Suara Azilah yang bertanyakan menu pilihannya, langsung
tidak diendah. Fokusnya kini Cuma satu. Pada seraut wajah yang kelihatan tenang
mendengar bicara seorang lelaki. Dia kenal lelaki itu. Dia lebih kenal pada
seraut wajah bersama lelaki itu. Sukar hati lelakinya menerima hakikat saat ini
Arisa sedang makan malam bersama majikannya. Mungkinkah ada sesuatu yang sedang
berlaku antara Arisa dan lelaki itu. Dia menarik nafas panjang.
“Abang…,”
Suara sedikit keras itu, mengalihkan perhatiannya. Wajah Azilah
mencuka merenungnya.
“Dengar tak Azie tanya ni?,”
“Suka hatilah. Order apa saja…,”acuh tidak acuh dia
menjawab sambil matanya kembali terarah pada Arisa.
Arisa
semakin cantik dengan senyum yang sering menghias bibir. Ketara Arisa begitu
gembira dengan perpisahan mereka. Dia tersenyum kecil. Senyum yang mengundang
rasa sangsi di hati Azilah. Menu di tangan diletakkan ke atas meja. Mahu sama-sama
mencari sesuatu yang begitu menarik perhatian suaminya itu. Dan, pandangannya
turut jatuh kea rah Arisa. Menjemput rasa cemburu di hati.
“Tengok
bekas isteri ke?,”sinis dia bertanya sekadar mahu menarik perhatian Radhi.
Radhi
menjongket bahu tanpa mengacuhkannya. Terus memerhati pasangan yang sedang
menikmati makan malam itu dari jauh.
“Biarkanlah
dia. Apa pun dia nak buat dengan lelaki tu, dah bukan urusan abang, kan? Abang dengan
dia dah tak ada apa-apa. Kan?,”
“Apa
yang jadi urusan abang , juga bukan urusan Azie. Jadi, tolong diam dan tolong
jangan masuk campur,”
Azilah
terdiam. Tergamam mendengar kata-kata itu. Bagai tidak percaya Radhi baru
sahaja mengucapkan kata-kata setajam itu padanya.
“I
am your wife!,”
Radhi
mengeluh perlahan. Merenung tajam wajah Azilah yang semakin mencuka. Namun, apa
dia kisah pada perubahan wajah itu.
“So?,”
“Abang
ni, kenapa? Kenapa jadi sinis macam ni dengan Azie? Abang cakap isteri abang tu
curang pada abang, jadi buat apa abang duk perhati dia orang lagi? Depan Azie
pula tu!,”
“Tak
ada siapa yang boleh tentukan apa yang Radhi boleh dan tak boleh buat. Ingat tu…,”perlahan
Radhi bersuara sambil tersenyum nipis. Pipi Azilah diusap perlahan sebelum
perlahan-lahan juga dia mencengkam pipi itu. Membuat Azilah menyeringai menahan
sakit. Spontan tangan lelaki itu ditepis.
“Sakitlah,”sedikit
membentak dia melontarkan rasa marah.
Radhi
tersenyum. Azilah menggosok pipinya bersama jelingan tajam. Sakit di hati belum
hilang, Radhi sudah menghantar rasa sakit di pipinya. Kali pertama Radhi berani
menyakitinya.
“Apa
kena dengan abang ni? Tiba-tiba jadi macam ni?,”
“Lebih
dari ini pun kau boleh dapat kalau kau lebih-lebih masuk campur urusan aku. Faham?,”
Azilah
terdiam lagi. Malam ini, Radhi benar-benar lain. Sekelip mata Radhi berubah
menjadi tidak berperasaan. Sungguh dia keliru. Dan, untuk dia bersuara lagi,
dia tidak mahu. Tidak mahu mencetuskan kekecohan di restoran ini.
“Azie
datang sini nak makan. Bukan nak tengok abang intip ex-wife abang,”
Radhi
menghela nafas panjang. Merenung wajah Azilah sambil mengangkat jari
telunjuknya lalu diletakkan ke bibir.
“Kalau
nak makan, order. Jangan ganggu aku. Faham?,”
Azilah
merengus marah dan Radhi kembali memerhati Arisa. Tersenyum sambil menggeleng
perlahan. Mustahil dia boleh biarkan Arisa segembira ini. Arisa tidak boleh
sebahagia ini hidup tanpanya. Perlahan dia mengangkat punggung. Meninggalkan Azilah
yang merah padam menahan marah. Langkah santai diatur mendekati meja Arisa. Berdiri
seketika di situ bersama senyum lebar.
“Hai
sayang… apa khabar?,”sambil tundukkan kepala separas bahu Arisa, dia menegur
lembut. Puas hati apabila wajah Arisa yang terkesima cukup menceritakan betapa
wanita itu terkejut dengan kehadirannya, senyumnya semakin lebar.
“Dah
lupakan abang?,”
Arisa
kaku di kerusi. Sungguh kehadiran lelaki ini di luar jangkaannya.
“Sedang
berbahagia nampaknya. Masa denganggun abang, tak pernah pun Rissa nak senyum
bahagia macam ni, kan? Betul-betul tak adil,”
“Apa
awak buat kat sini. Tolong pergi dan tolong jangan ganggu saya lagi,”
Radhi
tergelak halus.
“Janganlah
macam ni. Walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan, kita masih tetap boleh berkawan.
Kan?,”
Arisa
membuang pandang.
“Encik
Radhi, rasanya tak sopan awak ganggu Arisa macam ni,”
Pandangan
Radhi kini teralih. Tersenyum panjang sambil berpeluk tubuh. Selamba dia
melabuhkan punggung ke kerusi.
“Encik
Karim… bertuah Arisa dapat bos yang baik macam Encik Karim ni. Kan? Mana nak
cari bos yang sanggup pinjamkan berpuluh ribu sebab nak tolong staff. Kalau sepuluh
orang staff ada masalah macam Arisa, banyak juga duit Encik Karim yang lebur
kan? Atau…. Pinjaman tu cuma khusus untuk si cantik Arisa ni? Hmmm.. Encik
Karim?,”
Arisa
mengangkat muka.
“Awak
boleh berambus dari sini? Saya tak nak tengok muka awak lagi. Tak nak dengar
suara awak lagi,”
“Sebab
Rissa dah ada Encik Karim yang kaya? Encik Karim yang baik?,”
“Awak
jaga sikit mulut tu. Jangan nak reka cerita yang bukan-bukan. Kalau tak tahu
hal sebenar, baik diam saja,”
Radhi
tertawa lepas. Bersahaja bangkit semula dari kerusi.
“Kita
tengok macam-mana hal sebenarnya nanti. Okay, sayang? I miss you…,”bersama satu
kenyitan dia berlalu. Berlalu meninggalkan rasa sebal di hati Arisa.
“Encik
Karim… maafkan saya,”laju dia bersuara sebaik Radhi kembali ke mejanya.
“It’s
okay. Saya faham,”
“Dah
lewat juga ni. Rasanya baik saya balik dulu. Terima kasih untuk makan malam ni,”
“Saya
hantarkan?,”
“No..no..
tak payah. Saya boleh balik dengan teksi. Saya balik dulu ya,”
Bersama
senyum nipis, Encik Karim mengangguk
perlahan.
“Terima
kasih sebab sudi nak temankan saya makan, malam ni,”
Arisa
tersenyum kecil. Perlahan dia mengangkat punggung sambil mencapai beg
tangannya.
“Saya
balik dulu,”sekali lagi dia meminta diri dan mahunya kini cuma satu. Mahu segera
beredar dari ruangan ini. Tidak mahu melihat wajah Radhi yang menyakitkan hati.
****
Dengan perasaan terbuku, beg tangan dicampak ke sofa.
Wajah suaminya direnung tajam. Geramnya masih belum hilang. Rasa sakit hatinya
juga masih bersarang di jiwa. Kebahagiaan alam perkahwinan kali keduanya
dirasakan kian menghilang. Wajah sebenar lelaki yang baru dikahwininya ini,
bagai mula tersingkap. Hilang sudah Radhi yang penyayang. Hilang sudah Radhi
yang cukup melindungi.
“Kenapa ni? Tiba- tiba nak marah-marah ni?,”
Azilah tergelak besar. Merenung wajah Radhi dengan
pandangan tidak percaya. Mustahil lelaki itu tidak tahu punca kemarahannya.
Atau lelaki itu sengaja mahu membangkitkan lagi gelora marahnya?
“Kenapa? Abang boleh tanya kenapa? Jelas-jelas depan mata
Azie abang tengok bekas isteri abang macam nak telan, abang tanya kenapa? Depan-depan
Azie abang boleh pergi ke meja dia, abang tanya kenapa? Abang cemburu ya?
Cemburu dengan bekas isteri abang tu? Masih sayangkan dia? Kalau masih
sayangkan dia kenapa kahwin dengan Azie?! Kenapa ceraikan dia?!,”
Radhi menjeling sekilas. Perlahan bergerak ke jendela.
Malas mahu melayan emosi Azilah. Rasa geram melihat Arisa bersama-sama dengan
majikannya di restoran sebentar tadi, masih membekas di hati. Sakit hatinya tatkala
melihat bibir Arisa tersenyum manis.
“Kenapa pulak tu? Termenung macam orang gila talak? Dah
gila talak? Dah habis duit perempuan tu, tiba-tiba teringat balik kat perempuan
tu?! Kata perempuan tu main kayu tiga, tapi yang abang macam terhegeh-hegeh pula
ni, kenapa?,”
Soalan Azilah yang separuh menjerit mula membingitkan
telinganya. Mula mengganggu emosinya. Mula membangkitkan rasa marah.
“Jangan buat abang marah…,”
“Kenapa pula? Tercabar? Tak betul apa Azie cakap? Abang
ni memang tak guna kan? Entah-entah abang saja aje tuduh bekas isteri abang tu
curang, tak?,”
“Diam…aku kata diam…jangan sampai tangan aku naik ke muka,”
“Jangan harap Azie nak diam. Abang kahwin dengan Azie,
habiskan duit Azie. Konon janji nak bayar bila dapat duit dari bekas isteri
abang tu! Dapat duit, satu sen pun tak bayar duit Azie! Sekarang ni ada hati
nak renung-renung bekas isteri. Nak berbaik dengan bekas isteri! Ingat Azie ni
tunggul? Ingat Azie ni bodoh?!,”
Perlahan Radhi menghela nafas panjang sambil menggosok
tengkuknya. Mulai rimas dengan leteran yang seakan mahu berlarutan.
“Aku nak keluar…,”akhirnya dia bersuara perlahan. Langkah
dihayun menuju ke pintu. Tidak mahu berlama mendengar omelan itu. Lebih baik
dia mencari tempat yang tenang untuk dia fikirkan tentang Arisa. Masih ada yang
boleh dia harapkan daripada Arisa.
“Ke mana?! Nak berjudi? Lepas balik minta duit saya?!
Malulah sikit. Abang tu lelaki. Sepatutnya abang tanggung saya bukan saya yang
tanggung abang!,”Azilah menjerit marah. Tercabar dengan sikap acuh tidak acuh
Radhi. Jeritan yang berjaya membuat lelaki itu berpaling ke arahnya. Merenung
tajam wajahnya.
Langkah Radhi yang pantas merapatinya, membuat dia
sedikit kecut.
“Radhi tak akan tanggung sesiapa. Radhi hanya akan
tanggung diri dia sendiri. Faham!,”bentak Radhi sambil menunjal kepala Azilah.
Membuat Azilah terdorong ke belakang.
“Dayus!,”
Satu ketawa panjang pecah di bibir Radhi. Tersenyum sinis
menanggapi kemarahan isterinya itu.
“Ini bukan dayus namanya. Ini bijak…,”
“Kalau hidup nak makan duit perempuan… nak tipu duit
perempuan, baik jangan jadi lelaki, bang,”
“Pembetulan. Aku tak pernah tipu duit perempuan. Aku
minta duit isteri aku. Tak salah kan?,”
“Kau perdaya perempuan!,”Azilah mula membentak.
“Yang bodoh saja…,”tingkah Radhi sambil tersenyum kecil.
“Dan kau… kalau kau nak tahu, kau tu sama bodoh dengan
Arisa. Kau tahu tak? Kau ingat aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau ke?
Hey perempuan, cinta tak boleh kenyangkan perut yang lapar lah. Aku kahwin
sebab duit. Aku nak duit…,”sambungnya bersama senyum yang berganti sinis.
“Tak guna!,”
Jeritan marah Azilah hanya membuat tawanya semakin kuat.
Perlahan dia menggeleng.
“Salah tu sayang. Bukan aku yang tak guna. Kau tu yang
dah tak guna. Dah tak ada gunanya untuk aku, kalau kau tak beri aku duit
tiap-tiap bulan,”
Azilah merengus marah. Membuang pandang bersama sesalan
yang menggunung. Menyesal kerana hanyut dalam pujuk rayu Radhi. Menyesal kerana
hatinya cepat tertawan pada lakonan Radhi. Melihat layanan buruk Radhi pada
Arisa, dia berasa semua itu wajar apabila Radhi bercerita tentang Arisa yang
curang di belakangnya. Radhi sering mengadu Arisa ada hubungan sulit dengan
majikan sendiri. Namun, kini dia sedar, itu semua hanya cerita rekaan Radhi.
Cara Radhi menagih simpatinya.
“Azie nak cerai,”akhirnya dia bersuara perlahan. Biarlah
dia menjadi janda sekali lagi. Namun, untuk terus hidup menyenangkan lelaki
itu, dia tidak mahu. Dia tidak ingin.
“Cerai? Kau nak cerai? Cerai aku mahal harganya. Nanti
aku tentukan berapa harganya. Okay?,”Radhi bersuara lembut sambil mengelus pipi
Azilah yang merah menahan marah.
Sekali
lagi dia mengukir senyum. Azilah cepat melenting. Azilah terlalu emosional.
Tidak seperti Arisa yang lebih tenang menanggapi sikapnya.
“Jangan ingat Azie sama dengan Arisa…,”
“Kita tengok nanti..,”sambil menjongket bahu dia bersuara
selamba. Niatnya untuk keluar, terbatal begitu sahaja. Sudahnya dengan santai
dia melabuhkan punggung ke sofa. Terus melayan bayangan Arisa bersama
majikannya. Sekuntum senyum terukir di bibirnya. Senyum yang cukup lebar yang
mengundang rasa menyampah Azilah. Pantas dia merentap kembali beg yang telah
dicampak. Bergerak menuju ke pintu.
“Nak ke mana tu?,”
“Keluar. Menyampah tengok muka abang!,”
Radhi tergelak lagi.
“Jangan tak ingat nak balik, dahlah ya,”
Azilah menjeling tajam dan daun pintu ditutup kuat.
“Hoi!,”jerit Radhi pada pintu yang sudah tertutup rapat.
Spontan tangannya mencapai kusyen lalu dibaling ke arah pintu yang sepi.
“Bodoh!,”gumamnya geram sambil bersandar santai. Namun, geram itu tidak dilayan. Azilah pula
sudah tiada di depan matanya. Saat ini, ada agenda lain yang lebih penting yang
sedang bermain di kepalanya. Arisa bakal menyenangkan hidupnya sekali lagi. Itu
sudah tergambar di ruang matanya dan bibirnya sekali lagi mengukir senyum
lebar.
“Arisa sayang… tolong abang sekali lagi ya…,”bisiknya
perlahan sambil tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Merenung
seketika telefon di tangan sambil sekali lagi bibirnya tersenyum.
*****
6 comments:
waaa.... best2... x sabar utk yg seterusnya...
jahat tul si radhi nih!!
rasa nak bunuh je radhi 2....bencinya..
jahat punye radhi.. takde hati perut... rasa nak cekik2 je leher dia tu.... bile la si hero nk mula selamatkan si arisa ni.. x sabar..
kak hani sambung lagi pls...
macam tgk drama tv..jelas dan teratur..yg penting pambacaan terus tanpa ada persoalan..terima kasih..lg pula semua tu lebih real,dunia skg..
lelaki yg x patut je hdp kt dunia ni aku rs. cam nk tembk dia je biar mati trs....
Post a Comment