“Tak habis-habis lagi
ke datang nak menyusahkan orang? Kalaupun tak ada rasa kasihan pada saya,
tolonglah kasihan pada ayah yang memang tak berapa sihat tu. Sudah-sudahlah
sebar fitnah ke sana ke sini…Sudah-sudahlah datang saja-saja cari pasal dengan
ayah,”
“Kalau ayah sayang tak percaya, pasti dia tak akan
tertekan. Kan? Kalau dia tak tertekan…tak stress, pasti dia tak akan masuk
hospital. Betul kan? Ayah masuk hospital tiga hari lepas, kan? Kesian ayah
mertua abang. Kenapalah anak dia suka susahkan dia macam tu…,”
“Baik awak berambus saja dari sini. Dari hidup saya. Dari
hidup kami semua. Kami dah tak larat nak layan kerenah lelaki tak guna macam
awak,”
“Senang saja. Minta bos kesayangan Rissa tu, bayar duit
pada abang, and abang akan berhenti ganggu ayah. Nak berterus-terang dengan
isteri boss Rissa pun, abang sanggup, tau. Adil kan? Mesti boss Risa tak akan
tolak permintaan Rissa, sebab dia kan sayangkan Rissa…,”
Perlahan jemarinya menggosok dahi. Sungguh rimas dengan
gangguan Radhi yang seperti tiada penghujung.
“Dah sampai ke mana tu? Bukan main berkerut lagi kening
tu,”
Arisa mengangkat muka. Sedar yang dia kini sedang
berdepan dengan Encik Karim. Bukan Radhi yang menyebalkan.
Senyum majikannya itu dipandang sepi. Tingkah lelaki ini
juga sudah mula membuat dia kurang senang. Encik Karim seperti tidak begitu
mengacuhkan masalah yang sedang melanda mereka. Tiap kali dia cuba mengajak
Encik Karim berbincang, lelaki ini hanya tersenyum kecil.
‘Saya tak kisah…’
Itulah sahaja jawapan yang dia terima. Dan, hari ini,
Encik Karim mula bersuara. Mula mahu berbincang masalah yang dia rasakan
semakin meruncing. Setelah hampir sebulan bergelut dengan segala kerenah Radhi,
baru hari ini Encik Karim mahu merungkai segalanya. Namun, cadangan Encik Karim
ini langsung dia tidak setuju sebenarnya. Encik Karim mahu berbincang di luar,
sedang dia sendiri, sebolehnya dia mahu mengelak pertemuan sebegini. Yang hanya
akan mengundang cerita tidak enak. Cadangannya agar berbincang sahaja di ruang
pejabat, telah Encik Karim tolak mentah-mentah. Sudahnya, dia berada di sini,
bersama perasaan tidak enak. Bersama andaian ngeri seandainya sepasang mata
Radhi sedang memerhati mereka saat ini. Matanya sesekali meninjau persekitaran
restoran yang sedikit mewah ini. Dan, jatuh pula pada wajah Encik Karim yang
cukup tenang di hadapannya.
“Encik Karim, rasanya elok kalau kita bercakap sekarang.
Jujurnya, saya tak selesa kita bertemu begini. Bekas suami saya tu, gila. Saya
tak mahu nanti Puan Salma salah – faham lagi. Saya tak nak bagi masalah pula
pada Encik Karim sekeluarga,”
Senyum Encik Karim membuat dia gusar. Langsung tiada riak
cemas di wajah itu.
“Apa yang awak nak cakapkan?,”lembut soalan itu meniti di
bibir lelaki di hadapannya ini. Soalan yang membuat dia termangu. Apa yang
ingin dicakapkan? Apa yang boleh dibincangkan? Untuk dirinya, sememangnya dia
buntu. Radhi menyerangnya di setiap penjuru. Perlahan dia menggeleng.
“Saya andaikan, mungkin Encik Karim ada cara bagaimana
kita nak selesaikan masalah ni. Bagaimana kita nak berterus-terang dengan Puan
Salma…,”akhirnya dia bersuara perlahan.
“Apa yang bekas suami awak nak dari awak?,”soalan Encik
Karim cukup melencong daripada topik yang ingin dia bincangkan.
Arisa mengeluh perlahan. Memandang wajah Encik Karim yang
setia menanti jawapannya. Perlukah dia berterus-terang? Berterus-terang dan
menambah beban masalah lelaki ini? Sudahnya dia menggeleng perlahan.
“Saya cuma mahu selesaikan salah-faham Puan Salma. Apa
yang bekas suami saya mahukan, itu bukan persoalan utama…,”
“Tapi, saya nampak seperti ada rancangan yang cukup
terperinci di sini. Saya tak percaya dia buat semua ni, sekadar suka-suka,”
Arisa meraup wajah perlahan-lahan.
“Apa Puan Salma cakap dengan Encik Karim? Dia marahkan
saya ke?,”
Encik Karim tersenyum kecil. Dalam senyum itu juga dia
mengangguk. Membuat Arisa semakin tidak senang duduk.
“Encik Karim?,”perlahan dia bertanya lagi.
“Saya? Kenapa dengan saya?,”
“Encik Karim marahkan saya? Saya tahu semua ni berpunca
dari saya. Saya kesal dengan apa yang berlaku. Sungguh saya sangat kesal. Saya
sanggup lakukan apa saja untuk pulihkan keadaan ini, Encik Karim,”
“Arisa… ini bukan salah awak. Jangan salahkan diri awak
untuk sesuatu yang tak ada kena – mengena dengan awak. Tindakan bekas suami
awak… itu semua di luar kawalan awak. Stop blaming yourself. Okay?,”
“Saya sanggup berdepan dengan Puan Salma dan jelaskan
semuanya,”
“Tenang Arisa…Risau saya tengok awak macam ni,”
“Selagi perkara ni tak selesai, macam-mana saya nak
tenang,”Arisa bersuara sendu. Menatap wajah Encik Karim seketika sebelum
menunduk.
“Ayah awak macam-mana?,”
Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Rasanya dia tidak
bercerita apa-apa tentang bapanya. Dia tidak mahu Encik Karim tahu situasi yang
sedang dihadapinya. Tidak mahu menambah masalah lelaki yang begitu banyak
membantunya itu.
“Kenapa Encik Karim tanya pasal ayah saya?,”
Majikannya itu menarik nafas panjang. Merenung wajahnya
cukup lama.
“Arisa, boleh tak jangan rahsiakan apa-apa dari saya?
Mustahil bekas suami awak tak attack ayah awak. Untuk bercerai dengan awak, dia
sanggup gunakan ayah awak…takkan kali ini, dia tak susahkan awak macam tu?,”
“Encik Karim… hal itu biarlah saya selesaikan. Saya tak
mahu susahkan Encik Karim lagi. Nanti, macam-macam lagi dia boleh buat fitnah
tentang kita. Jumpa macam ni pun, saya risau. Risau kalau dia sedang perhatikan
kita,”
“Biarkan dia, Arisa…,”
Arisa terkedu. Tidak mengandaikan Encik Karim menjadi
setenang itu. Langsung tiada riak risau. Langsung tidak kelihatan bimbang andai
isterinya mendapat berita yang bukan-bukan lagi.
“Encik Karim dah ada jalan penyelesaian ke?,”dia mula meneka.
Ingin mencari punca ketenangan wajah majikannya itu.
Soalannya terbiar sepi. Cuma senyum kecil muncul di bibir
nipis itu.
“Kalau ditanya pada saya…saya ada jalan penyelesaiannya,”
Arisa tersenyum. Sungguh lega mendengar jawapan itu.
“Alhamdulillah. Kalau Encik Karim perlukan bantuan saya,
untuk yakinkan Puan Salma, just beritahu saya. Saya akan bantu,”
“Dah tentu saya perlukan bantuan Arisa,”
Arisa tersenyum sambil mengangguk.
“InsyaALLAH saya akan tolong. Cakap saja, Encik Karim…,”
“Kita cakap, lepas kita makan. Okay?,”
Senyum Arisa mati perlahan-lahan.
“Perlu ke kita makan? Saya nak balik cepat-cepat. Saya
nak akhiri pertemuan ni cepat-cepat,”
Encik Karim tersenyum lagi.
“Sebab kita sekarang berada di dalam restoran, sudah
tentu kita perlu makan…,”
Wajah Arisa kembali kelat. Mula tidak senang duduk di
dalam restoran berhawa dingin yang cukup santai dengan alunan instrumental yang
memikat.
*****
“Hello. Kata nak balik. Jomlah,”
Zariff mengangkat tangan. Memberi isyarat agar temannya
itu berlalu.
“Cepatlah. Tadi bukan main suruh aku makan cepat. Jomlah
balik,”
“Kau baliklah dulu,”
Najman merengus geram.
“Kau ni, kenapa?,”
Zariff mengangkat muka. Merenung wajah temannya yang
kelihatan sedikit benggang.
“Kau tu yang kenapa? Nak balik, baliklah. Aku nak duduk
sini. Is it clear?,”
Najman menggeleng perlahan.
“Aku blah dulu. Malas layan kau ni…,”
“Yeah. Bye…,”Zariff menjawab tanpa memandang dan temannya
berlalu tanpa menunggu lagi.
Pandangannya terus jatuh pada seraut wajah yang berada
tidak jauh dari mejanya. Dia kenal wajah itu. Dia ingat wajah itu. Seperti ada
perbincangan serius di antara pasangan yang teramat menarik perhatiannya itu.
Siapakah lelaki itu? Mungkinkah suaminya? Atau…barangkali kekasihnya. Tanpa
mengacuhkan lelaki yang menemani, pandangannya terus melekat pada wajah gadis
itu yang berkerut seakan memikirkan sesuatu.
“Arisa..,”dalam senyum, bibirnya mengalun nama itu. Terus
teringat pada rantai yang selamat berada di dalam simpanannya. Sungguh dia leka
menatap wajah itu. Tidak tahu apa yang istimewa pada seraut wajah itu, namun,
pemilik rantai berukir nama Arisa ini telah berjaya membuat mindanya tidak
henti-henti mengulang imej wajah yang sama berkali-kali. Sungguh tidak
disangka, satu lagi pertemuan telah ditetapkan antara dia dan gadis ini.
Saat kerut di dahi gadis itu menghilang dan bibir gadis
itu mula terukir senyum, tanpa sedar, dadanya pula berdegup tiba-tiba. Gila!
Itu sahaja ungkapan yang mampu diproses oleh mindanya. Ternyata gadis ini
benar-benar berbeza dengan deretan gadis yang menjadi temannya. Dan, tiba-tiba
pula dia mengharapkan senyum itu diukir buatnya. Bukan buat lelaki yang sedang
tenang menanggapi wajahnya yang berkerut-kerut. Sungguh lelaki itu tidak layak
untuk berada di sisi gadis ini. Hatinya mula membuat penilaian. Perlahan dia bersandar
ke kerusi. Seandainya gadis ini sedang bersendirian, pasti peluang ini tidak
akan disia-siakan. Mungkinkah pertemuan ini memang tidak akan memberi apa-apa
makna? Tidak membawa suatu perkembangan yang positif? Satu perkenalan
barangkali? Bersama keluhan kecil, dia tersenyum lemah. Sayang, gadis yang sebegini
memikat, tidak dapat menjadi temannya. Hatinya terus diasak tanda-tanya. Apakah
yang sedang dibincangkan itu? Mungkinkah pasangan itu sedang bertengkar dan
nanti akan terlerai satu hubungan. Dia tersenyum. Andai itu yang bakal terjadi,
mustahil dia dapat nafikan, dialah manusia paling gembira.
Tiba-tiba, duduknya sedikit teralih. Semakin berminat
dengan apa yang sedang terhidang di hadapannya kini. Kemunculan seorang wanita
dengan wajah yang penuh amarah, menyuntik lebih banyak rasa ingin tahu. Di kejauhan,
suara wanita itu cukup lantang menyentuh telingannya walau tidak jelas butir
bicaranya. Cuba ditenteramkan oleh sang lelaki yang sentiasa tenang sejak tadi.
Dia tersenyum. Yakin, ketenangan lelaki itu sudah sedikit tergugat. Perlahan dia
menggeleng. Ada perang tiga penjuru di situ. Dan, gadis itu kelihatan
terpinga-pinga dengan wajah pucat lesi. Menunduk apabila tangan wanita itu
menujah-nujah ke arah wajahnya. Dia berdiri tegak saat satu tamparan melayang
ke wajah gadis itu. Sungguh saat itu sepi suasana. Mahu sahaja dia menerpa,
membawa lari gadis bernama Arisa yang jelas terkesima dengan tindakan itu. Wajah
itu kelihatan sekali lagi terkejut apabila sang lelaki pula menghadiahkan satu
tamparan buat wanita yang dari tadi lantang melontar amarah. Dia maju setapak
ke hadapan. Mahu terus tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Perlahan dia
melangkah menghampiri meja yang saat ini cukup menarik perhatian ramai orang.
“Encik Karim! Jangan buat Puan Salma macam ni…,”
“Arisa. Dia tak ada hak untuk berbuat sesuka hati begini.
Dia tak ada hak untuk memalukan awak begini,”
“Saya tak apa-apa. Saya harap sangat Encik Karim boleh
jelaskan hal sebenar. Puan Salma… saya tahu Puan sedang emosi, tapi…,”
“Diam! Aku tak perlu dengar apa-apa dari mulut perempuan
murah macam kau!,”
“Salma!,”
“Apa?! Abang nak bela dia? Nak tampar saya sekali lagi?,”
Zariff berhenti melangkah. Topik pertelingkahan sudah
sampai ke telinganya dan dia berpura-pura
meneliti gambar di dinding. Sesekali mengerling ke arah gadisnya yang sudah
beriak sedih. Perlahan gadis itu mencapai beg tangan dan terus berlalu walaupun
namanya dipanggil berkali-kali. Arisa! Ya betul. Namanya Arisa. Dia pula,
langsung tidak menunggu lama. Terus berlalu mengekori dari belakang. Dia yakin
lelaki itu tidak akan mengejar kerana lengannya kejap dipegang oleh isterinya.
Sebaik sahaja melangkah keluar daripada ruangan restoran
itu, matanya melilau mencari kelibat pemilik nama Arisa. Pandangannya mati pada
satu susuk tubuh yang kaku berdiri di kaki lima sambil mengesat pipi dengan
kedua-dua telapak tangan. Pasti sedang menghapuskan air mata. Segera dia bergerak
menghampiri.
“Are you okay?,”dia bersuara perlahan. Wajah yang sedang
menunduk itu, sedikit terangkat. Namun, cuma seketika. Barangkali segan untuk
berdepan dengannya bersama wajah yang lencun dengan air mata.
“You ni, macam tak okay. Apa kata kita duduk dulu? Maybe you
can tell me… apa yang terjadi?,”
Sepi.
“I nampak apa yang berlaku tadi…,”
Arisa terus mengangkat muka. Kali ini menentang wajah
lelaki di sebelahnya ini.
“Saya nak bersendirian. If you don’t mind…,”
“I just nak tolong?,”
“Thanks. Tapi, saya tak perlukan pertolongan sesiapa. Saya
okay,”
“Lelaki tu… boyfriend you or scandal you? Tak selamat
berkawan dengan suami orang ni…,”
Arisa diam. Cuma matanya tajam menikam wajah lelaki yang muncul
entah dari mana. Hilang seketika perasaannya yang bercampur-baur. Kini, rasa
sakit hati pula menjentik hati dek kesimpulan rambang yang dibuat oleh lelaki
yang langsung tidak dia kenali ini. Tanpa bersuara dia terus melangkah.
“Tunggu. Kita belum berkenalan,”
Arisa menoleh. Memang lelaki semuanya sama barangkali. Ternyata
tiada beza antara Radhi, Encik Karim juga lelaki yang tidak sampai seminit
muncul di hadapannya ini.
“Saya tak tahu apa masalah encik. Tapi, saya minta maaf. Saya
tak ada masa untuk semua ni,”
Zariff melemparkan senyum. Dapat dia rasakan dia sudah
tersilap menyusun kata. Perlahan dia keluarkan wallet dan menarik sekeping kad.
“This is my card. Harap ini bukan pertemuan pertama kita,”ujarnya
sambil menghulurkan sekeping kad perniagaan. Agak lama kerana ternyata Arisa
tidak mahu menyambut huluran kad itu. Dia mengangguk perlahan, mengharapkan
kesudian gadis itu.
Arisa memerhati sekeliling. Ada mata yang sedang
memandang. Demi tidak mahu menjatuhkan air muka seorang manusia, dia menyambut
dan bibir Zariff terukir senyum yang cukup lebar.
“Cool…,”Zariff bersuara lega. Menghadiahkan sekuntum
senyum lagi buat Arisa yang tidak berperasaan.
“Pasal tadi… I rasa you tak perlu…,”
Arisa mengangkat kedua-dua tangan. Isyarat agar lelaki
ini tidak lagi bersuara.
“Kalau tak tahu apa-apa, baik diam,”
Zariff mengangkat kening kemudian melarik jari di
bibirnya. Isyarat bibirnya sudah dizip kemas.
Arisa berpaling tanpa senyum. Terus melangkah tanpa ada
pamitan. Beberapa langkah meninggalkan Zariff, kad perniagaan di tangannya
dicampak ke tepi jalan. Membuat Zariff terkedu.
“Oit!,”
Sia-sia rasanya dia mengejar kerana Arisa sudah pun masuk
ke dalam perut kereta. Zariff merengus geram.
“Kurang asam betul! Berani dia buang kad aku? Dia buang
kad aku…,”dia mengomel dengan rasa tidak percaya.
*****
8 comments:
saya first ke..yay
heheh...cian zariff!!! hulur kad x kena timing.....kena tukar skill lain ye zariff....:)
perghh..makin hebat..
pls kak hanni..make ur story to novel..tak sabar nih..hihi
pergh makin mendebarkan..
lagi dan lagi pls....
mantap!!!!!!!!!!!!!!!!!
ciannye.
lawak jugak! hahaha...
radhi ngan arisa cerai khuluk ke???? Lau cerai khuluk c bekas isteri boleh wat laporan polis jika bekas suami kembali kacau bekas isteri..... Apapun tetap best......
Hi nice readinng your blog
Post a Comment