Seperti biasa, sekuntum senyum terukir indah di bibir Idayu mengiringi gerak sopan pelayan restoran yang menghidangkan makanan. Hasmieza pula sekadar memerhati tingkah temannnya itu. Idayu memang kaya dengan senyuman. Senyum yang sentiasa terukir itu, umpama perisai yang melindungi pergolakan perasaan Idayu. Melihat wajah tenang dan senyum manis itu, siapa yang akan percaya Idayu sedang berdepan dengan konflik perkahwinan yang bukan calang-calang. Hasmieza mengeluh perlahan.
“Mieza… buat apa pandang aku? Makanlah. Tadi cakap lapar,”tegur Idayu melihat Hasmieza leka memandangnya. Hasmieza tersengih. Idayu menggeleng perlahan sambil menyuap nasi goreng ke mulut. Hasmieza turut mula menjamah hidangannya.
“Ada lagi barang yang nak dibeli?,”soal Hasmieza sambil memandang wajah Idayu. Idayu menggeleng perlahan.
“Rasanya dah tak ada. Thanks Mieza, temankan aku shopping,”
Hasmieza cuma tersenyum sambil menyambung suapannya perlahan-lahan.
“So, esok memang tak boleh datanglah, ya?,”
“Nampaknya macam tu lah. Aku dan Hakimi kena pergi Johor Bharu. Ada hal di sana. Sebab dah janji dengan mak dia, kita orang turun juga ke KL ni. Sorry ya Ayu,”
Idayu tersenyum panjang.
“It’s okay. Lagipun kita dapat juga jumpa hari ni. Kan?,”
“Betul. Sempat pun beli present untuk birthday boy,”
“Itu tak pentinglah Mieza,”
“Untuk kau memang tak penting. Tapi, untuk budak-budak, itulah yang paling penting. Tak ada hadiah, tak ada maknalah birthday party,”
Idayu tergelak kecil.
“So, mertua kau okay?,”Idayu bertukar topik yang lebih serius.
“Alhamdulillah. Setakat ni, tak ada masalah. Dah mula boleh sesuaikan diri. Mula-mula dulu takut juga.Yalah. Aku kahwin tergesa-gesa. Belum sempat nak kenal lama keluarga Hakimi tu. Tak tahu lagi macam mana perangai diaorang. Kau lainlah. Kau memang menantu terpilih. Belum kahwin pun, kau memang dah jadi bakal menantu kesayangan,”
Idayu tersenyum kecil.
“Jadi menantu terpilih pun buat apa? Kalau kita ni bukan isteri terpilih,” Idayu bersuara bersama senyum hambar.
“Tak baik kau cakap macam tu. Kau tak bersyukur ke dapat mertua yang baik?,”
“Mestilah aku bersyukur. Bersyukur sangat-sangat. Lebih-lebih lagi bila mama dan abah aku dah tak ada. Merekalah pengganti mama dan abah aku…tempat aku menumpang kasih. Tapi, tak tahulah sampai bila aku boleh menumpang kasih orang. Menumpang kasih mak dan ayah orang…,”
Hasmieza terdiam mendengar kata-kata Idayu. Sebak tiba-tiba. Lebih-lebih lagi melihat wajah Idayu yang mula disapa riak sayu.
“Segala yang berlaku tu, ada hikmatnya, Ayu. Kau kehilangan mama dan abah kau, tapi kau dapat Hisyam sebagai penggantinya kan? Kasih sayang Hisyam pada kau melimpah-limpah selepas peristiwa tu,”Hasmieza memujuk lembut. Tidak sampai hati melihat Idayu yang sudah mula melayan sedihnya.
Idayu tersenyum kecil mendengar bicara itu. Betul kata Hasmieza. Hisyam berubah sama sekali selepas pemergian ibu dan bapanya. Pemergian secara tiba-tiba ibu dan ayah benar-benar membuat dia hilang arah. Namun, Hisyam muncul sebagai penyelamat. Hilang sama sekali Hisyam yang kaku dan dingin. Semenjak saat itu, Hisyam sering berada di sisinya. Hisyam merawat sedihnya. Hisyam mulai mandikan dia dengan kasih sayang yang tiada berpenghujung. Perlahan-lahan dia mula menerima kenyataan. Kenyataan ALLAH lebih menyayangi ibu dan bapanya apabila ibu dan bapanya dijemput pulang padaNYa dalam satu kemalangan jalan raya. Juga, perlahan-lahan dia mulai merasai kebahagiaan bersama Hisyam.
“Betul kan?,”
Idayu mengangkat muka. Memandang wajah Hasmieza.
“Dia kasihankan aku. Kasihankan seorang anak yang kehilangan ibu dan bapa. Tapi, aku mengaku, simpati dia buat aku bahagia sampai saat ini,”
“Hisyam macam mana sekarang?,”
Mendengar soalan Hasmieza, Idayu cuma menjongket bahu.
“Dia belum cakap apa-apa dengan kau?,”
Idayu menggeleng perlahan.
“Kau? Kau dah tanya dia pasal perempuan tu,”
Sekali lagi Idayu menggeleng. Hasmieza mengeluh kecil melihat gelengan itu. Kurang bersetuju dengan tindakan Idayu.
“Kau mesti dapatkan kepastian, Ayu,”
“Aku rasa, aku dah dapat kepastian tu,”
“Okay, kalau kau dah pasti tentang hubungan Hisyam dengan perempuan tu, kau berhak tahu kenapa? Kenapa dia buat kau macam tu? Kau berhak tanya Hisyam,”
“Jawapan tu pun, aku dah ada,”
Hasmieza menggaru dahi.
“Ayu. Walau apa pun yang sedang bermain kat kepala kau… kau tak boleh terus berdiam diri macam ni. You must do something. Cuba selamatkan rumahtangga kau. Kau tak sayang ke? Kau dengan Hisyam bukan baru setahun dua berkahwin. Takkan kau nak tengok saja perkahwinan kau hancur. Kau kena pertahankan apa yang kau sayang. Pertahankan hak kau. Hisyam milik kau. Aku tahu kau sayangkan Hisyam. Kau sayangkan perkahwinan kau,”
Idayu diam seketika. Termenung sambil melarikan pandangan dari wajah Hasmieza. Perlahan dia menarik nafas sedalam mungkin. Cuba membuang sebak yang mula mahu mengundang tangis. Memang dia sayangkan Hisyam. Memang dia sayangkan ikatan perkahwinan ini. Tapi, mustahil dia mampu mengubah perasaan seseorang demi kepentingannya.
“Biarlah masa dan keadaan yang menentukannya,”akhirnya dia bersuara tenang.
“Ayu! Takkan kau nak mengalah? Hisyam tu hak kau, Ayu. Wake up. Jangan lemah sangat. Kau mesti lawan perempuan tu. Rampas semula Hisyam daripada dia,”
“Aku yakin dia cintakan perempuan tu. Macam mana aku nak rampas dia daripada perempuan yang dia cinta sepenuh hati?,”Idayu bersuara dengan nada mendatar. Cukup pahit untuk dia akui, kini suaminya mencintai perempuan lagi.
“Buat dia jatuh cinta pada kau,”
Idayu tergelak sinis mendengar cadangan itu.
“Mieza… dia hidup dengan aku selama tujuh tahun. Dalam tempoh itu, dia tak pernah lafazkan kata cinta pada aku. Even, panggil aku sayang pun, dia tak pernah. Kau rasa sekarang dia boleh jatuh cinta pada aku? Lebih-lebih lagi bila dia dah jumpa cinta dia? Mustahil Mieza. Mustahil,”
“Mungkin tak mustahil…,”Hasmieza bersuara sambil merenung tajam wajah Idayu. Idayu membalas renungan itu dengan kening yang berkerut. Tidak faham akan maksud kata-kata Hasmieza.
“Tak mustahil? Aku tak faham,”
Hasmieza tersenyum. Sudu dan garfu diletakkan di dalam pinggan. Fokusnya kini sepenuhnya pada wajah Idayu.
“Kalau kena caranya mungkin kau boleh memiliki Hisyam sepenuhnya,”
Idayu tersenyum sumbang. Kata-kata Hasmieza benar-benar membuat dia binggung. Apa maksud Hasmieza sebenarnya?
“Cara kau cakap ni, buat aku takutlah. Apa maksud kau? Or… apa sebenarnya yang sedang bermain di kepala kau ni?,”
“Aku tak percaya kalau Hisyam langsung tak ada perasaan pada kau. Mungkin ada. Cuma barangkali sudah sedikit pudar. So, you have to refresh it back,”
“Aku tak yakin langsung dengan pendapat kau tu. Aku rasa aku dah cukup kenal Hisyam. I know him very well. Kalau memang dia betul-betul cintakan aku, dia tak akan mengelak bila aku timbulkan soal cinta. Bila aku tanya tentang perasaannya. Tujuh tahun. Tujuh tahun Mieza…dia mengelak soalan semudah ‘ do you love me?’. What is that mean, Mieza? Semuanya begitu jelas. Teramat jelas. Dia memang tak pernah cintakan aku dan aku sedar semua tu. Tapi, tanpa cinta pun , dia sanggup nak bahagiakan aku. Aku yang patut bersyukur,”
“Tapi, tak salah mencuba kan?,”
“Sepanjang perkahwinan aku, aku mencuba. Aku cuba jadi yang terbaik. Aku cuba buat yang terbaik untuk dia. Tapi, dia tetap cintakan perempuan lain,”
“Jangan give up okay. Aku pasti mesti ada cara macam mana nak selesaikan masalah kau ni,”
“How?,”
Hasmieza menghela nafas sedalam mungkin. Sedikit serba salah untuk menyuarakan cadangan yang bermain di kepalanya. Bimbang Idayu akan menolak mentah-mentah usulnya. Tetapi dia harus usahakan sesuatu demi menyelamatkan perkahwinan temannya itu.
“Borhan?,”akhirnya dia bersuara sepatah. Ternyata menyebut nama itu mampu mengubah riak wajah Idayu.
“Please Mieza. Aku tak nak cakap pasal dia,”
“Dengar dulu apa aku nak cakap,”
“Apa lagi?,”soal Idayu sedikit geram. Hasmieza mencapai tangan Idayu. Mengusap perlahan lengan Idayu.
“Dengar dulu…,”
Idayu menarik nafas panjang sambil bersandar ke kerusi. Dalam enggan, dia memberi ruang untuk Hasmieza bersuara. Melihat Idayu mula mengalah, Hasmieza membetulkan duduknya. Bersedia untuk memulakan bicara. Dia berdehem perlahan sambil menyelit rambutnya yang jatuh ke pipi.
“Let him know about Borhan. Everything. Lebih-lebih lagi, rancangan Borhan sekarang. Buat dia rasa tergugat. Masalah utama kau sekarang ni, satu saja. Hisyam tu berasa diri dia terlalu selesa. Dia berada dalam situasi yang sangat selamat. Dia cuma rasa kau milik dia seorang. Jadi, apa yang perlu kau lakukan sekarang, keluarkan dia dari situasi itu,”terang Hasmieza sambil mengangkat tangan lalu membuat isyarat kurungan menggunakan hujung jari telunjuknya.
“Aku tak faham,”
“Maksud aku, kau buat Hisyam cemburu. Biar dia cemburu. Biar dia bimbang. Yang paling penting, buat dia rasa, dia akan kehilangan kau. Aku yakin ini saja cara untuk buat dia sedar,”
“Masih tak faham…,”tingkah Idayu dengan wajah keliru.
“Terima Borhan. Maksud aku, terima semula persahabatan Borhan,”
Idayu tersenyum sambil menggeleng perlahan. Sukar untuk dia percaya Hasmieza akan mencadangkan idea segila itu.
“Kau nak suruh aku derhaka pada Hisyam? Kau nak suruh aku berbaik-baik dengan Borhan? Kemudian tinggalkan dia seperti dia tinggalkan aku? Tak mungkin Mieza,”
“Kau boleh bincang dengan Borhan. Minta dia tolong kau. Bukannya kau tipu dia. Kau boleh berterus-terang dengan dia,”
Idayu terdiam seketika. Cuma matanya tajam merenung wajah Hasmieza.
“What do you think?,”
Idayu menggeleng perlahan.
“Tapi, kenapa?,”
“Banyak sebabnya. Lagipun, bagi aku cara tu tak betul,”
“Kenapa? Sebab kau masih marahkan Borhan? Masih belum maafkan dia?,”
“Mieza… kau sepatutnya faham. Dia dah jadi sejarah pada aku. Tak timbul langsung soal aku masih marahkan dia atau aku masih belum maafkan dia. Borhan tu masa lampau aku. Itu saja. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Dan aku tak fikir aku mahu dia hadir semula dalam hidup aku. Tidak sebagai teman, jauh sekali hubungan yang melibatkan perasaan. Aku harap kau faham,”
“Jadi kau akan terus memusuhi dia?,”
“He’s nobody. Buat apa aku nak bermusuh dengan dia? Aku tak kenal dan tak nak kenal dengan Borhan bin Awaludin. Please Mieza. Topik ni buat aku rasa tak selesa,”
“Kau rasa tak selesa sebab masih ada marah kau pada dia,”ujar Hasmieza tidak mahu mengalah. Bukan senang untuk dia mengajak Idayu bercakap tentang Borhan. Jadi, apabila Idayu sudah mula sudi menyebut nama itu, dia tidak akan melepaskan peluang. Mungkin apa yang akan Idayu katakan nanti, ada gunanya pada Borhan. Dia mahu menolong Idayu, tetapi dia juga tidak boleh membiarkan Borhan terus larut dalam mainan perasaan sendiri selamanya.
“Ayu?,”
Idayu mengangkat muka. Berbalas renungan dengan Hasmieza. Akhirnya dia mengeluh perlahan.
“Aku tak tahu. Mungkin ya. Mungkin tidak. Aku pun tak pasti. Benda tu pun dah lama berlalu. Aku sendiri… dah bahagia dengan perkahwinan aku. Sebenarnya, selama aku berkahwin dengan Hisyam, aku betul-betul dah lupakan Borhan. Aku tak pernah fikir dan tak pernah ingat pun pada dia. Jadi, aku tak tahu sama ada aku masih marah pada dia. Atau… barangkali aku dah maafkan dia. Aku tak tahu. Mungkin masa yang berlalu buat marah aku hilang. Mungkin juga sebab aku tak lagi jumpa dia, aku jadi lupa pada perbuatannya. Apa yang pasti, aku bahagia dengan Hisyam dan aku betul-betul dah lupakan Borhan. Cuma bila jumpa dia during your wedding, terasa macam luka lama berdarah semula. Tak tahu kenapa,”
“Sebab kau masih belum maafkan dia?,”
“Tak tahu. Sudahlah tu. Semuanya dah tak penting. Memang dulu aku betul-betul marahkan dia. Tapi, benda yang dah berlalu tak payahlah kita nak ingat-ingat lagi. Biarlah dia terus jadi orang asing dalam hidup aku. Itu lebih baik,”
“Kalau dia tak nak?,”
“Kau beritahu dia, aku dah ada kehidupan aku sendiri. Dan, dia tak wujud dalam kehidupan baru aku. Beritahu dia juga, aku dah lupakan segala-galanya. Jangan cari aku. Aku boleh maafkan dia, tapi tak mungkin aku boleh terima dia sekali lagi. Aku isteri orang. Lagipun, aku hanya cintakan Hisyam,”
Hasmieza tersenyum kecil. Sedikit kagum melihat keutuhan cinta Idayu. Walau apa yang sedang Hisyam lakukan padanya, bibir itu masih tidak jemu mengungkap kata cinta. Masih ranum cintanya untuk Hisyam.
“Kau bukan tak kenal Borhan. Dia bukan jenis manusia yan cepat mengalah,”
Idayu memandang wajah Hasmieza. Sudah berkali-kali hasrat Borhan itu, disuarakan Hasmieza padanya. Sudah berkali-kali juga Hasmieza merungut tentang rasa serba-salahnya apabila dia tersepit di tengah-tengah.
“Aku faham situasi kau, Mieza. Aku minta maaf banyak-banyak. Sebab aku, kau terpaksa berdepan dengan masalah yang langsung tak ada kena mengena dengan kau. Tapi, aku betul-betul tak mahu jumpa dia, Mieza. Aku tahu bunyinya macam selfish, tapi aku harap sangat kau boleh tolong aku. Jangan berpaling pada Borhan ya. Bukan sebab aku bencikan dia atau aku masih marahkan dia. Tapi, aku rasa aku tak perlukan dia lagi dalam hidup aku. Kau mesti tolong aku, sebab kau kawan baik aku,”
Hasmieza tersenyum kecil. Dia mengamat wajah Idayu yang disapu riak serba-salah. Dia faham perasaan Idayu.
“Jangan bimbanglah. Aku takkan beritahu apa-apa pada Borhan, kalau kau tak izinkan. Pandai-pandailah aku nak cakap dengan Borhan nanti. So, kau tak nak cuba langsung cadangan aku tadi?,”
Idayu jegilkan mata mendengar soalan itu. Membuat Hasmieza tersenyum panjang.
“Kau ni, baik sangatlah,”rungut Hasmieza separuh bergurau.
“Aku tak naklah, Mieza. Tak baik buat Hisyam macam tu,”
“Dia buat kau macam ni? Baik ke?,”
“Puan Mieza…tak semestinya dia buat aku macam tu, aku kena balas macam tu juga kat dia,”
“Kau bukan buat betul-betul,”
“Betul-betul ke… tipu ke… tetap menipu namanya. Berdosa tau. Dia suami aku. Aku tak akan buat macam tu pada suami aku,”
“Okaylah, it’s up to you. Aku cuma nak tolong kau. Aku tak sampai hati tengok kau makan hati macam ni,”
“Kira okaylah tu. Orang lain tu… hari-hari makan tulang,”Idayu menjawab dengan nada separuh bergurau.
Hasmieza tergelak kecil.
“Jangan nak sembunyi kesedihan kau dengan lawak tak cerdik macam tu,”
Idayu tersenyum kecil. Benar. Mustahil dia mampu sembunyikan kesedihannya pada Hasmieza.
“Tak perlu cadangan mengarut macam tu, untuk tolong aku. Kau selalu ada bila aku perlukan kau, itulah pertolongan yang paling besar untuk aku, Mieza. Thanks,”
“Janji dengan aku, kau tak akan mengalah pada perempuan tu,”
Idayu diam. Saat ini, dia langsung tidak fikirkan tentang gadis yang mendampingi Hisyam. Dia lebih memikirkan tentang hati dan perasaan Hisyam padanya.
“Makanlah,”akhirnya dia bersuara perlahan. Mengukir sekuntum lagi senyum buat menutup hatinya yang gundah.
****
12 comments:
kenape idayu xsetuju je???
lg bagus mcm tu..blh tgk hisyam tu cintakan dia atau x???
OMG... thanks for the update, kak hanni... keep updating us with this story ya? can't afford to wait any longer... hehe...
go borhan go! g ngorat dayu blk! geramnye dgn hisyam ni. huh
thanks hanni.... makin berdebar & sakit dada ni .... pls hanni bila boleh ada kat pasaran novel ni???
& lagu tema pun best sgt2!!
suka ayu..
bile nk kuar printed version ni?.
x sabar dah
hisyam dah terlalu selesa.
hisyam terlalu yakin dan selesa dengn setiap ape yg dimiliki sehingga lupa badai yg mungkin melanda sekaligus memusnahkan segala yg berharga.. so hisyam..wake up.....
baiknya ayu...................yup!!! do something, make Hisyam feel jealous is a good idea!!!!!!!!!! apapun, akak follow..........
huhuhu.... update lg.. sudah lama menanti.... what happen to Idayu after this? can't wait.....
ayu2!!! apa la hisham ni tgk bertapa ayu cintakan dia shgga hnya fikir perasaan hisham shj. hati dia tolak tepi. nk blakon ngan badrul pun dia xnak. nk kekal sbg isteri yg setia pd hisham. jauh benar perangai dgn gierfriend dia yg selfish tu. Hisham bila nk sedar betapa awk tu pun cintakan ayu. tlalu selesa bhwa xde sapa yg boleh dekat ayu tu jd camni.
huhuhu... geram ngan hisham but still nk hisham ngan ayu sbb yakin hisham sbenarnya mmg cinta ayu cuma dia yg khilaf xsedar. huhuhu... sambung lg kak hanni...xsabar nk ce next entry.
perkhh lege da n3 bru..hrp2 hisham sedar sblum tlmbt..
thks hanni ngan n3 ni... akak hrp lepas ni ada sesuatu yg buat hisham cemburu & tergugat secara kebetulan selepas ayu tak terima cadangan mieza.... baru dia sedar sikit... sian ayu.
Post a Comment