Helaian kertas yang
sedikit berserakan di atas meja, dikemas dengan sedikit malas. Temujanji sudah
selesai, dan dia bersedia untuk pulang semula ke pejabat. Lemah semangat untuk
dia meneruskan kerja. Dan tanpa disedari tingkahnya diperhati dalam diam.
“Kita balik sekarang? Encik Karim?,”dia bersuara sambil
mengangkat muka. Bertentang mata seketika dengan majikannya itu. Lelaki itu
tersenyum nipis.
“Arisa, ayah awak macam -mana?,”
Arisa diam seketika. Memandang wajah Encik Karim.
Majikannya itu kelihatan seperti mahu berlama di restoran ini.
“Semalam dah boleh balik, Encik Karim,”perlahan dia menjawab.
Segera teringatkan bapanya yang cukup lemah terbaring di katil. Kasihan
bapanya.
“Apa sebenarnya masalah awak ni? Cuba ceritakan pada
saya. Kalau saya boleh tolong, InsyaALLAH saya akan tolong,”
Arisa memandang wajah Encik Karim yang kelihatan ikhlas
bertanya. Melihat wajah itu, dia teringat pada cadangan Tasnim.
“Apa kata kau pinjam
dengan Encik Karim?,”
“Kau gila ke? Kau ingat Encik Karim
tu gila nak bagi aku pinjam duit sebanyak tu? Jangan cakap yang
bukan-bukanlah,”
“InsyaALLAH boleh. Encik Karim tu
baik. Mungkin dia boleh tolong. Kau cubalah,”
Kata-
kata itu berlegar di mindanya. Perlukah dia senekad ini demi menghalang Radhi
daripada terus mengganggu dia dan keluarganya?
“Terlalu peribadi, Encik Karim. InsyaALLAH saya cuba
selesaikan sendiri,”
Encik Karim tersenyum lagi. Kali ini bersama gelengan
perlahan.
“Awak pekerja kesayangan saya. Saya tak nak tengok
prestasi kerja awak terganggu dengan masalah peribadi yang tak selesai-selesai.
Saya tak suka pekerja yang gagal ketepikan masalah bila berada di pejabat,”
Arisa menunduk. Itu merupakan teguran Encik Karim yang
kedua. Ketara sangatkah kegagalannya menjalankan tugas dek kerana masalah dengan
Radhi?
“Saya faham, encik. Saya minta maaf. Saya akan cuba
selesaikan masalah ni secepat mungkin,”
“Macam-mana?,”
Arisa mengeluh perlahan. Kembali mencari wajah Encik
Karim. Soalan itu tiada jawapan kerana dia sendiri masih buntu mencari jalan
penyelesaian.
“Saya boleh pinjamkan awak dua puluh ribu tu,”
Arisa ternganga. Membuntang mata memandang wajah
majikannya itu. Adakah ini semua satu halusinasi? Mungkinkah dia tersilap
dengar. Rasanya dia belum meluahkan apa-apa pada lelaki ini. Dari mana lelaki
ini mendapat angka itu?
“Arisa, tak salah kalau kita minta bantuan daripada orang
lain, kalau kita benar-benar perlukannya. Masalah tak akan selesai kalau awak
pendam semua masalah awak ni sendiri. Suami awak terus ganggu awak. Keadaan
kesihatan ayah awak pun semakin terganggu. Konsentrasi kerja awak turut
terjejas. Sampai bila awak nak hadapi itu semua?,”lembut sahaja suara lelaki
itu meresap ke gegendang telinganya. Dengan penuh tanda tanya, dia merenung
wajah majikannya itu. Tasnim. Hanya imej Tasnim yang memenuhi mindanya saat
ini. Hanya Tasnim yang tahu segalanya. Mungkinkah Tasnim yang bercerita?
“Tasnim?,”sebaris nama itu meniti perlahan di bibirnya.
Encik Karim tersenyum nipis. Sekuntum senyuman yang
mengiyakan teka-teki di kepalanya.
“Tasnim cuma nak membantu awak,”
Arisa mengeluh perlahan. Ada sedikit rasa kecewa dengan
sikap Tasnim. Namun, beanr kata Encik Karim. Barangkali Tasnim cuba
membantunya.
“Jumlah tu bukannya sikit, Encik Karim. Banyak…,”
“Anggap saja saya pinjamkan pada awak. Awak bayar
perlahan-lahan pada saya. Saya ikhlas nak bantu,”
Arisa menggeleng perlahan. Merenung wajah majikannya yang
sentiasa tenang.
“Nanti apa kata staff lain?,”
Lelaki di hadapannya itu tergelak halus.
“Arisa…Arisa… takkan saya nak buat announcement pada
semua staff kalau saya membantu salah seorang staff saya. Yang tahu, cuma
saya…awak dan Tasnim. Saya tak nampak di mana masalahnya kalau awak terima
pertolongan saya,”
“Tapi…,”
“Awak nak kekal hidup dengan suami awak?,”
Arisa menggeleng. Memang perasaan untuk bersama Radhi
sudah mati. Cuma satu yang dia harapkan daripada lelaki itu. Berharap agar
Radhi terus lenyap dari hidupnya. Kalau boleh, nama lelaki itu pun dia ingin
padam dari ingatannya.
“Geleng? Means? Tak tahu? Tak pasti? Or…tak mahu?,”Encik
Karim bertanya lagi.
Seketika Arisa terdiam. Bibir bagai terkunci. Pelik
rasanya apabila hari ini Encik Karim mengajak dia berbincang soal seperibadi
ini. Cukup Tasnim seorang yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Apabila
Encik Karim turut menunjukkan sikap mengambil berat, dia benar-benar buntu.
“Arisa… saya mahu bantu awak. Awak kena benarkan saya
bantu awak. Berdiam diri. Memendam rasa, bukan cara untuk selesaikan masalah,”
“Saya tak selesa berbincang soal peribadi macam ni…,”
“Awak kena percayakan saya. Saya ikhlas nak tolong awak.
Awak memang perlukan seseorang untuk bantu awak,”
“Saya tahu,”
“So?,”
“Saya tak tahu nak minta tolong dengan siapa. Saya tak
nak bebankan ayah saya,”
“Awak memang tak mahu lagi hidup bersama suami
awak?,”sekali lagi soalan itu meniti di bibir Encik Karim.
“Tak nak,”
“Awak nak minta fasakh?,”
“Ayah saya masuk hospital sebab saya beritahu dia, saya
nak minta fasakh. Tiap-tiap hari dia datang ganggu ayah…,”
“Jadi, yang dia mahu cuma duit?,”
Dengan bibir mata mula memberat, Arisa mengangguk
perlahan.
“Dia cuma akan lepaskan awak, kalau awak bayar dia?,”
Arisa mengangguk lagi.
“Tebus talak?,”
“Nampaknya saya terpaksa buat macam tu. Kalau tak, dia
dah ugut dia akan terus ganggu kami sekeluarga,”
Satu keluhan yang keluar dari mulut Encik Karim,
mendorong Arisa mengangkat muka. Memandang wajah lelaki itu kini sedikit
mendung.
“Saya tumpang simpati dengan masalah awak…,”
Arisa tersenyum kelat.
“Tak patut saya ceritakan semua ni pada Encik Karim…,”
“Kalau tak nak cerita pada saya, awak nak cerita pada
siapa?,”lelaki itu bertanya dengan nada sedikit berseloroh. Seloroh yang tidak mampu membuat senyum
memekar di bibir Arisa.
“Kalau dah tak ada pilihan lain, awak terimalah bantuan
saya. Selesaikan segera masalah awak. Saya harapkan yang terbaik untuk awak,”
Arisa membeku. Huluran pertolongan sebegini tidak mungkin
akan datang untuk kedua kalinya. Mungkin dia perlu menerima pertolongan
daripada Encik Karim? Sememangnya tiada lagi sumber lain yang boleh dia
harapkan. Untuk membuat pinjaman bank, dia tidak mahu terus terbeban. Pinjaman
untuk membeli kereta masih lagi belum lunas semuanya.
“Tapi, saya tak mampu nak bayar balik nanti…,”
“Just take your time. Bayar berapa yang awak mampu,”
Arisa mengeluh perlahan. Saat ini, memang dia malu mahu
berhadapan dengan Encik Karim. Malu dengan ketidakberdayaan dirinya. Namun,
peluang ini mustahil mampu dia tolak. Demi bapanya, dia harus singkirkan Radhi
secepat mungkin.
“Saya malu dengan Encik Karim. Tapi, saya memang perlukan
bantuan ini. Saya cuba langsaikan pinjaman tu secepat yang saya mampu. Terima
kasih, Encik Karim,”
“Tak boleh bayar, kena jadi wife saya,”
Arisa terpempan. Tajam merenung wajah lelaki itu yang
tersenyum lebar. Tidak percaya majikannya itu boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu.
“Encik….,”
Encik Karim tergelak besar.
“Janganlah buat muka macam tu. Saya gurau saja,”
Arisa tersenyum kelat. Sungguh kurang senang dengan
gurauan majikannya itu.
“Jangan risau. Saya ikhlas nak membantu,”
Tanpa mampu bersuara, pantas dia mencapai beg tangannya. Berdiri
tegak sambil mencapai beberapa helaian kertas bersama planner.
“Saya rasa baik kita balik ke pejabat sekarang? Atau…Encik
Karim ada hal lain? Saya boleh balik ke pejabat dengan teksi,”
“Tak. Saya pun nak pulang ke office,”
Arisa mengangguk perlahan. Encik Karim tersenyum sambil
turut mengangkat punggung.
*****
8 comments:
thanks for the new n3....
bila hero nak keluar
yup!!! waiting for Arisa hero show up!!!!
apakah encik karim hero itu?
oh tidakkk
ntah2 En Karim ni org tengah pd hero Arissa kot.... hehehehe
cpt2 la arissa selesai masalah tu.. biar dia dpt bina hidup baru...
sekali bapak hero keluar da..hehe
layannns.. ehehe
Post a Comment