Sunyi.
Juga ada rindu yang berat mendera hati. Bingkai gambar di atas meja solek, aku
capai. Merenung senyuman milik lelaki yang aku cintai sepenuh hati. Perlahan
wajah yang sedang erat memelukku itu, aku usap perlahan. Tersenyum sama, seolah-olah
saat itu, senyum kaku itu tertuju khusus untuk aku. Bingkai gambar itu, aku
letakkan semula ke meja. Bergerak menuju ke jendela. Pandangan ditebarkan
seketika ke luar. Kalaulah saat ini, aku bersama dengannya. Perlahan aku
mengeluh sambil bergerak ke katil. Kembali mendapatkan komputer riba yang
terbiar sejak dari tadi. Menunggu mesej daripada yang tersayang. Medium yang
menyatukan kami, akan kami teruskan. Kebahagiaan yang pernah kami rasakan dulu,
akan terus kami rasai sampai bila-bila. Itulah yang pernah Encik Firdaus
bisikkan di telingaku.
Aku
tersenyum panjang. Ternyata ada sesuatu untukku. Aku terus memakukan pandangan pada skrin komputer
riba. Mesej rindu daripada yang tersayang. Rindu? Tidak perlu untuk aku nafikan
lagi. Rasanya tiga hari yang berlalu sudah seperti tiga minggu. Setiap saat
terasa cukup lambat berlalu. Kalau boleh aku mahu lelaki ini muncul di
hadapanku saat ini juga. Soalan Encik Firdaus tetap sahaja membuat jiwaku
berbunga indah seperti dulu juga.
Prince
Charmimg: Rindu abang tak?
Ugly
Betty : Tak rindu pun…
Sambil
tersenyum aku sengaja mempermainkan perasaan Encik Firdaus. Mahu melihat reaksi
Encik Firdaus. Diam. Dan terus diam. Tiada lagi jawapan daripada Encik Firdaus.
Agak lama aku menunggu. Tetingkap Yahoo! Messenger di dada komputer ribaku
terus menyepi. Membuat aku gundah sendiri. Aku mengharapkan jawapan dan usikan
manja seperti selalu. Bukan sepi begini.
“Diam
pulak. Merajuk ke?...,”aku bersuara sendiri. Daripada meniarap, kini aku duduk
bersila di atas katil. Menanti dengan sabar jawapan daripada Prince Charming
ku. Namun, tetap hampa. Aku mengeluh perlahan.
“Jawablah…Tiya
main-main je…,”aku mengomel lagi. Merenung screen komputer bagaikan menanti
Encik Firdaus muncul dari situ menemuiku.
“Bencilah
macam ni. Baru nak chat, terus hilang. Menyampah…,”ada rasa geram mula singgah
di hati. Geram dibiarkan tertunggu-tunggu begini.
“Cakap
tak rindu…,”
Segera
aku berpaling. Suara itu. Aku terlalu kenal suara itu. Juga terlalu rindu pada
suara itu. Senyum lebar Encik Firdaus di pintu bilik membuat aku segera
bergerak turun dari katil. Berkejar mendapatkan suamiku yang muncul secara
tiba-tiba. Betul-betul satu kejutan. Pantas jemarinya aku kucup dan pantas juga
tubuh itu aku peluk erat. Mahu melepaskan semua kerinduan yang terhimpun cuma
untuknya. Senang hatiku mendengar Encik Firdaus
tergelak halus. Membalas pelukanku dengan cukup mesra.
“Cakap
tak rindu kat abang,”
Aku
tersengih. Wajah ceria Encik Firdaus aku pandang lama. Mana mungkin tidak ada
rindu untuk wajah kesayanganku ini. Wajah itu aku usap perlahan. Menentang
renungan lembutnya yang sering membahagiakan aku.
“Acah
aje…,”ujarku sambil meleraikan pelukan. Mencapai beg pakaian di kaki Encik
Firdaus. Encik Firdaus cuma tersenyum sambil perlahan mengelus rambutku.
“Abang
rindukan Tiya,”
Aku
sekadar tersenyum. Tidak perlu aku balas ungkapan itu, kerana renunganku sudah
cukup untuk menyatakan segunung rindu yang turut aku tanggung.
“Kenapa
balik tak beritahu? Abang cakap esok baru balik,”
Encik
Firdaus diam. Cuma melangkah masuk ke bilik. Aku mengekori dari belakang
bersama beg pakaian miliknya.
“Urusan
dah selesai, buat apa abang nak berlama kat sana? Baik abang balik jumpa isteri
abang. Tak best asyik sembang dengan computer… dengan handphone aje,”
Aku
mengangkat kening. Encik Firdaus mengukir senyum sambil kenyitkan mata.
Perlahan melabuhkan punggung ke sofa di tepi jendela.
“Dulu
suka aje?,”dugaku sambil berpeluk tubuh.
“Dulu
lain…sekarang lain…,”
Aku
mencemik.
“Abang
nak minum? Tiya buatkan?,”aku bertanya apabila melihat Encik Firdaus kelihatan
begitu penat.
Encik
Firdaus menggeleng perlahan.
“Penat?
Nak Tiya urut?,”
“Terima
kasih sayang. Tapi, abang nak mandi. Nak solat Asar dulu. Lepas tu, kita minum
petang sama-sama,”balas Encik Firdaus sambil mengangkat punggung. Sempat
memberi satu kucupan di dahiku sebelum bergerak ke almari mencari tuala.
“Kalau
macam tu, Tiya turun siapkan minum petang ya,”
“Okay,
sayang,”
Aku
tersenyum. Memandang Encik Firdaus masuk ke bilik air, kemudian mula mengatur
langkah keluar dari bilik. Terus menuju ke ruang dapur.
“Tini…
buat apa tu?,”
Pantas
Tini berpaling.
“Puan…
tengah goreng karipap. Puan nak apa ya?,”
Aku
menggeleng perlahan. Bergerak menghampiri Tini sambil menjenguk karipap di
dalam kuali.
“Dah
buat air?,”aku bertanya.
“Belum
Puan. Nanti habis goreng karipap ni, saya siapkan,”
“Tak
apa. Biar saya buat,”
“Tak
apa, Puan. Saya boleh buatkan,”
Aku
tersenyum.
“Jangan
risau. Masak saya kurang mahir, tapi, saya pandai buat air,”aku berseloroh
sambil disambut tawa kecil Tini.
“Terima
kasih, Puan,”
Tanpa
menjawab, aku berlalu mencapai balang berisi milo dan juga susu. Sibuk
menyediakan milo panas untuk suami tersayang.
“Kak
Long!,”
Sergahan
itu membuat aku terjerit kecil. Segera aku berpaling sambil mengurut dada.
Iecha tersengih.
“Terkejut
Kak Long. Nasib baik tak terlepas teko ni tau,”rungutku sambil meletakkan teko
berisi milo panas ke dalam dulang. Iecha tergelak halus.
“Sorrylah.
Kak Long buat air apa?,”
“Milo.
Nak?,”
“Nantilah.
Along dah balik kan, Kak Long?,”
Aku
tersenyum. Tidak jadi menyusun cawan dan piring. Kini, pandanganku jatuh tepat
ke wajah Iecha. Melihat senyum lebar Iecha, cukup untuk memberitahu ada sesuatu
sedang berlegar di fikiran adik iparku itu. Perlahan aku bersandar pada kabinet
sambil berpeluk tubuh. Iecha tersengih. Tini yang muncul bersama sepiring
karipap panas mengalihkan sedikit tumpuanku pada Iecha.
“Along
suka karipap ni. Biar Iecha tolong bawakan ya. Along nak minum kat mana ni, Kak
Long? Kat sini ke kat laman?,”Iecha bersuara lagi sambil mencapai dulang berisi
hidangan minum petang.
“Tak
payah…tak payah… macam ada niat tak baik aje kat mata tu. Cepat bagitau apa
niatnya tu?,”
Iecha
mencemik sambil menarik tangannya apabila tangan mulus itu kujentik perlahan.
“Cepat
bagitau…,”desakku sambil mengangkat kedua-dua kening.
Iecha
tersengih.
“Kak
Long tolonglah Iecha. Ajaklah Along keluar malam ni, ya. Esok malam Iecha dah
nak balik kampus. Iecha nak shoppinglah. Tak nak shopping sorang, nanti kena
bayar sendiri,”
“Ambil
kesempatan,”usikku serius.
“Alah.
Bukan selalu. Kak Long pun boleh shopping sama nanti…,”
“Ajaklah
sendiri,”ujarku selamba.
Iecha
menarik muncung.
“Kalau
Iecha ajak, samalah macam tak payah ajak. Macam-macam alasan nanti,”anak gadis
itu mula merungut.
Aku
tersenyum. Adik bongsu suamiku itu sudah mula mahu merajuk.
“Tengoklah.
Kalau Along tak penat, nanti Kak Long tanyakan,”
“Yes!
Kalau Kak Long ajak, sure punya Along tak akan penat,”girang gadis manis itu
bersuara sambil bergerak laju meninggalkan ruang dapur.
“Tadi
cakap nak tolong angkatkan ni,”aku bersuara sambil bercekak pinggang.
“Iecha
ada kerja sikit,”sedikit kuat Iecha membalas bersama tawa mengekek. Aku
tersenyum sambil menggeleng perlahan. Tini yang sibuk membasuh kuali, turut
tergelak halus.
“Kenapa
dengan Iecha tu?,”
Aku
mengangkat muka. Encik Firdaus sudah berwajah segar. Kemas bersama T-shirt
hitam dan berseluar jeans. Tanpa menjawab, cuma senyum manis aku hadiahkan buat
Encik Firdaus.
“Abang
nak minum kat mana?,”soalku sambil mengangkat dulang. Bergerak keluar dari
ruang dapur sambil diiringi Encik Firdaus.
“Kat
luarlah,”
Tanpa
bersuara, langkahku terus laju menuju ke arah gazebo di hujung laman.
Meletakkan dulang di atas meja besi sambil perlahan melabuhkan punggung ke
kerusi. Milo panas kutuang ke dalam cawan. Terus kuhulurkan kepada Encik
Firdaus yang sudah mengambil tempat di sisiku.
“Thanks,”
Aku
tersengih. Menongkat dagu sambil mengamati wajah Encik Firdaus yang sedang
menikmati minuman petang. Encik Firdaus mengangkat kening membuat aku tersenyum
panjang. Cawan diletakkan perlahan ke meja.
“Kenapa?,”
“Saja.
Lama tak tengok abang…,”
Encik
Firdaus tertawa lepas.
“Okay…
tengoklah puas-puas,”ujarnya kemudian sambil memeluk tubuh. Wajahnya sengaja dihalakan
ke arahku. Aku menjeling dan dia tersenyum.
“So,
selama tiga hari abang kat Kuantan, apa isteri abang ni buat?,”
Aku
mengeluh perlahan.
“Jadi
Betty lah. Tu pun, sekejap-sekejap aje. Sibuk memanjang aje orang tu,”rungutku
separuh bergurau.
Encik
Firdaus tersenyum lebar.
“Tiya
temankan mummy kat butik. Mummy ajak Tiya jaga butik,”aku mula bercerita.
Perkara baru yang aku lakukan setelah hampir empat bulan aku menghabiskan masa
di rumah besar ini.
“Seronok
juga. Ada juga aktiviti. Kalau Tiya nak kerja dengan mummy, boleh ya bang?
Bosanlah duduk rumah,”
“Nak
kerja buat apa? Jadi isteri abang, dahlah,”
“Tak
boleh bang. Lagi lama Tiya duduk kat rumah ni, lagi bertambah saiz Tiya. Tiya
tolong mummy, ya?,”
Encik
Firdaus diam. Merenung wajahku sambil menggosok dagu.
“Boleh
kan?,”
“Kalau
abang cakap tak boleh?,”
“Tiya
pujuk mummy… suruh mummy pujuk abang,”
Encik
Firdaus tergelak. Aku mengangkat kening.
“Bosan
sangat ke duduk rumah?,”
“Bosanlah
bang…,”aku menjawab sambil mengeluh panjang. Memang bosan. Itu satu kenyataan
yang tidak dapat disangkal lagi. Aku perlukan udara segar dari luar. Aku
perlukan aktiviti lain selain daripada berada di rumah dan menunggu kepulangan
suami tersayang.
“Kalau
tolong mummy, abang izinkan. Kalau kerja lain, abang tak benarkan. Abang nak
Tiya selalu ada untuk abang,”
Aku
tersenyum lebar.
“Thanks,
bang,”
“Thanks
aje?,”
Aku
kenyitkan mata.
“Juga
karipap favourite abang ni,”balasku sambil menghulurkan sebiji karipap pada
Encik Firdaus. Encik Firdaus membelek karipap di tangannya.
“Karipap
aje? Macam tak berbaloi…,”
Aku
tersenyum kecil. Encik Firdaus menghadiahkan satu renungan yang cukup lembut.
Renungan yang menghantar rasa kasih yang sarat ke dasar hatiku.
“Abang…,”aku
bersuara lembut.
“Hmmm….
Apa lagi ni?,”lembut juga balasan yang Encik Firdaus berikan.
“Penat
tak?,”
“Kalau
untuk Tiya, abang tak pernah penat,”
“Kalau
macam tu, bolehlah keluar malam ni ya? Iecha ajak shopping,”
“Patutlah
happy semacam budak tu. Ada komplot dengan kakak ipar dia rupanya,”
Aku
tergelak kecil.
“Mana
ada komplot. Tapi, Tiya dah cakap, kalau abang penat, maknanya tak jadilah shopping,”
“Boleh.
Tapi ada syaratnya…,”
“Ada
syarat pula? Apa syaratnya?,”
Encik
Firdaus mengukir senyum.
“Malam
ni, tak boleh. Esok pagi. Esok abang tak masuk office,”
Aku
kerutkan kening.
“Tadi
cakap tak penat….,”
“Memanglah
tak penat. Tapi, abang rindukan isteri abang. Malam ni, abang nak isteri abang
aje yang temankan abang…,”
Aku
tersenyum kecil. Sedikit segan melihat senyum Encik Firdaus begitu lebar.
Senyum yang membuat pipiku membahang tiba-tiba.
“Hmm…
nanti Tiya beritahu Iecha,”
Encik
Firdaus mengangguk perlahan. Perlahan juga aku menghulurkan sebiji lagi karipap
pada Encik Firdaus. Kali ini, tidak disambut tetapi cuma mulutnya yang terbuka
minta disuap. Dengan senang hati, karipap aku suapkan ke mulut Encik Firdaus.
****
11 comments:
kak hanni, edit balik ye cerita ni?
best2..rindu kat encik firdaus n tiya..hehe
next entry pliz...haha
alahai..
manje nye
alolo comey btol...
besnyer...k.hanni gud luck..chaiyok2. tulis smpi hbis taw...hehheh
tak sabar nak tunggu :p
Suweet bangat.
sukanya. tak sabar tunggu next chapter
alaaaa..... soooo sweettt... Bertuah Tiya dpt hubby cam En Firdaus. So loving..
alaaaa~~~~~~ omel yea diorang... sweet sesangat... hehehehe... kalah TS... hahaha
best nye..!!
aduhai..rindu pulak nak makan karipap -p
Post a Comment