum. Memandang senang pada adik-adiknya yang berselera menikmati makan malam.
            “Kak Long, tadi Abang Radhi datang. Dia cari Kak Long,”Dafi bersuara sambil mengangkat muka. Arisa terdiam seketika.
            “Pukul berapa dia datang?,”
            “Dalam pukul empat. Dafi cakap, Kak Long belum balik,”
            “Kenapa tak panggil Kak Ngah? Biar Kak Ngah halau dia,”Rianti menyampuk dengan nada sedikit marah.
            “Kak Ngah, kalau dah berkurung dalam bilik, layan internet, bukan dengar orang panggil pun…,”Syikin menyampuk selamba. Rianti membulatkan mata dan disambut dengan gelak mengejek Syikin.
            “Sudah…sudah… jangan bergaduh depan makanan. Tak baik. Makanlah. Kak Long tak rasa nak makan. And, kalau Abang Radhi tu datang lagi, jangan jumpa dia. Tak payah buka pintu pun tak apa,”
            “Rindu dengan abang Zariff ke?,”usik Rianti sambil menyambung suapannya. Arisa sekadar memandang sambil menggeleng perlahan bersama senyum yang tipis. Perlahan dia mengangkat punggung. Bergerak meninggalkan ruang makan. Membiarkan adik-adiknya menikmati makan malam.  Dia sendiri, perlahan melangkah menuju ke bilik. Mahu berehat setelah sibuk dengan rutin hariannya. Pintu bilik ditutup perlahan. Bergerak ke arah katil sambil perlahan melabuhkan punggung di situ. Mencapai telefon bimbit di atas meja sisi. Ada enam panggilan tidak berjawab. Dia terkedu. Ternyata enam panggilan itu daripada Zariff. Melihat waktu panggilan dibuat dan kemudian memandang jam di dinding. Panggilan itu hampir dua jam yang lalu. Pasti ada hal penting yang ingin Zariff sampaikan. Jemarinya laju mendail nombor lelaki itu.
            “Hello….,”
            “Baru nak call?,”suara itu menyentuh telinganya bersama pintu yang terkuak. Zariff sudah muncul di pintu biliknya bersama telefon di telinga. Dia tergamam seketika.
            “Awak…,”
            Menyedari telefon masih di telinga segera dia mematikan talian. Zariff sudah berada di hadapannya. Sudah tidak perlu telefon itu lagi. Zariff turut menjatuhkan telefon bimbit dari telinganya. Menutup perlahan pintu bilik.
            “Maaf. Saya kat luar. Telefon tertinggal dalam bilik. Baru saja saya tengok miscall awak. Ada hal penting ke?,”
            Zariff tersenyum nipis. Mencampak kot yang tergantung di lengannya ke katil. Tali leher yang sudah longgar di leher, ditanggalkan. Briefcase di tangan juga dicampak ke katil. Arisa mencapai kot dan tali leher itu untuk digantung di dalam almari.
            “Tadi penting. Sekarang dah tak penting lagi,”Zariff menjawab ala kadar. Butang kemejanya ditanggalkan perlahan-lahan.
            “Awak nak mandi ke?,”
            Zariff mengangguk perlahan. Arisa mencapai tuala yang elok berlipat. Pantas menghulurkan kepada Zariff. Seketika Zariff merenung wajahnya tanpa mengacuhkan tuala yang terhulur.
            “Tak rindukan I ke?,”soal Zariff perlahan. Arisa tersenyum kecil sambil membuang pandang. Zariff mencapai tuala lalu berlalu ke bilik air. Arisa kembali ke almari baju. Mencari baju dan seluar untuk Zariff.

****

            Zariff kelihatan cukup kemas walau cuma dengan T-shirt dan seluar pendek separas lutut. Rambutnya yang masih basah sudah tersikat rapi. Berpuas hati dengan penampilannya, dia menoleh. Mencari wajah Arisa. Hampir dua minggu dia tidak melihat wajah itu. Hampir dua minggu dia rindukan haruman tubuh Arisa.
            “Awak baru balik dari office ke? Atau dari rumah?,”
            “Kalau dari rumah takkan I berangkut dengan briefcase segala,”
            “Lewatnya…,”
            “Yup. Banyak kerja and you pun tak nak temankan I. Sibuk dengan adik-adik you tu, kan? Macamlah kalau you tak masak, diaorang boleh mati,”sampuk Zariff bersama sedikit sindiran. Sindiran yang membuat Arisa serba salah.
            “Janganlah cakap macam tu. Lagipun, nanti apa orang kata kalau nampak saya dengan awak berdua-duaan sampai malam,”
            Zariff sembunyi senyum. Senang melihat wajah Arisa yang serba-salah. Bukan bersungguh-sungguh dia mahu merungut tentang adik-adik Arisa. Cuma mahu mengusik Arisa. Dia melangkah mendekati Arisa yang tercegat di hujung katil. Merangkul Arisa dari belakang sambil menikmati haruman rambut yang dirinduinya.
            “I miss you,”
            “You dah makan?,”
            “Hmm.. dah. I called you nak ajak dinner kat luar. Lepas tu balik rumah I. Tapi you tak jawab. So, I kena makan sendirian dan terpaksa cari you dalam bilik yang sempit ni,”
            Arisa diam. Bicara sinis begitu sudah terlalu biasa menjamah telinganya. Zariff tidak pernah suka pada rumah teres kos sederhana yang didiaminya kini. Namun dia faham. Zariff yang sudah terbiasa dengan kemewahan, mana mungkin boleh sesuaikan diri dengan cara hidupnya yang serba sederhana. Perlahan dia longgarkan pelukan Zariff sambil bergerak ke katil. Melabuhkan punggung di birai katil. Zariff mengekori dari belakang. Turut sama mengambil tempat di sisinya.
            “Oh ya. Thanks for lunch tadi. Memang sedap you masak. Tapi sayang, I tak boleh makan masakan you selalu,”
            Arisa menoleh. Memandang wajah Zariff. Pujian itu kedengaran ikhlas.
            “Kalau nak saya masak, cakap aje. Saya boleh tolong masakkan then bawa pergi office,”
            “Tak perlu. I tak nak susahkan you, bangun pagi-pagi then masak untuk I. lepas tu nak pergi office lagi. No. Tak perlu,”     
            Arisa menjongket bahu. Memandang wajah Zariff dengan pandangan polos.
            “Orang offer, jual mahal pulak,”dia bersuara sambil mengangkat kening. Membuat Zariff tergelak halus. Perlahan dia menyentuh jemari Arisa. Mengelus lembut lalu dibawa ke bibir.
            “I belikan you rumah? Nak? Yang lebih baik dari ni?,”
            Arisa menggeleng perlahan.
            “Saya sayangkan rumah ni. Ini rumah mak dan ayah saya. Saya tak akan tinggalkan rumah ni kosong tanpa ada sesiapa,”
            “Adik-adik you kan ada?,”
            Mendengar kata-kata itu, Arisa merenung tajam wajah Zariff. Tidak percaya Zariff boleh terfikir untuk biarkan adik-adiknya tinggal sendirian di sini.
            “Mereka tu kecil lagi, awak. Siapa nak jaga diaorang?,”
            “Maksud I, kita boleh hire somebody to take care of them kalau you nak mereka tinggal di sini. Or else, you sewakan rumah ni, and pindah ke rumah yang lebih selesa. Yang lebih ada privacy untuk kita,”Zariff menyangkal telahan Arisa dalam lembut. Sedikit berbisik di akhir ucapannya..
            “Macam ni pun, ada privacy juga. Bukan awak kena tidur dekat ruang tamu, kan? And, awak pun bukan selalu ke sini,”celah Arisa selamba. Gelagat yang sedikit mencabar Zariff. Pantas tubuh Arisa ditarik ke pelukannya. Merenung wajah Arisa tanpa jemu.
            “I nak you tinggal dengan I,”
            “Kan awak juga yang cakap, tak ada sesiapa yang patut tahu pasal kita. Kalau saya tinggal dengan awak nanti, macam mana?,”
            Zariff diam. Tidak mahu panjangkan perbincangan itu. Dia cuma terus leka meneliti tiap inci wajah Arisa. Tidak tahu kenapa, wajah itu membuat dia begitu tertarik. Sanggup dia membuat keputusan segila ini hanya untuk bersama Arisa. Dia yakin, andai tawaran itu datang dari bibir gadis lain, dia hanya akan tertawa lucu. Menganggap itu ada lelucon paling bodoh untuk menjerat lelaki. Tetapi, apabila Arisa yang memberi saran, dia tiada pilihan. Apa pun dia sanggup asalkan Arisa menjadi miliknya. Cuma miliknya.
            “Awak balik tak malam ni?,”Arisa bersuara setelah agak lama suasana menyepi. Juga dia sendiri sudah kurang selesa dengan renungan Zariff yang cukup tajam menikam wajahnya. Kalau dulu dia boleh mengelak. Tetapi tidak sekarang. Sekarang lelaki itu berhak menelitinya. Lelaki itu berhak berbuat apa sahaja padanya.
            “I baru sampai you dah nak halau I ke?,”usik Zariff bersama elusan lembut di pipi Arisa. Arisa senyum. Renungan Zariff menghantar satu isyarat yang amat dia mengerti. Dan, dia pasti cuma atas sebab itu jugalah Zariff bersetuju dengan cadangannya.
            “I ada hadiah untuk you. Hadiah dari Indonesia,”Zariff bersuara tiba-tiba sambil terus melepaskan pelukannya. Laju lelaki itu bergerak menujuk ke arah almari pakaian. Mengambil sesuatu dari dalam laci. Barangkali Zariff simpan semalam semasa dia pulang ke sini. Satu bungkusan yang tidak begitu besar dikeluarkan. Bersama senyum yang cukup lebar, dia kembali semula ke sisi Arisa. Menghulurkan bungkusan itu kepasa Arisa.
            “For you,”
            Sedikit teragak-agak Arisa mencapai bungkusan hadiah itu. Ringan. Digoncang tiada bunyi.
            “Apa ni?,”
            “Bukalah,”
            Arisa mencemik dan Zariff tersenyum. Perlahan mula mengoyak kertas balutan. Kotak yang tidak begitu besar di tangannya itu dibuka perlahan-lahan. Menampakkan sehelai gaun tidur berwarna ungu gelap yang begitu menjolok mata. Terkebil-kebil dia memandang fabrik yang cukup nipis dan lembut itu.
            “Dah tak ada benda lain ke, awak nak beli untuk saya?,”
            Zariff tergelak halus. Walau Arisa berlagak biasa, jelas di matanya wajah Arisa sudah merona merah. Dia bergerak merapati Arisa.
            “Pakailah. Sekarang you dah tak boleh nak report ini satu pencabulan…,kan?”usiknya bersama renungan redup yang memikat hati.
            “Awak ajelah yang pakai,”baju itu diletakkan di atas perut Zariff yang sudah terbaring ke katil. Zariff terus tersenyum membuat Arisa semakin lemas dan cemas. Sentuhan Zariff di jarinya memaksa dia berpaling. Menatap renungan Zariff yang menggoda. Entah kenapa, jantungnya tiba-tiba berdetak laju menanggapi renungan itu. Renungan Zariff lari ke gaun tidur yang masih tersadai di perutnya. Cukup untuk menunjukkan isyarat pada Arisa, itu merupakan arahan tanpa suara dari Zariff yang perlu dia penuhi. Perlahan dia menggaru kepala.
            “Saya rasa lapar pula. Belum makan lagi. Saya pergi makan kejap, ya?,”dia berdalih sambil mengangkat punggung. Perlu mencari ketenangan untuk memenuhi permintaan Zariff itu.
            “I temankan you makan. Kalau tak, mesti lama you kat dapur tu,”balas Zariff sambil turut bangkit dari baringnya. Arisa cuma diam dan melangkah keluar dari bilik bersama jemari Zariff yang telah bertaut di jarinya.

***

18 comments:

itu_aku +_^ said...

kak hanni
rajin2 la upload..
hope cite ni cpt smbung

Anonymous said...

best3
smbung lg

NukSe said...

kak hani.. ni cerpen kan?? maknanya akak akn post kat blog ni smpai hbs kan??sbb kalo smpai ke versi cetak, lama la nk kena tunggu.. huhu citer ni best..

miznza84 said...

lagi kak hani.. tak cukup...
zariff ada 2 isteri ker sampai nk sorok2 sgt hubungan dia dengan arisa?

name saye u'u said...

dorg 2 suami isteri ke?
cm best.smbung lg ek :)

Anonymous said...

smua karya hani memuaskan...
best sgt2...
cpt2 la upload ek..
jgn bg sngkut...plsssss

Anonymous said...

tb2 cam rs arisa ni isteri ke 2 plk.
huhu...

Anonymous said...

kak hanni novel kuseru rindu itu bila nak keluar? x sabaq nak beli nih best sgt cite 2

aqilah said...

best...best....
i follow................

Anonymous said...

Apalah rahsia yang tersembunyi antara Arisa dan Zariff....

Anonymous said...

Apalah rahsia yang tersembunyi antara Arisa dan Zariff....

Kay said...

Bestnye. hikhik

s k y said...

bestnya kak hanni, cepat2 upload next episode ye :)

Nur Afifah bt Mohd Yusof said...

diorang ni dah kahwin ke blom??apapun story ni memang best..

Anonymous said...

kak hani ni kalu buat cite semuanya.. best2lah....

faiicie said...

masih kabur dgn jln crita nie...
best3!!

ZaYaNi said...

best lagy...seronok la~

Dr.LoVe said...

bestlah ceta ni tapi confuse sketlah..diorg ni dah kawen belum...kadang2 macam orang asing kadang2 macam pasangan suami isteri...

[11:35:50 PM] hos.getah: