Monday, May 9, 2011

Mungkinkah? 12

Sesekali apabila Arisa berpaling ke arahnya, segera dia melarikan pandangan ke arah Nabila. Membuat Nabila tersengih panjang.
            “Macam –mana aunty?,”bisik Nabila sambil mengangkat kening. Puan Zahra tersenyum senang. Memandang wajah Arisa sekali lagi. Tidak ada cacat cela pada gadis itu di matanya. Cuma hatinya cukup hairan, kenapa perlu Zariff berahsia dengannya?
            “Kita sembang kat luarlah. Nanti dia perasan pula kita bercakap pasal dia,”balas Puan Zahra juga separuh berbisik. Nabila tersengih kemudian mengangguk laju.
            “Risa. Saya nak lepak kat luar kejap dengan aunty. Awak boleh ke buat semua ni?,”
            Arisa mengangkat muka. Memandang wajah Nabila kemudian memandang pula timbunan beg kertas di hadapannya.
            “Boleh. Bukan susah pun. Isi aje semua gift ni kat dalam, kan? Bukan susah sangat,”balas Arisa bersama senyum panjang.
            “Okay, kalau macam tu, saya tinggal kejap, ya,”       
            Arisa mengangguk. Tersenyum dan cuma memandang susuk tubuh Puan Zahra dan Nabila yang berlalu meninggalkannya.  Seketika dia memandang susunan door gift yang sudah siap disediakan oleh pembantu rumah itu. Sungguh dia tidak faham kenapa dia dijemput ke sini. Juga tidak faham dengan salam persahabatan yang Nabila hulurkan padanya. Alasan Nabila, gadis itu berkata dia senang berkawan dengannya. Dan, menurut Nabila, malam ini,  Puan Zahra akan mengadakan kenduri kesyukuran. Dia datang untuk membantu apabila Nabila begitu beria-ia mengajak. Tetapi apabila tiba di sini, tidak ada apa yang perlu dibantu. Semuanya sudah dirancang rapi.
            “Ini saja ke kerja yang nak dibuat, kak?,”dia bertanya pada pembantu rumah Puan Zahra yang tekun menyusun beberapa jenis snek dan juga cenderamata ke dalam beg kertas yang berenda cantik.
            “Ha ah. Untuk makan tetamu nanti semua puan dan upah catering. Persiapan kat luar pun, pihak catering yang siapkan. Ini saja yang Puan nak buat sendiri. Ini semua untuk anak-anak yatim ni,”
            “Anak-anak yatim?,”Arisa bertanya lagi. Berminat untuk mengetahui serba-sedikit mengenai ibu Zariff. Wanita itu kelihatan agak ramah. Walaupun renungan Puan Zahra padanya sedikit pelik, namun, masih terserlah kemesraannya.
            “Ya. Memang tiap-tiap tahun, Puan selalu buat macam ni…,”
            Arisa mengangguk perlahan. Dia diajak ke sini sejak dari pagi, cuma untuk duduk meriba tangan? Perlahan dia mengeluh. Menjengah melihat melalui jendela yang terbuka. Nabila dan Puan Zahra kelihatan begitu rancak bercerita. Akrab benar hubungan mereka. Perlahan dia menggaru kepala. Dari pagi dia melayan kerenah Nabila dan Puan Zahra. Menjawab pelbagai soalan yang peribadi. Tengahari, dia dijemput pula untuk sediakan makan tengahari. Tiba-tiba dia menjadi tukang masak di rumah Zariff. Menu wajib permintaan Puan Zahra pula yang terpaksa dia sediakan. Sesungguhnya hatinya dijentik dengan seribu tanda-tanya. Sungguh dia tidak sedap hati dengan kebaikan Nabila dan Puan Zahra. Mungkinkah ada satu agenda yang sedang dirancang oleh dua wanita itu?
            “Cik Arisa…,”
            Dia menoleh. Memandang wajah pembantu rumah yang diperkenalkan sebagai Kak Piah oleh Puan Zahra.
            “Ada apa Kak Piah?,”
            “Tak pernah Puan minta tetamu yang masakkan untuk dia. Cik Nabila tu pun, dia tak pernah suruh masak. Tapi, hari ni tiba-tiba Puan suruh Cik Arisa yang masak. Special agaknya Cik Arisa ni ya?,”
            Arisa diam seketika. Memproses maklumat yang baru diperolehi. Hatinya menjadi semakin tidak menentu. Semakin yakin, ada rancangan antara Nabila dan Puan Zahra. Mungkinkah Radhi sudah membuka rahsia dia dan Zariff kepada Puan Zahra? Lelaki selicik Radhi, demi duit, pasti apa saja dia sanggup lakukan. Spontan jemarinya menyelongkar beg tangan sambil matanya dipaku kemas ke wajah Kak Piah.
            “Tak pernah ya Kak Piah?,”soalnya sedikit khuatir.
            Kak Piah menggeleng. Arisa pula mengangguk perlahan. Terus menyelongkar mencari telefon bimbitnya. Mahu menghubungi Zariff. Tiada. Sekali lagi diselongkar dan akhirnya dia mengeluh perlahan. Lupa sudah dua hari dia perang dingin dengan Zariff dan sudah dua hari juga telefon bimbitnya disimpan di dalam laci meja soleknya. Kebetulan pula Zariff sudah dua hari ke Seremban. Ada urusan di sana. Perlahan dia menggaru kepala yang tidak gatal. Ada rasa menyesal kerana menyimpan telefon di situ. Perlahan juga dia mengeluh berat.
            “Tapi…masakan Cik Arisa memang power. Sedap. Puan tu cerewet tu. Nak-nak kalau bab makanan ni. Tapi, rendang daging yang Cik Arisa buat tu, boleh dia makan aje. Tak ada komen apa-apa pula tu. Maknanya dia sukalah tu,”
            Dalam kerisauan, Arisa mengerling.
            “Mana Kak Piah tahu sedap?,”soalnya separuh mengusik.
            “Masa kemas-kemas bila Puan dengan Cik Arisa dengan Cik Nabila dah selesai makan tadi, Kak Piah rasa sikit,”jawab Kak Piah bersama gelak kecil, membuat Arisa turut tergelak.
            “Tak payah bercik dengan sayalah. Saya pun macam Kak Piah juga. Pekerja biasa saja. Cuma, saya pelik, kenapa Cik Nabila tu nak berkawan dengan saya, ya? Kenapa jemput saya ke sini, padahal bukan ada kerja pun yang nak dibuat,”
            “Apa pula peliknya? Berkawan ni, bukan kena pilih siapa-siapa. Cik Arisa kawan Cik Nabila, pekerja Encik Zariff, tak ada peliknya kalau Cik Arisa dijemput,”
            Arisa tersenyum. Sekali lagi dia menjengah keluar. Kini Puan Zahra dan Nabila sibuk memberi arahan kepada beberapa orang daripada pihak catere barangkali untuk memasang kanopi. Melihat keakraban Puan Zahra dan Nabila, hatinya semakin resah. Saat ini, dia benar-benar memerlukan Zariff di sisi. Kalaulah dia dihujani soalan yang bertubi-tubi daripada Puan Zahra tentang hubungannya dengan Zariff, sekurang-kurangnya lelaki itu ada untuk melindunginya. Dia tidak mahu berdepan situasi sebegini sendirian.
            “Risa!,”
            Arisa tersentak. Terpana melihat Nabila dan Puan Zahra sudah pun berada di hadapannya. Nabila tergelak.
            “Jauh betul mengelamun. Saya panggil pun tak dengar,”ramah Nabila menyapa.
Arisa cuma mampu mengukir sekuntum senyum yang cukup tawar. Memandang dua wajah di hadapannya dengan hati yang penuh wasangka.
“Menungkan apa tu?,”Puan Zahra pula bertanya.
Arisa tersenyum lagi. Perlahan dia menggeleng.
“Puan…Nabila…rasanya saya balik dululah. Tak ada apa yang perlu saya tolong nampaknya,”
“Arisa, kamu jemputan saya. Saya tak panggil kamu ke sini untuk menolong. Saya panggil kamu untuk bersama-sama dalam majlis malam ni,”Puan Zahra bersuara lembut.
“Malam nanti, saya datang lagi,”dalih Arisa bersama senyuman.
Puan Zahra tersenyum lebar.
“Apa salahnya tunggu saja di sini. Tunggu dengan Nabila. Kenapa? Kamu tak selesa ke berada di sini?,”
Arisa tersenyum kelat. Mahu sahaja dia terus menolak pelawaan itu. Namun, bibirnya seakan dikunci. Doanya cuma satu. Janganlah dia diserang saat ini. Tidak sanggup dia berhadapan dengan kemarahan Puan Zahra dan Nabila sendirian.
“Kenapa ni? Kamu nampak resah betul. Ada masalah ke?,”Puan Zahra bertanya lagi.
Laju dia menggeleng. Tiba-tiba ada rasa menyesal mendera perasaannya. Kalaulah dia mendengar nasihat Zariff untuk menjauhi Nabila. Tetapi, bukan dia yang mencari Nabila. Nabila yang tidak henti-henti cuba mendekatinya.
“Suami kamu tak suka kamu ke sini?,”duga Puan Zahra lembut.
Arisa menelan liur. Gelengannya semakin laju. Topik ini sudah semakin tidak selamat.
“Dah berapa lama ya, Arisa berkahwin?,”
Arisa membetulkan duduk. Tiba-tiba sofa lembut itu terasa bagai ada duri. Cukup membuat dia sangat tidak selesa. Bakal bermulakah episod pembohongan di dalam hidupnya?
“Arisa?,”
Arisa mengangkat muka. Mempamerkan sekuntum senyum yang sedikit kelat.
“Dalam enam bulan,”lambat-lambat Arisa menjawab. Doanya cuma satu. Munculkanlah Zariff di sini.
“Baru lagi ya. Suaminya orang mana?,”
Arisa semakin gelisah.
“Orang sini…,”bagai ada batu yang mengiringi setiap patah perkataannya.
“Sama tempat kerja ke?,”
Degup jantungnya laju tiba-tiba. Soalan itu mampu membuat dia bisu. Tidak berkelip matanya memandang wajah tenang Puan Zahra dan wajah selamba Nabila bergilir-gilir. Semakin keliru. Wajah-wajah itu tiada riak marah. Mungkinkah dia yang terlalu berprasangka? Mungkin Puan Zahra dan Nabila memang tidak mempunyai niat tidak baik.
“Emm….,”
“Mama….,”
Suara itu spontan membuat dia mengeluh lega. Serentak dia dan Puan Zahra berpaling ke arah pintu utama. Memandang Zariff yang tercegat di situ. Ada ekspresi terkejut di wajah lelaki itu. Dia sendiri juga sedikit pelik dengan kemunculan itu.
“Riff… kata esok baru balik,”
Zariff tersenyum lebar.
“Mama kan buat kenduri. Saya balik awal sikit,”
Puan Zahra mencemik. Menjeling ke arah Nabila yang tersengih panjang.
“Selalu tiap-tiap tahun, kalau mama buat kenduri macam ni, kamu tak pernah nak muncul pun. Sibuk dengan kawanlah. Sibuk dengan kerjalah. Ada saja alasan nak mengelak. Kenapa tiba-tiba tahun ni, jadi prihatin?,”
Zariff menggaru kepala. Memandang sekilas ke arah Arisa yang diam di sofa.
“Mama…caterer kat luar. Apa kata mama pergi jumpa dia orang,”Zariff mencari alasan.
Cepat Puan Zahra mengangkat punggung.
“Ya ke?,”
Zariff mengangguk bersama senyum.
“Mama keluar dulu. Billa jom. Piah, mari tolong saya di luar,”
Terkebil-kebil Arisa memandang Puan Zahra, Nabila dan Kak Piah yang tergesa-gesa keluar. Seketika, dia mulai sedar, dia sepatutnya menyertai Puan Zahra. Segera dia mengangkat punggung. Bergerak mahu meninggalkan ruang tamu yang luas itu. Sebaik melintasi Zariff, jemarinya dipaut erat. Zariff bergerak rapat ke dinding sambil menarik tangannya. Sama-sama terlindung di sebalik daun pintu.
“Awak buat apa ni?,”
“What are you doing here?,”
“Nabila ajak saya datang…,”
“Lagi-lagi Nabila. Berapa kali I cakap…,”
“Okay, lepas ni, saya sumpah saya tak akan berbaik dengan Nabila lagi,”tingkah Arisa dengan nada suara sedikit rendah. Zariff diam. Memandang wajah Arisa yang sedikit mencuka, membuat dia teringat pada kelancangan mulutnya beberapa hari yang lalu. Pasti Arisa masih marah.
“You masih marah?,”
“Tak,”
“Betul?,”
Arisa membuang pandang. Kemudian wajah Zariff ditatap lama.
“Ya. Betul,”jawabnya acuh tidak acuh.
Zariff tersenyum.
“Kalau dah tak marah, kenapa tak ada senyuman pun untuk I?,”
Laju Arisa mengukir senyum.
“Okay? Puas hati? Now, lepaskan tangan saya. Saya pasti mesti awak tak mahu tunang awak dan mak awak tahu pasal ni, kan?,”
“Belum habis lagi…,”
“Apa lagi?,”
“Kenapa I called you tak dapat? Dua hari I call you macam  orang gila. Tahu tak? Kenapa tak jawab call I?,”
“Phone dalam laci,”jawab Arisa selamba.
“Hah? Dalam laci?!,”
            “Saya malas nak jawab. So, saya simpan dalam laci,”
            Zariff tergelak sumbang. Tajam merenung wajah yang cukup selamba itu. Begitu rupanya cara Arisa mengelak panggilannya. Mahu dimarah pun, rasa rindu melebihi rasa marah itu sendiri. Jemari Arisa dilepaskan dan perlahan dia membawa tubuh itu ke pelukannya.
            “I am crazy about you. Nak marah pun tak boleh. Tapi, kalaulah ada hal urgent macam-mana? Jangan buat macam tu lagi, ya,”
            “Hal urgent apa pula? Urusan rasmi cuma di pejabat kan? Cuma di waktu pejabat. Semua call awak kat pejabat saya jawab. Kan? Semua soal kerja, beres kan?,”
            Zariff diam seketika. Cuma memandang wajah Arisa yang cukup bersahaja.
            “Kalau I ditimpa sesuatu macam –mana? Kalau call tu untuk inform I accident or…I meninggal sebab kemalangan ke, macam –mana?,”
            Arisa terkedu. Spontan jemarinya menutup bibir Zariff. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari bibir itu. Jantungnya tiba-tiba berdetak laju mendengar andaian-andaian sebegitu. Tidak sanggup membayangkan hal-hal buruk sebegitu.
            “Jangan cakap macam tu,”
            Zariff tergelak senang. Mengeratkan pelukannya. Merenung dalam ke sepasang mata yang selalu membuat dia gila bayang.
            “Kenapa? You risau? You takut apa-apa terjadi pada I. Kan? You takut kehilangan I. Betul tak?,”
            Arisa mencemik. Pelukan Zariff dirungkai perlahan.
            “Jangan perasan ya Encik Zariff. Ucapan kita tu, satu doa. Saya cuma tak nak Encik Zariff kita ni, berdoa yang bukan-bukan untuk diri sendiri. Itu saja sebabnya,”Arisa bersuara sambil membetulkan kolar baju kemeja T merah yang dipakai Zariff. Mengukir senyum manis sambil kenyitkan mata pada lelaki di hadapannya itu. Sengaja mahu membuat rasa geram singgah di hati Zariff. Namun, sebaliknya dirinya sekali lagi jatuh ke pelukan Zariff.
            “I don’t believe it,”Zariff bersuara cukup hampir di telinganya.
            “Awak… nanti emak awak nampak. Nabila nampak…awak dah sedia ke nak kena marah? Saya tak nak kena marah depan orang ramai macam tu. Dahlah mak awak dengan bakal tunang awak tu pelik semacam dengan saya,”bisik Arisa sedikit keras sambil menolak tubuh Zariff. Zarif meleraikan pelukan bersama senyum panjang.
            “I sanggup,”jawabnya perlahan sambil menyentuh dagu Arisa. Menghadiahkan satu renungan yang cukup lembut untuk wanita itu. Renungan yang sering membuat bibir Arisa bakal terkunci.
            “Cik Arisa…,”
            Mendengar teguran itu, spontan Zariff meniup mata Arisa. Membuat Arisa tersentak. Mergerdipkan mata dek hembusan Zariff.
            “Dah okay?,”soal Zariff lembut.
Arisa membuang pandang sambil menggosok mata. Zariff pula selamba berpaling ke arah pembantu rumahnya yang terkebil-kebil memerhati. Sedikit terkedu barangkali.
“Kenapa? Pelik ke tengok orang hembus mata masuk habuk?,”soalnya sambil memandang wajah Kak Piah. Kak Piah tersenyum sambil menggeleng.
“Ada apa, Kak Piah?,”soalnya lagi.
“Tak ada. Puan tanya kalau-kalau Cik Arisa perlukan apa-apa,”
Arisa bergerak menjauh daripada Zariff sambil terus menggosok matanya yang sedikit pedih. Bukan kerana habuk tetapi kerana hembusan kuat Zariff. Zariff tersenyum kecil.
“Saya tak nak apa-apa. Nak keluar tolong Puan Zahra ni,”
“Betul ni? Encik Zariff? Nak minum petang ke?,”
“Saya pun tak nak. Nak mandi kejap,”
“ Kalau macam tu, Kak Piah keluar ke sana balik lah ya. Nak tolong diaorang keluarkan lauk dan nasi,”
Zariff mengangguk. Kak Piah berlalu.
“I sanggup… konon,”ejek Arisa sebaik bayang Kak Piah menghilang. Zariff merenung tajam.
“What?,”soalnya sedikit tidak berpuas-hati dengan ejekan Arisa.
“Apa what? Baru terserempak dengan Kak Piah, dah menggelabah berlakon. Pedih mata saya, tahu. Macam tu, I sanggup?,”
Zariff tergelak besar.
“Spontanlah sayang. Sumpah. Tak disengajakan. Sakit ya mata tu? Nanti… malam nanti I kiss. Hilanglah sakitnya,”
Arisa mencemik. Sempat membuang pandang sambil berlalu pergi dengan langkah panjang. Meninggalkan Zariff berpeluk tubuh mengiringi langkah Arisa dengan pandangannya. Dari jauh melihat Arisa mula menyertai Nabila dan ibunya. Ada penjelasan yang dia perlukan daripada Arisa. Namun, saat ini dia cukup terhibur dengan tingkah Arisa. Perlahan senyum terukir di bibirnya sambil dia melangkah malas menuju ke arah biliknya. Arisa oh Arisa… hatinya berlagu riang setiap kali nama itu bermain di minda.

****
           

27 comments:

Siti Soleha Yahaya said...

best selalu....nak nyorok konon padahal mak mertua dah tahu status tuh..hehehe....
best...best

Anonymous said...

bestnye......

Anonymous said...

sukanya.....

Anonymous said...

best best...lagi lagi..(tamak la pulak ..he he)
-che`leen-

Anonymous said...

buat lagi byk adegan nyorok2 dari puan zahra dan billa.dan juga adegan romantik zariff dan arisa.

cactaceous opuntia said...

haha..konflik nye best la kak..sbb nabila tu xjahat..haha..

syahsulaiman said...

soooooo sweeerttttt dis couple....kak hanni nk lg....

MaY_LiN said...

alololo bos ni pun..
takutla tuh

Anonymous said...

mmg best la story nii..
cepat2 la smbung...
x sabo nk bc n3 sterusnya..
:)

~cikta~

Noor Affiqah said...

lg best if pn zahra n nabila dgr ape yg zariff n arisa bual kn....hehehehe...

miznza84 said...

kak hani nk lagi.. best bangat ni..

ieda ismail said...

sukenyaaa...........nk lg

Cute Oven said...

best la crite ni...

best...masing2 tegas dan romantik
emak mertua walau kaya tak sombong dan bongkah...

suke... rasa terhibur dan bahagia...
andailah kite yg dapat mak mertua begitu...alangkah bahagianye...

Anonymous said...

tak sabar menanti sambungan selanjutnya...aduhai risa dan zariff masih lagi nak sembunyi2. agak2 jika bonda zariff n nabila pecah rahsia ni camne la rupa mereka berdua ya!

Anonymous said...

Rasa mcm dh jatuh cinta ngn zariff. Arisa u xnk bg i lah

sriyanti abdullah said...

sgt suka!!! cepat la sambung lagi

deesyirah said...

sukela dengan nada bersahja zariff ble menjawab cakap mama dia.

yanadi said...

besh la kak hanni....mmg xsbr nk tgu abes..

Anonymous said...

suka la hanni..x sabar nk tnggu bab 13..cayok2..

Unknown said...

ooh..sukenye...sy bunge2 ni! ahahaha..sy plak bunge2..pdhal arisa n zarif wataknye..ngeeee~

Anonymous said...

kalau mungkinkah ni masuk dalam buku scrap,comfirm i nak.nak baca cerita ni berulangkali...best...

just KD said...

alololooo...best n romantik sgt...hish,suke la cter nie...

Anonymous said...

agaknya kak piah nampak tak adegan peluk tu di belakang pintu?takkan cuma nampak adegan hembus habuk masuk mata je.mesti kak piah masuk atas arahan puan zahra utk intai2 apa dia org buat.boleh gitu..saja tanya risa nak apa2 ke...saja je kak piah tu..

Zahidah Zaulir said...

best! nk lagi!

Eijan said...

entah2 mama zariff & nabila dah plan nak announce pasal they all masa kenduri tu nnt...mcmana reaksi mereka ber2 agaknya ye...sure havoc....hehehe

Mädchen mit Liebe said...

Bes..bes sangat cite ni..

Please jangan buat nabilla jadi watak sangat sebab dia sangat cute bila dia baik..

nabilla and puan Zahra cool.. terbaeeekklah

Anonymous said...

kak hanni, dah 27hb ni... kenapa tak sambung lagi mini siri ni.. nak tau lagi sambunganyannya...

[11:35:50 PM] hos.getah: