Wednesday, June 1, 2011

Mungkinkah? 16

Dia terkilan. Terkilan yang bukan sedikit. Terasa dia dipersiakan sekali lagi. Mata dihalakan ke arah bakul sampah yang menjadi tempat persinggahan terakhir hidangan makan tengahari yang telah dia sediakan untuk Zariff. Ada rasa sakit di hatinya. Sakit dengan sikap Zariff.
            “Rissa, I am sorry. I ada lunch dengan Nabila. You saja yang makan lunch tu ya…,”
            Bersama sebaris kata-kata itu, selamba sahaja Zariff berlalu meninggalkan dia bersama bekal makan tengahari yang dipesan oleh lelaki itu. Terasa sia-sia dia bangun pagi untuk siapkan permintaan Zariff. Perlahan dia merengus. Mengeleng laju sambil menghela nafas sedalam mungkin.
            “Kau tak perlu emosi, Arisa!,”bisiknya keras. Cuba membuang mainan perasaan yang mula muncul di hati.
            “Kak Long…,”
            Arisa mengerling dengan ekor mata. Rianti berdiri di sisinya.
            “Sejak bila Kak Long cakap dengan bakul sampah ni?,”Rianti menyapa bersama gelak kecil. Arisa mengerling sekali lagi. Mengangkat punggung.
            “Kenapa ni Kak Long? Masam semacam aje mukanya. Dah masak dah? Ati dah lapar ni…,”
            Arisa menjeling tajam. Mendengar rengekan itu, membuat dia teringat pasa suara Zariff yang meminta-minta agar dia masakkan sesuatu, di hujung talian malam tadi. Membuat hatinya kembali sakit.
            “Malas!,”tingkahnya sepatah.
            “Aik…tanya pun marah?,”
            “Shut up,”
            Spontan Rianti menutup mulut dengan kedua-dua tangannya. Memandang wajah mencuka kakaknya tanpa berkelip.
            “Dah tu, adik-adik Kak Long ni nak makan apa malam ni?,”perlahan Rianti bersuara dengan mulut masih tertutup dengan dua telapak tangannya.
            “Pandai-pandai koranglah. Malas Kak Long nak masak. Penat aje. Masak pun bukannya nak makan,”
            “Mana pernah kita orang tak makan Kak Long masak?,”
            “Shut up,”sekali lagi Arisa bersuara bersama muncung panjang.
            “Okay…Ati diam…,”
            Arisa mengeluh keras sambil terus berlalu meninggalkan ruang dapur. Rianti termangu sambil menggaru kepala. Pelik tingkah kakaknya malam ini. Dia menjengah ke dalam bakul sampah. Ada bekas makanan plastic yang dicampak ke dalam tong sampah. Bekas yang Arisa bawa ke pejabat pagi tadi.
            “Dengan bekas sekali kena campak dalam bakul sampah? Ada perang dunia ketiga ke ni?,”dia bersuara sendiri.
            “Hey! Apa ni? Cakap dengan bakul sampah?,”satu teguran kasar singgah di telinganya bersama satu tamparan di bahu. Hanpir dia tersungkur  ke dalam tong sampah. Pantas dia berpaling. Merenung tajam wajah Dafi.
            “Tak reti nak tegur elok-elok ke?,”
            Dafi tersengih.
            “Sorry. Apa Kak Ngah buat ni? Terhendap- hendap dalam bakul sampah?,”
            Rianti mengerling. Terus memandang ke dalam bakul sampah. Dafi turut merenung ke arah yang sama.
            “Apa yang best sangat dalam bakul sampah ni, Kak Ngah?,”
            “Pelik. Kenapa Kak Long buang bekas tu,”
            “Dah rosaklah kot. Kalau tak rosak, takkan Kak Long buang,”balas Dafi sambil merenung bekas makanan yang kelihatan masih elok di matanya.
            “Masalahnya….,”
            “Hai…. Kenapa ni? Ada mesyuarat dengan bakul sampah ke?,”
            Rianta menoleh. Zariff muncul di belakang mereka bersama senyuman yang mekar di bibir.
            “Abang Zariff!,”ujar Rianti sambil menyambar lengan abang iparnya.
            “Ya. Kenapa?,”soal Zariff sedikit pelik.
            “Tengok ni….,”arah Rianti sambil jarinya lentik ditunjuk ke arah bakul sampah. Zariff akur.
            “Ya. Kenapa? Apa yang pelik dengan bakul sampah ni?,”
            “Abang kenal tak bekas tu?,”
            “Kenal. Kenapa?,”
            “Kenapa? Sepatutnya kami yang kena tanya kenapa?,”
            Zariff kerutkan kening sambil berpeluk tubuh.
            “Bukan abang yang buang. Abang baru balik ke sini. Tahu?,”
            “Memanglah bukan abang yang buang. Mestilah Kak Long yang buang. Tapi, sebab apa Kak Long  buang? Mesti Abang tahu sebabnya kan?,”
            Zariff menggeleng.
            “Kenapa Kak Long muncung-muncung marah bekas ni tadi? Lepas tu marah-marah Ati. Lepas tu mogok tak nak masak. Mesti semuanya berpunca dari bekas ni yang dia isi dengan bekal abang pagi tadi,”
            Zariff termenung seketika.
            “Kak Long yang buang?,”
            Rianti mengangguk.
            “Kak Long mogok tak nak masak?,”
            Rianti mengangguk lagi.
            “Mana boleh macam tu. Apa kita nak makan malam ni?,”ujar Zariff lagi.
            “Tahu tak apa…ini semua mesti abang punya pasal,”
            Zariff diam. Turut memandang bekas makanan yang tersadai dalam bakul sampah.
            “Apa ni? Semua duk pandang bakul sampah ni, kenapa? Ikin dah lapar ni. Kita makan apa malam ni?,”
            Serentak tiga pasang mata itu teralih ke arah Syikin yang sudah menuju ke meja makan.
            “Malam ni, tak ada makan malam. Kak Long mogok,”Dafi bersuara. Syikin mengeluh.
            “Macam mana ni? Ikin dah rasa macam nak mati ni. Lapar sangat ni…,”
            Zariff tergelak. Lucu mendengar rungutan Syikin yang sedikit berlebihan.
            “No choice. Dafi call pizza sajalah. Boleh?,”dia bersuara sambil memandang wajah Dafi.
            “Yess!! Pizza!,’Syikin menjerit riang sambil berlari menuju ke ruang tamu. Terus meluru ke arah telefon.
            “Abang Dafi cepatlah. Adik tak tahu nombor pizza ni. Cepatlah telefon,”
            Zariff mengukir senyum.
            “Cepat Dafi. Kesian adik…,”ujarnya lembut.
            Dafi mengangguk sambil meluru laju ke ruang tamu.
            “Abang buat Kak Long merajuk ya?,”Rianti menyambung semula siasatan.
            “No lah. Hmmm….actually, I am not so sure. Biar abang siasat dulu apa masalahnya,”
            “Cepat pergi siasat,”
            “Okay,”tingkah Zariff sambil kenyitkan mata. Rianti mencemik sambil menolak tubuh Zariff.
            “Cepat pujuk Kak Long. Nanti dia tak nak masak nasi goring untuk Ati pagi esok,”
            “Ati nak makan nasi goring, kenapa pula abang yang kena pujuk?,”
            “Sebab ini semua mesti salah abang,”
            Zariff tersenyum kecil. Tolakan Rianti terhenti di ruang tamu.
            “Okay..okay…abang tengokkan Puteri Tarzan kamu tu…,”
            Rianti tergelak besar mendengar gelaran yang dia beri pada kakaknya kini meniti di bibir abang iparnya. Gelak yang bersambut dengan gelak Dafi dan Syikin.
            “Apa yang kelakar sangat ni? Seronok ke mengata Kak Long?,”
            Masing-masing terdiam. Termangu melihat wajah Arisa yang mencuka di tangga. Zariff tersenyum. Arisa membuang pandang. Niatnya untuk ke dapur, terbantut tiba-tiba. Geram melihat Zariff dan adik-adiknya yang seakan berpakat untuk mentertawakannya. Langkahnya kembali dihayun meniti anak tangga. Zariff mengekori dari belakang. Sempat dia berpaling.
            Rianti mengangkat kedua ibu jari bersama ucapan ‘good luck’ yang hanya meniti di bibir tanpa suara. Zariff tersenyum. Sebaik sampai ke tingkat atas, lengan Arisa segera dicapai.
            “Kenapa ni? Budak-budak cakap you mogok. Tak nak masak,”
            “Tak adalah. Mana ada mogok. Malas aje,”
            “And… kenapa bekas makanan you bawa pagi tadi, boleh masuk dalam bakul sampah?,”
            “Dah tak ada siapa nak makan, buang ajelah,”
            Zariff tersenyum nipis. Dia menangkap nada merajuk di situ. Perlahan dia bergerak mencari wajah Arisa yang membelakanginya.
            “You marah I? Sebab tak makan semua tu?,”soalnya sambil meneliti wajah Arisa yang sedikit mencuka.
            “Tak,”
            “Kalau tak marah, kenapa dengan bekas sekali kena buang tu?,”
            Arisa mengeluh perlahan. Memandang wajah Zariff tanpa bersuara. Silap dia sendiri kerana terlalu mengikut hati yang geram.
            “Lupakanlah. Mungkin mood saya tak baik hari ni kot. Penat saya bangun awal pagi buat semua tu. Mungkin itu yang buat saya geram. Lupakanlah,”
            Zariff tersenyum lagi.
            “Cuma sebab tu ke?,”
            Arisa mengangguk. Senyum Zariff yang melebar seperti sedang menyindirnya. Namun, sengaja tidak diacuhkan. Hatinya berkata Zariff sedang memancing emosinya. Dan dia pula tidak mahu terpancing dengan sebarang emosi.
            “So, kenapa awak datang ni?,”
            “Takkan tak boleh datang?,”
            Arisa tersenyum kecil. Mengangguk perlahan.
            “Ya juga kan? Ini kan rumah awak…,”
            Zariff berpeluk tubuh. Bersandar pada jendela sambil terus mengamati Arisa. Mahu melihat Arisa melatah. Namun, jelas Arisa bijak sembunyikan perasaan. Sukar untuk dia menebak apa yang sedang bermain di hati wanita ini.
            “Jom,”
            “Nak ke mana?,”
            “Dafi pesan pizza tadi. Jomlah makan pizza. You pun mesti belum makan kan?,”
            Arisa mencemik.
            “Awak pergilah makan dengan budak-budak tu. Saya tak lapar,”Arisa menjawab perlahan. Mengatur langkah meninggalkan Zariff. Perlahan tangannya memulas tombol pintu. Bergerak malas masuk ke bilik.
            Zariff diam seketika. Cuba mencerna punca kedinginan Arisa. Cuba mencari kalau-kalau ada sekelumit cemburu di dalam kedinginan itu. Atau, kedinginan itu merupakan kedinginan yang biasa? Dia keliru kini. Gagal membaca perasaan Arisa. Sambil mengeluh perlahan, dia melangkah menuju ke bilik. Daun pintu di tutup rapat. Tingkah selamba Arisa membuat dia buntu lagi. Kebal benar perasaan wanita ini.
            “Are you okay?,”dia bersuara sambil melabuhkan punggung di sisi Arisa. Majalah di tangan Arisa dicapai lalu diletakkan perlahan ke meja sisi. Bersandar selesa pada sofa sambil mengamati riak wajah Arisa.
            Arisa mengangkat kening.
            “Rasanya saya yang patut tanya soalan tu. Are you okay? Awak nampak pelik malam ni,”
            “I? I yang nampak pelik? Bukan you?,”
            Perlahan Arisa menjongket bahu.
            “Rasanya saya macam biasa saja. Kenapa? Saya ada nampak macam lain ke?,”
            Zariff menggaru kepala. Wajah Arisa dipandang geram. Ada rasa tidak puas hati yang tidak terluah. Dia menunggu Arisa membuka topik tentang Nabila dan Arisa pula kelihatan cukup selamba bagai tidak tiada apa-apa yang berlaku. Tidak mungkin dia yang akan buka topik itu. Pasti nanti Arisa akan mengesyaki sesuati. Pasti Arisa dapat menghidu tujuan tindakannya itu. Sudahnya dia cuma menjeling sekilas. Berpeluk tubuh dengan perasaan yang terbuku. Geramnya dengan kebekuan perasaan Arisa.
            “You cubalah. Takut-takut dengan you, dia ada perasaan. Tapi, percayalah. Mesti you makan hati tengok reaksi tidak ada perasaan wife you tu. Macam I makan hati bila tak dapat buat dia jeleous tiap kali I sebut-sebut nama you depan dia. I puji-puji you depan dia. Tak percaya…tengoklah,”
            Dia tergelak kecil. Teringat kata-kata Nabila tentang sikap Arisa.
            “Zariff…kenapa ni? Gelak sorang-sorang,”
            Zariff berpaling. Tersengih.
            “Nothing. I teringat cakap Nabila masa lunch tadi,”
            Arisa diam. Memandang wajah Zariff tanpa berkelip. Angau barangkali lelaki ini. Berada di sini sedang fikiran melayang mengingati Nabila.
            “What? Kenapa pandang I macam tu?,”
            Arisa tersengih.
            “Hebat. Baru makan tengahari bersama, dah angau macam ni. Lepas ni, awak patut dinner pula dengan dia. Mesti dekat jodoh awak nanti. Tak susah kan? Awak cuma perlu beri peluang pada diri awak,”
            Zariff terlopong. Arisa tersenyum.
            “Tiba-tiba rasa nak makan pizza. Jom turun,”ujarnya lembut sambil bangkit dari sofa. Tangan dihulurkan pada Zariff. Zariff membeku di sofa.
            “Jomlah. Tadi, awak cakap nak makan pizza kan?,”Arisa bersuara lagi.
            Zariff mencapai jemari Arisa sambil merengus perlahan. Jemari itu ditarik kuat, membawa Arisa ke ribanya.
            “Awak!,”jerit Arisa terkejut.
            Zariff membuang pandang. Sungguh tidak berpuas-hati dengan sikap selamba Arisa.
            “I geram dengan you. Tahu tak?,”
            Arisa bergerak ke sofa. Kembali terduduk di sisi Zariff.
            “Geram kenapa pula? Saya ada buat salah ke?,”
            Zariff merenung wajah itu. Dia mahu hamburkan rasa tidak puas hatinya tetapi dia sedar, itu bukan tindakan yang baik. Bukan saranan agar dia rapatkan lagi hubungan dengan Nabila, yang dia harapkan daripada Arisa. Dia mengharapkan kata-kata cemburu daripada bibir wanita itu.
            “Zariff… saya rasa awak yang tak okay ni. Awak ni kenapa? Ada masalah ke?,”
            “Shut up,”bisik Zariff geram.
            “Okay. Saya diam…,”
            Zariff menjerit geram.
            “Awak! Kenapa ni?,”
            “Apa? Apa yang kenapa?,”Zariff bertanya sambil tersenyum. Arisa mengurut dada. Walau jeritan itu tidak kuat, tapi cukup untuk membuat dia terkejut.
            “Awaklah. Dah tak betul,”bentaknya geram.
            “Apa tak betul? Geram tahu tak?,”kali ini dia bertanya bersama gelak. Melihat wajah terkejut Arisa, hatinya dijentik rasa lucu. Laju tubuh itu dibawa ke pelukannya.
            “Macam tu ke orang geram?,”
            “I geram sangat-sangat dengan you sekarang ni.Geram sungguh-sungguh,”
            Arisa tergelak.
            “Tak betul…,”gumamnya perlahan sambil menampar lembut pipi Zariff.
            “You lah buat I jadi tak betul…,”balas Zariff sambil terus tersenyum. Perasaannya benar-benar menjadi tidak menentu gara-gara Arisa. Dalam marah dia sayang. Dalam geram dia kasih. Usahanya ternyata gagal. Arisa tidak nampak cemburu cuma dia yang seperti sudah separuh gila. Betul kata Nabila. Makan hati rupanya menanggapi Arisa yang tidak bereaksi apa-apa.
            “Jomlah turun. Saya lapar,”
            Zariff diam. Cuma merenung wajah Arisa yang diam di dalam pelukannya. Bagaimana caranya untuk dia memikat wanita ini? Untuk membuat wanita ini jatuh cinta padanya?
            “Zariff...cepatlah. Dari siang tadi I tak makan. Lapar ni,”
            “Kenapa tak makan?,”
            “Banyak kerja,”bohong Arisa sambil tersenyum.
            “Bukan sebab geram I keluar lunch dengan Nabila?,”
            Arisa termenung seketika. Memandang ke siling kemudian memandang semula wajah Zariff.
            “Tak kot…,”balasnya bersama senyuman. Zariff tersenyum kecil.
            “You know something? Kita sebenarnya  perfect couple. Cuma satu yang kurang,”
            “Apa dia?,”
            “Your love…,”
            Senyum Arisa hilang perlahan-lahan.
            “Saya betul-betul lapar. Kalau awak tak nak turun, saya turun dulu,”
            Zariff mengeluh perlahan.
            “Arisa…,”
            “Please, awak. Saya tak nak cakap pasal ni…,”tegas suara Arisa kali ini. Sudah tiada senyum. Juga tiada gurauan. Zariff bersandar ke sofa. Pelukan dileraikan dan Arisa segera mengangkat punggung. Terus berlalu tanpa sepatah bicara.
            Zariff membuang pandang. Perlahan meraup wajah bersama keluhan berat.


****

25 comments:

Minsofea said...

kebalnya hati arissa...!!! masih x lut dgn plan zariff....

itu_aku +_^zue said...

adoyai..
plan x menjadi
:(

fatin_fairez said...

best sgt.. smbg lg akk..

hajar said...

thanks Hanni.... terubat sungguh rindu saya... :)

blinkalltheday said...

xsuke perangai arisa....pleasss arisa..

Anonymous said...

bilalah si arisa nie nak terima zarif..
geram gak ngan perangai arissa nie..

eloknya wat si zarif ni accident...baru mengelupur si arissa nie

susi said...

best...cepat sambung...tak sabo nih...hehe

scha said...

wow,..bestnyer,..tak sabar untuk n3 strusnya....please sambung akak...x sabar nie,...lps cuti sek dah ssh nak bace balik...

miznza84 said...

aduiii bilela arissa nk cair ngn zariff ni..

Faten said...

Kebalnye alahai. Tapi yelah org pompuan ni skali trluka mtk maaf la wahai kaum adam. Susah nk lupa dah

cactaceous opuntia said...

apekah titik lebur arisa nih..adoi...

MaY_LiN said...

arisa ni..
zariff kena back to kasanova kot..

aira said...

ggrrr...geramnyer ngn arisa nie..

szza said...

kebal tul arisa ni....zariff usaha kena lebih sikit

Shahriezah said...

sukanya....kenapa arisa tak nak mengaku yg dia cemburu... kesian zariff plan tak jadi.... cepat samb... tak sabar rasanya:)

ieda ismail said...

ngeeeeee......geramnya ngan arisa, x der perasaan lgsg ke

Anonymous said...

arisa dah mula beremosi cuma saja nak cover tu...kalau terus buat dia mengaku dia cintakan zariff nanti cepat pula cerita ni habis.biarkan arisa terus rasa tak senang hati dan adik2nya pula jadi mangsa rajuknya...sukanya....

IVORYGINGER said...

hahaha... frust Zariff. Tp plan dah hampir berjaya buat Arissa Jealous cuma Arissa pandai cover. klu x napa dia buang makanan Zariff tu skali dgn tupperwear. then xp makan tengahari langsung akibat jealous then siap mogok ngan adik2x dia kena. Adoi Zariff ni lambat la nk baca feeling Arissa yg sebenar. :D
Arissa lak pandai tul cover. Zariff kena lebih lagi romantik nampak gayanya ngan Arissa bt dia jatuh cinta. atau kena bt2x romantik ngan Nabila bt Arissa jealous. tp paln ni bahaya jgk. takut Arissa sentap n anggap Zariff cam dulu. xsetia spt kata2x cinta yg diucapkan. takut dia yg fail perceraian nnti or lari jauh2x smpai Zariff susah nk cari. bukan boleh teka hati Arissa ni. silap2x adik2x dia pun sanggup ditinggalkan sbb kecewa sgt. hati2x yea ngan plan tu. ;D he ... bg advice to Zariff lak. ;D

Anonymous said...

jgn lah buat zariff romantik dgn nabila.puan zahra kena fikir something macamana dia boleh tolong zariff memenangi hati arissa.arissa pun dah mula tak senang hati tu...dah ada rasa cemburu.tapi pandai cover....go zariff.you can do it.cuma kena sabar byk2.

miss bomb....bombastic! said...

nk lagi!!

aqilah said...

arisa.....arisa.......sampai bila????? cian Zariff tau!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

mungkin dah tak ada mungkinkah 17.kena tunggu sambungannya dinovelkan.lamanya kena tunggu.may be next year baru release.

Anonymous said...

x saba nk tahu ke sudahan cite nie...

faiicie said...

hati arisa dah beku kot..huhu

nur nadiah said...

CPT2 LA SMBG..... XSBR LA NK TAU PSL ARISA N ZARIFF... ARISA NI SBNRNYA SKE KT ZARIFF TP DIA TKT T'LUKA

[11:35:50 PM] hos.getah: