Pandangannya tertebar
jauh pada tasik kecil yang tenang. Jauh merenung liku kehidupan yang harus dia
lalui. Kian hari terasa kian membebankan. Dia benar-benar tersepit. Encik Karim
bijak menggunakan peluang yang ada. Radhi pula sudah mula muncul menayangkan
muka yang menyakitkan hati. Sedang Puan Salma jelas berusaha untuk menyingkir
dirinya daripada terus berada hampir dengan suaminya.
“Aku tak mahu
tengok muka kau lagi kat pejabat tu. Kalau ikutkan hati aku, aku mahu malukan
kau depan semua staff lain. Biar semua orang tahu macam-mana teruknya perangai
kau. Tapi, aku masih fikirkan air muka kau. Jadi, baik kau berambus daripada
hidup aku…hidup laki aku secara baik. Jangan sampai aku datang malukan kau di
pejabat,”
“Puan… tak mungkin saya boleh pergi
macam tu saja…,”
“Kenapa? Sebab kau masih harapkan
laki aku? Sebab kau andaikan dia akan kahwin dengan kau? Jangan mimpi. Langkah
mayat aku dulu, kalau kau ada simpan niat tu,”
“Bukan… tak mungkin saya boleh
berhenti macam tu saja. Saya perlu langsaikan pinjaman saya dengan Encik Karim
dulu….,”
“Sudah! Jangan nak cari alasan. Kau
ingat aku tak tahu? Laki aku tak pinjamkan duit pada kau. Dia bagi kau duit
sebab kau sanggup jadi perempuan simpanan dia. Kau sanggup bayar pada laki kau,
supaya diceraikan semata-mata kau nak bersama dengan laki aku. Kau ingat aku
tak tahu? Aku tak kira. Aku nak kau berhenti kerja atau aku akan hebahkan
cerita busuk kau ni pada semua orang. Pilihan di tangan kau!,”
“Astaghfirullahal’azim….,”dia beristighfar perlahan.
Tunduk meraup wajah. Kata-kata tajam Puan Salma lewat pertemuan mereka beberapa
hari lalu, kembali singgah di minda. Dia tahu wanita itu nekad. Dia pasti fitnah mainan Radhi akan tersebar andai
dia terus berada di situ. Andai dia terus bekerja dengan Encik Karim. Namun,
bagaimana mungkin dia boleh pergi begitu sahaja, sedangkan dia terikat dengan
hutang yang bukan sedikit. Mustahil dia dapat langsaikan semua pinjaman itu
sekaligus.
Satu keluhan berat muncul di bibirnya. Betapa manusia
bernama lelaki telah berjaya membuat hidupnya menjadi porak-peranda. Berat
beban yang ditanggung hampir membuat dia tidak mampu bernafas. Bagaimana dia
mahu keluar daripada permasalahan ini? Cerita yang dicanang Radhi terlalu berat
untuk dia tanggung. Dan, Encik Karim lebih senang berdiam diri, menunggu dia
bersetuju apabila dia benar-benar tersepit nanti. Dia pasti itulah niat Encik
Karim. Seorang lelaki yang selama ini dia sangkakan seorang yang budiman.
Ternyata, antara Radhi dan Encik Karim, tiada bezanya. Encik Karim tidak pernah
mahu berusaha untuk menjelaskan kedudukan sebenar pada isterinya. Sedang
kata-kata yang meniti di bibirnya, semuanya dianggap dusta oleh Puan Salma. Bagaimana
dia boleh menegakkan kebenaran apabila dia cuma terkontang –kanting sendirian. Sungguh, dia tidak mempunyai sesiapa yang
boleh membantunya.
“Ayah… Rissa tak tahu nak buat apa sekarang…Rissa
perlukan ayahnya…,”perlahan bibirnya merintih. Sungguh dia buntu mahu mencari
jalan penyelesaian. Andai dia terus bekerja, pasti fitnah akan tersebar dan aib
yang bukan sedikit akan terpalit padanya. Andai dia pergi, pasti masalah
pinjaman akan Encik Karim persoalkan nanti. Mustahil Encik Karim akan berdiam
diri.
Dia tertunduk. Membiarkan air mata menitis perlahan.
“Kat sini kau rupanya…,”
Pantas jemarinya menyapu pipi. Perlahan dia mengangkat
muka. Memandang wajah Tasnim yang tersenyum. Namun, cuma untuk seketika senyum
terukir di bibir gadis itu. Pasti Tasnim sedar ada tangisan yang cuba dia
sembunyikan.
“Kau okay?,”
Arisa mengukir senyum paksa.
“Apa kau buat kat sini? Macam – mana kau tahu aku kat
sini?,”dia bertanya tanpa mengacuhkan soalan Tasnim.
“Aku dari rumah kau. Ati cakap kau kat sini,”Tasnim
memberi penjelasan ala kadar. Perlahan dia melabuhkan punggung di sisi Arisa.
Arisa diam. Memang dia mahu bersendirian. Sebab itu dia ke
taman rekreasi yang tidak jauh dari rumahnya ini. Dia tidak mahu menunjukkan
wajah murung di hadapan adik-adiknya. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu
adik-adiknya terseret di dalam masalah ini. Mereka terlalu muda untuk sama-sama
menanggung derita.
“Kau okay ke ni?,”Tasnim bersuara lagi. Sejak Arisa
memulakan tugas, dia dapat rasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena pada
temannya itu. Makin hari Arisa semakin murung. Mungkinkah Arisa masih bersedih
di atas kematian bapanya, atau mungkinkah ada masalah lain yang sedang
membelenggu Arisa?
“Rissa?,”
Arisa mengeluh perlahan. Wajah Tasnim dipandang seketika.
Kemudian pandangan jatuh lagi pada tasik kecil di hadapannya.
“Kalaulah hidup setenang tasik tu… kan bagus,”dia
bersuara perlahan. Kemudian sekali lagi berpaling mencari wajah Tasnim.
Kemunculan Tasnim secara tiba-tiba, membuat jiwanya sedikit tenang.
Sekurang-kurangnya dia punya teman untuk bercakap.
“Mana ada hidup yang akan tenang sentiasa. Hidup mestilah
ada turun naiknya,”
Arisa tersenyum nipis.
“Apa lagi masalah kau ni? Sejak masuk kerja aku tengok
kau lain macam. Langsung tak ceria. Aku faham kalau kau masih bersedih. Tapi,
aku rasa bukan itu puncanya, kan?,”
“Kau dah makin memahami aku, ya?,”usik Arisa hambar.
Tasnim juga tergelak lesu. Tidak terkesan dengan usikan itu.
“Tak sangka, kita boleh rapat hanya kerana masalah aku.
Kan? Sebelum ni, kita tak serapat mana. Mungkin sebab aku memang tak pandai
berkawan. Tak ada kawan pun sebenarnya. Hidup aku cuma untuk keluarga aku dan
Radhi. Aku tak pernah ada kawan baik. Kau percaya tak?,”
“Percaya. Kau suka menyendiri. Suka buat hal sendiri. Dulu
aku fikir kau ni, sombong sebenarnya,”balas Tasnim sambil tersenyum kecil.
Memang Arisa bukan jenis yang suka bergaul mesra bersama teman. Waktu kerja
hanya dihabiskan dengan bekerja.
Arisa mengangguk perlahan bersama sekuntum senyum kecil.
“Selama ni, aku hanya fikirkan orang yang penting dalam
hidup aku, adalah keluarga aku dan orang yang aku cintai. Teman-teman cuma
sekadar pelengkap semasa kita gembira. Tapi, aku lupa, ada saatnya… teman itu
penting. Ada saatnya aku perlukan seorang teman untuk berkongsi rasa. Berkongsi
masalah…Saat orang yang kita cintai menghancurkan perasaan kita… dan, saat ahli
keluarga bukan tempat yang tepat untuk kita meluahkan rasa…. ,”
“Rissa…Insya-ALLAH, aku boleh jadi teman yang akan
berkongsi kesusahan kau,”
“Terima kasih, Nim…,”
“So, apa masalahnya kali ni? Radhi lagi?,”
Arisa diam. Merenung wajah Tasnim sebelum mengeluh
panjang.
“Plus Encik Karim and Puan Salma…,”
Tasnim mengangkat kening. Apa pula masalah Arisa dengan
Encik Karim dan Puan Salma? Masih belum selesaikah masalah yang Radhi
timbulkan?
“Takkan Encik Karim belum jelaskan apa-apa pada isteri
dia?,”
Arisa tersenyum sinis.
“Mungkin dia tak akan jelaskan apa-apa…,”
“Maksud kau?,”
“Dia ambil kesempatan atas perbuatan Radhi. Dia memang
tak nak jelaskan perkara sebenar pada Puan Salma. Dia ajak aku kahwin dengan
dia…,”
Tasnim ternganga. Benar-benar terkejut dengan pernyataan
yang baru meniti di bibir Arisa.
“Dia mula ungkit pasal pinjaman tu. Katanya, dia akan
lupakan pasal pinjaman tu, kalau aku kahwin dengan dia. Gila…,”
Tasnim diam. Tidak sangka rupa-rupanya kebaikan Encik
Karim bersebab.
“Puan Salma pula, ugut supaya aku berhenti kerja. Kalau
aku tak berhenti, dia nak hebahkan fitnah Radhi pada semua. Dengan Encik Karim
yang tak nak buka mulut, siapa yang akan percaya cakap aku nanti? And… kalau
aku berhenti kerja, pinjaman aku dengan Encik Karim macam-mana? Mustahil aku
boleh bayar semuanya sekaligus,”
Tasnim mengeluh panjang. Memang wajar Arisa bermurung
saban hari. Bukan kecil masalah yang mendatang.
“Kasihannya kau. Takkan Puan Salma langsung tak percaya
apa kau cakap?,”
Arisa menggeleng.
“Sikit pun dia tak percaya. Tapi, aku tak salahkan dia.
Macam-mana dia nak percaya kalau suami dia main tarik tali macam tu? Encik
Karim seolah-olah nak isteri dia syak yang memang kami ada hubungan. Aku
betul-betul tak sangka dia sanggup buat aku macam ni, Nim…,”
“Aku pun tak sangka. Biar aku jelaskan pada Puan Salma.
Nak?,”
Laju Arisa menggeleng.
“Jangan. Puan Salma benci betul dengan aku. Aku tak nak
libatkan kau. Nanti kau susah,”
“Dah tu, apa kau nak buat? Pilihan apa yang kau ada?,”
“Terjun dalam tasik ni kot…,”ujar Arisa perlahan.
“Oit!,”Tasnim membentak serentak dengan satu pukulan yang
agak keras di bahu Arisa. Membuat Arisa menyeringai menahan sakit.
“Jangan cakap macam orang bodoh macam tu,”
Arisa tersenyum kecil.
“Gurau pun tak boleh?,”
Tasnim menjeling marah. Arisa pula mengeluh panjang.
“Aku pun tak tahu nak buat macam-mana, Nim. Untuk merayu
pada Encik Karim, rasanya sia-sia saja. Kalau tak ada pilihan, mungkin aku
terpaksa berhenti. Aku tak mahu maruah aku dipermainkan nanti,”
“Bekas suami tak guna kau tu pula, macam mana? Masih
datang ganggu kau?,”
“Ada juga. Tapi aku tak layan. Penat aku nak layan. Nak
tambah sakit kepala. Masalah bertimpa-timpa. Layan dia, bertambah lagi masalah
aku,”
“Aku tumpang simpati dengan nasib kau. Kalaulah aku boleh
tolong…,”
Arisa diam. Pegun memandang ke tengah tasik. Lega sedikit
hatinya setelah berkongsi cerita. Walau masih buntu mencari jalan penyelesaian
, sekurang-kurangnya dadanya sedikit lapang.
“Kalau dapat diputarkan waktu, aku tak mahu terlibat
dengan mana-mana lelaki pun. Aku tak akan biarkan bayang lelaki datang singgah
dalam hidup aku…,”Arisa bergumam perlahan. Satu penyesalan yang timbul daripada
kekecewaan demi kekecewaan yang muncul dalam hidupnya.
“Bukan salah lelaki, Rissa. Cuma, dalam hidup kau tu, kau
sering berjumpa dengan lelaki yang salah. Lelaki yang tak tepat untuk dijadikan
pasangan. Jangan salahkan takdir…,”
Arisa diam. Dia tidak mahu salahkan takdir, namun, dia
akan pastikan takdir ini tidak akan berulang. Cukuplah perit hidupnya
dipermainkan oleh lelaki. Selepas ini, biarlah hidupnya cuma untuk adik-adik
yang masih memerlukannya.
“Anyway, thanks. Kau banyak bantu aku,”Arisa bersuara
sambil mengeluh pendek. Tidak mahu panjangkan lagi soal takdir dan soal malang
hidupnya.
Tasnim tersenyum kecil. Dia tidak menjawab. Cuma, kali
ini matanya turut jatuh pada tasik yang tenang. Jauh di sudut hatinya, dia
berdoa agar satu hari nanti, Arisa akan menemui ketenangan di dalam hidupnya.
*******
6 comments:
ala siannya la arissa.. bila la cik abg hero nak datang menyelamat...kak hani sambung lagi pls..
grrrrrrrr..geram lah ngan encik karim tu..!! ish2 heheheh emosi lah pulak ..
myeha ireland setiasa tunggu n3 baru kak hanni..ngee:)
sambung kak hani...
sedih betul baca n3 kali nie..terasa sy berada di tmpt arissa. patutla arissa susah nk terima zariff..hope lepas nie dia jumpa zariff..bleh kan k.hanni?? hehe..bestt...
best.... cpt sambung yer kak hani..
Great readingg this
Post a Comment