Selesai urusan di kaunter, terus dia melangkah laju. Sebaik sampai di
hadapan pintu, pintu sudah terkuak. Dia menjeling. Elman sudah membukakan pintu untuknya. Tanpa
bersuara, terus dia melangkah keluar. Tidak mahu berlama di situ.
“Hey! Janganlah laju sangat,”
“Badilah duduk sini lama-lama,”
Elman tergelak besar. Sekali lagi berpaling ke arah
balai polis yang sudah dia tinggalkan.
“Nasib baik kau. Kalau tak, free je tidur dalam
lokap malam ni,”
“Tidur dalam lokap pun aku puas hatilah,”bentaknya
geram.
“Aira!,”
Pantas tangannya menarik lengan Elman. Tidak mahu
berpaling melihat pemilik nama yang sedang melaung namanya itu. Elman kaku
tidak bergerak. Mula serba-salah. Yang menarik tangannya seorang teman baik.
Yang sedang menjerit di belakangnya juga seorang teman baik.
“Kau nak balik ke tak nak?,”bentak Aira geram.
“Ashraf panggil kau tu...,”
“Peduli apa aku. Kau nak layan dia, kau layan. Aku
pergi,”Aira membentak lagi. Lengan Elman dilepaskan dan terus berlalu keluar
dari perkarangan balai polis. Tidak mahu melihat wajah yang telah membuat
sekeping hati perempuannya hancur lebur.
“Aira! Tunggu!,”
Elman mengeluh perlahan. Mencapai lengan Ashraf yang
mula mengatur langkah untuk mengejar Aira. Ashraf berpaling. Menghadiahkan satu
renungan tajam buat Elman. Dengan wajah sedikit serba-salah, Elman memandang ke
arah seorang gadis yang tegak berdiri tidak jauh darinya, sekaligus membawa
pandangan Ashraf ke arah yang sama. Melihat muncung panjang wajah gadis yang
tajam merenungnya itu, Ashraf mengeluh berat. Dia di dalam dilema. Siapa yang
harus dia pilih kini?
“Ini semua kau punya pasal,”dia berbisik keras,
sambil mencerlung wajah Elman.
“Apa pulak? Takkan aku nak tengok aje kau tipu Aira
macam tu...,”
“Aku bukan tipu dia lah,”
Elman membuang pandang. Bukan tipu konon.
“Bini kau dah nak meletup tu. Pergilah,”
Ashraf merengus. Memandang wajah isterinya yang
kelihatan cukup tidak berseri di dalam persalinan baju pengantin putih gading
yang sangat indah.
“Kenapa kau beritahu Aira?,”
“Dia memang patut tahu. Nasib kau baik, Aira campak
mercun bola tu kat kek kahwin tiga tingkat kau tu aje. Kalau aku, aku campak
dalam seluar kau...,”Elman bersuara selamba. Kesempatan untuk menghambur rasa
tidak puas hati pada Ashraf digunakan sepenuhnya.
“Mulut kau...,”
Elman mengeluh perlahan.
“Aku mintak maaf. Aku cuma rasa, Aira patut tahu apa
yang sedang berlaku. Kau bersikap tidak adil pada dia. Tapi, serius... aku tak
sangka tindakan Aira sampai macam ni sekali. Aku nak pergi tengok Aira. Aku
tahu dia tengah sedih gila. Kau pergilah pujuk wife kau tu. Sure wife kau pun
tengah sedih gila tu,”
Ashraf kelu. Dia mahu pastikan Aira tidak apa-apa.
Namun, pastilah tidak wajar dia tinggalkan isterinya yang sudah seperti nenek
kebayan tersilap baca mentera itu. Sungguh hatinya berat mahu mengejar Aira.
“Nanti aku cari Aira,”
“Sekarang ni, wife kau lebih penting. Kau datang
jumpa Aira pun, bukan boleh ubah apa-apa,”
“Aku tak mahu Aira sedih,”
Elman tergelak kecil.
“Aira tu, bukan setakat sedih. Dah hancur semua
harapan dia pun. Kalau bukan sebab kecewa, kau rasa dia akan bertindak macam tu
ke?,”
Ashraf terdiam. Elman menepuk perlahan bahunya
sebelum berlalu. Meninggalkannya sendiri di bawah remang mentari petang.
“Kenapa abang tarik balik report tu?,”
Ashraf sedikit tersentak. Segera dia berpaling.
Wajah isterinya yang masih ada sedikit sisa krim kek itu dipandang lama.
“Jom kita balik,”
“Lina tak puas hati. Dia dah rosakkan majlis kita!
Abang pulak boleh suruh mama tarik balik report tu?,”
Ashraf memandang wajah Salina dengan pandangan
kosong. Perlahan mencapai jemari isterinya.
“Kita balik,”
“Tak nak! Lina tak puas hati. Dia dah rosakkan
majlis kahwin Lina!,”Salina membentak sambil merentap jemarinya daripada
genggaman Ashraf.
“Tak nak balik sudah. Duduk sini,”Ashraf bersuara sambil
mula mengatur langkah. Kali ini, kepalanya buntu untuk mencari ayat memujuk.
Kepalanya penuh dengan wajah Aira.
“Abang!,”Salina menjerit. Membentak sambil
menghentak kaki geram. Kemudian menjerit lagi sambil mula merengek.
Ashraf menoleh. Salina sudah tiada di belakangnya.
“Abang! Tolonglah...,”
Dia tunduk. Salina sudah terduduk ke tanah.
“Laaa.... yang duduk kat tanah tu kenapa pulak?,”
“Lina jatuhlah. Tumit kasut patah. Kaki Lina sakit
ni...,”
Ashraf mengeluh perlahan. Segera menghulurkan tangan
membantu Salina berdiri bersama tangis panjang. Kasut segera ditanggalkan
sambil dia melangkah perlahan. Sakit. Pasti kakinya sudah terseliuh.
“Ini semua perempuan tu punya pasal!,”
“Lina yang jatuh, kenapa Aira pula yang salah?,”
“Oh..jadi nama dia Aira? Siapa dia tu bang?,”
Ashraf diam. Tidak mahu mencetuskan pertengkaran.
Lebih-lebih lagi melihat ibunya sudah bercekak pinggang di tepi kereta.
***
Pipinya yang basah diseka lagi. Puas dipujuk mata
itu agar jangan lagi mengalirkan air mata. Namun, dia gagal. Sungguh dia
kecewa. Kecewa yang bukan sedikit. Sewenangnya kesetiaannya dipermainkan.
Teringatkan senyum bahagia Ashraf di pelamin, hatinya kembali terasa bagai
disiat-siat. Teringat pula pada tindakan spontannya yang menyeluk saku kemeja
–T Elman. Mengeluarkan mercun bola yang ada di dalam saku kemeja –T lelaki itu.
Teringat juga kek tiga tingkat yang sedia menanti saat untuk dipotong itu
tiba-tiba hancur dek penangan mercun bola yang dia campak. Juga wajah Ashraf
dan isterinya yang putih dengan krim kek. Dalam esakan yang bersisa, dia
tergelak tiba-tiba. Terbayang semua itu sekali lagi, rasa lucu tiba-tiba
berganti tempat.
“Aira. Kau okay ke?,”
Gelaknya semakin panjang. Elman di sisi mula
menjarakkan diri. Tawa Aira kedengaran sedikit pelik.
“Weh! Kau jangan nak takutkan aku macam ni. Kau okay
ke ni? Tak okay, aku hantar kau ke hospital,”
Aira berpaling. Merenung wajah Elman yang sedikit
cuak.
“Lawak gilalah. Kau tengok tak muka dia orang tadi?
Putih macam muka hantu kena krim kek. Rugi tak ambil gambar,”
Elman menahan senyum. Kejam rasanya tolong ketawakan
situasi Ashraf. Namun, sebaik bayangan yang sama muncul di kepala, spontan juga
pecah tawanya. Tergamam Ashraf dan Salina yang bergerak ke arah kek untuk acara
potong kek, apabila satu letupan tiba-tiba berlaku.
“Aku rasa wedding dia orang paling bersejarah kat
Malaysia kot,”tambah Elman sambil terus menyambung gelaknya. Aira turut ketawa
besar.
“Padan muka dia!,”
Elman menggeleng sambil cuba menahan gelak.
“Tapi... aku tetap rasa sedih...,”nada suara Aira
mula berubah. Kembali sebak. Tawa juga hilang perlahan-lahan. Dia tertunduk
sambil menarik kedua lutut rapat ke dada. Malam ini, Ashraf bukan lagi
miliknya. Malam ini, Ashraf bakal melayari kehidupan baru. Kehidupan baru yang
dalam angannya, cuma ada dia. Tetapi, rupa-rupanya, Ashraf tidak pernah mahu
memilihnya.
“Agaknya apa yang dia orang tengah buat sekarang
ya?,”dia bersuara pilu. Merenung jauh ke tengah padang permainan. Membiarkan
air mata bertamu semula di birai mata. Elman terdiam. Inilah yang tidak sanggup
dia lihat.
“Dia janji, cuma aku yang akan jadi pengantin dia.
Dia janji nak bawa aku honeymoon kat oversea. Dia janji nak buat wedding yang
cukup meriah untuk kami...,”
“Aira, berhenti sakitkan hati sendiri. Jangan ikut
rasa sedih tu,”
“Siapa perempuan tu? Kau kenal dia? Kau tahu kan,
selama ni dia tipu aku?,”
Elman mengeluh perlahan. Ada rasa bersalah pada
gadis ini.
“Itu tunang dia. Dah tiga tahun dia orang bertunang.
Perempuan tu baru habis belajar kat oversea. Balik ke sini, terus kahwin,”
Aira tergelak kecil. Tiga tahun bertunang? Jadi,
selama dua tahun ini, dia menjalinkan hubungan cinta dengan tunang orang?
“Kenapa hari ni baru kau nak beritahu aku semua ni?
Kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal yang Ashraf
dah bertunang?,”
“Dia yang larang. Dia cakap dia memang cintakan kau.
Dia cakap, dia memang nak putuskan pertunangan dia dengan Salina,”
“Cuma cintakan aku? Kau tengok tak muka bahagia dia
kat atas pelamin? Kau tengok tak?,”
“Aku sanggup simpan rahsia ni, sebab aku ingat dia
memang betul-betul cintakan kau. Tapi, bila dia cakap dia nak kahwin and
teruskan hubungan dengan kau, aku rasa ini tak adil untuk kau. Sebab tu aku
beritahu kau semua ni,”
Aira tunduk lagi. Memang dari awal Ashraf berniat
untuk terus membohonginya. Perlahan air mata diseka lagi.
“Sakit hati aku dia buat macam ni. Aku sayangkan dia
sangat-sangat. Aku cintakan dia. Aku dengar semua cakap dia. Tapi, dia tipu aku
hidup-hidup. Aku tak akan maafkan dia,”
“Aku tahu semua ni sukar untuk kau. Tapi, aku juga
tahu, kau seorang yang kuat. Kau pasti boleh lalui semua ni,”
Aira mengeluh perlahan. Perlahan mengangkat
punggung.
“Aku nak baliklah,”
“Nak aku temankan?,”
Aira menggeleng perlahan. Elman mengeluh kecil.
“Sure kau okay ni?,”
Perlahan dia menjongket bahu.
“Kau jangan bunuh diri...,”
Aira menjeling tajam. Elman tersengih.
“Okay. Kau masih waras. Bermakna kau memang okay.
Apa-apa hal, call aku,”
“Thanks, Man. Aku balik dulu,”ujar Aira sambil
menepuk perlahan bahu Elman. Elman mengangguk. Berdiri tegak melihat Aira
mengatur langkah meninggalkannya. Sekali lagi dia mengeluh panjang.
*******
5 comments:
intro yg best. lawak gak... rasanye... mcm best je... nak lg....tq hanni
mila....
intro nyer aje buat D tersengih2, so mmg sahih best. so hanni ramsul ku cayang....cpt2 yer update sambungan.
Lebiu lah.
permulaan yg mnarik..nak lg sambungnya
hanni, cite ni kategori mn?? nvel ke mini ke cerpen??
ty skit, slps nvel KSRI..nvel pe lak y akn mnyusul???
suke citer ni..bab2 mercun paling x tahan
Post a Comment