Sudah tiga hari berlalu
sejak Puan Sri Ainul datang makan malam di rumah mertuaku. Juga datang untuk
isytiharkan perang denganku. Tiga hari juga aku memendam rasa tidak puas di
hati. Mahu meluahkan perasaan kepada suamiku, bimbang nanti aku akan dianggap suka berfikir yang bukan-bukan. Ketenangan petang
terisi dengan menunganku yang panjang. Sesekali aku mengerling ke arah Encik
Firdaus yang sibuk di meja kerjanya. Sengaja datang menyibuk di ruangan kerja
suamiku ini. Setelah mengeluh perlahan, aku melangkah mendekatinya. Mahu
mengambil komputer ribaku yang aku letakkan di atas meja kerjanya.
“Ada apa, sayang?,”dia bertanya lembut tanpa memandang
wajahku. Sibuk benar dengan laporan di dada komputernya.
“Nak ambil ni…,”balasku sambil mengambil segala khazanah
untuk aku berhubung dengan Sharifah. Lama tidak saling menghantar mesej di
Yahoo! Mesenger dengan temanku ini.
“Nak buat apa?,”
“Chatting…,”
Encik Firdaus berpaling. Memandang wajahku.
“Nak chat dengan siapa pula ni?,”soalnya tersenyum nipis.
“Dengan Sherrylah bang. Lama tak tanya khabar dia,”
“Call ajelah,”
“Feel tak sama…,”
Encik Firdaus tergelak kecil.
“Macam-macamlah…,”
Aku tersenyum kecil. Berlalu ke sofa panjang di ruangan
kerja itu. Bersedia mengadap komputer riba untuk mencari temanku yang seorang
itu.
“Ada masa ke Sherry nak chat sekarang ni? Entah-entah
sibuk dengan Qalisha,”tiba-tiba suara Encik Firdaus menyapa telinganya. Aku
pandang seketika ke arah empunya suara. Masih tekun dengan kerjanya. Laju
jemariku menaip mesej untuk Sharifah di telefon bimbit. Memaklumkan keinginanku
untuk bertukar mesej di Yahoo! Mesenger. Kemudian aku tersenyum panjang. Mula aktifkan
tetingkap YM. Tunggu seketika sambil termenung. Sesekali mengerling ke arah
Encik Firdaus yang aku perasan sudah mula mengintaiku di balik komputernya.
Charming : Hi sayang. Sayang abang tgh buat
apa tu?
Satu sapaan menyapa mataku. Membuat aku tersenyum lucu.
Mengada-ngada. Aku berpaling sekali lagi. Memandang wajah Encik Firdaus yang
sudah terhias dengan senyum manis.
Ugly Betty : Tgh mkn nasi
Charming : Suapkan
abang sikit, boleh?
Aku
tergelak. Segera berpaling. Encik Firdaus mengangkat kening. Turut mempamerkan
senyum nakalnya.
“Mengada-ngada abang ni. Jangan kacaulah. Buat kerja
abang tu,”aku bersuara sambil tersenyum.
Sherry_sweet: BUZZ
Sherry_sweet:Apahal
tetiba suruh aku online ni?
Teguran
Sharifah yang tiba-tiba, menghapus senyumku. Terus tumpuan aku alihkan pada
temanku itu.
Ugly
Betty: Bagi salam dululah…
Sherry_sweet: Oh ya.
Lupa. Sorry. Assalamualaikum.
Ugly
Betty :Waalaikumussalam.
Sherry_sweet: Ok.
Straight to d point. Apa hal?
Ugly
Betty: Oit. Kalau nak cepat2, outlah. Malas aku nak cakaplah macam ni.
Sherry_sweet: Hahaha.
Merajuk pulak. Oklah…. Apa dia sayang? Cerita pelan2.
Ugly
Betty : Qalisha aku, apa khabar?
Sherry_sweet: Baik.
Tengah makan dengan papa dia. Qalisha tanya tadi, bila dia nak dapat adik angkat?
Aku
tergelak kecil. Yalah tu. Qalisha yang bercakap pun belum pandai, boleh
bertanya soalan macam tu? Nampak sangat menipu.
Ugly
Betty : Ya sangatlah tu. Sejak bila Qalisha pandai bercakap?
Sherry_sweet: Tadi.
Dia ngigau masa tidur. Hahaha…
Aku tergelak
sama membaca jawapan itu. Loyar buruk!
Ugly
Betty: Aku rasa tak sedap hatilah, Sherry…
Sherry_sweet: Dah.
Kenapa pulak? Apa masalah pulak ni?
Ugly
Betty : Aku rasa ada orang tak suka akulah.
Sherry_sweet: Siapa?
Kau jangan start perangai lama. Asyik fikir yang bukan-bukan. Lpas tu buat keputusan
yang bukan2…
Ugly
Betty : Aku yakin. Aku tahu dia memang tak sukakan aku.
Sherry_sweet: Siapa?
Ugly
Betty : Puan Sri ngok ngek tu…
Sherry_sweet: Siapa
weh? Aku kenal ke?
Ugly
Betty: Mak Mia lah!
Sherry_sweet: Hmmm…
apa masalahnya kalau dia tak suka kau pun. Bukan jadi
masalah. Janji keluarga
Encik Firdaus semua suka kau, kan? Itu yang kau kena fikir. Yang kau
sibuk fikir pasal org yg x ada kena mengena dengan kau tu, kenapa?
Aku mengeluh perlahan. Nampaknya Sharifah belum begitu
jelas dengan situasi yang sedang aku hadapi kini.
Ugly
Betty: Masalahnya dia seolah-olah nak cari pasal dengan aku. Aku rasa dia puas hati sebab Encik Firdaus tak dapat
jadi menantu dialah….
Sebaik sahaja
aku tekan ‘enter’ sapaan Encik Firdaus muncul tiba-tiba dan teks yang aku taip,
selamat masuk ke tetingkap Yahoo! Mesenger Encik Firdaus. Aku ternganga
seketika. Cepat-cepat menutup mulut. Kantoi! Kaku
tiba-tiba sambil mata terus terpaku pada screen komputer riba.
Charming : Apa ni?
Charming : Sayang? R u hiding something from me?
Aku sudah cuak. Untuk berpaling memandang wajahnya pun
aku sudah tidak berani. Dari ekor mata, aku tahu Encik Firdaus sudah bangkit
dari kerusi. Meninggalkan kerjanya dan melangkah menghala ke arahku. Kalaulah
tiba-tiba saat ini aku masuk ke dalam komputer riba ini, memang aku akan terus
melompat mencari tempat persembunyian. Teguran Sharifah yang bertalu-talu,
sudah tidak mampu aku jawab. Dadaku berdebar kencang saat Encik Firdaus
melabuhkan punggung di sisiku.
“Apa cerita ni?,”soalnya lembut.
Aku terus kelu. Cuma mampu membalas renungannya
lambat-lambat. Silapku barangkali. Mengumpat suami secara terang-terangan.
Tetapi, aku tidak mengumpat Encik Firdaus. Aku hanya meluahkan perasaan aku
yang terbuku kepada sahabat baikku. Tidak salah rasanya. Encik Firdaus
merapatkan badannya ke arahku. Menatap screen komputer ribaku.
Ugly Betty: Sherry, I pinjam kawan u
sekejap. Ada hal nak bincang. Nanti u sambung balik ya..
Terkebil-kebil aku melihat Encik Firdaus mengganti
tempatku.
Sherry_sweet: Encik
Firdaus ke? Ok ok…. She’s yours…
Ugly
Betty : Thanks…
Tamat
sudah interaksi antara dia dan Sharifah. Kini, pandangannya teralih ke wajahku.
Aku tahu wajah itu menanti penjelasan daripadaku.
“Tiya
bukan mengumpat abang,”laju aku bersuara. Cuba melindungi diri sendiri.
“Abang
tahu Tiya bukan mengumpat abang. Tapi, ada sesuatu yang mengganggu Tiya, kan?
Apa dia? Cerita pada abang. Tiya tahu, Tiya boleh ceritakan apa saja pada
abang, kan? Kenapa nak berahsia dengan abang?,”
Aku
mengeluh perlahan. Memandang wajah Encik Firdaus dengan perasaan berbelah-bagi.
“Tiya
minta maaf. Tiya cuma tak nak abang tengok Tiya ni macam suka sangat buruk
sangka pada orang…,”akhirnya aku luahkan juga keresahan di hati.
“Tapi,
Tiya dah letak satu rasa kurang senang dalam hati Tiya, kan? Dah letak satu
rasa was-was juga kat situ,”
Aku
diam. Betul kata Encik Firdaus.
“Sekarang
cerita pada abang. Kenapa Tiya cakap macam tu? Tiya cakap pasal mak Mia ke?,”
Perlahan
aku mengangguk. Membuat Encik Firdaus kelihatan sedikit hairan.
“Apa
yang buat Tiya sampai berfikir macam tu?,”
“Abang
tak tengok macam –mana dia layan Tiya malam tu? Dia sengaja puji-puji Mia.
Sengaja sindir Tiya dengan abang,”
Encik
Firdaus tersenyum nipis. Mengusap perlahan jemariku.
“Belum
habis lagi rupanya cemburu isteri abang ni pada Mia ya?,”
Aku
merenung wajah Encik Firdaus. Tajam. Ini bukan lagi soal cemburu. Ini
melibatkan perasaan aku apabila ibu Mia melayan aku dengan begitu sinis.
Seperti yang aku jangka, bercerita dengan Encik Firdaus tidak akan mendatangkan
apa-apa makna. Barangkali aku tidak boleh menyalahkan Encik Firdaus sepenuhnya.
Hubungannya dengan keluarga Mia terlalu rapat. Mustahil akan timbul prasangka
di hatinya.
“Abang
tak faham. Tiya tahu mak Mia memang tak sukakan Tiya,”aku berusaha
mempertahankan pendapatku. Aku benar-benar yakin dengan perasaan aku kali ini.
“Hari tu
kan, dia cuma gurau. Tiya jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan buat kesimpulan
terburu-buru. Ingat tak apa jadi pada kita dulu, bila Tiya ikut perasaan… buat
kesimpulan terburu-buru? Abang hampir-hampir kehilangan Tiya, tau. So, jangan
ulang kesilapan yang sama. Apa yang penting, Tiya mesti yakin pada suami Tiya
sendiri. Faham?,”
Aku
diam. Tiada guna terus bersuara rasanya.
“Atau…
Tiya masih belum yakin pada abang? Belum yakin pada cinta abang?,”
Aku
mengeluh lemah. Sudahnya aku hanya mampu bersandar pada dadanya yang bidang.
Aku tidak pernah ragu pada kasih-sayangnya. Aku yakin aku benar-benar percaya
akan ketulusan cinta Encik Firdaus. Tetapi, kata-kata Puan Sri Ainul tetap
menganggu perasaanku.
Perlahan
aku memeluk tubuhnya.
“Tiya
yakin pada abang. Cuma, Tiya selalu tak yakin pada diri sendiri. Tiya jadi
takut. Takut kalau-kalau kelemahan yang ada pada Tiya akan buat abang jauh dari
Tiya nanti. Akan buat abang pergi dari Tiya…,”aku bersuara separuh berbisik.
Memang itulah satu-satunya masalah yang aku hadapi. Berasa cukup kerdil di sisi
insan yang sewajarnya menjadi pendamping Encik Firdaus. Aku dengan Mia, bagai
langit dengan bumi. Dan, bukan mudah untuk aku rasa selesa dengan kedudukan
itu.
Di balik
degup jantung Encik Firdaus yang cukup hampir di telingaku, aku mendengar Encik
Firdaus mengeluh perlahan. Mengeratkan pelukannya sambil aku berasakan ada
kucupan di kepalaku.
“Abang
kenal Tiya dengan kelemahan Tiya. Abang sayangkan Tiya dengan kelemahan Tiya.
Abang terima Tiya juga dengan kelemahan Tiya. Mana mungkin abang akan jauh dari
Tiya? Kelemahan itu nanti akan buat kita semakin rapat. Ingat tu,”
Aku
mendongak. Memandang renungan Encik Firdaus yang cukup redup.
“Betul?,”soalku
perlahan. Encik Firdaus tersenyum. Kemudian mengangguk perlahan.
“Kalau
sampai bila-bila pun, Tiya tak dapat jadi sehebat Mia… abang tetap tak akan
tinggalkan Tiya?,”
“Abang
mahu Tiya. Bukan Mia atau sesiapa saja,”
“Kalau
setiap kali birthday abang, Tiya tak dapat buatkan kek coklat macam Mia, abang
tak kisah?,”
Encik
Firdaus tertawa.
“Mana
tahu ni, setiap kali birthday abang, Mia buatkan abang chocolate cake?,”
“Hari
tu, Mia tercakap. Masa birthday Abang Kamal,”
Lebar
senyum Encik Firdaus.
“Ya.
Memang betul Mia selalu buatkan birthday cake untuk abang. Tapi, itu bukan satu
kemestian kan? Abang tak kisah, sayang. Yang penting, Tiya ada untuk sambut
hari-hari istimewa kita,”
Aku
diam. Terus bermain dengan perasaan sendiri.
“Tiya…
merendah diri tu normal. Tapi, jangan rendahkan diri sendiri. Tak elok. Jangan
selalu pandang kelebihan orang lain, untuk menggugat keyakinan diri sendiri.
Jangan. Nanti macam-macam syak wasangka boleh timbul,”
Aku
mengangguk perlahan.
“Tiya
pegang cakap abang. Tiya yakin pada cinta abang…Tiya tak akan fikir yang
bukan-bukan selagi Tiya yakin pada cinta abang,”ujarku sambil memandang
sepasang mata Encik Firdaus yang terus merenungku.
“Tiya
mesti selalu yakin…,”bisik Encik Firdaus lembut. Aku tersenyum di dalam gundah.
*****
9 comments:
dah lama tunggu akhirnya...
akhirnya....syg kak hanni. dalam pantang sempat lg 2 update n3. thanks sgt2.
tp tol pe tiya ckp. mak mia 2 x perlu la menjatuhkan orang sgt. tiya pon dh taw ada kelemahan ape lg bangkit2 perbaiki diri tnjukkan pada firdaus,fmly firdaus dan sape2 y die boleh jadi isteri dan menantu y baik. x pndi msk boleh belajo...as long as ada usaha dan jgn give up...cehhh..mcm pnulis lak.
kesian tiya...wah kak hanni dalam pantang pon smpt post n3..yeyeyey tq..luv sis//
Tbaikla kak hanni..thnkz tk n3 ni...rndu dgn cite ni...
ska ngn en.firdaus ni...slalu protect tiya...so sweet....
tp tkut gk en.firdaus mnjauhkn diri ny drpd tiya sbb mak mia bmoh2 kn dia...nnti tiya bw diri g oversea.. jgn wt cm ni ye hanni..hehehh
waaa...lame tggu..
nak lagi ek.
best!
Thanks kak hanni...terbaik...nak lg...
:)
rindukan 'Mungkinkah' juga.. Take care & selamat berpantang kak :)
terlerai rindu terhdp En. Firdaus dgn Tiya.....sentiasa menanti kemunculan n3nya.
Post a Comment