“I dah buat keputusan. Mulai bulan depan, you dengan adik-adik you akan berpindah. I dah cari rumah yang lebih besar dari rumah ni,”
“Saya tak perlukan semua tu. Rumah ini, langsung tak ada masalah. Saya nak tinggal di sini,”
“No. I tak benarkan,”
“Awak ni, kenapa? Dah berapa kali saya cakap? Saya tak akan pindah. Saya tak nak pindah,”
Pandanganya beralih ke arah adik-adik iparnya.
“Siapa yang setuju kita pindah ke rumah yang lebih besar, angkat tangan,”
Lebar senyumnya apabila Arisa menarik muncung panjang sebaik tiga tangan tegak ke udara. Terus Arisa mengangkat punggung berlalu. Mengunci diri di dalam bilik dan memaksa dia pulang ke rumahnya. Niatnya untuk bermalam di rumah Arisa tidak kesampaian dek rajuk Arisa. Rajuk yang sehingga ke saat masih belum sempat dipujuk.
“Riff! Mama bercakap dengan Riff ni!,”
Zariff tersentak. Wajah Arisa pecah menjadi serpihan-serpihan halus. Langsung hilang dari mindanya. Yang ada cuma wajah kelat ibunya. Dia tersengih.
“Mama cakap apa? Ulang balik,”
“Riff ni, angau ke?,”
Zariff tergelak. Mencapai surat khabar sambil memandang wajah ibunya. Menunggu ibunya menyambung bicara.
Puan Zahra bersandar kasar. Geram apabila sejak tadi rupa-rupanya dia cuma bercakap sendirian.
“Mama tanya,kenapa Riff tak nak langsung luangkan masa dengan Nabila tu? Mama nak Riff kenal Nabila tu. Tak lama lagi dah nak bertunang, kan?,”
“Malaslah. Lagipun, Riff dah fikir masak-masak. Nabila tu tak sesuai dengan Riff,”
“Kenapa pula tak sesuai? Nak yang cantik? Nabila memang dah cantik. Yang pandai bergaya? Memang Nabila bijak bergaya. Bukan itu saja. Nabila tu, pandai, bijak. Mak ayah dia pun, mama dah kenal,”
“Cuba mama beritahu Riff apa lagi yang ada pada Billa tu, sampai mama rasa dia sesuai sangat untuk menjadi pasangan hidup Riff?,”
Puan Zahra diam. Cuma memandang wajah selamba Zariff yang membelek surat khabar di tangan tanpa membaca.
“Sebab Riff tak pernah serius nak cari calon isteri. Berkawan sana – sini. Tak tahu arahnya ke mana. Sampai bila nak macam ni? Kalau Riff ada pilihan sendiri, mama pun tak ada nak sibuk-sibuk tolong carikan jodoh untuk Riff…mama ni, bukannya memilih sangat. Yang mana boleh bahagiakan anak mama, bolehlah juga bahagiakan mama,”
Zariff sekadar tersenyum.
“Belum jumpa yang sesuai untuk dijadikan isterilah, mama,”akhirnya dia bersuara sambil menggaru dahi.
Puan Zahra mengerling ke arah anak tunggalnya yang sudah mencecah usia tiga puluh empat tahun. Selamba sahaja mulut Zariff mencari alasan.
“Kalau belum jumpa yang sesuai, belajarlah terima Nabila tu..,”
Zariff mengeluh panjang. Surat khabar dicampak ke meja.
“Nothing special about her. Sama saja dengan perempuan yang Riff berkawan dan kemudian tolak ke tepi. Dia cuma mahu duit saja. Bukan mahukan diri Riff…,”sambil mencemik, Zariff mula membuat kesimpulan sendiri.
“Kenapa sekarang baru nak cakap? Dah nak bertunang, baru nak cakap? Atau… Riff dah jumpa pilihan hati sendiri tapi nak rahsiakan dari mama?,”
Zariff mengeluh perlahan. Pilihan hati sendiri? Mendengar soalan itu, cepat sahaja wajah Arisa menjelma di minda. Tersenyum kecil sambil bersandar ke sofa. Mustahil dia akan berterus-terang dengan ibunya tentang Arisa. Mahu masuk hospital ibunya kerana terkejut. Untuk berterus-terang dengan ibunya, bukanlah perkara mudah. Dia membelakangkan Puan Zahra sepenuhnya semasa membuat keputusan untuk mengahwini Arisa. Sangkanya hubungan dia dengan Arisa cuma akan berlangsung dalam masa yang singkat. Dia mahu akhiri hubungan itu, sebelum sempat dihidu oleh ibunya. Namun, dia cuma merancang, dan rancangannya benar-benar tersasar jauh daripada perancangan. Tiba-tiba dia jatuh cinta. Tiba-tiba dia tidak sanggup kehilangan Arisa. Dia perlukan perancangan yang betul-betul rapi untuk berterus-terang dengan ibunya. Dan, yang lebih penting, dia perlu membuat Arisa juga jatuh cinta padanya terlebih dahulu.
“Riff? Mama tanya, senyum sorang-sorang pula?,”
“Hmm… mungkin ada, mungkin tak ada…,”
“Main teka-teki pula?,”
“Yang penting sekarang, Riff tak nak bertunang. Soal dah ada pilihan ke belum, itu tak penting,”
“Hah? Riff ingat ini hal main-main? Kelengkapan semua dah beli. Riff nak batalkan semuanya? Riff tak fikir ke apa kata keluarga Billa nanti?,”
“Belum bertunang lagi, kan? Masih sempatlah kalau nak batalkan tu,”
Puan Zahra mengangkat punggung. Bergerak mundar-mandir dengan wajah resah.
“Mama tak setuju. Riff kena teruskan juga pertunangan ni. Riff nak bagi mama malu ke?,”
“Riff tak rasa Billa tak sesuai jadi teman hidup Riff. Ini bukan soal main-main. Ini melibatkan masa depan Riff. Riff yang berhak tentukan,”
“Tentukan? Tentukan macam -mana? Dah tiga tahun mama bagi masa untuk Riff buat pilihan sendiri. Tapi, Riff pilih untuk berfoya-foya. Mama nak Riff kahwin. Ada anak. Mama nak cucu,”
Zariff menggosok tengkuk. Mula bosan mendengar celoteh itu. Perlahan dia turut mengangkat punggung. Daripada mencengar ibunya berceloteh soal kahwin , anak dan cucu, dia lebih rela berada di samping Arisa. Mungkin dia boleh memujuk rajuk Arisa.
“Riff balik dululah,”
“Haaa.. itulah. Cakap sikit, mulalah panas punggung. Tak menyempat nak balik. Riff ni, nak balik ke nak keluar dengan pembantu Riff tu?,”
“Pembantu? Siapa? Arisa?,”
“Berapa orang pembantu yang Riff ada?,”
Zariff tergelak kecil. Memandang wajah ibunya yang berapi marah.
“Kenapa pula tiba-tiba nama Arisa yang masuk dalam topic kahwin Riff ni?,”
“Mama tahu perempuan tu tengah goda kamu sekarang ni, kan?,”
“Mana mama dapat cerita ni? Billa yang cerita ke? Tak baik buat firnah, mama. Cakap dengan Billa tu, jangan suka-suka buat fitnah,”
Puan Zahra merengus perlahan.
“Okaylah mama. Riff balik dulu. And, keputusan Riff muktamad. Riff tak nak bertunang dengan Billa. Jauh sekali nak kahwin dengan dia,”
“Keputusan mama juga, muktamad,”
Zariff memandang wajah Puan Zahra untuk seketika. Kemudian bergerak menghampiri ibunya sambil menghulur tangan. Mengucup jemari ibunya tanpa bersuara. Kemudian perlahan melangkah meninggalkan Puan Zahra yang tercegat memerhati. Bukan senang untuk dia menang kepada Zariff. Sambil mengeluh panjang, pantas dia mencapai telefon. Mendail pantas lalu dibawa ke telinga.
“Billa. Datang jumpa aunty sekarang…,”Cuma sebaris ayat itu yang meniti di bibirnya dan talian segera dimatikan.
****
Nabila tersenyum panjang melihat Puan Zahra sudah sedia menantinya. Segera dia mendekati Puan Zahra sambil menyapa ceria. Perlahan dilagakan pipinya ke pipi Puan Zahra sebelum mengambil tempat di sebelah wanita itu. Melihat wajah wanita anggun yang sedikit terganggu itu.
“Ada apa aunty nak jumpa Billa? Tergesa-gesa sangat bunyinya?,”
“Pasal Zarifflah…,”
Nabila membetulkan duduk. Memandang wajah yang sedikit resah di hadapannya itu.
“Kenapa dengan Zariff?,”
“Dia dah cakap, dia nak batalkan pertunangan dia dengan Billa,”
Nabila tersenyum lebar. Menarik cerita daripada Puan Zahra.
“Nak batalkan? So, dia dah mengaku?,”
“Itulah yang menyakitkan hati aunty ni. Dia tak mengaku. Jauh sekali nak bercerita dengan aunty ni,”
Nabila termenung seketika. Memandang wajah Puan Zahra seolah-olah mencari ilham untuk menyelesaikan masalah wanita itu.
“Aunty tanya teruslah. Lagi senang kan?,”
“Kenapa aunty nak kena tanya dia? Aunty ni, mama dia. Dia anak aunty, sepatutnya dia kena dahulukan aunty dalam semua perkara,”
“Mungkin dia takut aunty tak setuju kot?,”
Puan Zahra merengus marah. Pantas mengangkat punggung.
“Tak ada maknanya dia nak takut dengan aunty. Geram betul aunty. Lepas ni, kita kena lebihkan usaha. Aunty nak tengok sampai bila dia nak berahsia dengan aunty,”
Nabila tersengih.
“Tapi kan, aunty… masa Billa keluar dengan Arisa tu… Billa pun jadi macam confuse juga. Macam-macam Billa cerita. Macam-macam juga Billa reka cerita. Tapi, muka dia selamba saja. Tak Nampak jelous langsung. Entah-entah kita dapat info salah kot?,”
“Takkanlah salah. Aunty upah PI professional tau,”
Nabila menarik nafas panjang. Memandang wajah Puan Zahra.
“Kenapa aunty nak siasat semua ni? Aunty tak suka ke dengan pilihan Zariff tu?,”
Puan Zahra mengeluh panjang.
“Ini bukan masalah suka atau tak suka. Ini masalah hormat. Zariff buat keputusan sebesar ni…tapi, sepatah pun tak ada bercerita dengan aunty. Kenapa nak rahsiakan? Aunty betul-betul kecewa dengan apa yang Zariff buat ni,”
Nabila mengangguk perlahan. Menongkat dagu sambil matanya mengekori langkah Puan Zahra yang mundar-mandir di hadapannya.
“So, aunty nak buat apa sekarang? Kalau nak buat Arisa cemburu, baik tak payahlah. Buat sakit tekak Billa aje. Macam cakap dengan tiang. Langsung tak ada perasaan Arisa tu,”
“Itu lagi pelik. Mustahil dia tak cemburu kalau memang Zariff tu suami dia,”
“Itulah Billa cakap. Entah-entah PI aunty bagi salah info,”
Puan Zahra diam.
“Ada anak seorang pun, menyakitkan hati…,”perlahan Puan Zahra mengomel. Nabila tersenyum. Sedikit kasihan melihat gelagat Puan Zahra. Tidak faham mengapa Zariff perlu ketepikan ibunya dengan berkahwin secara senyap-senyap.
“Duduklah aunty. Tak penat ke, jalan mundar-mandir tu?,”
Puan Zahra akur. Perlahan melabuhkan semula punggung ke kerusi.
“Kalau Billa tanya satu soalan, boleh?,”
“Tanyalah,”
“Aunty sukakan Arisa tu ke tak? Aunty rasa, Arisa tu macam mana orangnya?,”
Puan Zahra diam seketika. Memang dia tidak kenal Arisa. Namun, kali pertama dia melihat Arisa semasa gadis itu datang ke rumahnya bersama Nabila, dia dapatkan rasakan hatinya tidak segeram semasa dia mendapat tahu Zarif berkahwin secara senyap-senyap. Gadis itu begitu merendah diri dan bijak meletakkan dirinya di dalam suasana kurang senang yang cuba Nabila timbulkan.
“Entahlah. Aunty pun tak tahu. Billa rasa macam mana?,”
“Billa? Aunty tanya pendapat Billa? Mana Billa boleh jawab. Dia menantu aunty, bukan menantu Billa,”ujar Nabila berseloroh.
Puan Zahra mengerling tajam. Membuat Nabila ketawa riuh.
“Macam nilah… Why don’t, aunty cuba berbaik dengan Arisa tu. Rapat dengan dia. Aunty boleh kenal Arisa tu, and… at the same time, aunty boleh tengok macam –mana dia orang berlakon nak sembunyikan sesuatu yang aunty dah tahu. Mesti seronok tengok drama ni. And, make sure, aunty kena panggil Billa jadi penonton juga, tau. Kita tengok drama anak teruna hensem aunty tu,”
Puan Zahra tersenyum lebar.
“Hmm… aunty suka dengan cadangan tu,”
Nabila kenyitkan mata bersama sekuntum senyum nakal.
“And… Billa nak bagi rencah sikit dalam drama ni,”
“Rencah apa tu?,”Puan Zahra bertanya penuh minat.
“Since Billa gagal buat Arisa cemburu,apa kata, kalau kita buat Zariff pula yang cemburu?,”Nabila bersuara tiba-tiba sambil mengangkat kening. Puan Zahra berpaling. Memandang wajah Nabila dengan pandangan bersinar-sinar.
“Macam-mana?,”
Nabila tersenyum panjang sambil kenyitkan mata.
“Biar Billa yang bijak ini, fikirkan caranya,”
Puan Zahra tersenyum panjang sambil mengangkat kedua-dua ibu jarinya.
“Well… Riff nak main-mainkan mama ya… Now, kita tengok siapa yang permainkan siapa..,”
Nabila tersenyum lebar mendengar omelan Puan Zahra. Sama lebar dengan senyum Puan Zahra sendiri.
“So, Billa nak upahlah. Penat nak bagi buah fikiran ni,”
Puan Zahra jegilkan mata.
“Nak upah apa?,”
“Nak makan ketam masak pedas campur telur hancur. Sedapnya… Nanti suruh maid aunty buat, boleh?,”pinta Nabila sambil kerdipkan mata ke arah Puan Zahra, membuat Puan Zahra tertawa kecil. Memang telatah anak temannya ini cukup mencuit hati. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Untuk assistant aunty, no problem. Biar aunty sendiri yang sediakan,”
Bulat mata Nabila merenung wajah di hadapannya.
“Biar betul aunty…,”
“Yalah. Aunty ajar caranya. Billa yang masak nanti,”
Nabila menarik muncung.
“Itu ngelat…,”
Puan Zahra tersenyum panjang. Memeluk mesra tubuh Nabila sambil melangkah masuk ke ruang tamu.
*****
22 comments:
suka3.... best la.... nak lagi Hanni... :))
betui2, saya egt mak zariff xtau hal alisa ngn zhariff..
nk lg...besh3... (:
waahhh..
jauh bersimpang ngan telahan sy..
ingatkan Bella nak jeles..huhu..
so nice
yes yes yes..mommy zarif tak marah upernyer,..so ada can la perkahwinan ini berkekalan..
p/s: Tak sabo..apalah misi 2 pompuan tu nak menjeleskan zarif erk??
akak, best sgt n3 kali ni..memang d'boom la, tersasar jauh, ingatkan nabila memang suke kt zariff, rupenye ade plan lain yea..kak, lagi akak...hope arisa akan terima si zariff ni..mesti billa upah lelaki lain ngorat arisa, ke?
haha hanni u mmg the best writer..bilala buku citer baru u nak publish ek..yg BYMB ngan PAM tu dah jadi pekasam..asyik kena pinjam dengan member..adeihlah diorg ni bukan nak beli sendiri...
oooo...rupanya mama zariff dah tau...sj nk test rupanya...
eii...kenapa lah belum ada cinta di hati arisa yer...
kak hanni...cepat2 lah sambung...
best2... sambung lagi kak hani.. x cukup ni.. ape la rancangan billa nk kenakan si riff tu ye..
rupanya mama zarif dah tau,,tak sabar tggu smbungan
Lah, plan dorg ni rupa'y..:)
Best2.
hahahahahha..hani ngelat..saya igt mak zarif n nabila tu jht n berlagak...hahahahahah..jauh sgt menyimpang apa yg sye fikir...hak3
hahahahahaha...comei jer nabila..igt mmg gedik..upernyer saje nk wat arisa jeles....hik3
wow wow wow...makin best!!
omaigod2..!!! bestnya..!!
sukeee sgttt dgn idea nabila...
plz k hanni smbg cpt2..!!
xsbar nk tgk reaksi zariff..
hehehe.. thumbs up k hanni.. =)
alhamdulillah
mak zarif xde la jahat sangat
baik la jugak ingat kan tak restu langsung,moga@ bahagia la diorang lepas ni ye
suka...suka..!suka sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
wohoho......mati2 ingat Nabila tu nak kawin ngan Zariff...rupanya plan jer ngan mummy Zariff..never expected...mmmg best sgt...pas nie kita tgh telinga sapa yg panans...hahha...best la Nabila nie....before this saya mmg benci watak Nabila...tak sangka kan....still can't believe it...
ingt betul2 bella nak tunang dgn zariff rupa2nya sekadar rancangan mama zariff aje....
lepas ni nak tengok camne la bila zariff tu cemburu kat alisa...tapi alisa takkan tak rasa cemburu pun kat zariff heeeemmmm agaknya pengalaman mengajar dia menjadi begitu...pasrah dgn ketentuan hidup...
apa2 hal pun hanni cepat2 bagi n3 ya!
best2, nk lg.....da jd novel plak, igtkan cerpen pendek x pnjg sgt, miahahahhaha
-ieda ismail-
wahhh k.hanni.. mmg best lerrr... syabasss kak...
ni yg wat sy x sabar ni nk tggu next ni...huhuhu.. cepat2 yer k.hanni siap kn novel2 n cerpen tu yer..novel2 akak tgantung ni.. sy ni asyik duk check tgk buku citer akak dh kluar ke blm...ape2 pom harap akak success lam bidang ni..
wowww....betol2 suke ngan cter ni...
x expect langsung mama zariff ngan nabilla tau psl dorg da kawen...
well, semakin menarik citer ni....:)
chaiyok kak hanni! :)
wah hebatnya cerita ini..mbuatkan sy rasa cerita ini begitu menarik dan lain dari yang lain...memang sentuhan k.hanni mmg power...boleh wak novel ceta ni kak...
Post a Comment