Tuesday, January 26, 2010

Luahan hati untuk semua yang disayangi...

Salam semua....

Pagi yang indah. Datang kerja dengan hari yang baru. Buka blog. Opss... macam biasalah. Macam2 ada. Mula2 nak emo. Biasalah kan... manusia. Perempuan pula tu. Emosionalnya melebih2. :) Tapi, cool down. Try to feel apa yang semua orang rasa. Conclusion? Memang patut ada rasa begitu di kalangan pembaca yang saya hormati semua. Kalau saya pun, mungkin rasa geram. Sedikit marah mungkin? hehe. Tapi, percayalah.. Sesungguhnya kita cuma mampu merancang. Cuba merancang yang terbaik. Cuba memberi yang terbaik. Tetapi, ketentuan tetap dari yang Esa. Saya cuba mencari alasan? Pada saya tidak. Kadang2 sesuatu memang tidak terduga. Pagi semalam, bapa mertua saya, jemput cucunya dari tadika (anak sayalah tu). Semuanya kelihatan seperti segala2nya lancar sahaja. Tidak ada apa2 yang tidak baik yang dijangka akan berlaku. Tapi, petang semalam, saya dapat call, ayah accident. Alhamdulillah ayah selamat. Cedera. Patah kaki. Harap2 ayah cepat sembuh. Semuanya tanpa dirancang kan?
Cukup dulu pasal tu. Yang paling penting di sini, pertama sekali, saya nak cakap terima kasih banyak2. Terima kasih sebab beri sokongan pada saya. Terima kasih sebab sokong blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih sebab pembaca yang saya hormati, boleh terima hasil tulisan saya seadanya. Paling terima kasih, sebab sabar menanti kemunculan Pergilah Air Mata. Bagai menanti buah yang tak jatuh. Barangkali ada yang berkata begitu. Sememangnya, saya ulang sekali lagi, semua yang berlaku, di luar jangkaan. Saya lebih suka mengambil pendekatan dengar dan faham masalah. Jadi saya tak salahkan mana2 pihak. Walau kadang-kadang buntu untuk memberi jawapan pada setiap soalan. Memberi jawapan pada status yang kita tidak pasti. Sama seperti memberi janji palsu( Saya refer pada jawapan saya pada pembaca yang saya hormati). Jadi, saya cuma mampu cakap, bila ada kepastian, saya akan war2kan pada semua. Saya menanti KEPASTIAN. Tetapi, setiap soalan yang diberi, saya cuba beri jawapan seikhlas mungkin. Kelewatan ini bersebab. Kelewatan ini jauh sekali dari disengajakan. Tetapi, saya dan pastinya pihak2 lain juga saya rasa, tidak lari dari rasa terkilan. Rasa terkilan sebab terpaksa buat pembaca semua ternanti2. Saya minta maaf banyak2.
Itu luahan perasaan saya sikit. :). Sekarang come to PAM. Saya nak dapatkan kepastian kan? So, semalam saya dapat call dari KN. NOVEL PERGILAH AIR MATA SUDAH SAMPAI KE PEJABAT KAKI NOVEL. MAKSUDNYA? MAKSUDNYA DALAM SATU ATAU DUA HARI AKAN SAMPAI KE PENGEDAR DAN INSYAALLAH AKAN SAMPAI KE KEDAI2. ALHAMDULILLAH. SO, SEMUA YANG ORDER ONLINE, INSYAALLAH TUNGGU SAHAJA. ORDER DENGAN PENULUSAN2U, SAYA AKAN CUBA TANDATANGAN SECEPAT YANG BOLEH SUPAYA BUKU SEGERA SAMPAI KE TANGAN PEMBACA. DI KEDAI2, JUGA INSYAALLAH DALAM SEDIKIT MASA LAGI, SUDAH BOLEH DIBELI. INI BERITA SAHIH YANG BOLEH DIGUNA PAKAI. HEHEHE. SEKALI LAGI, TERIMA KASIH SANGAT ATAS SOKONGAN SEMUA. ATAS KESABARAN SEMUA....
Habis pasal kemunculan PAM di pasaran. Nak bercakap lagi ni. :D. Sekarang nak bercakap pasal kerisauan saya pula. Melihat pada respon pembaca dan follower PAM di blog, saya tak nafikan, saya jadi risau. Risau apabila PAM akan berada di pasaran nanti. Dah... risau pula dah. Kan? Risau saya gagal penuhi expectation semua. Apa pun, inilah yang terbaik yang mampu saya hasilkan. Semoga dapat memenuhi kehendak semua. Harap2 semua pembaca mampu menutup buku sambil tersenyum. Dan, yang paling penting, kelemahan yang pasti ada, sudi2kanlah berkongsi dengan saya, untuk saya hasilkan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang, dengan izin ALLAH.
Apa lagi ya? Hmmm... cukuplah dulu ya. Oh ya , pasal N3, rasanya dalan JAN ada dua N3 di blog. Mustahil saya boleh post N3 everyday. Itu memang dari dulu saya sudah kongsikan dengan semua. Jadi, saya cuma mampu bagi apa yang saya mampu buat. Komitmen saya yang paling penting, sudah tentu pada kerja saya. Jadi, mustahil saya boleh tumpukan sepenuh perhatian pada blog ini. Tapi, saya cuba untuk tidak biarkan blog ini terlalu sepi. Apa pun, mustahil kita boleh please semua. :) Dan, apa pun juga, SATU FAKTA...tanpa follower semua, tanpa pembaca semua... Manisnya Kenangan tidak akan ada apa2 makna. Terima kasih. Dan teruslah menyokong saya dari belakang dengan ktitikan dan teguran yang membina...
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
hehehe. Just wanna see ur smile di pagi hari ini.
Salam manis,
Hanni Ramsul

16 comments:

aida said...

hehe xsbr nk tgu PAM...wiken ni kne g kdi buku cri PAM...

Anonymous said...

salam hanni ramsul..
saya pasti pembaca2 awak 99%(silent reader) faham "luahan hati" yang awak jelaskan ini..
mungkin "Di pagi indah", maka luahan hati tiada emo, tiada api :)..
semoga bapa mertua anda cepat
sembuh... InsyaALLAH..
PAM akan keluar di pasaran..harap2 pembaca2 sabar menanti..sebenarnya tempat saya lagi juah..mungkin pembaca2 "menutup buku sambil tersenyum", saya masih menunggu kedatangan PAM ke tempat saya..:)

udin

Anonymous said...

dear...

nothing to say just :-

may ALLAH bless u
& always remember i'll be with you
no matter how no matter what....
(apsal tetiba tulis org putih nih)

-ieja-

Anonymous said...

hahhaha tue lah ieja
org putih lak //





-myeha ireland
saya sama mcm comment2 kat atas tue semoga ayah mentua kak hanni cepat2 sembuh. layannnnnnnnnnnnn//

.:me insan biasa:. said...

salam hanni..
masih lg sabar menunggu kemunculan PAM...
mmg follow citer ni dari awal lg..
kali ni mayb beli kat kedai terus..
agak leceh beli online krn dia bakai akaun am-bank..n makan masa dkt seminggu..tp nk beli kat kedai tadak la tandatangan dari hanni.:(
tahniah untuk keluaran novel ke2 ni..

shahieyza said...

Salam...
Sy skh seorg silent reader yg slu mengikuti p'kmbgn blog ini. Jgn bimbang, km semua akn sbr menanti kemunculan PAM. Karya yg ikhlas terbit dr hati pasti akn meninggalkn kesan yg mendalam di hati pembacanya... InsyaAllah... Jd kak Hanni jgn risau sgt, k! Pe2 pn, sy ttp menunggu kemunculan PAM di pasaran.. :p

mazni said...

kak hanni, abaikan je orang2 yang banyak songeh tuh. diaorg jeles actually sebab takde bakat macam akak. take care kak & chill always !

Anonymous said...

salam hanni, akak pun 1 of yr silent reader (yr words selalu membuatkan akak jd jiwang walaupun dah jadi "org yg agak lama")...jgn peduli apa org kata..buat mana yg terbaik n termampu utk kamu...kita semua mmg byk commitment...yg penting commitment pd yg Esa..lepas tu keluarga dan diri sendiri..dan kalau ada ruang lagi baru utk org lain....mmg x larat kalau nak puaskn hati seme org..peace :)

miza said...

kak hanni. thank for your information.
saya memang dah lama tunggu novel ne. tak sabar nak dapat novel tue kat tgn.

Rozieamiesafrin said...

hanni, tlglah zie nak beli novel PAM tp bila email pd penulisan2 minta nombor akaun x ada balasan, mc mana hanni dah lama sgt ni tuguuuuu nak beli novel tu habis semua kedai buku di terokai...

zie

Anonymous said...

Assalamualaikum, Hanni..alhamdulillah PAM telah selamt dipasaran dan untuk makluman, Kak Anise telah pun habis membacanya. So tragik dengan pengakhiran yang amat sempurna. Airmata Kak Anise sendiri tak dapat nak berhenti ketika membaca dari satu bab kesatu bab. So I'm so proud of you, make that happy ending and give more excellent experience to readers have some knowledgement. Yang baik kita jadikan pedoman dan yang buruk jadikan sempadan. Kak Anise ikuti dari blog Hanni hinggalah kepada novel. I hope this year will have a new story ini your blog to read. Ok, teruskan dalam berkarya, yg soksek2 tu abaikan je... biasalah manusia mana ada yang sentiasa sempurna.... Salam dari Kak Anise..

i e l a said...

Salam Hanni...
Congrats di atas kejayaan novel anda.. Sy merupakan slh seorg peminat hasil karya awk.. and sy juga telah memiliki buku biarlah ym berbicara..
bila pulak sambungan buku ni nak dikeluarkan yer???

Anonymous said...

kak hani kae nk beli PAM?

Anonymous said...

camn ne nk beli by online.
yg ada sign honey...

-bali putih-

asmieda said...

Salam hanni, demi PAM sy sanggup bkejar ke KakiNOvel utk mendapatkan nyer. Novel nie mmg terbaik.Tq for such great story.

ManjaLara said...

huhu...sdihnye xdpt bli PAM online..
siap sign kak hanni lg 2...cis!!

[11:35:50 PM] hos.getah: