Dua
tahun kemudian....
Elman menggaru kepala yang tidak
gatal. Pandangan terus fokus pada wajah Ashraf yang serius.
“So, confirm ya, tiga menu baru ni, kita
perkenalkan semasa pelancaran cawangan baru kat Sungai Buloh?,”dia bersuara.
Cuba menutup topik sebelumnya.
“Go to hell dengan menu tu. Soalan
aku, tolong jawab...,”
Elman menggaru belakang leher.
Memandang sekali lagi wajah temannya yang sudah mencuka itu. Susahnya mahu
menjawab satu soalan itu.
“Dah dua tahun. Kenapa baru sekarang
kau nak cari dia? Nak buat apa lagi? Kau rasa dia akan maafkan kau ke?,”
“Dia pun ada hak untuk restoran ni,
kan? Apa salahnya dia datang untuk
pelancaran cawangan baru tu? Dia patut ada untuk sama-sama raikan kejayaan ni,”
Elman tergelak kecil. Alasan paling
tidak logik daripada temannya itu.
“Aku rasa dia dah tak berminatlah
dengan restoran ni,”dia bersuara sambil mengangkat punggung.
“Please, Man. Aku tahu kau tahu mana
dia pergi kan?,”
Elman tersenyum. Suara itu sudah
sedikit merendah. Dia duduk semula ke kerusi. Mengeluh panjang sambil
bersandar. File di tangan, dicampak ke meja Ashraf.
“Carilah orang lain. Kenapa nak
harapkan dia lagi? Bukan tak ada perempuan dah kat Malaysia ni. Salina pun dua
tiga kali aku tengok datang cari kau semula,”
Ashraf merengus kasar.
“Susahlah cakap dengan kau ni, Man.
Aku tanya soalan simple aje. Kau tahu tak kat mana Aira sekarang? Yang kau
melencong buat lawatan ke satu Malaysia, apa hal?,”
“Susahlah macam ni. Kenapa ya, sejak
dari dulu lagi, asyik aku aje yang kena tersepit kat tengah-tengah? Asyik aku
aje yang jadi mangsa? Kalau kau tak susahkan aku, boleh tak?,”
Ashraf diam. Kali ini, wajah
temannya pula yang bertukar kelat. Namun, daripada kata-kata Elman, dia tahu ada
pakatan untuk merahsiakan segala-galanya daripadanya. Dia yakin itu.
“Jadi, kau tahu Aira kat mana kan?,”
“Memanglah aku tahu. Tapi, Aira
memang tak nak kau tahu apa-apa pun pasal dia. Dan, tak nak tahu apa-apa pun
pasal kau,”
Ashraf kerutkan kening.
“Selama ni, aku tanya kau, kau cakap
tak tahu. Kau tipu aku?,”
“Alah... kau pun pernah suruh aku
tipu Aira kan? Jadi, tak usahlah nak berkecil hati sangat,”
Ashraf diam. Geram! Spontan pen di
tangannya dicampak ke arah Elman. Segera disambut oleh Elman yang sedikit
mengelak.
“Apa ni? Main campak-campak pula,”
Ashraf mengangkat punggung. Berlalu
ke arah cermin kaca yang tertutup dek tirai. Perlahan tirai diselak. Mata
menangkap pekerja-pekerjanya yang kelihatan agak terkejar-kejar melayan
pelanggan. Hampir waktu makan tengahari, memang suasana sebegitu tidak begitu
pelik.
“Kau rasa budak-budak kita cukup
ke?,”
“Hah?,”melopong Elman yang masih
santai di kerusi. Segera dia berpaling mencari wajah Ashraf. Apa kena mengena Aira
dengan budak-budak pembantu restoran mereka? Dia pelik. Ashraf berpaling.
Memandang wajah pelik Elman.
“Tu...aku tengok macam tak cukup
kaki tangan diaorang buat kerja. Kau carikan sesiapa yang nak buat part time
untuk waktu puncak. Untuk ambil order and hantar order,”sambung Ashraf sambil
muncungkan mulut ke arah luar.
Elman menahan nafas. Mulai geram
dengan tingkah temannya yang seorang ini. Baru sebentar tadi, bukan main
bersungguh-sungguh bercakap tentang Aira, kini, tiba-tiba boleh menukar topik.
“Kita sekarang cakap pasal Aira ke
pasal budak-budak tu?,”
Ashraf terdiam. Segera menutup
semula tirai.
“Mestilah pasal Aira,”
“Kalau nak bercakap pasal Aira, yang
kau sibuk-sibuk masukkan hal kerja sekali tu, kenapa?,”
“Salah ke?,”
Elman mengangkat punggung. Malas
melayan tingkah Ashraf.
“Weh! Aku seriuslah nak jumpa Aira.
Aku memang nak jumpa dia sangat-sangat. Aku tahu aku pernah buat salah dengan
dia. Tapi, aku tak sengaja. Ya, aku mengaku, aku silap bila aku ambil keputusan
untuk kahwin dengan Salina dulu. Aku memang nak putuskan pertunangan aku dulu.
Tapi, dia balik-balik, semua preparation dah buat. Aku nak buat macam-mana?,”
Elman tergelak sinis.
“Dol... kau ada tiga tahun untuk
buat keputusan tu. Kau ada tiga tahun untuk putuskan pertunangan kau tu. Tapi,
kau tak gunakan pun peluang yang ada. Kesian Aira kena tipu hidup-hidup. Tahu?
Kau buat hidup dia sengsara,”
Ashraf mengeluh. Memang dia kejam
pada Aira. Memang dia telah kecewakan Aira. Namun, sumpah. Itu bukan niatnya.
“Aku pun sengsara juga, Man. Kau
sendiri tengok kan? Kau sendiri nampak macam-mana aku hidup tanpa Aira. Kan?
Belum cukup lagi ke untuk buktikan yang aku memang betul-betul perlukan Aira?,”
Elman mencemik.
“Sebab aku nampak, aku rasa macam
susah nak percaya,”
Ashraf menoleh. Tajam memandang
wajah Elman.
“Kau tak nampak menderita pun. Macam
tak ada apa-apa pun...,”selamba Elman membuat kesimpulan. Kesimpulan yang
menjentik rasa geram di hati Ashraf.
“Takkan aku nak kena menangis dua
puluh empat jam untuk tunjukkan aku menderita? Takkan aku nak kena merintih
memanggil nama Aira sepanjang masa baru nampak aku menderita? Kau nampak zahir
aku. Hati aku, kau tak nampak...,”Ashraf mula bersuara perlahan. Bukan perkara
mudah untuk dia keluarkan semua kesedihan yang dia simpan rapi di hati. Dia
melangkah perlahan. Sekali lagi tirai diselak perlahan. Cuba memujuk hatinya
yang pilu tiba-tiba. Kekosongan yang dipendam selama ini, seakan mula memberi
kesan pada emosinya kini. Pandangan ditebar jauh ke ruangan restoran. Menangkap
sesuatu yang turut sama mengganggu tumpuan ceritanya.
“Bukan aku cakap tukar warna merah
ke?,”
Elman ternganga. Hati? Tukar warna
merah? Segera dia berpaling mencari wajah Ashraf. Melihat mata Ashraf tajam
memerhati sesuatu di luar, dia pasti temannya melencong lagi.
“Ash! Kalau kau nak cerita pasal
Aira, tolong duduk. Jangan buat aku gila dengan topik kau. Kejap Aira kejap
pekerja....kejap hati, kejap merah...,”
Ashraf menutup tirai. Terus bergerak
menuju ke kerusinya.
“Tolong ya, semua alas meja, aku nak
tukar warna merah...Kan aku dah cakap minggu lepas,”
Elman membuang pandang. Ashraf
memang menyakitkan hati!
“Aku rasa, baik kau sambung kerja
kau...aku sambung kerja aku. Off topic lah,”
Ashraf mengeluh. Meraup wajah sambil
melurut rambut ke belakang. Dua tahun dia menjadi hamba kerja semata-mata mahu
membuang wajah Aira. Bagaimana dia boleh berpisah dengan tindakan spontan melibatkan
hal kerja? Memang dia nampak ceria. Memang dia seperti dapat melalui hidup
dengan normal. Caranya cuma satu. Mencurahkan segala-galanya pada kerja.
Langsung tidak memberi ruang untuk otaknya berfikir tentang perkara lain. Cuma
dengan cara itu, dia dapat melupakan kisah antara dia dan Aira. Dia dapat
melupakan kesilapannya pada gadis itu. Tetapi, sampai bila?
“Cuma kerja yang mampu buat aku
tidak fikir pasal Aira. Dua tahun ni, aku perhambakan seluruh hidup aku pada
kerja. Aku langsung tak beri otak aku fikir pasal Aira. Aku langsung tak mahu
hati aku berasa sakit kehilangan Aira...,”
Elman mendengar.
“Aku hukum diri aku dengan
kesibukan. Kepura-puraan. Tapi, sampai bila?,”
“Kenapa baru sekarang?,”
Ashraf mengangkat muka. Memandang
wajah Elman kemudian menghela nafas panjang.
“Sebab mama aku dah bising sekali
lagi. Sibuk suruh aku kahwin lagi,”
“Yalah. Dah dekat dua tahun kau
bercerai dengan Salina. Memang patut kalau mama kau nak kau kahwin lagi,”
Ashraf mengangguk perlahan.
“Permintaan mama buat fokus aku pada
kerja lari. Buat aku jadi tak konsisten lagi. Buat aku teringatkan Aira...,”
“Cuma sebab tu?,”
Ashraf menggeleng perlahan.
“Aku tak mahu ulang kesilapan yang
sama. Mama aku pernah aturkan semuanya untuk aku. Sudahnya, hidup aku huru-hara.
Kali ni, aku mahu buat keputusan sendiri. Tak mahu lagi menjaga hati sana sini.
Aku mahu hidup dengan perempuan yang benar-benar aku sayang. Orang tu, cuma
Aira. Takkan ada perempuan lain yang boleh bahagiakan aku, selain daripada
Aira,”
Elman mula menggosok dahi. Gaya
percakapan Ashraf seperti terlalu berharap. Sedangkan, Aira kini, sudah seperti
batu keras hatinya.
“Kau jangan optimis sangat. Kau dah
hancurkan perasaan dia. Bukan senang dia nak terima kau semula. Kau kena ingat
tu,”
“Aku akan cuba. Cuba sampai
berjaya,”
“Kalau dia dah ada pengganti kau?,”
“Dia dah ada pengganti aku
ke?,”Ahsraf pula bertanya.
Elman termangu seketika.
“Man!,”
“Manalah aku tahu. Hal hati dia,
bukan urusan aku. Okaylah. Aku nak sambung buat kerja,”balas Elman sambil
mengangkat punggung. File dicapai semula.
“Weh! Beritahu aku dulu, dia kat
mana sekarang?,”
Elman berpaling. Kemudian tersenyum
kecil.
“Tunggulah. Aku ada mood nanti, aku
beritahu kau,”selamba dia bersuara sambil cepat-cepat berlalu. Meninggalkan
Ashraf dengan perasaan terbuku.
****
10 comments:
best kak..!!
syok sikit...hehehe
myeha ireland..
suspen ni..
tah2 elman tu jadi suami aira..kan..sape tahu..keep it up kak
tq hanni. best... nak lg pleaseee...
ty hanni coz post bab 2...nak lg arrr sambung la lg sangt best cter ni.
tapi kak hanni.. mungkinkah tak sambung kah?
nak lagi... plss
mungkinkah bila lagi nak sambung?
best...jln cite y menarik..
elman ada hati kt aira gk ke??
mmm...sbb pe ek ashraf b'cerai ngn salina??
kaka hanni!!! next en3 plzzzzzz!!!
bestnya... enduing seterusnya..
Post a Comment