Langkahku terhenti di hujung tangga. Gelak itu teramat
aku kenali. Juga gelak Encik Firdausku yang aku sayangi. Perlahan aku
menjenguk. Ruang tamu nampak begitu meriah. Ada kek coklat kegemaran suamiku.
Pasti kek hasil tangan Mia yang cantik. Hati berdetak tiba-tiba. Kenapa aku mesti cemburu lagi? Mata, aku
pejam perlahan. Mahu membuang jauh-jauh perasaan cemburu yang seperti tidak
berpenghujung ini.
Teruk
betul kau ni, Tiya! Aku mula memarahi diri sendiri. Kenapa aku perlu berasa
cemburu pada Mia? Kenapa perlu aku layan perasaan ini, walhal aku tahu benar
cinta Encik Firdaus cuma untuk aku. Sejenak aku tercegat di anak tangga. Mahu
menyertai kumpulan manusia itu, wajahku terasa sukar untuk mengukir senyum.
Bersama satu keluhan pendek, aku mengambil keputusan untuk berlalu pergi buat
seketika. Tidak selesa membawa wajah kelatku bersatu dengan senyum Mia yang
sentiasa manis. Nampaknya aku perlu belajar membuang perasaan cemburu ini
dengan lebih gigih. Nasihat Encik Firdaus perlu aku pegang kuat-kuat.
“Sayang?,”
Aku terkedu. Sedikit terlambat. Suara Encik Firdaus
memaksa aku matikan langkah yang sedikit lemah. Lemah juga aku berpaling.
Menatap senyum riang Encik Firdaus bersama sepiring potongan kek coklat. Nampak
begitu sedap sekali.
“Come. Nak ke mana tu?,”
Aku mengukir senyum. Menanggapi wajah Mia juga wajah ibu
dan bapa mertuaku.
“Jomlah Diya. Saya buatkan kek ni. Fir cakap awak suka
kek coklat,”
Aku tersengih. Sempurnanya pemilik nama Mia ini. Bagaimana
aku tidak dilanda cemburu?
“Erm…. Sakit perutlah. Nak naik atas kejap. Kejap lagi
saya turun,”
Tanpa menunggu balasan, langkahku laju meniti anak tangga. Bergerak
menuju ke bilik. Pintu bilik ku tutup perlahan. Teruk sangatkah cemburuku ini?
Dan, kenapa kebelakangan ini, terasa cemburu ini semakin memburuk? Perasaan aku
atau memang Encik Firdaus kini semakin rapat dengan Mia? Tapi, bukankah sejak
dulu mereka memang rapat? Dan, apa yang perlu aku risaukan. Mia pernah jelaskan
antara dia dan Encik Firdaus tidak pernah ada apa-apa hubungan istimewa.
“Awak dah salah faham ni.
Saya tak ada apa-apa dengan Firdaus tu. Firdaus tu, cuma tergila-gilakan kat
awak aje,”
Selintas
bicara Mia satu ketika dulu menjengah di minda. Membuat aku sempat tersenyum
dalam melayan perasaan kurang senangku itu.
“Tiya! Kau ni kenapa? Jangan cemburu butalah,”aku berbisik
sendiri. Cuba memberi motivasi pada diri sendiri. Kerana cemburu tidak
bertempatku, aku hampir kehilangan Encik Firdaus dulu. Aku tidak mahu
mengulangi kesilapan yang sama. Aku tidak mahu kehilangan Encik Firdaus. aku
juga tidak mahu satu hari Encik Firdaus akan berasa bosan dengan cemburuku ini.
“Mereka cuma kawan biasa. Kawan biasa. Faham tak?,”aku
bersuara sendirian. Cuba menyingkir perasaan negatif yang sering memburuku itu.
“Encik Firdaus sayangkan kau sorang aje. Jadi jangan
mengada-ngada nak cemburu buta,”marahku bersambung sambil jemari, aku tunjal
perlahan ke pipi sendiri.
“Betul tu,”
Aku tersentak. Suara dari belakang menggangu sesi
motivasiku. Segera aku menoleh. Senyum Encik Firdaus melebar, membuat wajahku
merona merah. Kantoi monolog aku!
“Abang ni! Kenapa masuk senyap-senyap?,”
Encik Firdaus sekadar menyambung senyumnya sambil
bergerak menghampiriku.
“Abang risau tengok isteri abang cakap sorang-sorang,”ujarnya
perlahan setelah tegak berdiri di hadapanku.
Aku menjeling. Encik Firdaus tersenyum lagi.
“Abang dah agak dah. Mesti kes cemburu ni…,”
Aku diam. Tidak mahu menafikan kerana itu adalah
hakihatnya.
“Nasib
abang dapat isteri kuat cemburu. Nak buat macam mana?,”sambungnya masih bersama
senyum. Aku mengangkat muka. Melawan renungan lembut Encik Firdaus.
“Menyesallah ni ya?,”soalku sedikit menduga.
Encik Firdaus tergelak. Melabuhkan punggung ke katil. Aku
ditarik berdiri di hadapannya.
“Sikit pun tak ada kesal. Abang tak pernah menyesal.
Abang bahagia dengan pilihan abang ni. Bahagia sangat-sangat,”jawabnya lembut.
Menyejukkan hatiku. Membuat bibirku terukir senyum tanpa sedar. Bijak Encik
Firdaus membuat aku perasan sendiri.
“Jom. Turun,”
Ajakan Encik Firdaus membuat aku teringat semula pada
Mia. Seketika aku menentang pandangan suamiku itu.
“Apa Mia buat kat sini?,”soalku cuba mengawal nada suara.
“Saja dia singgah. Wondering kenapalah Tiya cemburu
sangat dengan Mia tu. Tak yakin dengan cinta abang? Tak percaya pada abang?,”
Aku tunduk. Bukan soal tidak yakin. Juga tiada kaitan
dengan tidak percaya. Namun, entah kenapa tiap kali melihat wajah jelita itu,
aku jadi tidak senang tingkah. Sering ada risau yang mengganggu. Melihat keakraban
Encik Firdaus dan Mia sering membuat aku membayangkan perkara-perkara yang
menakutkan. Lebih-lebih lagi dengan munculnya gangguan daripada Puan Sri Ainul.
Namun, aku tiada hak untuk menghalang hubungan itu. Mereka akrab lama sebelum
aku mengenali Encik Firdaus lagi. Mereka berhak untuk terus menjadi kawan.
Tetapi, kenapa aku tidak pernah boleh memahami? Dan, kenapa tingkah Puan Sri
Ainul semakin membuat aku goyah pada keyakinanku sendiri?
“Teruk Tiya ni kan?,”akhirnya aku bersuara lemah. Malu
dengan sikap sendiri.
Encik Firdaus tersenyum kecil. Menarik aku ke ribanya.
Pinggangku dipeluk erat.
“Tak. Tiya tak teruk. Abang nampak Tiya berusaha nak buang
sikap yang kurang elok tu,”
“Tapi, tak berjaya pun….,”aku merungut sendiri. Encik
Firdaus tergelak.
“Yakin
dengan cinta abang. Yakin betul-betul Mia dengan abang cuma kawan. Yakin abang
cuma sayang Tiya seorang. Hilanglah cemburu tu,”
Aku
mengeluh perlahan. Memandang wajah Encik Firdaus.
“Tapi…Mia tu cantik sangatlah. Tiya takut lama-lama abang
terpikat juga…,”
‘Takut juga kalau-kalau mak dia tu akan kacau hubungan
kita ni…,’kata-kata itu bergema di ruang hatiku. Tidak aku luahkan sekali
kepada Encik Firdaus.
Encik Firdaus tergelak besar. Aku menjeling. Luahan
perasaan aku cuma bersambut dengan gelak besar?
“Tiya seriuslah bang. Janganlah gelak,”
“Ok…ok sorry,”
Aku menjeling lagi. Walau tidak setajam jelingan tadi.
“Kenapa? Isteri abang ni, tak cantik ke?,”Encik Firdaus
bersuara setelah tawanya reda.
Aku mengeluh perlahan. Susah rupanya kalau hati sering
diburu rasa cemburu.
“Abang pun… sejak akhir-akhir ni, selalu sangat bersama
Mia,”aku bersuara dengan nada sedikit merungut.
Rungutan aku kali ini membuat Encik Firdaus cuma
memandang wajahku dengan renungannya yang cukup sejuk itu. Lemah lutut rasanya.
Hilang sudah segala cemburu.
“Tiya kan tahu Mia cuma sukakan abang Kamal Tiya tu. Jadi
apa yang Tiya risau sangat?,”
Kali ini aku diam. Betul tu. Namun, tetap aku akui, sukar
membuang rasa tidak senang ini. Perasaan manusia boleh berubah. Wasangka lagi. Bagaimana
lagi usaha yang harus aku lakukan untuk membuang rasa kurang senang ini.
“Tapi. Lately, cemburu Tiya menjadi-jadi ya?,”usik Encik
Firdaus sambil menyentuh hidungku. Aku tersenyum kecil.
“Tiya minta maaf ya. Tiya cuba tak cemburu buta lagi,”
“Itu yang abang nak dengar,”
“Abang
tinggalkan Mia seorang ke?,”aku menukar topic perbualan.
“Mummy ada. Abah ada. Tengah makan kek coklat,”
“Mesti best kan?,”
“Mestilah sedap,”
Aku diam. Cemburu datang lagi. Cemburu dengan kebolehan
Mia yang pelbagai. Memang Mia berjaya membuat aku berasa rendah diri. Aku harus
ubah diri sendiri. Demi Encik Firdaus, aku mesti belajar semua perkara yang
Encik Firdaus suka.
“Tiya?,”
Aku memandang wajah Encik Firdaus. Tersengih. Menarik
nafas dalam-dalam sambil cuba bersikap positif.
“Jom turun. Nanti apa Mia cakap, abang tinggal dia macam
tu,”
“Tak apa. Abang ada reason kuat,”
“Apa dia? Abang cakap dengan Mia, Tiya cemburu dengan dia
ya?,”
Encik Firdaus tergelak lagi. Aku kaku. Jahatnya suami
aku. Pandai buat aku malu!
“Tak baiklah abang ni. Malulah Tiya,”
“Takkan abang nak cakap macam tu. Cuma abang risau.
Kenapa isteri abang tiba-tiba sakit perut. Mestilah kena tengok kan. Takkan nak
biarkan saja. Teruk ke tak?,”
Aku senyum lega mendengar jawapan itu.
“Teruk ke?,”sekali lagi Encik Firdaus bertanya.
“Apa yang teruk?,”berkerut keningku. Tidak faham dengan
soalan Encik Firdaus.
“Sakit perutlah,”
Aku tergelak malu. Pembohonganku tidak menjadi pada Encik
Firdaus.
“Teruk juga kot,”balasku sambil tersenyum lebar.
“Nak abang ubatkan?,”kali ini, senyum Encik Firdaus lebih
lebar. Aku senyum. Perlahan-lahan bangkit dari riba Encik Firdaus.
“Hmm.. tiba-tiba dah hilang sakitnya,”ucapku sambil menggosok
perut. Encik Firdaus menggeleng perlahan sambil tersenyum. Senyum Encik Firdaus
bagai punya agenda lain. Hampir luruh jantungku apabila dia mula kenyitkan
mata. Aku tersengih.
“Jomlah turun bang,”
“Betul dah baik ni?,”Encik Firdaus terus mengusik.
Aku mengangguk laju. Menyimpan senyum segan yang singgah
di hati.
“Hmmm.. sure?,”suara Encik Firdaus lebih menggoda.
“Betul. Cepatlah turun. Tiba-tiba rasa macam nak makan
kek coklat,”laju aku menjawab sambil menarik tangannya. Tidak mahu terus melayan
usikan merbahaya itu.
Encik Firdaus tergelak sambil bergerak malas mengangkat
punggung. Santai memaut pinggangku sambil mengatur langkah keluar dari bilik.
“Nanti Tiya belajar buat kek coklat ya, bang,”aku
bersuara sambil mendongak mencari wajah Encik Firdaus.
“Hurmm… berita baik ni. Bila agaknya abang boleh rasa kek
coklat isteri abang ya?,”
Aku tersenyum. Bila ya?
“Bila sampai seru,”candaku sambil tertawa kecil. Dibalas
dengan jelingan Encik Firdaus yang menggoda. Juga pelukan yang semakin erat. Bahagianya
menjadi milik Encik Firdaus.
“Tiya bahagia…,”tanpa sedar aku berbisik lembut.
“Abang seribu kali bahagia…,”bisikan Encik Firdaus lebih
hampir di telingaku. Sama-sama mengukir senyum di bibir.
*****
5 comments:
alahai..
suka ngan dorang ni..
sweet je
suweetnya.... tiya cemburu menjadi2 ni msti ada berita baik yg masih x disedari kot... kedatangan org baru mungkin....
bukan dorang je yg bahagis..
sy yg membaca ni pon bahagia jugak..,
hee
salam...
kak hanni xnk terbitkan novel "biarlah ym terus berbicara & Mungkinkah?" ke? klu terbitkan sy mesti beli...buat koleksi....:)
Assalam Hanni,
wow...seronoknya baca n3 kali nie.... tp napa ye MIa tu selalu dtg jumpa Encik Firdaus tuh? hehehehe tp akak harap mrk akan tetap bahagia...bcoz akak like this couple very much.....
sambung lah cepat yer.....
Post a Comment