Rapuh?
Hancur? Ya! Nyaris luruh hatiku. Kata-kata yang baru sahaja meniti lembut di
bibir Encik Firdaus benar-benar membunuh sekeping hatiku yang selama ini begitu
indah dengan jalur-jalur pelangi. Deruan ombak yang menghempas pantai bagai
suara esakan yang tidak mampu aku luahkan saat ini. Kaku. Pegun. Tidak percaya!
Tidak mungkin.
“Maafkan
abang, Tiya,”
Sekali
lagi Encik Firdaus bersuara. Menambahkan rasa sedih yang semakin berhimpun di
sudut hati. Bukan kata maaf yang ingin aku dengar.
“Abang?
Abang bergurau kan? Abang saja nak usik Tiya kan?,”aku cuba bersuara. Walau
payah, aku tetap lontarkan soalan itu bersama sedikit getar. Jemari Encik
Firdaus segera aku capai. Aku pasti dingin jemariku dapat meresap ke kulit
Encik Firdaus yang hangat. Erat aku genggam tangan Encik Firdaus yang kaku.
Langsung tidak membalas genggamanku seperti selalu. Menanggapi Encik Firdaus
yang dingin, aku teresak perlahan-lahan. Benar-benar sedih dengan tingkah Encik
Firdaus.
“Kenapa
jadi macam ni, bang? Kenapa abang macam ni?,”sekali lagi aku bertanya. Kali ini
sepasang mataku benar-benar mahukan penjelasan daripada Encik Firdaus. Aku
perlu tahu kenapa! Namun, Encik Firdaus memilih untuk diam. Diam yang membuat
hatiku semakin tidak keruan. Kami tidak pernah ada masalah. Kami bahagia.
Teramat bahagia! Kenapa tiba-tiba sahaja semuanya menjadi segawat ini? Kenapa
tiba-tiba Encik Firdaus tega melukai hatiku sebegini.
Melihat
Encik Firdaus yang membisu seribu bahasa, aku segera berpaling. Aku perlukan
penjelasan. Aku berhak untuk satu penjelasan. Kalau tidak daripada mulut Encik
Firdaus, mungkin aku perlukan orang lain untuk terangkan segala-galanya padaku.
“Mia?,”semakin
bergetar suaraku saat nama itu aku sebut. Mia yang berdiri tidak jauh dari
kami, kulihat tertunduk. Langkah aku hayun mendekati gadis itu.
“Awak
berpakat dengan abang Firdaus kan? Awak berpakat nak kenakan saya saja
kan?,”aku menebak lagi.
“Diya, I
am sorry,”
Aku
tegak menahan nafas. Mia juga memohon maaf. Jadi, ini bukan lagi satu gurauan
kejam. Ini satu kenyataan kejam.
“Kenapa
semua orang nak minta maaf? Tiya nakkan penjelasan. Bukan kata-kata maaf. Apa
sebenarnya yang berlaku ni, bang? Mia?,”
“Semuanya
tak dirancang Diya…,”
Aku
kembali berpaling menatap wajah Mia.
“Apa?
Apa yang tidak dirancang?,”
“I tak
rancang untuk jatuh cinta pada Firdaus,”
Aku
ternganga. Mustahil!
“We are
in love, Tiya…,”
“Bohong!
Tipu! Abang cakap abang cintakan Tiya. Cuma cintakan Tiya. Abang cakap abang
tak akan jatuh cinta pada Mia. And, Mia… awak cakap awak tak akan jatuh cinta
pada suami saya. Awak cakap awak cintakan Abang Kamal. Apa semua ni?,”
“Kami
tak minta semua ni Diya. Semuanya berlaku tiba-tiba,”
Runtuh
rasanya istana bahagia yang tersergam indah di hati. Longlai rasanya langkah
yang kuatur. Aku berdiri betul-betul di hadapan Encik Firdaus. Merenung jauh ke
dalam sepasang matanya yang kelihatan ada secebis rasa bersalah. Cukup dalam
aku meneroka renungan itu. Sedikit pun tidak aku sangka prasangkaku selama ini
akhirnya menjadi kenyataan.
“Sampai
hati abang…,”
“Tiya…
abang tahu Tiya kecewa. Tapi, tak mungkin kami boleh sembunyikan semua ni
daripada Tiya. Abang tak nak Tiya dapat tahu semua ni daripada mulut orang…,”
“Sekarang
Tiya dah tahu… so?,”dengan nada kecewa berbaur marah, aku lontarkan soalan itu.
Segunung janji yang pernah diberikan oleh Encik Firdaus terasa seperti ranap
sama sekali.
“Tiya,
abang harap Tiya mengerti keadaan kami. Abang harap Tiya dapat terima Mia dalam
hidup kita?,”
Aku
tergelak kecil. Mudah sungguh. Selesai sudah masalah ini bagi Encik Firdaus.
Kemudian mataku mencari riak wajah Mia. Entah kenapa saat ini, wajah jelita itu
cukup membuat hati aku sakit.
“Awak
betul-betul mahukan abang Firdaus ke Mia?,”
“Diya…,”
Kata-kata
Mia mati tanpa penamat. Walau ada kesal di wajah itu, namun rasa benci di hatiku
sedikit pun tidak berkurang.
“Kau
orang dah ada kata sepakat, kan? Dan nekad nak bersama, kan? Okay. Tiya tak
akan susahkan abang dan kawan baik abang ni. Tiya yang akan pergi. Kalau abang
berharap Tiya setuju untuk berkongsi kasih dengan Mia, abang silap. Tiya
sanggup hidup sendiri daripada hidup berkongsi suami,”
“Tiya,
jangan macam ni. Kita boleh bincang, kan?,”
“Tidak!
Tak ada apa nak dibincangkan kalau ini soal hati abang yang dah berubah. Tiya
tak nak bermadu!,”
“Tiya…
abang tak akan lepaskan Tiya,”
“Tak
nak! Tiya tak nak bermadu. Tak nak!,”
“Tiya,
dengar dulu,”
Jemari
Encik Firdaus yang cuba mencapai tanganku, aku tepis kuat. Laju aku melangkah
meninggalkan Encik Firdaus dan Mia. Sakit hati aku andai terus berada di situ.
“Tiya,
tunggu…,”
Aku terus
berlalu. Membawa air mata yang mula menitis.
“Tiya…Tiya…,”
Panggilan
itu aku biarkan berlalu bersama bayu pantai. Air mata perlahan-lahan membasahi
pipi.
“Tiya…Tiya…,”
Aku
terus berlalu. Aku terus menangis. Membiarkan bahuku bergerak mengikut irama tangisan.
“Tiya…
kenapa ni?,”gerakan di bahuku terasa sedikit kuat dan soalan itu membuat hatiku
semakin parah.
“Tiya…
Tiya…Kenapa ni? Mimpi ke?,”sayup-sayup suara Encik Firdaus sampai ke telingaku
ketika aku masih sedih melayan tangis. Terasa ada tangan yang kejap memegang
bahuku.
“Bangunlah
sayang. Mimpi ke?,”
Perlahan
aku membuka mata. Ada wajah Encik Firdaus di situ. Tetapi, di mana Mia? Yang
ada cuma aku dan Encik Firdaus.
“Mana
Mia?,”melilau aku melihat sekeliling. Tiada lagi deruan pantai. Tiada lagi bicara
menghiris hati daripada Encik Firdaus. Juga tiada lagi wajah Mia yang
menyakitkan hatiku seketika tadi.
“Tiya?,”
Aku
memandang wajah Encik Firdaus yang kehairanan. Untuk beberapa saat seterusnya
baru kusedar aku berada di bilik tidur. Di sisi Encik Firdaus. Dan, ternyata
semua yang kualami seketika tadi cuma mimpi.
“Abang…,”tanpa
menyambung bicara, tubuh Encik Firdaus kupeluk erat. Sungguh mimpi itu seperti
benar-benar berlaku dan aku tidak mahu semua itu menjadi realiti. Pelukan
dibalas perlahan. Perlahan juga Encik Firdaus mengusap rambutku sambil aku
menyeka air mata yang basah di pipi.
“Kenapa
ni? Tiya mimpi apa sampai menangis macam ni sekali? Mimpi ngeri ke?,”
Aku
diam. Cuma terus erat memeluk tubuhnya. Sungguh-sungguh aku tidak mahu kehilangan
Encik Firdaus.
“Mimpi
hantu ke?,”soal Encik Firdaus lembut sambil meleraikan pelukan. Memandang
wajahku dengan renungan redupnya. Perlahan jemarinya turut mengesat pipiku yang
basah. Tersenyum memandangku. Aku diam. Kalau mimpi hantu, aku pasti hantu yang
akan menangis, bukannya aku.
“Tiya?,”
“Tiya
mimpi abang nak kahwin dengan Mia…,”aku bersuara perlahan. Mata kupakukan kemas
ke wajah Encik Firdaus. Wajah itu kelihatan sedikit terkejut pada mulanya,
sebelum bibirnya mula mengukir senyum. Dan, daripada senyum itu, dilanjutkan
kepada satu gelak kecil. Aku menahan nafas. Gelak itu menyakitkan hatiku.
“Tiya
seriuslah, bang,”
“Sebab tu abang gelak…,”ujarnya sambil terus
tergelak. Spontan menjemput muncung panjang di bibirku. Pandangan aku alihkan
ke arah lain.
“Patut abang dengar marah-marah abang. Marah
abang nak kahwin lagilah tu ya?,”
Aku
diam. Wajah merona merah. Igauanku menjamah gegendang telinga Encik Firdaus?
Malu sungguh.
“Ok…sorry
sayang. Tapi, takkan sampai bawa ke dalam mimpi? Sarat sangat kepala fikir
pasal Mia ke?,”
Aku
terus membisu. Mata terarah pada jam di dinding. Pukul 2.30 pagi. Pantas aku
kembali berbaring sambil menarik selimut.
“Soalan
abang belum jawab?,”
“Mengantuk.
Nak tidur,”
Encik
Firdaus tergelak lagi. Turut sama menjatuhkan badannya di sisiku.
“Tak nak
cerita kat abang, macam-mana mimpi Tiya?,”
“Tak
nak,”aku menjawab pendek sambil mataku telus merenung siling.
“Kenapa?,”
“Takut
nanti jadi kenyataan…,”
Encik
Firdaus tergelak kecil sambil menggeleng. Aku menoleh ke arahnya.
“Bukan
main suka lagi abang ya? Berharap nanti mimpi Tiya jadi kenyataan ya?,”sinis
aku bertanya. Geram sebenarnya melihat tingkah Encik Firdaus yang tidak serius.
Dia ketawakan aku gara-gara aku mimpikan Mia. Lebih tepat lagi gara-gara aku
bermimpi dia mahu berkahwin dengan Mia. Hampeh sungguh!
“Tiya
tengok muka abang, macam-mana? Macam nak kahwin dengan Mia ke?,”
Aku
membuang pandang. Menarik selimut menutup muka sambil berpaling
membelakanginya. Telingaku menangkap keluhan kecil dari bibir Encik Firdaus.
“Mimpi
tu mainan tidur aje. Jangan difikirkan sangatlah,”Encik Firdaus bersuara
lembut. Barangkali mahu sedapkan hatiku.
“Kalau
jadi kenyataan macam-mana?,”soalku dari dalam selimut. Kerisauan di hati tidak
membenarkan aku untuk terus diam.
“Hmm…
kalau mimpi tu boleh jadi kenyataan…,”
Kata-kata
Encik Firdaus yang terhenti perlahan-lahan, membuat aku semakin gelisah. Segera
selimut kutarik ke bawah. Mata melotot merenung wajah Encik Firdaus.
“Kalau
boleh jadi kenyataan?,”soalku sedikit marah. Merenung tajam wajah yang jelas
kelihatan tidak serius itu. Encik Firdaus terus tersenyum sambil matanya
sekilas menjeling ke arah jam di dinding.
“Hmm…
kalau mimpi Tiya ni boleh jadi kenyataan… sekarang baru pukul 2.30 kan? Lepas
ni, Tiya tidur, Tiya mimpikan pula kita dapat baby. Abang doakan sekali mimpi
tu jadi kenyataan…,”selamba Encik Firdaus memberi cadangan membuat aku
tersenyum tanpa sedar. Rupa-rupanya suamiku mahu mengusik. Aku mengeluh
panjang. Ya, betul kata Encik Firdaus. Itu cuma mimpi dan mimpi cuma mainan tidur.
Perlahan aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil memandang wajah Encik
Firdaus. Tersenyum manis padanya.
“Betul
kata abang. Mimpi cuma mainan tidur. Tak perlu risau apa-apa, kan?,”
Encik
Firdaus mengangguk sambil mengangkat ibu jari. Gelagat yang kini menjemput tawa
kecilku.
“Tiya
buat abang terjaga ke tadi? Sorry ya bang,”aku bersuara apabila memikirkan
mungkin tidur Encik Firdaus terganggu dek igauan ngeriku tadi.
“Taklah.
Abang belum tidur. Baru lepas siapkan kerja sikit tadi,”
“Lewatnya.
Tidurlah. Tiya nak tidur ni,”
“Ok
sayang. Sweet dream ya…,”ucap Encik Firdaus bersama senyum mengusik. Perli aku
barangkali. Sambil itu seperti biasa satu kucupan hinggap ke dahiku sambil
mengelus rambutku seketika sebelum dia turut sama menarik selimut ke paras
pinggang. Aku mengerling sambil tersenyum.
“Good
night..,”tingkahku bersama satu ciuman di pipinya. Mengharapkan lenaku selepas
ini tidak lagi diganggu mimpi yang bukan-bukan.
******
2 comments:
Huh! lega. Ingatkan betul-betul tadi. =)
wah!!tukar jalan cerita lagi..tapi mmg suspend..ape pon..xsabar nk tunggu cerita ni di bukukan.. :)
Post a Comment