Saturday, November 1, 2008

Kuseru Rindu Itu... 8

Hisyam mengukir senyum pada pelayan yang sedang menghidangkan makanan. Untuk ke sekian kalinya matanya jatuh ke wajah Maisara yang mencuka. Sudah hampir setengah dia di situ, gadis itu masih belum bersuara. Ternyata Maisara lebih senang berdiam diri bersama muncungnya yang panjang. Hatinya dijentik rasa geram. Setelah lebih dua minggu dia tidak bertemu dengan Maisara, dia tidak mengharapkan reaksi sebegini daripada Maisara. Dari tadi, cuma dia sahaja yang bercakap. Bercakap seorang diri. Itu lebih tepat rasanya. Maisara langsung tidak turut serta dalam bicara-bicaranya.
“Sara.. takkan nak buat muka macam ni, sampai abang hantar pulang nanti?,”Hisyam bersuara lagi sebaik pelayan tadi meninggalkan mereka. Maisara tetap membisu.
“Sara.. apa lagi yang Sara nak bang lakukan? Abang dah minta maaf, kan? Sara belum maafkan abang ke?,”
Maisara menjeling sekilas. Rasa geram dengan layanan Hisyam padanya masih berbekas di hati.
“Kalau belum, takkan Sara nak keluar dengan abang,”balas Maisara dingin.
“Kalau dah maafkan, kenapa tarik muka macam tu?,”
“Saja..,”
“Tak usahlah buat lagi. Buruk, tahu,”ujar Hisyam bergurau.
“Abang! Janganlah cakap macam tu,”Maisara terjerit kecil mendengar kata-kata Hisyam. Jemarinya pantas mencari lengan Hisyam. Satu cubitan singgah di situ. Tanpa sedar, senyuman terukir di bibirnya.
“Aduh. Sakit sayang,”Hisyam mengaduh sambil menggosok lengannya yang terasa perit.
“Cakap apa? Buruk? Betullah abang cakap tu. Tarik muka panjang macam tu, buruk tahu,”
“Abang.. Janganlah cakap macam tu,”
Hisyam tergelak.
“Tak mahu abang cakap macam tu, jangalah buat muka macam tu lagi. Senyumlah sikit. Haa.. macam tu. Barulah berselera abang nak makan,”
Maisara tersenyum manis. Rajuknya hilang entah ke mana. Cair dengan pujukan Hisyam.
“Makanlah,”pelawa Hisyam sambil mencapai sudu dan garfu di hadapannya. Maisara menggeleng sambil menongkat dagu merenung wajah Hisyam. Rindunya dia pada lelaki ini.
“Abang jumpa Sara ni, isteri abang tahu ke?,”
Suapan Hisyam terhenti. Matanya perlahan-lahan mencari renungan Maisara.
“Sejak bila Sara mula ambil tahu pasal isteri abang ni, ya?,”
“Sejak Sara rasa hubungan kita macam tergantung. Ke atas tidak. Ke bawah pun tidak,”
“Apa maksud Sara?,”
Maisara menarik nafas panjang. Membetulkan duduknya. Dia bersandar tegak pada kerusi sambil matanya terus menghalusi reaksi yang terpamer di wajah Hisyam.
“Hubungan kita macam tak ada masa depan. Abang tak rasa macam tu ke?,”
Hisyam menggeleng.
“Abang dah beritahu isteri abang pasal kita?,”
“Belum,”
“Bila abang nak berterus terang dengan dia?,”
Hisyam menahan nafas seketika. Suapannya sudah tidak selaju tadi. Ternyata soalan Maisara membuat selera makannya hilang tiba-tiba.
“Nantilah,”
“Bila?,”soal Maisara agak tegas. Tidak mempedulikan reaksi Hisyam yang jelas nampak kurang senang dengan soalannya itu.
“Abang perlukan masa,”
“Dah setahun. Pun masih belum cukup lagi? Abang perlukan masa atau abang perlukan keberanian untuk berterus terang dengan isteri abang tu? Atau.. Abang memang berhasrat untuk tidak berterus terang sampai bila-bila?,”
“Sara.. kenapa cakap macam tu?,”Hisyam sedikit tersentap dengan kata-kata Maisara. Agak keras dan sinis. Dia berasa tersindir. Dan berasa tercabar.
Maisara tersenyum kecil. Dia tahu dia agak keterlaluan. Tetapi, dia perlukan kepastian daripada Hisyam. Dia takut kalau-kalau dia cuma barang permainan bagi Hisyam. Dia tidak mahu dipermainkan. Dia juga tidak mahu dikecewakan.
“Sara takut abang cuma nak permainkan Sara,”
Hisyam tergelak halus mendengar pengakuan itu.
“Sara.. Kan abang dah cakap hari tu. Perasaan abang pada Sara, bukan main-main. I’m serious,”
“Ya. Sara tahu. Tapi, Sara bimbang,”
“Apa lagi yang Sara nak bimbangkan? Abang tak akan tipu Sara,”
“Mata Sara juga tak menipu, bang,”
“Apa pula ceritanya ni?,”soal Hisyam, tidak faham dengan kata-kata Maisara.
“Sara nampak abang tempoh hari. Di restoran. Bersama isteri dan anak abang. Abang kelihatan seperti pasangan yang sangat bahagia. Itulah yang menakutkan Sara. Takut kalau-kalau Sara sudah tak diperlukan lagi,”
Hisyam mengeluh panjang. Tanganya pantas menggenggam jemari Maisara. Maisara tunduk.
“Sara tak perlu takut. Abang sayangkan Sara. Cintakan Sara. Percayalah pada abang,”
“How about your wife? Sara tak nak jadi kekasih abang selama-lamanya. Sara nak kita kahwin. Boleh abang tunaikan permintaan Sara ni?,”
“Kahwin?,”
“Yes. Kahwin. Rasanya sekarang dah tiba masanya untuk kita fikirkan soal kahwin,”
Hisyam terdiam. Memang itu impiannya. Tetapi, apabila disuarakan oleh Maisara, hatinya menjadi tidak menentu. Tiba-tiba dia teringatkan Idayu. Mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, bermakna dia terpaksa berterus terang dengan Idayu. Bukan sahaja dengan Idayu, malah dengan kedua ibu bapanya. Bermakna, untuk dia bersama dengan Maisara,dia terpaksa melukakan hati tiga insan lain. Kuatkah dia untuk melakukan itu semua?
“Kenapa diam? Abang tak setuju dengan pendapat Sara?,”
“Bukan macam tu..,”
“So, what is the problem?,”soal Maisara sedikit keras.
Hisyam menarik nafas perlahan-lahan. Cadangan Maisara yang mendadak membuat dia tidak dapat berfikir dengan baik. Perlahan dia mengenggam jemari Maisara. Mencari-cari perkataan yang sesuai untuk diluahkan, Maisara menarik tangannya. Genggaman Hisyam terlepas. Wajah gadis itu kembali mencuka.
“I’ll think about it,”akhirnya Hisyam bersuara dengan nada yang tidak meyakinkan langsung. Maisara tergelak sinis.
“I’ll think about it? Think about it? Nak kahwin dengan Sara pun, kena fikir dulu ke? Dah tu, kita bercinta selama ini, untuk apa? Untuk suka-suka? Abang ingat Sara apa?,”
“No. Bukan itu maksud abang. Sara jangan salah faham. Abang cuma perlukan masa untuk fikir bila masa yang sesuai untuk kita kahwin,”
“Sekarang. Sara mahu kita mula tentang perkahwinan kita sekarang!,”cukup tegas kata-kata yang meniti di bibir Maisara. Maisara nekad. Dia perlu bertegas dengan Hisyam. Sukar untuk dia menduga kejujuran Hisyam. Dia bimbang kata-kata Anis tentang Hisyam, benar belaka. Dia bimbang kalau-kalau Hisyam tidak serius untuk mengahwininya.
“Abang dengar tak?,”Maisara bertanya apabila Hisyam terus membisu.
“Abang dengar. Sara beri abang masa. Abang perlu berterus terang, bukan saja dengan isteri abang, tetapi dengan kedua ibu bapa abang juga. Pasti makan masa. Abang harap Sara faham,”
“Bila abang nak beritahu isteri abang?,”
“Abang akan cuba beritahu secepat yang mungkin. Sara sabar dulu, ya?,”
“Kalau abang tak berani nak berterus terang dengan isteri abang, biar Sara sendiri yang berterus terang dengan dia. Sara sanggup jumpa dia, bang,”
“No. Biar abang yang selesaikan sendiri hal abang dengan isteri abang. Apa yang abang harapkan sekarang.. satu saja. Sara harus faham kedudukan abang dan bersabar,”
Maisara diam. Matanya merenung wajah Hisyam. Kejujuran jelas terpancar pada renungan lelaki itu. Tidak mungkin Hisyam berbohong. Dan itulah yang membuat dia sering kalah pada Hisyam.
“Abang janji?,”
Hisyam tersenyum. Kemarahan Maisara sedikit reda. Itu cukup membuat Hisyam berasa lega. Jemarinya kembali mencari jemari milik Maisara.
“Janji, sayang,”ujar Hisyam perlahan. Maisara tersenyum kecil.
“Sara cuma ingin menjadi isteri abang. Sara tak bermaksud nak ugut abang. Sara harap abang faham,”
Sambil menepuk perlahan jemari Maisara, Hisayam mengagguk. Bersama dengan sekuntum senyuman yang menbuang jauh-jauh rasa marah dan geram Maisara.
“Jangan merajuk lagi ya. Susahnya abang nak pujuk.
Maisara tergelak sambil tetunduk malu.

****


Syafiq berlari-lari anak menuju ke arah Hisyam. Terus menerpa ke ribanya. Hisyam mengangkat tubuh kecil itu lalu didudukkan di atas pehanya. Shahrul yang bersandar di kerusi di hadapannya, tersenyum kecil.
“Papa, nak air,”
Hisyam mencapai cawan kopinya lalu disuakan ke mulut Syafiq.
“Dah?,”
Syafiq mengangguk sambil terlentok di dada Hisyam. Hisyam tersenyum. Cawan di tangannya, diletakkan semula di atas meja.
“Mama mana?,”soal Hisyam sambil mengusap rambut anak tunggalnya itu. Syafiq menggeleng agak laju.
“Pergi cari mama. Papa nak cakap dengan Paksu,”
“Tak nak. Mama marah Afiq,”adu Syafiq separuh merengek. Shahrul tersenyum melihat gelagat anak kecil itu.
“Hah? Ya ke? Kenapa mama marah anak papa ni, ya? Apa yang anak papa dah buat ni?,”soal Hisyam sambil memeluk tubuh kecil itu. Syafiq tersenyum kecil. Senang dipeluk oleh Hisyam.
“Tell me. Kenapa mama marah?,”
“Mama tak sayang Afiq,”rajuk Shafiq sambil menarik muka masam. Shahrul tergelak mendengar celoteh itu.
“Mana ada? Mama kan sayang Afiq. Afiq ada buat salah ya?,”
“Mana ada? Afiq cuma nak air. Air tumpah..,”
“Afiq ambil sendiri ya?,”
Syafiq mengangguk.
“Patutlah mama marah. Kan mama selalu pesan… nak apa-apa mesti minta dengan mama. Jangan ambil sendiri. Kalau mama tak ada, minta dengan nenek Teh. Syafiq kecil lagi. Mana boleh ambil sendiri? Afiq tak dengar cakap mama. Sebab tu mama marah. Salah siapa?,”
“Afiq….,”Syafiq menjawab perlahan sambil tunduk.
“So. What should you do now?,”
“Say sorry…,”
“So, pergi dekat mama and say sorry. Ok?,”
“Ok,”jawab Syafiq sepatah. Hisyam mencium kedua-dua belah pipi anaknya sebelum melepaskan rangkulannya. Syafiq berlari-lari semula, masuk ke dalam rumah.
“Seronok kalau ada anak…,”
Hisyam memandang ke arah Shahrul.
“Hai… takkan dah give up kot. Cubalah lagi. Mungkin belum ada rezeki,”
Shahrul tersenyum.
“Memang tengah mencubalah ni,”
Hisyam tergelak kecil. Wajah Shahrul dipandang agak lama. Siapa sangka teman baiknya itu, kini menjadi birasnya. Menjadi suami kepada adik isterinya. Terasa kecilnya dunia ini.
“Kau kahwin, baru dua tahun. Tak payahlah tension sangat fikir pasal ni. Ada orang dah sepuluh tahun kahwin, baru dapat anak. Don’t worrylah,”
“Tak adalah sampai tension. Cuma, kalau ada rezeki cepat, lagi aku suka,”
Hisyam mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Kau kata ada sesuatu nak cakap dengan aku. Apa dia?,”
Mendengar soalan Shahrul, Hisyam mengeluh panjang. Dia membetulkan duduknya. Wajah Shahrul yang menanti bicaranya, dipandang sekilas.
“This is between you and me. Aku harap kau boleh simpan rahsia ni,”
Shahrul turut membetulkan duduknya. Kata-kata Hisyam seolah-olah ada sesuatu perkara yang amat serius yang ingin lelaki itu kongsikan.
“Bunyinya macam serius. Apa halnya ni?,”
“I need to share this with some one. Sekurang-kurangnya untuk aku kurangkan stress aku,”
“Syam.. just straight to the point. Kau ada masalah? Your business? Or what?,”cepat Shahrul membuat andaian.
“I am falling in love,”
Shahrul tergelak besar sebaik mendengar kata-kata Hisyam. Melihat wajah Hisyam yang sedikit resah membuat tawanya semakin menjadi-jadi.
“Hei! Janganlah gelak. Aku seriuslah,”
“Itu aku dah lama tahu. Kenapa sekarang baru nak beritahu aku?,”
“Aku benar-benar dah jatuh cinta. Aku tak boleh nak elak. Tak mampu nak elak lagi. I can’t deny it,”
“So, what is the problem? She’s your wife. She deserve for it,”
Hisyam pandang wajah ceria temannya itu.
“Bukan Idayu,”perlahan Hisyam bersuara.
Gelak Shahrul mati tiba-tiba. Wajah Hisyam direnung lama. Tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut Hisyam. Berguraukah temannya itu?
“You are making a joke. Right?,”
“No. I’m not. Aku serius. Perkara macam ni, bukan untuk dijadikan bahan bergurau,”
Shahrul kehilangan kata-kata. Sukar untuk dia mempercayai apa yang sedang dia dengar sekarang. Perlahan dia mengangkat punggung. Mundar-mandir di hadapan Hisyam. Ligat kepalanya mencari sesuatu yang boleh dijadikan alasan untuk Hisyam berperasaan begitu. Buntu. Dia betul-berul buntu menanggapi luahan rasa Hisyam. Hisyam pula, cuma berdiam diri. Setia menjadi pemerhati pergerakan Shahrul. Langkah Shahrul terhenti. Dia memandang wajah Hisyam. Lama.
“Why?,”sudahnya hanya itu yang termampu dia ajukan. Hisyam mengeluh panjang.
“Jangan tanya aku soalan tu. Aku tak ada jawapannya,”
“Aku fikir kau dengan Ayu…,”
“Aku pun berharap aku boleh mencintai Ayu. Berharap sangat –sangat. Tapi, aku tak cintakan dia. She’s my responsibility. She’s my wife. Ibu kepada anak aku,”
“Enam tahun lebih kau hidup dengan dia. Tak pernah ada masalah pun. Dia seoarang perempuan yang baik, Syam. Seorang isteri yang baik. Mustahil kau tak ada perasaan pada dia. Dia tu isteri kau,”
Hisyam terdiam seketika. Jauh termenung mencari jawapan bagi soalan Shahrul yang sehingga sekarang tidak dia temui jawapannya.
“Aku jumpa seorang gadis yang boleh membuat jantung aku berdebar bila dia pandang aku. Yang buat aku resah bila aku tak dapat melihat wajahnya. Yang membuat aku jadi tak tentu arah bila dia merajuk. Yang membuat aku rindu bila lama tak bertemu. Yang membuat aku tenang bila dapat bersamanya,”
“Idayu?,”
“Perasaaannya tak sama bila aku bersama Idayu. Lain. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Bertahun-tahun aku mencari perasaan ini. Berharap sangat perasaan ini akan muncul cuma untuk Ayu. Tapi, tak. Perasaan ini untuk orang lain,”
“Ayu? Sanggup kau lukakan hati Ayu?,”
“No. Of course aku tak sanggup. Tapi, aku juga tak boleh cuba ketepikan apa yang aku rasa ni, macam tu saja. I’m looking for this feeling for a years,”
“Fikirkan sekali lagi. Mungkin itu hanya mainan perasaan saja. Lupakanlah, Syam. Jangan sampai kau menyesal nanti,”
Hisyam mengeluh panjang. Nasihat Shahrul terlalu berat padanya.
“Cakap memang senang, Shah. Kau tak rasa apa yang aku rasa ni,”
Shahrul turut menarik nafas panjang. Wajah Hisyam dipandang buat seketika.
“Kau renung sedalam mungkin. Aku tak percaya kau langsung tak ada perasaan pada Idayu,”
“She’s my wife. My responsibility. Aku cuba untuk mencintainya. Tapi, perasaan aku pada Idayu tidak sama dengan perasaan aku pada gadis tu,”
Shahrul menggeleng perlahan. Ternyata kejutan ini terlalu besar padanya.
“Kasihan Idayu,”dia bersuara perlahan.
“Aku tahu ini semua tidak adil pada Idayu. Aku pun tak akan sia-siakan dia macam tu saja. Walau apa pun, dia tetap isteri aku. Aku sayangkan dia,”Hisyam meluahkan rasa bersalahnya.
“Aku tak tahu nak cakpa apa,Syam. I’m sorry,”
“Aku faham. Cuma satu yang aku minta. Aku harap kau boleh simpan rahsia ni,”
Shahrul cuma mengangkat bahu. Mulutnya bagai terkunci. Hisyam juga tidak lagi bersuara. Sudahnya, masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Assalamualaikum. Serius nampak. Apa yang dibincangkan ni?,”
Hisyam tersentak. Segera dia menoleh. Idayu tersenyum lebar.
“Waalaikumussalam,”
Idayu tersenyum lagi sambil memandang wajah Shahrul yang sedikit gusar. Kemudian memandang pula wajah Hisyam yang agak terkejut.
“It’s look like, I’m not suppose to be here, right? Ayu pergi ya?,”ujar Idayu sambil meletakkan piring berisi hirisan epal dan mangga.
“No… no. Jangan pergi,”pantas Hisyam mencapai tangan Idayu yang sudah mahu melangkah pergi. Idayu memandang wajah Hisyam.
“Duduklah,”
“Are you sure?,”soal Idayu meminta kepastian. Hisyam tersenyum sambil mengangguk. Melihat anggukan itu, Idayu melabuhkan punggung ke kerusi.
“Shah… kenapa berdiri saja?,”
Shahrul cuba mengukir senyum mendengar soalan Idayu. Melihat wajah Idayu yang tidak tahu apa-apa, hatinya menjadi hiba. Idayu terus menjadi mangsa keadaaan. Tujuh tahun dulu, dia menjadi mangsa kepada permintaan dan impian ibu dan ayahnya. Kini, dia menjadi mangsa kecurangan seorang suami. Walaupun, bukan itu niat Hisyam, tetapi, apa yang berlaku pasti akan mengguris hati wanita ini.
“Juita buat apa kat dalam?,”soalnya ragu-ragu.
“Tengok TV. Dengan Syafiq,”
“Kalau macam tu, saya nak pergi join mereka. Aku masuk dulu, Syam,”Shahrul bersuara sambil mengatur langkah. Dia tidak sanggup melihat Idayu. Hiba sungguh hatinya. Hisyam sekadar memberi senyuman nipis sambil mengangkat tangan. Dia faham perasaan Shahrul.
“Kenapa dengan Shah tu?,”soal Idayu setelah Shahrul sudah agak jauh melangkah.
“Tak ada apa-apa,”
“Pelik saja mukanya. Abang bincang apa dengan dia sebenarnya?,”
“Tak ada apa-apa,”
“Takkan tak ada apa-apa. Abang sembunyikan sesuatu dari Ayu ya?,”
Hisyam tergelak kecil. Wajah Idayu yang penuh tanda tanya direnungnya. Rasa belas yang bertenggek di hati bagai tidak bertepi. Idayu tidak tahu apa-apa.
“Macam tahu-tahu pula, ya?,”gurau Hisyam cuba menutup keresahan hatinya sendiri. Idayu merenung wajah Hisyam. Dia dilanda rasa ingin tahu. Apa yang Hisyam sembunyikan darinya?
“Apa dia? Beritahulah Ayu,”
“Tak ada apa-apalah. Abang gurau je,”
“Abang! Janganlah main-main. Cakaplah apa dia,”Idayu bersuara separuh mendesak. Senyum Hisyam membuat rasa ingin tahunya lebih membuak-buak.
“Tak ada. Tak ada apa-apa. Abang acah saja,”
Idayu membuang pandang. Hisyam pula tergelak kecil.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa Shah macam sedih saja?,”Idayu bersuara perlahan. Seolah-olah soalan itu dia tujukan pada dirinya sendiri. Bukan lagi pada Hisyam. Melihat wajah Idayu yang masih penuh dengan tanda tanya, Hisyam kembali serius.
“Shah cakap, dia teringin sangat nak jadi ayah. Dah tak sabar nak menunggu,”akhirnya Hisyam bersuara. Idayu memandang wajah Hisyam.
“Ya ke?,”
“Yalah. Kenapa? Tak percaya?,”
“Bukan macam tu. Ayu percaya,”
Hisyam tersenyum lega. Sekurang-kurangnya Idayu tidak mengesyaki apa-apa.
“Abang suruhlah Shah pergi honeymoon sekali lagi. Mana tahu ada rezeki,”
Hisyam tergelak kecil.
“Daripada suruh mereka pergi second honeymoon, baik kita yang pergi. Mana tahu kalau ada rezeki, Syafiq dapat adik. But, make sure it’s a girl. Biar jadi sepasang. Boleh?,”
“Abang… Ayu seriuslah. Kadang-kadang kalau dua-dua dah sibuk dengan kerja, susah juga. Abang remind Shah pasal ni,”
“Pasal ni? Pasal apa?,”
“Second honeymoon lah,”
“Oh…Tak payah. Tahulah mereka apa nak buat. Tak payah masuk campur urusan rumahtangga orang. Okay?,”Hisyam bersuara sambil menarik perlahan hidung Idayu. Idayu menjeling manja, membuat Hisyam tersenyum senang.
“I’ll talk to Juita,”Idayu bersuara sambil tersenyum panjang.
“Cakap apa?,”
“About that suggestion. Saling mengingatkan, tak salah kan?,”
“Okay. You win. I surrender,”
Idayu tersenyum manis. Hisyam pula cuma menggeleng kepala. Dalam lembut, kalau datang keras kepalanya, memang tidak boleh dilawan. Itulah Idayu.
“Jom masuk bang. Dah nak dekat maghrib ni,”
Hisyam mengangguk sambil mengangkat punggung. Idayu turut bangkit sambil mencapai semula piring berisi hirisan epal dan mangga yang belum berusik.
“Nak satu,”minta Hisyam sambil memaut pinggang Idayu.
“What? Apple or mango?,”
Untuk seketika Hisyam menikmati seraut wajah Idayu.
“Your lip,”bisiknya cukup romantis.
Perlahan jemari Idayu mencubit perut Hisyam membuat lelaki itu tertunduk menahan sakit.
“Auch! Sakitlah. Abang nak mango,”
Idayu tergelak sambil mengambil satu hirisan mangga lalu disuap ke mulut Hisyam.
“Thanks,”ujar Hisaym perlahan sambil menarik jemari Idayu ke bibirnya.
Idayu tersenyum tanpa suara.

****

No comments:

[11:35:50 PM] hos.getah: