Sebaik
sahaja kereta berhenti, segera aku membuka pintu kereta. Ibuku yang tercegat di
pangkin di bawah pokok manggis bagai menggamit aku untuk segera sampai padanya.
Separuh berlari aku mendapatkan ibuku. Sebaik tiba di hadapannya, satu cubitan
singgah di lenganku. Membantutkan hasrat untuk memeluknya.
“Apa
ni mak? Sampai-sampai dah kena cubit,”aku mengomel sambil mengucup tangan
wanita kesayanganku itu.
“Dah
jadi isteri orang, nak berlari-lari lagi ke?,”
Aku
tergelak besar sambil terus memeluk ibuku. Melepaskan rindu yang bukan sedikit.
“Rindu
mak…,”ujarku manja sambil pipi tua itu aku kucup bertalu-talu. Ibuku tersenyum
lebar. Pasti senang dengan kepulanganku.
“Mak
sihat?,”soalku sambil memandang wajah ibuku yang jelas ceria.
“Alhamdulillah.
Sihat…,”
“Tak
rindu Tiya?,”soalku lagi sambil terus memeluk pinggangnya.
“Mestilah
rindu. Anak mak cuma seorang. Mestilah mak rindu,”
“Mak…,”
Aku
berpaling. Encik Firdaus sudah hampir ke sisiku. Pelukan erat pada ibu, aku
leraikan perlahan.
“Apa
khabar mak?,”sapa suamiku itu sambil turut mengucup tangan ibuku.
“Sihat.
Alhamdulillah,”sekali ibuku mengulang jawapan yang sama.
“Atok
mana?,”soalku sambil melilau mencari Atok.
“Ada
kat dapur agaknya. Tadi mak bagi makan,”
“Mummy
dengan abah kirim salam,”ujar Encik Firdaus sambil mencapai semula beg pakaian
yang diletakkan seketika sewaktu dia menghulurkan tangan bersalaman seketika
tadi.
“Waalaikumussalam.
Mereka sihat, Daud?,”
Encik
Firdaus mengangguk dan aku tersengih. Kekal rupanya panggilan Daud itu di bibir
ibuku.
“Dah…
marilah naik ke atas. Ada pula bersembang kat bawah. Kamu mesti penat kan? Naik
kat atas… rehat,”ibuku bersuara sambil mengatur langkah meninggalkan pangkin.
Aku segera bergerak menuju ke pintu dapur. Mahu mencari Atok. Encik Firdaus aku
biarkan berjalan bersama ibuku menuju ke pintu depan.
“Atok….kakak
balik ni…,”aku bersuara riang sambil menjenguk ke ruang dapur. Mencari-cari
bayang Atok. Tiada. Pinggan makanannya juga sudah kosong. Tiada di dapur, aku
bergerak menuju ke ruang tamu. Tersenyum melihat Atok melingkar tidur di atas
sofa. Segera aku menghampiri sambil mengelus lembut bulu Atok yang sudah tidak
begitu lebat.
“Tidur
rupanya. Akak alihkan kat tempat lain ya. Nanti pakcik nak duduk sini,”aku
bersuara perlahan sambil perlahan juga mengangkat tubuh Atok yang sedang lena. Tidak
mahu Encik Firdaus tidak selesa dengan Atok nanti. Sebaik berada di dalam
pelukanku, lena Atok jelas terganggu. Mengiau lembut apabila diangkat.
“Alolo….sorry
Atok. Kakak kacau tidur Atok. Atok tidur sini kejap ya,”ujarku sambil
meletakkan Atok ke atas bantal lembut yang memang menjadi tempat tidur Atok.
Seketika Atok menggeliat dan kemudian menyambung semula tidurnya membuat aku
tersenyum lucu.
Suara
ibuku dan Encik Firdaus membuat aku berpaling. Encik Firdaus terus melabuhkan
punggung ke sofa sambil ibuku laju bergerak menuju ke dapur. Aku mengorak
langkah mendapatkan Encik Firdaus.
“Atok
Tiya sihat ke?,”usik Encik Firdaus mengundang senyumku.
“Atok
tidur,”balas aku selamba sambil mencapai beg pakaian di kaki Encik Firdaus.
Segera beredar ke bilik untuk menyimpan beg tersebut. Kemudian aku berlalu
menuju ke dapur. Sebelum ibuku bising, lebih baik aku tunjukkan muka di dapur.
Tonjolkan imej isteri yang baik.
“Hmm…
pandai pun cari dapur. Buatkan air untuk suami Tiya. Ni, kebetulan mak ada buat
goreng pisang tadi. Bawa sekali nanti,”
Aku
akur tanpa banyak bicara. Setakat buat air, mudah sangat.
“Tiya
macam-mana? Duduk dengan mertua?,”
“Setakat
ni, tak ada apa-apa masalah, mak. Mummy dengan abah okay. Mereka terima Tiya
seadanya,”
“Lega
mak dengar. Pandai-pandai jaga perangai tu. Jangan buat benda bukan-bukan. Kena
pandai bawa diri kalau tinggal sekali dengan mertua ni. Hormat mereka macam
Tiya hormat mak,”
Aku
tersenyum. Menyusun piring dan cawan di dalam dulang. Piring berisi goreng
pisang turut disusun bersama.
“Anak
mak ni kan, memang anak yang baik,”usikku sambil mengangkat kedua-dua kening.
“Dah
belajar masak ke belum?,”
Soalan
ibu membuat aku tersengih.
“Tengah
belajarlah ni, mak,”
Ibuku
menggeleng perlahan.
“Kena
belajar. Jadi isteri kena pandai masak untuk suami,”
Aku
diam. Apabila ibu mahu memberi nasihat, sebaiknya aku diam mendengar. Memang
aku mahu menjadi isteri yang terbaik.
“Dengar
ke tidak ni?,”
“Dengar
mak. InsyaALLAH Tiya akan belajar nanti. Mak ajarkan ya,”aku bersuara lembut.
“Hmm…
dah cepat hantarkan air pada suami kamu. Kasihan dia menunggu tu,”
Aku
mengangguk perlahan. Menatang dulang sambil melangkah menuju ke ruang tamu.
Encik Firdaus tersandar ke sofa dengan mata terpejam. Perlahan aku meletakkan
dulang ke atas meja. Kemudian perlahan juga melabuhkan punggung ke sofa.
“Bang…
tidur ke?,”
Mata
Encik Firdaus terbuka perlahan.
“Abang
nak rehat, pergilah masuk ke bilik,”aku bersuara perlahan. Barangkali Encik
Firdaus penat memandu.
Encik
Firdaus menggeleng perlahan.
“Mak
mana?,”
“Kat
dapur. Kejap lagi mesti panggil Tiya tu. Paksa Tiya masak untuk menantu
kesayangan dia,”
Encik
Firdaus tergelak kecil. Aku pula, tersenyum panjang. Sesekali dapat balik
menjenguk ibu, bahagia rasanya.
*****
Aku tergelak besar melihat Encik
Firdaus kerutkan wajah. Mata sudah terpejam rapat.
“Masam…,”
“Tak paksa pun makan,”ucapku selamba
sambil menarik semula mangkuk di tangan Ecik Firdaus. Buah cermai yang sudah
aku tumbuk kasar, terus aku suap ke mulut.
“Tak eloklah makan masam-masam ni,
sayang,”
“Mana ada masam sangat. Abang tu,
lidah manja sangat. Masam sikit pun tak tahan,”
Encik Firdaus menggeleng perlahan.
Laju tangannya mencapai kopi. Meneguk perlahan kopi kurang manis yang
dimintanya sebentar tadi.
“Nanti kalau pregnant, jangan makan
masam ni, tau…,”
“Alah abang ni. Bukannya selalu
dapat makan cermai ni pun. Balik kampung sesekali aje, baru dapat jumpa,”
Encik Firdaus diam. Cuma matanya
memandang sekitar halaman rumahku.
“Terima kasih bang. Sebab abang
selalu temankan Tiya balik jenguk mak,”aku bersuara tiba-tiba. Membuka topik
yang lebih serius. Bertuah aku mendapat suami yang begitu memahami.
“Mak kan seorang kat sini. Mestilah
selalu kena jenguk. Kan?,”
“Kalau mak dapat tinggal sekali
dengan kita, kan bagus…,”
Encik Firdaus memandang wajahku.
Agak lama.
“Tiya nak mak tinggal dengan kita
ke?,”akhirnya Encik Firdaus membuka mulut. Aku tersenyum.
“Mana boleh. Takkan nak ajak mak
tinggal dengan family abang…,”
“Kita boleh pindah. Then, kita ajak
mak tinggal dengan kita,”saran Encik Firdaus lembut. Aku pandang wajah itu
dengan rasa tidak percaya.
“Nanti apa kata mummy dengan abah?,”
Encik Firdaus mengukir senyum.
Jemariku dibawa ke genggamannya.
“Abang dah ada Tiya. Dah ada family
sendiri. Mummy dengan abah pasti faham. Tiya cuba cakap dengan mak. Tanya mak.
Okay?,”
Aku terdiam. Benar-benar terharu.
Kenapa Encik Firdaus begitu memahami? Panas bibir mataku mendengar saranan yang
penuh dengan rasa tanggungjawab itu.
“Abang tak kisah ke? Tak kisah kalau
mak tinggal dengan kita? Tak kisah kalau abang terpaksa tinggal berasingan
dengan mummy?,”
“Abang cuma kisah kalau Tiya yang
tak ada dengan abang…,”Encik Firdaus mula berseloroh.
“Abang…Tiya serius ni,”
“Okay…okay… abang yakin mummy akan
faham dan… mak Tiya, mak abang juga. Abang pun lebih suka kalau mak selalu ada
dengan kita,”
Kini air mata menitis tanpa sedar.
Syukur pada Tuhan dengan kurniaan sesempurna ini untukku. Jemari Encik Firdaus
menyapu air mata di pipi.
“Abang tak marah… kenapa nak
menangis?,”usiknya membuat aku tertawa kecil. Hilang rasa terharuku. Encik
Firdaus memaut bahuku. Menarikku rapat ke pelukannya sambil dia terus santai
mengambil angin petang di atas pangkin. Aku pula, meriba mangkuk cermai sambil
perlahan-lahan menyuap ke mulut bersama Atok yang terlentok lena di hujung
kakiku.
“Tiya!,”
Aku tersentak. Rosak sudah mood
romantik aku. Kepala aku jengah ke arah pintu dapur. Ibuku sudah bercekak
pinggang.
“Kat situ rupanya dia. Mari tolong
mak masak…,”
Aku tersengih.
“Garang betul mak mertua abang,”aku
merungut sambil meletakkan mangkuk cermai ke atas pangkin. Encik Firdaus
tergelak. Aku bergerak turun dari pangkin.
“Tiya tolong mak kejap,”
Encik Firdaus mengangguk perlahan.
“Cubalah tanya mak sekali,”pesannya
sebelum aku melangkah. Aku balas dengan anggukan juga. Kemudian berlari anak
menuju ke dapur. Mahu menemani ibuku memasak hidangan istimewa buat menantu
kesayangannya.
****
10 comments:
like3x...:)
suke kak laila..haha encik firdaus tu romantik lebih dari dulu la...
wahhhh...sweet la couple ni...best10x
serabut mata la baca encik encik encik tu, kalau guna firdaus saja xboleh kewr?
waaaaaaahhhh
memang kesayangan mak tiya la
so sweet nak lg nnti sambung la lg ya..
x pela Encik Firdaus punn...sama gak mcm Tengku Firdaus ke, Sheikh Firdaus ke...hik hik hik
-che`leen-
best!! ske sgt!!
sukanya..romantiknya firdaus...huhu..nak lg..lbh romantik...
skitnyer akak...tambah lagi larh..kasi panjang skit..x puas tngok tiya ngan en. firdaus..
Post a Comment