Arisa mengerling agak lama sebaik kereta Zariff berhenti di tempat meletak kereta. Rasa geram masih merantai hati. Masih tidak faham dengan tingkah Zariff yang semakin pelik di matanya. Zariff semakin mengabaikan janji-janji yang dia sendiri telah tetapkan enam bulan yang lalu. Semakin membuat hubungan mereka terdedah kepada pandangan manusia lain. Satu hal yang paling tidak disukainya. Lelaki itu berkeras mahu menjemput dia ke pejabat. Seribu alasan yang dia berikan, satu pun tidak melekat di kepala lelaki itu. Sudahnya, sekarang dia yang buntu mahu memikirkan seribu alasan untuk diberikan kepada yang bertanya. Zariff pasti tidak berdepan dengan apa-apa masalah. Keluar sahaja dari kereta dan kemudian masuk ke bilik. Lelaki itu sudah selamat. Tiada siapa pun yang berani bertanya banyak. Dia yang akan menanggung pelbagai soalan yang bakal mengasak.
“Kenapa ni?,”
Arisa merenung wajah selamba Zariff. Kemudian matanya menatap pula jam di pergelangan tangan. Sudah menghampiri pukul sepuluh setengah pagi.
“Awak ada jawapan untuk soalan your staffs pada saya nanti?,”
“Pardon?,”sambil berkerut kening, Zariff bersuara. Pada masa yang sama memandang tepat ke wajah Arisa.
Arisa mengeluh panjang.
“Mesti sibuk nanti yang bertanya. Apa you buat dengan bos? You ke mana dengan bos? Kenapa you datang dengan bos? Letihlah saya nak layan soalan macam tu. Saya dah cakap tadi saya tak nak ikut kan? Saya boleh datang sendiri. Tapi, awak degil jugak. Awak masuk aje terus ke bilik. Orang nak bertanya pun fikir sepuluh kali. Yang kena berdepan nanti, saya juga,”
Zariff tergelak kecil. Itu rupanya persoalan besar yang mengganggu Arisa. Yang membuat bibir mungil itu sedikit memuncung.
“Besar ke masalah tu?,”soalnya bersama sisa senyum yang membungai bibir. Arisa membuang pandang. Menarik beg tangan lalu disangkut ke bahu. Malas melayan Zariff yang menganggap saolannya itu tidak begitu penting.
“Ada dua pilihan. First, you boleh cakap you temankan bos you jumpa client or kedua, you boleh cakap, you temankan suami you sarapan. Pilih aje yang mana you nak,”
Tangan Arisa terhenti di pintu kereta. Berpaling sambil melawan renungan redup Zariff. Sedikit terpana apabila satu kenyitan nakal dihadiah Zariff padanya. Sedikit sebanyak berjaya membuat jiwanya sedikit bergetar. Namun, perasaan itu cepat-cepat dicampak jauh dari hatinya. Hubungannya dengan Zariff tidak perlukan itu semua. Hubungannya dengan lelaki itu satu hubungan yang cukup realistik. Hubungan itu tidak memerlukan segala macam rasa yang cuma akan memburukkan keadaan. Tidak mungkin sekali lagi dia akan korbankan perasaannnya untuk insan yang bergelar lelaki.
“Awak rasa semua ni perkara main-main, kan?,”dia bersuara dingin. Zariff tersenyum cuma. Semakin hari dapat dia rasakan hati Arisa semakin keras. Pintu kereta dibuka perlahan.
“Bergantung pada bagaimana you menanggapinya,”balasnya sambil melangkah keluar. Arisa mengeluh berat. Turut sama melangkah keluar dari kereta itu. Berdiri seketika menunggu langkah Zariff sedikit menjauh. Tidak mahu sama-sama melangkah dengan Zariff. Peristiwa Zariff membawa dia ke klinik tempoh hari pun sudah berjaya menarik perhatian beberapa orang staf Zariff untuk membuka cerita hangat. Dia benar0benar tidak mahu menambahkan kehangatan cerita.
“Sayang? Tunggu apa lagi tu?,”Zariff mengusik lagi.
Arisa sudah menarik muka masam. Terasa semakin dipermainkan.
“Awak masuk dulu,”
Zariff berhenti melangkah. Berpaling sambil sebelah tangan mencekak pinggang.
“Apa yang you nak takut sangat ni? Dah, come. Masuk office, sebelum I tarik you balik semula ke rumah I. Hari ni, bos and PA datang bersama or bos and PA sama-sama tak jadi masuk office and sama-sama ambil EL. You rasa gossip mana lebih hangat?,”Zariff bersuara lagi. Sempat mengangkat kening sambil tersenyum nakal.
Tanpa banyak bicara, Arisa mula melangkah. Sama-sama mengatur langkah menuju ke ruang pejabat. Dan, bagai dijangka, renungan pertama daripada Jasmine bagai sudah tergambar apa yang sedang bermain di kepala gadis itu.
“Good morning, Encik Zariff,”
“Morning…,”
“Sama-sama lewat masuk ya hari ni,”ramah Jasmine mengusik. Zariff tersenyum selamba sambil berpaling memandang wajah Arisa yang tidak berperasaan.
“Kereta Arisa rosak,”dia bersuara sambil pandangan dilarikan semula ke wajah Jasmine. Jasmine mengangguk sambil tersenyum panjang.
“Ada call untuk saya? Or message for me during my PA tak ada tadi?,”
“Ada. Bakal tunang Encik Zariff call. Banyak kali. Dia cakap, nanti dia nak datang,”
“Oh… ok,”seringkas mungkin Zariff menjawab sambil mengerling ke arah Arisa. Mahu melihat reaksi wanita itu.
“And… Puan Arisa. Ini pula untuk Puan,”Jasmine menyambung bicaranya sambil mengeluarkan satu jambangan mawar merah dari bawah kaunter. Langkah Zariff terhenti. Arisa pula perlahan menggaru dahi.
“Awak ambillah,”akhirnya dia bersuara perlahan.
“Kenapa tak ambil? Tak baik tolak pemberian orang,”Zariff mencelah bersama renungan yang cukup dalam. Arisa tersenyum kecil. Lelaki ini… sudah tahu kenapa ditolak, masih juga mahu bertanya.
“Saya tak suka mawar,”dalihnya sekadar berbasa-basi.
“Then, you patut beritahu si penghantar tu, you nak bunga lain,”
Arisa mengukir senyum.
“Saya tak suka pada yang hantar bunga ni, Encik Zariff,”sampuk Arisa ringkas. Sengaja mahu melayan permainan Zariff. Zariff tersenyum lebar.
“Begitu ke?,”
Arisa menjongket bahu
“Kalau macam tu, senang saja. Jasmine, mulai esok, jangan ambil lagi bunga ni. Atas arahan I, I tak benarkan jambangan bunga ni, dihantar lagi ke sini,”ujarnya sambil berlalu. Meninggalkan Arisa yang sedikit kagum. Kenapalah selama ini dia tidak mengambil pendekatan sebegitu? Kenapalah dia sering mengeluh tiap kali melihat jambangan itu sedangkan dia boleh mengambil pendekatan yang baru sahaja diambil oleh Zariff.
“Pandailah boss awak. Kenapa saya tak terfikir nak buat macam tu, ya?,”dia bersuara selepas Zariff berlalu meninggalkan dia dan Jasmine. Jasmine tersengih.
“Nanti tak dapatlah saya nak bawa balik bunga free,”rungut Jasmine sambil membawa jambangan mawar itu ke hidungnya. Arisa tersenyum kecil.
“Kenapa Kak Rissa tak suka dengan si pengirim ni? Hari-hari dapat bunga ni. Kalau saya, dah lama terpaut,”
“Jangan cepat terpaut hanya dengan dapat bunga macam ni. Kalau nak cari teman hidup, cari betul-betul. Jangan cepat terpedaya dengan mulut manis. Dengan hadiah banyak-banyak. Sekarang ni, susah nak cari lelaki baik,”
“Bos tu?,”sampuk Jasmine bersama senyum nakal.
“Awak lagi tahu perangai dia kot. Saya baru nak dekat dua tahun di sini. Awak lagi lama lama kerja di sini,”
“Tapi, Kak Rissa yang selalu berdamping dengan dia. Kami ni, cuma tengok dari jauh aje…,”
Arissa tersenyum kecil.
“Kak Rissa tahu tak? Ada yang bertanya kat saya ni…,”
“Tanya apa?,”
“Ada yang tanya, kak Rissa ada apa-apa ke dengan encik Zariff tu? Tapi, kalau bukan orang tanya, saya pun sebenarnya nak tanya juga soalan tu,”
“Kenapa nak tanya soalan macam tu pula?,”
“Sebab saya tengok Encik Zariff tu caring semacam aje dengan Kak Rissa. Sedang bercinta ya?,”
Arisa tergelak halus. Nampaknya gosip sudah mula mengambil tempat. Ini semua Zariff punya pasal.
“Saya tak percaya pada cinta. Mengarut semua tu. Okaylah. Saya kena kerja. Awak pun kena kerja kan? So, buat kerja elok-elok. Jangan bergosip,”
Jasmine tersengih.
“Saya tak bergosip. Saya tolong dengar aje. Lepas tu saya inform kat Kak Rissa,”
“Pandailah awak,”
Jasmine tersengih lagi sambil mendakap jambangan mawar miliknya. Arisa melangkah meninggalkan kaunter penyambut tetamu. Mahu memulakan kerja yang sudah sedikit terlewat. Bukan salahnya. Zariff yang membuat dia terlewat dan nampaknya majikannya itu benar-benar tidak kisah. Barangkali lelaki itu sudah tahu hari ini jadual kerjanya memang tidak penuh jadi dia boleh sedikit leka dengan hal peribadinya. Sedang dia… begitu banyak senarai kerja yang setia menanti.
Sebaik tiba di tempatnya, dia duduk seketika di meja sambil menongkat dagu. Di kepala mula merangka-rangka untuk menyusun kerjanya.
“Rissa, I keluar kejap,”
Arisa mendongak. Zariff sudah tercegat di hadapannya.
“Keluar dengan bakal tunang ke?,”terpacul soalan itu di bibirnya. Zariff tercegat di hadapannya. Memandang wajahnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak mengerti akan maksudnya. Cukup dalam renungan itu. Menikam sehingga ke relung hati. Membuat dia mula dijentik risau. mungkinkah dia sudah tersilap cakap?
“Kenapa? Saya salah cakap ke?,”
Zariff sekadar menjongket bahu. Sedang matanya terus mengamati tingkah Arisa. Arisa kelihatan cukup bersahaja. Benar-benar tidak berperasaan. Membuat dia mula rasa kurang senang. Hatinya membengkak dengan cemburu apabila melihat jambangan mawar daripada bekas suami Arisa, sedangkan Arisa seperti tidak berperasaan apabila bercakap tentang seseorang yang bakal bertunang dengannya. Terasa situasi itu cukup tidak adil. Dia mahu Arisa merasakan apa yang sedang dia rasai.
“Kenapa you tanya? Cemburu ke?,” Arisa tergelak halus. Melawan renungan Zariff bersama senyum meleret.
“Perasaan tu tak ada dalam perjanjian kita. Kan?,”ujarnya dengan nada yang cukup mempersona di telinga Zariff.
Zariff tersenyum kecil. Memang Arisa benar-benar membuat dia hilang kewarasan. Semakin hari semakin dia sedar, dia memang tergila-gilakan isterinya ini. Namun, dengan senyum selamba Arisa sungguh dia gagal menebak perasaan sebenar Arisa.
“Bukan. I nak jumpa client. Petang ni I free kan? Tak ada appointment apa-apa kan?,”
“Tak ada. Kenapa? Lama ke keluar ni?,”
“Tak pasti. Anything just call me,”
Arisa mengangguk perlahan. Zariff melemparkan senyum sambil mula mengatur langkah.
“Oh ya… tadi Jasmine cakap bakal tunang awak nak datang. Kalau dia datang?,”
“Cakap aje I ada meeting kat luar…I tak suka ada gangguan masa I kerja,”
Arisa mengangguk lagi.
“Kalau you ganggu, tak apa,”usik Zariff sambil sekali lagi menghadiahkan satu kenyitan memikat. Arisa menggeleng perlahan sambil mengiringi langkah Zariff dengan ekor matanya. Mindanya mula berbicara. Mula berasa hairan apabila Zariff tidak pernah bercerita dengannya tentang rancangan pertunangan lelaki itu. Namun, bila difikirkan, tindakan Zariff tetap wajar. Hal pertunangan lelaki itu tidak ada kena mengena dengan dirinya. Barangkali sudah sampai masanya untuk Zariff meminggirkan dirinya. Tidak lama tempoh yang diperlukan oleh seorang lelaki untuk berasa bosan dengan perempuan. Dia tersenyum sinis. Mungkin inilah lelaki.
“I sukakan you,”
“Mudah betul prinsip Encik Zariff ya. Sebab Encik Zariff suka saya, saya kena setujulah ikut cadangan tak bermoral Encik Zariff tu ya?,”
“Kenapa? Salah ke?,”
“Encik Zariff nak ajak saya scandal dengan Encik Zariff, itu tak salah?,”
“I tak nampak salahnya. I single you pun single,”
“Ya saya single. Tapi, hidup saya tak bebas macam Encik. Jadi, kita tak sehaluan. Encik Zarif cari saja orang lain untuk jadi teman Encik Zarif. Berhentilah kacau saya macam ni. Saya datang sini untuk kerja. Untuk cari rezeki. Kalau Encik Zariff boleh biarkan saya berkerja dengan aman, sampai mati saya betul-betul terhutan budi dengan Encik Zariff,”
“I don’t think so. I benar-benar nak bersama dengan you. I boleh tawarkan apa saja. I tahu masalah you. Asal you setuju, I boleh tolong you,”
“Masalah saya?,”
“Yup. I tahu masalah kewangan you. Tanggungjawab you. I boleh tolong you…and you tolong I,”
Dia tersenyum hambar. Sepintas dialog itu mengisi ruang mindanya. Hanya disebabkan malas untuk terus melayan kerenah Zariff yang membuat dia rimas, dia sendiri tidak percaya dia boleh bersetuju dengan rancangan tidak masuk akal Zariff.
“Kalau Encik Zariff betul-betul nak hidup dengan saya, kita nikah,”
Itulah sebaris ayat yang diucapkan sekadar untuk membuat Zariff tawar hati. Memang niatnya ketika itu adalah untuk membuat Zariff bosan dan berhenti mengganggunya kerana dia tahu lelaki seperti Zariff tidak mungkin akan setuju untuk terikat dengan satu komitmen yang begitu besar. Dan, jawapan Zariff benar-benar jauh menyimpang. Dengan tenang Zariff menyatakan persetujuannya. Jawapan yang membuat dia membisu berhari-hari. Terkejut yang bukan sedikit. Zariff yang suka berkawan dengan ramai gadis tiba-tiba manyatakan persetujuan untuk mengahwininya hanya kerana dia tidak mahu mengikut rentak Zariff. Dalam keadaan berbelah-bagi dia tidak tahu tindakan yang diambil itu betul atau tidak. Berkahwin dengan Zariff bermakna gangguan Zariff tidak lagi menjadi satu kesalahan, dan dia juga tidak lagi perlu berasa tertekan dengan pelbagai pendekatan merimaskan yang diambil oleh majikannya. Dari datu sudut lain pula, perkahwinan ini bagai satu ikatan yang cuma untuk menghalalkan satu hubungan terlarang. Dan, perkara itu sungguh-sungguh tidak wajar. Namun, akhirnya hubungan itu terjalin juga. Satu perkahwinan tanpa perasaan yang indah-indah. Satu perkahwinan yang mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Apa yang perlu dia lakukan sekarang cuma bersedia untuk mendengar ucapan selamat tinggal daripada Zariff.
Perlahan dia mengeluh. Tersedar dia sudah sedikit jauh melayan perasaan. Satu perkara yang sudah lama dia tinggalkan. Perlahan dia mencapai organizer miliknya. Mahu melupakan situasi antara dia dan Zariff. Menumpukan perhatian kepada kerja jauh lebih baik daripada mengingati semua itu.
*****
14 comments:
yess... dah ada n3 masyuuukkk.....
rindu dah sgt2 kat pasangan ni...
owhh.. bekas suami rupanya.. ingatkan bekas kekasih....
akhirnya kuar jg entri baru.
Sambung lg...
salam..kak terbitla novel ni..mesti laku..rasa nak baca cerita ni sampai habis..dlm satu masa..mcm novel kak yg dibukukan itu...tahniah kak saya mmg ari ari masuk kak punya blog nak tau cerita selanjutnya..cepatla update kan ya..da macam satu kemestian pula nak baca cerita ni ari ari...
stelah sekian lama menunggu huhu
akak smbungla cpt2
zariff cpt cairkan hati arisa
nk diorg hepy together2
hikhikhik..
nak lg
10k's kak hani...
best2.. thanks kak hani..
akhirnya ada pun n3 dari akak..
akhirnye ade n3 br...sy pon ari2 cek blog akak...smbung cpt2 tau xsabar nk tahu cite selanjutnye...xsanggup la kak tunggu lama2...ti lupe...huhuhu... pleeaaasssseee~~~~~
~is~
tolong cepat sambungnyer...
finally....he he..yg ditunggu ada juga akhirnya..bilakah episod kesudahan citer yg best nie..
awak..biler la KSRI nak publish nie..tak sabo nak baca ending..
besr selalu.....
lama tul tunggu sambungan..sekali sambung panjang...besttt... sambung lagik ehehehe
kasihan betul kat Arisa....hidup penuh dugaan,,,
Post a Comment