“Kenapa Trisya?,”
“Kenapa? Tak suka?,”
“Bukanlah tak suka. Tapi, cara abang
bagi cadangan tu,macam Trisya tu, seseorang pada abang. Bekas girlfriend abang
ya?,”
Senyum tergaris halus. Teringat
soalan Zurina apabila lancar lidahnya mencadangkan nama itu untuk puteri sulung
mereka. Entah kenapa, menatap wajah anaknya, spontan wajah Trisya menjelma. Membuat
rindu pada anak itu, membuak tiba-tiba. Lalu nama itu terpatri kekal menjadi
milik darah dagingnya sendiri.
“Papa! Dengar tak?,”
Zaheem tersentak. Wajah-wajah
kenangan lari bertebaran. Yang ada di hadapannya kini, cuma wajah kelat Trisya
yang garang bercekak pinggang. Membuat Zaheem tersenyum lucu.
“Papa dengar tak?,”
“Ya, sayang. Ada apa?,”
“Papa kan sakit perut. Kenapa bagi
tangan kat Trisya?,”
Zaheem memandang. Tanpa sedar,
tangannya terhulur.
Spontan gelak kecil pecah di bibir. Dia leka melayan
perasaan.
“Garanglah doctor ni,”
Trisya masih memuncung bersama
stetoskop mainan yang tergantung di leher.
“Tak naklah main lagi,”rajuk si
kecil sambil berpeluk tubuh. Zaheem tersenyum lebar. Tubuh kecil itu, ditarik
ke pelukan.
“Okay. Papa minta maaf. Lepas ni
papa sakit perut ya. Janji,”
Wajah kelat itu sedikit tersenyum.
“Lepas ni kalau papa menung lagi,
siaplaa,”
Zaheem tergelak besar. Lucu apabila
ayat Zurina tiap kali menahan geram, kini lancar di bibir Trisya.
Zurina, gadis yang diangkat menjadi
suri hidupnya tatkala cintanya mekar pada perempuan lain. Zurina yang dia yakin
tepat di saat jiwanya parah terpaut pada hati yang salah. Zurina yang menjadi
ibu kepada Trisya nya, saat dia rindukan Trisya yang lain. Atau barangkali saat dia rindukan wajah yang
lain? Tanpa sedar, satu keluhan meniti di bibir. Rasa bersalah timbul
tiba-tiba. Diam-diam dia sering salahkan diri sendiri. Perasaan ini seharusnya
tiada di antara dia dan Zurina. Saat dia ada Trisya dan Zurina, entah kenapa
bayangan lalu tidak pernah mahu pergi. Sukarnya membuang satu rasa yang dalam
tersimpan jauh di dalam lipatan hatinya. Tidak pernah terluah walaupun pada si
pencuri hati.
Perlahan dia meraup wajah. Andai
semalam dia berasa dia kuat, hari ini, dia harus akui, kekuatan itu masih belum
cukup. Dia masih belum mampu keluar dari belenggu rasa yang kadang kala terasa
amat mendera. Berdosa dengan libang-libu jiwanya yang sering berperang sesama
sendiri.
“Ok pakcik... pakcik sakit sikit aje
ni. Ini ubat untuk pakcik,”
Lamunannya pecah sekali lagi.
Tumpuan teralih pada doktor kecil yang sibuk menyusun ‘ubat’ di atas meja.
“Yang ni pakcik makan lepas makan.
Yang ni pakcik makan bila perut pakcik sakit ya,”
Zaheem senyum.
“Baik doktor. Berapa semua ni?,”
“Erm... semuanya seratus,”
“Wahhh mahalnya doktor!,”
Trisya tergelak-gelak. Makin nyaring
gelaknya apabila perutnya digeletek halus. Zaheem ikut ketawa senang. Gelak
halus yang sekali lagi tidak mampu membuang cerita silam. Lama dia merenung
anak kecil di dalam pelukannya itu. Kebetulan atau tidak, Trisya membesar
bersama karekter yang sangat-sangat sinonim dengan kenangannya.
“Kenapa papa?,”
Zaheem mengukir senyum. Wajah itu
diusap lembut.
“Papa sayang doktor Trisya ni,”
Trisya mengekek lagi.
“Oklah. Simpan dulu mainan. Rehat
dulu ya, doktor. Dah lambat ni. Nanti mama tunggu lama pula,”
Trisya mengangguk. Segera jemari
kecilnya memasukkan semua mainan ke dalam kotak berwarna-warni.
“Jom, papa,”
Zaheem mengangguk. Janjinya, mahu
terus ke restoran untuk makan malam bersama Zurina. Perlahan dia mengangkat
punggung. Memimpin Trisya sambil membuang jauh-jauh usikan perasaan yang
sesekali muncul mengganggu. Hidupnya sudah lengkap. Berkali-kali dia meyakinkan
hati yang kadang-kala resah tiba-tiba.
****
5 comments:
Nak lagiiiii...
Hi hi..terjadik tamak plak...
parah..!
-kayleen-
mcm mana dlm masa yg sama boleh suka org lain tp kahwin dgn org lain?... realitinya mmg ada...
oooo...y laki org nm zaheem..
paham2.. ;)
Sepatutnya kenangan biar tinggal jadi kenangan.. kena terima kenyataan cinta x semestinya bersatu... bahagia dah ada dlm genggaman mengapa perlu dipersiakan...
Post a Comment