Mengharapkan suasana kerja yang harmoni seperti dahulu, memang sesuatu yang mustahil. Dia perlu membiasakan diri dengan suasana yang serba-serbi tidak kena yang mulai menyelubunginya. Dan, dia tahu itu adalah suatu situasi yang harus dia lalui. Paling kurang untuk tempoh kurang satu bulan ini. Encik Karim benar-benar kecewa dengannya. Juga benar-benar marah dengannya. Walaupun tidak mencampur-adukkan masalah antara mereka dengan kerja, tetapi, jelas Encik Karim seperti mahu terus menagih perhatiannya. Dalam rajuk, lelaki itu terus juga mencuba untuk terus memujuk. Tidak cukup dengan onar Encik Karim, gelagat Puan Salma juga kian menyesakkan. Wanita itu kini, bertambah kerap berkunjung ke pejabat untuk terus menghadiahkan kata-kata sinis buatnya. Satu lagi situasi yang mahu dia hindari secepat yang boleh.
“Arisa… masuk kejap,”
Arisa mengangkat muka. Encik Karim
tercegat di hadapannya. Pasti baru pulang daripada makan tengahari. Perlahan
dia mengangguk sambil mengangkat punggung. Terus mengekori langkah Encik Karim.
“Tutup pintu,”lembut namun tegas
arahan yang diberikan. Dia menurut sedang Encik Karim terus menuju ke
kerusinya.
“Duduk,”
Bersama anggukan kecil, Arisa
melabuhkan punggung. Bersedia untuk menerima tugasan sekiranya ada. Namun,
jelas Encik Karim seperti lebih suka untuk terus berdiam diri. Diam di kerusi
sambil mata terus mengamatinya. Membuat dia tahu, tujuan dia dipanggil bukan
lagi untuk urusan kerja.
“Ada apa Encik Karim?,”
Encik Karim meraup wajah. Sekali
lagi merenung sepasang mata yang sering memukaunya itu. Sejujurnya keputusan
nekad Arisa memberi sedikit tekanan buatnya. Dia tidak mahu menyusahkan Arisa.
Dia juga tidak bersedia untuk kehilangan Arisa.
“Kenapa awak berkeras tak mahu
terima saya?,”
Sebaik soalan itu habis meniti di
bibir Encik Karim, Arisa mengeluh panjang.
“Encik Karim. Saya rasa saya dah
jelaskan semuanya. Tak perlulah lagi kita terus ulang benda yang sama,”
“Kalau saya belum berkahwin, akan
ada peluang tak untuk saya?,”
Arisa tergelak sinis. Terasa soalan
itu terlalu kebudak-budakan.
“Encik Karim, kita dah sama-sama
matang. Janganlah cakap macam ni,”
“Please Arisa. I need to know. I nak tahu sangat, sebab saya memang terlalu
berharap awak sudi terima saya. Saya sanggup lakukan apa saja, Arisa,”
“Lakukan apa saja untuk selamatkan
rumahtangga Encik Karim. Orang yang perlu Encik Karim utamakan saat ini ialah
isteri dan anak-anak Encik Karim. Tolong jangan terus mengharapkan saya setuju
untuk terima Encik Karim. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya harap Encik
Karim dapat menghormati keputusan ini,”
Encik Karim menarik nafas sedalam
mungkin. Merenung wajah Arisa agak lama.
“Saya yakin, lepas ni bekas suami
awak akan terus mengganggu hidup awak, Arisa. Awak perempuan. Bukan mudah awak
nak lalui semua tu sendiri. Awak perlukan pelindung. Saya bersedia melindungi
awak daripada lelaki tak guna tu,”
Arisa menggeleng perlahan. Sudah
malas mahu memberi jawapan. Dia yakin Encik Karim mengerti apa yang cuba dia
sampaikan.
“Jadi, memang awak tak akan ubah
fikiran ke?,”
Sekali lagi Arisa menggeleng. Dengan
reaksi wajah yang cukup meyakinkan.
“Untuk kebaikan semua pihak, saya
rasa saya dah buat keputusan yang paling baik, Encik Karim. Terima kasih atas
jasa Encik Karim pada saya selama saya berkhidmat di sini. Encik Karim memang
seorang majikan yang baik. Tapi, saya terpaksa pilih jalan ini,”lembut Arisa
memberi penjelasan. Berusaha untuk tidak terlalu lancang mengeluarkan
kata-kata.
Melihat wajah Encik Karim yang
sedikit sayu, memang dia berat hati. Bukan sehari dua dia bekerja dengan lelaki
ini. Tidak dia nafikan, dia cukup serasi menjadi pembantu Encik Karim. Kalau
bukan kerana fitnah Radhi yang memburukkan keadaan, tidak mungkin dia akan
mengambil keputusan sebegini. Dan kalau bukan sebab perasaan Encik Karim yang
tiba-tiba berubah, mustahil juga dia senekad ini.
“Kalau awak nekad mahu berhenti,
saya mahu pinjaman itu awak langsaikan semua sekali sebelum awak berhenti,”
Pantas Arisa mengangkat muka. Itu
sesuatu yang amat mustahil. Dia yakin Encik Karim tahu mustahil dia mampu
membayar kesemua pinjamannya itu.
“Encik Karim…,”
“Itu syarat saya,”
“Mustahil saya boleh buat macam tu.
Saya mohon sangat-sangat Encik Karim faham keadaan saya. Saya akan tetap bayar
nanti. Saya tak akan lupa pada hutang saya, Encik Karim,”
“I am sorry, Arisa. Kalau dengan
cara tu saya dapat buat awak kembali pada saya, saya nekad,”
Arisa bungkam. Ugutan itu kedengaran
cukup keras. Niat Encik Karim masih juga untuk terus mengikatnya.
“Saya faham saya berhutang. Saya
juga faham, Encik Karim berhak dapatkan semula duit tu. InsyaALLAH saya akan
cuba langsaikan nanti, apabila saya dapat kerja baru,”
Encik Karim tersenyum kecil.
“And,
one more thing, saya nak berterus-terang. Saya tak akan buat laluan awak
jadi mudah. Saya akan cuba halang awak untuk terus dapat kerja lain. Saya mahu
awak kembali ke sini,”
Arisa tertunduk. Lemas dengan ugutan
demi ugutan yang cukup lembut meniti di bibir majikannya itu.
“Awak dengar tak Arisa?,”
Perlahan Arisa mengangkat muka.
Memandang wajah Encik Karim. Sejujurnya, dia sedikit kecewa dengan sikap lelaki
itu.
“Kenapa Encik Karim sampai hati buat
saya macam ni?,”akhirnya perlahan soalan itu meniti di bibirnya.
“Because
I love you. Walau baru sekarang saya luahkan semua ni, saya nak awak tahu, dah
cukup lama saya simpan perasaan pada awak. Dulu, awak bersuami. Dah tentu jadi
satu kesalahan untuk saya dapatkan awak. Tapi, sekarang…,”
“Memang perangai lelaki semuanya
sama ke? Orang lelaki selalu fikir boleh
dapat apa saja yang diingini. Kan? Boleh buat sesuka hati?,”sedikit membentak,
Arisa pantas mengangkat punggung.
“Arisa. Jangan salah faham,”
“Saya tak salah faham. Encik Karim,
sekarang ni, saya rasa Encik Karim sama saja dengan bekas suami saya yang tak
guna tu. Memeras… mengugut… Ya, saya tahu masalah saya. Saya tahu masalah saya
dengan Encik Karim. Saya juga tahu risiko yang saya ambil. Tapi, saya yakin,
Tuhan masih ada untuk bantu saya. Encik Karim cuma manusia biasa yang tak boleh
halang keputusan saya,”
Sebelum nekad berlalu, sekali lagi
dia berpaling.
“Dan, tolong jangan cakap pasal ni
lagi dengan saya, Encik Karim. Saya tak suka. Walau apa pun yang Encik Karim
cakap…Encik Karim buat… keputusan saya muktamad. Saya tak nak khidmat saya di
sini berakhir dengan rasa benci yang menggunung pada Encik Karim…,”Arisa
bersuara sambil terus berlalu keluar.
Encik Karim tersandar hampa di
kerusi. Kerasnya hati Arisa. Perlahan dia mengeluh. Benar-benar berharap Arisa
gagal mendapat pekerjaan baru dan juga berharap Arisa akan kembali semula
padanya. Kembali demi hutang yang gagal dilangsaikan. Kembali untuk bersetuju
dengan saranan pernikahan mereka. Perlahan dia meraup wajah. Kemarahan
isterinya bagai sudah tidak terkesan di hati. Dia lebih risau akan kehilangan
Arisa. Ugutan dan tuduhan isterinya bagai titis-titis air yang jatuh ke daun
keladi. Fokusnya kini cuma pada Arisa.
*****
15 comments:
wahhh,akhirnya dah ada sambungan setelah lama saya menunggu!hehe...harap,cepat2lah sambung lagi yer..best!!
hah~~ dan akhhirnya!!!! kekekke windu kak hanni~~
tq hanni...lama akak tunggu sambungan citer ni.
~kak min~
lama btol tgu citer nie..
dpt gak akhirnya..
nk publish x novel nie?
menarik nie.. :D
[hawa]
tq.akhirnya sambung juga story ni.rindunya kat zariff dan arissa.tq.
memang gile lah en karim nii..
kak hani...tq akhirnya ada n3...rndu dgn arissa la...
salam kak hanni,
ada target date untuk publish this novel ke?
Regards,
Rhyz
cinta itu buta...buat org gila.... sanggup buat apa saja agar hajat hati tercapai.....
akhirnya.... rindu ngn arissa... sambung lagi kak hanni...plsss.. x puas la...
akhirnya... ada jgk n3 citer ni... tp lbh suka citer ni dbukukn, dapat bca skli gus...
lamanya tunggu.. tq kak hanni.. lepas rindu kat arisa.. (",)
Akhirnya berakhir penantianku,lama sungguh hanni stop cter ni..better hani siapkan cepat2 manuskrip coz ur story sangat best..tak sabar nak tunggu ..
EL
Kenapa baru episod ni. Rasanya sy dah baca sampai diaorg dah kahwin
Naz
dh ado bini pun, still nk cr lain ker
Post a Comment