“Yup!,”laju aku menjawab. Berpaling sambil tersenyum
manis. Encik Firdaus tersandar bersama buku di tangan. Aku pula, kembali fokus
pada Atok di atas meja solek apabila Encik Firdaus tidak memberi tindakbalas
pada jawapanku. Atok terlentok manja di meja apabila aku usap perlahan bulunya
yang lembut. Suka mendengar dengkuran halusnya tatkala aku usap bawah dagunya.
Semalaman melayan Atok pun, tak mengapa.
“Cukup-cukuplah tu. Turn abanglah pula,”
Aku tersengih. Atok di atas meja solek, aku angkat.
Melayangkan satu ciuman ke wajah comel Atok. Atok mengingau manja.
“Sayang Atok,”ujarku bersama senyum panjang.
“Eiii…,”Encik Firdaus bersuara seolah-olah baru
menyaksikan satu adegan ngeri. Membuat aku menjeling. Suamiku itu tersengih.
Tahu aku marah.
“Okay, Atok. Akak nak tidur dulu. Pakcik tu dah suruh
akak halau Atok lah tu. Kejam kan? Atok pun pergi tidur ya,”
Atok mengingau perlahan. Aku tersenyum sambil sekali lagi
mengusap perlahan bulu Atok yang lembut.
“Suka sangat bercakap dengan kucing tu. Macamlah kucing
tu faham,”
Aku mengangkat muka. Mencari wajah Encik Firdaus.
Komentar Encik Firdaus tentang Atok tidak pernah membuat aku tersenyum senang.
“Mestilah Atok faham. Kenapa pulak tak faham?,”
Encik Firdaus kulihat mencemik sambil membelek buku. Aku
bergerak ke katil.
“Tak percaya?,”
“Nope!,”
“Nak Tiya buktikan?,”
“Silakan…,”balas Encik Firdaus sambil menutup buku.
Merenung wajahku bersama senyumnya yang sentiasa memikat. Senyumnya yang
sentiasa membuat jantungku berdebar-debar.
“Hmm…ok. Tapi, jangan pandang Tiya macam tu. Susah nak
concentrate ni,”
Encik Firdaus tertawa.
“Macam-macamlah. Cakap ajelah Tiya memang cakap aje si
Atok tu boleh faham. Padahal tak pun. Kan?,”
Aku menjeling sekilas. Cakap aje ya…siaplah wahai
suamiku! Memandang rendah pada Atok aku? Memang Encik Firdaus cari penyakit.
“Atokkk….come here sayang. Come…,”aku bersuara lembut
sambil goyangkan tangan. Melompat Atok dari kerusi terus menuju ke katil. Ke
ribaan aku. Aku tergelak kecil. Terus membawa Atok ke pelukan buat seketika
sebelum aku suakan Atok ke wajah Encik Fidaus. Membuat Encik Firdaus
menggelabah cuba menjauhkan diri. Aku tergelak besar. Padan muka!
“Sayang….janganlah,”
Aku mengangkat kening. Semakin Encik Firdaus mengelak,
semakin aku dekatkan Atok ke wajahnya. Dan, Atok pula diam sahaja seolah-olah
merelakan aku kenakan suamiku itu. Atok memang sporting. Aku tergelak lagi.
“Jauh sikitlah, yang. Nanti abang…,”
Aku tersenyum sambil turut terangguk sebaik Encik Firdaus
bersin. Padan muka. Belum habis cakap, sudah bersin.
“Please sayang,”
“Percaya tak?,”
“Okay..okay…abang percaya,”
Aku senyum kemenangan. Atok, kubawa semula ke ribaku.
Encik Firdaus mencapai tuala sambil menyapu wajahnya. Mengada-ngada. Bukan kena
pun mukanya.
“Okay Atok. Atok pergi tidur ya. Dah malam ni,”
Atok mengingau sambil bergerak turun dari katil. Terus
menuju ke pintu yang terbuka. Aku mengekori dari belakang. Menutup pintu sebaik
Atok keluar. Kemudian berpaling memandang ke arah Encik Firdaus yang menggosok
hidung. Membuat aku tersenyum lucu.
“Nak bersin lagi ke bang?,”
“Dua-dua bersubahat ya? Atok awak tu, kalau pasal kenakan
abang, tak ada pula dia nak marah-marah abang ya? Elok aje diamnya. Kalau tak, dekat sikit dah marah,”
“Itu namanya sporting,”balasku selamba.
“Tak habis-habis dengan Atok dia,”Encik Firdaus merungut
kecil.
“Mestilah. Bukan selalu pun jumpa Atok,”
Encik Firdaus mengukir senyum sambil menggeleng. Aku
melabuhkan punggung katil. Sedar akan renungan redup Encik Firdaus, aku
membalas renungan itu.
“Sayang betul Tiya kat Atok ya,”
Aku tersenyum. Memang aku sayangkan Atok.
“Boleh abang tahu kenapa?,”
“Entah. Atok dekat dengan Tiya kot. Atok macam faham
Tiya. Dari dia kecik Tiya bela dia tau,”
“Yang tu abang dah tahu. Dah beratus kali Tiya
beritahu,”usik Encik Firdaus sengaja mahu membuat aku geram. Melihat aku
mencebik, dia tergelak. Membuka semula buku di tangannya.
“Abang…,”
“Hmm…,”
“Agak-agaklah kan, abang nanti akan setia macam Atok
tak?,”
Encik Firdaus tergelak besar.
“Sayang! Kot ya pun nak uji perasaan abang, janganlah
compare dengan Atok,”
“Seriuslah bang. Tiya tanya betul-betul ni,”
Encik Firdaus menggeleng sambil tersenyum panjang.
“Tiya…Tiya… abang macam ni punya hensem, Tiya just
compare dengan kucing? Terhina betul rasanya,”
“Cakap ajelah…,”aku sudah separuh mendesak.
“Okay. Abang cakap. First, of course abang tak akan setia
macam Atok,”
“Tak akan?,”soalku lambat-lambat. Encik Firdaus nak
curang ke? Aku mengangkat muka. Memandang wajahnya. Aku perlukan penjelasan
untuk jawapan yang diberikan Encik Firdaus.
“Abang
tak akan setia macam Atok setia pada Tiya. Abang akan setia pada Tiya, bukan sekadar untuk dibelai dan disayangi
saja. Tapi, abang mahu melindungi dan menjaga Tiya juga. Abang mahu selalu buat
Tiya gembira. Abang mahu kongsi segalanya dengan Tiya. Suka Tiya suka abang.
Sedih Tiya akan jadi sedih abang. Sakit Tiya akan jadi sakit abang,”
Aku terpaku. Syahdunya kata-kata Encik Firdaus. Jauh
benar dengan sangkaanku tadi.
“Betul bang?,”
Encik Firdaus sekadar tersenyum sambil mengenggam
jemariku. Perlahan di bawa ke bibirnya.
“Kadang-kadang Tiya rasa lelaki sebaik abang patut dapat
isteri yang lebih baik dari Tiya. Lebih sempurna dari Tiya,”
“Tiya. Dah banyak kali Tiya cakap macam ni tau. Cukup
empat puluh kali, Tuhan makbulkan baru tahu,”
Aku terdiam. Segera menutup mulut dengan jemari. Tak nak.
Memang aku sering berasa aku cukup kerdil di samping Encik Firdaus, namun,
sumpah aku tidak pernah mahu dia menduakan aku. Aku cuma mahu Encik Firdaus
menjadi milik aku seorang.
“Tiya tak cakap macam tu lagi. Tak cakap lagi,”
“That’s my girl,”Encik Firdaus bersuara seraya menarik
perlahan hidungku. Aku tersenyum bahagia.
“Tiya janji, Tiya pun akan jaga abang. Akan cuba
bahagiakan abang setakat mana Tiya terdaya,”
“Boleh percaya ke?,”
Aku membulatkan mata.
“Tak baik tau cakap macam tu. Macam tak yakin kat Tiya aje. Mestilah boleh percaya,”
“Okay. Kalau macam tu, buktikan,”
“Bukti apa? Cakap je. Semua Tiya sanggup,”laju aku
menjawab. Penuh dengan keyakinan.
“Hmm…kalau yang abang cakap petang tadi. Yang mak
cadangkan masa makan malam tadi? Macam mana?,”
Keyakinanku gugur satu per satu. Senyum melebar di bibir
Encik Firdaus menghapus senyum di bibirku. Kali ini lelaki ini pula yang main
angkat kening dengan aku.
“Boleh?,”soalnya sekali lagi bersama senyum nakal.
“Hmm… bolehlah…,”aku menjawab perlahan.
“Macam tak sepenuh hati aje,”
“Tiya… err… kalau dah rezeki, Tiya tak tolak. Tiya rasa
Tiya dah sedia… kot,”
“Betul?,”
Aku mengangguk. Ya ke? Aku pun tidak tahu. Yang aku tahu,
setiap kali isu anak dibangkitkan, aku jadi gemuruh serta-merta. Bersediakah
aku untuk semua itu?
“Tapi, dah layak ke Tiya ni nak jadi ibu, bang? Boleh ke
Tiya jaga anak kita nanti?,”
“Hmm.. itulah yang merisaukan abang tu,”
“Risau apa bang?,”
“Abang risau, macam mana nanti abang nak kejar anak kita,
kalau dia dah lari panjat pokok. Susah tu,”
“Abang!,”
Encik Firdaus tergelak riuh.
“Tiya kan tengah serius ni. Tak nampak?,”
“Ya ke? Tengah serius ke? Laa… tak tahu pulak abang,”
Aku menjeling. Geram dipermainkan.
“Malaslah cakap dengan abang,”
“Memang abang tak
nak cakap pun…,”
Aku menjeling lagi.
“Dah tak nak cakap dah? Dulu bukan main nak cakap dengan
kita…sekarang bila dah kahwin, dah tak nak cakap dah?,”
Encik Firdaus menggeleng. Sengajalah tu. Sengaja mahu
menyakiti hati aku.
“Tak nak cakap sudah…..,”sudahnya aku membalas sambil
membetulkan bantal. Bersedia untuk melayan mimpi.
Encik Firdaus tersenyum. Perlahan menyentuh jemariku.
“Abang yakin, Tiya dah bersedia. InsyaALLAH kita
sama-sama bersedia. Kalau ada rezeki, kita akan sama-sama asuh anak kita,”
Rajukku tidak menjadi. Aku tersenyum.
“Kalau bolehlah kan….,”aku bersuara.
“Kalau boleh apa?,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Tiba-tiba tersangkut apa
yang ingin aku luahkan. Menjadi segan tiba-tiba.
“Kalau boleh apa?,”sekali lagi soalan yang sama meluncur
di bibir.
“Hmm…kalau pregnant, tak naklah morning sickness.
Kesiannya Tiya tengok Sherry dulu. Sampai kena tahan kat ward. Serius tu. Ngeri
Tiya tengok. Sekarang ni pun, dah mula muntah-muntah dia cakap. Cepat sangat
dia mengandung kan, bang? Qalisha baru enam bulan,”
Encik Firdaus tergelak.
“Itu kan rezeki? Tak apalah. Lagi ramai anak, lagilah
meriah. And… itu sebabnya Tiya takut sangat bila sebut pasal pregnant?,”
Aku tersengih.
“Itu kan perkara biasa. Memang semua perempuan akan lalui
semua tu,”
“Abang cakap senanglah. Bukan abang yang lalui semua tu,”balasku
sedikit emosi. Orang lelaki bukannya faham situasi sebegitu.
“Dah tu, Tiya pernah lalui ke?,”
Aku tersengih lagi. Terkena.
“Belum…,”jawabku perlahan sambil menyambung sengih.
Encik Firdaus tergelak. Perlahan menyentuh lembut pipiku.
“I love you. Abang bahagia Tiya jadi isteri abang. Kalau
pun kena morningsickness, jangan risau. Abang selalu ada bersama Tiya,”
Dan aku? Mendengar bicara romantis sebegitu, seperti
biasa cuma mampu membalas dengan senyum aku yang malu-malu.
“Abang…,”
“Ya, apa lagi sayang?,”
“Hmm.. rasanya kan, Tiya belum tanyalah,”
“Tanya apa?,”
“Sejak bila abang suka kat Tiya?,”
“Hmm…entahlah. Mungkin sejak abang senang bersembang
dengan Ugly Betty kot,”
“Maksud abang?,”
“Abang suka berkawan dengan Ugly Betty. Then, bila abang
tahu Tiya lah Ugly Betty tu masa abang buka PC Tiya… Masa abang nampak ID Ugly
Betty … abang mula perhatikan Tiya. Bila selalu perhatikan tu, jatuh suka pula
pada Tiya. Kemudian abang mula lebih serius dengan Ugly Betty bila abang dah
sukakan Tiya. Bila abang cuba approach Adiya tapi, macam tak berjaya aje, I
decided, abang kena tackle Ugly Betty betul-betul. Itu saja cara untuk abang
selalu dekat dengan Tiya. Sebab Adiya Fatiha tu, jual mahal sangatlah,”panjang
lebar Encik Firdaus bercerita separuh mengomel.
Aku mencemik. Jadi, Encik Firdaus cuma serius memikat si
Ugly Betty setelah dia tahu ID itu milik aku?
“Perasan lawa aje kan budak tu?,”tambahku sambil
tersenyum.
“Yang tu, tak perasan. Memang lawa pun,”balasnya sambil
kenyitkan mata.
Aku tersenyum. Senang
dengan gurauan Encik Firdaus.
“Kalau abang tak tahu Ugly Betty tu Tiya, abang akan
jatuh hati tak pada Ugly Betty?,”aku kembali mencari cerita di sebalik hubungan
maya kami.
Encik Firdaus menggeleng.
“Mungkin akan berkawan tapi, tidak mungkin bercinta.
Abang tak yakin dengan hubungan begitu. Menjalin hubungan serius tanpa tahu
identiti sebenar…,”
Aku mengangguk perlahan.
“Tapi, Tiya yakin. Tiya yakin cinta Tiya cuma untuk
Charming,”aku bersuara perlahan. Sedikit segan untuk menatap wajah Encik
Firdaus. Encik Firdaus tersenyum senang.
“Sebab abang dah tiup ubat guna-guna lewat perkataan yang
muncul kat screen komputer Tiya tu,”
Aku tergelak besar. Encik Firdaus mengangkat kening.
Macam-macam…
****
6 comments:
x sabar tunggu tiya pregnant..
best giler...mesti comel tiya kn...manja cm atok..hehehe...next plzzz
Assalamualaikum kak Hani.... saya adalh p'dtg baru dlm dunia penulisan dan buku pertama saya akan dlm pss untuk diterbitkan. saya sekarang sedang meneliti agreement drpd sykt penerbitan. oleh itu, saya ingin bertanya pd akak mengenai byrn royalti kepada penulis. bagaimana bayaran dibuat dan selalunya untuk buku pertama berapa banyak yang diberikan kepada penulis?. lagi satu bagaimana pula bayaran yang dibuat selepas tandatangan agreement? adakah sykt pnerbitan akan memberi sejumlah wang? dalam surat perjanjian juga ada mengatakan bahawa segala kerugian akan ditnggung bersama antara penerbit dan penulis. kalau k.hani tak keberatan boleh tak akak explain pada saya.
Saya harap k.hani dapat berkongsi pengalaman akak dengan saya. oleh kerana saya org baru, jd saya tiada sesiapa untuk dirujuk. kesudian akak bg tunjuk ajar pada saya, saya ucapkan terima kasih.
p/s : akak boleh tinggalkan komen akak kt blog sy, desaituindah.blogspot.com. terima kasih kak
en.firdaus msih alergik ngn atok...hahaha...
ms tiya mngndung nnti,en.firdaus ny y kna mrningsckness kn?kn?hehehh
best aaa lau dpt suami seromantik en.firdaus... (^__^)
isk isk isk..
cian cik abang..
ntah apa apa... dari bab 1 sampai bab 7, nie je story line yg sering di ulang-ulang.. x de perkembangan.. dah macam citer gerak khas pulak aku tgk.. episod banyak, tapi balik-balik ckp benda yg sama.. tunjukkan sifat yg sama.. kata-kata yg hampir sama.. bosannn... dah tak de idea ke???? laju kan laaa sikit jln citer..
Post a Comment