Sudah
tiga hari berlalu sejak Puan Sri Ainul datang makan malam di rumah mertuaku.
Juga datang untuk isytiharkan perang denganku. Tiga hari juga aku memendam rasa
tidak puas di hati. Mahu meluahkan perasaan kepada suamiku, bimbang nanti aku
akan dianggap suka berfikir yang
bukan-bukan. Ketenangan petang terisi dengan menunganku yang panjang. Sesekali
aku mengerling ke arah Encik Firdaus yang sibuk di meja kerjanya. Sengaja
datang menyibuk di ruangan kerja suamiku ini. Setelah mengeluh perlahan, aku
melangkah mendekatinya. Mahu mengambil komputer ribaku yang aku letakkan di
atas meja kerjanya.
“Ada apa, sayang?,”dia bertanya
lembut tanpa memandang wajahku. Sibuk benar dengan laporan di dada komputernya.
“Nak ambil ni…,”balasku sambil
mengambil segala khazanah untuk aku berhubung dengan Sharifah. Lama tidak
saling menghantar mesej di Yahoo! Mesenger dengan temanku ini.
“Nak buat apa?,”
“Chatting…,”
Encik Firdaus berpaling. Memandang
wajahku.
“Nak chat dengan siapa pula
ni?,”soalnya tersenyum nipis.
“Dengan Sherrylah bang. Lama tak
tanya khabar dia,”
“Call ajelah,”
“Feel tak sama…,”
Encik Firdaus tergelak kecil.
“Macam-macamlah…,”
Aku tersenyum kecil. Berlalu ke sofa
panjang di ruangan kerja itu. Bersedia mengadap komputer riba untuk mencari
temanku yang seorang itu.
“Ada masa ke Sherry nak chat
sekarang ni? Entah-entah sibuk dengan Qalisha,”tiba-tiba suara Encik Firdaus
menyapa telinganya. Aku pandang seketika ke arah empunya suara. Masih tekun
dengan kerjanya. Laju jemariku menaip mesej untuk Sharifah di telefon bimbit.
Memaklumkan keinginanku untuk bertukar mesej di Yahoo! Mesenger. Kemudian aku
tersenyum panjang. Mula aktifkan tetingkap YM. Tunggu seketika sambil
termenung. Sesekali mengerling ke arah Encik Firdaus yang aku perasan sudah
mula mengintaiku di balik komputernya.
Charming
: Hi sayang. Sayang abang tgh buat apa tu?
Satu sapaan menyapa mataku. Membuat
aku tersenyum lucu. Mengada-ngada. Aku berpaling sekali lagi. Memandang wajah
Encik Firdaus yang sudah terhias dengan senyum manis.
Ugly
Betty : Tgh mkn nasi
Charming
: Suapkan abang sikit, boleh?
Aku
tergelak. Segera berpaling. Encik Firdaus mengangkat kening. Turut mempamerkan
senyum nakalnya.
“Mengada-ngada abang ni. Jangan
kacaulah. Buat kerja abang tu,”aku bersuara sambil tersenyum.
Sherry_sweet:
BUZZ
Sherry_sweet:Apahal
tetiba suruh aku online ni?
Teguran Sharifah yang tiba-tiba, menghapus senyumku.
Terus tumpuan aku alihkan pada temanku itu.
Ugly
Betty: Bagi salam dululah…
Sherry_sweet:
Oh ya. Lupa. Sorry. Assalamualaikum.
Ugly
Betty :Waalaikumussalam.
Sherry_sweet:
Ok. Straight to d point. Apa hal?
Ugly
Betty: Oit. Kalau nak cepat2, outlah. Malas aku nak cakaplah macam ni.
Sherry_sweet:
Hahaha. Merajuk pulak. Oklah…. Apa dia sayang? Cerita
pelan2.
Ugly
Betty : Qalisha aku, apa khabar?
Sherry_sweet:
Baik. Tengah makan dengan papa dia. Qalisha tanya tadi, bila
dia nak dapat adik
angkat?
Aku
tergelak kecil. Yalah tu. Qalisha yang bercakap pun belum pandai, boleh
bertanya soalan macam tu? Nampak sangat menipu.
Ugly
Betty : Ya sangatlah tu. Sejak bila Qalisha pandai bercakap?
Sherry_sweet:
Tadi. Dia ngigau masa tidur. Hahaha…
Aku tergelak sama membaca jawapan itu. Loyar buruk!
Ugly
Betty: Aku rasa tak sedap hatilah, Sherry…
Sherry_sweet:
Dah. Kenapa pulak? Apa masalah pulak ni?
Ugly
Betty : Aku rasa ada orang tak suka akulah.
Sherry_sweet:
Siapa? Kau jangan start perangai lama. Asyik fikir yang bukan- bukan. Lpas tu buat keputusan yang bukan2…
Ugly
Betty : Aku yakin. Aku tahu dia memang tak sukakan aku.
Sherry_sweet:
Siapa?
Ugly
Betty : Puan Sri ngok ngek tu…
Sherry_sweet:
Siapa weh? Aku kenal ke?
Ugly
Betty: Mak Mia lah!
Sherry_sweet:
Hmmm… apa masalahnya kalau dia tak suka kau pun. Bukan
Jadi masalah. Janji keluarga Encik
Firdaus semua suka kau, kan? Itu yang kau kena fikir. Yang kau
sibuk fikir pasal org yg x ada
kena mengena dengan kau tu, kenapa?
Aku mengeluh perlahan. Nampaknya Sharifah
belum begitu jelas dengan situasi yang sedang aku hadapi kini.
Ugly
Betty: Masalahnya dia seolah-olah nak cari pasal dengan aku. Aku rasa dia
Tak puas hati sebab Encik Firdaus tak dapat jadi
menantu dialah….
Sebaik sahaja aku tekan ‘enter’ sapaan Encik Firdaus
muncul tiba-tiba dan teks yang aku taip, selamat masuk ke tetingkap Yahoo!
Mesenger Encik Firdaus. Aku ternganga seketika. Cepat-cepat menutup mulut.
Kantoi! Kaku tiba-tiba sambil
mata terus terpaku pada screen komputer riba.
Charming
: Apa ni?
Charming
: Sayang? R u hiding something from me?
Aku sudah cuak. Untuk berpaling
memandang wajahnya pun aku sudah tidak berani. Dari ekor mata, aku tahu Encik
Firdaus sudah bangkit dari kerusi. Meninggalkan kerjanya dan melangkah menghala
ke arahku. Kalaulah tiba-tiba saat ini aku masuk ke dalam komputer riba ini,
memang aku akan terus melompat mencari tempat persembunyian. Teguran Sharifah
yang bertalu-talu, sudah tidak mampu aku jawab. Dadaku berdebar kencang saat
Encik Firdaus melabuhkan punggung di sisiku.
“Apa cerita ni?,”soalnya lembut.
Aku terus kelu. Cuma mampu membalas
renungannya lambat-lambat. Silapku barangkali. Mengumpat suami secara
terang-terangan. Tetapi, aku tidak mengumpat Encik Firdaus. Aku hanya meluahkan
perasaan aku yang terbuku kepada sahabat baikku. Tidak salah rasanya. Encik
Firdaus merapatkan badannya ke arahku. Menatap screen komputer ribaku.
Ugly
Betty: Sherry, I pinjam kawan u sekejap. Ada hal nak bincang. Nanti u Sambung balik ya..
Terkebil-kebil aku melihat Encik
Firdaus mengganti tempatku.
Sherry_sweet:
Encik Firdaus ke? Ok ok…. She’s yours…
Ugly
Betty : Thanks…
Tamat sudah interaksi antara dia dan Sharifah. Kini,
pandangannya teralih ke wajahku. Aku tahu wajah itu menanti penjelasan
daripadaku.
“Tiya bukan mengumpat abang,”laju aku bersuara. Cuba
melindungi diri sendiri.
“Abang tahu Tiya bukan mengumpat abang. Tapi, ada
sesuatu yang mengganggu Tiya, kan? Apa dia? Cerita pada abang. Tiya tahu, Tiya
boleh ceritakan apa saja pada abang, kan? Kenapa nak berahsia dengan abang?,”
Aku mengeluh perlahan. Memandang wajah Encik Firdaus
dengan perasaan berbelah-bagi.
“Tiya minta maaf. Tiya cuma tak nak abang tengok
Tiya ni macam suka sangat buruk sangka pada orang…,”akhirnya aku luahkan juga
keresahan di hati.
“Tapi, Tiya dah letak satu rasa kurang senang dalam
hati Tiya, kan? Dah letak satu rasa was-was juga kat situ,”
Aku diam. Betul kata Encik Firdaus.
“Sekarang cerita pada abang. Kenapa Tiya cakap macam
tu? Tiya cakap pasal mak Mia ke?,”
Perlahan aku mengangguk. Membuat Encik Firdaus
kelihatan sedikit hairan.
“Apa yang buat Tiya sampai berfikir macam tu?,”
“Abang tak tengok macam –mana dia layan Tiya malam
tu? Dia sengaja puji-puji Mia. Sengaja sindir Tiya dengan abang,”
Encik Firdaus tersenyum nipis. Mengusap perlahan
jemariku.
“Belum habis lagi rupanya cemburu isteri abang ni
pada Mia ya?,”
Aku merenung wajah Encik Firdaus. Tajam. Ini bukan
lagi soal cemburu. Ini melibatkan perasaan aku apabila ibu Mia melayan aku
dengan begitu sinis. Seperti yang aku jangka, bercerita dengan Encik Firdaus
tidak akan mendatangkan apa-apa makna. Barangkali aku tidak boleh menyalahkan
Encik Firdaus sepenuhnya. Hubungannya dengan keluarga Mia terlalu rapat.
Mustahil akan timbul prasangka di hatinya.
“Abang tak faham. Tiya tahu mak Mia memang tak
sukakan Tiya,”aku berusaha mempertahankan pendapatku. Aku benar-benar yakin
dengan perasaan aku kali ini.
“Hari tu kan, dia cuma gurau. Tiya jangan fikir yang
bukan-bukan. Jangan buat kesimpulan terburu-buru. Ingat tak apa jadi pada kita
dulu, bila Tiya ikut perasaan… buat kesimpulan terburu-buru? Abang
hampir-hampir kehilangan Tiya, tau. So, jangan ulang kesilapan yang sama. Apa
yang penting, Tiya mesti yakin pada suami Tiya sendiri. Faham?,”
Aku diam. Tiada guna terus bersuara rasanya.
“Atau… Tiya masih belum yakin pada abang? Belum
yakin pada cinta abang?,”
Aku mengeluh lemah. Sudahnya aku hanya mampu
bersandar pada dadanya yang bidang. Aku tidak pernah ragu pada kasih-sayangnya.
Aku yakin aku benar-benar percaya akan ketulusan cinta Encik Firdaus. Tetapi,
kata-kata Puan Sri Ainul tetap menganggu perasaanku. Perlahan aku memeluk
tubuhnya.
“Tiya yakin pada abang. Cuma, Tiya selalu tak yakin
pada diri sendiri. Tiya jadi takut. Takut kalau-kalau kelemahan yang ada pada
Tiya akan buat abang jauh dari Tiya nanti. Akan buat abang pergi dari
Tiya…,”aku bersuara separuh berbisik. Memang itulah satu-satunya masalah yang
aku hadapi. Berasa cukup kerdil di sisi insan yang sewajarnya menjadi
pendamping Encik Firdaus. Aku dengan Mia, bagai langit dengan bumi. Dan, bukan
mudah untuk aku rasa selesa dengan kedudukan itu.
Di balik degup jantung Encik Firdaus yang cukup
hampir di telingaku, aku mendengar Encik Firdaus mengeluh perlahan. Mengeratkan
pelukannya sambil aku berasakan ada kucupan di kepalaku.
“Abang kenal Tiya dengan kelemahan Tiya. Abang
sayangkan Tiya dengan kelemahan Tiya. Abang terima Tiya juga dengan kelemahan
Tiya. Mana mungkin abang akan jauh dari Tiya? Kelemahan itu nanti akan buat
kita semakin rapat. Ingat tu,”
Aku mendongak. Memandang renungan Encik Firdaus yang
cukup redup.
“Betul?,”soalku perlahan. Encik Firdaus tersenyum.
Kemudian mengangguk perlahan.
“Kalau sampai bila-bila pun, Tiya tak dapat jadi
sehebat Mia… abang tetap tak akan tinggalkan Tiya?,”
“Abang mahu Tiya. Bukan Mia atau sesiapa saja,”
“Kalau setiap kali birthday abang, Tiya tak dapat
buatkan kek coklat macam Mia, abang tak kisah?,”
Encik Firdaus tertawa.
“Mana tahu ni, setiap kali birthday abang, Mia
buatkan abang chocolate cake?,”
“Hari tu, Mia tercakap. Masa birthday Abang Kamal,”
Lebar senyum Encik Firdaus.
“Ya. Memang betul Mia selalu buatkan birthday cake
untuk abang. Tapi, itu bukan satu kemestian kan? Abang tak kisah, sayang. Yang
penting, Tiya ada untuk sambut hari-hari istimewa kita,”
Aku diam. Terus bermain dengan perasaan sendiri.
“Tiya… merendah diri tu normal. Tapi, jangan
rendahkan diri sendiri. Tak elok. Jangan selalu pandang kelebihan orang lain,
untuk menggugat keyakinan diri sendiri. Jangan. Nanti macam-macam syak wasangka
boleh timbul,”
Aku mengangguk perlahan.
“Tiya pegang cakap abang. Tiya yakin pada cinta
abang…Tiya tak akan fikir yang bukan-bukan selagi Tiya yakin pada cinta
abang,”ujarku sambil memandang sepasang mata Encik Firdaus yang terus
merenungku.
“Tiya mesti selalu yakin…,”bisik Encik Firdaus
lembut. Aku tersenyum di dalam gundah.
*****
1 comment:
Alaaa part ini pun mcm dah familiar. DAH BACA. Hmm. Cepat laaaaaaaaa. But ttp best la hihih
Post a Comment