Thursday, December 11, 2008

Tak apa Papa, Mama Tak Kisah

Aku bungkam. Jambangan bunga yang dikirim aku bawa ke hidung. Wangi. Sudah seminggu berturut-turut jambangan bunga ini sampai ke meja receptionist dan sudah seminggu berturut-turut juga aku mengutip jambangan ini di meja Ayu budak receptionist. Apa mimpi lelaki ini?
“Romantiknya suami akak ya? Dah seminggu bagi bunga,”
Romantik? Itu yang aku musykil tu. Tapi,itu kisah seminggu yang lalu. Kisah yang membuat satu pejabat cukup bingit dengan suara puji dan mengusik. Malu aku dengan bos dan staff bawahanku. Yelah, mana pernah dapat bunga? Tiba-tiba seminggu berturut dapat bunga. Hari ini? Pun sama. Satu kejadian aneh juga yang berlaku. Hari ini aku dapat kad. Dari rumah lagi aku disuakan dengan berkeping-keping kad kecil.
[Selamat pagi sayang. I love you]
Itu kad pertama yang aku jumpa di atas meja solek saat aku hendak bersiap ke pejabat. Tergamam seketika. Rasa bahagia membuak tiba-tiba. Ingin aku ucapkan terima kasih pada suamiku yang juga sedang bersiap ingin ke pejabat. Tapi, wajahnya nampak cukup selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hmm. Malas pula aku nak bersuara. Sudahnya kad aku simpan di dalam laci. Bagi kad, tapi, tiada perasaan. Menyampah.
[Terima kasih untuk sarapan yang enak saban pagi. Terima kasih, sayang]
Kad kedua. Di atas meja makan selepas kami menikmati sarapan pagi. Aku ingin senyum dan ingin memeluk suamiku, tapi, bila aku melihat wajah tanpa perasaannya, aku jadi tawar hati lagi.
[Papa sayang mama. Sejak dulu, kini, dan selamanya]
Kad ketiga. Aku jumpa di dalam beg tanganku ketika aku hendak mengeluarkan telefon bimbit. Peliknya. Kenapa suamiku berubah sampai begini sekali? Sungguh drastik. Memang aku mengharapkan layanan seromantik ini daripadanya. Tapi, bila dia betul-betul menjadi romantik, hatiku menjadi gusar pula. Tujuh tahun berkahwin, usahkan sejambak bunga, sekuntum bunga pun dia tidak pernah hadiahkan padaku. Tujuh tahun berkahwin, mana pernah dia beri aku kad. Kalau ada sambutan hari istimewa pun, dia sekadar mengucapkannya padaku bersama satu ciuman di pipi. Kemudian dia akan tanya apa yang aku mahu? Kalau hari ulang tahun kehiran, apa hadiah hari jadi yang aku nak? Kalau ulangtahun perkahwinan, apa hadiah ulangtahun yang aku nak? Cukup dengan itu sahaja. Tapi, kini?Apa agenda suamiku ini? Dan, yang aku perasan, sejak dua minggu kebelakangan ini, kami sudah jarang bergaduh. Walhal, dulu, itu adalah agenda harian kami. Ada saja perkara yang menjadi pokok pertelingkahan. Rindu pula rasanya. Rindu nak bergaduh. Aku tersenyum. Dalam senyum, hati masih tertanya-tanya. Kenapa suamiku berubah? Entah-entah ini umpan tak? Entah-entah dia ada perempuan lain tak? Buat baik sebab nak minta izin kahwin lagi satu. Tidak!!!!

****
“Papa.. tolong tidurkan adik ni. Mama nak siapkan report ni,”aku memanggil suamiku apabila rasa geram sudah menjentik hati melihat anak bongsuku membuat perangai. Dan, suamiku tanpa banyak bicara, terus mendukukung anak bongsu kami, masuk ke bilik tidur.
Itu kejadian tiga hari lepas. Kalau sebelum ini, cukup payah mahu menghulur tangan melayan kerenah anak. Tiba-tiba dia jadi bapa penyanyang pula.
“Mama. Berapa kali papa cakap, bunga ni, nak kena siram selalu. Takkan kerja mudah macam ni, tak boleh nak buat,”
“Lupalah papa. Mama banyak kerja,”
“Kan dah layu. Tak cantik,”
“Alah. Biarkanlah. Tak pun, nanti mama beli pokok bunga baru. Ganti bunga papa tu,”
Suamiku diam. Terus berlalu. Peliknya. Padahal, sebelum ini, kalau bunga-bunga kesayangannya itu layu sedikit, pasti satu petang aku harus tadah telinga mendengar bebelannya. Itu pula peristiwa dua hari lepas.
“Mama. Macam mana mama nak buat kerja ni? Bersepah. Kemaslah dulu,”
Aku pandang barang-barang permainan anak-anak yang memenuhi lantai.
“Nantilah. Mama malas nak stop kerja mama ni. Nanti kerja mama siap, mama kemaslah,”
Suamiku terus mencapai barang mainan anak-anak. Dia yang tolong kemaskan. Peliknya. Kalau tidak, memang aku kena tadah telinga lagi. Kerja suka bertangguhlah. Asyik nanti..nanti.. nanti..
Tapi, kenapa suamiku tidak marah? Sudah lama kami tidak bertengkar ni. kenapa dengan suami aku ni? Pelik sungguh perangainya sejak akhir-akhir ini. Aku ingin bertanya. Tetapi, mulut terasa berat pula.

****
“Hah?! Apa papa?,”
“Candle light dinner,”
Aku letak jariku di dahi suamiku. Normal.
“Are you okay, papa?,”
“Of courselah mama. Malam ni, pukul lapan. Anak papa sudah hantar rumah mak,”
Itu bicaranya siang tadi, sewaktu dia singgah di pejabatku.. Dan, sekarang, kami sama-sama menikmati hidangan makan malam yang romantik. Bisu. Kelu. Kaku. Cuma sudu dan garfu yang sesekali menjeit bila berlaga. Romantik apa kalau senyap sunyi macam ni? Pelik betul suamiku ini.
“Papa. Mama tanya sikit, boleh?,”
“Tanyalah,”suamiku menjawab sambil menyuap mee sizzling ke mulut. Dia ni,memang. Kalau dah makan, tak ingat apa. Candle light dinner terasa seperti tiada makna apa pun. Sama saja dengan makan nasi di rumah. Tak romantik pun.
“Papa ni kenapa? Mama tengok lain macam je sejak akhir-akhir ni,”
“Lain macam apanya? Tak ada apa yang lainnya?,”
“Yelah.. tak pernah-pernah bagi bunga, tiba-tiba bagi mama bunga. Tak pernah-pernah bagi kad, tiba-tiba bagi mama kad. Selalunya suka marah-marah mama. Arah-arah mama. Tiba-tiba dah tak ada marah mama. Kenapa papa?,”
“Kenapa? Mama tak suka ke?,”
“Tak adalah sampai tak suka. Tapi, pelik. Apa yang papa dah buat ni? Papa ada buat salah dengan mama ya?,”tuduhku sambil merenung wajah suamiku. Suamiku membalas renungan itu.
“Mana ada? Mama ni, cuba jangan suka menuduh,”
“Dah tu? Kenapa tiba-tiba berubah ni? Entah-entah papa ada perempuan lain tak?,”
“MasyaALLah. Mama?! Mulut tu, jangan main tuduh saja tau,”
“Betullah tu. Saja buat baik dengan mama, sebab papa nak kahwin lain kan?,”
Suamiku sudah jegilkan mata. Marah. Aku pula sudah mula nak tarik muncung. Makan malam yang memang tidak romantik itu, bertambah tidak romantik jadinya. Eh, kami dah nak gaduhlah.
“Bukan ke ini yang mama nak papa buat?,”
Aku ternganga.
“Mama nak? Maksud papa?,”
“Papa baca luahan hati mama tu,”
Aku terlopong. Patutlah.
“Kertas yang mama dah buang dalam tong sampah tu?,”
“Yalah. Banyak sangat kekurangan papa di mata mama ya? Sekarang bila papa buat apa yang mama nak, mama bising juga. Nak papa bagi bunga, papa bagi. Nak papa bagi surprise wish, papa bagi. Impikan makan malam romantic, papa bagi. Tapi, mulut tu, tetap juga bising. Serba tak kena. Semuanya salahlah kat mana mama. Papa pun tak tahu apa sebenarnya yang mama nak,”
Aku diam. Begitu ke? Salahlah tuduhan aku tadi. Aku senyum sedikit.
“Yelah. Papa bagi bunga, tapi, tak ada ucapan apa-apa pun. Dari, papa. Tu saja. Dah tu, macam tak ada perasaan saja bagi bunga tu. Bagi ucapan pun sama. Dah bagi kat sana sini, buat muka seposen. Mama nak ucap terima kasih, terus tak jadi. Ni, makan malam ni, pulak.. sama je dengan makan malam kat rumah. Hambar. Papa duk mengadap makanan papa. Mama pula mengadap makanan mama. Cuba tengok orang sekeliling. Sama ke dengan kita. Tak kan?,”aku bersuara sambil memerhati beberapa pasangan yang sedang menikmati makan malam sambil bergurau senda.
“Nak bergurau senda macam mana? Kalau belum apa-apa mama dah ajak papa gaduh?,”
Aku diam lagi.
“Papa dah cuba buat apa yang mama tak puas hati dengan papa selama ni. tapi, mama tetap juga tak puas hati,”
“Kalau buat semata-mata sebab mama nak, tak payahlah papa. Tak ikhlas,”
Suamiku mengeluh perlahan. Perlahan tangannya mencapai jemariku.
“Mama tahu kenapa papa buat semua ni?,”
Aku menggeleng.

****
Sesungguhnya aku khilaf selama ini. Sesungguhnya aku silap selama ini. Kata-kata suamiku membuat aku bagai terjaga dari mimpi yang panjang. Betapa, selama ini aku tidak tahu mensyukuri apa yang aku ada.
“Sebab papa sayang mama. Sebab papa tak mahu mama berasa papa tidak sayang pada mama lagi. Padahal mama tahu kan, macam mana dalamnya sayang papa pada mama. Papa yakin lebih dalam dari rasa sayang mama pada papa. Papa tahu mama terima papa dulu, sebab mama kasihankan papa kan? Semasa papa menitiskan air mata merayu untuk kahwin dengan mama, papa tahu, mama terima sebab kasihan. Papa tak kisah. Sebab papa sayang sangat kat mama,”
Aku tersentuh. Tidak dapat aku nafikan kebenaran kata-kata itu. Memang aku tidak sampai hati melukakan perasaan suamiku. Sebab itulah kami bersatu juga. Tapi, aku bahagia dengan suamiku.
“Mama selalu cakap papa tak caring. Tapi, mama tak tahu papa ingat segalanya tentang kita. Mama ingat baju apa papa pakai semasa pertemuan pertama kita?,”
Aku geleng.
“Papa ingat. Papa ingat mama pakai baju kurung warna merah jambu. Dengan tudung warna kuning cair. Sama dengan warna bunga-bunga kecik kat baju mama,”
Aku terdiam. Terharu.
“Mama ingat tarikh kita jumpa? Tarikh papa ajak mama bertunang? Tarikh papa ajak mama kahwin?,”
Aku diam. Buntu mencari tarikh itu.
“Mama lupa kan? Papa tak lupa. Kita jumpa 4 Jun 1999. Papa ajak mama bertunang genap setahun kita kenal. Pada tarikh yang sama. Empat bulan lepas tu, papa ajak mama kahwin. Bulan Oktober,”
Aku tiba-tiba jadi malu pada diri sendiri.
“Mama ingat kat mana kita jumpa untuk date pertama kita?,”
Aku cuma pandang wajahnya.
“Kat sini kan?,”aku bertanya sambil memandang sekeliling kawasan restoran tempat kami menikmati makan malam itu.
“Betul. Tapi, mama ingat tak meja mana?,”
“Manalah nak ingat. Kan dah lama,”
“Papa ingat. Tu.. kat sana. Dulu dia letak meja kat situ. Sekarang dah tak ada. Dia buat stall,”
Aku terus termangu. Betapa aku silap menilai suamiku selama ini. Itu perbualan kami, saat malam malam tadi. Selepas itu, kami pulang dengan kebisuan. Aku betul-betul kelu selepas itu.
“Mama.. kenapa ni?,”
Aku tersentak . suamiku bergerak ke peti sejuk. Mencari air.
“AKu menggeleng.
“Sudahlah. Dah lewat ni. Jom tidur,”
“Papa…,”
Suamiku menoleh.
“Teruk sangat ke perangai mama ni, papa?,”
“Perangai mama memang teruk. Degil. Keras kepala. Keras hati. Pemalas pun ada sikit,”
Aku tarik muncung. Janganlah berterus terang sangat. Suamiku tersenyum sambil melangkah rapat padaku. Memegang tanganku.
“Tapi, papa suka. Papa geram bila mulut ni,suka menjawab bila papa marah. Bila papa tegur. Tapi, papa suka. Papa geram bila papa suruh buat itu ini, mama banyak alasan. Tapi, papa suka. Papa geram bila mama nak menang sendiri saja. Tak reti nak mengalah. Tapi, papa tetap suka. Sebab, bila papa terima cinta mama, bermakna papa terima segala kekurangan dah kelemahan mama,”
“Tapi, mama tak. Kan? Mama mengharapkan Sesuatu yang papa tak boleh bagi, padahal banyak lagi benda lain yang lebih bermkana yang papa bagi pada mama,”aku bersuara perlahan.
“Mama nak papa jadi romantic. Papa dah cuba. Papa dah cuba jadi orang lain, demi mama,”
“Tak apalah papa. Lepas ni, papa tak payah romantik lagi. Mama suka papa macam ni. Mama tak boleh paksa papa jadi sesuatu yang bukan diri papa. Mama salah. Mama sepatutnya terima papa seperti papa terima mama. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan mencari kekurangannya, kan?,”
Suamiku senyum.
“Mungkin sebab, kebelakangan ni, mama suka baca novel cinta kot. Sebab tu, suka fikir yang pelik-pelik macam tu,”aku bersuara sambil tersenyum kecil.
“Mama memang suka fikir benda pelik-pelik,”
Aku tertawa.
“Mama minta maaf ya, papa,”
Suamiku senyum sambil menarikku ke pelukannya.
“Walaupun papa tak pandai nak berkata-kata. Nak buat perkara-perkara yang romantik, tapi, mama percayalah, cinta papa pada mama tak kurang sedikit pun,”
“Hmmm.. tapi, rasanya macam ni, dah romantik sikit kot,”ujarku berseloroh. Suamiku tergelak. Memandang lama wajahku. Membuat aku sedar, sebenarnya tanpa itu semua pun, aku sudah cukup bahagia dengan hidupku ini. Aku terlalu mencari kekurangan suamiku sehingga aku lupa pada kekuranganku sendiri.
“Jom, tidur,”
Aku senyum.

***
“Mama ,”
“Apa papa?,”
“Stoking papa mana?,”
“Papa carilah. Mama nak bersiap ni. dah lewat ni,”
“Ini yang papa tak suka ni. Suka sangat alih-alihkan tempat simpan barang. Hari ni, simpan kat sini. Esok simpan kat lain. Mana mama simpan?,”
“Papa. Carilah dulu. Cari dengan mata dahlah. Tak payahlah cari pakai mulut,”
“Tengok. Tak ada. Mama cari sekarang,”
Aku berpaling. Memandang wajah suamiku yang sudah masam. Aku tarik drawer almari. Mengambil bungkusan stoking yang baru dibeli. Memang suamiku suka beli sroking.
“Papa ambil yang baru jelah. Bising. Mama nak bersiap pun tak boleh,”rungutku geram.
“Inilah dia. asal tak jumpa keluar yang baru. Asal tak jumpa keluar yang baru,”
“Papa tolong diam boleh tak?,”
“Mama! Mama! Stoking Along mana? Along dah lambat nak pergi sekolah ni. mama ni memanglah. Suka hilangkan stoking Along,”anak sulongku pula menjerit dari biliknya.
“Tengok. Tu anak papalah tu. Papa pergilah tengok kejap. Mama tak boleh bersiaplah macam ni,”
“Mama yang buat masalah kan? Mama sendiri yang settlekan. Berapa kali nak cakap, benda-benda kecil macam tu, simpan satu tempat. Ini, tak ada lain ni,. mesti bercampur dengan pakaian lain,”
Alah! Dah mula membebel pagi-pagi buta macam ni. Geram betul. Tapi, inilah yang aku lalui selama ini. Dan inilah juga rencah-rencah kehidupan yang memberi rasa bahagia padaku. Aku pandang wajah suamiku yang masih terus membebel.
“Mama bahagia sekarang papa,”
Kata-kata itu membuat suamiku terdiam.
“Apa?,”
“Mama bahagia hidup dengan papa,”
Suamiku tersenyum. Melangkah rapat padaku. Memelukku dari belakang sambil mencium pipiku. Bebelannya hilang serta-merta.
“Papa juga,”bisiknya di telingaku.
“Kalau macam tu, pergilah tolong Along cari stoking kejap. Mama nak bersiap cepat ni. nak hantar adik ke nursery lagi,”aku bersuara sambil tersengih. Suamiku memandang geram.
“Psikologi papa ya?,”
“Please….,”
“Oklah sayang,”
Dan aku tersenyum bahagia apabila sebuah lagi ciuman hinggap ke pipiku sebelum suamiku bergerak keluar.
“Mama!,”
Aku terkedu. Kenapa suara anak dan ayah bersatu memanggilku? Aku berlari keluar dari bilik. Suamiku dan anak sulungku bercekak pinggang memandang ke arahku.
“Kenapa?,”
“Stoking Along dengan papa. Semuanya kat dalam washing machine ni. Mama tak jemur ya?,”marah anak sulungku.
Aku menepuk dahi.
“Mama lupa sayang. Sorry,”
“Itulah. Buat kerja selalu bertangguh. Sekarang, apa dah jadi,”suamiku pula menambah. Sama saja perangai anak dengan ayah. Aku cuma mampu tersengih.
TAMAT

Terima Kasih Sabahatku yang Hampeh!

Seperti biasa aku terpaku melihatnya. Asyik memerhati tiap tingkahnya. Hmm… kalaulah dia menjadi milikku. Dan kalaulah dia menyedari kewujudanku di sini, bahagianya aku. Aku tersenyum sendiri. Takkanlah dia akan menyedari seorang gadis yang amat biasa seperti diriku ini. Cukuplah aku memujanya dari jauh. Cukuplah aku menjadi perindu di dalam diam. Aku tidak akan mengharap lebih dari itu. Serahkanlah segalanya pada takdir. Andai ditakdirkan dia untukku, akulah insan paling bahagia di dunia ini. Dan andai ditakdirkan dia bukan milikku, pun aku rasa puas dapat memujanya di dalam diam. Aku senyum sendiri. Tiba-tiba tinggi pula imaginasiku.
“Hai, senyum sorang-sorang nampak,”
Tanganku yang sedang menongkat dagu, tergelincir. Hampir tersembam muka ke meja. Terdengar gelak riuh. Aku berpaling. Senyum sedikit pada Kak Ramlah peniaga kantin tempat ku bekerja. Malu sebenarnya. Agak-agak Kak Ramlah perasan tak aku sedang memerhati lelaki itu?
“Tengok saja buat apa? Pergilah tegur,”Kak Ramlah bersuara sambil tersenyum panjang. Wajahku merona merah. Kak Ramlah perasan ke? Malunya!
“Tengok apa kak? Mana ada saya tengok apa-apa?,”bohongku dalam nada seorang pembohong amatur.
“Tegurla dulu. Dua-dua diam saja, bila nak menjadi? Namanya Rizal,”
“Akak ni. Pandai je ya? Mana ada saya pandang dia?,”
“Akak rasa dia pun suka kamu. Kalau kamu kat sini, kamu yang perhati dia. Kalau dia kat sini, dia yang perhati kamu,”
“Akak ni. Pandailah reka cerita. Saya pergi dululah. Akak jangan buat cerita yang bukan-bukan tau. Malu saya kalau orang dengar,” aku bersuara sambil mengangkat punggung. Kak Ramlah tergelak lagi. Saja nak menyakat aku la tu. Laju aku berlalu ke pejabat. Lagi lama di situ lagi becok mulut Kak Ramlah yang sudah sedia becok tu. Dalam pada itu, hati tertanya sendiri. Betulkah kata-kata Kak Ramlah? Betulkah jejaka itu juga seperti suka padaku?
Ah! Tak mungkin. Entah-entah dia tak tahu pun yang ada seorang gadis bernama Mazlin di sini. Kalau betul dia sukakan aku, pasti setiap kali berselisih dia akan setidak-tidaknya menghulurkan sekuntum senyuman padaku. Ini tidak. Setiap kali berselisih, dia seolah-olah tidak menyedari ada seorang gadis yang baru sahaja melepasinya. Mana mungkin dia sukakan aku. Hmm..Kak Ramlah ni, memang saja nak mereka cerita. Nak kenakan aku lah tu. Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum. Pintu pejabat aku tolak. Berdentum bunyi benda terjatuh. Aku terkejut. Kaku melihat Rizal yang terduduk di hadapanku bersama beberapa file yang turut terjatuh ke lantai. Aku cuak tiba-tiba. Cuainya aku. Kasihannya Rizal.
“Err… maaf ya. Saya tak nampak awak,” aku turut duduk. Menolong mengutip fail yang berselerak di lantai. Rizal tidak bereaksi. Cuma tangannya pantas mengutip file.
“Sakit ke? Saya betul-betul minta maaf. Saya cuai,”
Rizal bangkit. Aku turut berdiri. Berpandangan dengannya buat seketika. Dahinya yang putih nampah sedikit merah. Pasti terkena pintu cermin yang aku tolak.
“Dahi awak…,”
“Tak apa. Sikit je,”
Pantas dia menjawab sebelum aku sempat habiskan bicaraku. Pantas juga dia mencapai filenya di tanganku. Membuat aku termangu. Lebih termangu apabila dengan langkah laju dia bergerak meninggalkan aku. Aku cuma memandang sehingga dia hilang dari pandangan. Sedikitpun dia tidak pandang padaku. Dia memang tidak akan sedar kewujudanku di sini. Dan, Kak Ramlah…Akak tipu saya ye… Kata Rizal tu pun suka kat saya. Tapi, tak ada pun.
Aku mengeluh perlahan sambil bergerak ke mejaku.
“Kenapa Lin?,”
Aku berpaling. Senyum kuukir buat Dania sambil aku menggeleng perlahan.
“Bunyi apa tadi? Apa yang terjatuh?,”
“Tadi?,”
“Yelah,”
“Aku buka pintu. Terlanggar guy tu. Apa namanya ek? Rizal?,”
“Ooo… Engineer tu ya?,”
“Mana aku tahu. Kesian dia. Aku tak nampak langsung,”
Dania tersengih.
“Jatuh ke dia?,”
“Ha ah. Habis berterabur file dia,”
Gelak kecil menghiasi bibir Dania yang manis. Aku mengerutkan kening.
“Rugilah aku tak tengok,” ujar Dania bersama sisa gelaknya. Aku tersenyum sambil menggeleng.
“Tak baik kau gelakkan orang. Nasib baik tak ada yang perasan tadi. Kalau tidak, mesti malu dia,”
Dania tersengih sambil melabuhkan punggung ke kerusinya. Aku pun turut sama melabuhkan punggung ke kerusi. Cuba mengingati wajah Rizal sebentar tadi. Sudah sekian lama dia bekerja di sini dan sudah sekian lama aku menjadi pemerhati Rizal, baru hari ini aku tahu Rizal itu siapa. Memang aku tidak pernah ambil tahu tentang itu semua. Untuk merisik dengan sesiapa, aku malu. Tapi, rasanya tidak ada salahnya aku berbicara tentang apa yang aku rasa ni, pada seseorang. Aku pandang Dania yang asyik menghadap komputer.
“Kau perasan tak… Rizal tu, hensem kan?,”soalku tiba-tiba. Dania berpaling. Menatap wajahku buat seketika. Terkejutkah dia dengan soalanku? Aku sengih melihat tatapan Dania yang tidak berkelip. Memang selama kami berkawan, aku tidak pernah berbicara tentang lelaki dengannya. Jadi, tidak hairan kalau Dania terkejut.
“Maksud kau, that Rizal? Guy yang kau langgar tadi?,”soal Dania akhirnya.
Aku mengangguk. Dania menjungkit bahu.
“Kan? Kau tengok macam mana?,”
“Entah. Aku tengok biasa je.,”balas Dania dengan wajah yang selamba. Aku diam sejenak. Aku tersenyum sedikit. Selera orang mana sama. Ye tak?
“Bagi kau, tak lawa. Tapi, aku tengok dia tu, memang hensem. Nampak macam baik je. Mesti dia tu baik orangnya,”
Dania tergelak kecil. Sekali lagi dia memandangku.
“Kau ni, mimpi apa semalam ya? Tak pernah puji orang lelaki, tiba-tiba hari ni, bukan main lagi kau puji mamat tu,”
Aku sengih.
“Aku puji saja. Yelah. Itu pada pandangan aku. pandangan kau, tak tahulah pulak. Pendangan orang ni kan, berbeza,”
Dania turut tersengih sambil menyambung kerjanya. Aku pula, perlahan-lahan mencapai kerja yang tertangguh sebelum makan tengahari tadi.
*****
Aku bersandar pada kerusi. Melihat persekitaran kilang tempat aku bekerja. Mencari kelibat Rizal. Tiada. Ada rasa rindu yang mula bertenggek di ranting rasa. Biasanya pada waktu makan tengahari aku pasti dapat melihat kelibat lelaki itu. Aku mengeluh perlahan. Sudah seminggu aku tidak melihat wajah kesayanganku itu. Aku memandang jam di tangan. Sudah hampir pukul 5.30 petang. Di perkarangan kawasan meletak kereta, kulihat kereta milik Rizal masih kaku di situ. Tapi, dia di mana? Biasanya pukul 5 petang dia sudah pulang. Rindunya aku. Rindu untuk menatap wajahnya, biarpun dari jauh.
“Lin…,”
Aku tersentak. Segera aku berpaling. Kak Ramlah tersenyum. Perlahan perempuan itu melabuhkan punggung ke kerusi di hadapanku.
“Belum balik ke?,”
“Tunggu kakak. Dia janji nak datang ambik. Nak pergi shopping, kak,” jawabku, tanpa kusedar rupa-rupanya dalam menjawab pertanyaan Kak Ramlah, mataku bagai digam pada kereta Waja kelabu metalik milik Rizal.
“Berapa kali akak cakap. Pandang dari jauh buat apa? Tak dapat pandang tuannya, pandang kereta pun tak apa ya?,”
Ya ALLAH. Kantoi lagi aku dengan Kak Ramlah. Aku segera tunduk. Cepat sahaja tanganku membelek akhbar di hadapanku. Kak Ramlah menggeleng perlahan sambil menarik akhbar yang kubelek.
“Haii…sejak bila pula kamu pandai baca surat khabar Cina ni?,”
Aku kelu. Surat khabar yang sudah bertukar tangan ku lihat sekilas. Betullah! Surat khabar Cina. Macamana boleh tak perasan tadi. Mataku lari pula pada wajah Kak Ramlah yang sedang merenungku. Aku sengih. Kenapa aku selalu kantoi dengan perempuan ini? Selama ini, tidak ada sesiapa pun yang menyedari perbuatanku. Kenapalah Kak Ramlah ni, prihatin sangat? Malulah aku kalau sampai nanti semua orang tahu aku selalu perhatikan Rizal tu.
“Akak ni… saya tengok gambar la Kak..,”
“Lin…Lin… Tak salah kalau kita suka seseorang. Yang jadi salah kalau kita tak berani nak tunjuk yang kita sukakan seseorang tu,”
Aku senyum. Tidak mahu menjawab. Jawapan aku mungkin akan menjadi perangkap yang akan menjerat aku sendiri nanti. Takut nanti, Kak Ramlah akan hebahkan pada semua orang. Tidak! Malunya aku nanti.
“Jangan sampai nanti kamu sendiri yang menyesal, sudahlah,”
Aku pandang lagi wajah wanita akhir 30 an itu. Apa maksud bicaranya itu?
“Kenapa pulak saya nak menyesal Kak?,” soalku lambat-lambat.
“Yelah. Kalau dah lama sangat menunggu, nanti dikebas orang baru kamu putih mata,”
“Mana saya ada apa-apa, Kak. Lagipun, saya ni siapa la kak. Nak berangan tinggi-tinggi. Nanti orang cakap saya ni syok sendiri pulak,”
“Akak cakap ni, sebab akak sayangkan kamu dengan Rizal tu. Dua-dua budak baik. Dua-dua pemalu pulak tu. Kalau kamu nak akak jadi orang tengah, akak sanggup nak tolong,”
Aku diam. Terasa wajahku membahang. Aku membalas renungan Kak Ramlah. Janganlah Kak Ramlah buat kerja gila tu. Tiba-tiba pula Kak Ramlah nak jadi matchmaker. Rizal tu bukannya suka kat aku. Apa-apa nanti, aku yang malu sendiri.
“Dia tak suka saya lah Kak,”
“Siapa cakap?,”
“Sayalah. Dia pandang saya macam nak tak nak saja. Akak ni, saja nak kenakan saya ya?,”
“Akak nak tolong. Nanti, kalau melepas jangan salahkan akak pulak,” Kak Ramlah bersuara dengan nada sedikit merajuk. Tersentuh dengan kata-kataku barangkali. Aku tersenyum lebar. Alahai. Satu hal pula nak memujuk Kak Ramlah ni.
“Alaa… Kak. Janganlah merajuk. Saya minta maaf okay? Sikit pun tak ada niat nak buat Kak kecil hati,”
Kak Ramlah senyum kecil.
“Kamu tahu mana Si rizal tu?,” soalnya perlahan. Aku menggeleng. Manalah aku tahu. Aku bukannya kawan dia. Mana aku tahu segala urusan dia. Aku cuma pemujanya di kejauhan.
“Dia keluar dengan kawan kamu,”
Aku ternganga. Apa? Keluar dengan kawan aku? Siapa? Aku pandang wajah Kak Ramlah. Ingin tahu cerita seterusnya, tapi, malas bertanya. Nanti, nampak sangat aku ni, macam cemburu. Cemburu tanpa alasan yang kukuh. Cemburu pada yang tak sudi. Tak malunya.
“Tak nak tahu ke siapa kawan kamu tu?,”
“Siapa?,”soalku sepatah.
“Dania la. Siapa lagi? Dah seminggu Akak tengok dia orang pergi makan tengahari kat luar. Hari ni pulak, mereka keluar dengan kereta Dania. Tak tahulah pergi mana. Sampai sekarang pun belum balik lagi,”
Aku betul-betul ternganga. Terkejut. Tergamam. Dan segala ter bertenggek di minda. Takkanlah kot. Kan Dania tidak suka pada Rizal. Not my type katanya.
“Betul ke Kak? Setahu saya, Dania cakap orang macam Rizal tu tak sesuai untuk dia,”
“Entahlah. Kalau tak sesuai kenapa mesra benar nampaknya tu?,”
Aku diam. Kenapa Dania buat macam tu? Kenapa perlu dia menipu aku? Sungguh aku tidak faham.
“Tu ha… Meraka dah balik tu,”
Aku pandang ke arah kawasan meletak kereta. Kereta Wira Dania berhenti di situ. Aku cuma mampu memandang Dania keluar dari kereta bersama Rizal. Melihat tawa ceria Dania. Melihat senyum manis Rizal. Entah kenapa bibir mataku terasa panas tiba-tiba. Sayunya aku melihat kegembiraaan yang terpancar di wajah mereka. Dan, Dania… sampai hati kau Dania. Kenapa kau mesti tipu aku? Kalau kau sukakan dia, berterus-terang sajalah.
“Akak takut kamu yang putih mata nanti,”
Aku tersentak kecil. Air mata yang hendak menitik, aku tahan. Senyum, ku cuba ukir selebar mungkin.
“Tak apalah Kak. Dia orang kan sepadan tu. Sama cantik sama padan,” aku bersuara dengan lagak hipokrit yang amat sangat. Tak apalah konon. Padahal hati aku meraung sedih saat ini. Kak Ramlah mendengus perlahan.
“Susahlah cakap dengan kamu ni,”
Aku cuma memandang wajah Kak Ramlah yang sedikit mencuka. Terasa macam Kak Ramlah lebih emosi berbanding aku.
“Haiii…,”
Sapaan itu membuat aku berpaling. Dania tersengih di depanku. Kak Ramlah pula mengangkat punggung berlalu dari situ.
“Belum balik ke?,”soal Dania riang.
“Tunggu kakak aku. Tak sampai-sampai lagi,” aku menjawab sambil lewa. Rasa geram dan sedih masih tersimpan di hati. Kenapalah kau menipu aku Dania?
“Riz!,”
Aku tergamam mendengar Dania memanggil Rizal. Langkah lelaki itu terhenti.
“Come here,” seru Dania lagi, membuat aku panas punggung. Lebih parah, lelaki itu laju saja melangkah ke arah kami.
“Kau kata kau tak suka dia. Sorry…he’s not my type,” dalam lembut aku bersuara menyindir Dania sambil mengajuk gaya Dania bercakap. Dania tersengih. Dan Rizal yang semakin dekat membatalkan niat aku untuk terus bersuara. Lelaki itu kini berdiri betul – betul di hadapanku. Mengukir senyum. Tapi, bukan untukku. Senyumnya untuk Dania.
“Duduklah,”
“Tak mengganggu ke?,”
“Tak adalah. Duduk jelah,” Dania besuara lagi sambil menepuk kerusi di sebelahnya. Rizal akur. Perlahan dia duduk di sebelah Dania. Dan aku, terasa seperti orang bodoh duduk di hadapan mereka.
“Mazlin. U kenal Mazlin kan?,” Dania bersuara memperkenalkan aku pada Rizal. Aku senyum kecil. Diibalas juga dengan sekuntum senyum kecil dari Rizal
“Kenal,”jawabnya sepatah.
Aku cuak. Macam tak suka kat aku je.
“U nak minum ke?,”soal Dania sambil menatap wajah Rizal bersama senyum manja. Rizal menggeleng.
“Kan dah minum tadi,” lelaki itu menjawab pendek. Dania pula tergelak kecil sambil mengangguk perlahan. Dan aku? Aku pula resah menahan rasa sakit yang menyucuk di hati.
“Ok la. Aku balik dulu,” aku bersuara sambil mengangkat punggung. Sungguhpun aku cuma bertepuk sebelah tangan, tapi, aku tak sanggup untuk terus melihat kemesraan pasangan ini.
“Cepatnya,” celah Dania sedikit hampa.
Aku cuma tersenyum kecil.
“Kakak aku dah sampi agaknya. Dia janji dia tunggu kat luar. Ok la. Aku pergi dulu,”
Aku terus berlalu membawa air mata yang tiba-tiba menitik tanpa dipinta. Segera kusapu. Untuk apa air mata ini? Seharusnya aku sudah bersedia untuk kehilangannya kerana aku tidak pernah meletakkan sebarang harapan pada perasaan aku sendiri. Cuma, apabila aku kehilangannya di tangan sahabatku, Dania, aku betul-betul berasa kosong.

****
Aku termenung di beranda. Bunyi ruih rendah tidak kuendahkan. Masing-masing sibuk daripada pagi tadi lagi. Mak aku pun sudah berapa kali pergi dan balik ambil itu dan ini. Semuanya demi majllis pertunangan Dania yang cuma selang beberapa buah rumah dari rumahku. Aku pula, memang langsung tidak menjenguk. Alasan? Aku demam. Pening kepala. Padahal hati aku hancur. Rupa-rupanya sejak pertemuan itu, hubungan mereka semakin akrab. Dan dalam masa tidak sampai lima bulan, hari ini, mereka akan melangsungkan pertunangan. Sedih hati aku, hanya Tuhan yang tahu. Aku terduduk ke kerusi tiba-tiba. Rombongan pihak lelaki sudah sampai. Aku hanya melihat kumpulan manusia yang melintasi halaman rumahku bersama dulang hantaran bertemakan warna biru. Sayunya. Kalaulah hantaran itu untuk aku…
Tiba-tiba sahaja air mata menitik membasahi pipi.
“Kau tak serius sukakan Rizal kan?,” satu hari Dania pernah bertanya soalan itu.
“Kenapa?,”
“Aku rasa aku jatuh cinta dengan dia la. Kami nak bertunang,”
Aku terdiam mendengar kata-kata Dania. Apa lagi yang boleh aku katakana? Dan, dalam diam itu aku rasa sakit hati melihat wajah cerianya. Takkanlah sebagai sahabat yang rapat dengan aku, Dania langsung tidak sedar akan perasaanku pada Rizal? Tapi, tak boleh nak salahkan Dania saja. Kalau cuma Dania yang sukakan Rizal, tetapi lelaki itu tidak, takkanlah mereka boleh bertunang hari ini. Ye tak? Mereka memang saling mencintai. Dan, aku seharusnya akur dengan suratan ini. Suratan yang betul-betul menghiris perasaanku. Aku tahu tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Soal perasaan bukanlah soal yang boleh dipaksa-paksa. Mungkin sudah jodoh mereka berdua. Dan aku? Aku rasa selepas ini, aku kalis untuk jatuh hati lagi. Seluruh perasaanku sudah ku berikan pada Rizal, walaupun dia tidak pernah tahu…
“Ek hemm,”
Suara itu mengembalikan aku ke dunia realiti. Riak terkejut yang bukan sedikit ku rasa menyapu seluruh wajahku. Aku berpaling sambil menyapu pipi yang masih basah dengan air mata. Rizal tercegat di halaman rumahku. Apa dia buat di sini?
“Apa awak buat di sini?,” soalku kaku.
Rizal juga kelihatan agak kekok di hadapanku. Dia segan atau dia menyampah tengok aku ni? Tapi, kalau dia menyampah, sepatutnya dialah yang harus pergi. Bukannya aku. Ini kan rumah aku.
“Awak tak pergi rumah Dania. Kenapa?,” soalnya tanpa menjawab soalanku. Aku diam sejenak.
“Tak sihat,” akhirnya aku menjawab pendek. Dia mengamati wajahku, membuat jantung ini tiba-tiba berdegup kencang. Hati tertanya sendiri, masih ada sisa-sisa air matakah di pipiku?
“Pelik. Dia kan kawan baik awak?,”
Dania? Kawan baik aku? Aku rasa aku kena fikir semula pasal tu. Bukan berdendam, tapi masih geram dengan tindakannya.
“Hurm..,” Rizal bersuara lagi. Mengharapkan jawapan barangkali. Aku pandang wajahnya. Aduh! Melihat wajahnya aku seperti ingin menangis. Dia, insan yang sangat aku cintai, bakal bertunang dengan orang lain. Kenapalah dia tidak pernah sukakan aku? Melihat kumis nipisnya yang memikat. Melihat senyumnya yang manis. Melihat renungannya yang redup. Tidak! Aku tidak mahu menangis di hadapan lelaki ini. Beruntungnya Dania. Malangnya aku.
“Sampai nak bercakap dengan saya pun, awak tak sudi ke?,”soal Rizal tiba-tiba.
Aku terpaku mendengar soalan Rizal. Apa maksud kata-katanya? Macam marah saja. Apa aku dah buat padanya? Setahu aku, aku tidak pernah menyakiti hatinya. Macam mana aku nak sakiti hatinya, kalau bercakap dengannya pun aku tidak pernah.
“Apa maksud awak? Kenapa awak tanya saya macam tu?,”soalku kehairanan.
Rizal mengukir senyum yang kurang menjadi.
“Tak ada apa-apa,”
Aku mencebik sambil melayan menungku di hadapan jejaka idaman yang telah disambar orang. Lantaklah apa yang Rizal nak fikir apa tentang aku. Yang paling penting, sekarang ni, memang aku tengah kecewa sangat. Kalau Rizal cepat berlalu dari sini, lagi aku suka. Aku tidak sanggup untuk terus menatap wajahnya. Terlalu membuat aku terseksa.
“Boleh saya duduk?,” Rizal bersuara lagi. Aku jadi pelik. Menunganku terhenti. Aku berpaling. Bertentang mata dengan Rizal. Pelik pula tingkah lelaki ini. Apa mimpinya datang berbual denganku di hari pertunangannya. Saja nak membuat aku terseksa ke? Siap segak berbaju melayu pula tu. Buat aku jadi semakin makan hati saja lelaki ni. Tapi aku mesti kuat. Aku mesti menjadi pelakon yang hebat hari ini.
“Awak tak ke sana ke?,”soalku setenang mungkin. Walau hakikatnya jiwaku bergetar mengenangkan sebentar lagi akan tersarung cincin pengikat kasih antara Dania dan Rizal. Rizal tersenyum kecil. Dan, sukanya aku pada senyuman itu. Aku segera melarikan pandangan. Buat –buat sibuk membelek majalah di tanganku.
“Saya cuma datang tunjuk rumah saja. Parent saya tak bagi pergi,”
“Siapa yang sarung cincin nanti?,” satu lagi soalan yang menghiris perasaan sendiri, terpaksa aku tanya.
“Mak saya,” jawabnya pendek sambil melabuhkan punggung di birai beranda rumahku.
Aku mengeluh perlahan.
“Awak ni…kenapa? Lain macam saja. Tak suka saya tumpang duduk kat sini ke?,”
“No. Its okay. Duduklah. Saya pening kepala. Tak sihat,”bohongku laju.
“Tak pergi klinik ke?,” soalnya mengambil berat. Aku tidak tahu dia ikhlas atau tidak bertanya aku soalan itu. Tapi, nada dia bertanya buat aku jadi bahagia. Penyayangnya dia. Caring pula tu. Kenapalah lelaki ini begitu sempurna di mata aku? Aku jadi tersentuh. Jadi sedih. Semuanya bercampur baur. Rizal! Tolonglah pergi dari sini. Saya tak sanggup berdepan dengan awak lagi. Saya terlalu mencintai awak. Jerit hatiku sekuat mungkin. Namun, tidak sampai ke telinga Rizal. Lelaki itu malah kini leka membelek songkok di tangannya. Hebat sungguh seksaan yang kau berikan padaku wahai lelaki.
“Awak pula? Bila nak bertunang?,” tiba-tiba Rizal bertanya satu soalan yang betul-betul tidak masuk akal. Aku tergelak kecil. Gelak terkejut sebenarnya. Gelakku itu membuat Rizal menoleh dan meratah setiap inci wajahku dengan renungan redupnya yang memikat itu. Aku menutup mulut dengan hujung jari. Wajah Rizal nampak sedikit serius. Aku cuba sengih. Tidak mahu menjawab soalan yang tidak logik itu.
“Bertuahlah lelaki tu,” Rizal bersuara lagi. Dan aku terlopong lagi. Memang pelik tingkah Rizal hari ini. Tiba-tiba cakap pasal aku dan semua yang dia cakapkan itu, semuanya tidak betul. Rizal berdiri tiba-tiba. Memandang wajahku seketika. Aku pula, masih kaku mendengar soalan – soalan Rizal yang pelik.
“Maaflah kalau saya mengganggu ya. Saya tahu awak tak berapa sukakan saya. Salah saya sebab datang mengganggu awak kat sini. Sekali lagi saya minta maaf. Saya doakan awak bahagia dengan Mr Right awak tu,”
Dan sebelum sempat aku menjawab, Rizal sudah berlalu pergi. Untuk aku memanggilnya semula, mustahil rasanya. Biarlah. Biarlah Rizal dengan kebahagiaannya. Dan aku? Rizal…Rizal… Cuma kaulah Mr Right aku. Dulu…Kini…Dan, aku rasa selama-lamanya.

****

Selesai mengemas mejaku, aku bergerak perlahan. Aku orang terakhir yang balik hari ini. Buat kali terakhir, aku memandang ruang pejabat yang aku diami hampir dua tahun. Selepas ini, aku tidak akan ke sini lagi. Selamat tinggal semuanya. Aku pandang meja Dania. Selamat tinggal buat Dania juga. Sudah dua hari gadis itu cuti. Sibuk menyiapkan persiapan perkahwinannya dengan Rizal. Aku tersenyum pahit. Selamat berbahagia sahabatku. Aku melangkah perlahan ke kantin. Mencari Kak Ramlah. Dari jauh aku melihat Kak Ramlah dan seorang lelaki yang amat aku cintai. Apa dia buat di sini? Bukankah dia juga sepatutnya sibuk membuat persiapan? Langkah sengaja aku lambat-lambatkan. Berharap Rizal akan berlalu dari situ terlebih dahulu. Namun, semakin aku menghampiri kantin, lelaki itu masih di situ. Tidak berganjak. Bersandar malas pada dinding kantin. Seriusnya muka Rizal. Takut untuk aku mengukir senyum. Sudahnya aku mengalihkan pandangan pada wajah Kak Ramlah. Mengukir senyum manis buat wanita itu.
“Ada bawa barang yang saya pesan tu?,” soalku sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Kak Ramlah senyum. Matanya sempat lari ke wajah Rizal buat seketika sebelum kembali padaku.
“Akak lupalah. Esok, boleh?,”
Aku mengeluh perlahan.
“Alaaa… Esok saya tak ada,”
“Kamu pun cuti ke? Nak pergi majlis kahwin Dania dengan Rizal ni ke?,” soal Kak Ramlah laju. Aku senyum. Berpaling ke arah Rizal. Wajah itu tetap serius. Hish! Langsung tak ada seri pengantin. Cuba senyum sikit. Buat kali terakhir. Bolehlah aku simpan senyum itu untuk menemani mimpi-mimpiku nanti.
“Tak. Saya tak boleh pergi,”
“Memanglah kamu tak boleh pergi. Kalau pergi buat…,”
Aku menyentuh jemari Kak Ramlah. Bagai memahami permintaanku, kata-kata Kak Ramlah tergantung di situ. Aku tidak mahu Rizal tahu sesuatu yang dia tidak pernah tahu. Hakikatnya dia tidak perlu tahu pun.
“Saya berangkat ke Kuala Lumpur malam ni. Hari ni, last saya kerja,”
“Apa?,”
Aku tersentak. Bernyawa rupanya patung Rizal yang bersandar sedari tadi. Aku berpaling. Rizal melangkah ke arahku, membuat aku jadi gabra. Serius wajahnya yang bertambah membuat aku jadi gerun.
“Apa awak cakap? Awak nak ke mana?,”
“Kuala Lumpur…,”
“Kenapa? Sebab nak lari daripada saya?,”
“Haa?,”aku bertanya hairan. Pelik denagn penerimaan Rizal terhadap berita yang baru aku sampaikan. Aku mahu ke mana pun, apa kena mengena dengan Rizal?
“Awak ingat, awak lari dari saya, cinta tu akan hilang?,”
Apa?! Aku pandang wajah Kak Ramlah. Kak Ramlah tunduk. Sah! Rahsia aku sudah bocor.
“Kakak?,”
Kak Ramlah mengangkat muka. Dia tersenyum kecil.
“Akak tak sengaja. Tersasul,”
Oh! Tidak! Aku tidak sangup untuk berada di situ lebih lama. Malunya! Aku segera mengangkat punggung dan mahu melangkah pergi dari situ. Baru beberapa langkah aku bergerak, langkahku terhenti. Jemari Rizal menyambar lenganku. Membuat aku benar-benar tergamam. Aku tunduk, bila menyedari dia bergerak mendekatiku. Aku tidak sanggup melihat wajahnya. Aku malu. Betul –betul malu.
“Kenapa awak nak pergi?,”
Aku mengangkat muka. Dia kini betul –betul berdiri di hadapanku.
“Awak buat apa kat sini? Bukan ke awak sepatutnya sibuk dengan persiapan kahwin awak?,”
“Kenapa awak nak pergi?,” sekali lagi Rizal bertanya tanpa menjawab soalanku.
“Tak ada apa-apa. Saya sambung belajar. Lusa kena daftar kat UPM. Maaflah. Sebab saya tak dapat pergi majlis awak tu,”
“I love you,”
Aku terpaku. Tanpa sedar aku kini membalas renungannya. Tangan Rizal melekat di kedua-dua belah bahuku.
“I love you…,” Rizal bersuara lagi. Aku tersenyum pahit. Sandiwara apa yang sedang Rizal mainkan ini?
“Saya tak faham maksud awak,”
“Saya nak kahwin dengan awak,”
“Awak bertunang dengan Dania. Sekarang nak kahwin dengan saya pulak? Awak demam ek?,”
“Saya tak tahu selama ini awak memang sukakan saya,”
“Apa bezanya kalau pun awak tahu? Awak sukakan Dania kan? Awak cintakan dia. Dia cintakan awak. Kamu berdua dah bertunang dah esok kamu berdua akan kahwin. Tak ada bezanya,”
“Ada,”
“Awak… Rasanya kita tak perlu cakap apa-apa. Tak ada apa yang perlu dicakapkan pun,” aku bersuara sambil menyentuh jemari Rizal di bahuku. Menolak perlahan pegangannya itu. Perlahan aku melangkah. Meninggalkan Rizal di belakangku.
“Dania cakap awak tak sukakan saya, bila saya tanya dia pasal awak,”
Langkahku terhenti mendengar kata- kata Rizal di belakangku.
“Dania cakap awak tak nak kenal dengan saya pun,”
Ternganga mulutku mendengar kata-kata itu. Dania? Teganya Dania.
“Dania cakap saya ni bukan taste awak,”
Dania! Kau yang cakap macam tu. Bukan aku!
“Dania cakap awak dah jumpa Mr Right yang boleh membahagiakan awak. Dan I’m nothing for you. Orang macam saya, bersepah awak boleh dapat,”
Ya ALLAH! Sampainya hati kau Dania. Kau kan sahabat aku. Kenapa kau sanggup mereka seribu satu cerita tipu itu? Aku hanya mampu mengeluh perlahan. Walau apa pun, yang Dania cakap, perkahwinan itu tidak akan terhenti. Aku menyambung langkah aku yang terhenti.
“Saya tak akan kahwin dengan Dania esok,”
Tidak! Aku segera berpaling. Menatap wajah Rizal yang sudah bertukar hiba.
“No. awak tak boleh buat macam tu. Awak kena teruskan,”
“No. Dia tipu saya. Dan, saya memang cuma cintakan awak saja. Saya terima Dania sebab saya kecewa dengan jawapan awak,”
“Jawapan yang bukan awak dapat dari mulut saya sendiri?,”
“Itu silap saya. Dan silap kita, bila kita cuma memendam rasa. Jadi, tak payahlah kita buat satu lagi kesilapan. Perkahwinanan ini tidak sepatutnya terjadi,”
Aku diam. Memandang ke arah Kak Ramlah yang jadi pemerhati. Nasib baik saat itu cuma kami bertiga yang berada di situ. Kalau tidak, pasti hal ini akan menjadi gosip panas di kilang ini.
“Awak tak boleh buat macam ni,”
“Dania yang tak patut buat kita macam ni?,” Rizal bersuara dengan nada sedikit geram.
“Awak kena kahwin dengan dia. Kalau awak batalkan perkahwinan ni, Dania akan dapat malu. Awak kena fikirkan maruah Dania. Kasihan dia,”
“Awak. Dia tak pernah kasihankan kita pun,”
“Bagilah dia peluang. Jangan buat dia macam tu. Awak pernah sayangkan dia. Pasti awak boleh hidup dengan dia,”
“Awak? Awak tak nak kita hidup bersama?,”
Aku tersenyum sumbing.
“Mustahil, wak,”
“ Awak cintakan saya. Dan saya cintakan awak. Apa yang mustahil?,”
“Awak kena kahwin dengan Dania. Kalaupun bukan sebab Dania, fikirlah tentang mak dan ayah Dania. Apa perasaan mereka kalau perkahwinan anak tunggal mereka batal saat –saat akhir macam ni. Ayah Dania ada darah tinggi…sakit jantung. Say takut dia tak akan mampu menerima aib seberat itu,”
“Kakak… Saya tak percaya dia masih boleh cakap pasal orang lain, dalam keadaan macam ni,”Rizal tiba-tiba bersuara sambil memandang wajah Kak Ramlah. Barangkali Rizal benggang dengan jawapanku. Tapi, aku betul. Aku tidak boleh pentingkan diri aku sampai macam tu sekali. Aku melihat Kak Ramlah tersenyum.
“Itulah dia Mazlin. Orang lain sentiasa di depan. Dia…pilihan paling akhir dalam senarai orang yang ingin dia tolong,”
Rizal mengeluh. Aku pandang wajahnya yang kecewa.
“Saya tak boleh terima apa yang Dania dah buat pada kita,”
Aku senyum sambil mendekatinya. Entah daripada datangnya keberanian ini, jemariku perlahan menyentuh jemarinya.
“Forgive and forget,” ujarku perlahan.
“Tak mungkin. Kita sepatutnya bersama. Awak yang sepatutnya kahwin dengan saya esok. Bukan Dania,”
“Seperti yang saya cakap tadi, awak pernah sayangkan Dania. Saya yakin awak boleh hidup dengan dia. Just forgive and forget. Ok? Tolong jangan malukan keluarga Dania. Saya sayangkan Pak Daud dan Makcik Kalsom. Saya tak nak mereka malu,”
“Awak, macam mana?,”
Aku tersenyum kecil.
“What ever it is. Life must go on. Betul tak?,”
Rizal tidak menjawab. Cuma renungannya saja yang menunjukkan dia tidak setuju dengan keputusanku. Membuat aku jadi sedikit risau kalau-kalau Rizal betul – betul nekad membatalkan perkawinannya esok. Bukan aku saja nak tunjuk baik, tapi, aku rasa tindakan membatalakan perkahwinan itu, akan melukakan hati lebih banyak perasaan orang yang tidak bersalah.
“Awak… Kalau awak rasa awak betul – betul cintakan saya, kahwinlah dengan Dania tu. Demi maruah keluarga dia,” aku bersuara perlahan. Memang payah untuk disuarakan, tetapi, inilah jalan terbaik untuk kami. Sekian lama, akhirnya aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, ternyata cinta sahaja masih tidak mampu menyatukan kami. Perlu ada jodoh di situ. Dan, kami tidak memilikinya.
Aku berlalu tanpa menolah lagi. Dan aku berharap sangat untuk kali pertamanya aku meminta sesuatu daripada Rizal, dan Rizal akan penuhi permintaan itu.

****

Aku tersenyum sendiri. Akhirnya, hari ini, aku bebas sebagai seorang graduan yang memegang segulung ijazah sarjana. Seronok pula melihat teman-teman yang sibuk bergambar dengan keluarga masing-masing. Ada pula yang seronok bergambar dengan buah hati masing-masing. Masing-masing bersama jambangan bunga yang segar. Aku pula? Aku keseorangan. Tiada sesiapa yang menemaniku di sini. Tapi, aku tidak kisah. Mak tidak sihat, dan aku tidak mahu menyusahkan mak. Adik beradik? Cuma aku seorang saja anak mak. Kekasih? Aku tersenyum kecil. Sejak Rizal akhirnya berkahwin juga dengan Dania, hatiku benar-benar tertutup. Kali terakhir aku bertemu dengannya itulah. Sehari sebelum dia berkahwin. Selepas itu aku tidak pernah jumpa dengannya lagi. Biarlah semuanya menjadi kenangan. Dan terima kasih banyak – banyak buat Dania. Kalau bukan kerana dia, aku tidak mungkin menyambung pengajian sehingga ke peringkat sarjana. Memang apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku bahagia dengan hidupku sekarang. Perlahan aku mengangkat punggung, berjalan ke arah gerai menjual bunga. Cemburu pula melihat semua orang mendapat bunga. Aku pun nak juga. Tetapi, terpaksalah beli sendiri.
“Abang, bagi yang warna merah, pink, putih, kuning dan orange tu,” aku bersuara sambil jariku menunding ke arah beberapa jambangan bunga yang pelbagai warna di hadapanku.
“Banyaknya dik. Untuk siapa?,”
Aku meletakkan jubah konvoku ke bangku sambil membuka beg tanganku. Ingin mengambil wallet.
“Untuk sayalah bang. Dah tak ada orang nak belikan untuk saya. Kenalah beli sendiri,” jawabku bersahaja. Abang menjual bunga itu tergelak.
“Tak payah bang,” satu suara menegur dari belakang. Dan suara itu membuat jantungku berdebar. Bermimpikah aku? Aku segera menoleh. Tidak mungkin! Apa dia buat di sini?
“Dah ada bunga untuk dia,” Rizal bersuara sambil menghulurkan satu jambangan mawar merah yang cukup besar untuk aku. Aku terpaku di situ. Bagai mimpi.
“Apa awak buat di sini?,”
“Ambillah dulu bunga ni,”
Aku tersedar yang jambangan besar itu masih terhulur padaku. Perlahan aku mengambil jambangan mawar merah segar di tangannya. Malu pun ada rasanya. Aku melihat sekeliling. Rasanya jambangan bungaku paling besar di sini. Aku memandang ke arah abang menjual bunga. Abang itu cuma tersenyum.
“Maaf bang. Tak jadi beli. Tak cukup tangan nak pegang,” aku cuba berseloroh. Padahal hakikatnya aku cuba menutup rasa gugup dengan kemunculan lelaki ini secara tiba-tiba. Aku kembali memandang wajah Rizal. Semakin tampan pengarang hatiku ini. Tapi sayang, dia suami orang.
“Apa awak buat kat sini? Mana Dania?,” soalku sambil mata melilau mencari bayang Dania. Manalah tahu mereka datang berdua.
“Tak ada lagi Dania,”
Aku memandang wajahnya. Apa maksud kata-katanya?
“Mana awak tahu saya di sini?,”lain soalan yang bermain di kepalaku, lain pula soalan yang meluncur di bibirku.
“Mak awak beri nombor telefon kawan awak tu. So, senanglah saya cari awak,” terang Rizal sambil menunjuk ke satu arah. Aku pandang. Erika tersenyum padaku sambil mengangkat tangan. Aku turut tersenyum. Patutlah senang saja Rizal mencariku.
“Awak dengan siapa ni? Dania mana?,”
Rizal merenung tajam wajahku. Aku kecut. Segera aku tunduk. Barangkali lelaki ini rimas aku asyik bertanya soalan yang sama.
“Kan saya dah cakap, tak ada lagi Dania,”
“Maksud awak?,”
“Kami dah bercerai,”
“Apa?!,”soalku kuat. Rizal jegilkan mata sambil menarik tanganku. Terkial-kial aku mencapai jubah konvo ku sambil mengikut tarikan tangan Rizal. Langkah Rizal terhenti di kawasan yang sedikit lenggang. Pegangannya dilepaskan.
“Kenapa mesti bercerai?,” aku terus bertanya. Langsung tidak menunggu Rizal membuka bicara. Tidak sangka ini akhirannya. Memang ada emak bercerita perkahwinan Rizal sering bermasalah, tetapi, takkan sampai bercerai? Aku ke puncanya sebenarnya?
“Awak. Kenapa mesti bercerai?,”
“Awak tak suka ke dengar berita ni?,”
“Awak bercerai sebab saya ke?,” aku bertanya lagi. Rizal tersenyum lawa.
“Kalau saya cakap ya?,”
Aku binggung. Tiba-tiba rasa tidak selesa. Tidak selesa menjadi punca keruntuhan rumahtangga orang. Walaupun orang itu adalah orang yang merampas buah hatiku. Rizal tersenyum lagi.
“Tipulah kalau saya kata tak ada kena mengena langsung dengan awak, sebab saya memang tidak pernah berhenti mencintai awak. Saya kahwin pun, sebab permintaan awak. Tapi, perceraian kami, bukan awak penyebabnya,”
“Dulu awak kata forgive and forget kan? Kenapa…?,”
“Excuse me. Forgive and forget tu your words. Saya tak pernah cakap macam tu, ok?,”
“Jadi memang awak tak dapat maafkan Dania?,”
“Saya cuba. Saya cuba selama tiga tahun. Tapi, terlalu banyak benda yang mengganggu hubungan kami. Sometimes, efforts dari sebelah pihak saja tak cukup. Tak payahlah saya cerita. Itu masalah rumahtangga saya,”
Aku senyum. Aku tahu. Mak dah cerita pada aku. Memang mak menjadi tempat Rizal meluahkan perasaan. Mengadu masalah. Aku tak salahkan Rizal. Sikap degil Dania siapa pun tidak boleh lawan. Cuma tak sangka betul, mereka akan bercerai.
“Kenapa senyum?,”
Aku menggeleng perlahan. Rizal diam. Mata redupnya menatap lama wajahku. Membuat wajahku merona merah. Malulah.
“Saya rindu sangat pada awak,” Rizal bersuara perlahan sambil matanya terus melekat di wajahku.
“Kita kahwin?,”
Aku ternganga. Macam mimpi. Rizal melamar aku ke?
“Lepas ni, kita terus balik? Balik dengan saya. OK?,”
“Kenapa pulak?,”
“Sebab esok nak bertunang,”
“Siapa? Awak? Cepatnya dapat pengganti,” soalku hairan. Kata rindu kat aku. kata nak kahwin dengan aku. Tup tup nak balik cepat sebab nak bertunang. Wajahku menjadi sedikit kelat. Lelaki ini sedang mempermainkan perasaan akukah?
“Awaklah. Esok rombongan meminang saya akan sampai. Esok kita bertunang,”
“Hah?!”
Rizal tersenyum sambil mengangguk. Aku kelu. Tapi, entah kenapa, untuk kali pertama aku berasa sangat gembira. Saat ini yang terlintas di fikiran cuma kebahagiaan yang bakal digapai. Tiada lagi wajah- wajah yang perlu aku jaga hati mereka. Untuk kali pertamanya aku letak diriku di senarai pertama orang yang perlu aku bantu.
“Kenapa? Terkejut?,”
Aku tersenyum kecil sambil melangkah perlahan meninggalkan Rizal.
“Awak,” panggil Rizal dengan nada yang agak kuat.
“Saya belum kahwin lagi. Saya tak nak kahwin dengan duda,” aku bersuara sambil berpaling. Aku melihat senyum terukir di bibir Rizal.
“Ini duda hensem tau. Rugi kalau tolak. Tawaran istemewa ni. Yang terlaris di pasaran,” ujarnya dengan suara yang cukup romantik di telingaku. Aku tersenyum sambil menggeleng. Jual mahal sikit. Sekejap sahaja Rizal sudah berada di hadapanku. Dia berlari mengejarku rupanya. Langkahku terhenti.
“Baik setuju kalau tidak…,”
“Kalau tidak… apa?,” soalku tersenyum lucu. Hai, sekian lama tidak bertemu, kenapa pertemuan ini buat aku begitu mesra dengannya? Seolah hilang rasa kekok yang menghantui kami selama ini.
“Kalau tidak saya dukung awak sampai ke kereta,”
“You won’t do that…,”
“Jangan cabar seorang duda,”ujarnya sambil melangkah rapat padaku.
“Ok…Ok… Saya setuju,” aku menjawab laju apabila kedua tangan lelaki itu hampir menyentuk tubuhku. Nekad rupanya dia ni. Rizal tersenyum panjang, sambil melangkah beriringan denganku.
“So, esok kita bertunang. Lusa kita kahwin,”
“Eh, awak ni. Cepatnya,”
“Sebab dah lama sangat kita buang masa. Sepatutnya kita kahwin tiga tahun lalu. Lagipun, saya dah tak sabar nak nak gigit hidung tu. Comel sangat. Hidung tulah yang buat saya jatuh hati pada budak yang mahal senyum ni,”
Aku tersenyum malu. Tiba-tiba malu dengan gurauan Rizal.
“Mana ada? Saya suka senyum apa,”
“Kat orang lain. Kat saya mana pernah awak senyum? Hari ni baru boleh tengok senyum manis awak tu, khas untuk saya. Kalau tak, asyik tengok awak senyum untuk orang saja,”
“Macam mana saya nak senyum. Awak macam tak pernah perasan pun saya ni wujud kat dalam dunia ni. Bila jumpa, asyik serius je. Kita nak senyum pun takut. Takut malu sendiri, kalau awak tak balas,”
Rizal tergelak kecil mendengar kata-kataku. Dan, aku suka sangat mendengar gelak itu.
“Boleh kan?,” soalnya bersama sekuntum senyuman nakal. Aku cuma mampu tersenyum. Tidak mampu membalas kata-katanya.
“Lin…,”
Hampir luruh jantungku. Tak silap aku inilah kali pertama dia menyebut namaku. Aku berpaling.
“ Setuju kahwin dengan saya?,”
“Awak ni. Kalau saya bertunang dengan awak esok, maknanya saya akan kahwin dengan awakla,”
“Lusa?,”
Aku tersenyum. Ada-ada sajalah lelaki ini. Buat lawak betul.
“Awak tahu tak? Tadi tu…pertama kali awak panggil nama saya, kan?,”
Rizal tersenyum.
“Selalu sebenarnya. Dalam tidur. Awak saja yang tak dengar,”
Aku tersenyum. Bahagianya aku. Tidak pernah kusangka aku akan memperolehi sebegini banyak kebahagiaan di dalam masa satu hari.
“Tapi, rasanya Lin tu macam tak berapa sedaplah. Kalau Ling, macam mana? Darling ke?,”
“Hmmmm…. Sayang? Bunyi macam Melayu sikit,”cadangku bergurau.
“Ok sayang. So, sayang, kita balik sekarang. Esok nak bertunang. Lusa nak kahwin,”
“Dan…sayang tahu tak? Dalam kereta tu ada empat bentuk cincin untuk sayang,”
Ye lah tu. Aku senyum lagi. Bahagianya mendengar panggilan sayang dari mulut Rizal. Rizal turut tersenyum sambil tangannya perlahan melingkari pinggangku. Cepat aku tepis tangannya. Ada ke nak peluk aku kat tempat orang ramai macam ni. Rizal tersengih,
“Faham. Faham. Belum halal. Tak pe abang boleh sabar. Bukan lama lagi pun, kan sayang?,” ujar Rizal bersama sekuntum senyuman nakal yang membuat mukaku merona merah. Aku tunduk, buat-buat tidak dengar akan bicaranya. Dan dia, tergelak besar melihat aku yang malu-malu.

*****

Aku memandang cincin di jariku. Sebentuk cincin belah rotan, dan sebentuk cincin batu delima yang sungguh cantik di mataku. Cincin merisik dan cincin bertunang. Satu lagi cincin melamar terpaksa kusimpan dalam laci. Terasa macam pokok krismas kalau semua melekat di jariku. Dan, ada sebentuk lagi yang menunggu esok. Aku ingat Rizal bergurau, rupa-rupanya memang dia beli empat bentuk cincin untukku. Satu untuk melamar, satu untuk merisik, satu untuk bertunang dan satu untuk majlis batal air sembahyang esok. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Terasa aku mendapat segala yang aku hilang di dalam sekelip mata sahaja. Terima kasih pada takdir yang sebegini indah.
“Sayang..,”
Aku tersentak. Lamunanku yang tadi sunyi sepi, berganti dengan suara riuh rendah kaum keluarga datang merewang. Ini pun satu kejutan juga. Sangkaku, Rizal Cuma bergurau, tapi, rupa-rupanya memang perkahwinan kami dibuat selang sehari selepas bertunang. Persediaan semua sudah dibuat, cuma tunggu aku saja. Semuanya hasil perancangan rapi Rizal dan emak. Emak pun bersubahat rupa-rupanya dalam perkahwinan rahsia ini. Rahsia untuk akulah. Orang lain semua dah tahu.
“Menung apa tu?,” Rizal bertanya sambil melabuhkan punggung sebelahku. Aku senyum sambil menggeleng perlahan. Tangan Rizal laju mencapai jemariku. Membelek – belek inai di jariku. Niat untuk menarik tangan terbatal tiba-tiba. Entah kenapa timbul rasa suka di hati tatkala jemarinya bersentuhan dengan jemariku.
“Ni tak berapa merahlah. Nanti pakai lagi sekali ya,” dia bersuara sambil membelek jari manisku. Aku cuma memandang. Dia mengangkat muka sambil tersenyum. Rupa-rupanya dia ni, murah senyuman orangnya. Kenapalah dulu susah sangat nak senyum?
“Aik! Hari ni boleh pula ye?,”
Aku kerutkan kening.
“Boleh apa?.,”
“Pegang – pegang ni. Semalam marah,” ujarnya tersengih. Segera aku menarik tanganku, bersama wajah yang sedikit mencuka. Sempat nak menyindir aku. Dia tergelak. Jemari, aku simpan di riba. Rizal masih tersenyum sambil menongkat dagu memandangku. Tidak dapat aku nafikan,wajah Rizal kelihatan cukup berseri-seri. Nampak sangat lelaki itu tengah bahagia.
“Awak…,”
“Ya, sayang,”
Mendengar panggilan itu, soalan yang ingin aku tanya hilang entah ke mana. Betullah dia ni.
“Apa dia, sayang?,”
“Awak jangan panggil saya macam tu. Hilang soalan saya,”
“Laaa. Semalam dia juga yang suruh kita panggil macam tu,”
Aku sengih. Apa-apalah.
“Apa dia?,”soalnya sekali lagi. Aku tersenyum sambil menghela nafas panjang.
“Awak aturkan semua ni, kalau saya tak setuju macam mana?,”
“Apa abang nak heran. Mak sayang dah setuju. Sayang pun kenalah setuju. Ye tak?,”
Senangnya jawapan dia.
“Mak dah tahu semuanya. Abang dah ceritakan semuanya pada mak. Abang tahu sayang masih tak boleh lupakan abang, kan?,”
“Mana awak tahu?,”
“Kalau sayang dah lupakan abang, tentu sayang boleh berdepan dengan abang. Dengan status abang dulu. Tapi, sejak abang kahwin, sayang tak pernah tunjuk muka kat abang. Sayang selalu mengelak dari abang,”
Aku diam mendengar kata-kata itu. Memang benar apa yang Rizal katakan.
“Dania tahu ke kita nak kahwin? Kalau dia tahu, apa yang dia fikir nanti ya?,”
“Sayang. Boleh tak untuk sekali ini jangan fikir apa yang orang lain akan fikir? Cuma fikir apa yang kita nak. Boleh tak?,”
“Yelah. Mesti dia fikir saya rampas awak pulak,”
Rizal mengeluh perlahan. Matanya tajam merenungku.
“Cuba sayang fikir, siapa yang rampas siapa dari siapa sebenarnya?,”
Aku diam. Betul kata Rizal.
“Amboi-amboi. Berdua-duaan rupanya bakal pengantin ni,”satu suara riuh menyapa dari belakangku. Aku kenal suara itu. Kak Ramlah. Aku berpaling bersama senyuman yang cukup lebar. Kak Ramlah turut tersenyum sambil menghampiriku. Mengahadiahkan satu pelukan mesra buatku.
“Boleh saya join sekali?,”seloroh Rizal melihat Kak Ramlah memelukku erat. Kak Ramlah meleraikan pelukan.
“Hai.. tak boleh sabar ke? Bukan lama pun. Sampai esok je. Lepas tu, ha… lantaklaa,”
Rizal tergelak besar sementara aku, blur. Tidak tahu nak pamerkan riak wajah yang bagaimana.
“Akhirnya jadi juga kamu berdua. Alhamdulillah. Dari dulu akak suka sangat kalau kamu berdua kahwin. Tulah kalau kamu berdua bagi akak tolong dulu, dah nak masuk tiga orang anak kamu. Ni, yang sorang tu, tak payahlah malu. Yang sorang tu, tak nak lah. Dia bukan nak kat kita pun… Cakap akak ni, sorang pun tak nak percaya. Duk percaya cakap Dania tu. Siapa yang rugi? Kamu berdua juga,” panjang bebel Kak Ramlah membuat kami berdua tersengih. Rizal mencapai jemariku. Menggenggam erat sambil merenungku. Aku, macam biasa, cuma mampu tersenyum malu menanggapi renungan lelaki ini.
“InsyaALLAH. Kali ni, tak ada apa yang boleh pisahkan kami,”
Kak Ramlah tersenyum senang. Tapi, cuma untuk seketika. Melihat Rizal yang rapat denganku, dan tangannya yang kemas menggenggam jemariku, Kak Ramlah menjegilkan mata. Tangan Rizal di lempangnya.
“Lupa pulak aku. Kamu buat apa kat sini? Ni, kalau mak-mak kamu tengok, bising mereka. Tunggulah esok. Mana boleh nak jumpa-jumpa macam ni? Hilang seri pengantin nanti,”
“Saya duda Akak. Seri dah permanent. Tak akan hilang punya. Lin, pulak, nanti seri saya terbias kat dia. No hal punya. Berseri-seri jugak nanti,”
“Menjawab budak ni, ya?,”
Aku tergelak melihat Kak Ramlah menarik telinga Rizal. Rizal berdiri sambil mengerang sakit.
“Pergi balik,”
“Saya datang bawa baju pengantinlah kak,”
“Mana bajunya? Dah hantar baju tu, terus baliklah,”
Rizal sengih sambil menggosok telinga.
“Dalam kereta. Jom sayang. Kita ambil baju pengantin, bawa masuk dalam bilik pengantin,” ujar Rizal sambil menarik tanganku. Aku tergelak lagi melihat senyum nakal Rizal dan muka terkejut Kak Ramlah.
“Jom, biar pengapit pengantin temankan,” Kak Ramlah bersuara sambil mengekori kami.
“Akak ni kacau daun la,”rungut Rizal pendek. Dan kerana rungutan itu, satu cubitan daripada Kak Ramlah hinggap di lengannya. Dia menjerit kesakitan.
Aku tersenyum. Bahagianya aku. Saat ini cuma satu yang ingin aku katakan.
‘Dania, sahabatku yang hampeh. Terima kasih atas kehampehanmu padaku selama ini. Kerana kehampehanmu padaku, aku memperoleh segunung kebahagiaan ini.’

TAMAT…

Danny Delaila

PROLOG

“Rapat-rapat sikit. Pengantin perempuan tu, rapatlah sikit. Pengantin lelaki. Janganlah malu nak peluk pinggang tu. Biar Nampak mesra sikit. Haaaaaaa.. macam tu,”
Delaila tersenyum kelat. Daniel pula tersenyum malu.
“Orang dah cakap tak payah bersanding, awak degil,”sempat dia merungut di telinga Daniel. Daniel tersenyum.
“Rileksla. Bukan selalu pun…,”
“Orang tak sukalah. Rimas tahu!,”bisik Delaila geram.
“Danny depan sikit. Laila, turun ke bawah sikit,”
“Ha? Turun?,”
Jurugambar Daniel mengangguk. Delaila memandang wajah Daniel. Kemudian memandang anak tangga di atas pelamin. Matanya beralih pula pada kebaya pengantinnya yang ketat semacam.
“Jatuh nanti…,”bisiknya di telinga Daniel.
“Pelan-pelanlah. Saya pegang tangan awak,”balas Daniel sambil memegang tangan Delaila. Delaila melangkah penuh hati-hati. Tumit kasutnya terasa memijak hujung kainnya yang melerat. Alamak.
“Mak!,”
Kakinya tersadung. Tergelincir pada anak tangga pertama. Tangannya yang kuat memegang tangan Daniel membuat Daniel turut tertarik bersama. Tergolek dari atas pelamin. Berhenti di atas rumput di bawah khemah pengantin. Malunya! Suasana sepi. Pasti masing-masing terkejut melihat raja sehari membuat aksi lasak di pelamin.
“Sakit!,”jerit Delaila sambil cuba bangkit. Sah -sah kakinya terseliuh.
“Awak okay?,”
“Kaki saya…,”
“Macam mana ni? Pak andam boleh jatuh atas pelamin ni?,”satu suara tiba-tiba melantun kuat. Memecah tawa di halaman rumah Delaila. Delaila mengangkat muka. Ya ALLAH ramainya penonton. Kalau dia tahu seramai ini yang mengerumuninya, pasti dia sudah berpura-pura pengsan tadi. Sungguh!
“Kaki awak kenapa?,”soal Daniel lembut.
“Sakit,”jawab Delaila sepatah. Daniel bangkit. Membantu Delaila berdiri. Delaila cuba melangkah. Sakit. Memang kakinya terseliuh.
“Awak..apa awak buat ni?...,”Delaila bertanya cemas apabila Daniel memeluk pinggangnya.
“Larat ke awak nak dukung saya?,”soal Delaila bodoh apabila Daniel mendukungnya.
“Saya ni lelakilah,”jawapan Daniel disambut tawa para tetamu.
“Ok,”jawab Delaila perlahan. tidak mahu bersuara lagi. Malu terjatuh atas pelamin pun belum hilang. Cepat-cepat Daniel… bawa dia pergi dari sini… Itulah yang berlagu di hatinya.


****

“Oit! Mat Kepit. Kau nak ke mana tu?,”
Daniel menoleh ke kiri dan ke kanan. Mengetap bibir menahan geram. Dia kenal suara itu. Cuma dia tidak tahu di mana duduknya pemilik mulut cabul itu.
“Mana budak ni? Kalau ikut hati aku yang tak sabar ni, memang dah lama mulut kau bengkak kena cili. Percayalah…,”
“Oit! Mengata aku ke?,”sekali lagi suara itu menjentik cuping telinganya. Kali ini, bersama segugus ranting rambutan bersama kulit rambutan yang masih terlekat di situ.
“Mak kau!,”kuat dia melatah sambil terlompat. Perlahan dia mengurut dada. Mendongak ke atas pokok rambutan.
“Delaila! Kau ni memang nak kena tau!,”
Pecah tawa dari mulut gadis itu. Kelakar melihat lelaki lembut itu memarahinya.
“Aku cakap kat mak kau nanti,”
Delaila tergelak lagi.
“Ada aku kisah? Dulu, masa aku kecik, takutlah juga dengan rotan mak aku tu, sekarang ni, aku dah tak kisah… Mak aku pun dah tak ada selera nak rotan aku lagi dah..,”
Daniel merengus geram. Menghentak-hentak kaki ke tanah.
“Kiri..Kanan..Kiri…Kanan…,”sakat Delaila bersama tawa yang riuh apabila Daniel mengikut arahan dalam latah. Mamat lembut yang suka melatah.
“Aaaaaaaaaaaaaa,”jerit Daniel marah. Tawa Delaila makin kuat.
“Laila! Danny! Kenapa ni?,”
“Mak Som tengoklah anak dara Mak Som tu. Suka kacau kita tau!,”
“Mana ada? Orang kat atas pokok, dia kat bawah. Mana ada orang kacau. Kau ni, pandai reka cerita ya, Danny!,”
Daniel menjeling marah. Mak Som menggeleng perlahan.
“Turun kamu, anak dara!,”
“Alaa… lima minit lagi. Nak habiskan rambuatan ni, kejap,”
“Lima minit ya? Kejap mak cari lima minit kamu…,”Mak Som bersuara sambil melilau matanya mencari sesuatu. Melihat ibunya mencapai sabut kelapa, cepat-cepat Delaila bergerak turun dari pokok rambutan yang agak tinggi.
“Dah turun ni, mak…,”
Daniel tergelak sambil menutup mulut.
“Rasakan kau. Baling saja sabut kelapa tu, Mak Som…,”
“Jaga kau Danny. Aku pijak je tanah siap kau aku kerjakan,”
Daniel menyambung gelak sambil berlari ke arah rumahnya. Risau kalau-kalau Delaila mengotakan kata-katanya. Lebam di bahunya akibat tumbukan Delaila minggu lepas, belum pun hilang. Tidak mahu menambah parut di badannya lagi. Tidak cantik jadinya nanti.
“Tahu takut…,”rungut Delaila sambil menggosok belakang jeansnya.
“Kamu ni, dari kecil sampai dah besar panjang macam ni, selalu menyakat si Danny tu. Tak baiklah macam tu,”
Delaila menoleh. Memandang Mak Som yang mencampak semula sabut kelapa di tangannya.
“Alaa.. orang gurau-gurau je. Danny tak ambil hati pun…,”
“Mana kamu tahu dia tak ambil hati?,”
“Delaila!,”
Delaila menoleh. Daniel melambai tangan dari beranda rumahnya.
“Ada apa?,”Delaila menjerit kuat. Membuat laju jemari ibunya menjentik pipinya. Perlahan dia menggosok. Pedih.
“Aku buat puding caramel. Kau nak tak?,”
Delaila tersengih.
“Nak! Nak! I’m coming bebeh,”laju dia mengatur langkah separuh berlari. Seketika kemudian dia menoleh.
“Kan orang dah cakap, dia tak ambil hati…,”
Mak Som mengeleng perlahan. Delaila pula tersengih panjang.

***
“Delaila…,”
Delaila menoleh. Memandang Daniel yang sedang menelek muka di cermin kecil. Cermin yang bagai melekat di tangannya. Cukup tekun lelaki ini menelek bintik-bintik hitam di hidungnya. Melihat ketekunan Daniel, Delaila beralih semula kepada Yamaha 125 merahnya. Menyambung basuhannya yang terhenti.
“Delaila..,”
“Apa? Ini yang aku geram ni. Hilang focus aku tahu!,”Delaila bersuara berang sambil merenjis sponge basah ke arah Daniel. Membuat lelaki itu menjerit kuat.
“Delaila! Habislah muka aku! Sponge tu kotorlah. Habislah naik jerawat nanti!,”cepat-cepat Daniel melompat ke paip. Membuka paip sambil cepat-cepat membasuh mukanya. Delaila menggeleng perlahan. Sayang betul pada wajahnya yang licin itu.
“Asyik panggil nama aku tu, buat apa?,”
Daniel menjeling sambil merengus perlahan. Bergerak semula ke beranda sambil mencapai kotak tisu. Mengelap wajahnya perlahan-lahan.
“Kenapa kau panggil aku?,”
“Tak ada apa-apa. Aku Cuma nak Tanya kau…,”
“Tanya apa?,”
Daniel tersengih. Merenung wajah Delaila agak lama.
“Kau tak nak kahwin ke?,”
Meletus gelak dari bibir Delaila. Mimpi apa pula lelaki ini?
“Kenapa? Kau nak kahwin dengan aku ke?,”
“Boleh ke?,”soal Daniel tersenyum. Gelak Delaila semakin kuat.
“Mimpilah kau. Tak kuasa aku nak tengok kau terkepit-kepit kat atas pelamin. Malu aku nanti,”
Wajah Daniel mencuka tiba-tiba.
“Kau! Tak baik tau!,”
“Okay..Okay… Sorry. Aku gurau jelah. Kenapa tiba-tiba kau Tanya soalan ni?,”soal Delaila serius. Daniel kembali tersenyum. Susah dia mahu marah Delaila lama-lama.
“Aku teringin nak kahwin. Yalah, kita ni, bukannya budak -budak lagi kan? Dah nak masuk dua puluh tiga tahun pun. Kau dah ada calon suami ke?,”
Delaila menggeleng. Tidak pernah dia terfikir sampai ke situ.
“Kau carilah cepat-cepat. Dah tak sabar aku nak tengok kau kahwin,”
“Kenapa pula?,”
Daniel tersenyum lagi. Bergerak ke sebelah Delaila. Bersimpuh di sebelah gadis itu.
“Kau ni, kot ya pun nak control ayu, janganlah bersimpuh atas rumput tu,”
“Suka hati akulah. Kau tu, cuba duduk elok-elok. Macam jantan tahu!,”
Delaila tersenyum kecil. Memandang Daniel.
“Kenapa kau nak aku kahwin?,”
“Sebab…aku nak make up muka kau. Kau kahwin, aku jadi mak andam ya? Eh, silap. Pak andam. Ya? Dah lama aku nak make up muka kau. Tak dapat-dapat. Kedekut sangat dengan muka kau tu,”
“Mimpilah kau. Tak nak aku,”
“Apa pula. Bila kau dah kahwin, mesti nak Nampak cantik kan?,”
Delaila mencebik.
“Impian aku tu…. nak andam kau pada hari perkahwinan kau. Boleh ya? kalau kau tak nak aku jadi Pak andam kau, maknanya kau kena terima aku jadi suami kau.,”Daniel bersuara sambil tergelak. Seperti biasa, jari runcingnya cepat-cepat menutup mulut. Delaila menggeleng perlahan. Ayu sungguh tingkah mamat ni.
Delaila mencebik lagi.
“Tak usah mimpilah Danny. Siapa yang nak kat kawan kamu ni? Perangai tak macam perempuan,”
“Takkan tak ada, Mak Som. Kalau tak ada, suruh saja Delaila ni, kahwin dengan Danny Mak Som,”
“Uwek! Tak nak aku kahwin dengan kau. Tak matching langsung. Lembut semacam…,”
“Hey! Aku ni, zahir saja mecam ni. aku lelaki tau!,”

“Yelah. Memanglah kau lelaki. Tapi, kau sopan sangatlah. Sengsara kau dapat isteri macam aku nanti,”
Giliran Daniel pula yang mencebik.
“Elok juga cadangan kamu tu, Danny. Dah susah-susah sangat, kamu sajalah yang kahwin dengan Delaila ni,”
“Eeeeeeeeeeeeee,”Delaila bersuara sambil membuat muka kegelian.
“Kau hina aku ya? Tengoklah nanti. Satu hari nanti, aku akan jadi lelaki sejati tau! Masa tu, kau yang offer diri nak kahwin dengan aku,”
Delaila ketawa besar. Daniel mengangkat kening.
“Sudahlah. Malas aku nak layan kau. Aku nak ambil angin tepi laut ni. nak ikut tak?,”
“Nak..nak...,”laju Daniel menjawab.
“Cepatlah,”Delaila bersuara sambil melompat naik ke atas motosikalnya.
“Kita bawa bekal nak? Aku buat sandwichlah tadi. Pergi rumah aku kejap. Aku nak ambil,”
“Yelah. Kau buat sunquick sekali ya. Aku tak nak ice. Jangan campur gula. Buat kaw-kaw punya!,”
“Banyak songehlah kau ni, Delaila,”
Delaila tersengih sambil menunggu Daniel memboncengnya.
“Orang pergi kejap ya mak. Sebelum pukul 6.30 orang balik,”
“Hati-hati. Ingat, jangan nak duduk sana sampai senja,”
“Yalah,”
“Jangan bawak laju-laju…,”
“Aaaaaa. Aku cakap jangan lajulah!,”Daniel menjerit kuat sambil mencengkam kuat bahu Delaila. Kecut perut apabila Yamaha 125 Delaila meluncur laju.

***
“Terima sajalah Laila,”
“Alaa… takkan dengan si lembut tu. Tak mahulah mak,”
“Apa pula? Mungkin Danny tu lembut sikit. Tapi, dia budak baik. Sampai bila kamu nak hidup sorang-sorang macam ni? Tahun ni, umur kamu dah nak masuk tiga puluh dua, tahu tak?,”
“Alaaa… umur tu Cuma angkalah, mak,”
“Mak Uda dah datang Tanya hari tu,”
Delaila menggaru kepala. Terdengar-dengar kata-kata ibunya beberapa hari lalu. Gelisah memikirkan permintaan ibunya itu. Tiba-tiba sahaja ibunya memberi cadangan ngeri itu padanya. Berkahwin dengan Daniel. Dia garu kepala lagi. Terbayang Daniel yang tersipu-sipu malu di atas pelamin. Tidak! Tetapi, benar juga kata-kata ibunya itu. Takkan selamanya dia mahu sendirian. Khairul pun sudah lama berkahwin. Sudah masuk tiga orang anak lelaki itu. Lelaki pujaannya sejak di bangku sekolah.
“Tak siap lagi ke?,”
Delaila berpaling. Memandang wajah ibunya di pintu bilik.
“Alaa… setakat Mak Uda nak datang makan-makan, buat apa nak pakai lawa-lawa,”
“Danny pun ada balik. Malam tadi sampai,”
“Ya ke?,”tiba-tiba Delaila bertanya riang. Lamanya dia tidak berjumpa dengan lelaki lembut itu. Sudah hampir lima tahun lelaki itu tidak pulang ke kampung. Daniel merajuk dengannya. Dia tahu. Dia menolak lamaran Daniel lima tahun yang lalu. Tidak pernah dia sangka rupa-rupanya Daniel memang menyimpan perasaan padanya. Disebabkan lamarannya ditolak, lelaki itu terus merajuk.
“Kenapa? Sebab aku tak macho macam Khairul ke?,”
“Kau ni. Nak marah, marah sajalah. Janganlah sebut nama lelaki tak guna tu!,”
“Tak guna pun, kau tunggu juga kan?,”
“Aku tak tunggu dialah,”
“Dah tu, kenapa kau tak nak kahwin dengan aku? Aku betul-betul sayangkan kau Delaila,”
“Aku tak bolehlah,”
“Kenapa? Kau geli dengan aku ke?,”
“Bukanlah. Bukan itu sebabnya. Aku belum bersedia nak kahwinlah. Banyak lagi benda aku nak fikir,”
“Aku tahu. Kalaulah sekarang ni, yang ajak kau kahwin tu, Khairul…mesti kau terus terima. Kan? Aku sedar diri aku siapa Delaila. Aku tahu aku tak layak untuk kau,”
“Janganlah cakap macam tu, Danny. Kau kan kawan aku,”
Daniel tunduk sambil bermain dengan jemarinya. Delaila memandang. Aduh! Sentimentalnya. Rajuk Daniel saling tak tumpah rajuk wanita Melayu terakhir.
“Aku sayangkan kau Daniel. Tapi, kahwin? Belum sampai ke peringkat itu sayang aku pada kau. Maafkan aku ya?,”
“Kahwinlah dengan aku. Aku tak kisah kalau kau tak nak masuk ke dapur. Aku akan masak untuk kau. Kau malas nak kemas rumah, aku rajin. Kau malas nak basuh baju, aku sanggup basuh baju hari-hari. Aku sayang sangat pada kau Delaila. Sebab tu, apa pun kau kata kat aku, aku tak pernah marah. Aku tak boleh marah. Sebab aku sayang sangat,”
Delaila menggeleng perlahan.
“Sorry Danny. Aku tak boleh,”
Daniel tunduk lagi. Diam. Lama sebelum dia mengangkat muka semula.
“Kalau kau tetap tolak aku, aku pergi dari sini. Aku tak akan pulang ke sini. Janji aku satu saja. Kalau satu hari, aku kembali ke sini, sebagai lelaki sejati, aku akan bawa kau ke pelamin milik aku,”
“Delaila!,”
Delaila tersentak apabila suara ibunya datang seiring dengan tepukan di bahunya.
“Terkejut orang,”
“Cepat pakai kebaya tu,”
“Siapa yang beli sebenarnya ni? Mak beli ya?,”soal Delaila sambil memandang kebaya nyonya berwarna hijau lumut di ribanya.
“Danny yang beli. Dia bagi mak malam tadi. Masa mak pergi rumah Mak Uda. Lawa betul budak Danny tu sekarang…,”
Delaila mencebik.
“Cepat sikit,”
“Yalah mak,”

****
“Subhanallah. Cantiknya anak dara Mak Som ni….,”
Delaila tersenyum sambil terkepit-kepit melangkah. Menutup kain batiknya yang terbelah hampir ke peha. Seksi betul.
“Pandai pula Danny pilih baju ni. sedang elok dengan kamu Laila,”
Delaila sengih lagi. Menggaru lehernya yang sedikit gatal terkena kerawang kebaya nyonya yang dia pakai. Rambutnya yang melepasi bahu, Cuma diikat tocang.
“Mana Danny?,”soalnya sambil mata melilau mencari wajah itu. Rindu rasanya setelah lama tidak bersua.
“Belum sampai. Tadi ada panggilan dari Kuala Lumpur. Maklumlah orang dah jadi bos. Anak buah dia yang telefon agaknya,”
Delaila tersenyum. Bangga sebenarnya dengan pencapaian Daniel. Walau dia tidak pernah berjumpa dengan Daniel dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun, jalan hidup Daniel bagai sudah dihafal. Daniel sudah menjadi perunding perkahwinan yang berjaya di Kuala Lumpur. Tercapai cita-citanya untuk membuat baju yang indah-indah. Dan untuk merias wajah gadis-gadis jelita.
“Pelik aku budak-budak ni. Yalah. Yang si Danny tu, jadi mak andam. Yang si Delaila ni pulak, boleh buka pusat service kereta. Yang lelaki kerja macam perempuan. Yang perempuan pula, kerja dah macam jantan,”Mak Som merungut sambil menyusun pinggan di meja.
“Alaa… Apa pulak nak peliknya… Janji kerja. Betul tak, Mak Uda?,”
“Betul. Mak Uda setuju….,”
“Assalamualaikum…….,”
Delaila tersenyum.
“Agaknya Danny tu. Pergilah kamu panggil dia naik,”sambung Mak Uda sebaik mendengar suara orang memberi salam.
Delaila mengangguk sambil melangkah perlahan menuju ke ruang tamu. Kemudian menyambung langkah ke pintu.
“Waalaikumussalam,” Cuma salam itu sahaja yang mampu dia jawab. Selebihnya dia kelu. Lelaki yang tercegat di hujung tangga rumahnya itu benar-benar membuat dia terkejut. Dia yakin itu Daniel. Tetapi, lainnya lelaki itu. kalau lima tahun dulu, tubuhnya kerus melidi, kini Daniel Nampak sasa di balik kemeja T berwarna hitam yang dipakainya. Nampak cukup bergaya dengan jeas warna senada. Wajah pun sudah semakin memikat hati. Nampak lebih terserlah lelakinya, berbanding wajah lembut dan manis lima tahun dulu. Betul-betul sudah berubah. Betul cakap ibunya. Daniel sudah semakin lawa.
“Daniel?,”
Daniel tersenyum. Dan, senyuman itu. juga lebih memikat. Hampir-hampir dia longlai di atas tangga.
“Yelah. Akulah. Siapa lagi,”
Ha ha ha ! Ada yang masih tidak berubah tentang lelaki ini. Bicaranya. Bicara Daniel membuat dia ketawa besar.
“Kenapa gelak? Apa yang kelakar?,”
Gelak delaila semakin kuat. Daniel menjeling. Walau tidak semanja dulu jelingan itu, tetap mampu membuat Delaila hampir histeria.
“Delaila!,”Daniel menjerit sambil menghentak kaki.
“Kiri.. Kanan..Kiri…Kanan…,”usik Delaila bersama tawa besarnya.
“Delaila! Aku cium kau kat sini! Bisu terus! Baru tahu!,”
“Ciumlah. Hahaha…,”
Daniel bergerak meniti anak tangga. Langkah laju Daniel membuat Delaila tiba-tiba kecut. Mengatur langkah untuk lari. Lupa dengan kain ketat yang dia pakai. Langkahnya tersekat, membuat dia hilang imbangan diri. Terus terjatuh ke atas Daniel dan tergolek di tangga. Baldi berisi air di hujung tangga turut dilanggar. Sama-sama tergolek sehingga ke anak tangga terakhir. Lebih menghibakan apabila baldi itu terbalik sama dan air tertumpah ke atas mereka. Lencun. Dia kaku dalam pelukan Daniel. Cuba bergerak. Mukanya menyeringai. Sakit.
“Kau tak apa-apa?,”soal Daniel risau. Delaila kaku di atas dada Daniel. Terkebil-kebil menatap wajah Daniel yang turut basah terkena air. Daniel tersenyum. Mengeratkan sedikit pelukannya.
“Betul tak aku cakap? Ini, baru kena peluk. Dah kelu. Kalau aku cium, memang kau bisu terus,”usiknya sambil kenyitkan matanya. Dan, wajah Delaila merona merah. Membuat Daniel pula yang tergelak besar. Walau kuat, namun, tawa itu tetap sopan berbanding tawanya sebentar tadi. Nasib baik Daniel tidak lagi ketawa sambil menutup mulut dengan jari seperti lima tahun dulu.
“Muka kau merahlah,”
Delaila mencebik sambil menolak dada Daniel. Sakitnya.
“Apa bising-bising ni?,”
Delaila mengangkat muka. Daniel tersengih.
“Ya ALLAH. Kenapa ni? Habis lencun. Kenapa ni? Apa jadi ni?,”riuh suara Mak Som bertanya.
“Delaila rindu sangat kat Danny mak Som. Terus dia terkam Danny. Teruk betul anak dara Mak Som ni. Tak malu ni…,”
“Aku tak sengajalah, Dol. Kau suruh aku pakai kabaya ni, kenapa?,”
Daniel tergelak lagi sambil membantu Delaila bangkit.
“Mak, nampaknya mak dengan Mak Som dah tangkap basah saya dengan Delaila ni, so, kami kena kahwinlah ya? Dah lencun ni…Memang wajib kahwin ni,”
“Banyaklah kau. Siapa nak kahwin dengan kau?,”
“Kaulah,”
Delaila mencebik sambil membuang pandang. Tetapi, kenapa kali ini, wajahnya terasa membahang?

***


TAMAT
[11:35:50 PM] hos.getah: