Aku
garu kepala. Yang mana satu ni? Sesekali aku menjenguk ke pintu dapur. Mahu
bertanya, tetapi aku malu. Malu pada Mia yang tekun menemani Abang Kamal.
Sudahnya aku terduduk di tunggul kelapa yang sudah kontot. Memandang Atok yang
melingkar di kaki. Memang satu kesilapan aku ingkar pada nasihat ibuku yang
satu ini.
“Yang mana satu ni, Atok? Akak tak
tahu ni,”
Atok cuma mengingau halus. Aku
mengeluh risau. Pasti Atok pun sedang keliru macam aku. Sekali lagi aku
menggaru kepala.
“Nanti kalau akak tanya, mesti Mia gelakkan
akak. Malulah akak,”
Atok mendongak merenung wajahku
dengan matanya yang bercahaya. Tumpang simpati untukku barangkali.
“Haaa… kenapa akak lupa ya. Kan
Sherry ada…,”aku terjerit lega. Teringat pada tetamuku yang baru tiba itu.
Senyum melebar tiba-tiba. Memang cutiku untuk menjengah ibu, kali ini cukup
meriah. Kebetulan hari ini Abang Kamal datang ke rumah, Sherry pula baru pulang
menjenguk ibunya. Jadi, riuhlah rumahku hari ini. Sejak berkahwin, memang bukan
selalu aku dapat berjumpa dengan Sherry dan Abang Kamal.
“Kenapa sayang?,”
Aku tersentak. Segera berpaling.
Encik Firdausku sudah tercegat di belakang. Aku tersenyum panjang.
“Mana Sherry?,”laju aku bersuara.
“Ada kat atas. Kenapa?,”
Mendengar
soalan Encik Firdaus, kepala kugeleng perlahan.
“Nak
pegang baby?,”Encik Firdaus bertanya lagi.
Soalan yang membuat aku tersengih
sambil melihat Qalisha yang selesa di dalam pelukan Encik Firdaus. Perlahan aku
mengangkat punggung. Melayangkan satu ciuman ke pipi gebu Qalisha. Tembam dan
comel.
“Comelnya dia. Comelnya dia…,”agahku
sambil menyentuh hujung jari Qalisha yang kecil.
“Kedekutlah mama Tiya ni. Untuk
Lisha aje. Untuk Papa Fir tak ada pun,”
“Apa yang tak ada?,”
Encik Firdaus tersenyum sambil
suakan pipi. Aku tersenyum lebar sambil
jelirkan lidah.
“Kedekut…,”rungutnya separuh
bergurau. Aku cuma tersenyum.
“Kenapa cari Sherry?,”
Soalan itu membuat aku sedar yang
aku hampir terlupa pada pesanan Abang Kamal.
“Err…nak tanya dia, mana satu daun
limau purut ni?,”
Encik Firdaus tergelak besar.
“Apa? Tak tahu daun limau purut
ke?,”soalnya kuat membuat mataku membulat.
“Abang ni. Nanti orang dengarlah,”
“Ok..Ok… Apa? Tak tahu daun limau
purut ke?,”Encik Firdaus mengulang soalan yang sama dengan nada perlahan. Aku
menjeling. Tahu, dia memang sengaja menyindir.
“Abang ni….,”
Encik Firdaus terus menyambung
gelak.
“Itulah. Suruh duduk rumah. Sibuk
nak ikut mummy jaga butik. Kalau duduk kat rumah kan, boleh belajar masak,”
“Mummy yang ajak. Bukan Tiya nak
ikut,”
Encik Firdaus mengukir senyumnya
yang sentiasa menawan itu sambil menggeleng perlahan. Gelengan pun seperti mahu
menyindir.
“Abang tahu ke?,”soalku sambil
berpeluk tubuh. Geram pula melihat senyum yang menghiasi bibir itu.
Encik Firdaus bergerak ke arah pagar
kecil yang meletakkan pelbagai jenis pokok di dalamnya.
“Yang ni, sayang,”
Mataku mengikut arah telunjuk Encik
Firdaus. Segera aku memetik beberapa helai daun yang didakwa Encik Firdaus
sebagai daun limau purut. Betul la kot. Aku membuat penilaian sendiri.
“Betul ni, bang?,”
“Betullah,”
“Macam mana abang tahu?,”
“Dulu abang selalu temankan Mia
shopping barang dapur. Mia suka memasak,”
“Oooo…,”balasku kaku. Seperti biasa,
apabila nama Mia yang disebut-sebut, hati ini pasti menjadi murung. Teruk
betul. Padahal Mia tidak pernah menganggap dirinya pesaing aku. Cemburu butakah
aku ini?
“Hmmm…mama Tiya dah tarik muncung…
dah jealous lah tu…,”
“Tak lah,”laju aku bersuara sambil
berpaling. Bersua dengan wajah jelita Mia. Aku tersengih.
“Ada tak?,”Mia bersuara bersama
senyumnya yang sentiasa manis. Bertuah Abang Kamal.
“Ada,”laju aku menjawab sambil
menghulurkan beberapa helai daun di tanganku kepada Mia. Mia tersenyum. Helaian
daun bertukar tangan.
“Abang Kamal you risau, takut you
tak kenal daun limau purut,”Mia bersuara bersama gelak halus.
Aku tersengih. Gelak Mia bagai satu
sindiran, walaupun aku tahu gadis itu langsung tiada niat sebegitu.
“You ni… takkanlah wife I ni, tak
kenal daun limau purut kot. Kan, sayang kan?,”Encik Firdaus pula bersuara,
menambahkan lagi rasa malu pada diri sendiri ini. Mia tergelak. Encik Firdaus
tersenyum panjang.
“Ok. I nak masuk. Kamal waiting for
this. Dia nak masak paprik campur,”
“You?,”
“Hari ni, I jadi assistant aje,”
Encik Firdaus tersenyum. Mia berlalu
masuk ke dapur. Aku berpaling. Memandang wajah Encik Firdaus. Lama.
“Kenapa?,”soalnya perlahan.
Aku tersenyum. Mengalihkan pandangan
ke wajah mungil Qalisha. Langsung tidak meragam berada di dalam dukungan Encik
Firdaus. Encik Firdaus pula, langsung tidak kelihatan kekok mengendong tubuh
kecil Qalisha.
“Kenapa Tiya? Mesti ada something
bermain kat kepala tu kan?,”
“Tak ada apa-apa,”
Encik Firdaus tersenyum tidak
percaya.
“Tell me,”
Aku mengeluh. Bukannya aku boleh
berahsia dengan Encik Firdaus. Perlahan aku melangkah bersaing dengan
langkahnya yang tidak begitu laju.
“Tiya tanya sikit, boleh?,”
“Boleh. Tapi, dengan satu syarat,”
Aku menjeling. Lebih kepada jeling
mengada-ngada sebenarnya.
“Pegang Lisha. Penatlah,”
Aku sengih. Melihat tubuh kecil
Qalisha aku jadi sedikit gerun. Jadi sedikit trauma bila teringatkan aku
berjaya membuat Qalisha tergolek dari ribaku tiga bulan yang lalu. Cuak betul
aku selepas kejadian itu. Lebih-lebih lagi bila teringatkan tangisan Qalisha
yang nyaring.
“Takutlah bang,”aku bersuara
perlahan. Dari riba ke lantai, tidaklah tinggi mana. Tapi, bila aku bayangkan
dari dukunganku ke tanah, aku jadi gerun. Tinggi tu.
“Takut kenapa?,”
“Nanti jatuh macam dulu,”
Encik Firdaus tergelak.
“Tak adalah. Masa tu, Lisha baru
tiga bulan. Sekarang dah besar sikit. Dah tak susah nak pegang pun. Kan Lisha
kan…,”ujar Encik Firdaus sambil mengagah anak kecil itu. Aku tersenyum senang.
Jelas terpamer sifat kebapaan suamiku ini. Dalam rasa sedikit bimbang, aku
mendukung Qalisha. Erat kupeluk ke dada. Bimbang terlepas dari peganganku.
“Boleh kan?,”
Aku mengangguk. Encik Firdaus
regangkan kedua-dua tangannya. Betullah penat agaknya.
“Semangat betul anak dara Cik Sherry
ni ya,”aku bersuara separuh mengagah. Lebar senyumku melihat Qalisha tersenyum.
“Dia senyum bang…,”
Encik Firdaus tersenyum. Perlahan
memaut pinggangku sambil turut mengagah. Melihat senyum Qalisha kami sama-sama
tergelak.
“Cutenya….,”aku bersuara sambil
terus mengagah.
“Hai… kat sini ya anak dara mama.
Ganggu Papa Fir dating ya?,”
Aku mengangkat muka. Sharifah
melangkah santai menghampiri kami.
“Aku baru nak dukung…,”
“Nak dukung…. Mengandunglah.
Kemudian bersalin…,”selamba Sharifah bersuara sambil mengambil anaknya dari
peganganku. Aku mencemik membuat Sharifah tergelak. Encik Firdaus tersenyum
cuma.
“Dah berapa bulan ya?,”
“Enam bulan dua puluh tiga hari
setengah. Malam sikit cukup dua puluh empat hari,”selamba Encik Firdaus yang
menjawab soalan yang aku tujukan kepada Sharifah.
“Amboi. Bukan main ingat lagi,”aku
bersuara separuh kagum.
“Mestilah. Sama usia dengan
perkahwinan kita,”
Aku tersenyum panjang. Lupa. Qalisha
menjengah dunia pada malam perkahwinan kami.
“Mama Tiya ni, memang tak sayang
papa. Berapa lama kahwin dengan papa pun dia tak ingat,”
Sharifah tergelak. Aku pamerkan
senyum bersalah.
“Bukan tak ingatlah. Tapi, tak
perasan,”
Encik Firdaus menjeling. Lembut
jelingannya membuat aku yang tersenyum malu.
“Aku nak bagi susu kat Qalisha ni.
Aku ke atas dulu. Saya pergi Encik Firdaus,”
Aku cuma mengangguk sambil memandang
Sharifah berlalu bersama Qalisha. Kemudian tersenyum apabila terasa pautan
tangan Encik Firdaus makin erat di pinggangku.
“So, apa Tiya nak tanya abang
tadi?,”
“Tanya?,”
Encik Firdaus merenung wajahku.
“Tadi cakap nak tanya sikit,”
“Sikit sangat kot, sampai Tiya pun
dah lupa,”aku berseloroh sambil tergelak kecil. Encik Firdaus menghadiahkan
satu renungan tidak puas hati. Membuat mindaku bekerja keras cuba mengingati
apa sebenarnya soalan yang ingin aku ajukan. Terdengar gelak Mia di dapur, aku
jadi teringat. Namun, baru sahaja aku ingin membuka mulut, aku batalkan niat
itu. Memberi perhatian kepada langkah laju ibuku yang tiba-tiba muncul di
halaman.
“Lajunya mak. Nak ke mana ni?,”
“Tanya pula. Kan dah nak masuk time
makan tengahari ni. Mari tolong mak masak. Boleh belajar sekali,”
“Tak boleh mak. Tiya baru kena
halau,”
“Kena halau?,”
“Abang Kamal booking dapur. Tak mahu
orang kacau dia masak. Mia aje yang dia izinkan,”
“Bila Kamal datang?,”
“Lepas mak pergi kelas agama tadi.
Sherry pun ada kat atas tu, mak. Baru sampai,”
“Ya ke?,”
Aku mengangguk.
“Mak jenguk mereka kejap,”
Aku mengangguk lagi. Seperti biasa,
laju kaki ibuku melangkah meninggalkan kami.
“Yalah tu, kena halau…,”Encik
Firdaus bersuara separuh mengusik.
Aku tersenyum.
“Betullah bang. Lagipun, Tiya segan
nak tolong sebab Mia ada. Nanti Mia tahu Tiya tak pandai masak,”
“Bukan tak pandai…,”
“Dah tu?,”
“Tak pandai langsung,”balas Encik
Firdaus bersama gelak besar. Aku jegilkan mata.
“Abang…,”
Encik Firdaus terus tergelak.
“Dah tahu Tiya tak pandai masak,
kenapa kahwin dengan Tiya?,”aku merungut. Sudah separuh merajuk.
“Abang cari isteri. Bukan cari
tukang masak,”Encik Firdaus bersuara. Lembut dan merdu bunyinya di telingaku.
Rajukku hilang entah ke mana. Berpaling memandang wajah Encik Firdaus.
“Abang… kenapa abang tak pilih Mia
ya?,”soalku lambat-lambat. Memang itu pun soalan yang ingin aku tanyakan pada
Encik Firdaus tadi.
“Sebab abang dah pilih Tiya,”
“Yalah. Maksud Tiya, sebelum abang
kenal Tiya lah. Abang kan dah lama kenal Mia. Mia tu, sempurna tau. Baik…
pandai masak…bijak… cantik…,”
“Hmm…nanti abang fikirkan,”
“Fikirkan apa?,”
“Nak kahwin dengan Mia,”
Aku ternganga. Encik Firdaus gelak
besar. Namun, cuma seketika, kerana selepas itu dia menyeringai kesakitan.
Padan muka. Sekuat hati hati aku cubit lengannya.
“Sakit sayang…,”
Aku menjeling. Ada hati nak
fikirkan? Memang sengaja buat aku marah. Memang saja cari penyakit.
“Marah ke?,”Encik Firdaus berbisik
lembut.
“Tak. Geram aje,”
Encik Firdaus tersenyum. Memalingkan
tubuhku menghadap wajahnya.
“Nurul Adiya Fatiha. Cinta ni, bukan
boleh dipaksa. Abang dah jumpa cinta abang. Susah nak dapat. Takkanlah bila dah
dapat, abang nak sia-siakan pula. Abang cintakan Tiya. Tak perlu kesempurnaan
kalau hati kita dah suka kan?,”
Aku termangu. Kemudian tertunduk
malu. Biasalah. Bila Encik Firdaus dah mula romantis sebegitu, kelulah jadinya
lidah ini. Berbunga-bunga hati ini mendengar bicara itu.
“Cuma…satu saja,”
“Cuma apa bang?,”
“Abang teringin nak dukung baby,”
“Baru dukung tadi, nak dukung lagi?
Pergilah dekat Sherry,”aku bersuara sambil tergelak kecil. Menggeleng sekali.
Betul-betul kemaruk baby suamiku ini.
Encik Firdaus tersenyum.
“Abang nak baby kita,”
Gelakku mati serta-merta.
“Kita?,”
“Yalah. Kenapa?,”
Aku sudah tersenyum kelat. Mendengar
cadangan itu membuat hatiku kecut. Teringat cerita ngeri Sharifah. Pengalaman
Sharifah mengandungkan Qalisha. Pengalaman melahirkan. Pengalaman berpantang.
Semuanya menakutkan.
“Nantilah dulu. Kita baru aje
kahwin,”
“Tak salah pun. Kan?,”
Aku tersenyum. Tiba-tiba perut
terasa memulas. Parah. Darah gemuruhku sudah datang. Itu baru mendengar
cadangan.
“Takkan dengar cadangan abang,
sampai pucat macam ni sekali mukanya. Nak tangguh sebab baru kahwin ke, Tiya
takut nak pregnant?,”
Aku menyentuh wajah. Pucat ke?
“Pucat ke?,”soalku sambil menampar
pipi yang terasa kebas.
“Ya, sayang,”
Aku tersenyum nipis. Ketara benarkah
ketakutanku ini?
“Abang tak paksa, sayang. Jangan
risau sangat ya,”
Aku diam. Melihat senyum lebar Encik
Firdaus, aku jadi bahagia. Teringatkan cadangan untuk mengandung, perutku
memulas lagi.
****
1 comment:
Lamanyaaaaaa tgu :(
Post a Comment