“Boleh I tanya you sesuatu?,”
“Apa dia?,”
“Kenapa ada kesan lipstick kat frame gambar I?,”
Hilmi diam. Soalan Eliza langsung tidak dijawab. Cuma
tangannya perlahan mencapai bingkai gambar yang dimaksudkan. Memang sengaja
kesan itu terus disimpan. Cuma itu yang dia ada untuk dia kenang sehingga ke
akhir hayatnya......
******
“Apa kau buat kat sini?,”
“Nak temankan awak shopping. Kita kan nak tengok
baju pengantin,”ceria dia bersuara. Tersenyum lebar sambil mengangkat kening.
“Part mana yang kau tak faham ya? Aku tak nak kahwin
dengan kau. Kita tak akan kahwin. Jadi tak payah berangan nak cari baju
pengantin bagai,”
“Tapi...,”
“Tepi. Aku ada hal. Aku tak ada masa nak layan
benda-benda bodoh macam ni,”tubuh kecil itu ditolak kasar. Hampir terjatuh
kalau tidak ada dinding yang menghalang tubuh kecil Wina.
“Awak, nanti ibu tanya...,”
“Kau nak aku cakap bahasa apa? Kenapa orang dalam
rumah ni tiba-tiba jadi gila macam ni, hah? Aku tak nak kahwin dengan kau.
Faham?!,”
“Tapi, saya nak kahwin dengan awak,”
Wajah Hilmi berkerut seribu. Mahu dihamburkan lagi
segunung marah, namun rasanya itu cuma akan menambahkan lagi sakit di hati.
Sudahnya tangannya dilayangkan menyapu angin. Tanda membuang rasa geram yang
membukit.
“Stay away from me,”
Wina diam. Cuma terus tegak memandang wajah Hilmi
yang mencuka. Merenung kosong langkah Hilmi yang laju menuju ke arah kereta.
Sekejap sahaja, kereta itu sudah berdesup pergi meninggalkan dia kaku tidak
bereaksi. Hasratnya untuk bersama-sama memilih baju pengantin, nampaknya lebur
begitu sahaja.
“Wina? Mana Hilmi?,”
Dia menoleh. Tersenyum memandang wajah Ibu Kasih.
“Hilmi dah pergi ibu,”
“Dah tu kenapa tak bawa Wina sekali?,”
Wina cuma menggeleng.
“Hilmi marah Wina?,”
“Tak apa. Wina faham,”soalan Ibu Kasih dijawab
dengan senyuman.
Ibu Kasih mengeluh perlahan sambil memaut bahu Wina.
“Nanti ibu cakap dengan Hilmi. Sampai bila dia nak
marah-marah macam ni? Takkan sampai kahwin pun dia nak buat perangai macam
ni?,”
“Biarlah ibu. Jangan marah-marah dia. Kita dah
banyak mendesak Abang Hilmi, kan? Biarlah...,”
Ibu Kasih mengeluh panjang. Wajah Wina yang sedikit
kecewa itu dipandang hiba.
“Janganlah pandang Wina macam tu. Sedihlah ibu,”usik
Wina sambil tergelak. Ibu Kasih turut tergelak kecil.
“Tak apalah. Hilmi tak nak pergi, nanti ibu
temankan. Sama-sama cari baju pengantin untuk kamu berdua. Majlis lagi dua
bulan, InsyaALLAH sempat,”
Wina tersenyum.
“Jangan nanti pengantin lelaki lari dah la ya, ibu,”Wina
berjenaka sambil tertawa kecil.
“Ish... beranilah Hilmi buat macam tu. Ibu tahu
keras-keras hati Hilmi dia tak akan sanggup nak buat macam tu pada mak ayah
dia,”
Wina tersenyum lagi.
“Terima kasih ya, ibu. Ibu sudi terima Wina...,”
Ibu Kasih mengukir senyum. Perlahan mengusap wajah
gadis di hadapannya itu.
“Wina dah tinggal dengan kami dah lama. Ibu
sayangkan Wina. Ibu sanggup buat apa aje untuk Wina. Yang penting Wina bahagia.
Dan, ibu yakin, Wina boleh bahagiakan Hilmi juga nanti,”
Wina tersenyum lagi. Berharap perkahwinan dengan
Hilmi akan menjadi satu kenyataan.
*****
Betul kata Ibu Kasih. Walau
bagaimana marah sekali pun, Hilmi tidak akan ingkar pada permintaan
keluarganya. Dengan segunung kemarahan, dengan selautan rasa benci, akhirnya
hari ini dia selamat menjadi isteri kepada Hilmi. Dengan sekali lafaz, dia
menjadi milik Hilmi selama-lamanya. Itulah angannya dan hari ini angannya sudah
menjadi kenyataan. Perlahan dia mengukir senyum. Inilah yang dia inginkan. Cuma
ini. Bunyi daun pintu yang ditolak kasar, memaksa dia menoleh. Tubuh Hilmi
tercegat di pintu. Masih di dalam persalinan pengantin berwarna ungu. Dia
melemparkan senyuman. Hilmi menjeling tajam. Tengkolok di tangan kasar dilempat
ke katil.
“Puas hati kau?,”
Wina tersenyum kemudian mengangguk
laju.
“Awak?,”
Hilmi merengus geram. Sungguh dia
hairan dengan gadis tiada perasaan ini. Entah kenapa sungguh nekad gadis ini
mahu berkahwin dengannya, padahal Wina cukup tahu yang dia tidak pernah suka
padanya. Dia memang bencikan Wina saat pertama kali gadis ini muncul dan
meragut kasih-sayang ibu dan ayahnya. Dia terpaksa berkongsi segala-galanya
dengan Wina. Dia terpaksa mengalah demi Wina. Dan, hari ini, dia dipaksa
mengahwini Wina hanya kerana itu kemahuan Wina. Kedudukannya sebagai anak
benar-benar tersisih gara-gara Wina muncul di rumah ini.
“Aku akan balas dendam pada kau.
Ingat tu,”
Wina tersenyum kemudian mengangguk.
“Terima kasih ya, awak,”
Hilmi menoleh. Tajam merenung wajah
Wina yang anggun memakai kebaya ungu.
“Sindir aku ke?,”
“Terima kasih sebab tak lari hari
ni,”balas Wina sambil tersenyum.
“Memang aku ingat aku nak lari.
Tapi, bila fikir balik, kalau aku lari, macam-mana aku nak balas dendam pada
kau. Daripada mula-mula kau datang sini, kau dah buat hal dengan aku. Ibu
langsung tak menangkan aku sejak kau jadi anak angkat dia. Sampailah ke hari
ini, ibu tetap menangkan kau. Aku nak tengok sampai tahap mana kau boleh senyum
macam tu,”
“Tak baik cakap macam tu. Ibu
sayangkan awaklah. Abah pun sayangkan awak,”
“Tapi dia lebih sayangkan kau,
kan?,”
Wina tersenyum.
“Awak ni, macam budak-budak. Benda macam
tu pun nak cemburu,”bersama gelak kecil, Wina bersuara ceria. Perlahan dia
mengangkat punggung. Laju menuju ke arah almari. Sehelai tuala dikeluarkan.
Juga bersama sehelai T-shirt dan seluar untuk Hilmi.
“Hey! Jangan usik barang aku,”
Wina menoleh.
“Tak usik apa-apa pun. Awak mesti
nak mandi kan? Nak tukar baju. Takkan awak nak tidur pakai baju tu,”selamba
Wina bersuara sambil melangkah mendekati Hilmi. Tuala dan baju di tangan,
dihulurkan pada Hilmi bersama senyuman. Namun, tidak bersambut.
“Pertama, aku tak suka kau buat
barang-barang aku macam barang kau. Kedua, aku tak suka kau nak tunjuk lagak
seolah-olah kau berhak untuk segala-galanya dalam rumah ni,”
“Awak... pertama, saya tak perlu
buat barang-barang awak jadi barang-barang saya, sebab saya dan ada barang saya
sendiri. Kedua... saya tak pernah tunjuk lagak pun dalam rumah ni,”
Hilmi merengus marah.
“Esok kita pindah. Kau duduk rumah
aku...,”
“Honeymoon kita?,”
Hilmi mercerlung tajam.
“Go.. to... hell...,”geram dia
berbisik di telinga Wina.
Wina menjongket bahu. Namun tetap
dia tersenyum. Terasa? Memang dia tersentuh dengan bahasa sekasar itu. Tetapi
dia bersedia. Dia sudah nekad untuk terima segalanya, asalkan dia dapat menjadi
isteri lelaki itu.
*****
“Kau ke mana?,”
Suara yang tiba-tiba muncul di
belakangnya itu membuat dia terkejut besar. Perlahan dia mengurut dada.
“Terkejut saya,”
Hilmi sudah berpeluk tubuh merenungnya.
“Saya keluar sekejap,”
“Sekejap? Aku balik pukul dua dan
sekarang dah pukul lima petang. Sekejap?,”
Wina menelan liur. Garang benar
wajah Hilmi petang ini.
“Awak tak cakap awak nak balik
tengahari,”
“Kalau aku cakap, mesti aku tak akan
tahu isteri mithali pilihan ibu aku ni, bijak menipu suami. Keluar rumah
senyap-senyap. Kau dari mana?,”
“Jalan-jalan. Bosan duduk
rumah,”laju Wina bersuara. Bulat mata menanggapi kemarahan Hilmi.
“Bosan?,”
Wina mengangguk.
“Awak pun tak pernah ada kat rumah.
Balik pun lambat selalu. Jadi, tak salah kalau saya keluar jalan-jalan. Lagipun
saya bukan ke mana pun. Saya balik rumah ibu aje,”
“Aku keluar ikut pintu depan, kau
keluar ikut pintu belakang?,”
“Tak. Pintu belakang masuk
longkanglah. Mestilah saya keluar ikut pintu depan,”balas Wina tersenyum lebar.
“Okay... tak kelakar...,”akhirnya
dia bersuara apabila wajah Hilmi kekal tegang. Senyum lebar juga turut mati
perlahan-lahan.
“Saya minta maaf, okay. Lain kali
saya inform dulu sebelum saya pergi mana-mana. Awak tak pernah ambil tahu, jadi
saya ingat awak tak kisah. Saya minta maaf, ya,”lembut Wina bersuara sambil
menyentuh jemari Hilmi. Spontan Hilmi merentap jemarinya. Merengus sambil
bergerak menjauh. Wina tersenyum tawar.
“Awak dah makan ke belum?,”
“Kau ada masak ke?,”
“Tak ada,”
“Tak ada, maknanya aku tak
makanlah...,”
“Dari tengahari tadi?,”
Hilmi diam. Mengerling wajah Wina
yang bagai tidak mempunyai perasaan marah atau sedih langsung. Seteruk mana pun
layanannya, sekeras mana pun suaranya, wajah Wina tetap penuh dengan senyuman.
Membuat dia pelik benar.
“Saya masak kejap ya. Tapi, yang
simple aje ya?,”
“Tak payah...,”
“Kata belum makan...,”
“Aku nak makan kat luar...,”sebaik
putus kata-kata itu, pantas jari Hilmi mencapai kunci kereta yang tersangkut di
dinding.
“Tolong ya. Kalau nak keluar,
beritahu aku dulu. Aku tak nak jadi orang bodoh bila ibu tanya kau ke mana, aku
tak ada jawapan. Kau bukan pergi rumah ibu kan?,”
Wina terdiam.
“Jangan sampai aku tangkap kau
keluar dengan jantan lain, sudah...,”
Wina terkesima. Kelu bibirnya tidak
mampu menjawab. Hilmi sudah berlalu meninggalkan dia masih terkebil-kebil.
Perlahan dia melabuhkan punggung ke sofa. Memang silapnya. Nafas dihela
lambat-lambat. Ruangan besar itu kembali sepi. Makin lama, makin sepi. Makin
lama, makin terasing.
“Wina sekarang macam-mana? Hilmi macam-mana?,”
“Macam biasa, ibu,”
“Kalau macam biasa, maknanya
hubungan kamu berdua masih tak baiklah?,”
“Mungkin lebih baik begitu ibu...,”
“Wina...,’
“Ibu....,”ucapnya meleret bersama
senyum manis. Senyum memujuk.
Sekuntum senyum hambar terukir pada
ulas bibirnya. Teringatkan perbualan dengan Ibu Kasih beberapa hari lalu saat
dia singgah mencari teman bicara di rumah mertuanya. Memang dia boleh mati
kebosanan andai terus sendirian di rumah ini. Perlahan dia mengeluh. Memandang
sekeliling sambil mengangkat punggung. Mata dipejam serapat mungkin. Mahu
menjemput bayangan Hilmi datang menemani.
“Saya rindu awak, Hilmi... Saya tahu
awak tak pernah suka pada saya, tapi, saya cintakan awak,”ucapnya perlahan.
Perlahan juga melangkah menuju ke arah meja konsil di sudut dinding. Sebuah
bingkai gambar dicapai. Menatap puas-puas wajah suaminya. Perlahan dia mengusap
wajah yang kaku itu.
“Andai sekali awak sudi senyum pada
saya macam ni.... Cuma sekali...Cuma sebentar... sayalah manusia paling
bahagia,”bisiknya perlahan pada wajah yang riang tersenyum itu.
Air mata menitis tanpa sedarnya.
Perlahan dia tergelak sambil menyeka pipi yang basah.
“I love you...,”ucapan itu diberi
bersama satu ciuman lembut yang agak lama pada bingkai gambar yang tidak
bernyawa. Perlahan diletakkan semula.
*****
“Mana Wina?,”
“Entah. Saya baru balik,”mudah
jawapan yang tersusun di bibir Hilmi. Jawapan yang membuat Ibu Kasih lelah
memikirkan masa depan hubungan anak menantunya itu.
“Kamu ni... lalai betul jaga isteri.
Kena ambil tahulah. Jadi apa-apa pada dia, baru kamu nak menyesal?,”
Hilmi mengeluh panjang.
“Ibu datang ni, nak buat spot check
ke? Nak tengok saya dengan Wina?,”
Ibu Kasih mengeluh perlahan.
Pandangannya jatuh pada wajah Hilmi yang langsung tiada manis.
“Salah ke keputusan ibu bila ibu
paksa Hilmi kahwin dengan Wina?,”lembut dia mengajukan soalan. Sudah tiga bulan
berlalu dan dia yakin, hubungan Hilmi dan Wina masih tetap tidak berubah.
“Tak perlu tanya soalan yang tak
boleh nak ubah dah, ibu. Ini yang ibu nak, kan? Ini yang semua orang nak. So,
enjoylah dengan keputusan ni. Buat apa nak tanya salah tak salah lagi?,”
“Wina macam-mana?,”
Hilmi mengeluh panjang.
“Kalau ibu nak tanya pasal dia,
tunggu dia balik. Jangan tanya saya...,”
“Tak baik buat Wina macam tu. Dia
kan dah jadi isteri Hilmi,”
“Dia mengadu apa dengan ibu? Apa
lagi yang saya nak kena buat, semata-mata nak gembirakan hati anak angkat ibu
tu? Tak cukup lagi ke, dia suruh ibu paksa saya jadi suami dia?,”
“Wina sayangkan kamu, Hilmi. Dia
cintakan kamu. Takkan kamu tak boleh pertimbangkan perasaan dia?,’
Hilmi tergelak sinis.
“Saya kena pertimbangkan semua hal
demi Wina kan? Semasa kecil, saya kena beri semua mainan saya pada dia, sebab
tak nak dia menangis. Saya kena pergi sekolah yang sama dengan dia, sebab dia
nak saya jaga dia. Saya terpaksa lupakan cita-cita saya nak sambung belajar kat
UK sebab saya kena temankan dia belajar kat university. Nak jaga dia konon!
And, now... saya kena kahwin dengan dia, sebab dia cakap dia sayangkan saya.
Saya ni siapa, ibu? Sanggup ibu buat anak ibu macam ni, semata-mata sebab anak
angkat kesayangan ibu tu?,”
“Hilmi...,”
“Sudahlah ibu. Tak guna kita cakap
pasal benda ni lagi. Ibu nak saya buat apa pula sekarang? Just tell me. Untuk
anak angkat ibu tu, memang saya wajib buat. Kan?,”
“Awak!,”
Agak lantang suara itu memecah
suasana. Dia berpaling. Wina tercegat di ambang pintu. Baru pulang barangkali.
“Tak baik awak cakap ibu macam tu.
Kalau awak geram dengan saya, awak marahlah saya. Awak jangan marah ibu,”
Buntang mata Hilmi menatap wajah
Wina yang Nampak emosi buat kali pertama. Jelas wajah gadis itu memerah menahan
marah.
“Ibu sayangkan awak. Awak anak ibu.
Saya cuma menumpang kasih ibu dan abah awak aje. Awak janganlan marah dia orang
macam ni. Tak baik tahu tak?,”
“Sudah... sudah... jangan nak
bergaduh sebab ibu pula. Hilmi, mungkin ibu khilaf. Ibu tak sedar selama ini,
ibu dah abaikan perasaan kamu. Ibu minta maaf...,”
“Ibu... mana boleh macam tu. Ibu tak
pernah ada buat salah pada Abang Hilmi. Awak... janganlah buat ibu macam ni.
Kasihan ibu...,”
Hilmi merengus perlahan. Sekilas dia
mengerling ke arah wajah ibunya yang keruh. Mungkin dia silap. Dia terlalu
emosi sehingga tanpa sedar, barangkali dia telah membuat hati ibu itu terluka.
“I’m sorry, ibu. Saya tak patut
cakap macam tu,”akhirnya lemah dia bersuara memohon maaf.
“Ibu faham. Kamu marah. Tapi,
tolonglah. Terima semua ni dengan lapang dada. Anggap Wina memang jodoh kamu.
Jangan sia-siakan dia...,”
Hilmi diam seribu bahasa. Wajah Wina
yang masam mencuka dipandang sekilas. Buat kali pertama Wina menarik muka
dengannya. Itu pun sebab gadis itu tidak berpuas hati dengan layanannya pada
ibu sendiri.
“Ibu datang sini, nak jumpa Wina
ke?,”
Hilmi memandang. Suara itu sudah
bertukar lunak. Wajah ibunya juga sudah terhias senyum lebar.
“Yalah. Nak jumpa dengan menantu ibu
lah. Tapi, mana tahu kena marah dengan anak sendiri pula,”
“Ibu... kan saya dah minta maaf.
Saya emosi. Saya minta maaf, okay...,”laju Hilmi menyampuk. Tidak sedap hati
andai ada rajuk terus bertenggek di hati ibunya.
Ibu Kasih tersenyum.
“Kalau nak ibu maafkan, kamu berdua
pergi honeymoon,”
Hilmi membuang pandang. Wina
tersenyum sambil melabuhkan punggung di sisi Ibu Kasih. Menyampah melihat
situasi itu, Hilmi terus membawa langkah menuju ke bilik.
******
Dia tahu dia sudah melangkau
peraturan yang dibuat. Tetapi, hatinya memberontak mahu masuk ke ruangan
larangan ini. Hilmi ke pejabat. Tidak mungkin lelaki itu akan tahu dia masuk ke
bilik ini. Bilik tidur Hilmi. Satu persatu hiasan di dalam bilik itu disentuh.
Kemas dan tersusun. Matanya terpaku pada sebuah bingkai gambar. Gambar seorang
gadis manis amat menarik perhatiannya. Segera bingkai itu dicapai. Lama
direnung. Kemudian perlahan dia mengeluh. Mungkin gadis ini kekasih hati Hilmi.
Cantik.
“Patutlah sebelah mata pun awak tak
sudi pandang saya...,”ucapnya bersama senyum hambar. Tanpa sedar ada rasa ngilu
yang perlahan-lahan meratah hatinya. Dia sangat yakin, sampai ke akhirnya,
Hilmi tidak akan menjadi miliknya. Walau sebentar cuma... Hilmi tetap tidak
akan menjadi miliknya.
“Wina... kau tak boleh tamak. Kau
cakap kau cuma nak jadi milik dia... kau tak ada hak nak halang keinginan
dia...,”dia berbisik perlahan. Memujuk hati agar tidak terlalu hiba.
“Apa kau buat di sini?,”
Wina tersentak. Spontan bingkai
gambar jatuh ke lantai. Berderai pecah. Kelam kabut dia membongkok. Mencapai
bingkai gambar yang sudah pecah.
“Awak...,”
“Aku tanya kau buat apa kat sini?,”
“I am sorry. Saya tahu saya
salah...,”terketar suara yang meniti di bibirnya. Terketar juga jemarinya
mengutip kaca yang bersepah di lantai.
“Get out!,”
“Saya kemas kaca ni dulu,”
“I said... get out!,”
Wina tersentak. Laju air mata gugur
menanggapi kemarahan itu. Bingkai gambar diletakkan di atas lantai dan laju dia
berlari keluar. Membawa tangisnya hingga ke bilik. Entah kenapa, tiba-tiba dia
berasa terhina apabila Hilmi tega menghalaunya sampai begitu sekali.
......
Bersama amarah yang tidak terkawal,
dia menghempas pintu bilik. Cukup geram apabila Wina sewenang-wenangnya
melangkah masuk ke biliknya. Bingkai gambar yang telah pecah terletak di
lantai. Segera dia tunduk. Mengutip kaca-kaca dengan hati berdongkol rasa
marah. Wina memang sentiasa melampaui batas. Dengan perasaan marah, kaca
dikutip sesedap rasa.
“Auuchh...,”pantas jari ditarik.
Berdarah.
Sekali lagi dia merengus marah.
Jarinya terluka terhiris dek kaca. Bersama bingkai gambar di tangan, dia
melangkah keluar. Mahu mencari First Aid. Sebelum melangkah menuju ke tangga
sempat dia berdiri di hadapan bilik Wina. Dia tahu Wina menangis. Kali ini,
gadis itu nampak benar-benar terpukul. Seketika kaku di hadapan pintu bilik
Wina, langkahnya dibawa ke tingkat bawah. Mencari kotak first aid. Luka di
tangan dicuci sambil matanya liar mencari kotak First Aid. Tiada.
“Wina!,”
Sepi.
“Wina!,”sekali lagi dia memanggil.
Kali ini dengan suara yang lebih tinggi. Tidak lama, dia melihat Wina sudah
menjengah di tangga.
“Kotak first aid mana?,”
Laju Wina melangkah menuruni anak
tangga.
“Awak kenapa? Tangan awak kenapa?,”
“Kotak first aid mana? Benda penting
macam tu, tolong letak kat tempat orang senang nampak,”
Wina bergerak menuju ke arah kabinet
dapur. Kotak kecil berwarna putih dikeluarkan.
“Kena kaca ke?,”
Hilmi diam. Cuba tangannya cuba
membuka kotak. Tidak berjaya. Tanpa disuruh Wina menghulurkan bantuan. Kotak
dibuka.
“Mari saya buat...,”
“Tak apa,”bantah Hilmi sambil
menolak tangan Wina. Wina diam. Terus memandang Hilmi yang terkial-kial cuba
membuka botol ubat luka dan plaster.
“Tak salah saya tolong kalau memang
awak tak boleh buat,”akhirnya Wina bersuara sambil mencapai botol di tangan
Hilmi. Hilmi cuma memandang. Jelas mata Wina merah. Pasti baru lepas menangis.
Tanpa sebarang suara, Wina mencuci luka kecil di jari Hilmi dan kemudian
dibalut dengan plaster.
“Okay. Dah siap...,”
Hilmi diam. Wajah Wina berkerut
perlahan.
“Saya naik dulu...,”
“Kau kenapa?,”
Wina menggeleng. Laju dia mengangkat
punggung meninggalkan Hilmi yang masih termangu. Bingkai gambar pecah di
sisinya dipandang sekilas. Melirik pada senyum manis Eliza. Gadis yang terpaksa
dia kecewakan demi permintaan ibunya. Kemudian, dia memandang pula pada jarinya
yang sudah elok bertampal.
Perlahan dia bergerak ke arah meja
konsul. Mahu mengambil bingkai gambar yang terisi gambarnya untuk menggantu
bingkai yang telah pecah dan sedikit patah. Dia terpaku seketika. Ada kesan liptik
pada kaca bingkai gambarnya. Ada satu ciuman di situ. Spontan dia teringat pada
Wina dan tiba-tiba ada getar halus di dadanya. Perlahan dia menyentuh kesan
bibir yang melekat di situ.
‘Wina sayangkan kamu, Hilmi. Dia
cintakan kamu....’
Tiba-tiba kata-kata ibunya singgah
di minda. Entah kenapa hatinya tiba-tiba terharu melihat kesan ciuman itu. Dia yakin
kesan itu milik Wina.
******
Hari ini, wajah itu sudah kembali
ceria. Tiada lagi mata yang membengkak.
“Betul awak nak sarapan ni?,”
“Kenapa? Pelik ke?,”
Laju Wina menggeleng.
“Taklah. Cuma macam tak percaya.
Saya cuma buat nasi goreng je ni. Boleh ke?,”
Hilmi diam tidak menjawab. Cuma
tanpa disuruh dia melabuhkan punggung di kerusi. Melihat nasi goreng yang
kelihatan sedap.
Wina tersenyum lebar. Pantas nasi
goring disendukan ke dalam piring.
“Nak telur? Saya gorengkan?,”
Hilmi menggeleng.
Wina mengangguk. Senang melihat
Hilmi mula menyuap nasi goreng ke mulut. Milo panas dituang ke dalam cawan
kemudian diletakkan di sebelah Hilmi.
“Sedap?,”soalnya dengan pandangan
yang bersinar-sinar. Hilmi membalas renungan itu.
“Okaylah...,”
Wina tersenyum lagi.
“Pasal semalam... saya minta maaf
ya. Tak pasal-pasal jari awak luka. Saya janji lepas ni saya tak masuk bilik
awak,”
“Kenapa kau masuk bilik aku?,”
Wina menggeleng perlahan.
“Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa.
Tapi, boleh saya tanya?,”
“Ya... perempuan tu memang kekasih
aku...,”laju Hilmi menjawab sebelum sempat Wina bertanya. Perlahan Wina menelan
liur.
“Awak dengan dia?,”
“Putus! Sebab kau...,”
Wina menahan nafas.
“Aku tak mahu cakap pasal tu,”
“Tapi, saya nak cakap...,”
Hilmi mengangkat muka. Suapannya
terhenti. Piring nasi goreng ditolak ke tepi.
“Kalau awak sayangkan dia, saya tak
kisah awak teruskan hubungan dengan dia,”
“Jangan nak tunjuk baik...,”
“Saya serius,”
Hilmi terdiam. Dia memandang wajah
Wina. Wajah itu memang nampak serius.
“Kau ingat kau siapa nak tentukan
hidup aku?,”
“Saya pencuri kebahagian awak. Jadi
saya patut pulangkan...,”
“Nonsense...,”kerusi ditolak ke
belakang. Segera dia bangun. Wina turut mengangkat punggung.
“Saya serius. Kalau awak nak kahwin
dengan dia, saya sanggup aturkan...,”
Hilmi terus berlalu tanpa bersuara.
Wina diam memerhati Hilmi yang terus membeku. Bersiap untuk ke pejabat
seolah-olah dia tiada di ruangan itu. Hatinya pilu. Namun, bibirnya tersenyum
nipis.
*****
“Dia baik?,”
Hilmi terus membelek majalah di tangan.
Soalan Wina dibiarkan sepi. Sangkanya cadangan di meja makan pagi tadi sudah
berakhir tetapi nampaknya Wina bersungguh-sungguh mahu tahu tentang Eliza.
“Dia baik tak pada awak?,”
“Kau ni, apa masalahnya? Boleh tak
duduk diam-diam? Aku nak baca majalah ni,”
“Kalau dia baik pada awak... kalau
awak pun sayangkan dia, awak kahwinlah dengan dia. Saya tak kisah,”
“Tolong jangan buat drama kat sini,
boleh tak?,”
Wina diam. Tanpa sedar, dia beralih
tempat duduk. Bergerak dekat dengan Hilmi.
“Awak sayang dia?,”
“Ya. Aku sayang dia. Kau ni
kenapa?,”
“Kalau macam tu, sambung semula
hubungan awak dengan dia,”
“Kau macam-mana?,”
Wina tersenyum.
“Saya dah dapat apa yang saya nak,”
Hilmi diam. Dia berpaling menatap
wajah Wina yang tersenyum.
“Apa yang kau nak?,”
“Kahwin dengan awak,”
“Penting ke kahwin dengan aku?,”
Wina mengangguk.
“Saya nak jadi isteri awak. Walau
sebentar cuma... saya tetap nak jadi isteri awak. Dan, impian tu dah tercapai.
Kan?,”
“Kau tak kisah bermadu?,”
Wina tersenyum.
“Kau tak marah kalau aku terus
abaikan kau sebab aku dah kahwin dengan perempuan yang aku cinta?,”
“Saya tahu awak akan bahagia, itu
cukup untuk bahagiakan saya nanti,”
“Untuk apa kau bersusah payah kahwin
dengan aku, kalau senang-senang kau nak lepaskan aku pada orang lain?,”
“Kekasih awak, bukan orang lain...,”
Hilmi diam. Malam ini dia berbual
panjang dengan Wina. Kali pertama rasanya dia berbual sebanyak ini dengan gadis
bernama Wina ini. Dan, dia semakin sedar. Gadis ini memang pelik.
“Awak... saya nak minta maaf dengan
awak,”
“Minta maaf kenapa?,”
“Sebab saya curi perhatian ibu dan
abah selama ini. Sumpah saya tak pernah bermaksud macam tu. Sebab saya selalu
buat awak terpaksa lupakan impian awak. Saya selfish... sebab saya memang nak
awak selalu ada dengan saya. Memang saya pujuk ibu. Pujuk ibu supaya tak
benarkan awak belajar sampai ke UK. Saya buat macam tu sebab saya tak nak
berpisah dengan awak. Saya juga pujuk ibu supaya kahwinkan awak dengan saya.
Sebab... saya nak merasa menjadi isteri awak. Maafkan saya ya...,”
“Apa kau dapat bila jadi isteri aku?
Kau bahagia ke?,”
“Bahagia...,”laju Wina menjawab
bersama senyum yang kelihatan cukup tulus di mata Hilmi. Hilmi tergelak kecil.
Membuat Wina terkesima seketika. Akhirnya lelaki itu sudi berkongsi tawa
dengannya.
“Terima kasih...,”
Hilmi terkedu. Aneh gadis ini.
“Kenapa pula?,”
“First time awak gelak dengan
saya...,”
“So?,”
“Saya boleh mati dengan amanlah
kalau macam ni,”Wina bersuara sambil tergelak. Hilmi mengerutkan kening.
“Macam tu sekali ke?,”
Wina tergelak kecil. Hilmi
tersenyum. Entah kenapa, dia mula berasa senang dengan gadis ini.
*****
Dia menghela nafas yang cukup
panjang. Entah kenapa, apabila Wina meminta dia untuk pulang awal, dia seperti
tidak sabar untuk sampai di rumah. Ada makan malam istimewa kata Wina. Dan, dia
begitu teruja untuk mengetahui apakah yang begitu istimewa. Sejak perbualan
panjang antara dia dan Wina tiga hari lepas, dia memang mahu memperbaiki
hubungan mereka. Dia mahu belajar menerima kehadiran Wina sebagai suri hatinya.
Tetapi, dalam tiga hari ini, dia langsung tidak berkesempatan menatap wajah
Wina. Mahu mencari wajah itu, dia tidak mahu egonya tertunduk. Biarlah Wina yang muncul di hadapannya. Dia
tidak akan mencari gadis itu.
Daripada tersandar di sofa, dia
bangkit. Mahu menjengah hidangan makan malam yang telah Wina sediakan. Nampak
penuh di meja. Cuma bayang Wina yang tidak kelihatan.
“Hilmi...,”
Jantungnya bagai berhenti berdegup. Suara
itu! Perlahan dia menoleh. Seraut wajah tenang berdiri di belakangnya.
“You!,”cuma itu yang terluah di
bibir.
Lama suasana menjadi hening. Waktu
seakan terhenti.
“What are you doing here?,”setelah
yakin susuk yang berdiri di hadapannya itu adalah Eliza, soalan itu
lambat-lambat meniti di bibirnya.
Eliza diam tanpa suara. Cuma
tangannya menghulur sekeping kertas. Pantas Hilmi mencapai. Entah apa onat Wina
kali ini.
[
Enjoy your dinner ya. Jangan tanya macam-mana saya dapat cari Eliza. Saya
curi-curi cari
no telefon Eliza kat phone awak. Saya
kembalikan cinta awak pada awak. Saya bawa pergi cinta saya bersama saya.
Maaf
kalau ada kesilapan yang dah saya lakukan. Saya cuma mahukan cinta awak. Walau
sebentar, saya sangka saya mampu memilikinya. Tapi saya silap. Cinta awak untuk
Eliza. Bukan untuk saya. ]
Hilmi menahan nafas. Mula geram
dengan permainan yang diatur oleh Wina.
“Mana wife I?,”
Eliza menggeleng.
“I dapat call. Dia suruh I ke sini.
Ada surat untuk I and surat tu untuk you...,”
Hilmi meraup wajah.
“I don’t understand her...,”
“Apa yang berlaku ni?,”
“I tak tahu Eliz. I tak tahu apa ada
dalam kepala dia. I am sorry. I kena cari wife I,”
“Okay...,”
Dalam resah Hilmi memandang wajah
Eliza yang jelas tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku. Tidak tahu
kenapa, kemunculan Eliza gagal membuang rasa penasarannya menghadapi ketiadaan
Wina. Sangkanya makan malam ini cuma di antara dia dan Wina. Kemunculan Eliza
langsung tidak pernah terfikir dek akalnya.
“You settle masalah you. I balik
dulu?,”
“I am so sorry, Eliz,”
Eliza tersenyum hambar.
“It’s okay. Mungkin wife you salah
faham. Sebab tu dia buat macam ni,”
Hilmi mengangguk perlahan. Eliza
berlalu. Dan, mala mini tiada makan malam seperti yang dia dambakan. Juga tiada
wajah Wina yang sentiasa tersenyum.Sebaik Eliza hilang dari pandangan, laju dia
meniti anak tangga menuju ke bili Wina. Bilik itu kosong. Tiada apa-apa yang
tinggal. Tangan segera mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar. Mahu
menghubungi ibunya.
*****
“Kita beritahu Hilmi ya?,”
Wina tersenyum. Perlahan dia
menggeleng.
“Tak mahu ibu. Abang Hilmi tak boleh
tengok Wina macam ni. Tak apalah. Tak susah pun. Sebab Abang Hilmi tak pernah
sukakan Wina. Mesti tak susah Abang Hilmi nak lupakan Wina. Lagipun, sekarang
dia dah ada Eliza. Wina yakin, Eliza dapat bahagiakan Abang Hilmi,”
“Ibu tak sanggup tengok Wina macam
ni. Wina mesti nak Hilmi ada di sisi kan?,”
Wina menggeleng lagi. Sungguh dia
tidak mahu Hilmi melihat dia di dalam kesakitan ini. Dia sudah tidak berdaya
berpura-pura, jadi dia terpaksa berlalu dari hidup Hilmi.
“Ingatkan dapat hidup lama sikit
lagi dengan Abang Hilmi. Tapi, rasa macam dah tak berdaya lagi dah. Ibu jaga
Abang Hilmi untuk Wina ya...,”
Menitis air mata Ibu Kasih. Jemari
dingin itu dibawa ke bibir.
“Anak ibu kuat. Anak ibu boleh lalui
semua ni...,”
Wina tersenyum.
“Semua Wina dah lalui ibu.
Permintaan terakhir Wina pun, ibu dah tunaikan. Wina dah bersedia. Wina boleh
pergi sebagai isteri Abang Hilmi...Itu dah cukup buat Wina bahagia,”
“Sebab Wina isteri Hilmi... Wina
kena kuat,”
“Wina kuat, ibu. Tapi, kanser ni
lagi kuat,”Wina bersenda bersama senyum tawar. Senyum yang mengundang air mata
tidak bertepi di bibir mata Ibu Kasih.
“Abah...,”pandangannya beralih ke
wajah Abah Harun yang tunduk menekan kelopak mata dengan ibu jari.
“Janji dengan Wina ya. Jangan
beritahu Abang Hilmi, Wina ada kat sini. Wina tak nak Abang Hilmi tengok Wina
nak mati,”
“Banyak kali Hilmi call malam tadi.
Dia cari Wina. Tak baik buat dia macam tu,”
Wina menggeleng lagi.
“Wina tak nak tengok Abang Hilmi
sedih. Biar dia marah. Biar dia benci. Tapi, Wina tak nak dia sedih...,”
“Dia suami Wina...,”
Wina diam. Terus terbaring sambil menatap
kosong siling hospital. Dia nekad dengan keputusannya. Andai sudah tiba masanya
untuk dia pergi, dia tidak mahu melihat air mata Hilmi mengiringi pemergiannya.
Biarlah dalam diam dia pergi. Dia tidak
akan menyusahkan Hilmi lagi. Sejak kecil lelaki itu terbeban disebabkan dia. Kali
ini, biarlah dia pergi tanpa menyusahkan lelaki itu.
“Nanti ibu jodohkan Abang Hilmi
dengan Eliza ya. Wina yakin itu pilihan terbaik Abang Helmi,”
“Jangan cakap macam tu. Jangan cakap
yang bukan-bukan. Kita ikut cakap doctor. Kita buat rawatan. Dulu Wina cakap
Wina nak kahwin dengan Hilmi sebab tu Wina tak nak ambil rawatan. Sekarang ni,
Wina dah kahwin dengan Hilmi kan? Kita buat rawatan ya?,”
Wina tersenyum tawar. Itu alasannya
satu ketika dulu. Kenyataannya dia sudah berputus-asa dengan kondisi dirinya
sendiri.
“Semua tu, sia-sia, ibu... Dah
terlambat...,”
Ibu Kasih menahan rasa. Mati akal
dengan kedegilan Wina. Dia mendongak. Memandang wajah suaminya dengan perasaan
hiba. Dia tidak kuat untuk menghadapi kehilangan ini.
*****
7 April
[Alhamdulillah. Dah selamat jadi
isteri Hilmi. Aku tahu dia tak suka. Aku tahu hatinya penuh rasa marah. Tapi,
aku redha. Sebab aku yakin, inilah yang aku mahu]
Tarikh perkahwinannya. Laju dia membelek lagi dairi
yang mungkin tertinggal itu. Setelah dia pecahkan laci yang berkunci, dairi ini
yang dia jumpa. Luahan rasa Wina. Begitu banyak luahan hiba Wina di dada dairi
itu. Luahan yang turut membuat dia sama-sama berasa pilu. Betapa dia tidak tahu
senyuman Wina cumalah perisai untuk gadis itu menutup segala kesedihannya.
8 Ogos
[ tak tahulah. Rasanya makin lemah
badan ni. Aku harap aku boleh habiskan lebih banyak masa dengan Hilmi. Baru saja
aku dapat kongsi tawa dengannya. Rasanya aku dah tak kuat. Mungkin sudah tiba
masanya aku kembalikan Hilmi pada kebahagiaan yang dia cari... yang pasti,
kebahagiaan dia bukan denganku...]
Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Apa maksud
kata-kata ini? Masa apa yang sudah tiba? Dia resah tiba-tiba. Adakah Wina merahsiakan
sesuatu darinya?
10 Ogos
[Aku tak pasti. Tapi, aku harap
sangat agar keputusan ini adalah yang paling tepat. Aku cuba cari no telefon
Eliza. Dan aku berjaya. Akan aku aturkan satu makan malam istimewa buat
pasangan ini. Harap-harap aku dapat kembalikan ceria dalam hidup Hilmi. Terlalu
banyak aku susahkan Hilmi selama ini. Harap, apa yang aku lakukan ini dapat
tebus segala keterlanjuranku selama ini. Aku benar-benar harap Hilmi akan
bahagia dan aku dapat pergi mengadapNya dengan tenang]
Dairi dicampak ke katil. Jantung seakan berhenti
berdegup. Dia tidak bersedia untuk melalui saat-saat begini. Telefon dicapai
lagi. Sekali lagi dia mencari nombor telefon bapanya.
“Abah!,”sapanya sebaik sahaja panggilan dibuat.
“Kenapa dengan Wina abah? Saya tahu Wina rahsiakan
sesuatu dari saya. Please abah. Jangan buat saya macam ni. Tolonglah beritahu
saya, Wina di mana?,”
“Hilmi...Wina kat hospital,”
Dia melorot ke lantai. Bagaimana gadis yang sentiasa
tenang dan ceria itu boleh berada di hospital?
“Tapi, kenapa?,”
“Kamu datanglah. Wina tak bagi beritahu kamu,
tapi... abah tak sampai hati,”
Hilmi terdiam. Telefon terlepas daripada pegangan. Dugaan
apakah ini? Setelah hatinya mula terpaut sayang, kenapa harus begini jadinya?
“Wina... kenapa macam ni?,”
Dia berteleku. Bibir mata mula basah dan ada tangis
yang panjang di situ.
*****
“Wina buka mata. Jangan buat macam
ni...,”separuh meraung dia bersuara. Wajah itu telah kaku sebaik dia tiba di
ruangan ini. Kenapa begini akhirnya.
“Ibu...abah... kenapa jadi macam ni?
Kenapa bila saya dah sayang... dia tinggalkan saya?,”air mata laju di pipi.
“Sabar nak. Jangan macam ni. Tak baik,”
Hilmi menggeleng perlahan. Tidak. Wina
tidak boleh tinggalkan dia sendirian.
“Dia tak boleh tinggalkan saya macam
ni. Saya dah sayangkan dia. Saya nak hidup dengan dia. Dia tak boleh tinggalkan
saya macam ni.... tak boleh....,”dia merintih pilu.
Erat Ibu Kasih memeluk tubuh Hilmi
yang sudah jatuh ke lantai.
“Sampai hati dia. Langsung dia tak
tunggu saya sampai...,”
“Hilmi... bawa mengucap,”
Hilmi mendongak.
“Dia marahkan saya ya abah? Dia dah
bencikan saya? Sebab tu dia tak nak tunggu saya?,”
“Tak sayang. Wina tak pernah
bencikan kamu. Dia hidup cuma untuk kamu. Sudah tersurat begini, kita kena
redha, nak,”laju Ibu Kasih memujuk.
“Saya tak nak terima suratan macam
ni. Saya nak Wina ada dengan saya. Senyum pada saya. Bercerita pada saya. Saya tak
nak Wina diam macam ni...,”
“Istighfar Hilmi. Kesian Wina kamu
buat dia macam ni...,”
Hilmi diam. Cuma tubuhnya bergerak
bersama esakan yang tidak surut. Sekali lagi wajah tenang yang pucat itu
dipandang. Membuat air mata gugur lagi. Bertalu-talu dia cium wajah yang dingin
itu.
“Sudah-sudahlah tu Hilmi...,”
Hilmi terus melayan tangisnya. Tubuh
kaku itu dipeluk erat. Segunung angan-angan telah dia karang di hati. Namun,
sekelip mata, segalanya direntap pergi.
*****
Air mata dikesat perlahan. Air mawar
disiram perlahan. Pusara ini telah memisahkan dia dan seorang gadis yang baru dia
rasa hebat cintanya.
“Hilmi, kita balik...,”
Hilmi menggeleng.
“Abah balik dulu. Saya nak duduk di
sini sekejap lagi,”
“Jangan lama-lama,”
Hilmi diam. Suasana sudah mula sepi.
Yang tinggal Cuma dia sendirian di pusara yang masih merah tanahnya ini. Perlahan
saku baju melayunya diseluk. Ada surat untuknya. Surat yang masih belum dia
baca. Perlahan juga dia buka. Surat terakhir daripada Wina.
Awak,
Kalau surat ni sampai ke tangan
awak, itu bermakna saya dah jauh tinggalkan awak. Maafkan saya sebab rahsian
pemergian saya. Ada dua sebab kenapa saya rahsiakan. Saya tak sanggup nak
tengok awak menangis. Saya tak mahu awak menangis di hadapan saya. Dan, kalau
awak langsung tak bersedih, saya juga tak sanggup melihat awak iringi pemergian
saya dengan wajah yang penuh dendam.
Awak,
Terima kasih sebab sudi tunaikan
permintaan terakhir saya. Saya ingin pergi sebagai isteri awak dan hasrat tu
dah tercapai. Jangan marah ibu, jangan marah abah lagi. Saya sudah tak ada. Ibu
dan abah dah jadi milik awak seorang. Awak tak perlu kongsi dengan sesiapa
lagi.
Awak,
Terakhir.... saya dah miliki
awak... cinta saya. Selepas saya pergi, saya harap awak kejar semula cinta awak
yang dah awak lepaskan demi memenuhi permintaan saya. Saya tahu awak akan
bahagia bersama Eliza.
Awak,
Terima kasih. Walau sebentar cuma....
saya benar-benar bahagia. Kalau sudi, ingatlah saya dengan Al fatihah ya
awak...
Wina,
Beberapa titis air mata membasahi sehelai kertas di
tangan. Pilu di hati kembali singgah. Wina tidak sempat tahu yang dia sudah
mula menerima kehadiran gadis itu. Wina tidak sempat tahu, Eliza sudah tidak
bermakna lagi untuknya.
Perlahan dia menyentuh nisan yang masih baru.
“InsyaALLAH, abang tak akan lupakan Al-fatihah untuk
Wina...,”
*****
“Rehan... mama panggil,”sambil
meletakkan semula bingkai gambar di atas kabinet di ruang tamu, Hilmi bersuara.
“Mama nak apa?,”suara kecil itu
nyaring bertanya.
“Nak baliklah sayang. Jom balik. Nanti
papa nak sampai. Nak jemput papa tak?,”
“Nak... nak...,”
Eliza tersenyum. Pantas dia mencapai
jemari anak kecil itu.
“I balik dulu. Thanks ya for lunch,”
Hilmi tersenyum.
“Bukan I yang masak pun. Ibu yang
masak,”
Eliza tersenyum.
“Jom Rehan. Jumpa nenek Kasih kejap.
Lepas tu kita balik jemput papa,”
Rehan mengangguk. Eliza menghilang
lagi.
Hilmi diam. Lima tahun berlalu,
namun entah kenapa, hatinya masih sarat dengan kasih Wina. Bingkai yang
tersimpan disentuh lagi. Wajah Eliza terus tersimpan di situ sebagai seorang
teman. Matanya sekali lagi menatap ukiran bibir yang makin malap di telan masa.
Itulah kenangan yang tertinggal. Sebentar cuma...namun sehayat dia menanggung
kehilangan.
TAMAT....
38 comments:
Kak Hanni, this is really good. Walaupun ringkas, tapi penuh dengan pengajaran..manusia xpernah nk hargai pe yg dia ada, n cuma akan mula mencari bile semuanye dh tiada...good job kak hanni
best sgt kak hanni. touching baca.
hanni, kau buat aku menangis teresak2 malam ni ... sedihnyerrr
best sgt...buAt sy nangis je mlm2 niy...huk3...6t update mungkinkah sekali ye kak hanni...
Aduhai...awat sedih sgt sayang ooi...anywhere good job hanni..
-ieja-
sedih rupanya....sob..sob..sob
yg penting best kak !
myeha ireland
kak hanni, macam mana la saya nak test hari ni dengan mata yang bengkak ni????? huhuhuhu.... karang pakai spek hitam Dr. kata taktik meniru pulak...
Apa pun, terbaekkkkkkkk (^_^)
-syuhairah-
sedih kak hanni,hampir menangis dibuatnya.good job..sifat manusia kan, bila dah hilang baru nak dihargai.demi cinta,wina terpaksa terseksa dahulu.namun dia pergi juga..huhu..
sedih nye kak.. bile kehilangan baru terase kasihnye
sedih gilaaa..dh brtakung air mataa....dh syak msa mula2 bca,wina tu msti sakit sbb dia tringin sgt2 nk kwin ngan hilmi..:(
Kak hanni sedihnya baca...huhu..tounching sgt..nak nangis...
Sedih sangat, penyesalan yang dah tak berguna lagi..
akak smbung la bila ym berbicara..x sbr nak tau mcm mane dia pujuk hubby dia...
sedih... air mata..air hidung... smua kuo....
K.hanni memang bestla cite ni.... Bila nak kuarkan mungkinkah lagi?
hanni buat saya menangis hari ni...
sangat best,sangat sedih...nangis tau..
tp tetap x puashati....knp sy br perasan cerpen ni hari ni???
buat cerita macam ni jadi novel la tapi taknak heroin mati saya suka bile cerita die heroin baik tapi hero die jahat pada mulenye apepun cerpen ni terbaik sampai nangis saye dibuatnye
Sedihnya,sampai menangs teresak esak dibuatnya. Ending yg best,biar suami dia rasa kehlangan sepnjg hayatnya.Geram.
Mengarut je..perempuan gatal sngt..nyusahkan idop org lain je..dh ler ank angkat..cett..xmalu..xsedih lgsg pon..meluat ade ler...dh tau laki tu xsuke die gtl lg nk kwen..ni ke perempuan baik yg nk dikesiankan..xpyh ler...ni contoh ank angkt xsedau diri...
sedih jugak.....
Sedey..bile ade dpn mate x dhrgai,bile tiade br nk mncr...
-Ieda ismail -
uwaaa...sedih giler. apsal heroin mati? tak nak!!!
kali ke2 bc crpen ni...kesannya ttap sm...msh mmpu mbuai jiwa...mngalirkn airmata...ambl la pngjarn...hargai setiap peluang yg Allah beri..
Huaaa :'( .. Xsgka pula bgni sdih ..
# apa2x pun , terbaik la kak ..
Best!! ;)
Kau ni contoh manusia tak sedar diri . Take to heart . Walaupun ni cuma fantasi . Maybe kalau satu hari jadi dekat kau baru tahu rasa sakit dia macam mana . :)
Sedihnya kak hanni...dah 2x baca tp ayaq mata tetap meleleh.....huhu
dah berkali baca cerpen ni sejak tahun 2012. tapi tak pernah gagal buat saya menangis.
dah berkali baca cerpen ni sejak tahun 2012. tapi tak pernah gagal buat saya menangis.
dah berkali baca cerpen ni sejak tahun 2012. tapi tak pernah gagal buat saya menangis.
Bosan......
Totally sad ending. Haih berjaya buat i mengalirkan air mata 😭
Best lh kak... Tapi sedih 😭
Well done, kak hanni. Abaikn ap yg haters tu nk ckp,diaorang xmendalami cerita ni tu sbbnye komen yg buruk je... Saya rasa kak hanni dah berjaya sbb cerita ni buat saya menangis... Keep going��
-i'm your SUPPORTER-
Aaaa besttt 😭😭
Aaaa besttt 😭😭
Post a Comment