Friday, November 14, 2008

Kuseru Rindu Itu... 17

Dari jauh Borhan sudah tersenyum lebar. Hasmieza Cuma memandang tanpa membalas senyuman itu. Borhan menghayun langkah laju ke arah mejanya.
“Dah lama sampai?,”soal lelaki itu sebaik melabuhkan punggung di hadapan Hasmieza.
“Adalah dalam sepuluh minit. Kau yang nak kumpa aku, aku yang kena tunggu kau. Banyak cantik muka kau,”rungut Hasmieza sambil menjeling marah. Borhan tergelak kecil.
“Sorrylah. Aku tak sengaja. Ada hal sikit kat office. Lagipun, bukannya lama. Sepuluh minit saja, kan?,”
“Sepuluh minit ke…lima minit ke… masa aku dah terbuang. Faham?,”
“Sorrylah Miss Punctual. Eh, silap. Sekarang dah jadi Mrs Punctual…,”seloroh Borhan sambil tergelak. Memang sejak dari dulu, Hasmieza memang terlalu mementingkan ketepatan masa. Hasmieza jegilkan mata mendengar gurauan itu, membuat tawa Borhan menjadi lebih panjang.
“Sorrylah. Anyway, bila kau pulang dari honeymoon?,”
“Dah dua hari aku start kerja,”
“Dah dua hari? Aku call tak jawab pun. Sengaja tak nak jawab panggilan aku ke?,”soal Borhan sambil mencapai menu makanan di atas meja.
“Kau call aku tak kena masa. Aku nak call balik, asyik lupa saja,”
“Tak kena masa? Hei, aku bukan call kau tengah malam buta. Aku call during office hour. Takkan time pejabat pun, tak kena masa juga… Tahulah kerja satu tempat…,”Borhan menyampuk bersama senyuman yang meleret. Senyuman yang membuat wajah Hasmieza merona merah.
“Hey! Jangan nak mengarut. Maksud aku, aku sibuk. Faham? Banyak kerja. Biasalah. Kalau dah cuti lama sikit, bertimbunlah kerja menunggu. Aku betul-betul sibuk dua tiga hari ni. Kau ni… otak tu kena service sikit. Cuba fikir yang elok-elok,”bebel Hasmieza menutup rasa malu. Borhan tergelak melihat pipi Hasmieza yang memerah.
“Lain kali cakap biar terang. Faham?,”usiknya lagi.
Hasmieza cuma mencebik mendengar kata-kata Borhan.
“Suami kau tahu ke, kau datang jumpa aku ni?,”soal Borhan, kembali serius.
“Tahu. Aku dah beritahu. Apa hal kau nak jumpa aku?,”
Borhan memandang wajah Hasmieza. Mencongak-congak sama ada Hasmieza bersedia menolongnya atau tidak. Sebelum ini, jawapan Hasmieza sering mengecewakannya. Harap-harap kali ini dia tidak kecewa lagi.
“Borhan. Dengar tak aku Tanya ni?,”
“Aku rasa kau pun tahu tujuan aku,”
Mendengar jawapan Borhan, Hasmieza mengeluh kecil. Sangkanya Borhan sudah berhenti mengharap. Rupa-rupanya dia tersilap. Lelaki ini tidak mahu berputus asa nampaknya.
“Borhan… banyak kali aku cakap. Aku tak boleh tolong kau,”
Borhan tunduk seketika. Kemudia dia kembali mendongak. Memandang wajah Hasmieza yang serba salah.
“Tolonglah Mieza. Hanya kau saja yang boleh tolong aku. Aku nak sangat bercakap dengan Ayu. Aku nak jumpa Ayu. Aku nak hubungi dia,”
“Ayu tak nak tahu apa-apa pasal kau, Borhan. Ayu dah lupakan kisah kau dengan dia. Lagipun, dia kan dah bersuami. Aku minta sangat… janganlah ganggu dia,”
“Tak boleh. Sebab aku masih sayangkan dia. Aku masih cintakan dia,”
“Astarfirullahal’azim. Berdosa tau, menyimpan perasaan pada isteri orang,”
“Tapi, sebelum dia jadi isteri Hisyam, dia pernah menjadi kekasih aku,”
“Itu tak membawa apa-apa makna pun, Borhan. Kau kena terima kenyataan. Kau yang lepaskan dia pada Hisyam dulu. Kau dah lupa?,”
“Aku tahu aku silap semasa aku buat keputusan tu. Aku menyesal,”
Hasmieza mengeluh panjang. Merenung kosong wajah Borhan yang Nampak cukup muram.
“Ada sesetengah perkara, Cuma datang sekali saja dalam hidup. Kalau kita hargai semasa ia datang, mungkin kita akan kehilangannya buat selama-lamanya. Kau carilah pengganti Ayu. Percayalah cakap aku. Ayu tak akan terima kau semula. Dia bahagia dengan suaminya. Kau sendiri pun dah lihat hubungan mereka tempoh hari kan?,”
“Itu yang aku Nampak. Manalah kita tahu, kan? kadang-kadang apa yang kita Nampak lain. Kenyataannya pula lain. Siapa tahu, kan?,”
Hasmieza merenung wajah Borhan agak lama. Tidak faham dengan kata-kata lelaki itu. Borhan Cuma tersenyum sambil mengangkat bahu.
“What do you mean?,”soal Hasmieza lambat-lambat. Senyuman Borhan bagai merahsiakan sesuatu.
“Aku tahu perkahwinan Ayu ada masalah sekarang,”
Hasmieza tergelak kecil.
“Pandai-pandai kau reka cerita ya?,”tempelak Hasmieza dengan gelak yang masih bersisa. Terkejut sebenarnya dengan tekaan Borhan yang tidak meleset langsung.
“Aku tahu Mieza. Aku tahu suami dia ada perempuan lain kan? Suami dia nak kahwin lagi, kan?,”
Tawa Hasmieza mati tiba-tiba. Tajam matanya jatuh ke wajah Borhan. Dari mana Borhan mendapat cerita itu?
“Apa kau cakap ni? Kau jangan nak mereka cerita, Borhan,”
“Sudahlah Mieza. Aku tahu. Aku dengar perbualan kau dengan Ayu hari tu,”
“Kau curi dengar ya?,”
“No. Aku tak curi dengar. Tapi, aku terdengar. Mungkin itu satu petunjuk untuk aku terus mencuba,”
Kata-kata Borhan membuat Hasmieza menggeleng perlahan. Kehilangan kata-kata untuk menjawab.
“Kau memang tak pernah berubah, Borhan,”akhirnya dia bersuara perlahan.
“Maksud kau?.”soal Borhan kurang faham maksud kata-kata Hasmieza.
“Suka mengambil kesempatan. Bijak mencari peluang,”
Borhan terseyum kelat mendengar kata-kata itu. Agak sinis di telinganya.
“Cakaplah apa saja yang kau nak cakap. Aku sanggup dengar. Asalkan kau tolong aku. Beritahu aku cara untuk aku hubungi Idayu. Paling tidak pun, kau berilah nombor telefon dia pada aku. Tolonglah Mieza,”
Hasmieza mengeluh lagi.
“Janganlah ganggu dia lagi, Borhan,”
“Tolonglah aku. Kau kan kawan aku?,”
“Buat apa kau nak tambah masalah Idayu tu? Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat pada dia dulu?,”
“Aku Cuma nak cari peluang kedua. Membetulkan kesilapan yang pernah aku buat. Tak salah kan?,”
“Hai… susahlah bercakap dengan manusia degil macam kau ni. Kau yakin ke Ayu akan kembali pada kau?,”
“Aku tak nak cakap pasal keyakinan. Yang kau tahu, aku cuba sampai Idayu mengalah. Aku tak akan berputus asa. Selagi kau tak tolong kau, selagi itulah kau kena tengok muka aku ni. kena dengar suara aku,”
“Ini dah kes ugut. Tolonglah Borhan. Aku tak boleh tolong kau. Aku tak nak khianati Idayu. Tolonglah faham situasi aku,’
“Aku tak akan berputus asa. Ingat tu,”Borhan bersuara sambil menunding jari telunjuknya ke arah Hasmieza. Hasmieza menjeling sambil menarik muka masam.
“Hish! Rimaslah aku. Dari dulu sampai sekarang asyik aku saja yang jadi mangsa keadaan. Masalah kau, aku pula yang kena peningkan kepala,”rungut Hasmieza geram. Membuat Borhan tergelak.
“Kau yang buat benda ni jadi susah. Kalau kau tolong aku, kan senang,”
“Idayu tu dah berkahwin. Aku tak boleh nak tolong kau macam mula-mula kau nak tackle Ayu dulu. Keadaan dah berbeza. Lagipun, Ayu tu bestfriend aku. Kau pula.. exboyfriend Ayu yang dah curang pada dia. Dahlah curang… menipu pula tu. Siap menangguk di air keruh lagi tu,”
“Auch! Very sharp. Aku tak kisah kalau kau nak mengata aku. Tapi, janganlah direct sangat. Menghiris perasaan, tahu tak?,”ujar Borhan sambil mengusap dadanya. Tersentap dengan kata-kata tajam Hasmieza.
Hasmieza tergelak. Rupa-rupanya Borhan terasa dengan kata-katanya.
“Sorrylah. Aku tak bermaksud nak menyindir. Dah kenyataannya macam tu. Nak buat macam mana? Lagipun, kenyataan yang pahit memang akan menghiris perasaan. Sendiri mahu ingatlah,”
“Itu cerita lama. Janganlah ungkit lagi. Aku nak buka buku baru. Nak cipta cerita baru,”
“Masalahnya, kau nak buka buku baru, tak semestinya Idayu setuju nak buang buku lama. Kau kena ingat tu,”
“Di sinilah kau kena mainkan peranan sikit. Adjust mana yang patut. Bukan selalu kau dapat peluang nak tolong aku. Sumpah! Aku tak akan lupakan jasa kau sampai bila-bila. Deal?,”ujar Borhan sambil menghulurkan tangan kepada Hasmieza. Perlahan Hasmieza menepis tangan itu.
“No…No..No.. And no. aku tak nak terlibat dengan masalah kau. Aku tak nak,”
Borhan mengeluh keras. Susahnya memujuk Hasmieza. Dia memandang wajah Hasmieza agak lama. Buntu mencari cara untuk memujuk Hasmieza. melihat renungan sayu Borhan, Hasmieza dilanda rasa serba salah. Memang dia serba salah. Idayu sahabatnya. Borhan juga sahabatnya. Menolong Borhan, bermakna dia membuat Idayu lebih terluka. Membantu Idayu, bermakna dia mengecewakan permintaan Borhan.
“Borhan… honestly, aku tak rasa idea kau nak pikat Ayu semula tu, idea yang baik. Aku juga tak tahu sejauh mana seriusnya kau nak memenangi hati Ayu semula…,”
“Aku betul-betul serius Mieza,”sampuk Borhan sebelum sempat Hasmieza menghabiskan bicaranya.
“Wait. Let me finish first. Ayu kawan aku. Kau pun kawan aku. Aku tak nak kau frust nanti. Kau lelaki, so, aku tak tahu sama ada fikiran kau sama atau tidak dengan fikiran aku. Cuma, pada pendapat akulah… dalam usia kita ni, kau sepatutnya mencari seseorang yang sesuai untuk jadi teman hidup kau. Bukannya mengejar benda yang tak pasti macam ni,”
“Nasihat daripada seorang sahabat yang baru menempuh alam rumahtangga ke ni?,”soal Borhan separuh berseloroh. Hasmieza menjeling marah.
“Aku serius,okay,”
“Aku tahu. Aku pun serius. Kalau tidak, takkan aku desperate sampai macam ni sekali minta kau tolong aku,”
“Selain Idayu?,”soal Hasmieza pendek.
“Aku tak boleh lupakan dia. Tak boleh. Aku di sini, membuat aku teringat sangat pada dia. Pada kenangan kami. I miss her so much,”perlahan Borhan menjawab soalan itu.
“Aku pernah beritahu Ayu pasa kau. Aku pernah beritahu dia, kau selalu bertanyakan dia. Kau tahu apa katanya? Aku tak kenal manusia bernama Borhan. Full stop. Dia tak nak dengar apa-apa pun pasal kau. Luka di hatinya tak pernah sembuh , Borhan. Sekarang kau tahu kenapa aku tak nak tolong kau? Aku tak nak curahkan cuka pada luka lamanya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dia sekarang. Aku sepatutnya memberi semangat pada Ayu. Bukan menambah beban masalah yang dia ada,”
Borhan diam. Fikirannya ligat memproses kata-kata Hasmieza. Hasilnya, hatinya terasa bagai ditusuk sembilu mendengar hakikat itu. sekeras itukah hati Idayu? Masih belum redakah kemarahan Idayu padanya? Masih tebal lagikah kebencian yang bersarang di hati Idayu?
“Kalau boleh aku tahu… selepas kau berpisah dengan Idayu, kau tak kahwin ke dengan perempuan tu?,”lambat-lambat soalan itu meniti di bibir Hasmieza apabila melihat Borhan termenung jauh mendengar ceritanya tentang Idayu. Borhan tersenyum hambar. Terlalu sayu senyuman itu di mata hasmieza.
Perlahan Borhan menarik nafas. Dalam. Soalan Hasmieza mengembalikan seraut wajah ke mindanya. Selama dia kembali ke Terengganu, Hasmieza tidak pernah bertanya tentang kisah hidupnya selepas dia berpisah dengan Idayu.
“Hanita. Namanya Hanita,”Borhan bersuara setelah agak lama menyepi. Mencari kekuatan sebenarnya untuk dia menyebut sebaris nama yang sudah lama hilang dari bibirnya itu. Bukan kerana benci nama itu hilang di bibirnya. Namun, takdir yang memaksa dia lupakan sebaris nama itu.
Hasmieza mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil. Wajah Borhan ditatapnya. Menunggu cerita dari mulut Borhan. Namun, lelaki itu kelihatan berusaha keras menyembunyikan riak pilu, untuk membuka cerita.
“Tiga tahun kami bercinta. Kemudian kami mengambil keputusan untuk bertunang. Dia minta dua tahun tempoh bertunang. Alasannya, dia baru habis belajar. Nak cari kerja. Nak bina kerjaya. Aku setuju. So, kami bertunang selama dua tahun,”cerita Borhan terhenti di situ. Dia menghela nafas panjang. Diam seketika. Mencari kekuatan untuk menyambung ceritanya.
“Selepas tu?,”soal Hasmieza sedikit kurang sabar, apabila agak lama Borhan mendiamkan diri. Borhan berdehem beberapa kali.
“Mungkin memang kami tak ada jodoh. Aku ingat lagi seminggu sebelum hari nikah kami, beria-ia dia ajak aku pergi cuba baju pengantin. Tapi, aku tak boleh. Kebetulan aku ada appointment kerja. Dia accident dalam perjalanan ke butik pengantin…,”
“Oh…I’m sorry,”bisik Hasmieza perlahan. tidak sangka rupa-rupanya Borhan ada sejarah setragis itu.
“Dia meninggal on the way ke hospital. Sepatutnya aku pergi bersamanya. Sepatutnya aku mati bersamanya. Kereta dia hancur, Mieza. Terperosok bawah trailer…,”cerita Borhan tergantung di situ. Melihat ada air mata yang bergenang ditubir mata lelaki itu, lidah Hasmieza tiba-tiba kelu untuk terus bertanya. Di sebalik wajah ceria Borhan, rupa-rupanya ada kisah sedih yang begitu menyayat hati. Borhan tergelak kecil, cuba menutup perasaan hiba yang mula bertenggek. Dia tidak mahu menangis lagi. Lebih-lebih lagi di hadapan Hasmieza. Mana mungkin dia menitiskan air mata di hadapan perempuan itu. Lagipun itu kisah dua tahun dulu. Dia harus belajar menerima segalanya dengan redha. Dan, dia sudah hampir berjaya melakukannya. Ternyata kenangan manis antara dia dengan Idayu di bumi Terengganu telah menjadi penawar dukanya itu.
“Well.. that’s my story,”Borhan bersuara apabila dia melihat Shamieza sudah bisu kelu. Hasmieza sedikit tersentak. Hatinya tiba-tiba sayu melihat senyuman ceria yang kembali menghiasi bibir Borhan. Naluri perempuannya seakan berbisik, hati Borhan tidak seceria senyumannya saat ini. Borhan mengangkat kening melihat wajah Hasmieza yang membeku. Hasmieza tersenyum kecil.
“Aku minta maaf. Aku tak tahu. Kalau aku tahu, aku tak akan buat kau teringat kisah sedih tu,”
“Of courselah kau tak tahu. Kalau kau tahu, takkan kau Tanya. Ya tak?,”seloroh Borhan sambil tersengih. Hasmieza tergelak kecil. Namun, dia tahu gelaknya kedengaran sumbang. Sesumbang senyuman yang terpamer di bibir Borhan. Wajah Borhan kembali serius.
“Aku salahkan diri aku atas apa yang terjadi. Lepas kejadian tu, hidup aku betul-betul teruk. Aku hilang focus pada kerja. Aku hilang semangat untuk hidup. Lama aku hidup dalam dunia aku sendiri. Dalam kesedihan yang sengaja aku simpan. Aku berasa puas membalas rasa bersalah aku dengan kesedihan itu. Aku tak patut biarkan dia pergi sendiri,”
“Tapi, takdir… kita tak boleh agak…,”
Borhan tersenyum pahit.
“Nasib baik ada abang aku. Dia yang banyak membantu. Kebetulan dia buka cawangan baru di Terengganu, jadi dia hantar aku ke sini. Mencuba suasana baru, katanya,”
“So, macam mana?,”soal Hasmieza pendek. Borhan tersenyum kecil.
“Di sini aku ada kenangan dengan Idayu. Kembali ke sini, membuat aku teringat saat manis aku dan Ayu. Percaya atau tidak, kenangan itu perlahan-lahan mengubat luka aku. Sejarah antara aku dengan Ayu menjadi penawar kesedihan aku. Bunyinya macam sentimental. But, it’s true. Aku semakin kuat dengan kenangan-kenangan itu. di sini, semua tempat membuat aku teringat pada Ayu. Pantainya… bandarnya… segala-galanya mendekatkan aku dengan Ayu,”
“Tapi, Ayu kan dah berkeluarga. Salah kalau kau berperasaan begitu,”
“Aku tak pernah menaruh apa-apa harapan sebenarnya. Aku Cuma ingin melihat sendiri kebahagiaan Ayu. Kau pernah beritahu aku, Ayu bahagia dengan hidupnya. Juita pun pernah beritahu perkara yang sama pada aku. Jadi, aku nak lihat sendiri kebahagiaan itu. aku tak ada niat lain. kalau dia bahagia, aku tumpang gembira. Aku faham. Dia berhak untuk hidup bahagia. Tapi, bila aku dengar luahan Ayu pada kau tempoh hari…itu yang mengubah pendirian aku,”
“Tak semestinya Ayu boleh terima kau Borhan. Kau kena ingat tu,”
“Kan aku dah kata, aku akan cuba sampai berjaya. Dan, aku berharap sangat kau akan tolong aku,”
“Aku harap aku dapat tolong. Tapi, I’m sorry Borhan. Ayu isteri orang. Tak elok aku tolong kau dan keruhkan lagi masalah rumahtangga dia. Mana dia nak fikir masalah dia dengan suaminya. Mana dia nak fikir masalah dengan kau pula. Kasihan Ayu. Aku tak sampai hati nak buat macam tu kat dia. Aku harap sangat kau faham,”
Borhan mengeluh panjang. Doa mengeluh perlahan.
“Aku faham. Dan, aku juga nak kau faham, aku terpaksa terus mendesak kau. Aku tak akan putus asa. Tidak kali ini, mungkin next time kau akan cair dengan pujukan aku. Kan?,”
Hasmieza menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“I don’t know what to say,”ujarnya dengan nada berputus-asa. Degil Borhan tidak pernah kurang. Borhan tersenyum kecil.
“So, dah lama kat sini. Nak makan? Aku belanja,”
“No. thanks. Aku minta diri dululah. Mungkin suami aku dah sampai rumah pun. Aku nak balik dulu,”
Borhan menjungkit bahu.
“What can I say?,”
Hasmieza tersenyum sambil mengangkat punggung.
“How about you?,”soal Hasmieza melihat Borhan masih leka membelek menu.
“Aku? Nampaknya terpaksalah aku dinner sorang-sorang,”
Hasmieza tergelak kecil.
“Okaylah. Enjoy your dinner, okay?,”
Borhan tersenyum sambil mengangkat tangan.

****

11 comments:

Anonymous said...

bglah Borhan jumpa Ayu satu hari nanti... saje biar bg Hisham cemburu ckit...yg sebenarnya dia dah jatuh hati kat isteri sendiri dan jgn bg Hisham kawin dgn makwenya tu...cian Ayu

:) atie md

nana_yoong said...

xtaw la nak comment ape, mungkin jg semua ni balasan buat borhan.. Tuhan nak bg die rase kesedihan yg ayu rase waktu dulu.

Anonymous said...

huhuhu...
tetibe rse kesian lak kat borhan...
mympah giler dkt hisham... (x hbis lg tu) hehehe
tp, klu i hrp ayu dgn borhan, x salah kan?

anarif said...

huhuhu... kesian borhan...but what goes around comes around,rite?
well, u'll never know what is the rule of nature upon us...

hartini said...

rindu la kt ayu n hisyam, mana diaorng ni

atashinci said...

betul2x ckp cam upin n ipin tau....
xpelah ayu n borhan....
biar hisyam tau diri ckit....
marah ni tau.....hehehehhee

Anonymous said...

Pergilah Air Mata

Cepatler citer nya keluar ... tak sabar ni

nin said...

kesian borhan rupanya ada cite sedih..

padan muka hisyam bila borhan cuba tackle ayu balik..

kita kasi peluang tuk hisyam mengaku kalah.. tu pun kalau dia sedar la..

misz nana said...

hisham tu perlu disedarkan daripada kekeliruan or maybe kita bleh cakap, ego dia tu.. bila ada orang cuba nak usha ayu, baru nak rasa jeles la, itu la, ini la.. nyampah!

norul'ainmatsom said...

biar hisyam sdar y ayu pon masih ader org suker..
biar tergugat sket ati syam tu,,,

x abis2 ngan ego dier..
nyampah,,

Anonymous said...

padan muke borhan..huhuhu..
awex da mati..bru ingt kt ayu..law x..tinggal ssuke ati..ingt ayu 2 aty ayam kew..huhuhu
teremo la palk..hahahha

[11:35:50 PM] hos.getah: