Tuesday, February 17, 2009

Pergilah Air Mata 41


Ikmal membelek surat khabar tanpa perasaan. Tumpuannya lebih pada Maria. Sejak daripada menjejak kaki ke rumahnya hampir setengah jam yang lalu, gadis itu terus termenung. Sapaannya cuma dibalas dengan sekuntum senyuman yang nampak terlalu hambar. Satu keadaan yang cukup aneh. Apa sebenarnya yang sedang Maria fikirkan?
“Mar, mari minum sekali,”ibunya menyapa sambil membawa dulang. Meletakkan perlahan dulang di atas meja. Sekilas wanita separuh umur itu bermain mata dengan Ikmal. Ikmal menjungkit bahu. Faham isyarat ibunya. Ibunya bertanya tentang kelainan sikap Maria.
“Kamu bergaduh?,”bisik ibunya perlahan. Ikmal menggeleng.
“Dah tu, kenapa macam tu jadinya?,”
“Saya pun tak tahulah, mak,”
“Kalau tak tahu, tanyalah. Takkan itu pun nak kena ajar?,”
Ikmal tersenyum kecil. Ibunya sekali lagi bermain isyarat mata sebelum beelalu masuk semula. Meninggalkan dia bersama Maria.
“Mar…,”
Maria berpaling.
“Kenapa ni? Ada masalah ke? Diam saja dari tadi,”
Maria mengeluh perlahan. Memandang wajah Ikmal. Sungguh di luar dugaannya, cerita yang Badrul sampaikan beberapa hari lalu. Seperti mana pertemuannya dengan Badrul yang juga di luar dugaannya. Tidak pernah menyangka satu hari suami Sabrina akan mencarinya. Tanpa pengatahuan Sabrina. Dia yakin tentang itu.
“Maria?,”
Maria tersenyum kecil. Perasaannya terhiris. Itu hakikat yang perlu ditelan. Sangkanya dia telah berjaya membuang jauh-jauh bayang Sabrina dari hati Ikmal. Ternyata sangkaannya salah. Sabrina masih lagi beraja di hati lelaki itu. Sukarnya memisahkan Ikmal dengan Sabrina. Sukarnya untuk dia memiliki cinta lelaki ini. Sekali lagi dia mengukir senyum buat Ikmal. Melangkah lemah mendekati lelaki itu.
“Kenapa ni? Kau ada masalah?,”
Maria menjungkit bahu.
“Entahlah. Kalau boleh cakap sebagai masalah, masalahlah kot,”
“Lain macam je bunyinya,”
Maria tersenyum tawar. Merenung wajah Ikmal.
“Apa kau rasa sekarang?,”soalnya lambat-lambat. Membuat Ikmal menutup perlahan akhbar di tangannya. Tidak faham maksud soalan itu. Namun, tidak tahu kenapa, soalan Maria sedikit menyentap tangkai jantungnya. Terasa seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran gadis itu. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan Maria.
“Maksud kau? Aku tak faham. Rasa macam mana?,”
“Yalah. Apa kau rasa sekarang? Hidup kau. Perasaan kau. Semuanyalah,”
“Biasa saja. Kenapa?,”
“Pertunangan kita ni? Apa kau rasa bila kau ingat kita kini dah bertunang?,”
Ikmal diam. Soalan Maria memang sukar untuk dijawab. Jawapan ikhlas pasti membuat gadis itu tersinggung. Dan, berbohong pada Maria, rasanya dia tidak suka berbohong.
Maria tersenyum pahit.
“Aku tahu apa yang ada dalam kepala kau tu. Kau risaukan aku kan? kau takut aku sedih dengan jawapan kau kan? tapi, aku rasa aku akan lebih sedih kalau kau cuba selindungkan sesuatu dari aku,”
“Maksud kau?,”
Maria mengeluh perlahan.
“Mal… mulut kau mungkin boleh mereka seribu cerita untuk sedapkan hati aku. Tapi, mata kau? Mata kau tak mampu berbohong. Aku sedar, bukan aku yang kau mahu. Aku sedar, kau terpaksa pilih aku sebab mak. Hati aku lebih tenang kalau kau boleh berterus-terang dengan aku. Kau dah tak perlukan aku kan?,”
“Maria…,”
“Sekarang ni, dah tak ada apa yang hendak dirisaukan. Kita boleh putuskan ikatan ini, kalau itu boleh membahagiakan kau. Kau tak perlu risau. Aku boleh hadapi semua ni. Nanti aku akan cari alasan untuk aku beritahu mak, dan keluarga aku,”
“Maria. Kau jangan cakap macam tu. Aku tak suka dengar,”
“Ini kenyataan Mal. Aku tak mahu kau terima semua ni sebab terpaksa. Banyak kali aku cakap dengan kau kan?,”
“Tak. Aku tak terima semua ni sebab aku terpaksa. Aku terima semua ni, sebab aku memang nak semua ni,”
“Kau bohong, Mal. And, you know something? Kau bukan pembohong yang baik…,”
“Well. Mungkin aku bohong. Tapi, aku memang mahu kita teruskan semua ni. apa yang aku perlukan mungkin Cuma masa,”
“Tapi, kau tak pernah cintakan aku kan? Dalam hati kau Cuma ada Ina. Berapa banyak masa pun yang aku ambil, Ina tetap tak akan hilang dari hati kau. Aku faham. Sebvab tu, kalau kau nak putuskan ikatan pertunangan ni, dan cari Ina, aku rela. Aku rela kau cari Ina. Hidup dengan Ina. Aku Cuma nak tengok kau bahagia. Cuma itu,”
“Tak mungkin,”
“Mungkin kau nak berjuang demi cinta kau?,”
Ikmal mengeluh perlahan. Teringat sapaannya pada Sabrina yang berakhir dengan pertelingkahan dengan suami Sabrina. Sabrina langsung tidak membalas sapaanya. Mungkin Sabrina sudah mula melupakannya. Atau mungkin Sabrina tidak mahu mengeruhkan hubungan dia dan suami. Dia tidak tahu. Yang dia tahu, dia menyesal dengan tindakannya itu. Tidak sepatutnya dia mengganggu isteri orang. Meskipun, satu masa dahulu, wajah Sabrina pernah menghiasi segenap sudut kamar hatinya. Dia mengangkat muka. Memandang wajah Maria yang mendung. Membuat dia jatuh simpati.
“Kenapa kau sanggup lakukan apa saja untuk lihat aku bahagia?,”soalnya sambil terus merenung wajah itu.
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Sejak dulu, aku memang tak sanggup tengok kau bersedih, Mal. Bila kau betul-betul sukakan Ina, aku cuba rapatkan kau dengan Ina. Bila Ina bersedih, aku cuba hilangkan sedihnya. Sebab aku tahu, kau tak suka Ina bersedih. Aku sanggup buat apa saja untuk tengok kau gembira Mal. Kalau kau Tanya kenapa aku buat semua tu, Aku minta maaf. Aku tak ada jawapannya. Mungkin sebab kau kawan aku,”
“Atau mungkin sebab kau cintakan aku?,”
Maria tergelak kecil. Melarikan mata dari terus bertembung dengan renungan lembut Ikmal. Renungan yang membuat dadanya seakan mahu pecah. Itulah yang selalu Sabrina katakan padanya. Dan, dia Cuma tersenyum mendengar omelan temannya itu. Berangan agar satu hari nanti, renungan itu bakal menjadi miliknya. Hari ini, dia mendapat renungan itu. Renungan yang dia dambakan sekian lama.
“Maria…,”
Maria tersenyum sambil tunduk. Seketika dia begitu sebelum dia mengangkat muka. Bertembung semula dengan renungan Ikmal.
“Aku sanggup lakukan apa saja untuk lihat kau terus tersenyum Mal,”
“Dan, kau yakin, dengan apa yang kau dah buat pada aku, aku sanggup lepaskan kau macam tu saja? Berapa kali aku cakap, aku tak sekejam tu,”
“Tapi, tak guna kalau kau terpaksa. Aku tahu kau terlalu cintakan Sabrina. Aku hormat perasaan kau tu. Sebab tu, aku rasa, aku perlu buat sesuatu,”
“Apa lagi yang kau nak buat Mar?,”
“Putuskan pertunangan kita. Dan, biarkan kau bersama Sabrina,”
“Dan kau? Apa kata orang kalau tiba-tiba pertunangan kita putus macam tu saja? Kau tu perempuan,”
Maria tergelak kecil.
“Orang bercakap. Orang mengata. Kemudian orang lupa. Tak payah risau. Yang penting, kau dan Sabrina boleh bersatu. Aku yakin, Ina pun masih mengharapkan kau,”
“Mungkin tak,”
Maria diam. Barangkali Ikmal ingin bercerita tentang cerita yang dia dapat dari Badrul.
“Kenapa kau cakap macam tu?,”
“Ini bukan filem cinta Mar. Nak perjuangkan cinta. Dia dah jadi isteri orang Mar,”
“Tapi, kau tetap teringatkan dia kan? Kalau dia pun sama, mungkin kau masih ada jodoh dengan dia,”
“Entahlah Mar. baru-baru ni aku ada YM dia. Dia tak reply pun. Aku tahu dia berhak buat macam tu. Sebab dia isteri orang. Dia bukan lagi kekasih aku. Itu silap aku,”
“Silap kau?,”
Ikmal mengangguk perlahan. Memang menyakitkan mengingati kenyataan itu. Tetapi, walau sepahit mana, dia tetap kena terima. Sudah berkali mindanya disogokkan dengan kata semangat sebegitu. Namun, akhirnya dia tetap kalah.
“Silap aku. Aku tak patut cari dia, kan?,”
“Cinta kau yang cari Ina, Mal. Bukan silap kau,”
“Sabrina dah jadi isteri orang. Kenapalah sampai sekarang aku tak boleh terima terima hakikat tu?,”
Maria diam. Kali ini, Ikmal pula yang berubah muram. Melihat kelibat ibu Ikmal di ruang tamu, Maria mengeluh perlahan. Memandang wajah Ikmal.
‘Maafkan aku, Mal’ hatinya berbisik perlahan. Dia terpaksa. Terpaksa berusaha untuk terus memiliki Ikmal. Yakin mata ibu Ikmal terpaku padanya, perlahan dia menanggalkan cincin pertunangan di jari manisnya. Tindakan yang membuat Ikmal terkejut. Memang dia mahu Ikmal terkejut. Lebih dari itu dia mahu ibu Ikmal yang terkejut.
“Mungkin aku tak layak untuk cincin ni, Mal,”ujarnya perlahan sambil menarik tangan Ikmal. Meletakkan cincin di telapak tangan lelaki itu.
“Maria! Apa ni?,”soal Ikmal binggung. Tindakan Maria diluar jangkaan.
“Aku tak layak, Mal. Cincin ini hanya untuk Sabrina. Aku mengaku, aku dah mula sayang pada hubungan ni. Dah mula berangan yang indah-indah. Tapi, tak mungkin aku boleh capai semua tu, kalau kau masih tak dapat lupakan Sabrina. Aku doakan yang terbaik untuk kau dan Sabrina. Mungkin jodoh kau dengan dia masih ada,”
“Mengarut!,”
Ikmal tersentak. Nafisah menjerit marah. Tidak boleh terima apa yang baru singgah di telinganya. Maria menelan liur.
“Apa semua ni? Ikmal! Jelaskan pada mak,”
“Tak ada apa-apa, mak. Mar, kenapa ni? Apa semua ni? ,”Ikmal menjawab bersama satu soalan untuk Maria. Tindakan Maria benar-benar membuat dia terkejut.
Maria terdiam.
“Kamu masih juga cari Si Ina tu ya? Kenapa ni Mal? Tak cukup ke apa yang Maria buat pada kau? Macam-macam dia buat semata-mata nak lihat kau gembira semula. Mak tak suka kau sia-siakan Maria macam ni,”
“Mana ada mak? Ini semua salah faham. Saya tahu dah banyak Maria berkorban demi saya. Saya tak akan sia-siakan Maria. Percayalah,”
“Kalau macam tu, kenapa sampai Maria bagi balik cincin tu? Kamu minta putus?,”
“Bukan mak. Bukan salah Ikmal. Saya yang cadangkan pada Ikmal. Soal perasaan kita tak boleh paksa mak,”Maria segera menyampuk. Nafisah merengus marah. Merenung tajam wajah Ikmal yang kelihatan serba-salah.
“Kamu tak akan jumpa perempuan lain macam Maria ni, Mal. Dia sanggup ketepikan perasaan dia kerana kamu. Kamu pula sibuk kejar isteri orang!,”
“Ini semua Cuma salah faham, mak. Saya tak akan putuskan ikatan pertunangan ni. saya akan kahwin dengan Maria. Saya akan jadikan dia isteri saya. Itu janji saya,”
Nafisah diam. Mendengar pengakuan itu, hatinya sedikit sejuk. Memandang wajah Maria yang mendung, perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. Merangkul bahu Maria mesra.
“Mak hanya nak Maria saja jadi menantu mak,”
Maria tersenyum kecil.
“Terima kasih mak,”
“Dan, aku hanya akan kahwin dengan kau. Itu janji aku,”tambah Ikmal bersama senyum yang dia sendiri tidak tahu maksudnya.
Maria tersenyum lagi. Bahagia mendengar pengakuan Ikmal. Ikmal membalas senyuman itu. mencapai jemari Maria. Cincin di tangannya, disarungkan semula ke jari manis Maria. Nafisah tersenyum lega. Hampir tercabut jantungnya saat dia melihat Maria menanggalkan cincin di jari tadi.
“Mak tak nak dengar apa-apa lagi lepas ni,”
“Maafkan saya, mak,”Maria bersuara perlahan.
“Bukan salah kamu. Ikmal ni, kena sedar sikit. Jangan asyik hanyut dengan cerita lama Jangan sibuk kejar isteri orang ,”
Ikmal diam. Sindiran ibunya dibalas dengan senyuman yang tidak begitu manis. Nafisah mengangkat punggung. Ingin meninggalkan Ikmal dan Maria menyambung bicara.
“Sorry Mal. Aku tak tahu mak kat dalam tadi. Tak pasal-pasal kau kena marah,”Maria bersuara. Cuba mewujudkan riak bersalah di wajahnya. Ikmal tersenyum.
“Tak apa. Bukan tak biasa kena marah,”
Maria tergelak kecil.
“Jangan buat macam ni lagi. Bukan mak saja yang terkejut. Aku pun terkejut,”
“Kau terkejut?,”
Ikmal diam. Memandang wajah Maria agak lama. Berharap satu hari akan timbul satu perasaan istimewa buat gadis sebaik Maria.
“Sejujurnya memang aku terkejut. Tak sangka kau nak akhiri semua ini. Mungkin cinta tu belum ada antara kita. Tapi, ikatan ini terlalu istimewa untuk kita putuskan begitu saja,”
“Sabrina?,”
“Aku janji. Mulai hari ini, Sabrina hanya akan jadi sejarah pada aku. Aku mahu kita mulakan hidup baru. Kau dan aku. Dan pertunangan kita,”
Maria tersenyum manis.
“Itu kata-kata paling indah pernah keluar dari bibir kau. Kata-kata indah untuk aku,”
Ikmal tergelak Cuma. Mencapai jemari Maria lalu di bawa ke dalam genggamannya.
“Aku minta maaf. Aku tahu, dalam pada kau tak kisah, hati kau menangis kan?,”
“Honestly, yes. Kenapa? Kau jangan Tanya. Sebab aku sendiri tak ada jawapannya. Mungkin macam kau cakap tadi. Ikatan ini…walau tanpa cinta, ianya terlalu istimewa,”
Ikmal diam. Terus menggenggam jemari lembut Maria bersama seribu persoalan yang gagal dia temui jawapannya. Doanya Cuma satu. Agar dia tidak menyakiti hati Maria lagi. Agar dia mampu membuang wajah Sabrina. Agar dia mampu menerima Maria…Mampu menyayangi Maria sebagaimana dia menyayangi Sabrina. Malah kalau boleh, biarlah lebih dari itu.

***

43 comments:

Anonymous said...

hai geram nor ngan maria nie lew....
meh sini ko..
ngada yer....
wekekekekekeke.....

Unknown said...

erm.. bencinye tgk si maria tuu........ kak hanni bila nak bongkarkan segala penipuan si maria tu... talam dua muka betul.. dah la rampas hak orng, pastu paksa orng suh suka die lak.. hish benci betul aku ngan pompuan macam tu.. tapi pe2 pun kak hanni, teruskan pena anda untuk menulis.. cayok2..

nana_yoong said...

CINTA..membuat org lupa diri.. maria pencinta yg setia & sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta itu..maria org yg kuat berusaha, cuma dia silap keran cuba MEMBINA ISTANA DIATAS KEHANCURAN ORANG LAIN, die x pikir, betapa seksanya 2 hati itu, ikmal & ina..manusia diberi akal & perasaan utk berfikir & menilai sesuatu itu dari hati.. maria GAGAL mengunakan akal & hatinya..

Anonymous said...

Argghhh i hate maria!!!! makin tension lak baca pasal maria..kak hanni jgn cte pasl maria bleh tak?

-Ain-Dak In- said...

ahhh,,,
mari ni btol la..
talam 2 muka..
menyampah tgk dia..
ahhh..
sakit..sakit jiwa la ngan maria ni...

nurhakim said...

eeee....
gram tul lh ngn maria 2..
next n3 bt pasal bad ngan ina plk yer kak hanni...huhu
bla lah agaknya smuanya tntng maria 2 akn terbongkar????
xsbar nk thu..

Anonymous said...

hanni...kalau nak buat bab Maria atau Dayana kena ada jugak kat bwh tu sikit cite pasal Bad & Ina ok...he..he..suka2 je aku ni kan..sori Hanni coz rindu sgtlah nak cite pasal diaorang

Anonymous said...

arghhhhhhhhhhhhhhh
geramnyer ngan maria nih....
bile la smua penipuan dy nk terbongkar...bia mak ikmal th sket mane intan mana kaca..ingat baik sgt maria tuh huh..emo hehe

lelaki y baik hny utk p'puan y baik.... n maria xsesuai dgn ikmal!

thanx kak hanni, pg dh wat sy emo hehe

Anonymous said...

BENCI MARIA!!

Shima Awang said...

jahat tul maria..talam 2 muka kn..semo igt dia baik sgt..x perr akan terbongkar gak nnt kan??.teremosi laa lak//hehhehe

Anonymous said...

ish benci btul ar ngan maria ni..Nyampah!!

iLiAiSyAhkaDir said...

maria sangat mengada2

Anonymous said...

bila la si ikmal tu nak tau kebenran ttg tunang dia y jahat, hipokrit tu...

Anonymous said...

Hanni...
Maria tu rasanya boleh dpt award pelakon terbaik kot...
Bukan apa, kiranya menjadilah watak Maria ni yer..
Tengok jer impak dia..huh rasa bergegar blog ni dibuatnya....

Anonymous said...

Eeee....sy pun geram betullah...
Menyampah!!!

atie md said...

maria mmg watak yg pandai berlakon n berpura2... dia mmg cinta mati kat ikmal tp sanggup tikam kawan baik sendiri.

ikmal watak yg sering diperbodohkan oleh maria... satu hari pasti dia akan sedar

saya suke n3 ni... best walaupun watak bad n ina takde.. thanks kak hanni

jat said...

maria melampau!
mari patut di m.a.t.i kan watak dia..
hi3.. over sgt x???

kesian kat ikmal
how come la lelaki yg baik mcm ikmal
boleh dapat kat maria.....


VOTE maria OUT~~~

Anonymous said...

arghhhhhhhhh...geram tul la ngan maria ni..
mmg pndai berlakon..huh

atashinci said...

bo...san tol bce psl maria ni...
knpe jahat sgt.....
tapi....watak ni kne de kn kalau x camne jalan cite lak....
tpi mmg xske part maria ni....
hanni cpt2 bongkar rahsia maria ni...
issssss...geramnye....

keSENGALan teserlah.. said...

sengal tol si maria nieh..
nyampahh.!!

alor..xder pon part ina ngn bad..
huhu..rindu ngn dorang seyh..
isk2..

smbung2..

Anonymous said...

gedik tol maria tu. menyampah! kak hanni janganlah buat dia end up ngan ikmal. buatlah dia kena langgar lori ke, jatuh dlm laut ke, kena makan jerung ke, barulah puas hati. kalau x nak buat tu, bleh mintak tolong kitaorang tolong tampar2kan maria tu. dengan ske citanya nak tolong! alamak, emo la plak. hehe

mama nursaafia & zafwan said...

hehe...seme komen nyampah ngan maria...pandai tul hanni wat watak maria tu eik...ramai tul yg benci...aku pun benci gak...

Anonymous said...

okey....aku makin benci dengan watak Maria tu...his! geram ni...hehehe

Anonymous said...

semua yg sy nk komen dh ade kt atas... cpt la smbg kak.. x larat dh nk tggu lama2..

Anonymous said...

ERM..MARIA MMG BIJAK MENGAMBIK KESEMPATAN. TAHU MASA YANG BETUL UTK BERTINDAK DEMI KEPENTINGAN SENDIRI.HUH...HARAP2 LEPAS NI IKMAL BERUBAH JADI JAHAT SKET SEBAB BOSAN NGAN DUGAAN HIDUP DIA.RASA TERHIMPIT ANTARA KEHENDAK IBU,PERANGAI BURUK MARIA & CINTA UTK INA YG ABADI

Anonymous said...

huhu benci3 r bce part maria nie adoiyai....kak hanni tlg la bg part bad ngn ina rindu kat diowg la....=)

pencinta karya said...

alahai maria...kak hanni nak lagi,harap cepat2lah rahsia terbongkar..x sabar rasanya

Anonymous said...

huhu..
part ne x bez bcoz of maria hah..
yg beznye..
Hanna dh tersengih2 mbaca komen2 kengkawan kat part 41 nie..hehe..

Kak Hanni..chaiyok2...


*swit hanna*

misz nana said...

alahai maria..

aqilah said...

aahlah hanni. bila semuanya nak terbongkar??? dan bila perkara eehemm.... diantara bad dan ina akan terberlaku?????? suka bad dgn ina. nak lagi....................................

Anonymous said...

Semua benci kat maria eh??
tp aku suka...
psal dia lah sabrina kawen ngan bad...kalo bukan dia yang rancang smua nie xdernyer kuch kuch hota hai nie berlaku kat ina ngan bad...hehehhh....

Respect ar kak hanni...!!
xkesah N3 lpas nie psal sapa pn, yg pnting heppy ending taw...

-manja.lara-

Unknown said...

eee....bnci2 kt maria 2..*dish2* haa...amik ko! blakon yer..tape2..nnt ikmal tau sume psl pnipuan ko 2..ciap la ko..kalu time 2 die time ko lg..hai..bodo btol la ikmal 2..maria hoi..kalu pom ko cnta mati kt ikmal 2..pk la prasaan org len..ee..selfish!! geramnye aku..(teremosi lbh plak..hehehe)

k.hanni..thnx upload n3 ni..dh lme tggu n3 bru..lps ni upload psl bad n ina lak eh? xnk dh maria..sakit ati je die 2..hehehe

Anonymous said...

pndai betul maria tu berlakon.geram betul baca.tp mana cite psl ina?huhu...kak hanni,gud luck untuk cite ni.ayat dia tak berat dan mudah di fahami.flow cite pun teratur.thanks sbb upload cite ni dan tahniah sbb berjaya mencipta 1 cerita yg buat pembaca tak sabar nak baca.

Anonymous said...

maria is the most kejam la..
tapi betul la, sebab dia ina n bad kawen.. sweetz.. cian kat ikmal..

Anonymous said...

i hate maria, manusia talam 2 muka...

Anonymous said...

Hanni,
Saya amat tertunggu kisah Ina dgn Bad. Tamatkan jek la watak2 tambahan Maria dgn Ikmal ni cecepat sket ek.

Kak Han.

Anonymous said...

gram btol la kt si maria ni!!! apsl bodo sngt ikmal n mak dia tu??? caya sngt ckp maria!! kalo di tol2 wujud..kn.. abis muka dia lbm!!! nyampah nyer!!!!!!!!

smbng cpt yer..nk dngr la ape jd ngan bad n ina tu...

*luv u*

Nadhirah Nazarudin said...

heeyyy~
begangnya rasa kat maria tu...tp rasa kesian pun ade... nape la terhegeh2 kt ikmal? jantan lain kn ramai~

Anonymous said...

maria ni bajet baik jer
walhal jahat giler erk

Anonymous said...

setuju dengan apa yang manja.lara cakap...
kalau takder watak maria tue,takderla adegan2 bad n ina..
tak der ler cerita..
co0l d0wn everyone..
c0nfirm paznie sumer hal akan terbongkar..
hahahahahaha
juz wait n read..

(^_^)

Anonymous said...

eiii maria jahat!!

tapi kalo watak maria di matikan, sape yg nak di gandingkan dgn ikmal, sian ikmal jugak.. dia baik n comel...

saya lebih rela tgk sabrina dgn badrul.. jgn pisah kan mereeka.. plssss kak hani.. kalo x, sy gegar blog kak hani ni... badrul hero kan.. hero mane bole kecundang....

hidup badrul!!

♥corcraze♥ said...

I HATE THIS CHAPTER THE MOST!!!!

EVEN THOUGH SABRINA NOT WITH IKMAL BUT MARIA DOESN'T DESERVES IKMAL'S LOVE!

ARGHHH!!HATE HER!!!

U R SO SILLY IKMAL!

U R SO EVILY BITCH MARIA!!!

argh,PAM is really got into me!

Anonymous said...

ad cam same ngan citer pergilah sepi la ase...
tp mmg best gler citer ni...

[11:35:50 PM] hos.getah: