“Kopi, abah,”
Datuk Hamidi mengangkat muka. Datin Hamidah tersenyum panjang.
“Hai… mimpi apa ni, mama? Tiba-tiba bawa kopi untuk abah? Dah lama tak dapat cawan kopi dari tangan mama,”Datuk Hamidi bersuara separuh bergurau.
Datin Hamidah tidak menjawab. Cuma mengambil tempat di sebelah suaminya sambil mengerling. Datuk Hamidi tersenyum panjang.
“Jamilah sibuk kemas dapur. Mama tolong bawakan,”Datin Hamidah akhirnya bersuara apabila melihat senyum panjang Datuk Hamidi bagai tidak mahu putus dari bibir.
“Patutlah…,”balas Datuk Hamidi berlagu.
“Mana menantu abah?,”
Datuk Hamidi menutup perlahan buku di tangan. Memandang wajah isterinya.
“Hai… menantu saya? Bukan menantu kita?,”
“Yalah. Menantu abahlah. Kenapa menantu kesayangan abah tu, biarkan Bad tu makan sorang-sorang?,”
Datuk Hamidi memandang wajah isterinya. Kemudian menjenguk ke arah ruang makan.
“Anak awak tengah makan ke tu?,”
“Ha ah. Makan sorang-sorang,”
“Baguslah tu. Menantu awak pula, mana? Tak ada pun temankan suami dia makan? Kata cinta separuh mati,”
Datin Hamidah mencebik. Diam. Datuk Hamidi pulangkan paku buah keras.
“Kata Cuma dua hari. Lepas tu jadi tiga hari. Sekarang ni, rasanya dah dekat seminggu menantu awak tu out station,”tambah Datuk Hamidi tersenyum. Sengaja mahu mengumpan marah isterinya itu.
“Menantu mama, menantu abah juga…,”
“Tahu pun. Kalau macam tu, menantu abah, menantu mama juga. Janganlah beza-bezakan. Dua-dua isteri Badrul. dua-dua menantu kita,”
“Mana ada saya bezakan?,”
Datuk Hamidi tersenyum kecil. Mulut isterinya sudah sedikit memuncung.
“Tarik panjang-panjang muncung tu. Nanti abah dah tak tahu mana satu hidung, mana satu mulut,”
“Abah ni!,”
Datuk Hamidi tergelak. Datin Hamidah menjeling. Usikan –usikan sebegitu seringkali membuat marah terbantut. Membuat rajuknya hilang di tengah jalan.
“Hai abah… bukan main suka Nampak..,”
Tawa Datuk Hamidi mereda. Mengalihkan perhatian pada Badrul. Pasti baru selesai menikmati hidangan makan malam.
“Isteri sampai dua. Tapi, makan seorang. Tak tahulah apa nak jadi dengan kamu ni Bad,”
Badrul menggaru kepala. Terasa menyesal pula dia menyapa bapanya itu. Kalau dia terus berlalu, pasti dia tidak perlu mendengar celoteh sinis bapanya ini. Kesilapan tanpa disedari.
“Saya naik dulu,”Badrul mula beralasan. Mahu melarikan diri dari kedua ibu bapanya.
“Sebentar. Abah nak cakap sikit,”
Badrul tidak jadi melangkah. Memandang wajah bapanya sebelum perlahan melabuhkan punggung ke sofa. Separuh terpaksa.
“Apa dia, abah?,”
“Sabrina macam mana? Kamu berdua ada masalah ke? Dah lama tak Nampak dia makan sekali dengan kamu,”
“Agaknya sebab kaki dia macam tu kot. Dia malas nak bergerak,”
“Abah bukan cakap sekarang. Sebelum kaki dia macam tu pun, abah perhatikan kamu berdua ni, macam saling mengelak. Kamu bertengkar ke?,”
Badrul diam. Prihatin sungguh bapanya ini. Kalau dia yang mengelak, pasti jawapannya salah. Sebab dia tidak pernah mengelak dari Sabrina. Tetapi, kalau Sabrina yang mengelak, itu dia sendiri tidak pasti.
“Tak adalah. Buat apa saya nak mengelak dari jumpa dia?,”
Datuk Hamidi diam seketika. Memerhati wajah anaknya. Menilai kebenaran kata-kata Badrul.
“Walaupun kamu dah kahwin dengan Dayana, Sabrina tu, tetap isteri kamu, Bad. Belajarlah terima dia. Kamu tak boleh buat dia macam tu,”
Badrul diam lagi. Kali ini sedikit mengeluh. Topic yang sama. Nada yang sama. Juga arahan yang sama.
“Saya tahu apa saya buat, abah,”
“Kamu tahu kan, berdosa kamu buat Sabrina macam tu,”
“Tengoklah nanti,”
Datuk Hamidi menggeleng perlahan. Menatap wajah anaknya dengan pandangan hampir putus-asa. Keras kepala.
“Abah tengok Sabrina tu, tak adalah teruk sangat budaknya. Sepanjang dia tinggal di sini, tak ada perbuatannya yang salah kat mata abah. Nampak macam budak baik. Semua orang ada buat salah. Itu perkara biasalah. Lupakan cerita lama. Buka buku baru,”panjang lebar Datuk Hamidi cuba berdiplomasi. Sungguh dia tidak suka dengan apa yang sedang berlaku antara Badrul dan Sabrina.
“Tanggungjawab kamu besar sekarang. Kamu tak boleh abaikan isteri kamu macam tu,”tambahnya apabila melihat wajah Badrul ternyata tidak berminat untuk terus mendengar.
“Nantilah saya fikirkan, abah,”
Datuk Hamidi diam.
“Itu hal si Sabrina. Hal Dayana tu pun, sesak dada mama tengok,”Datin Hamidah menyambung kebisuan suaminya. Kesempatan yang ada, seeloknya dia membuka mulut. Badrul mengeluh panjang.
“Dayana pula? Apa lagi ni, mama?,”
Datuk Hamidi tersenyum sinis. Membuka semula buku di tangan. Tidak mahu menyampuk percakapan isterinya. Cukup sekadar menjadi pendengar. Sebagaimana isterinya menjadi pendengar sebentar tadi.
“Kata dua hari. Lepas tu jadi tiga hari. Sekarang ni, dah dekat seminggu…,”
“Esok baliklah kot,”
“Kot? Boleh pula macam tu?,”
“Esok dia baliklah agaknya. Katanya kalau malam sampai di sini, dia bermalam rumah parents dia dulu,”
“Hah?!,”
Badrul diam. Tersasul. Habislah telinganya. Menyesal pada keterlanjuran sendiri.
“Dah tak ada suami ke dia?,”
“Tak apalah. Saya izinkan,”
“Bad…Bad… Bukan macam ni, cara kamu sayang isteri. Nanti hilang hormat dia pada kamu. Dah ada suami, suami yang jadi keutamaan. Bukan dia tak boleh nak pergi rumah mak ayah dia, dengan kamu kan? Banyak kali mama cakap. Dia kena tahu tanggungjawab dia,”
“Mestilah dia tahu, mama,”
“Kalau kerja, jarang sangat pulang awal. Out station sana- sini. Berhari-hari tinggalkan suami. Mana tanggungjawab dia sebagai isteri?,”
“Bukan selalu dia out station,”
“Kalau cakap pasal Dayana, semuanya betul kat mata kamu ya?,”
Badrul tersenyum hambar. Bukan masalah betul atau salah. Tetapi, masalah janji yang buat dia lebih terikat pada cara kerja Dayana. Dia sendiri kurang senang, namun, dia harus akur. Sebab dia telah mengangguk setuju untuk semua syarat Dayana.
“Nanti kalau dah ada anak, tak tahulah macam mana. Silap-silap anak dah tak kenal mamanya,”
Badrul menarik muka. Datuk Hamidi mengerling. Sesekali, bernas juga bebelan isterinya ini.
“Kalau pasal tanggungjawab isteri, memang patut kamu suruh Dayana tu belajar dengan mama kamu ni,”dia menyampuk juga akhirnya.
“Mama kamu dulu pun, kerja juga. Tapi, sebaik saja kahwin dengan abah, dia sanggup berhenti kerja. Tumpukan perhatian pada keluarga. Urus suami. Anak. Padahal dulu, masa kami baru kahwin, hidup kami bukanlah senang macam sekarang. Sanggup dia korbankan gaji besarnya sebab nak duduk di rumah jaga makan pakai abah. Sebab nak didik kamu. Nak jaga kamu,”
Badrul tersenyum. Memang ibunya menjadi suri bapanya sepenuh masa. Senyumnya semakin lebar menyedari senyum malu terukir di bibir ibunya itu. Pasti malu mendengar pujian demi pujian dari mulut suami sendiri. Datuk Hamidi pula tergelak kecil.
“Cuma, sejak dah senja sikit ni, perhatian tu dan macam kurang sikit. Nak hantar kopi pun, kena tunggu time pembantu rumah busy. Kalau tak, semua nak harapkan pembantu rumah. Agaknya sebab mama pun nak abah cari calon, tak?,”
“Abah! Jangan nak mengada,”
Badrul tergelak. Lembut tangan Datin Hamidah menampar lengan suaminya.
“Tak sedar ke diri tu dah tua? Ada hati nak cari lain?,”
Datuk Hamidi tergelak besar. Wajah Datin Hamidah sudah mencuka.
“Abah cakap calon apa? Mama fikir calon apa?,”
“Jangan nak gatal ya…,”
“Abah cakap, agaknya mama ni, perlukan calon pembantu rumah sorang lagi. Kalau dah Jamilah tu sibuk sangat, ada lagi sorang yang boleh tolong hantarkan kopi untuk abah. Mama pula boleh layan Astro. Layan pokok kaktus mama. Pokok bunga mama. Perhiasan perak mama…,”
“Yalah..yalah. Lain kali, mama sendiri yang sediakan makan minum abah. Macam dulu-dulu. Cakaplah terus-terang kalau nak mama buat semula semua tu. Janganlah nak sindir-sindir mama. Dahlah, mama nak naik tidur,”
Badrul tersengih. Datuk Hamidi masih tergelak. Datin Hamidah berlalu. Merajuk. Senyum Sabrina yang berselisih dengannya,langsung tidak dibalas. Laju melangkah meninggalkan ruang tamu.
“Kenapa dengan mama tu, abah?,”
Datuk Hamidi tersenyum. Wajah Sabrina yang sedikit kehairanan dipandang agak lama.
“Tak ada apa-apalah. Merajuk tu,”
Sabrina tersenyum. Berjengkit perlahan mengatur langkah.
“Marajuk?,”
“Ha ah,”jawab Datuk Hamidi sambil mengangkat punggung.
“Abah kena pergi pujuk mama tu. Bad, fikir apa abah cakap tadi. Cakap mama tu pun, semuanya betul,”
Badrul Cuma memandang kosong. Tidak memberi sebarang reaksi. Sabrina pula memandang Datuk Hamidi yang berlalu pergi, sebelum membawa pandangan ke wajah Badrul yang sedikit muram. Wajah muram sebegitu apabila bersembang dengan bapanya, bukanlah satu pemandangan luar biasa pada Sabrina.
“Awak okay ke?,”
Badrul bersandar ke sofa. Memandang wajah Sabrina.
“Okay. Aku okay. Kenapa? Nampak macam tak okay ke?,”
Sabrina tersenyum.
“Boleh saya duduk?,”
“Duduklah. Sejak bila nak duduk kena minta permission?,”
Sabrina tidak menjawab. Memang niatnya ingin mencari suasana yang lebih luas di ruang tamu. Bosan berkurung. Cuma, nasib sedikit tidak menyebelahinya apabila dia terpaksa berkongsi ruang dengan Badrul. Dengan hati-hati dia melabuhkan punggung ke sofa. Manatap kosong rancangan Inggeris di kaca televisyen.
“Kau dah makan ke? Kak Milah cakap kamu tak turun pun,”
Sabrina menggeleng.
“Saya diet. Tak nak makan malam…,”seloroh Sabrina bersama senyuman. Cuba bermesra dengan Badrul. Badrul tersenyum kecil.
“Tak payah dietlah. Bukan gemuk pun,”
Sabrina Cuma tersenyum tanpa menjawab. Merenung wajah Badrul dalam diam. Lelaki itu leka menonton televisyen. Semakin lama mengenali lelaki ini, rasanya sikap Badrul tidaklah sebengis mana. Mungkin lelaki ini sedikit baran. Itu memang tidak dapat dia nafikan. Dia kaku seketika apabila Badrul tiba-tiba menoleh padanya. Pipi membahang tiba-tiba. Tertangkap.
“Kenapa?,”soal Badrul sedikit hairan dengan renungan itu. Sabrina menggeleng.
“Lama betul Dayana out station…,”terpacul pernyataan berbaur soalan di bibirnya. Soalan yang tidak dirancang. Sekadar menutup perasaan malunya.
“Bukan masalah kau,”
Mulut Sabrina terkunci mendengar jawapan sinis Badrul. Badrul tidak pernah mahu bercakap tentang Dayana dengannya.
“Awak berdua tak ada masalah kan?,”dia membuka soalan lagi. Soalan yang sekali lagi mengalih kosentrasi Badrul pada TV.
“Apa maksud kau?,”
“Yalah. Maksud saya…awak…awak bahagia kan?,”
“Of course. Aku kahwin dengan perempuan yang aku cinta, kenapa pula aku tak rasa bahagia?,”
Telusnya jawapan Badrul. Jawapan yang membuat hati Sabrina pedih tiba-tiba. Tidak sepatutnya dia tanyakan soalan itu. namun, sekurang-kurangnya dia semakin jelas dengan perasaan Badrul.
“Kenapa kau Tanya semua ni?,”
Sabrina menggeleng sambil tersenyum kelat.
“Tak mungkin kau Tanya tanpa sebab. Apa sebabnya?,”Badrul membetulkan duduknya. Hatinya bagai memberitahu ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran gadis itu. Pandangannya kini ditumpukan pada seraut wajah yang sudah sedikit resah itu.
“Sabrina…,”
Sabrina tunduk. Berkira-kira untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sudah cukup lama rasanya dia melihat kebahagiaan Badrul dan isteri kesayangannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia bersuara lagi. Bersuara tentang letak duduknya hubungan mereka. Dia tidak mahu selamanya berkurung di sini atas ikatan yang tidak pernah Badrul hargai ini. Kalau masih ada sisa dendam dan sakit hati, dia berharap Badrul dapat lupakan segalanya kini.
“I’m waiting. Dan, aku cukup benci menunggu. Kau maklum itu, kan?,”
Perlahan Sabrina mengangkat muka.
“Kalau saya cakap, awak jangan marah ya?,”
Badrul membuang pandang. Memalingkan tubuhnya menghadap Sabrina. Sabrina mula berdolak-dalik. Satu situasi yang cukup dia tidak suka.
“Kau tak cakap pun, dah boleh buat aku marah. So, tak ada beza. Baik kau cakap saja. Straight to the point,”
“Sebelum awak kahwin dengan Dayana, Dayana ada cakap dengan saya…,”
“Cakap apa?,”
“Sampai masa, awak akan lepaskan…,”
“No,”pantas Badrul menjawab. Sudah tahu apa yang ingin Sabrina katakan. Dan, dia tidak mahu bercakap mengenainya.
“Tapi…,”
“I said no,”perlahan jawapan Badrul sambil mengalihkan pandangan ke kaca televisyen. Berharap Sabrina akan mengerti dan akan diam.
“Awak dah janji kan?,”
“Diam. Aku tak nak cakap pasal ni,”
“Kenapa?,”
Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu. Yang dia tahu, dia jadi kurang senang setiap kali hal ini dibangkit. Lebih-lebih lagi dari mulut Sabrina. Hal ini mampu membuat ketenangannya berkocak.
“Kenapa awak tak nak cakap pasal ni?,”sekali lagi Sabrina bertanya.
“Sebab aku tak nak cakap. The end,”
“Mana boleh tak nak cakap. Sampai masa kita kena cakap juga pasal semua ni,”
Lembut suara Sabrina menerjah ke telinganya. Dan, dia tidak mahu mendengar suara itu, kalau topic ini yang meniti di bibir Sabrina.
“Aku kata diam. Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku nak tengok TV,”
Sabrina mengerutkan kening. Sedikit geram melihat wajah selamba Badrul. reaksi Badrul seolah-olah topic yang sedang mereka bualkan ini, bukanlah satu topic penting.
“Saya Cuma nak awak tunaikan janji awak,”
“Aku tak akan tunaikan,”
“Tapi, kenapa?,”
“Aku tak ada jawapannya sekarang,”
“Awak tak boleh buat saya macam ni,”Sabrina bersuara lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan Badrul yang langsung tidak boleh diterima. Tidak ada jawapan?
“Sabrina. Diam,” Badrul mengulangi amaran yang sama. Memandang wajah Sabrina yang kelihatan memang tidak mahu akur pada arahannya.
“Tak nak. Saya tak nak diam. Dah lama awak kahwin dengan Dayana. Awak cakap awak bahagia dengan Dayana. Takkan awak masih marahkan saya? Takkan awak tak boleh maafkan saya…,”
“Shut up,”perlahan amaran meniti lagi di bibir Badrul. Sabrina merenung wajah Badrul dengan pandangan yang tidak mengerti.
“Kenapa awak macam ni? Lupakan semua tu. Lepaskan saya…Biar saya teruskan hidup saya. Awak kan dah bahagia dengan Dayana,”
“Sabrina. I warn you. Diam. End of discussion, okay,”
“No. Belum habis lagi. Mana boleh awak cakap dah habis. Awak tak boleh selamanya lari dari hal ni,”
“Sabrina. Diam,”
“Awak mesti buat keputusan. Sampai masa, awak kena juga…,”
Kata-kata Sabrina terputus. Terus terdiam apabila sepantas kilat bibir Badrul melekat di bibirnya. Sekejap. Namun mampu membuat dia tersentak. Terkejut yang bukan sedikit. Melihat wajah Sabrina yang jelas terperanjat besar, Badrul tersenyum puas.
“Good girl. Pandai pun diam,”
Sabrina terkebil-kebil. Badrul mengangkat punggung. Menoleh seketika pada Sabrina yang masih terdiam.
“Aku tak nak cakap pasal ni lagi. At least bukan masa terdekat ni. Aku harap kau faham,”
Sabrina tetap kelu. Cuma memandang kosong Badrul yang melangkah meninggalkannya. Perlahan dia menyentuh bibirnya.
“Jahat…,”sepatah perkataan itu akhirnya meluahkan perasaan yang terbuku. Meraup perlahan wajahnya yang terasa membahang.
****

43 comments:
bad ni nape?
ngaku je la dah jatuh cinta dgn sabrina
thanks kak hanni...akhirnya ader gak sambungan PAM hr ni...best...best...sambunh lg la kak
opppsss...haaa kan dah kena cium...
hahahhahaa....hanni thanks...
mmg besttttt..
suke2... hahahaha badrul pandai je nak lari dr soklan tuh..
ahahaha...
sy x nmpk ye..
sy top mata,,,
hahahaha......
alaa menci la bad ni..cpt la...hish
hahaha...
sweet je part bad ngn ina...
hihi...free je ina kna cium..
2 lah..xnk dgr sgt ckp bad...hahaha
hehehehe..
bad mmg pandai wat ina diam..ala kak hanni..sweetnye n3 kali nih..
nape la susah sangat nak admit lau da suka kan kak?
btw..rily love this n3..
~gaDis_uNgu~
kak hanni..
smalam saya ada layan PAM..masa turun masak tu, saya tak ttp pulak laptop..then naik2 tgk hsbd saya dok layan pulak..b4 turun makan tu dia cakap kat saya "knapela kita tak jadi macam ni kan?"..
erm..berdebar2 pulak rasanya kak..tp rily thanks sebab novel akak wat dia sedar situasi kami..
got a sweet feeling rose in my heart now..sebab tu tak sabar2 tunggu n3 kak hanni...anyway n3 ni mmg best!!!!
thanks kak hanni...
Buat gadis ungu, saya harap awak temui bahagia yg awak cari ya. harap bahagia dengan suami. sentiasa fikir positif. :)
kalau takdir tentukan, awak terbaca citer ni, n both of u sedar, ada something yg kena improve dalam hubungan tu, saya tumpang gembira. syukur ALHAMDULILLAH.
cerita ni, rekaan semata2. janganlah ada dalam realiti situasi sebegini. situasi ni, hanya indah di dada kertas. tidak di dalam kehidupan sebenar.
terus berusaha mencari bahagia ya.
untuk gadis ungu dan suami. juga untuk semua pembaca yang disayangi.
wahhhh hanni..
i likee...best2
thanks sangat2 kak hanni..
saya mmg tak miss baca n3 kak hanni..lagi2 PAM ni..mmg salah satu fav saya ni..
saya ada minta kawan baik saya untuk blaja menulis macam kak hanni juga..kalau ada masa, u all bolehla jugak visit blog dia - http://indahbicara.blogspot.com..dia tau semuanya pasal saya..dia ni tak sehebat kak hanni, tp dia kata dia jugak minta penulisan kak hanni..
utk yg sentiasa bg semangat tu, saya hargai sangat2..thanks!!!
keh........ bad tu ego..............
ala bad ambk kesempatan dr ina tu...
right time to give a kiss, dh lm tggu peluang ni. Akhirnya dpt gak..
Sukenya...
gadis ungu....
saya pelik...
dlm era globisasi seperti ini awak masih jadikan diri awak sebagai mangsa. mangsa keadaan. mengapa awak tidak mencari kebenaran kepada kesemua salah faham yang terjadi..
maksud saya...
1- awak kata pergi kursus then awak pengsan then ada dlm bilik then org jab dtg...(knp penyelesaian nye begitu mudah. kenapa tidak bertanya kenapa awak berada dlm bilik tersebut dan dgn siapa awak sebelum tu)
2- gadis ungu, awak kena betulkan keadaan ini untuk membersihan nama awak pd keluarga, rakan dan terutama kpd xtunang. jika awak tidak mencari kebenaran sampai bila pon masyarakat akan memandang awak yg bersalah.
3- maaf jika bertanya.sepanjang 3bulan berkahwin, suami tidak pernah menyentuh awak langsung ke? sy amat bersimpati dengan nasib awak. tak sangka cerita rekaan kak honey ni ada juga dalam dunia realiti kini.
4- banyak kan bersabar dan solat/doa untuk timbulkan kasih sayang dan cinta pada diri awak kepada suami dan suami pada diri awak.
* maaf kak honey dh jd mcm sesi kaunseling plak*
-bali putih-
dari ape yg aku baca, Eeya_Need(penulis http://indahbicara.blogspot.com) tu ialah gadis ungu.
yes! aku pasti. dan aku bertambah pasti gadis ungu hanya mereka cerita untuk orang bersimpati pada dia sekali gus terus lawat dia punyer blog....yes aku pasti....
cerita rekaan dia lebih kurang jerk macam citer PAM. kak hani buat cerita ade ler logik nye. dia reka citer tak logik langsung....memula suruh org bersimpati dengan dia pastu suruh orang bukak blog dia yang tak laku tu. saja potong jalan kak hani. aku benci gadis ungu!!!!
teroulang apa orang nak kata..apepun..mmg takkan ada org nak jadi macam saya..
hsbd saya mmg da jelaskn semuanya..drp penjelasan dia, mmg dia sengaja bw saya ke biliknya..sbb time tu kunci bilik saya pd roomate sy yg masih dlm kursus..kami bukan kursus dlm bgnn, tp field trip..family sy da tau pasal ni, tp utk jg nama baik kami, kami kena kawen jugak..
mmg kami tak tido sebilik..wpun duk serumah..as a workaholic, dia mmg jarang ada kt umah..balik pun lewat..
mungkin jugak kami tak berbaik sebab saya masih lagi mengharapkan x-tunang saya..saya tataw..
tp cite kak hanni buat saya terfikir..mungkin tak semua ni mmg jodoh..tp utk semua, saya tak meminta SIMPATI dr sediapa..dan saya tak harap ada org lain akan lalui apa yg saya rasa..jgn hukum kawan saya..kalau anda tak selesa dgn dia, juz avoid him..
sorry kak hanni..saya takde niat tak baik pada blog kak hanni..kak hanni mmg penulis yg sangat saya minat..
untuk 'aku benci dia'..saya minta maaf lau saya ada wat silap kt awak..
gadis ungu...
abaikan ape jua kata orang. janji kita di pihak yang benar dan tak menipu. boleh saya bertanya lagi, mengapa husband awak bawa awak dalam bilik tu(masa kursus). dia memang sengaja nk kenakan awak ke. atas alasan ape? sebab dia suka pada awak ke? kalo betul dia suka awak, kenapa lepasa berkahwin macam orang asing plak
-bali putih-
to:bali putih
malu rasanya cite hal umahtangga kt cni.b4 tu mmg km agk rapat, tp sy taktau klu2 dia ad hati kt sy.tp sy tlalu sygkn x-tunang sy.
bukan.mnurut yg dia explain kt family sy,dia kata ms tu grup km da ad kt field, jd dia bw sy ke blik dia yg betul2 bdepn ngan blk sy.tp lain pulak jdnya.
boleh dkira dlm 3bln, bp kali je km bckap.sy penah tanya lau dia trima sy sbb tpaksa.tp dia juz ckp lau tpaksa da lm dia lpskan sy.tp lau dia sukakn sy knape dia lyn sy mcm syg takde apa2 makna utk dia?kami xde komunikasi yg baik ant st sm lain.myb itu yg wat km btmbh jauh
gadis ungu...
saya betul2 sedih dgn kisah awak. kalo saya di tempat awak, mesti berendam air matalah jawabnyee...
banyak kan bersabar k. berdoa semoga satu hari timbul rase cinta di hati masing2. berapa jarak umur antara awak dan dia. mase kena tangkap tu tak kan tak de kawan2 sekursus yang baking awak berdua..
-bali putih-
wah!cite kak hanni ni mmg best..
kepada 'aku benci dia' n 'gaDis_uNgu..
apsal gado2 ni...x bek tau.psl kes si gaDis_uNgu tu,klu btol aku mmg bersimpati la.plek gak zaman globalisasi ni msih ad kes cam si gadis tu..saya x pasti samaada cite si gadis tu true or not tp saya harap si gadis sabar menempuhi dugaan yok..hakikat semalam x kn dpt diubah wlau mcm mne kita cuba untuk mengubahnya iadi jgn sesekali kita menyesal apa yg telah berlaku...
'aku benci dia'..ape benci2 org ni..jgn camtu keyh..saya ada lawat blog indahbicara tu n saya pon rasa si gadis n writer blog indahbicara is the same person but who know.....sape la kita untk mengagak benda yg kita x pasti....
(blog x laku??terasa la plak.._-_)
luv and always
mira mezmerize..>,<
roomate sy je bckg sy time tu.tak larat da air mata ni nk mgalir.tp semuanya sy terima.jarak umur?dia tua 12tahun dr sy.tua kan?sy br awal 20an.masih pjg lg pjalann hdp sy ni.
lau mmg jodoh sy bkn dgn dia, sy hrp semua ni akn brakhir.lau mmg jodoh km, sy hrp km akn bbaik.tu je hrpn sy
eeeeee.....pe ni....
cni bkn tpt soal jawab tau....
ape2 pon.....klu btul gadis ungu x tipu....sye tmpg smpati.....
ape2 pon......
tok hanni...cpt smbung tau....
ekeleh bad.....sbnrnye dh lame nk kiss ina tpi xde point...heheheheh
Sorry kalau saya tulis nie ada yang berkecil hati...
Pada saya, walaubagaimana cara sekalipun perkahwinan gadis ungu, kita tak sepatutnya mendedahkan pada umum...anggap ia sebagai takdir kalau cerita ini benar..buat apa nak cerita tido asing, tak ada komitmen antara satu sama lain, kan macam buka aib diri sendiri....kita hidup di zaman moden, takkan lelaki yng bukan muhrim senang2 nak bawa perempuan yang tak dikenali masuk bilik hotel...lagi2 perempuan tu pengsan, takkan dia tak minta tolong org lain..dekat hotel pulak tu..macam tak logikla..
maaf sekali lagi..
TU LAH PASAL. CAM KONPIUS JERK CERITA SI GADIS UNGU NI. BETUL2 TAK LOGIK. SORANG DUDA BOLEH TAHAN PANDANG JERK KE ISTERI DIA TU KALO DAH DUDUK SERUMAH. CARA SI GADIS UNGU CAKAP MASE KENA CEKUP KAT HOTEL TU PUN BETUL2 TAK LOGIK.CAM TAK DE POMPUAN PLAK NK KENA ANGKAT DIA..NTAH LA, KALO BETUL AKU PON BERSIMPATI. KALO BETUL REKAAN SEPERTI KATA 'AKU BENCI KAU' TU, AKU PON TAK SETUJU CARA KAO NK EXPLOTASI KO PUNYE BLOG...APE2 PON HANYA TUHAN YANG MENGETAHUI YANG MANE BETUL YANG MANE SALAH...
yessssssssss......akhirnya
suka sangat entry kali ni
tq hanni :)
tlalu ramai yg bcakap psl@menilai sy rupanya.tpulang.tp betoi kata ieda,sy xpatut dedahkn rahsia umahtga kami.
anonymous:lau la sy tau nape dia xmtk tlg pd orglen atau apa je.tenang la hdp sy.i wish i know.i really2 wish dat i know.
need:sory sbb libatkn awk dlm sume ni.
kak hanni:sy akn trus support kak hanni.wpun dr jauh.
erk , whats going on here ?
hehe anyway ,
haha kesian inaaa
terus speechless lepas kena kiss dgn bad .
haha :D
makin lame makin best la pam ni :D
da la korang,,xyah nk gado2 lgi..
hnye DIA yg taw cite sbnrnye...
mne g btol,,men yg x...
hahaha...
free2 je ina kne kiss ngn bad..bad nieh pon gatai jer..
nk lgi...
lorr ni pe kes nk men soal jwb kat cnie.hntr kt emel jela wei..pepun i like dis new n3.hehe sweet..x sbr nk tunggu n3 bru.Gud luk kak hani!
wei.. pe hal nih..
jngn le gado2 wei..
dosa wei..
4 kak hanni nice n3.. cute.. ;
smbung ag kak hannnnnnnnnnniiiiiiii!!!
SALAM,
WAH!!SWEETNYA CITER DIA!!
KENA CIUM BARU C-INA TUE NAK DIAM!!
HEHHE!!
APAPUN KAK HANI,
CPTLAH SAMBUNG!!
semua bawak bertenang k. Kalau nak bual panjang..sile ler bual di YM. Jangan gado2 k. Sian kak hani. Blog dia jadi mangsa. Anyway... syabas kak hanni. N3 yang bangus sekali... hehehhe. Peminat fanatikmu.. kwang kwang kwang
hehehe..
swt eh...
tp btl gak smp bile bad nk lari dr tpk tue ahh..
dia keliru tue haa..hehe..
*swit hanna*
ERR...sy msk blog kak hanni kn??huuuu..wa..penuh kontreversi..hee..
ya2..bad actually cpt2 blah after kiss ina..ha...da cuak la tuh...
bad..u r fall in deeply in luv wif ina...thanks kak hanni...nk next n3 ya...tq2...
eee...jahatnya dia..he2
hehe...bad ni pndai yer amik ksemptan, x yah la nk ego sgt..
mgaku ajer la dh jtuh cinta ngn sab tu, hehehe...
ngee tkjut sy tbe2 blog kak hani ad kntrovesi..huh..
To gadis_ungu..sy bsimpati dgn nsib awk..tbahkn ati..
kak hani cpt sbg taw..xsbr nak taw kisah bad n sabrina..
suka n3 ni!
hah sabrina.. terkelu awak eh?
hahaha..
"Itu hal si Sabrina. Hal Dayana tu pun, sesak dada mama tengok,"
Datin Hamidah menambung kebisuan suaminya..
bila datin hamidah mula berbicara perihal dayana.. cewahh..
besttttttttttttttttt....nk lg!!!! hehehehe...
akak.. bestnyerr
cepatlah sambung
hehehe, sweet giller! bilalah bad tu nak sedar ha? lembap bebenor!
wahh..patot pon bnyk komen,tp bkn komen rupenye..sesi soal jwb yee..heheh..
KALAU betul lah kisah gadis ungu,nasib dia cam same je la ngn ina kan..
sume org xcaye..
kahkahkah..
hm,kejam la bad,kurung ina dlm sarkar emas tu and xjln kan tnggungjwb
takkan xde law yg bleh backup org2 camni?bkn ade cerai fasakh ke?hehe(sy xtaw sgt,xkawin ag..gagagga)
Post a Comment