“Macam mana ni, Billa?,”
Nabila tersengih. Meneguk minuman perlahan-lahan. Wajah Puan Zahra dipandang sekilas.
“Aunty nak main-mainkan dia orang lagi ke? Billa rasa dia orang tak akan mengakulah. Selagi boleh sorok, mesti dia orang akan sorok,”
Puan Zahra menongkat dagu. Memandang sekeliling ruangan pusat membeli belah itu.
“Aunty kan dah tahu semua. Terus tanya sajalah kenapa Zariff rahsiakan?,”
“Mungkin dia takut aunty tak terima Arisa sebab Arisa tu janda…,”Puan Zahra membuat andaian. Nabila termenung seketika, kemudian mengangguk perlahan. Logik andaian yang dibuat oleh wanita itu.
“Aunty marah ke?,”soalnya laju. Puan Zahra mengerling.
“Entahlah…,”
Nabila tersenyum.
“Marahlah tu…,”
“Mungkin aunty akan marah kot. Tapi, bila tengok Arisa tu, aunty tak rasa nak marah. Zariff pun, aunty tengok macam sayang sungguh-sungguh dengan Arisa tu. Cuma, pelik…,”
“Arisa macam tak ada perasaan pada Zariff, kan?,”pintas Nabila laju.
Puan Zahra mengangguk perlahan.
“Itu yang musykil sikit tu. Yang tu PI aunty tak boleh tolong…,”ujar Nabila bersama gelak kecil. Puan Zahra mengerling. Pura-pura marah. Nabila tersengih.
“Puan Zahra?,”
Suara itu mematikan perbualannya. Perlahan dia mengangkat muka. Memandang satu wajah asing di hadapannya.
“Ya. Kamu ni siapa?,”
Lelaki di hadapannya itu tersenyum lebar.
“Saya Radhi,”
“Saya kenal kamu ke?,”
“Tak. Tapi, saya ada perkara penting nak beritahu Puan,”
“Macam-mana tu? Tak kenal, tapi ada perkara penting dengan saya? Saya tak faham…,”
“Ha ah. Kami tak faham…,”sampuk Nabila bersama renungan tajam. Senyum lelaki itu seperti ada agenda yang tersembunyi.
“Cik Nabila, kan? Bakal tunang Zariff?,”
Nabila memandang wajah Puan Zahra. Seketika kemudian pandangannya dialihkan pula ke arah lelaki asing yang tercegat di hadapannya.
“Boleh saya duduk? Saya ada sesuatu untuk Puan dan Cik Nabila,”
“Duduklah kalau tak malu,”balas Nabila selamba.
Laju Radhi menarik kerusi. Melabuhkan punggung bersama senyum panjang.
“Saya ada sesuatu untuk Puan dan Cik Nabila ni…,”ujarnya sambil menghulurkan satu sampul surat sedikit besar.
“Apa ni?,”
“Puan tengoklah…,”
Puan Zahra akur. Membuka sampul surat perlahan-lahan. Beberapa keping foto ditarik keluar. Foto Zariff dan Arisa. Kepala diangkat. Merenung wajah lelaki di hadapannya itu.
“Kamu ni siapa? Kawan anak saya ke?,”
“Puan kenal siapa perempuan dengan anak Puan tu?,”
“Kenal. Staff dia. Kenapa?,”
“Takkan staff peluk-peluk macam tu. Mesra semacam tu…Puan,”
Puan Zahra mencemik.
“Kenapa? Kamu jelous ke? Perempuan ni kekasih kamu ke? Atau…isteri kamu?,”soal Puan Zahra sambil menghulurkan foto di tangan kepada Nabila. Nabila mencapai sambil membelek satu per satu.
“Awak ni siapa ya? Baik sangat bagi info ni semua?,”soal Nabila sambil mencampak foto ke meja.
“Saya kenal siapa Arisa tu. Tapi, sekarang ni, saya ada rahsia yang lebih penting dari itu,”
“Rahsia apa?,”Puan Zahra pula bertanya.
Radhi tersenyum panjang.
“Nama pun rahsia. Kalau dah rahsia, mestila ada ganjarannya,”
“Awak ni siapa sebenarnya?,”Nabila bertanya lagi.
“Saya bekas suami Arisa. Saya tahu sangat Arisa tu macam –mana orangnya,”
Puan Zahra bulatkan mata.
“Bekas suami ya?,”
Radhi mengangguk sambil tersenyum lebar.
“Jadi, inilah orangnya ya?,”Puan Zahra bersuara sambil terus memandang wajah lelaki di hadapannya itu.
“Arisa tu bijak, Puan. Pandai cari duit. Pandai cari peluang,’
“Maksud kamu?,”
“Dia sanggup minta cerai dengan saya, sebab nak cari lelaki kaya,”
Puan Zahra membetulkan duduk. Memandang wajah Radhi lama.
“Betul ke?,”
Radhi tersenyum nipis.
“Kisah saya, tak perlulah saya cerita. Kita cerita yang lebih penting saja. Pasal Zariff,”
“Kenapa dengan Zariff?,”
“Sebelum tu, kalau saya beritahu semua ni, apa yang saya dapat?,”
“Kamu nak apa?,”
Radhi tergelak kecil.
“Biasalah Puan. Anggap sajalah ini jual beli. Kalau dah saya menjual, Puan kenalah membeli. Kan? Kalau dah beli tu, faham-faham sajalah…,”
“Oh…minta bayaranlah ni ya?,”soal Puan Zahra sedikit sinis. Radhi menjongket bahu dengan wajah tanpa perasaan segan.
“Info apa yang penting sangat sampai saya kena bayar kamu ni?,”
“Pasal hubungan Zariff dan Arisa. Pasal rahsia yang dia sembunyikan….,”
“Rahsia apa?,”
Radhi tersenyum sambil mengetuk meja.
“Apa kata kita letak harga dulu…,”dia bersuara sambil tergelak. Nabila membuang pandang. Mula menyampah mendengar bicara tolak tarik daripada lelaki itu.
“Harga untuk apa? Untuk info, awak minta sepuluh ribu daripada Arisa untuk ceraikan dia? Atau info awak kahwin dengan janda kaya dan nak madukan Arisa? Atau info awak sekarang asyik menunggu Arisa di luar pagar rumahnya sejak akhir-akhir ini?,”sindir Nabila ketus.
Radhi terlopong. Tajam merenung wajah gadis manis bersama wanita separuh abad itu. Tiba-tiba hatinya mula berasa resah. Bagaimana gadis ini tahu segalanya tentang dia?
“Atau tentang kamu yang hidup ditanggung isteri selama ini?,”tambah Puan Zahra bersama sekuntum senyum yang cukup sinis. Senyum yang berjaya mengunci mulut Radhi.
“Tolonglah Encik Radhi. Jadilah lelaki yang bermaruah sikit. Tak malu ke hidup atas ehsan perempuan? Fitnah bekas isteri sendiri pula tu semata-mata sebab duit….,”lembut Nabila menyindir sambil tersenyum pada Puan Zahra.
“Apa maksud kamu?,”Radhi bersuara ketus. Puan Zahra tergelak panjang.
“Beginilah Radhi. Kalau kamu nak beritahu pasal anak tunggal saya tu yang dah kahwin dengan Arisa, maaflah. Dah beribu saya upah PI saya sendiri untuk siasat pasal tu. Tak perlu saya nak buang duit untuk kamu. Bukan pasal perkahwinan Zariff saja yang saya tahu. Semua sekali tentang menantu saya tu pun, saya dah tahu. Jadi, tak perlulah jaja foto macam ni pada saya, ya,”
Radhi terdiam. Benar-benar hilang kata-kata. Zariff yang muncul dari belakang Puan Zahra turut kaku. Tekkejut.
“Takkan Cik Nabila sanggup nak bermadu?,”umpan Radhi sambil tersenyum panjang.
“Buat apa saya nak bermadu, kalau saya bukan nak kahwin dengan Zariff?,”
Sekali lagi Zariff terpana. Ada cerita yang tidak pernah dia tahu. Pandangannya dihalakan pula ke arah Radhi yang masih bersandar menantikan sesuatu. Dia mahu mendengar lagi. Belum sampai masanya untuk dia munculkan diri di hadapan ibunya dan Nabila.
“Saya rasa tak ada apa yang perlu kita bincangkan lagi. So, boleh pergi dari sini? Atau, mungkin saya boleh minta PI saya tolong sampaikan berita pasal kamu pada lintah darah yang sedang cari kamu sekarang? Jangan kira saya tak tahu apa-apa pasal kamu,”
Radhi telan liur. Ugutan itu sedikit membuat dia resah. Sebegitu banyak yang wanita ini tahu tentang dia.
“So, silakan berambus Encik Radhi. Lebih baik awak belajar untuk cari duit dengan usaha sendiri daripada guna jalan pintas macam ni…,”
“Terserah kalau Puan tak mahu percaya. Tapi, jangan sampai putih mata kalau nanti Arisa tipu anak kesayangan Puan. Arisa bijak memikat lelaki,”
Zariff menahan nafas.
“Saya kenal sangat dengan bekas isteri saya tu. Otaknya licik. Akalnya panjang…,”
“Rasanya otak udang kau lebih licik. Kan?,”Zariff bersuara kasar. Sudah hilang sabar untuk terus berdiam diri. Puan Zahra dan Nabila menoleh serentak. Radhi terkesima. Zariff sudah tercegat di hadapannya dengan wajah mencuka.
“Berambus sebelum berterabur gigi kau kat sini…,”bentak Zariff geram.
Radhi tergelak besar.
“Dekat office, bolehlah kau berlagak pukul aku. Kat sini, berani ke kau pukul aku? Kau ingat orang kat sini nak tengok saja ke?,”
Puan Zahra mengeluh perlahan sambil mengeluarkan telefon bimbit daripada beg tangan.
“Tak perlu anak saya sakitkan tangannya pukul kamu. Saya boleh minta PI saya beritahu konco Ah Leong , suruh ke mari. Saya yakin, konco-konco dia, tak kisah nak pukul kamu di sini,”
Spontan Radhi berdiri. Merengus marah apabila melihat jemari Puan Zahra sedang mendail nombor. Melihat kepada semua maklumat yang Puan Zahra tahu tentang dirinya, dia tidak rasa wanita ini sedang mengugut kosong. Ternyata umpannya tidak mengena. Ternyata dia mencari lubuk yang salah. Wanita ini ternyata lebih licik daripadanya. Dia berpaling untuk melangkah.
“Encik Radhi,”Nabila memanggil. Radhi menoleh.
“Foto tak berguna ni, tak nak bawa sekali?,”soalnya sambil menayangkan sampul surat di udara.
“Foto apa?,”laju Zariff bertanya sambil menyambar sampul surat di tangan Nabila. Radhi terus berlalu sambil merengus marah. Mustahil dia mahu berlama di sini untuk melayan kerenah manusia-manusia ini. Ugutan Puan Zahra membuat dia gerun. Dia perlu pergi sebelum konco Ah Leong menemuinya di sini.
Zariff terdiam membelek beberapa keping foto dia dan Arisa. Foto yang kelihatan cukup mesra. Rupa-rupanya Radhi muncul di sini untuk memeras duit daripada ibunya.
“Hai… takkan tengok sambil berdiri saja? Tak nak duduk ke?,”sapa Puan Zahra dengan nada sedikit menyindir. Zariff memandang wajah ibunya. Melihat kalau-kalau ada riak marah di wajah itu. Kemudian matanya memandang pula dengan wajah Nabila yang jelas ceria. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi.
“Jadi… mama dah tahu?,”soalnya lambat-lambat. Tidak sangka rahsia yang dia simpan sebaik mungkin, rupanya bukan lagi rahsia pada ibunya.
“Ingat senang ke nak tipu mama?,”
Zariff tersenyum malu.
“Jadi…kenapa mama sembunyikan?,”
“Kamu boleh berahsia, kenapa mama tak boleh berahsia?,”
“Mama… I am sorry. Riff tak berniat nak sembunyikan semua ni, dari mama. Tapi, situasinya sulit…,”
“Kalau dah kahwin tak beritahu mama, mestilah semuanya jadi sulit…,”
Zariff menggaru kepala. Memandang wajah ibunya yang bersahaja.
“So, Roff dah kantoilah ni?,”
Nabila tergelak lucu.
“Kenapa gelak?,”soalnya sambil memandang wajah Nabila. Langsung dia tidak menduga rupa-rupanya gadis ini bersengkongkol dengan ibunya. Sungguh licik Puan Zahra ini…hatinya mengomel sendiri.
“You lah. Kelakar…,”
“So, selama ni, you pura-pura tergilakan I lah ya?,”
Nabila mencemik.
“Tak ada masa nak tergila-gilakan you,”
“Berani you buat I syok sendiri ya? Mati-mati I ingat you memang nakkan I,”balas Zariff bersama senyum lebar.
Nabila ketawa lepas. Tawa yang turut disambut dengan gelak kecil Puan Zahra. Zariff diam. Lupa sudah pada tujuan ibunya menjemput dia makan tengahari di sini. Kejutan yang dia terima ini ternyata lebih hebat.
“Tak ada maknanya nak syok kat you. You tu dah macam abang I,”
Zariff tersenyum kecil
“Hebat betul lakonan mama. Lakonan you, Billa…,”
“Tak payah nak puji. Terlanjur semuanya dah terbongkar, mama menanti penjelasan sekarang…,”
Zariff tersenyum nipis.
“Riff memang mahu berterus-terang, mama. Tapi, tak tahu dari mana Riff perlu mulakan…,”
“Mulakan saja dari mana sekali pun,”
Zariff menarik nafas panjang. Nabila pula mencapai beg tangan.
“Okaylah aunty. Billa pergi dulu. Billa tak nak join sesi berleter aunty,”
Puan Zahra tergelak dan Zariff jegilkan mata. Segera jarinya menunjal lembut dahi Nabila. Kemesraan yang dia tinggalkan sejak dia mendapat tahu Nabila menaruh perasaan padanya. Siapa sangka rupa-rupanya itu semua cuma lakonan Nabila. Nabila tergelak sambil jelirkan lidah.
“Billa pergi dulu aunty. And, you…selamat kena marah. Padan muka. Aunty marah dia kaw-kaw punya,”
“Shut up…,”Zariff bersuara sambil tersenyum kecil. Puan Zahra tersenyum senang. Memandang Nabila yang semakin menjauh. Setelah jauh gadis itu pergi, pandangannya jatuh semula ke wajah Zariff.
“Why Riff? Mama kecewa…,”
Zariff menghela nafas panjang. Nada suara ibunya sudah bertukar tegas. Perlahan dia menyentuh jemari ibunya. Menggenggam erat.
“First of all, I’am really sorry. Mungkin semua ni salah Riff. Riff terlalu mengikut perasaan. Mengikut nafsu. And, please mama. Jangan percaya cakap lelaki tak guna tu. Satu pun yang keluar dari mulut dia tu, yang betul,”
“Mama tak bodoh untuk percaya membuta tuli. Mama tahu semua tentang kamu. Tentang Arisa. Tentang bekas suami Arisa. Mama siasat semuanya,”
Zariff memandang dengan riak tidak percaya.
“Yang mama tak faham, kenapa anak mama sanggup belakangkan mama dalam hal sebesar ini? Mama tak penting ke?,”
“Bukan..bukan macam tu. Sebab Riff sangka Riff kahwin dengan Arisa Cuma untuk jangka masa yang singkat,”
“Apa maksud kamu?,”
“Riff mahukan Arisa. Tapi, Arisa tak macam perempuan lain. Tak mudah nak dapatkan dia. Dia tak termakan dengan pujukan Riff. Dengan duit Riff. Dengan rupa Riff.Sebab dia rimas dengan Riff, dia buat satu tawaran yang silap,”
“Apa dia?,”
“Dia ajak Riff kahwin. Dia andaikan Riff akan tolak, dan tak akan ganggu dia lagi. Tapi, Riff setuju. Riff setuju sebab Riff benar-benar mahukan dia…,”
Puan Zahra diam seketika. Tajam merenung wajah anak lelaki tunggalnya itu.
“Kamu fikir ikatan perkahwinan tu apa? Cuma untuk menghalalkan hubungan yang haram? Macam tu pandangan kamu? Kamu tak tahu nak hormat ikatan semulia tu!,”Puan Zahra membentak marah.
Zariff tunduk.
“Riff tahu Riff salah. Tapi, percayalah mama. Hidup dengan Arisa, buat Riff sedar, Riff cintakan dia. Banyak yang Riff belajar dari dia. Dia buat Riff sedar yang Riff sudah jauh lari dari haluan hidup yang benar,”
“Kalau dah sedar, kenapa masih rahsiakan dari mama?,”
“Arisa…,”
“Kenapa pula dengan dia?,’”
Zariff mengeluh perlahan. Memandang wajah ibunya.
“Dia tak dapat terima Riff. Riff tak salahkan dia. Dia terlalu kecewa dengan bekas suami dia. Dan, Riff pula, berkahwin dengan dia…bersebab. Dia anggap Riff cuma perlukan dia sebagai teman berseronok. Dia tak nak terima Riff. Macam mana Riff nak berterus-terang dengan mama, kalau sekarang ni, dia minta cerai dari Riff?,”
“Kenapa?,”
“Dia suruh Riff kahwin dengan Nabila. Dia nak putuskan semua sebelum mama tahu pasal kami. Dia rasa bersalah pada mama dengan Nabila,”
“Kamu pula, macam-mana?,”
Zariff meraup wajah.
“Mestilah Riff tak nak,”
“Then, gunalah kuasa kamu tu,”
“Mama… bukan itu yang Riff mahu. Riff boleh buat dia jadi isteri Riff, sampai bila-bila pun. Tapi, Riff tak nak dia terima Riff hanya sebab saya dah jadi suami dia. Riff nakkan cinta dia…,”
“Dapatkanlah. Apa yang susah sangat?,”
Zariff tersenyum hambar.
“Mama tak tahu macam-mana kerasnya hati dia. Dengar Riff cakap soal perasaan pun, dia terus tutup topik,”
Puan Zahra mengerling.
“Mengadu dekat mama ke ni?,”soal Puan Zahra dengan suara sedikit mengendur.
Zariff tersengih. Dapat dia rasakan marah ibunya sudah berkurangan.
“Boleh tak?,”soalnya sambil mengalihkan kerusi hampir pada ibunya. Memaut mesra bahu Puan Zahra dengan wajah tidak berdosa. Memang dia mahu mengadu apa yang sedang terbuku di hatinya ini dengan seseorang. Puan Zahra mencemik.
“Masa suka, tak ingat mama. Bila ada masalah, pandai pula mengadu dengan mama. Ya?,”
“Kalau bukan dengan mama, dengan siapa lagi Riff nak mengadu?,”
Puan Zahra menjeling sambil jemarinya mengelus kasar rambut Zariff yang tersisir rapi.
“Jadi, sekarang ni, kamu nak buat apa?,”
Zariff menjongket bahu. Tidak tahu bagaimana caranya untuk dia memenangi hati Arisa.
“Mama boleh tolong?,”soalnya jujur. Mati akal dengan usaha sendiri, apa salahnya dia meminta bantuan ibunya.
“Kahwin tak beritahu, kenapa pula mama kena tolong Zariff?,”
“Mama…tak baik berdendam. Mama tak kesiankan Riff ke? Riff benar-benar nak hidup dengan Arisa saja. Hidup Riff lengkap dengan dia,”
“Hmmm…. Berbaiklah dengan Nabila,”
“Kenapa pula?,”
“Buatlah Arisa tak senang hati,”
“Maksud mama, buat dia cemburu? Mama, nanti dia terus lari tinggalkan Riff, macam mana? Dia pantang dengan lelaki yang permainkan dia,”
“Kamu kata dia tak ada apa-apa perasaan pada kamu kan?,”
Zariff mengangguk.
“So, kenapa dia nak lari tinggalkan kamu? Dia ada tanggungjawab pada kamu kan? Walaupun dia tak ada hati pada kamu. Jadi, dia tak akan tinggalkan kamu,”
Zariff termangu mendengar.
“Kalau dia tinggalkan Riff juga, macam mana, mama?,”
“Baguslah,”
Pautan lengannya di bahu Puan Zahra terlepas tiba-tiba.
“Mama…,”
Puan Zahra tersenyum.
“Zariff…kalau dia tinggalkan kamu tu, maknanya dia ada perasaan pada kamulah tu. Dia tak tahan nak tengok kamu mesra dengan orang lain. Masa tu terbuktilah dia pun cintakan kamu. Faham?,”
Zariff tersenyum lega.
“Kenapa mama ni bijak sangat ya?,”
Puan Zahra mencemik.
“Ni… mama dah bagi cadangan ni. Apa hadiah untuk mama?,”
“Mama nak apa? Cakap saja. Semua akan saya berikan,”
“Mama nak cucu…,”
“On the way, mama,”Zariff bersuara senang sambil tergelak. Puan Zahra tersenyum kecil.
“Satu saja mama nak pesan. Kita kahwin ni, menggalas tanggungjawab besar. Jangan perlekehkan ikatan perkahwinan macam ni,”
“Riff tahu mama. Dulu mungkin Riff tak fikir tentang semua tu. Tapi, sekarang, Riff sedar apa yang pernah Riff lakukan tu semuanya silap,”
“Mama suka Arisa tu,”Puan Zahra bersuara sambil tersenyum.
“Mama tak kisah dia pernah berkahwin sebelum ni?,”
“Sebab dia berjaya buat rendang daging yang sangat sedap, mama pejam mata soal tu,”Puan Zahra bersuara selamba. Zariff tersenyum bahagia. Beban besar yang membuat kepalanya berat selama ini, terlerai sudah. Yang tinggal Cuma cara untuk memenangi hati Arisa.
*****
51 comments:
best!!!! I like!!!!!
sukanya...
sambung la lg...x sabar ni.huhuh
best giler!!!
yipeeeee dah ada pon...
best2....i loike
sgt2 best...lega je rasa baca n3 kali ni hehe
i like the story...tenz Hanni :))
terbongkar sudah rahsia yg disimpan selama ini....tp yg bestnya mama Zariff sgt sporting...hehehe
wah... da mangkin seronok cite ni..
ta sabar na tggu yg sterusnya.. :)
padan muka radhi,dasar laki tak bermaruah!(emo kejap:p)
sambung lagi kak,,sportinglah mama Zariff..hehe
akhirnya...terbongkar rahsia zariff..so dah x ade halangan dari segi family zariff cuma arisa saje yang still ngan hati yg terluka... dapat ke zariff dapatkan cinta arisa...semakin menarik jalan crita yang kak hanni tunjukkn.. kak hanni x sabar nak baca smbungannye,,,,,,,
hanni.. bestnya.. sambung lagi...
best... best... best... i like it...
best la....sian zariff...akhirnya mengadu jugak kat mama dia...
Wahhhhhh, leganya rasa!!! Come on zariff!
suke...suke....nak lagi...
nak lagii!!!nak lagi!!nak lagi!!!!
suke3.............bgs la x der halangan dr kuarga lg.....zariff, trskan usaha memikat arisa
I like!. Best
suka suka sukaaaaa sangatt....
wah..mama zarif ada agenda utk arisa..bestnyer...
wow!!! superb la k.hanni...terasa plk diri ni jd Arissa...cpt sikit postkan new entry k.hanni..x sabar dh ni..
rendang daging utk.mentua..sedap..then mentua vs menantu..mentua masih rahsiakan dari menantu yg dia dah tahu..dan ada bicara cinta antara zariff dan arisa kerana dalam hati dah ada cinta.
Tabik spring kat Mak Zariff dan Nabila..mrk lebih bijak dan licik drp Radhi..Padan muka Radhi bila ugutan dia tak menjadi..
Yang kelakar nya Zariff..poyola mamat tu..mmg anak mak..sikit hal pun nak bagitau kat mak..da besar pjg tak boleh nak settlekan hal rumahtangganya..
Tahniah buat Hani yg membuat die hard fan Hani tertunggu E3 novel ni setiap hari...
hehe...so sweet kak hanni...
rasa nak menitiskan air mata dgn kebaikan hati pn zahra...
kak Hani nak sambungan yang seterusnya :)
suke2
nasib baek la dpt mak mertua yg sporting.
best! best! best! next n3...
suke mak Zaff pun dh suke Arissa...:)
aduh....bosannya hari2ku tampa n3 terbaru mungkinkah...bila nak sambung ni..mood cuti lagi kah?
tme ksh kak hanni...nak lagi2(tamak cket)..hehee..xsaba lak nk tgu part arissa&zariff...
bestnyer!!!!best giler2!!!biler nak sambung,...menanti nie,...please sambung lagi!!!!
best gilerr!!nk lagi :)
nk lagi!! best ah!
hanni cptlah sambung... den x sabo menunggu dah ni, dah naik hijau dah ank mata nieee
wah.... mama yg terbaik.... hehe.... cpt2 lah smbg ya... x sabar rasanya.... best sgt2 e-novel ni.... congrats.... Suka ur novel... Sbb tu novel hanni jd pilihan saya....
Hah..read frm siri 1 til 15 withn 3hrs..shouting hapily at 12midnite bila mak zarif so sporting..oo hanni samb cepat..cant wait anymore
bila nk sambung sambungannya ni?
terbaek la mama riff...yeay!
sporting gile dpt mertua macam tu...yg tak kisah w'pun arisa janda..
boleh saya beli novel ni online?mcm mana saya nak dapatkan?
bestlah cerita ni.mama Riff tu baiklah,klu dpt mentua mcm tu kan bgs?Riff pun baik orgnya :)
cerita ni dah dinovelkankah?
wah,best 100 kali..haha,xsabar nk tengok arisa yg jeles!!selama ni arisa dingin je..zarif cepat2 panaskan arisa!!!
best...rasa seronok sangat dapat emak yang begitu....
bahagianye...
Kak HR please please sambung or cepat2 jadikan novel sebenar cerita nie....dah tak sabar sgt2 nak tgu reaksi arisa lepas nih huhu... keep it up a good work kak
nk sambungan nye...xsaboooo den...sweettttt...=)
cepat lah sambung kak hanni. pleaseee.. hehe
best2....i like..=)
kak hanni....nak lagi sambungannya..oooooooo pls continue...
kak hanni....nak lagi sambungannya..oooooooo pls continue...
wah sonoknya... suka sangat mak zariff sporting sangat...
hanni...
bru jer ikut cietr neh! best! and want more. pleeeeaasssseeeee!!!!
SLALU IKUTI CERITA HANNI RAMSUL... DR 1ST NOVEL SAMPAI YANG PALING LATEST...
SEMENYE TAK MENGECEWAKAN.. TAK RASA RUGI BLI NOVEL HANNI RAMSUL...
MUNGKINKAH... MUNGKIN JUGA PASTI DIBUKUKAN JUGAK... GOOD LUCK, TERUSKAN USAHA DEMI PEMINAT2..
P/S: cepat2 upload next topic...
Post a Comment