Saturday, May 12, 2012

BIARKAN YM TERUS BICARA 2

Ugly Betty : Kau macam –mana sekarang?
Sherry_sweet?: Okay. Tapi, aku tak berapa sihat la.
Ugly Betty: Kenapa? Demam ke?
Sherry_sweet: Qalisha nak dapat adik kot…

Hah?! Aku ternganga. Biar betul. Sharifah mengandung lagi? Aku mula termenung di hadapan komputer riba milik Encik Firdaus. Mencongak-congak sendiri umur Qalisha.

Ugly Betty: Kau biar betul. Qalisha baru nak masuk lima bulan weh!
Sherry_sweet: Ha ha ha. Aku acah ajelah. Tp, mmg aku kurang sihat sikit lately.
 Minta2 bukan sebab Qalisha nak dapat adiklah… Entah2 kau pregnant
tak?Kita kan bestfren. Kot2 kau pregnant, aku yang kena alahan?
            Ugly Betty: Banyaklah kau punya alahan. Cakap buat orang suspen aje. Pergilah
                               check. Kot2 betul kau nak tambah ahli keluarga, tambah lagi ank sedara
                               aku…
            Sherry_sweet: Tak ada maknanya. K lah. Gtg la. Qalisha dah buat perangai…
            Ugly Betty:Hmm… yalah. Sejak dah berkahwin ni, bukan main susah lagi nak 
                             sembang dengan kau.
            Sherry_sweet: Apa nak buat. Status dah berubah kan? Ha ha ha. K sayang. Salam.
            Ugly Betty: Salam.

            Aku mengukir senyum. Memang agak sukar untuk membuat hubungan aku dengan Sharifah seakrab dulu. Dan aku faham, lantaran komitmen masing-masing, hubungan persahabatan ini agak terbatas. Tetapi, dia tetap Sharifah yang dahulu. Yang ceria dan selalu membuat aku gembira. Membaca semula tulisannya, membuat aku tergelak kecil kemudian menggeleng perlahan. Sharifah tidak pernah berubah.
            “Sayang?,”
            Aku berpaling kemudian tersenyum lagi. Renungan Encik Firdaus menyedarkan aku yang aku tidak seharusnya terus berada di sini.
            “Lupa,”laju aku bersuara sambil membetulkan duduk di kerusi empuk milik Encik Firdaus.
            “Lupa?,”soalan Encik Firdaus bernada geram walaupun senyum terhias di bibirnya. Laju dia melangkah mendekatiku. Aku pula laju berdiri cuba menjauhkan diri. Sudah tahu apa yang ada di kepala Encik Firdaus.
            “Tadi cakap sepuluh minit…,”
            Aku tersengih.
            “Terleka sembang dengan Sherry ni. Bukan salah Tiya…,”aku bersuara bersama gelak kecil sebaik sepasang tangan Encik Firdaus erat di pinggangku.
            “Sembang apa?,”Encik Firdaus bersuara sambil matanya menghala ke screen komputer riba.
            Aku menggeleng perlahan. Sembang kosong yang aku rasa tiada pun perkara penting yang aku boleh kongsikan bersama Encik Firdaus. Dengan sedikit sukar, aku melangkah semula mendekati meja. Komputer riba aku matikan. Kemudian aku pusingkan badan menghadap wajah Encik Firdaus.
            “Jom,”ujarku pendek sambil mengusap pipi suamiku itu.
            “Macam malas pula nak turun,”Encik Firdaus bersuara perlahan. Redup renungannya memanah sepasang mataku. Aku tersenyum kecil.
            “Mana boleh macam tu. Nanti kena marah,”
            “Abang tak kisah kena marah sebab Tiya ada dengan abang,”
            Aku mengangkat kening.
            “Jomlah. Tiya dah tak sabar nak makan ni,”aku bersuara lagi. Pelukan Encik Firdaus terlerai dan jemarinya segera aku capai. Menarik dia melangkah keluar dari bilik.
            “Qalisha sihat?,”Encik Firdaus bersuara sambil memandang wajahku.
Aku mengukir senyum mendengar soalan itu. Tiap kali aku menghubungi Sharifah, pasti soalan itulah yang bakal keluar daripada bibir Encik Firdaus.
            “Sihat. Sherry cakap mungkin Qalisha nak dapat adik dah kot,”aku memberi jawapan bersama tawa kecil.
            “Wah! Mana boleh macam tu,”
            Langkahku mati di anak tangga. Segera menatap wajah Encik Firdaus.
            “Kenapa pula?,”laju aku bertanya.
            “Yalah. Sepatutnya kita yang kena dapat baby dulu sebelum Sherry dapat baby kedua,”usul Encik Firdaus sambil tersenyum lebar. Aku merengus perlahan. Ingatkan ada perkara serius yang ingin Encik Firdaus katakan.
            “Abang ni, buat suspen aje,”
            Encik Firdaus tergelak cuma.
            “Dah confirm ke?,”dia sambung bertanya.
            Aku menggeleng.
            “Taklah. Dia cuma cakap dia tak berapa sihat. Dulu masa dia mula-mula mengandungkan Qalisha kan macam tu juga, kan? Asyik demam aje. Mungkin itu yang buat dia terfikir kalau-kalau dia pregnant lagi,”
            “Tiya pula, bila nak demam-demam?,”
            Aku mengerling tanpa menjawab. Encik Firdaus tersenyum cuma.
            “Kak Long demam?,”
            Suara yang bertanya itu membantutkan hasratku untuk menjawab soalan nakal Encik Firdaus. Iecha sudah tegak berdiri di hadapanku. Memandang aku dengan wajah sedikit serius.
            “Taklah. Along Iecha ni, nak sangat Kak Long demam. Tak baik tau,”
            Wajah Iecha sedikit kendur.
            “Ingatkan demam betul-betul,”gadis manis itu mengomel perlahan. Aku mengekori langkahnya menuju ke halaman. Bau ikan dan ayam bakar sudah menyucuk hidung. Agenda wajib di hari cuti. Acara makan-makan bersama keluarga. Lebih-lebih lagi kebetulan Iecha juga sedang pulang bercuti kini. Siapa sangka kini aku berada di sini bukan lagi sebagai tetamu yang dijemput oleh Encik Firdaus dengan menggunakan taktik yang cukup halus. Aku kini menjadi sebahagian daripada ahli keluarga ini. Pandanganku terhala ke arah ibu dan bapa mertuaku yang sedang santai di dalam sebuah gazebo. Menikmati minuman sambil bersembang mesra.
            “Abang nak makan apa-apa?,”pandangan aku alihkan ke wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus menggeleng perlahan.
            “Kejap lagi. Abang nak sembang dengan abah kejap,”
            Aku mengangguk. Membiarkan Encik Firdaus melangkah meninggalkanku. Langkah aku hayun mendekati Farid yang sedang leka melayan asap berkepul-kepul. Segera membawa ingatanku pada peristiwa lama. Saat aku dan Farid sama-sama berjaya merentungkan ketulan ayam yang dibakar di atas bara. Peristiwa yang membawa senyum kecil di bibir.
            “Bila nak masak kalau bakar pakai asap?,”usikku sambil mencapai penyepit besi. Membalikkan ketulan ayam di atas tempat pembakar.
            Farid mengangkat muka. Mengibas-ngibas asap yang semakin menyesak ke wajahnya.
            “Amboi… kalau pandai, nah buat ni,”balas lelaki itu sambil menghulurkan kipas kepadaku.
            Aku tersengih sambil menggeleng. Masih belum mahir lagi untuk aku uruskan masalah asap dan bara itu.
            “Tini. Awak buatlah. Pedih mata saya,”akhirnya Farid mengalah. Kipas dihulurkan kepada Tini. Sambil Tini uruskan bara-bara yang hampir padam, aku terus membalik-balikkan ayam dan ikan di atas pembakar. Farid mengambil tempat di sisiku. Tersenyum aku melihat dia menggosok-gosok matanya yang barangkali pedih.
            “So, tak boring ke duduk kat rumah aje? Tak nak kerja balik?,”Farid bersuara tiba-tiba. Mengalihkan pandangan ke arahku. Aku terdiam seketika kemudian menjongket bahu perlahan. Permintaan Encik Firdaus setelah kami berkahwin, dia cukup senang andai aku menjadi surinya. Dia tidak mengharapkan aku sibukkan diri dengan kerjaya dan sudahnya dia akan berasa terabai. Memang agak sukar untuk aku lalui keadaan yang cukup baru ini. Sebelum ini, aku senang sibukkan diriku dengan urusan kerja dan kini tiba-tiba aku terpaksa berada di rumah sepanjang hari. Bosan? Sudah semestinya. Namun, untuk senangkan hati Encik Firdaus, aku tidak kisah.
            “Apa maknanya tu?,”soal Farid sambil turut menjongket bahunya. Membuat aku tergelak kecil. Mulai mesra dengan adik iparku ini. Lebih-lebih lagi kini, Farid sudah tinggal bersama-sama keluarganya. Sudah memulakan semula tugas di syarikat milik keluarga mereka.
            “Rindu juga. Tapi, kena buat pilihan terbaiklah kan,”aku bersuara separuh mengeluh.
            Farid tersenyum padaku.
            “Apa nak buat... along awak lebih suka saya duduk rumah aje,”sambungku sambil tersenyum kecil.
            “Mengumpat apa pula ni?,”
            Aku mengangkat muka. Baru sahaja sebut nama, Encik Firdaus sudah terpacul di hadapan mata. Senyum aku ukir selebar mungkin.
            “Mana ada mengumpat pun, Along? Mengata aje. Tu pun tak banyak pun,”selamba Farid bersuara membuat aku tergelak halus. Encik Firdaus menarik kerusi. Melabuhkan punggung hampir denganku. Farid pula terus mencapai pinggan berisi ikan dan ayam yang sudah siap dibakar kemudian perlahan mengangkat punggung.
            “Tak nak ganggulah,”ujarnya sambil terus berlalu. Mengundang senyum di bibir Encik Firdaus. Juga membuat Tini yang asyik menjaga bara turut tersenyum.
            “Cakap apa dengan Farid?,”
            Aku menggeleng. Encik Firdaus mencapai penyepit di tanganku lalu menyambung kerja membalikkan ketul-ketul ayam.
            “Tak ada apa-apalah. Dia tanya Tiya tak boring ke  duduk rumah aje? Tak kerja…,”
            “Tiya boring ke?,”
            “Sikit-sikitlah…,”jawabku ikhlas sambil tersenyum panjang. Encik Firdaus mengeluh perlahan. Penyepit dihulurkan kepada Tini. Fokusnya kini terus pada wajahku.
            “Dah tu, Tiya nak kerja ke? Abang tak halang…tapi, abang lagi suka kalau Tiya tak kerja. Jaga abang…,”
            Aku menggeleng sambil tersenyum.
            “Tiya ikut cakap abang. Tiya nak abang gembira,”
            “Abang pun nak Tiya gembira…,”
            “Tiya gembira macam ni. Lama-lama mesti okay. Abang tak payah risau,”aku bersuara. Tidak seronok melihat wajah Encik Firdaus seperti serba-salah. Aku tahu dia berasa bersalah andai permintaannya itu membuat aku tidak selesa. Betapa lelaki ini terlalu memikirkan tentang perasaanku.
            “Senyum sikit…,”usikku sambil menyentuh dagunya.
            “Tak boleh nak senyum. Banyak asap,”selamba jawapan itu meniti di bibirnya membuat aku tergelak.
            “Siapa suruh datang kat sini?,”ujarku sambil terus tergelak. Tini kulihat turut tersenyum kecil.
            “So, ikut abang ke Kuantan nanti, ya?,”
            Aku menggeleng perlahan.
            “Tak naklah. Abang ke sana kan sebab kerja. Nanti Tiya ganggu urusan abang aje. Lagipun abang pergi tak lama kan?,”
            “Betul ni? Tak takut nanti mimpi yang bukan-bukan lagi?,”usik Encik Firdaus membuat aku malu sendiri. Pasti dia mengungkit tentang mimpiku malam tadi.
            “Abang tak baik tau. Janganlah cakap macam tu. Lepas ni, kalau mimpi apa-apa pun, Tiya tak akan cerita lagi,”
            “Tak apa. Kalau tak cerita pun, abang tahu,”
            Aku mencemik.
            “Macam-mana abang tahu?,”cabarku sambil mengangkat kening.
            Encik Firdaus bergerak lebih rapat padaku. Bibirnya dibawa hampir ke telingaku.
            “Sebab Tiya bercakap masa mengigau…,”bisiknya membuat mataku membulat. Segera bahunya aku pukul.
            “Abang tipu!,”
            Encik Firdaus tergelak besar. Aku menyentuh pipi. Tiba-tiba wajah terasa membahang. Betul ke aku bercakap semasa tidur?
            “Abang gurau aje lah…,”
            Aku menjeling marah. Encik Firdaus tertawa lagi. Seketika cuma sebelum kami sama-sama diam memandang potongan ayam yang sedang Tini bakar.
            “So, for the last time… betul Tiya tak nak ikut?,”
            Aku mengangguk. Encik Firdaus membuat muka hampa, menjemput senyum di bibirku.
            “I’ll miss you,”ucapnya perlahan.
            Aku tersenyum bahagia sambil terus memandang sepasang matanya. Bukan dia sahaja, aku yakin, aku juga akan turut merinduinya.
            “Me too…,”balasku juga dengan nada yang cukup rendah. Tidak mahu sampai ke telinga Tini.
            “Then, ikutlah sekali,”
            Aku tersenyum sambil menggeleng. Dia pergi cuma untuk tiga hari dan aku tidak mahu mengganggu urusan kerjanya.



******

No comments:

[11:35:50 PM] hos.getah: