Saturday, November 1, 2008

Pergilah Air Mata 1


Terkial-kial dia membimbit beg pakaiannya yang sederhana besar. Mengekori langkah Badrul yang cukup laju. Dalam rasa canggung yang amat sangat, dia terpaksa mengikut lelaki itu. Badrul berhenti seketika di hadapan pintu utama banglo yang tersergam indah itu. Tercegat di situ untuk beberapa ketika sebelum berpaling memandang wajah Sabrina. Menanggapi renungan Badrul yang dingin, membuat Sabrina kecut. Sudahnya, dia tunduk memandang kakinya sendiri. Tidak sanggup dia membalas renungan lelaki ini.
Badrul menolak perlahan daun pintu. Melangkah masuk dengan perasaan yang berbelah bagi. Segunung rasa malu mengganggunya. Malu untuk berdepan dengan ibu dan ayahnya. Sekali dia meboleh. Sabrina masih tercegat di luar, mematung di hujung tangga.
“Hey! Masuklah! Apa lagi tercegat di situ? Nak tunggu aku dukung ke?,”
Herdikan itu membuat Sabrina tersentak. Beg pakain terlepas di tangan.rasa sebak, menyerang jiwanya tiba-tiba. Dengan begitu mudah, air mata bertamu lagi di birai mata. Mengalir laju membasahi pipinya. Badrul membuang pandang. Itu sahajalah yang gadis ini tahu. Menangis…menangis…dan menangis. Naik muak dia melihat air mata itu.
“Oh… please. Aku benci tengok air mata tu. Please!,”bentak Badrul geram.
Segera Sabrina mengesat air mata yang membanjiri pipi. Menahan esakan yang mula menghimpit rasa. Tiba-tiba terasa dia keseorangan di dunia ini. Ya ALLAH! Kenapa sehebat ini dugaan yang kau berikan?
“Masuk!,”
Sekali lagi dia tersentak. Beginikah cara dia disambut di tumah besar ini? Bukanlah sambutan meriah yang dia harapkan. Tetapi, janganlah dia dilayan seburuk ini. Perlahan dia mencapai beg pakaian yang terlucut dari pegangan sebentar tadi. Perlahan juga dia melangkah masuk ke dalam bangle mewah milik Datuk Hamidi. Badrul melangkah laju meninggalkannya sendirian tercegat di tengah-tengah ruang tamu yang luas. Tiada sesiapa di situ. Apa yang patut dia lakukan di sini? Ke manakah harus dia mengatur langkah di dalam rumah yang amat asing padanya ini? Di mana semua orang? Benci benar penghuni rumah ini, padaku. Hati Sabrina berdetik sendu. Padahal apa yang berlaku bukan salahnya. Bibir matanya kembali terasa panas. Hiba dengan layanan keluarga kaya itu. Kehadirannya di situ, seolah-olah tidak dialu-alukan langsung. Ingin sahaja dia pergi dari situ. Tetapi, kakinya sudah terikat. Akad yang baru Badrul lafazkan tadi, telah merantai langkahnya. Dia sudah terikat dengan ikatan perkahwinan. Sama ada dia suka atau tidak, dia kini isteri Badrul. Seorang lelaki yang langsung dia tidak kenal. Air mata yang menitis, disapu perlahan. Cuma itulah yang mampu dia lakukan sejak seminggu lalu. Menangis. Menangis. Dan menangis.
“Sabrina. Kenapa tercegat di situ?,”
Suara itu membuat Sabrina terkejut. Ada orang rupanya. Pipinya yang basah, disapu segera. Datuk Hamidi tercegat di hadapannya. Dia cuba mengukir senyum. Namun, gagal. Wajah serius Datuk Hamidi cukup menakutkan. Segarit senyum pun tiada di wajah itu.
“Datuk…,”Sabrina bersuara gugup. Serba salah. Dalam enggan, dia menghulurkan tangan. Tidak pula dia sangka, Datuk Hamidi sudi menyambut jemarinya. Tangan Datuk Hamidi dikucup perlahan. Walau lelaki itu suka atau tidak, dia kini sudah menjadi menantunya. Dan, dia pula, sama ada dia suka atau tidak , dia perlu menghormati Datuk Hamidi sebagai mertuanya.
“Duduklah,”
Sabrina mematung. Cuma matanya menatap wajah Datuk Hamidi. Tidak menjangka Datuk Hamidi akan melayannya sebaik ini. Melihat wajah Sabrina yang jelas kelihatan serba salah, Datuk Hamidi mengukir senyum. Sabrina turut tersenyum. Membalas senyuman bapa mertuanya denagn sekuntum senyuman yang cukup hambar. Hatinya sedikit lega melihat senyuman Datuk Hamidi. Perlahan lelaki itu melabuhkan punggung ke sofa.
“Duduk, Sabrina,” bicara Datuk Hamidi kedengaran seperti arahan di telinganya. Sabrina mengangguk perlahan. Dia melabuhkan punggung di hadapan lelaki separuh abad itu, setelah lelaki itu tersandar selesa di sofa.
“Terima kasih, Datuk,”
Datuk Hamidi tersenyum nipis. Wajah Sabrina ditatap agak lama. Jelas kelihatan mata Sabrina yang bengkak. Pasti terlalu banyak menangis. Wajah itu Nampak cukup sugul. Langsung tiada seri pengantin. Mana datang serinya, kalau semuanya berlaku Cuma di dalam sekelip mata. Dia mengeluh perlahan. Arang yang terconteng di muka, rasanya masih berbekas. Malu dengan tingkah anak sendiri.
“Awak sudah menikah dengan Badrul. Bermakna, sekarang ni, Sabrina sudah menjadi menantu saya. Panggil saya abah,”walau payah untuk dia akui semua itu, kenyataan yang ada di hadapan mata, tidak boleh dia pertikaikan. Gadis ini sudah menjadi menantunya. Dan, orang yang bertanggungjawab memberi arahan itu, adalah dirinya sendiri.
Sabrina mendongak. Bagai tidak percaya mendengar kata-kata yang baru keluar dari bibir Datuk Hamidi. Bermimpikah dia? Ternyata masih ada insane yang sudi menerimanya di sini.
“Datuk tak marahkan saya?,”
“Marah abah tak akan dapat mengubah apa yang dah berlaku. Kan?,”Datuk Hamidi member jawapan yang cukup tegas. Sabrina tunduk lagi. Dalam sekali maksud kata-kata uang meniti di bibir Datuk Hamidi.
“Badrul mana?,”
Sabrina menggeleng. Manalah dia tahu. Masuk sahaja ke rumah ini, Badrul terus menghilang. Meninggalkannnya terpacak sendirian di tengah-tengah ruang tamu. Perlahan-lahan mindanya kembali berfungsi. Baru dia sedar, tindakannya yang tidak membantah saat Datuk Hamidi mengarahkan agar dia dan Badruldikahwinkan, adalah satu kesilapan. Tetapi, dia memang tidak mampu berbuat apa-apa saat itu. Dia benar-benar keseorangan. Dia benar-benar takut. Dan, dia benar-benar binggung dengan apa yang berlaku. Ditambah pula dengan rasa terkejut yang amat sangat serta rasa malu yang tidak bertepi, dia benar-benar menjadi manusia bisu. Dia tidak mampu bersuara walaupun untuk membela dirinya sendiri. Dia betul-betul menjadi manusia yang amat lemah. Saat itu dia Cuma terbayangkan wajah Ikmal dan Maria. Namun, sampai ke akhirnya Maria dan Ikmal tidak muncul.
“Abah minta maaf. Abang tak dapat hadir majlis akad nikah tadi. Ada hal emergency. Tapi, Pakcik Syuib ada, kan?,”kata-kata yang terlafaz dari bibir Datuk Hamidi, sekali lagi membuat Sabrina terkejut. Begitu baik layanan Datuk Hamidi. Ikhlaskah lelaki ini menerimanya sebagai menantu? Lama dia menatap wajah tenang itu itu. Tenang, namun penuh dengan ketegasan. Datuk Hamidi turut memandangnya. Sabrina mengukir senyum sambil mengangguk perlahan. Menjawab pertanyaan Datuk Hamidi. Padahal dia sendiri tidak pasti yang mana satu Pakcik Syuib yang Datuk Hamidi maksudkan. Majlis akad nikahnya di masjid sebentar tadi, Cuma dihadiri oleh beberapa orang yang langsung tidak dia kenali. Barangkali teman rapat keluarga Badrul. Barangkali saudara mara Badrul. Sungguh. Dia tidak tahu.
“Jamilah,”tiba-tiba Datuk Hamidi memanggil seseorang.
“Ya, Datuk. Ada apa?,”muncul seorang wanita pertengahan tiga puluhan. Barangkali pembantu rumah besar itu. Dia cuba mengukir senyum untuk wanita itu. Namun, wanita yang dipanggil Jamilah itu, Cuma membuang pandang. Senyumnya dibiarkan sepi. Langsung tidak berbalas. Datuk Hamidi menoleh.
“Tolong panggilkan Badrul. Cakap dengan dia, saya ada hal nak bincang dengan dia,”
“Baik, Datuk. Err… itupun Encik Badrul, Datuk,”
Badrul yang sedang melangkah longlai, berhenti tatkala mendengar namanya disebut. Sabrina turut memandang kea rah lelaki itu. Badrul sudah berganti pakaian. Baju melayu yang melekat di badan sebentar tadi, sudah berganti T-shirt dan jeans.
“Bad, ke mari. Abah nak cakap sikit,”
Dengan wajah mencuka, Badrul melangkah mendekati Datuk Hamidi dan Sabrina.
“Duduk,”
Badrul melabuhkan pungung ke sofa. Sempat berlaga pandangan dengan Sabrina. Jelingannya yang tajam membuat Sabrina tertunduk.
“Saya pergi dulu, Datuk,”Jamilah bersuara sambil melangkah mahu meninggalkan kumpulan manusia yang kelihatan serba canggung itu.
“Tunggu. Tolong simpan beg pakaian Sabrina, ni,”
“Tak apa, Datuk. Tak payah susah-susah, kak. Nanti saya bawa sendiri,”Sabrina bersuara. Menolak arahan Datuk Hamidi. Jamilah kelihatan serba salah.
“Bawa beg pakaian dia,”tegas suara Datuk Hamidi, terus mengunci mulut Sabrina. Jamilah menggaru-garu kepala.
“Ke mana, Datuk?,”soal Jamilah lambat-lambat. Tidak tahu ke mana harus di bawa beg pakaian itu. Datuk Hamidi merenung tajam wajah pembantu rumahnya itu.
“Kemana lagi? Bilik suami dialah,”
“No way! Dah kurang bilik ke kat rumah ni, abah? I’m not going to share my room with this woman. No! Never!,”bantah Badrul dengan suara sedikit tinngi. Tidak berpuas hati dengan keputusan bapanya. Sabrina semakin menunduk. Pedih! Hatinya cukup terhiris mendengar kata-kata Badrul. Sedaya upaya dia menahan air mata supaya jangan menitis lagi. Jamilah pula terkedu bersama beg pakaian Sabrina di tangannya. Sekarang, arahan siapa yang perlu dia ikut?
“Bawa beg tu, ke bilik Badrul,” Daruk Hamidi bersuara tanpa mempedulikan kata-kata Badrul. Jamilah akur. Terus melangkah laju meninggalkan ruang tamu.
“Abah…,”
“Diam,”Datuk Hamidi bersuara sebelum sempat Badrul menghabiskan bicaranya. Badrul terdiam. Tidak berani melawan walaupun ada rasa tidak puas hati yang bersarang di jiwa. Dan, semua rasa tidak puas hati itu berpunca daripada Sabrina.
“Sabrina,”
Sabrina mengangkat muka. Memandang wajah bapa mertuanya. Menati kata-kata yang bakal meniti di bit lelaki itu.
“Sabrina sudah menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Kamu akan tinggal di sini. Buatlah seperti rumah kamu sendiri. Cuma satu yang abah minta. Jaga maruah sebagai isteri Badrul,”
Sabrina diam. Apa maksud kata-kata Datuk Hamidi?
“Well… Sabrina…Badrul.. Abah tak tahu apa yang berlaku antara kamu sebelum ini. Tapi, bila perkara amcam ni dah berlaku, kita dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Nasi dah jadi bubur. Kamu berdua pun dah menikah. Cuma satu yang abah minta, Sabrina. Sekarang, segalanya terletak di bahu kamu. Sebagai menantu, kamu bertanggungjawab menjaga maruah keluarga ini. Jangan sampai terconteng arang sekali lagi di wajah abah dan mama. Abah harap kamu faham. Dan, kamu juga Badrul,”
Sabrina bungkam. Bicara Datuk Hamidi seakan meletakkan segala kesalahan di bahunya seorang. Ini tidak adil.
“Saya tak bersalah dalam hal ni, Datuk,”akhirnya Sabrina besuara membela diri. Akhirnya keberanian itu muncul juga.
“Kau tak salah? Kalau kau tak salah, siapa yang salah? Aku? Kau nak cakap aku yang salah? Siapa yang masuk bilik siapa? Kau yang masuk bilik aku,tapi, aku yang salah? Macam tu?,”cepat Badrul membalas kata-kata Sabrina dengan nada marah. Memang marahnya pada Sabrina masih belum hilang. Rasanya memang tidak akan hilang. Kerana gadis itu, hidupnya berubah di dalam sekelip mata. Statusnya turut berubah tiba-tiba. Tiba-tiba dia terpaksa menjadi suami kepada gadis yang langsung dia tidak knal.
“Saya tak cakap awak salah. Tapi, betul. Ini bukan salah saya. Ini satu salah faham,”
Badrul tergelak sinis.
“Salah faham? Sekarang baru kau nak cakap semua ni satu salah faham? Kenapa tak cakap sebelum kita dinikahkan? Hah?,”
Herdikan Badrul membuat Sabrina tersentak. Serta merta membuat gadis itu terdiam. Walau cuba ditahan, kali ini, air mata tetap mengalir lagi. Melihat air mata itu, Badrul membuang pandang. Menyampah.
“Sudah! Cukup! Jangan nak salahkan satu sama lain. Siapa yang salah, siapa yang tidak, sudah tidak menjadi persoalannya sekarang. Benda dah jadi. Cuma satu yang abah harapkan. Apa yang berlaku, jadikan pengajaran. Kita hidup sebagai orang Islam, ada batasan dalam perlakuan kita. Bila sudah melampaui batasan yang ditetapkan, inilah akibatnya. Sekarang ni, apa yang lebih penting… Badrul, cuba jadi seorang suami yang baik. Sabrina, cuba jadi seorang isteri dan menantu yang baik. Itu saja yang abah harapkan,”
Sabrina menahan nafas. Ternyata Datuk Hamidi pun sama dengan yang lain. Menganggap dia yang bersalah di dalam hal ini. Rasanya dalah satu perbuatan yang sia-sia untuk dia ceritakan tentang kebenaran kepada insane yang tidak mahu mempercayainya. Nampaknya dia terpaksa menanggung rasa malu ini buat selama-lamanya. Sekelip mata dia berubah menjadi wanita yang tidak bermaruah di mata semua orang. Bagaimana cara untuk dia bersihkan kembali namanya yang sudah tercemar itu? Sedihnya.
“Bad, bawa Sabrina masuk. Barangkali dia nak berehat. And, please, jangan bergaduh. Kamu berdua kena bertanggungjawab atas perbuatan masing-masing,”
“It’s wasn’t me, abah. Saya tak tahu menahu semua ini. Saya tak tahu macam mana perempuan ni boleh berada dalam bilik saya,”
“Dia isteri kamu sekarang. Ingat tu. Sudah. Abah tak mahu dengar apa-apa lagi. Bawa dia amsuk,”
Badrul mengeluh keras. Datuk Hamidi mengangkat punggung. Bergerak meninggalkan Badrul dan Sabrina. Sekali lagi Badrul menghadiahkan satu jelingan benci buat Sabrina. Dan, sekali lagi juga, Sabrina tunduk merenung lantai.
“Kak Milah!,”
“Kak Milah! Ke sini kejap,”sekali lagi Badrul bersuara. Agak keras suaranya. Sengaja ingin dia lampiaskan rasa geram yang terbuku di hati. Terkocoh-kocoh Jamilah datang setelah namanya dipanggil bertalu.
“Ada apa, Encik Badrul?,”
“Bawa perempuan ni, ke bilik saya,”Badrul member arahan dengan suara yang cukup dingin. Sabrina mengangkat muka. Hatinya terguris dengan bahasa Badrul. Tidak pernah dia menerima layanan sekasar ini. Tidak pernah dia dilayan serendah ini. Air mata yang laju mengalir, dibiarkan sahaja.
“Baik Encik,”Jamilah menjawab sambil menganggukkan kepala. Badrul berlalu tanpa banyak bicara.
“Jomlah. Sebab awak, tak pasal-pasal saya kena tengking. Tak pernah orang dalam rumah ni, cakap kasar macam tu pada saya tau,”Jamilah mula membebel dengan wajah yang kelat. Sabrina mengangkat punggung. Malas untuk bersuara. Nampaknya semua orang di dalam rumah ini memang tidak senang dengan kehadirannnya di situ.

****

No comments:

[11:35:50 PM] hos.getah: