KUSERU RINDU ITU - HANNI RAMSUL
SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN : RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00
Cinta
ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini
juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu….
Sinopsis:
Perkahwinan
itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu
dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki
yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan
berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi
sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun
di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang
dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama
Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa
debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta
yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
Namun…
satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara
agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema
baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa
tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu
untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan
Idayu
hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur
sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara
terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar
dia cinta?
14 comments:
Wahhhh!!!!xsabar nk tgu novel ni kluar
bole nak tahu cite nie hepi ending atau sad ending?
aah,sad nding ke eppy nding kak hanni?adakah sehebat PAM??hope sama hebat dgn PAM!!anyway,PAM d bestt..
wah! novel kak hanni yg terbaru...
x sabar nak bli ni...
mst byk konflik... best ;)
jln cerita yg menarik :)
congrats kak hanni (^_^)
hanni, akak rasa ayu & hisyam akan berpisah or bercerai. then hisyam akan rayu ayu supaya balik pada dia.
kalau boleh akak nak ayu nekad tinggalkan hisyam & akan jumpa cinta sejati dia. biar la hisyam ngan cinta hati dia si Maisara tu.
sian ayu.. dia berhak mendpt cinta sejati dr lelaki yg tulus/ikhlas cintakan dia. boleh ke??? hehehehe
apa2 pun memang tak sabar nak grab buku ni kat book store sept nanti..
selamat berpuasa to all.
huhu...dah nak kuar nie...lmbatnya bln sept kak Hanni...dah tak sbr sgt2!
cantiknya cover... x sabar nk beli... kak hani kalo beli dari akak boleh dapat early x... x bleh tunggu dah ni..... nk autograph sekali... :p
tak sabar menanti....novel hanni mmg selalu akak nanti2kan...tahniah utk hanni
tak sabar menanti.. cantik covernya..tahniah hanni..
nak beli nak beli...
tme kasih kak hanni....sy dh baca dh.mmg best sgt citer ni..awal bulan ari2 g sy order..
Dah baca buku ni....mmg best sangat....sampai dok ulang2 baca..
Menunggu Mungkinkah pula muncul....pastinya best juga....
Kak Hani... sy dah dapat novel akak.. x sabar nak baca.. happy sangat ni...
Post a Comment