Wednesday, March 9, 2011

Mungkinkah 1


              
 SATU CERPEN YANG TAK BERAPA PENDEK :)

        Nota di tangan dipandang sekali lagi. Perlahan dia mengeluh. Sudah agak lama tiada nota yang melekat di pintu peti sejuk. Pagi ini matanya tersua dengan nota itu. Bermakna Zariff pulang malam tadi. Langsung dia tidak sedar kepulangan lelaki itu. Pukul berapa lelaki itu keluar pun dia tidak sedar. Dia terjaga pukul 6.30 pagi tadi, cuma dia sendirian di dalam bilik. Tidak Nampak langsung kelibat Zariff
            “Kak Long. Kenapa ni? Pagi-pagi dah mengeluh? Sarapan mana? Tak ada sarapan ke pagi ni?,”
            “Kak Long malaslah. Tak payah sarapanlah,”
            Bulat mata Rianti memandang wajahnya. Dia cuma tersenyum nipis melihat adiknya itu jegilkan mata.
            “Sejak bila Kak long jadi pemalas ni?,”
            “Kak Long buat sarapan pun, kamu bukan makan. Diet lah. Dah lambat lah. Semuanya sama saja. Sudahnya, masuk tong sampah semua masakan kak long. Buat penat Kak Long aje,”
            Rianti tergelak kecil mendengar rungutan itu. Matanya melekat pada wajah kakaknya yang kelihatan semakin ceria sejak akhir-akhir ini.
            “Dafi dengan Ikin dah pergi sekolah ke?,”soal Rianti sambil meneguk susu di dalam gelas
            “Baru pergi. Ati pulak, pukul berapa baru nak ke sekolah ni?,”
            “Nak pergilah ni. Pergi dulu Kak Long,”pantas anak gadis itu mencapai jemarinya. Mengucup lembut lalu pantas menyandang beg sekolah ke bahu. Beberapa langkah meninggalkan ruang dapur, Rianti berpatah semula.
            “Ati happy tengok Kak Long dah bersemangat semula macam ni…,”
            Arisa terpaku seketika. Pelukan mendadak adiknya itu membuat dia sedikit terpinga-pinga.
            “Mimpi apa ni? Ke… nak duit?,”usiknya menanggapi reaksi spontan Rianti. Rianti mencemik sambil meleraikan pelukan.
            “Orang ikhlaslah,”Rianti bersuara dengan nada sedikit merajuk. Arisa tersenyum lebar. Mengelus pipi Rianti yang sudah mula menarik muncung.
            “Adik-adik Kak Long yang buat Kak Long happy,”ujar Arisa lembut. Rianti tersenyum lebar.
            “Lagipun, tak payah minta duit dengan Kak Long hari ni. Abang Zariff dah bagi duit tadi,”sambungnya bersama senyum nakal. Arisa menjegilkan mata.
            “Ati… Berapa kali Kak Long pesan? Jangan ambil duit dengan Abang Zariff. Nak duit, minta dengan Kak Long,”
            “Ati tak minta. Abang Zariff yang bagi,”
            Arisa mula tidak sedap hati.
            “Berapa Abang Zariff bagi?,”
            “Tiga ratus. Ati seratus. Dafi seratus and Ikin seratus,”
            “Tiga-tiga sama saja. Tak pernah nak dengar cakap Kak Long , kan?,”
            Rianti tersengih.
            “RM…RM…RM…,” ujarnya berlagu membuat sepasang mata Arisa sekali lagi menjegil marah. Rianti tergelak riuh.
            “Oklah. Ati pergilah dulu ya,”
            ‘Hmm… oh ya, pukul berapa Abang Zariff keluar pagi tadi?,”
            “Pukul enam, masa Ati pergi minum air kat dapur, Abang Zariff dah siap nak keluar dah. Takkan Kak Long tak tahu? Tak mithali langsunglah Kak Long ni,”
            “Dah lewat ni. Pergi sekolah cepat,”pantas Arisa bersuara sambil bercekak pinggang. Rianti jelirkan lidah.
            “Ati pergi dulu,”
            “Hati-hati jalan,”
            “Baik boss,”
            Dia tergelak kecil. Kemudian matanya kembali menatap sekeping nota kecil di tangan, Tulisan tangan yang tidak begitu indah yang sudah terlalu biasa menyapu matanya.
            “Akak tu, pukul berapa nak pergi kerja tu….,”
            Mendengar jeritan Rianti dari halaman  rumahnya, dia tergelak lagi. Kemudian membaca nota yang ditinggalkan Zariff.

            [ Dtg ofis lewat sikit pun tak apa. Tolong masakkan saya masak lemak tempoyak for lunch.]

            Cuma itu yang tertulis. Perlukah dia akur pada arahan itu? Sekali lagi dia mengeluh. Kadang-kadang tidak faham dengan sikap Zariff. Namun, untuk apalah dia beratkan kepala memikirkan itu semua. Itu semua tidak penting baginya. Tidak perlu menjadi satu isu besar untuk dia fikirkan secara serius. Dia melangkah ke arah peti ais. Mencari-cari bahan untuk memasak lauk yang Zariff  inginkan. Termenung seketika di situ, membuat dia terfikir. Zariff mahu makan dirumahnya atau  mahu dia bawa ke pejabat? Pintu peti ais ditutup perlahan. Mahu mendapatkan pengesahan daripada Zariff terlebih dahulu. Matanya tercari-cari telefon bimbit.

-          Awak nak mkn kt rumah saya or nak bawa pergi ofis?

Satu SMS dihantar ke nombor Zariff. Duduk seketika di sofa menanti jawapan daripada Zariff.

-          Bwa ofis

Cuma dua perkataan itu sahaja yang diberikan Zariff. Dia memandang seketika screen telefon bimbitnya. Sedikit malas untuk dia memasak di pagi hari sebegini namun bersama satu keluhan yang berat, permintaan Zariff terpaksa juga dia penuhi.



******


            Tepat jam sebelas baru dia melangkah masuk ke ruang pejabat. Bersama beg kertas berisi bekal untuk Zariff.
            “Lewat betul hari ni, Kak Rissa,”
            Mendengar teguran daripada gadis penyambut tetamu, langkah Arisa terhenti. Berpaling memandang wajah Jasmin yang sudah menghulurkan senyum merkah buatnya.
            “Ada hal sikit tadi. Urgent. Tak boleh nak elak. Ada orang cari akak ke?,”
            “Orang tak ada. Bunga adalah…,”balas Jasmin sambil mengeluarkan satu jambangan besar mawar merah dari bawah kaunter. Arisa memandang kosong pada jambangan itu. Tidak berminat untuk mengetahui siapa pengirimnya. Hatinya sudah memberi jawapan pada persoalan itu.
            “Awak ambil ajelah Jasmin. Okaylah. Saya masuk kerja dulu,”
            “Tak nak ke Kak? Cantik ni,”
            “Awak letak ajelah kat dalam vase tu. Hias kaunter tu,”
            Jasmine tersengih. Perlahan dia menggeleng.
            “Saya nak bawa baliklah. Letak dalam bilik saya,”
            Arisa tersenyum.
            “Suka hati awaklah,”balasnya sambil bergerak menuju ke mejanya. Duduk seketika buat menghilangkan penat seketika. Meja kemas tidak berusik. Matanya menangkap jam di meja. Hampir sebelas setengah. Perlahan dia mengeluarkan purse dari dalam beg tangannya. Not RM300 diambil sebelum dia simpan semula purse ke dalam beg. Kemudian dia mengangkat punggung sambil mencapai beg kertas. Bergerak santai ke bilik Zariff. Pintu bilik diketuk perlahan. Suara Zariff menyuruhnya masuk sayup-sayup menyapu telinga. Daun pintu ditolak perlahan.
            “Morning…,”
            Zariff mengangkat muka.
            “Morning. Masuklah,”
            Arisa melangkah perlahan. Bergerak mendekati meja Zariff yang bersepah.
            “Lunch awak,”ujarnya sambil meletakkan beg kertas di atas meja. Zariff memandang sambil lewa sambil terus meneliti beberapa helai ketas di tangannya.
            “If you don’t mind, boleh letak makanan tu dekat meja sana? I tak nak tambah sepahkan this table,”
            Tanpa banyak bicara,  Arisa mengambil semula beg kertas yang berisi nasi, sayur campur, ayam goreng rempah dan juga masak lemak tempoyak ikan patin itu lalu di bawa ke meja kecil di tengah sofa. Kemudian sekali lagi dia bergerak menuju ke meja Zariff.
            “Bila awak balik dari Indonesia?,”dia bersuara perlahan. Zariff mengangkat muka. Tidak menjangka soalan itu bakal meniti di bibir Arisa.
            “Penting ke, info tu?,”soalnya kembali kepada Arisa. Membuat Arisa terdiam. Kemudian tersenyum tawar. Lupa pada batas-batas yang perlu dan tidak perlu dia langkau di dalam hubungan ini.
            “Pukul berapa awak balik malam tadi?,”
            “Tiga. You dah tidur, so, I tak nak ganggu tidur you,”
            “Sorry. Saya tak sedar,”
            “It’s okay. So, boleh keluar sekarang? I have a lot of things to do,”
            Arisa mengangguk perlahan. Mengundur dua langkah ke hadapan sebelum langkahnya terhenti.
            “Awak…,”
            Sekali lagi Zariff mengangkat muka. Merenung wajah Arisa dengan renungan kurang senang. Tidak suka apabila kerjanya terganggu.
            “Yes? Apa lagi?,”
            Arisa melangkah mendekat lagi. Meletakkan not RM300 di atas meja Zariff. Mata Zariff memandang tiga keping duit seratus di mejanya kemudian memandang wajah Arisa.
            “Apa ni?,”
            “Duit awak bagi dekat budak-budak pagi tadi,”Arisa bersuara tenang. Membuat wajah Zariff sedikit berubah.
            “You tak perlu bayar,”
            “Tapi…,”
            “Please. Not now. I betul-betul busy sekarang. And, tolong prepare semua document untuk meeting I pukul tiga nanti. Ambil duit ni. I tak perlu your RM300 ni,”
            Arisa sedikit teragak-agak. Dia tidak mahu ada lagi kata-kata sinis tertuju padanya. Dia tidak seharusnya menggunakan duit Zariff.
            “Every month awak dah bagi duit. So, saya tak boleh ambil duit ni…,”
            “Arisa! Please jangan buat I marah,”
            “Okay. Sorry. Saya keluar sekarang,”
            “Arisa,”
            Arisa menoleh.
            “Please take the money,”
            Dengan berat hati Arisa mencapai semula duit yang diletak di atas meja. Dengan berat hati juga dia melangkah keluar dari bili Zariff. Buat kali terakhir dia berpaling. Zariff kembali sibuk di mejanya. Matanya terarah pula pada lauk yang dia masak. Terletak di atas meja. Entah bakal berusik entah tidak lauk itu. Kakinya melangkah keluar sambil pintu ditutup perlahan.

****

18 comments:

Anonymous said...

menarik la citer ni...buat org x sabar2 nk tau next episod...hope dpt smbung la gi ye k hanni..luv u so much

Unknown said...

best..tak sabaq nak tggu next n3..
hehe..take ur time akak. :)

Zass said...

kenapa mereka kawen eah?? itu sebenarnya persoalan sekarang??? kena tangkap basahkah??? atas wasiat orang tuakah????

cik eya said...

wah cam best je cite die..
pape pun kalo k.hanni punya..
compem best..
heheheh
next n3 plezzzz...

mazlina zammani said...

sangat besttt...

Strawberi Comei said...

best2..nk lagi..

a d y l a said...

k. hanni besh la. mau lagi :)

miznza84 said...

best.. nk lagi..

biruselendang said...

berat nie.... apa yg ada dlm hati tiada siap yg tahu....

nabila said...

~kak hanni selalu bikin hati kacau la..
sedih la si arisa nih..
but i like..
pastikan this girl, kuat ya..
xnk lemah2

blueskyz said...

cepat smbung ye akk hanni..

Pja Ismail said...

Errrrgh! Cerita apa ni???
Tak sabarnya nak tahu seterusnya.

Nurul QisDhira said...

wah ! best la citer nie kak hanni..
kalau bukukan mst laris nie...

Afifah Yusof said...

best..jalan cerita yang menarik..

just KD said...

..huhuhuuu,bru try baca..dah jauh ktggaln keretapi nih...

faiicie said...

knp dingin jer suasana??
nmpak best crita nie..hehe

ZaYaNi said...

sumpa best giler!

Dewi said...

starting dia pun dah menarik mata saya utk terus singgah pd bab seterusnya... Good job...

[11:35:50 PM] hos.getah: