Thursday, December 15, 2011

Biar YM Terus Bicara 4


              “Selamat hari lahir, abang,”ucapku bersama senyum yang mekar di bibir. Abang Kamal cuma menjawab dengan sekuntum senyum.
              “Selamat hari lahir, Kamal…,”
              Aku sekadar memerhati tangan Encik Firdaus yang erat menjabat tangan Abang Kamal. Kemudian melabuhkan punggung ke sofa, bersama-sama dengan Encik Firdaus.
              “Tak perlu semua ni sebenarnya. Tiha pun tahu abang bukan suka sambut benda-benda macam ni. Ini tidak… tengoklah apa yang dah Tiha buat?,”
              Aku tersengih. Mendengar bunyi pinggan disusun di ruang dapur rumah Abang Kamal, aku tahu Mia sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam. Aku yang memaksa, dan seperti biasa, Abang Kamal terpaksa setuju pada permintaanku.
              “Tiha nak tolong Mia kejap,”aku bersuara sambil mengangkat punggung. Meninggalkan Abang Kamal bersama Encik Firdaus. Perlahan aku menjenguk ke ruang makan. Mia sedang leka menyusun hidangan.
              “Hai… boleh tolong?,”
              Mia mengangkat muka. Serentak senyum riang terpamer di wajahnya.
              “Diya… awal sampai. Hidangan belum siap. Tapi, bagus juga you dah sampai. Kamal dah nak keluar lagi tadi. Tengok you dengan Fir belum sampai, dia tak nak duduk dalam rumah,”
              Aku tersenyum. Memandang hidangan makanan barat di atas meja. Pasti Mia sendiri yang sediakan.
              “Nak saya tolong apa-apa ke?,”aku bertanya lagi.
              Mia menggeleng.
              “Dah hampir siap pun. And, thanks ya…sebab tolong pujuk sepupu you tu. I cakap I nak masakkan special untuk birthday dia, terus dia reject. Kecil hati I tau…,”Mia terus berceloteh. Sama laju dengan pergerakannya yang langsung tidak nampak kekok berada di dapur. Cukup jelas membuktikan yang dia sudah terlalu mahir di dapur.
              “Awak masak semua ni?,”
              Mia mengangguk dengan wajah berseri-seri. Nampak benar dia gembira dengan apa yang sedang dia lakukan saat ini.
              “Tapi, dia sudi izinkan I masak semua ni pun, sebab you yang pujuk dia. Kalau tak memang dia tak nak celebrate pun birthday dia. Even for me…,”
              Aku diam sejenak. Kata-kata Mia bagai sedikit berjauh hati. Perlahan aku melabuhkan punggung ke kerusi.
              “Abang Kamal memang macam tu. Dari dulu pun, dia memang tak berapa suka sambut birthday sendiri. Tapi, birthday orang, tak pula dia lupa. Dia cakap, dia tak nak ingatkan diri sendiri yang umur dia dah makin tua…,”aku sedikit berseloroh. Mia tersenyum kecil.
              “Nasiblah Diya. Dah kita ni, bertepuk sebelah tangan. Terpaksalah buat muka tebal macam ni,”
              Aku pandang wajah Mia yang sedikit suram. Rasanya tidak wajar kata-kata itu meniti daripada bibir wanita sesempurna Mia. Memang bodoh Abang Kamal, kalau dia menolak wanita seperti Mia.
              “Jangan cakap macam tu. Saya yakin Abang Kamal tahu awak istimewa di mata dia,”
              Mia tersenyum cuma. Mengangkat muka sambil memandang wajahku.
              “Tapi, tak seistimewa you, Diya. I  tahu dia masih belum boleh lupakan you. Setiap kali I bercerita pasal you, I  nampak ada cahaya bahagia dalam mata dia. You’re so lucky, Diya. Fir betul-betul crazy about you. Kamal pun sama…,”
              Aku kelu. Sedikit terkesan dengan luahan hati Mia. Tiba-tiba hati jatuh simpati pada gadis di hadapanku ini.
              “Mia… mungkin Abang Kamal keras hati sikit. Tapi, saya nampak dia dah mula bawa awak masuk ke dalam hidupnya. Dia tak pernah ada kawan perempuan. Dan, dia tak pernah layan perempuan seperti dia layan awak. Dia dah kenalkan awak dengan Mak Long dan Pak Long…,”
              “Kenalkan sebagai rakan setugas…,”sedikit hambar Mia menyampuk.
              “Awak betul-betul cintakan Abang Kamal?,”
              Mia tergelak halus.
              “I tak pernah seserius ni…Cuma I tak nak mendesak. I tak nak memaksa. Kalau ada jodoh antara kami, I nak jodoh tu datang secara natural. Bukan kerana desakan I, bukan kerana terpaksa,”ujarnya perlahan.
              Aku mengangguk perlahan. Kagum dengan kesabaran Mia. Juga, sedikit geram dengan hati batu Abang Kamal. Tidakkah Abang Kamal nampak betapa sempurnanya wanita yang saban hari cuba memenangi hatinya ini?
              “Oh ya… jom tengok kek I buat. I buat cheese cake. Kalau untuk Fir dulu, wajib chocolate cake lah… tapi, you cakap Kamal suka cheese cake kan?,”
              Aku tersenyum. Sedikit kelat senyumanku tatkala nama Encik Firdaus turut dibawa bersama. Adakah setiap kali ulang tahun kelahiran Encik Firdaus, Mia akan sediakan kek untuk lelaki itu?
              “Diya?,”
              Aku termangu-mangu seketika. Kemudian segera mengangkat punggung menuju ke arah ruang dapur basah. Melihat kek yang dihias indah.
              “Cantik…,”pujiku ikhlas. Cemburunya pada kebolehan gadis ini.
              “Kalaulah saya pun pandai masak macam awak…,”aku bersuara lagi. Mengundang tawa kecil Mia.
              “Bolehlah. Mana ada benda mustahil. You boleh belajarlah…,”
              Aku tersenyum kecil. Terus memandang ukiran kata-kata ucapan selamat hari lahir buat Abang Kamal. Begitu sekali Mia mahu menyambut hari lahir Abang Kamal. Semoga Abang Kamal menghargai setiap apa yang telah Mia lakukan ini.
              “Semua dah siap. You duduk dulu. I panggil Kamal and Fir…,”
              Aku mengangguk. Memandang kosong pada langkah Mia yang anggun menuju ke ruang tamu. Jauh di sudut hati, aku ingin sekali berkebolehan seperti Mia. Mia bagai ratu cantik yang berkebolehan di dalam semua perkara. Juga dihadiahkan dengan sekeping hati yang cukup baik. Syukur tiada rasa cinta di hati Encik Firdaus untuk Mia. Kalau tidak, tentu dia tidak akan mampu memiliki lelaki itu.


*****


              “Abang bertuah. Mia sanggup lakukan semua ni, untuk abang,”aku membuka bicara setelah makan malam berakhir. Setelah sambutan hari ulang tahun kelahiran yang dibuat serba ringkas itu berakhir.
              Abang Kamal kulihat tersenyum cuma. Lebih senang menikmati suasana malam dari halaman rumahnya itu. Mia meminta diri ke dapur untuk menghidangkan sedikit pencuci mulut dan Encik Firdaus meminta diri ke tandas. Kesempatan yang kurasakan sesuai untuk aku katakan sesuatu pada Abang Kamal.
              “So, apa pendapat abang tentang Mia tu?,”bisikku perlahan sambil tersenyum nakal.
              Abang Kamal sekadar menjongket bahu. Membuat aku sedikit geram. Seperti tiada perasaan.
              “Takkan abang tak rasa apa-apa?,”
              Abang Kamal mencemik pula.
              “Well… bila ada seorang kawan yang begitu bersungguh-sungguh nak adakan sesuatu yang istimewa macam ni, untuk abang, memanglah ada rasa terharu sikit. Lebih-lebih lagi dia sanggup minta tolong dari adik abang ni…,”
              “Kawan aje?,”
              Abang Kamal mengangguk.
              “Ya. Kawan aje,”
              Aku merengus geram.
              “Abang janganlah keras hati sangat. Peluang untuk abang kenal gadis baik macam Mia tu, cuma datang sekali sahaja dalam seumur hidup. Jangan sampai abang menyesal nanti…,”
              Abang Kamal tergelak kecil.
              “Dah tukar kerja ya?,”
              Aku kerutkan kening.
              “Tukar kerja apa?,”
              “Jadi macth maker…,”
              Aku tarik muncung. Sedikit geram dengan nada main-main Abang Kamal.
              “Tiha seriuslah bang… Sampai bila nak membujang macam ni? Dia sendiri yang cakap, tiap kali sambut birthday, maknanya umur dah makin meningkat. Dah makin tua,”aku mula mengomel.
              Abang Kamal tersenyum lagi kemudian mengeluh perlahan. Memandang wajahku dengan riak yang sedikit serius.
              “Biar makin tua. Jangan tersilap memberi harapan,”
              Aku pandang wajah Abang Kamal. Apa maksud Abang Kamal? Takkan Abang Kamal masih mengharapkan aku yang kini sudah pun bergelar isteri orang?
              “Kenapa abang cakap macam tu?,”
              “Tiha… terima kenyataan hidup mungkin mudah. Tapi, nak padam apa yang ada dalam hati, tak mudah. Abang tak mahu nanti baik abang…atau Mia… kami sama-sama menyesal dengan keputusan yang abang ambil. Abang tak berani nak terima sesiapa selagi hati abang belum terbuka untuk sesiapa. Lebih-lebih lagi untuk gadis sebaik Mia,”
              Aku tunduk seketika. Sebegitu parahkah luka yang aku tinggalkan di hati Abang Kamal? Perlahan aku mengangkat muka. Memandang wajah Abang Kamal yang tenang.
              “Semuanya sebab Tiha ke, bang?,”
              Abang Kamal tersenyum kecil.
              “Dah tentulah bukan sebab Tiha. Semuanya sebab abang. Kedegilan hati abang. Abang boleh terima kenyataan yang Tiha memang bukan milik abang. Tapi, hati abang tak boleh melupakan semua perasaan yang terbina sekian lama,”
              “Kasihan Mia…,”
              “Kan lebih kasihan kalau abang terima dia hanya semata-mata untuk buang Tiha dari hidup abang. Itu lagi tak adil untuk dia, kan?,”
              Aku mengeluh berat. Bila soal perasaan yang dibincangkan, pastinya tiada satu kata putus yang melegakan boleh diambil.
              “Bincang apa ni, serius betul muka?,”
              Pantas aku berpaling. Melihat senyum lebar Mia bersama sepiring oren yang sudah siap dipotong.
              “Sembang kosong…,”pantas Abang Kamal menjawab.
              Dapat kulihat senyum di bibir Mia seakan tidak begitu ikhlas. Mungkinkah Mia mendengar perbualan kami? Sungguh aku bersimpati dengan Mia. Dan, kenapa aku yang menjadi punca Mia gagal mendapat cinta Abang Kamal? Mungkinkah kalau aku menerima Abang Kamal, Mia masih ada peluang untuk mendapatkan cinta Encik Firdaus? Tiba-tiba mindaku bergerak cukup jauh mencari konklusi. Satu konklusi yang membuat jantungku berdetak laju. Mana boleh! Encik Firdaus cuma milikku. Hanya akan menjadi milikku sampai bila-bila!
              “Tiya?,”
              Aku tersentak. Lamunanku pecah perlahan-lahan. Encik Firdaus sudah pun berada di hadapanku.
              “Melamun?,”soalnya sambil tersenyum. Aku tersengih. Encik Firdaus mengalihkan pandangan ke arah Abang Kamal.
              “Kamal, I rasa, baik kami beredar dulu. Thanks for dinner. And…Mia… your dinner, macam selalu… the best among the best,”Encik Firdaus bersuara.
              Ucapan untuk Abang Kamal membuat hati aku riang, namun ucapan untuk Mia tiba-tiba membuat aku sesak nafas. The best among the best? Aku mengerling ke arah Encik Firdaus. Kemudian pada Mia yang tersenyum lebar. Tetapi, makan malam tadi memang sedap. Rasanya pujian itu pun memang wajar. Cuma apabila mulut Encik Firdaus yang memuji, hati aku sudah gundah-gulana.
              “Thanks for coming,”ucapan basa-basi Abang Kamal sudah tidak melekat di hati. Kepala asyik memproses pujian Encik Firdaus untuk Mia. Aku mengeluh perlahan. Parah kau Tiya! Bila nak belajar kurangkan cemburu buta? Tiba-tiba satu herdikan pecah di hatiku. Membuat aku malu sendiri. Fokus kini kualihkan semula pada tiga insan di hadapanku.
              Encik Firdaus sudah mencapai jemariku. Memberitahu aku yang sudah sampai masanya untuk kami beredar.
              “Tiha balik dulu, bang. Mia… saya balik dulu. Betul kata abang Fir, masakan awak memang superb…,”aku bersuara sambil tersenyum.
              Mia tergelak panjang.
              “Ada-ada ajelah. Biasa saja Diya,”balas Mia riang. Kemudian pandangan Mia beralih ke arah Abang Kamal.
              “And…. tuan rumah… rasanya I pun patut balik kot, sebelum kena halau. Takut betul dia nak duduk berdua dengan I,”usik Mia sambil mengerling ke arah Abang Kamal. Encik Firdaus tergelak kecil.
              “Bukan takut…tapi, kurang manis. You jangan salah faham pula,”
              Mia mencemik.
              “Betul…. Apa pun, thank you so much. Maybe ini sambutan ulangtahun yang tak akan I lupakan. Sambutan yang ke…,”
              “Tiga puluh empat,”laju aku menyampuk.
              “How about, tolak empat kat belakang tu?,”Abang Kamal berseloroh. Mengundang tawa aku dan Mia.
              “Perasan nak mudalah tu…,”ejekku masih bersama tawa yang panjang. Encik Firdaus sekadar tersenyum. Sedikit lebar berbanding senyum Abang Kamal.


****

5 comments:

Anonymous said...

Bestlah citer ni terubat rindu pada Tiya dgn Firdaus. Selalulah update ya. Akak sering ke blog untuk ikuti karya2 Hanni.....peminat tegar katakan. Nak tanya bila nak sambung citer Di Penghujung Rindu, Jalan citernya menarik ...kenapa separuh jln?
Apa2 pun akak follow.....

~ kak min ~

Anonymous said...

Hanni .... wat citer lain yg abg kamal pulak jadi hero..... akak minat la pulak kat abg kamal ni... setia gila ngan tiha ni....

NukSe said...

huhu.. citer ni, walaun smbung smpai biat ym berbicara 5 pun, rasanya ttp best!!!

nur9979 said...

cian la plak tgk abg kamal 2... msih lum dpt mlpakan tiha...

mmm...x pa la, abg kamal bg kt kite je la...wt spare tyre...hahaha ;P

tiha still jeles ngn mia...bile nk berubah ny ye???

MaY_LiN said...

jgn firdaus dgr sudahla..
ade yang merajuk lak nnti

[11:35:50 PM] hos.getah: