“Dayana!,”
Laju Dayana melangkah meninggalkan Badrul. Dalam pada itu, ada rasa hairan mengganggu perasaannya. Dari mana Badrul tahu dia berada di sini?
“Dayana!,”sekali lagi Badrul memanggil sambil separuh berlari, mengejar langkah laju Dayana. Panjang benar rajuk gadis itu padanya. Bukan main susah untuk dia menjejak gadis itu, selepas dia berterus-terang dengan Dayana, gadis itu terus menyepi.
“Tunggu sayang,”Badrul bersuara sambil mencapai lengan Dayana. Sepantas kilat gadis itu merentap tangannya. Marah betul.
“Jangan panggil I sayang!,”
“Amboi… marah. Kenapa? Dah tak suka I panggil macam tu ke?,”soal Badrul cuba bergurau dengan Dayana. Dia tahu Dayana marah. Dan, dia sedar, memang wajar untuk Dayana berasa marah. Siapa yang tidak marah kalau kekasih hati ditangkap basah. Terpaksa berkahwin pula. Kalau dia pun, pasti ada rasa marah. Pasti pelbagai persoalan yang bermain di kepala. Pasti pelbagai andaian yang mengganggu perasaan.
“Memang I tak suka! I tak nak jumpa you lagi,”
“You dah bencikan I ke?,”
“Apa you buat kat sini?,”
“Cari you,”
Dayana diam seketika. Memandang wajah Badrul yang kelihatan sedikit tenang berbanding pertemuan mereka tempoh hari.
“Dari mana you tahu I ada kat sini?,”
Badrul tersenyum kecil.
“Bukan susah pun kalau I nak cari sesuatu,”
Dayana menjeling. Nada suara Badrul sudah kedengaran seperti ahli kongsi gelap mencari musuh. Badrul tersenyum.
“Yanti yang cakap. Dekat tiga hari tiga malam I pujuk dia,”
Dayana jegilkan mata. Rupa-rupanya teman serumahnya yang membocorkan rahsia. Bertuah betul.
“Jangan marah dia. Dia tak nak cakap. I yang paksa,”
Dayana bungkam.
“You belum jawab soalan I,”
“Soalan?,”
“You dah bencikan I ke?,”
Dayana diam. Kepalanya dihalakan ke laut yang terbentang luas. Bencikah dia pada Badrul? Mustahil dia bencikan lelaki yang terlalu kuat melekat di hatinya itu. Dia Cuma kecewa. Kecewa dengan berita yang Badrul sampaikan padanya tempoh hari. Kecewa dengan nasib yang menimpa percintaannya dengan Badrul.
Badrul merenung wajah Dayana yang termenung jauh. Gadis itu tidak menjawab soalannya. Mungkin Dayan tidak membencinya. Pasti masih ada ruang untuknya di hati gadis itu.
“You tak jawab soalan I. Kenapa?,”Badrul bersuara perlahan.
Dayana tunduk. Pilu mendengar soalan Badrul. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir di pipinya. Air mata yang membuat Badrul terkedu. Janganlah menangis Dayana. Air mata itu meruntun hati ini. Perlahan Badrul bergerak menghampiri gadis.
“Syyy… don’t cry…,”bisiknya lembut di telinga Dayana. Perlahan tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Mendengar pujukan lembut itu, tangis Dayana terus pecah di bahu Badrul. Lama dia pendam kesedihan itu. Dia cuba tidak menitiskan air mata, menangisi apa yang telah terjadi. Tetapi, keta-kata Badrul, membangkitkan rasa pilu yang bukan sedikit di hatinya. Dia tidak pernah bencikan Badrul. Tidak pernah.
“Jangan menangis lagi,”
“I sedih Bad. Why? Kenapa jadi macam ni?,”Dayana bersuara sendu. Terus membiarkan air matanya mengalir membasahi t-shirt hitam yang Badrul pakai.
“You mesti ingat. Bukan you saja yang sedih. I pun tak sangka semuanya boleh jadi sampai macam ni. Macam nak gila I cari you. Please… jangan buat macam ni lagi,”
Dayana menahan sendunya. Mengangkat perlahan wajahnya dari bahu Badrul. Menolak perlahan dada Badrul. Seakan faham, Badrul meleraikan pelukannya. Dayana menyapu pipinya yang basah.
“I buntu. Tak tahu nak fikir macam mana. Walau suka atau tak, I dah kehilangan you. Sakit sungguh kenyataan tu, Bad,”
Badrul mencapai jemari Dayana. Merenung mata Dayana yang basah. Melihat wajah itu, perasaannya berkecamuk. Dia tidak mahu kehilangan gadis ini. Tidak mahu.
“You tak pernah kehilangan I. I tetap milik you. Sampai bila-bila,”
Dayana tersenyum pahit. Malangnya kenyataan yang terbentang di hadapannya tidak seindah bicara yang baru meniti di bibir Badrul.
“You dah kahwin…,”
“Itu bukan masalahnya. You masih marahkan I pasal tu ke?,”
Dayana mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih marahkan Badrul atau tidak. Kalau pun, dia marah, wajarkah dia memarahi lelaki itu? Padahal segala yang berlaku bukan salah Badrul. Badrul diperangkap. Itulah yang diceritakan Badrul padanya. Dan, hati perempuannya mempercayai kata-kata itu.
“Entahlah, Bad. Kalau I nak marahkan you pun, buat apa? Tak ada apa yang akan berubah pun. I tetap kehilangan you. You sekarang milik perempuan lain,”
“I tak pernah dimiliki sesiapa, kecuali Dayana Dahari. Itulah satu-satunya perempuan yang memiliki hati I,”
Dayana tersenyum kecil. Seperti biasa, dia senang apabila lelaki itu memanggilnya dengan nama penuh. Terasa betapa dekatnya dia dengan Badrul.
“Badrul Datuk Hamidi. Jangan menggoda I. I tak nak jadi pengganggu rumahtangga orang…,”
“I akan terus menggoda orang yang I cintai.”
Dayana melangkah perlahan. Membiarkan kakinya basah di sapu ombak yang lesu menghempas pantai. Badrul turut melangkah santai di sebelahnya.
“Cakap memang mudah, Bad,”
“I tak akan lupakan you. I tak mampu nak lupakan you, Yana. Semua yang berlaku ni, tak akan kurangkan cinta I pada you. I Cuma nak satu saja. Kita kahwin,”
“You gila, Bad. You kan dah kahwin,”
“I nak kita kahwin. Please jangan tolak. Kita kahwin?,”
Dayana melangkah laju meninggalkan Badrul yang terkulat-kulat. Permintaan Badrul membuat dia geram. Pantas Badrul mengejar Dayana sekali lagi. Dayana terus melangkah tanpa berpaling. Lelaki itu sengaja ingin menduga hati perempuannya kah?
“Yana… janganlah macam ni,”
“You jangan cakap macam tu depan I,”bentak Dayana berang.
“Kenapa?,”
“Sebab I tak suka,”
“But, why?,”
“You dah kahwin,”
“Tapi, bukan dengan you,”
“I tak nak kahwin dengan suami orang,”
“Tapi, I kekasih you?,”
“Kekasih I. Tapi, sekarang you dah ada isteri. You dah jadi suami orang,”
“I tak cintakan dia. I Cuma cintakan you. Dan, I nak kahwin dengan orang yang I cinta,”
“But, still… you kahwin juga dengan dia,”
“I have to. Abah yang paksa,”
Dayana menjerit kecil. Membuat Badrul tergelak kecil. Dia tahu Dayana sedang melepaskan rasa geram di hati. Begitulah caranya gadis itu melepaskan rasa geram dan rasa marah.
“You jangan nak manipulasi I. Okay!,”Dayana bersuara bersama satu jelingan yang cukup tajam. Namun, jelingan itu belum mampu membuat hati Badrul kecut. Jelingan itu sekadar semarakkan lagi rasa kasih Badrul pada gadis itu.
“I will. I will, sayang. Sampai you say yes,”
Dayana merengus marah.
‘Jangan seksa I lagi, Bad. Kalau pun you anggap itu sebagai gurauan… gurauan you tak lucu langsung. Gurauan you menyakitkan hati I,”
Badrul melangkah lebih laju, kemudian berdiri menghalang langkah Dayana.
“Joke? You tengok muka I macam buat kelakar ke? I’m very serious about this. I memang nak kita kahwin,”
“Wife you, macam mana? You nak ceraikan dia?,”
“No. I won’t,”
Dayana kerutkan kening.
“You nak madukan I? Kenapa you tak nak ceraikan dia? You dah jatuh cinta kat dia ke?,”
“I nak ajar dia,”
“What do you mean?,”
“I tak akan bagi dia hidup senang. Dengan apa yang dia cuba lakukan, I think she deserve for it,”
Dayana diam. Kehilangan kata-kata. Matanya merenung wajah Badrul yang tiba-tiba serius.
“You… dengan dia?,”
“Nothing happen between I dengan dia. Never happen. Percayalah. I langsung tak ada perasaan pada dia. Kalau ada pun, satu saja…,”
Dayana menahan nafas. Ada ke? Matanya tajam menatap wajah Badrul. Tiba-tiba terasa cemburu mendengar kata-kata itu.
“Benci…,”
Tanpa sedar, Dayana menarik nafas lega. Badrul tersenyum. Menyedari riak cemburu Dayana. Itu bererti, dia masih mempunyai peluang untuk memiliki hati gadis itu semula.
“Ada lagi…,”tambahnya sambil tersenyum nakal. Dayana jegilkan mata. Dia tahu Badrul cuba mempermainkannya. Sengaja ingin membuat perasaan cemburunya muncul lagi.
“Apa lagi?
“Dendam…,”
Dayana mencebik.
“Kenapa?,”soal Badrul sedikit hairan dengan cebikan Dayana.
“Mula-mula memanglah benci. Dendam. Tapi, kalau dah hari-hari bersama, lama-lama, lain pula ceritanya,”
“Kalau macam tu, jomlah kita kahwin,”
Dayana diam. Cuma perlahan menyambung langkahnya yang dihalang oleh Badrul.
“Jangan cakap macam tulah, Bad. I tak suka. You pun tahu prinsip I kan? I tak suka berkongsi,”
“No. you won’t,”
“Tapi, bukan ke tak baik you buat dia macam ni? You tak nak lepaskan dia. Tapi, you tak nak bertanggungjawab pada dia ,”
“I tak akan ikat dia dengan perkahwinan ni, sampai bila-bila. Sampai masa I akan lepaskan dia. I Cuma nak ajar sikit saja. Ajar biar dia respect maruahnya sendiri. Biar dia tahu bukan senang hendak menipu duit orang. Bukan senang nak dapat duit dengan cara mudah macam ni. Biar dia serik dan tak ada lagi lelaki jadi mangsa macam I,”
Dayana diam. Memandang wajah Badrul. Tidak tahu apa perasaannya mendengar kata-kata Badrul.
“Why? Kenapa pandang I macam tu?,”
“Tetap kejam bunyinya,”ujar Dayana perlahan. Badrul tersenyum kecil.
“Sebenarnya dia yang kejam. Kejam pada dirinya sendiri…,”ujar Badrul sambil fikirannya cepat membentuk imej Sabrina. Kadang-kadang terselit rasa hairan, mengapa mesti ada perempuan bodoh seperti Sabrina? Sanggup menggadai maruah sendiri semata-mata kerana teman lelaki. Kepalanya membentuk pula imej seorang lelaki yang hampir bertumbuk dengannya tempoh hari. Bagaimana lelaki itu sekarang agaknya. Masih menghubungi Sabrina atau terus melupakan gadis itu? kalau dia fikir Sabrina boleh dapatkan duit untuknya daripada perkahwinan ini, memang lelaki itu silap. Dia tidak akan berikan itu semua pada Sabrina.
“Bad…,”
Badrul tersentak kecil apabila lengannya ditepuk perlahan. Dia menoleh. Dayana memandang ke arahnya.
“Ya. Apa dia?,”
Dayana menggeleng perlahan. Lupa kenapa dia memanggil nama Badrul. Barangkali rasa rindu yang membuat bibirnya memanggil nama itu. Rindu pada kekasih hatinya itu.
“Kita tetap macam dulu kan? You tak akan buang I kan?,”Badrul bersuara lirih. Membuat Dayana kelu seketika. Buat seketika juga, mata mereka berlaga.
“I wish I could…Bad. Tapi, cinta ni merantai I. I tak boleh nak buang you dari hidup I,”
“So, itu berita baik untuk I atau sebaliknya?,”
“I pun tak tahu. Yang paling nyata, bukan berita baik untuk I terus mencintai lelaki yang sudah bergelar suami orang,”
Badrul merenung wajah Dayana yang Nampak begitu murung.
“Kita akan kahwin. Percayalah,”
Dayana tersenyum pahit. Bagaimana mungkin dia boleh mengahwini Badrul? Bagaimana mungkin dia boleh hidup berkongsi seorang lelaki dengan perempuan lain? Dan, bagaimana mungkin dia boleh melupakan Badrul? Bagaimana mungkin dia boleh hidup tanpa lelaki itu? Bagaimana mungkin dia boleh hidup tanpa cinta lelaki itu yang sudah membungai hidupnya selama lima tahun? Dia pandang wajah Badrul. Sungguh! Dia tidak sanggup kehilangan lelaki ini. Di satu sudut yang lain, dia tidak sanggup berkongsi Badrul dengan sesiapa pun.
****