Aku garu kepala. Yang mana satu ni? Sesekali aku menjenguk ke pintu dapur. Mahu bertanya, tetapi aku malu. Malu pada Mia yang tekun menemani Abang Kamal. Sudahnya aku terduduk di tunggul kelapa yang sudah kontot. Memandang Atok yang melingkar di kaki. Memang satu kesilapan aku ingkar pada nasihat ibuku yang satu ini.
“Yang mana satu ni, Atok? Akak tak tahu ni,”
Atok cuma mengingau halus. Aku mengeluh risau.
“Nanti kalau akak tanya, mesti Mia gelakkan akak. Malulah akak,”
Atok mendongak merenung wajahku dengan matanya yang bercahaya. Tumpang simpati untukku barangkali.
“Haaa… kenapa akak lupa ya. Kan Sherry ada…,”aku terjerit lega.
“Kenapa sayang?,”
Aku tersentak. Segera berpaling. Encik Firdausku sudah tercegat di belakang. Aku tersengih.
“Mana Sherry?,”laju aku bersuara.
“Ada kat atas. Nak pegang baby?,”
Aku tersengih. Melihat Qalisha yang selesa di dalam pelukan Encik Firdaus. Perlahan aku mengangkat punggung. Melayangkan satu ciuman ke pipi gebu Qalisha.
“Kedekutlah mama Tiya ni. Untuk Lisha aje. Untuk Papa Fir tak ada pun,”
Aku tersenyum lebar sambil jelirkan lidah. Encik Firdaus turut tersenyum.
“Kenapa cari Sherry?,”
“Err…nak tanya dia, mana satu daun limau purut ni?,”
Encik Firdaus tergelak besar.
“Apa? Tak tahu daun limau purut ke?,”soalnya kuat membuat mataku membulat.
“Abang ni. Nanti orang dengarlah,”
“Ok..Ok..apa? Tak tahu daun limau purut ke?,”Encik Firdaus mengulang soalan yang sama dengan nada perlahan. Aku menjeling. Tahu, dia memang sengaja menyindir.
“Itulah. Suruh duduk rumah. Sibuk nak ikut mama jaga butik. Kalau duduk kat rumah kan, boleh belajar masak,”
“Mama yang ajak. Bukan Tiya nak ikut,”
Encik Firdaus tergelak sambil menggeleng perlahan. Gelengan pun macam menyindir.
“Abang tahu ke?,”soalku sambil berpeluk tubuh. Geram pula melihat senyum yang menghiasi bibir itu.
Encik Firdaus bergerak ke arah pagar kecil yang meletakkan pelbagai jenis pokok di dalamnya.
“Yang ni, sayang,”
Mataku mengikut arah telunjuk Encik Firdaus. Segera aku memetik beberapa helai daun yang didakwa Encik Firdaus sebagai daun limau purut. Betul la kot.
“Betul ni, bang?,”
“Betullah,”
“Macam mana abang tahu?,”
“Dulu abang selalu temankan Mia shopping barang dapur. Mia suka memasak,”
“Oooo…,”balasku kaku. Seperti biasa, apabila nama Mia yang disebut-sebut, hati ini pasti menjadi murung. Teruk betul. Padahal Mia tidak pernah menganggap dirinya pesaing aku. Cemburu butakah aku ini?
“Hmmm…mama Tiya dah tarik muncung… dah jealous lah tu…,”
“Tak lah,”laju aku bersuara sambil berpaling. Bersua dengan wajah jelita Mia. Aku tersengih.
“Ada tak?,”Mia bersuara bersama senyumnya yang sentiasa manis. Bertuah Abang Kamal.
“Ada,”laju aku menjawab sambil menghulurkan beberapa helai daun di tanganku kepada Mia. Mia tersenyum. Helaian daun bertukar tangan.
“Abang Kamal you risau, takut you tak kenal daun limau purut,”Mia bersuara bersama gelak halus.
Aku tersengih. Gelak Mia bagai satu sindiran, walaupun aku tahu gadis itu langsung tiada niat sebegitu.
“You ni… takkanlah wife I ni, tak kenal kot. Kan, sayang kan?,”Encik Firdaus pula bersuara, menambahkan lagi rasa malu pada diri sendiri ini. Mia tergelak. Encik Firdaus tersenyum panjang.
“Ok. I nak masuk. Kamal waiting for this. Dia nak masak paprik campur,”
“You?,”
“Hari ni, I jadi assistant aje,”
Encik Firdaus tersenyum. Mia berlalu masuk ke dapur. Aku berpaling. Memandang wajah Encik Firdaus. Lama.
“Kenapa?,”soalnya perlahan.
Aku tersenyum. Mengalihkan pandangan ke wajah mungil Qalisha. Langsung tidak meragam berada dalam dukungan Encik Firdaus. Encik Firdaus pula, langsung tidak kelihatan kekok.
“Kenapa Tiya? Mesti ada something bermain kat kepala tu kan?,”
“Tak ada apa-apa,”
Encik Firdaus tersenyum tidak percaya.
“Tell me,”
Aku mengeluh. Bukannya aku boleh berahsia dengan Encik Firdaus. Perlahan aku melangkah bersaing dengan langkahnya yang tidak begitu laju.
“Tiya tanya sikit, boleh?,”
“Boleh. Tapi, dengan satu syarat,”
Aku menjeling. Lebih kepada jeling mengada-ngada sebenarnya.
“Pegang Lisha. Penatlah,”
Aku sengih. Melihat tubuh kecil Qalisha aku jadi sedikit gerun. Jadi sedikit trauma bila teringatkan aku berjaya membuat Qalisha tergolek dari ribaku tiga bulan yang lalu. Cuak betul aku selepas kejadian itu. Lebih-lebih lagi bila teringatkan tangisan Qalisha yang nyaring.
“Takutlah bang,”aku bersuara perlahan. Dari riba ke lantai, tidaklah tinggi mana. Tapi, bila aku bayangkan dari dukunganku ke tanah, aku jadi gerun. Tinggi tu.
“Takut kenapa?,”
“Nanti jatuh macam dulu,”
Encik Firdaus tergelak.
“Tak adalah. Masa tu, Lisha baru tiga bulan. Sekarang dah besar sikit. Dah tak susah nak pegang pun. Kan Lisha kan…,”ujar Encik Firdaus sambil mengagah anak kecil itu. Aku tersenyum senang. Jelas terpamer sifat kebapaan suamiku ini. Dalam rasa sedikit bimbang, aku mendukung Qalisha. Erat kupeluk ke dada.
“Boleh kan?,”
Aku mengangguk. Encik Firdaus regangkan kedua-dua tangannya. Betullah penat agaknya.
“Semangat betul anak dara Cik Sherry ni ya,”aku bersuara separuh mengagah. Lebar senyumku melihat Qalisha tersenyum.
“Dia senyum bang…,”
Encik Firdaus tersenyum. Perlahan memaut pinggangku.
“Hai… kat sini ya ganggu Papa Fir dating ya?,”
Aku mengangkat muka. Sharifah melangkah santai menghampiri kami.
“Aku baru nak dukung…,”
“Nak dukung…. Mengandunglah,”selamba Sharifah bersuara sambil mengambil anaknya dari peganganku. Aku mencemik membuat Sharifah tergelak.
“Dah berapa bulan ya?,”
“Enam bulan dua puluh tiga hari setengah. Malam sikit cukup dua puluh empat hari,”selamba Encik Firdaus yang menjawab soalan yang aku tujukan kepada Sharifah.
“Amboi. Bukan main ingat lagi,”aku bersuara separuh kagum.
“Mestilah. Sama usia dengan perkahwinan kita,”
Aku tersenyum panjang. Lupa. Qalisha menjengah dunia pada malam perkahwinan kami.
“Mama Tiya ni, memang tak sayang papa. Berapa lama kahwin dengan papa pun dia tak ingat,”
Sharifah tergelak. Aku pamerkan senyum bersalah.
“Bukan tak ingatlah. Tapi, tak perasan,”
Encik Firdaus menjeling. Lembut jelingannya membuat aku yang tersenyum malu.
“Aku nak bagi susu kat Qalisha ni. Aku ke atas dulu. Saya pergi Encik Firdaus,”
Aku Cuma mengangguk sambil memandang Sharifah berlalu bersama Qalisha. Kemudian tersenyum apabila terasa pautan tangan Encik Firdaus makin erat di pinggangku.
“So, apa Tiya nak tanya abang tadi?,”
“Tanya?,”
Encik Firdaus merenung wajahku.
“Tadi cakap nak tanya sikit,”
“Sikit sangat kot, sampai Tiya pun dah lupa,”aku berseloroh sambil tergelak kecil. Encik Firdaus menghadiahkan satu renungan tidak puas hati. Membuat mindaku bekerja keras cuba mengingati apa sebenarnya soalan yang ingin aku ajukan. Terdengar gelak Mia di dapur, aku jadi teringat. Namun, baru sahaja aku ingin membuka mulut, aku batalkan niat itu. Memberi perhatian kepada langkah laju ibuku.
“Lajunya mak. Nak ke mana ni?,”
“Tanya pula. Kan dah nak masuk time makan tengahari ni. Mari tolong mak masak. Boleh belajar sekali,”
“Tak boleh mak. Tiya baru kena halau,”
“Kena halau?,”
“Abang Kamal booking dapur. Tak mahu orang kacau dia masak. Makwe dia aje yang dia izinkan,”
“Bila Kamal datang?,”
“Lepas mak pergi kelas agama tadi. Sherry pun ada kat atas tu, mak. Baru sampai,”
“Ya ke?,”
Aku mengangguk.
“Mak jenguk mereka kejap,”
Aku mengangguk lagi. Seperti biasa, laju kaki ibuku melangkah meninggalkan kami.
“Yalah tu, kena halau…,”Encik Firdaus bersuara separuh mengusik.
Aku tersenyum.
“Betullah bang. Lagipun, Tiya segan nak tolong sebab Mia ada. Nanti Mia tahu Tiya tak pandai masak,”
“Bukan tak pandai…,”
“Dah tu?,”
“Tak pandai langsung,”balas Encik Firdaus bersama gelak besar. Aku jegilkan mata.
“Abang…,”
Encik Firdaus terus tergelak.
“Dah tahu Tiya tak pandai masak, kenapa kahwin dengan Tiya?,”aku merungut. Sudah separuh merajuk.
“Abang cari isteri. Bukan cari tukang masak,”Encik Firdaus bersuara. Lembut dan merdu bunyinya di telingaku. Rajukku hilang entah ke mana. Berpaling memandang wajah Encik Firdaus.
“Abang… kenapa abang tak pilih Mia ya?,”soalku lambat-lambat. Memang itu pun soalan yang ingin aku tanyakan pada Encik Firdaus tadi.
“Sebab abang dah pilih Tiya,”
“Yalah. Maksud Tiya, sebelum abang kenal Tiya lah. Abang kan dah lama kenal Mia. Mia tu, sempurna tau. Baik… pandai masak…bijak… cantik…,”
“Hmm…nanti abang fikirkan,”
“Fikirkan apa?,”
“Nak kahwin dengan Mia,”
Aku ternganga. Encik Firdaus gelak besar. Namun, Cuma seketika, kerana selepas itu dia menyeringai kesakitan. Padan muka. Sekuat hati hati aku cubit lengannya.
“Sakit sayang…,”
Aku menjeling. Ada hati nak fikirkan? Memang sengaja buat aku marah.
“Marah ke?,”Encik Firdaus berbisik lembut.
“Tak. Geram aje,”
Encik Firdaus tersenyum. Memalingkan tubuhku menghadap wajahnya.
“Nurul Adiya Fatiha. Cinta ni, bukan boleh dipaksa. Abang dah jumpa cinta abang. Susah nak dapat. Takkanlah bila dah dapat, abang nak sia-siakan pula. Abang cintakan Diya. Tak perlu kesempurnaan kalau hati kita dah suka kan?,”
Aku termangu. Kemudian tertunduk malu. Biasalah. Bila Encik Firdaus dah mula romantis sebegitu, kelulah jadinya lidah ini. Berbunga-bunga hati ini mendengar bicara itu.
“Cuma…satu saja,”
“Cuma apa bang?,”
“Abang teringin nak dukung baby,”
“Baru dukung tadi, nak dukung lagi? Pergilah dekat Sherry,”aku bersuara sambil tergelak kecil. Menggeleng sekali. Betul-betul kemaruk baby suamiku ini.
Encik Firdaus tersenyum.
“Abang nak baby kita,”
Gelakku mati serta-merta.
“Kita?,”
“Yalah. Kenapa?,”
Aku sudah tersenyum kelat. Mendengar cadangan itu membuat hatiku kecut. Teringat cerita ngeri Sharifah. Pengalaman Sharifah mengandungkan Qalisha.
“Nantilah dulu. Kita baru aje kahwin,”
“Tak salah pun. Kan?,”
Aku tersenyum. Tiba-tiba perut terasa memulas. Parah. Darah gemuruhku sudah datang. Itu baru mendengar cadangan.
“Takkan dengar cadangan abang, samapi pucat macam ni sekali mukanya. Nak tangguh sebab baru kahwin ke, Tiya takut nak pregnant?,”
Aku menyentuh wajah. Pucat ke?
“Pucat ke?,”soalku sambil menampar pipi yang terasa kebas.
“Ya, sayang,”
Aku tersenyum nipis. Ketara benarkah ketakutanku ini?
“Abang tak paksa, sayang. Jangan risau sangat ya,”
Aku diam. Melihat senyum lebar Encik Firdaus, aku jadi bahagia.
****

SEKADAR PERCUBAAN. ANDA PEMBACA YANG DIHORMATI, SILA TENTUKAN WAJARKAH CITER INI DI SAMBUNG ATAU TIDAK, YA....
SALAM MANIS
HANNI.
71 comments:
waa...ader sambungan..bestnyer...
sambung la kak hanni...mesti meletop mcm enovel yang pertama tue jugak...
saya setuju,at least boleh ubat rindu....sweet je dia org,cam saya plak di tempat Tiya....hehehe
best dah ada sambungan..........
hahaa..
ske2..
comey bangat tiya n encik firdaus..
wajar smbung kak..
besh bangat..hehe..
sambung....sambng.....sambung......
wahh besh2...
ct nih mmg wjr d smbg..=)
sangat wajar utk dismbung..smbng cpt2 ek kak hanni..hehe
setuju3x......
sambubg2 tak rugi lah kalu hari2 duk kat blog akk ni...
geli hati ada,sedih ada,romatik pun ada...cepat kak sambung wajar sekali KISAH TIYA NGAN FIR ni bersambung..kahkahkah..
myeha ireland..ni ubat daripada org perantau lah kak yer..hikhikhik
yeay!!
da smbung..
gee~
setuju sgt2 kl kak hanni nk smbg citer ni...smbg yer kak..best citer ni....
Hanni, sambung lah cerita ni best...
mesti la nak smbg kak hanni..
hihihihi
mestila sambung.besH
sambung je..best la citer ni..mcm terubat rindu lak pade dorg tu..sweet sgt..
kak,smbg la.. ay suke sgt2.. x jemu bace..(^-^)
alamak silap taip!! tu la taip mase mata tgh ngantuk..hbs tunggang terbalik ayt..ku3
baguss sambungla.buat lebihh konflik ckit.mesti syok giler.
walopom sy blom bace cite ats ni..tp sy 100% mnyatakn cite ni wajar disambung! yay!
ok..dh bace..n kali ni..sy upkn skit..20000% sy stuju cite ni patut d smbung..buat dlm btk cetakn lg besh..bleh sy bli buat koleksi..yg BYMYB dh puluh2 kali sy bace..hehehe..great job k.hanni..all de besh..smbung cpt2..windu dorg..hehehe..=)
stuju sgt2...
smbg la akak...
da xsabo nk bc nh...
Saya dah beli novel Biarlah YM Berbicara.
Mmg best..
i like it very much..
Happy ending.. Itu yg paling bestnya..
so kwn2 yg blm beli lg novel ni.. saya nasihatkan dptkan dgn segera..
sure anda tidak akan kecewa....
yg paling lucunya en.fir kena cakar ngan atuk... hahahha... kesian dia...
thnks kak hanni 4 enovel tiya ngn en.firdaus nie..
t jgn lpa smbng tau..
wajar.. samb la wahai k.hanni.. coz cite ni x mbosankan.. suka sgt...
Yes!!
sye stuju kalau cite nie ada smbungan...tp xmau lh sedih2 hehe..
tq kak hanni...
-manja.lara87-
ya ya dan ya sahaja jawapan sy puan hanni
-tni-
sukaaaaa ada sambungan....
tapiii kak hanni... saya taknak la yg sedih2.. taknak ada badai lagi yang melanda... biar la happy saje
boleh?
sambungggggggggggggggg
sambung..
plz sambung..
ya... layak disambung kak hanni... saya suke
atie ameen
best k.hanni
wahar dismbung
terus bt buku lh k.hanni
slh taip lh pulak
wajar k.hanni smbg cite tiya ni
sume org suka
sambung la.....
nak yau gak,tiya ngandung mcm mana perangai en firdaus...
so sweet la pasangan ni....
bila baca,rasa mcm diri ni dalam citer ni...
salam kejauhan...aieda
akak ok aje, set! sbb part 1 ni dah menarik, tersenyum sorang2. ok hanni! yelah, si tiya tu kan penakut! pegang baby pun blh jatuh, he...... lawak...lawak...
Biar saya jadi commentar yg ke 35.. setuju K.Hanni.. sambunglah citer ni. nak tahu sambungan dia... teruskan..
tapikan bukan ke firdaus panggil mummy? bukan mama? correction! ada part yg " mama yg ajak bukan tiya yg nak ikut" suppose it should mummy, right? apapun, akak follow......................
saalam...
waaa...besh gle...sambung2 lagi
kak hanni....
lau sambung ag ni mst melotup....
sweetnye lau dapat suami cam
en firdaus.....kikiki.....
sambung... jangan tak sambung
wajar2!!
wajar sgt...
sambung kak hanni..plizzz...
klo x sye nangis...
waaa
sweetnyeeee...
i luv watak2 dia..
warghhhhhh
xthn da nk sambungan dia...
kak hanni ,
sy rse wjar dsmbungkn ye .
best kalau ade bymyb 2 .
:)
sokong2!
ekin setuju sangat kalau citer ni diteruskan.sebab citer ni best giler.tak sabar nak tau ending die...
smbgla kak hani..best tau cite nie..suke sgt tiya ngn en firdaus tu..buat ending yg best2 tau..
sambung2... tapi jangan buat konflik yang teruk lak...
suka diorg happy je
wah besh nyer..
nk lg...
cpt2 ar smbg...
hehehe...
yang penting ending die mesti kene best tau.kalau boleh bia jalan citer die wat e-kin nangis k papai..........
aku sokong!
waaa best la kak hanni.
sambong2.
tp ending mesti bg happy n gempak pnya la.
hee.
best3. sambong cepat2 yeaa.
:D
jangan lipe send cerpen kat e-kin lagi k...papai........
smbungla.msti bes.tp xnkla pape tjd kt dorang.nk hapi jek
waa..bez2!!ada sambungan!!
Assalamualaikum,
Best betul lah kak. sambung lah. terus buatkan buku lagi best!!!
sambung!! nk bymb 2!!
skong de smbungan.mesti gle gempak.sweet je tiya n en.fir ni ;P
yeay...suke..suke..sukeeeee sgt citer ni..sambung la lg kak..
sambung laaa...saya dh baca novelnya yang first..mmg best so sambungan ni mmg seronok so jgn lupa sambung lg yee
kalu buat sambunga novelnya pun bagus jugak
btul ka ni kak hani??
wahhhhhhhhh best!!
smbg la kak..
sy sokong sgt2!!
waah...bestnye....ade smbungan..Farah suke citer nie...jln citer die happy jerr...tension2 keje sume hilang bila bc citer ni...kelakar, romantis...mmg sweet...and hope yg smbungn nie...happy2 jugak lah...klu kak hanni nak tmbh konflik pon dlm smbungn nie...hope konfliknye lain dr novel yg lain...maksud Farah biar penceritaan konfliknye tu unik...pape pon, Farah xsabar tgu nak bc smpi abis smbungn nie...Hope akak still kekalkn jalan citer die yg romantis, kelakar, and sweet nie(^_^)
absolutely YES !!!!
suka sangat cerita ni...
salam..
wajar sangat citer ni disambung.
sambung sampai habis ye k.hani...
Best giler citer ni..
cepat2 ye sambung citer ni..
hehehe
best... sambunglah lagi...
cume biler plak nak berbicara gune YM
kn dah kawin...
well..itu kate saye..but writter know beter than me...
ape pun.. saye sokong kak hanni sambung citer nie...
mtk sambung ye hanni..nt publish dlm bntuk novel cm bym 1 dl...~sweet sgt...thanx a lot..
kak hanni! nak sambungaaan! bestbest! :D:D suka crita yg bersambung sambung nieh! :D keep it up! good jod! ;)
nk disambungkan..tp xnk sedih2..nk yg hepy2 dr mula smpai hbis..cm novel biarlah ym berbicara..plzz
Sambunglah ...tp kalau ada pun badai yg melanda rumahtangga En Fir & Tiya jgnlah biarkan berlarutan,tp best lg kalau byk lagi part yg sweet,harmoni & romantik..yg penting happy ending :)
suka2... sambung la lg... x nk buku kan ke??
Ngee.... Bestnye ade smbungan... Smbung la kak Hanni... Cite nie best sangat...
i like this....
chiyok kak hanni.....
sambung la akak,bes tau crita nei.. (:
salam..
wah..xsilap saye ni sambungan dr dua novel kan?
biarlah ym berbicara..
n
pergilah air mata..
n now biar ym terus berbicara..
betul x?
best nya ada sambungan... harap cepatla diterbitkan cam best jer.. hehehehe
arhhhhh wajar di sambung. best sgt cerita ni. akk sambunglahhh. x sbr nk bce. tulis kt blog skali erk
Post a Comment