Farisha menoleh. Menghadiahkan
senyum seadanya sambil memerhati susunan lauk yang pelbagai. Semuanya sudah
hampir habis.
“Kenapa belum kemas ni?,”soalnya
sambil berpaling.
“Aku dah minta budak-budak kemaskan.
Nanti dia orang buatlah tu,”
Farisha mengangguk perlahan.
“Customer tetap cari kau tadi,”tokok
Humaira sambil tersenyum lebar.
Sekali lagi dia menoleh. Memandang
wajah Humaira kemudian mencemik. Humaira tergelak. Mendengar tawa kecil
Humaira, bagai sudah dapat diduga siapa yang dimaksudkan oleh temannya itu.
“Hari ni dia bawa kawan,”
Celoteh Humaira tetap dibiarkan sepi
tanpa menjawab. Dia bergerak ke kaunter. Membelek bil yang tersusun tanpa niat
untuk melihatnya secara serius.
“Daim dah buat inventory stok? Nanti
kan bising itu tak ada, ini tak ada?,”akhirnya dia bersuara seraya mengangkat
muka.
“Dah... dah call supplier suruh
hantar pun. Esok pagi dorang hantar,”
Farisha kembali diam. Menongkat dagu
sambil memerhati ruang restoran yang sudah surut dengan pengunjung. Mata
mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Hampir pukul tujuh petang.
Memang wajar kalau pelanggan sudah agak berkurangan.
Humaira yang sejak dari memerhati,
mula mengeluh perlahan. Seperti bercakap seorang diri sahaja apabila dia
membuka mulut tetapi, langsung tidak disambut oleh Farisha. Perlahan dia
melangkah menghampiri kaunter.
“Hey! Termenung pulak dia,”sergahnya
sambil menampar perlahan bahu Farisha.
Farisha tersentak. Bukan sedikit
terkejut dengan sergahan secara tiba-tiba itu. Humaira tersengih di hadapannya
sedang dia menarik muka masam sambil mengurut dada.
“Kau ni...,”
Humaira tergelak besar.
“Rayyan tanyakan kau tadi,”
Farisha menyepi semula. Bukan
Humaira tidak tahu dia tidak pernah berminat untuk bercakap tentang lelaki itu.
“Kau ni kenapa? Lari dari Rayyan tu
ke?,”
Farisha tersenyum tawar. Untuk apa
dia lari? Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pun pada lelaki itu.
“Dia ada pesan apa-apa ke?,”akhirnya
dia bertanya perlahan.
Humaira menggeleng.
“Cuma kirim salam,”
Farisha menghela nafas. Rayyan.
Seorang anak muda yang ghairah cuba memancing perhatiannya. Kadang-kadang
terfikir apalah yang membuat Rayyan begitu bersungguh-sungguh cuba
mendekatinya?
“Esok aku nak balik ke Melaka,”sudahnya,
ringkas dia bersuara sambil menatap wajah Humaira. Tentang Rayyan, sudah
dilupakan.
Humaira diam. Memandang wajah
Farisha yang sedikit keruh. Kemudian dia mengeluh perlahan.
“Asalkan kau terus ingat dia dalam
hati kau, itu pun dah cukup. Aku bukannya apa. Aku tak tahu sangat apa yang kau
alami, tapi aku tak suka. Tiap kali kau balik ke sana, bila kau balik ke sini,
kau akan jadi murung,”
“Mana boleh aku tak balik?,”tingkah
Farisha bersama senyum sayu.
Humaira mengeluh panjang.
“Kau sepatutnya mulakan hidup baru.
Kita hidup bukan semakin muda. Kau kena ingat tu,”
“Inilah hidup baru aku. Restoran ni.
Suasana ni... kau... Qayyum...,”balas Farisha tenang.
Humaira menggeleng perlahan. Malas
melayan Farisha yang sengaja buat-buat tidak faham akan maksud kata-katanya. Mahu
memancing cerita pun, dia tahu hanya sia-sia. Farisha tidak pernah berkongsi
kisahnya. Yang dia tahu, Farisha pernah berkahwin dan sudah bercerai. Mempunyai
seorang anak tetapi sudah meninggal dunia. Selain daripada itu, Farisha tidak
pernah bercerita tentang kisah hidupnya.
“Kenapa Maira?,”
Humaira
tersedar dari lamunan yang seketika. Dia menggeleng. Melangkah menuju ke bilik
pejabat.
“Oh ya. Rayyan suruh kau call dia.
Ada hal penting katanya,”sempat dia berhenti di hadapan pintu bilik,
menyampaikan pesanan buat temannya itu. Farisha diam.
“Dengar tak? Rayyan suruh kau call
dia,”ulang Humaira.
“Aku bertolak malam ni, tau,”
Humaira merengus geram. Farisha
sengaja mengubah topik perbualan. Pintu bilik dibuka dan dia terus melangkah
masuk.
Farisha cuma memandang kosong. Diam
seketika memikirkan pesanan yang disampaikan oleh Humaira. Humaira beria-ia
mahu dia membuka ruang untuk dirinya kembali rapat dengan manusia bergelar
lelaki. Tetapi, mustahil dia boleh memaksa kehendak hati. Dia pernah mencuba,
dan kesannya sehingga kini dia gagal menemui bahagia. Tidak mungkin dia akan
mengulangi kesilapan yang sama.
Bersama helaan nafas yang cukup
dalam, dia bergerak meninggalkan kaunter. Melihat Qayyum yang baru sahaja turun
daripada van sekolah, dia tersenyum lebar. Anak kecil itu baru pulang dari
sekolah barangkali. Lebar senyumnya menunggu Qayyum berlari mendapatkannya.
“Ibu!,”
Farisha tersenyum. Jemarinya segera
dicapai dan dicium oleh tangan kecil itu. Hatinya berbunga bahagia menerima
kucupan itu.
“Lewat sampai?,”
“Pakcik tu... dia berhenti beli goreng
pisang pulak. Pakcik belanja kita orang makan goreng pisang,”ceria dia
bercerita.
Farisha tergelak sambil buat-buat
terkejut.
“Oh ya? Sedap tak?,”
Qayyum mengangguk.
“Mama mana, ibu?,”
“Dalam bilik. Tengah siap-siap nak
balik kot,”
“Qayyum lapar. Nak makan nasi
goreng,”
Farisha tergelak mendengar rengekan
itu.
“Makan goreng pisang tak kenyang
ke?,”
“Mana boleh kenyang? Seorang dapat
satu je,”
Sekali lagi Farisha tergelak besar.
Jujur benar penjelasan anak itu.
“Dah... duduk sana. Nanti ibu suruh
Makcik Tun buat nasi goreng cina. Boleh?,”
Qayyum mengangguk sambil beriringan
masuk ke ruang restoran. Farisha meninggalkan Qayyum di meja makan berhampiran
kaunter. Menuju ke ruang dapur untuk menyampaikan pesanan si kecil.
“Farisha. Nak apa-apa ke?,”
Farisha mengukir senyum.
“Kak Tun buatkan nasi goreng cina
untuk Qayyum, ya?,”arahan diberikan sambil matanya turut meninjau beberapa
orang pekerjanya yang leka membuat kerja. Zaitun merangkap tukang masak kedua
di restoran itu mengangguk sambil terus bergerak mencapai bahan. Dia pula terus
ke ruangan menyediakan minuman. Tidak mahu menyusahkan pekerjanya yang sedang
membersihkan buah, dia menyediakan secawan milo suam sendiri.
“Zaki, buatkan saya fresh orange
satu?,”pintanya sambil memegang gelas berisi milo suam. Pekerjanya mengangguk
dan dia terus berlalu semua mendapatkan Qayyum.
“Milo suam untuk anak ibu,”
Qayyum tersengih.
“Terima kasih, ibu....,”
Farisha menjawab cuma dengan senyum
lebar sambil melabuhkan punggung di hadapan Qayyum.
“So, macam-mana sekolah hari ni?,”
“Best. Qayyum lumba lari. Dapat
nombor dua. Tapi, jatuh,”
“Jatuh? Sakit tak? Luka kat
mana-mana?,”laju dia bertanya sambil memerhati tubuh Qayyum.
“Budak lelaki mana boleh sakit,
ibu,”jawab Qayyum bersemangat.
Farisha menggeleng mendengar jawapan
itu.
“Hey... anak mama dah balik? Balik
je terus minta milo dengan ibu ya? Tak ingat nak jumpa mama?,”
Farisha senyum sambil Qayyum
tergelak mendengar sapaan Humaira bersama usapan di kepala Qayyum.
“Qayyum tidur rumah ibu malam ni,
boleh mama?,”
“Ibu nak balik Melaka lah,
sayang,”terang Humaira sambil menarik kerusi. Mengambil tempat di sisi Qayyum.
“Qayyum ikutlah,”
“Eh, mana boleh. Esok kan
sekolah,”Farisha mencelah.
Qayyum mengeluh kecil.
“Dah minum belum? Mama nak balik dah
ni,”
“Tunggulah. Qayyum nak makan nasi
goreng dulu.”
Humaira mengeluh sambil mengerling
ke arah Farisha. Farisha cuma tersenyum senang. Terubat hati melihat gelagat
Qayyum. Dia mampu tersenyum kerana Qayyum. Semangatnya menjadi kuat juga kerana
Qayyum.
“Dah call Rayyan?,”
Farisha mengangkat kening. Humaira
mengerling.
“Tak baik tau buat orang macam tu,”
Farisha diam. Dan terus diam.
Membuat Humaira juga tidak sampai hati untuk terus membuka mulut.
*****
6 comments:
Hati farisya dh t'ttup buat insan b'gelar lelaki d sbabkn p'khwinan dia y lalu..
tpi farisya kena la cr kebhgiaan y baru.,x smua llki cm exhusben ny tu...
ngn rayyan je la.. x pn ngn zaheem ;p
makin akk baca kisah nih...makin bartambah simpati kat farisya...setiap insan ALLAH telah catat kn bahgia nyer...so carik lh risya..biar pn sikit bahgia tuh demi hidup mu..hapus lh segala kepahitan di hati demi kebahgiaan yg ALLAH janji kn.pasti diri di berkati di dunia dn disana kelak.
akakkkkk, nak request..
boloeh x sambung or repost balik cerita yg die kwin dgn abg angkat/sepupu, then she left, something like that, dh x egt sgt jln cerita but that was the best cerita ever even i x smpat bc habis..huhu
thank u. love ur pieces.
Best nya cite ni hani....br bbrp bab dh buat xsabar nk bc ending.
Jasad je hidup tp jiwa dah mati Farisya ni... Trisya anak Farisya meninggal sbb apa ya, Hanni?..
Cerita kak hanni mesti sedih..huhuu..
Tapi saya suke...x sabar nak peluk buku nih
Post a Comment