Friday, March 4, 2011

Biar YM Terus Bicara... 8


Mataku terkebil-kebil melihat Encik Firdaus yang sudah lebih empat kali keluar masuk bilik air. Kemudian pandanganku teralih pada kek coklat yang elok terletak  di dalam piring. Sekali lagi aku sudukan kemudian suap perlahan-lahan ke mulut. Mungkin tidak sesedap kek coklat yang Mia sediakan, namun masih lagi boleh ditelan. Cukup aneh rasanya apabila sebaik sahaja kek itu mesuk ke mulut Encik Firdaus, lelaki itu terus berkejar ke bilik air.
            “Tak sedap sangat ke, Tini?,”aku bersuara sambil memandang wajah Tini yang dari tadi tercegat menjadi pemerhati. Mahu mendengar komen daripada Tini pula.
            Tini mencubit kek coklat di dalam piring. Disuap ke mulut. Mengunyah perlahan sambil matanya meliar memandang sekeliling. Menikmati rasa barangkali. Sudah macam juri rancangan masakan aku tengok Tini ni. Aku menongkat dagu sabar menanti jawapan Tini.
            “Okay aje. Tak adalah teruk sangat rasanya,”
            “Tulah. Okay aje kan? Saya makan elok je. Tak ada pun muntah-muntah macam tu. Kenapa Tuan awak tu sampai muntah-muntah?,”
            Tini mengangguk. Kemudian menggeleng.
            Aku diam. Memberi fokus kepada Encik Firdaus yang baru keluar dari bilik air untuk kali yang keenam. Perlahan aku bangun dari kerusi. Melangkah mendekati Encik Firdaus. Mulanya hati aku tersayat apabila sebaik sahaja menyuap kek coklat hasil tanganku itu, Encik Firdaus terus loya tekak. Namun, melihat keadaan Encik Firdaus saat ini, hatiku menjadi kasihan.
            “Abang makan apa kat office tadi? Kena food poisoning tak?,”soalku risau.
            Encik Firdaus menggeleng lemah. Kasihan aku melihatnya. Tadi semasa menjejakkan kaki ke rumah, elok sahaja. Sebaik menyuap kek coklat hasil tanganku, terus dia muntah tidak henti-henti. Aku merapatinya. Memegang lengannya. Sungguh tersentuh hatiku melihat dia yang sudah longlai. Wajah pun sudah pucat.
            “Oppss…. Sorry sayang. Sekali …..,”tanganku segera ditolak dan sekali lagi dia berkejar masuk ke bilik air sebelum habis berkata-kata. Aku mendekat. Mengurut perlahan belakangnya. Sudah mula risau melihat keadaan Encik Firdausku ini. Hati sudah berasa risau semacam.
            “Kita pergi kliniklah,”akhirnya aku membuat keputusan.
            Encik Firdaus menggeleng perlahan. Aku menarik muncung. Memang susah benar untuk mengheret lelaki ini ke klinik. Selama ini aku sangkakan aku adalah manusia yang paling bencikan klinik. Rupa-rupanya Encik Firdaus lebih teruk daripada aku.
            “Dah tu, takkan nak tidur dalam bilik air?,”
            Encik Firdaus berkumur perlahan. Namun, masih sempat mengerling ke arahku.
            “Tidur dalam bilik air?,”soalnya sedikit keliru.
            “Yalah. Dah dari tadi kerjanya muntah aje. Silap-silap sampai pagi esok abang muntah-muntah macam ni. Kita pergi klinik ya,”
            Sekali lagi Encik Firdaus menggeleng. Aku mengeluh panjang. Tahu sangat kenapa Encik Firdaus berkeras tidak mahu ke klinik.
            “Abang ni, macam budak-budak, tahu tak?,”
            “Apa Tiya cakap ni?,”
            “Kita pergi klinik ambil ubat aje. Bukan kena inject pun,”aku memujuk lagi. Dan, Encik Firdaus menggeleng lagi. Sudahnya aku mengeluh panjang. Agaknya segeram inilah perasaan ibuku setiap kali aku jatuh sakit dan berkeras tidak mahu ke klinik.
            “Sikit je ni. Sapu balm legalah ni,”
            “Penakut…,”
            Encik Firdaus tersenyum lemah.
            “Kutuklah abang, sayang. Abang tak larat ni. Tak boleh nak melawan…,”
            Dalam geram aku tersenyum juga. Tiba-tiba terasa aku sudah sedikit kejam.
            “Muka hensem. Gaya dah macho. Tapi takut jarum…,”leterku lagi sambil memeluk pinggang Encik Firdaus. Membantu langkahnya yang sudah tidak berapa gagah.
            “Tak baik kutuk suami tau…Tiya takut ubat, abang tak kutuk pun…,”
            “Tiya tak apa. Tiya bukan takut. Cuma malas saja. Abang ni. Dah macam ni lembik pun nak degil jugak,”
            “Tiya kan ada,”
            “Tiya bukan doktor. Mana Tiya nak tahu apa masalah abang sebenarnya. Apa sakit abang sebenarnya. Takkan sebab makan kek Tiya masak, abang sampai jadi macam ni,”bebelku lagi. Cukup geram apabila gagal memujuk Encik Firdaus.
            “Erk…yang….,”
            Belum habis bersuara dan belum sempat berpusing semula ke sinki, Encik Firdaus sudah menghadiahkan sesuatu ke dadaku.
            “Abang!!!,”spontan aku terjerit apabila Encik Firdaus sudah termuntah ke dadaku. Tanpa menjawab, dia berkejar ke sinki. Aku sudah mahu menangis. Tidak tahu mahu berbuat apa dengan cecair yang membasahi bajuku. Namun, rasa geliku hilang perlahan-lahan. Tiba-tiba hatiku tersentuh. Barangkali sudah habis semua makanan dimuntahkan oleh suamiku itu. Sudah tidak ada apa lagi yang mahu dikeluarkan.
            “Tini!,”aku memanggil dengan nada sedikit tinggi.
            Sekejap sahaja Tini sudah terpacul di pintu bilik air.
            “Ada apa Puan?,”
            “Ambilkan saya tuala ya. Encik termuntah kat baju sayalah,”
            Tini mengangguk sambil berlalu. Aku pula bergerak menghampiri Encik Firdaus. Mencapai tisu yang tersedia di tepi sinki lalu mengesat baju yang sudah sedikit basah.
            “Sorry sayang,”
            Aku memandang wajah Encik Firdaus yang nampak serba-salah. Aku tersenyum.
            “Tak apa. Nanti Tiya pregnant, Tiya balas dendam. Tiya muntah kat abang pulak,”usikku sambil membersihkan baju. Encik Firdaus tersenyum kecil.
            “Tak baik berdendam,”
            Aku mengangkat kening. Tini muncul bersama tuala di tangan. Menghulurkan padaku sambil matanya memandang ke arah Encik Firdaus.
            “Saya rasa, baik Encik ikut cakap Puan. Pergi klinik,”
            “Saya okay,”
            Tini diam. Cuma perlahan berlalu pergi. Aku mengelap baju sambil menggeleng perlahan.
            “Degil,”aku merungut lagi.
            Encik Firdaus berdiri tegak. Kaku seketika di hadapan sinki.
            “Nak muntah lagi?,”
            “Dah okay kot,”balas suamiku sambil mengurut dada perlahan. Aku cuma memandang. Tumpang simpati pada Encik Firdaus.
            “Abang nak baring. Tak larat rasanya ni,”
            “Yalah. Kita ke bilik,”
            Encik Firdaus mengangguk dan aku sekali lagi memaut pinggangnya. Melangkah seiring dengan langkahnya yang lemah. Satu persatu meniti anak tangga.
            “Sayang… dukung abang, boleh? Tak larat nak naik tangga ni,”
            Aku tergelak. Teringat baru petang tadi dia mendukungku sehingga ke bilik. Dia tersenyum, membuat hatiku cukup tersentuh. Masih sempat dia mengusik dalam keadaan selemah itu. Memeluk dirinya pun membuat diriku cuma  terselit di balik tubuhnya yang sasa itu, tidak dapat aku bayangkan bagaimanalah keadaanku andai tubuh itu aku dukung. Aku tersenyum lucu.
            “Nanti abang buat escalator ya. Abang besar sangat, tak larat nak angkat,”cadangku separuh bergurau.
            Dia tergelak perlahan. Terus melangkah perlahan-lahan sehingga ke pintu bilik. Aku menolak perlahan pintu bilik. Dia terus melangkah lemah ke katil. Pintu bilik aku tutup perlahan.  Berpaling memandang Encik Firdaus yang sudah pun berbaring. Kasihan pula aku melihat keadaannya. Aku merapatinya. Matanya sudah terpejam. Perlahan aku mengusap rambutnya. Wajah yang sering ceria itu kini kelihatan begitu lesu.
            “Nak Tiya sapukan balm?,”
            “Hmm….,”
            Aku mencapai balm yang kebelakangan ini memang menjadi teman Encik Firdaus. Perlahan aku sapukan balm ke dada dan dahi Encik Firdaus.
            “Pening sayang. Picitkan kepala abang ya,”dalam mata terpejam, perlahan dia bersuara. Aku akur. Memicit perlahan dahinya sambil sesekali mengelus rambutnya yang hitam berkilat. Wajah Encik Firdaus kelihatan sedikit selesa dengan picitannya.
            “Lepas abang dah okay sikit, kita pergi klinik ya. Tiya risau abang macam ni,”
            Matanya yang terpejam, terbuka perlahan. Merenung wajahku lembut.
            “Abang okay. Jangan risaulah,”
            Aku mengeluh perlahan. Merenung wajah itu tanpa berkelip.
            “Orang okay bukan macam ni. Tau,”
            “Tak baik marah-marah abang. Abang kan tengah tak sihat ni,”usiknya sambil menarik aku rapat padanya. Aku bersimpuh rapat dengannya sambil terus mengelus kepalanya.
            “Dah kurang ke peningnya?,”
            Encik Firdaus tersenyum sambil mengangguk perlahan.
            “Abang tidurlah kejap. Berehat. Tiya tak kira. Lepas ni, kalau abang muntah lagi, abang kena janji. Kita kena pergi klinik,”
            “Alaa.. perut masuk angin aje ni kot. Abang tak makan dari pagi sampai petang tadi,”
            “Tak makan? Kenapa? Dah tak ada duit nak beli lunch ya?,”geram aku mendengar luahannya.
            Encik Firdaus tergelak perlahan.
            “Wah.. sindir suami nampak,”
            “Yalah. Saja cari penyakit. Kena gastric nanti baru tahu,”
            “Busy lah sayang,”
            “Busy tu memanjang busy. Tapi, kenalah beringat sikit. Dah jatuh sakit macam ni , kan dah susah. Tak kira sebab apa pun abang jadi macam ni, Tiya nak lepas ni, kita pergi klinik. Kalau abang tak pergi klinik, Tiya call mummy, beritahu mummy abang tak sihat. Pilih. Yang mana satu abang nak? Pergi klinik ke, mummy cancel cuti, balik tengok abang?,”ugutku bersama senyum panjang.
            Encik Firdaus turut tersenyum sambil menggaru dagu perlahan-lahan. Seolah-olah sedang memikirkan pilihan yang aku berikan.
            “Abang pilih yang ketiga,”
            Keningku sudah berkerut. Encik Firdaus tersenyum lagi.
            “Mana ada yang ketiga? Dua aje pilihan yang Tiya bagi,”
            “Ada. Abang yang buat pilihan yang ketiga tu. Abang nak Tiya picitkan kepala abang. Baru kejap Tiya picit, dah hilang sikit pening ni,”
            “Abang ni. Tiya serius ni. Janganlah main-main,”
            Encik Firdaus menyentuh jemariku membuat urutanku terhenti.
            “Abang serius ni. Tak main-main pun…,”
            Aku mengeluh perlahan. Pujukanku tidak menjadi. Ugutanku yang tidak begitu serius pun, tidak begitu berkesan. Sudahnya aku terus memicit perlahan kepala Encik Firdaus. Membiarkan mata lelaki itu terpejam perlahan-lahan. Lama aku menikmati wajah itu sambil terus membuat dia selesa dengan urutanku. Wajah itu kelihatan sudah lena. Perlahan aku layangkan satu kucupan ke dahi Encik Firdaus sambil mengelus rambutnya. Bibir Encik Firdaus terukir senyum.
            “Thanks sayang…,”bisiknya dalam mata yang terus terpejam. Aku tersenyum. Manarik comforter menyelimuti tubuhnya. Biarlah dia terus lena. Biarlah dia berehat.

26 comments:

Strawberi Comei said...

nk lg..nk lg..ala tiya dh pregnant tue..p laa check

Kiki Zarime said...

nk lg..

cactaceous opuntia said...

wah!!!bestnye...ala..tp cket la plak...

cik nurul said...
This comment has been removed by the author.
aqilah said...

alahai.....pendek aje......tak puas!!!!! sah la ni,......tiya pregnant!!!!!!!!!!!!!!

NukSe said...

tiya dh mengandung tu.. alahai.. cian kat en.firdaus.. haha dh jumpa buku ngan ruas.. rupa2nya sama2 tkt nk g klinik.. hihihi

Dla Fazilah said...

tiya dah pregnant ....tapi yng sakikt nyer en firdaus...so sweetttt....tapi tak tau lak en firdaus nie takot g klinik...huhuhuhuh

SuRiaNi HaSsaN said...

waaa tiya da pregnant tuh!
cpt2 sambung kak hanni
nk lagi..best2!!

Zass said...

yahooo.. n3 baru dah masyuuukkk..

dah lame i tercongok-congok kat depan laptop, terklik-klik MANISNYA KENANGAN kot-kot dah ade yg masyuuukkkk...

hrrmmm.. alhamdulillah hari ni dah terlepas rindu dendam ni....

i harap sangat baby twin.... mesti cute sgt2..... lebih2 lagi dari ayah yg kacak dan ibu yg manis jelita.....

eeeiii.. tak sabar nak tengok baby tiya-daud.....heheheh.. good job kak hanni..... i'm adoring your karya...

M!Ss UnNi said...

hurmm...da x sabar nk baca citer ni smpai hbs... cepat laa k.hanni wat smbgn dia...huhu..

Anonymous said...

sama la mcm korro.... ari2 singgah blog hanni nak check ada n3 baru tak.. wlwpun perasan yg hanni hanya buat new n3 seminggu sekali jer..

en fir terpaksa la tanggung "evening" sickness demi tiya tercinta... perkara yg paling tiya takut utk hadapi... akhirnya beralih ke en fir.. rasakan hehehehe

Anonymous said...

nak tnya kak hanni...
kan ada satu episod last pam
lepas diorg kawin balik
akak post kat blog
ada lagi ke kat sini?

MaY_LiN said...

teng teng teng..
abang ni pun..
awat ketegaq sangat

nurhakim said...

penantian i2 satu pnyeksaan.
akhirnya kuar gak n3 bru.
tiya-fir,,,sweet sgt...hihihiii
cpat2 smbg n3 bru ye kak hanni.

ezz said...

best x sabar nk tggu next n3 dan tau pe sbenar'y t'jd kt firdaus tu,pelik je perangai!!!!

Anonymous said...

alahaiii...
soo sweettt..nk lagi..nk lagi..huhu

anijamil said...

tak sabarnya nak baca selanjutnya.....

Putri H. said...

kak hanni cepat2 sambung~
tak sabar nak baca lagi..hari2 duk menunggu sambungan ni...

Fieza'S Collection said...

Wah bestnyerrrr...x sabar la nk bce seterusnya...kak hanni..cepatlah tulis sambungannyerr..hehehe

ezz said...

cpt la smbung...tiap2 ari tggu n3 bru tp x ad2....sedih tau
cpt la smbung!!!!
huhuhuhuhuhu.....
:-`(

atul said...

wahhh makin menarik next2 :D x sabar la plak nk bca episod seterusnye :D

Anonymous said...

bila nk msk n3 baru????indu r...

Anonymous said...

kak hanni, bile de next lg nie,,huhu

Anonymous said...

cpt ea smbung.. cite dh bez nie... nk thu npe en.firdaus jdi cm un...
smbung eh

Anonymous said...

kak hanni ble nk smbung nie dh lme tunggu nie... huhuhu cpt la ckit smbung ye.... cite bez nie x sbo nk tunggu...

bunga lalang said...

tak sabar tunggu versi cetak :))

[11:35:50 PM] hos.getah: