Tuesday, January 25, 2011

Biar YM Terus Bicara... 7

“Agak-agak dah masak ke belum ni, Tini?,”
            Tini tergelak. Aku tunduk memandang ketuhar yang tertutup rapat. Gelak kecil Tini tidak aku hiraukan. Fokusku cuma pada kek coklat hasil tanganku. Entah menjadi entah tidak. Dan, yang paling penting, entah kena atau tidak dengan selera Encik Firdaus.
            “Sabarlah Puan. Kejap lagi masaklah tu,”
            Aku tersengih.
            “Harap-harap jadilah kek saya ni,”dengan penuh harapan aku bersuara. Bergerak malas ke meja.
            “Dah ikut resepi tu. Mesti jadi tu. Nanti bolehlah Encik Firdaus minum petang dengan kek coklat Puan,”
            Aku tersenyum lagi. Tidak sia-sia aku membeli buku resepi tempoh hari. Hari ini, berjaya juga aku buatkan kek coklat untuk Encik Firdaus. Itu pun dengan bantuan Tini yang sabar melayan. Ketiadaan ibu dan ayah mertuaku, memberi peluang untuk aku mencuba. Bunyi enjin kereta menarik perhatianku. Segera aku menjengah. Kereta Mia. Aku mengerutkan kening. Sedikit hairan.
            “Saya ke depan kejap, Tini. Ada tamu tu,”
            “Yalah,”
            Aku tersenyum nipis. Bergerak pantas ke pintu utama. Tercegat di situ melihat Mia membuka pintu keretanya perlahan. Melihat pintu di sebelah penumpang turut terbuka, membuat aku semakin disapa rasa hairan. Lebih hairan melihat Encik Firdaus yang melangkah keluar dari kereta Mia. Kaku seketika aku di situ. Senyum lebar Encik Firdaus menyedarkan aku. Pantas aku bergerak mendekatinya. Segera mengucup tangannya.
            “Ya ALLAH. Apa dah jadi dengan isteri abang ni?,”
            “Jadi apa?,”
            Encik Firdaus tergelak. Mia pula tersenyum kecil.
            “Tini dera sayang ke?,”
            Keningku sudah berkerut.
            “Apa abang cakap ni?,”
            Tawa Encik Firdaus terus berlagu riang di telingaku. Perlahan jemarinya mengusap wajahku. Membuat aku sedikit gelabah. Segan pada Mia yang memerhati. Segera aku sedikit menjauh.
            “Ada tepung kat pipi ni. Ini apa ni kat dagu ni?,”
            “Hah?,”laju aku menyapu muka. Membuat Mia turut tertawa.
            “Awak buat kek coklat ke Diya?,”
            Aku terdiam. Cuma tangan masih laju menyapu muka. Segan pula apabila berdepan dengan Mia dalam keadaan yang comot. Lebih segan untuk menjawab soalan Mia.
            Encik Firdaus merenungku. Renungan yang menyampaikan soalan yang sama dengan Mia.
            “Belajar sikit-sikit,”akhirnya aku menjawab lambat-lambat.
            “Kiranya saya langkah kanan ke ni?,”
            Aku tersenyum.
            “Masuklah. Tapi, kena tunggu kejap. Sebab belum masak lagi,”
            Mia tersenyum.
            “Tak apalah. Ada hal ni. I just hantar Fir ni. Maybe next time ya. I kejar masa ni,”
            “Betul ni, tak nak tunggu. Rugi you. Wife I yang masak ni,”
            Mia tertawa. Aku menjeling ke arah Encik Firdaus yang tersenyum lebar.
            “Tak apa. Next time, you buat special untuk I je tau, Diya,”
            Aku tersengih. Encik Firdaus pula terus merapatiku sambil selamba memaut pinggang.
            “Mana boleh. Yang special semuanya untuk I saja tahu. Bukan untuk orang lain,”
            Mia mencemik dengan riak bergurau. Aku turut tersenyum kecil. Walau sedikit malu, namun hatiku berbunga riang dengan layanan Encik Firdaus.
            “Okaylah. I pergi dulu. Diya, sorry ya. Maybe lain kali boleh rasa chocolate cake awak,”
            “Tak apa. Esok masih ada,”balasku. Mia tersenyum sambil terus bergerak menuju  ke  arah keretanya. Sempat membunyikan hon sebelum bergerak meninggalkan halaman.
            “Nasib baik….,”aku mengeluh lega. Encik Firdaus menoleh. Ada renungan hairan untukku.
            “Nasib baik?,”
            “Yalah. Nasib baik Mia tak jadi tunggu. Malulah kalau Mia rasa kek Tiya tak sedap,”
            Encik Firdaus tergelak.
            “Tak baik tau. Rupa-rupanya tak ikhlas lah pelawa tadi, ya?,”
            “Bukan tak ikhlas. Tapi, segan,”terangku sambil tersengih.
            “Kereta abang mana? Kenapa Mia yang hantar?,”
            “Ingat dah lupa soalan tu. Abang dah lupa pun jawapan yang abang dah prepare tadi,”Encik Firdaus mengusik tanpa menjawab soalanku. Aku kerutkan kening. Bergerak mahu melangkah pergi. Namun, pelukan di pinggang terasa semakin merapat.
            “Kereta abang kat bengkel. Minta tolong Mia datang jemput abang tadi,”
            “Macam tak boleh minta tolong dengan orang lain. Tiya kan ada. Call lah Tiya. Tiya boleh pergi jemput,”
            “Abang tak nak susahkan isteri abang,”
            Aku mencemik.
            “Susahkan Mia, tak apa pulak? Memang dah lama Tiya perasan, lately abang bukan main rapat dengan Mia tu,”
            “Ya ke? Bukan dah lama ke abang rapat dengan Mia tu?,”
            “Abang ni. Sengaja nak buat Tiya marahlah ni,”
            Encik Firdaus tergelak halus. Menatap wajahku yang sudah mencuka.
            “Abang pun perasan juga. Lately cemburu Tiya pada Mia bukan main menjadi-jadi,”
            “Yalah. Tiap-tiap hari cerita pasal Mia aje. Mia itulah , Mia inilah. Tiya pakailah baju macam Mia tu. Tiya potong rambut macam Mia tu, nak? Sekarang ni abang macam dah nak Tiya jadi klon Mia tu,”
            Gelak Encik Firdaus kini bertukar tawa besar. Membuat muncungku semakin panjang. Memang sekarang Encik Firdaus begitu mengagumi setiap apa yang Mia lakukan. Selama ini, aku diamkan sahaja. Tapi, rasanya sabarku sudah sampai ke penghujung.
            “Sayang marah ke?,”
            “Memanglah marah. Cuba cakap, isteri mana yang suka kalau suami dia asyik nak dia jadi orang lain. Dulu bukan main lagi cakap. Cinta Tiya sebagaimana diri Tiya konon,”
            “Abang minta maaf, okay. Tak tahulah. Abang memang suka benar tengok penampilan Mia tu sekarang. Tapi, hati abang cuma untuk isteri abang ni aje,”
            Bulat mataku merenung wajah Encik Firdaus. Dalam memujuk pun, masih sempat diselitkan kekagumannya pada Mia. Pantas tanganku menolak dadanya. Tidak mahu lagi berada di dalam pelukannya. Encik Firdaus cuma tersenyum sambil membuat muka bodoh.
            “Lepaslah,”
            “Kiss dulu,”
            “Jangan haraplah. Tiya tengah tak ada mood. Tiya nak tengok kek Tiya,”
            “Abang pun tak ada mood nak lepaskan Tiya ni,”
            Aku cuma menjeling tajam.
            “Seriuslah. Tiya nak tengok kek. Boleh sediakan minum petang sekali,’
            “Tini kan ada,”lembut sahaja suara Encik Firdaus menyapu telingaku. Membuat tolakanku mereda.
            “I miss you…,”
            Aku mencemik. Nak beli jiwalah tu.
            “Rindu apanya. Pergi office pun nak rindu-rindu ke?,”
            “Yalah. Sebab hari ni tak jumpa Ugly Betty. Call Tiya pun tak jawab. SMS Diya pun tak ada reply,”
            Kata-kata itu membuat aku menunduk. Sembunyikan senyum yang mula menemani bibir. Berdebar-debar mendengar pujukan Encik Firdaus. Indahnya bahasa Encik Firdaus. Hilang marahku seketika.
            “Mana pergi ketiga-tiga girlfriend abang tu ya?,”berbisik sahaja soalan itu menyentuh telingaku. Lembut, selembut sentuhan jemarinya di wajahku. Mengelus rambutku sambil diselitkan ke telingaku. Melayang seketika aku dengan kelembutan Encik Firdaus.
            “Tiga-tiga busy buat kek,”
            Encik Firdaus tergelak halus.
            “Kalau macam tu, tiga-tiga kena denda ni. Sebab buat abang rindu ni,”
            Aku tersenyum malu. Namun, cuma seketika. Leka seketika aku dengan pujukan Encik Firdaus, sehingga aku terlupa pada marahku.
            “Abang jangan nak pujuk-pujuk Tiya. Ingat marah Tiya boleh hilang macam tu je ke?,”
            Encik Firdaus mengangkat kening. Menarikku lebih hampir sambil kenyitkan mata. Terasa luruh jantungku menerima panahan cinta itu.
            “Jangan nak goda Tiya,”
            “Kalau abang goda juga?,”
            “Tiya tak kuat iman ni. Jangan nak goda-goda,”
            Encik Firdaus ketawa riuh.
            “Iman abang pun tak kuat ni. Macam mana ya?,”bisik Encik Firdaus hampir di telingaku. Kemudian renungannya kembali menikam sepasang mataku. Aku tersenyum.
            “Senang je. Lepaskan Tiya. Bagi Tiya pergi tengok Tini,”
            Encik Firdaus menggeleng perlahan.
            “Cadangan tu tak best,”
            “Ya ke? Apa cadangan yang best?,”
            Encik Firdaus tersenyum nakal.
            “Lepaskan Tiya… ,”ujar Encik Firdaus sambil melepaskan rangkulannya. Aku turut tersenyum lega.
            “Kemudian dukung macam ni,”dengan satu gerakan pantas, Encik Firdaus mengangkat tubuhku. Membuat aku terjerit kecil. Pantas memaut lehernya.
            “Then?,”soalku dengan lirikan sedikit menggoda.
            “Then, kurung Tiya dalam bilik,”bisiknya sambil bergerak menuju ke bilik. Aku tersenyum sambil erat memeluk lehernya. Terus lupa pada kek coklat yang aku tinggalkan pada Tini.



*******

18 comments:

cik nurul said...

so sweet...
hehe..kak hanni nk lg...;)

Anonymous said...

sweet gila la couple ni.... firdaus tak habis2 romantika de amour nya....... good job la hanni.... masih byk idea utk BYMTB ni ye.....

Anonymous said...

Hanni.... tahniah ye.... dah improve scene romantik hanni ni... makin mengancam dan mendebarkan...... haaa....haaaa... seronok tul la baca......

Anonymous said...

sweet gila encik Firdaus ngn Tiya.. :)

Anonymous said...

sweet nyer klu dpt bf mc en firdaus 2 kn.. hani ble nk siap buku nih..

nana_cunoi said...

alahai...romantiknye cik firdaus..ni yg x sabar nk kawin nie...hehe..Gatal!

Anonymous said...

alai..hai comel kak ..best2


myeha ireland

MaY_LiN said...

wah..
daring nye fir ni..
hihihihi

aqilah said...

awwwww......bestnya!!!!!!!!!!!!!!!!!

AniLufias said...

hanni : tahniah...mgm best
baca smpai 2/3x pun x jemu gak
aduhai..terubat rindu kat En.Firdaus & Tiya.....^_^

Anonymous said...

best sangattttt... nak lg!!!

honeyz said...

suka sangat ngan cerita ni.. x sabar nak beli bukunya...

Anonymous said...

best nyer..cant wait for the next entry...yeayyyy..

Afi Rasha said...

best tersangat tp citer yer tergantung....
<3<3<3 it

Zass said...

best sgt2 kak hanni... memang mendebarkan.. stu lagi.. memang menggeramkan.. takkanlah en.firdaus tu tidak faham-faham dengan sifat cemburu atiya tue.. hishhh... geram tul lah... cuma satu jelah yang sy harap tidak akan pernah terjadi dalam novel ini.. iaitu perceraian mereka dan perkahwinan en. firdaus ngan mia... memang hati ini akan hancusss luluh kalaulah itu terjadi.. memang sy tak akan baca dah ending dia... sakit sgt2 hati ini dok... pedih..perit.. walaupun bukan realiti.. tapi memang terbawa2 dlm mimpi.. boleh merosakkan mood selama berminggu-minggu... so,, plisss sgt2 ye kak hanni, jgn buat begitu ya... hahaha.. memang pelik kan permintaan saya tapi memang begitulah hakikatnya.... sy tidak boleh menerima novel yg camtu... boleh rosakkan mood saya sepanjang waktu...

ayu said...

kak hanni...
Biar YM Terus Bicara akan dibukukan juga ke nnti???

Zass said...

hrrrmmm.. i like sgt2 lah plot citer ni.. kemas. tersusun dan menarik. tak jemu-jemu walaupun baca berulang-kali.. good job kak hanni... semoga pasangan tu dikurniakan anak dengan cepat... mesti gempak masa tu.. yelah, Tiya kan takut dan sgt2 kalut.. mesti en.firdaus lagi tambah romantica de amour melayan kerenah tiya... really love this couple!!! so much!!!!

HIDAYATUSSOLEHAH said...

please sambung kak hanni..
tersekse jiwa dan ragaku ini..
kalau tak tahu sambungannye..haha
nmpaknye kena cari buku ini ni..

[11:35:50 PM] hos.getah: